Tuesday, 12 July 2016

syaittonirrojim betoi. (sakit)

sebab melalui perasaan yang sama, rasa tepanggil camtuha untuk menulis. 
entry ini untuk sessiapa yang sedang sakit atau ade sesiapa org terdekat anda yang sedang sakit dll lahh. sakit yang kelihatan mahupun sakit yang tidak kelihatan. 
.
.
tahniah semuanya yang diuji! berbahagialah dengan kesabaranmu!  
ade sesuatu yg  Allah sedang tarbiyahkan anda!
...
sebenarnya aku tak risau sangat kalau anda sakit. sebab 'semua' orang penah sakit kan. haaaa kejam x ayat aku...
.
eh.
hu.
hurm. 
.
.....cuma ade sesuatu yang paling aku risau..... sirius gila risau. sirius risau gila. sirius talk.
.
.
ada sesuatu yang aku risau sangat2 bila seseorang ditimpa sakit.  
bilamana
dari sakit tu kita dihasut sehingga mendapat pelbagai hal lain. 
seperti yang aku  lalui sebelum ni.
sirius ini memang gila. 
.
lepas listdown semua hasutan syaitonirrojim yg berjaya aku patuhi. eh lol. *yg berjaya dikenalpasti, aku rasa macam aku xde harapan lagi untuk keredhaan Allah.  tapi alhamdulillah sgt3, dengan rahmat Dia, aku adalah aku yang hari ini. 
*ok baru nak start menulis meleleh2 ayaq mata huaaaa. ok stop it!. 
.
.
.
dulu aku hampir 'menyembah jin' sebab ikut semua permintaan nya (melalui manusia) demi untuk sihat. termasuk beramal soleh pun, beramal bukan kerana Allah tapi kerana suruhan dan harapan utk sihat punya pasal....'keikhlasan yang hilang'
.
.
dulu aku hampir bunuh diri sebab dihasut dengan bisikan bukan2. (ade suara2 menyuruh aku terjun bangunan, tetak/kelar diri sendiri dll) tak lain suara2 tu semua adalah bisikan syaitonirrojim dan dibuatkan seolah aku bertarung dengan fikiran dan perasaan sendiri. sungguh dasyat syaitan menguasai fikiran aku. (ye, bndee ni orang panggil apendentah tapi jangan sesekali kata aku gila. aku xgila, faham?)
.
.
dulu aku hampir murtad, sebab marah dan merasakan Allah tak adil (buat amal, tapi orang kata xditerima sebab banyak dosa, buat amal, tapi orang kata tak cukup sebab tu dapat gangguan dll) aku rasa aku xde harapan langsung untuk doa didengari. aku berdoa siang malam untuk sembuh tapi tak sembuh2. aku rasa penat dan helpless dan xsabar so aku tak tahu nak marah siapa lagi sehinggalah masa yang lama so aku marahkan tuhan...aku cakap Allah xadil! dan aku memberontak,nak buat segala larangan dan tinggal segala suruhan! tu dia. sampai ke tahap itu aqidah aku dipermainkan2. (padahal lebih banyak nikmat berbanding ujian dalam hidup, tapi yang diuji yang diingat2 nikmat yang banyak tak disyukuri)
.
dulu aku membenci semua orang. semua! sebab aku rasa semua org tak ambil tahu, tak membantu, aku xpuas hati sebab aku kene tanggung sorang2!org lain berseronok sedangkan aku sakit, tapi terpaksa berpura2 ok depan semua  org! org lain cakap sesukahati bahkan mempermain2 dan membahanketawakan kesakitan aku bila aku minta tolong. aku marah, aku rasa semua orang mementingkan diri. so lahirlah pelbagai lagi hasutan dalam hati. tu diaaa hasutan syaitonirrojim supaya memecahbelahkan ukhwah seorang. (padahal ramai je yang membantu dengan cara bersabar dengan aku, which is baru aku sedar betapa sblm ni aku tak hargai kesabaran tu *tqvm utk semua yg masih mampu bersabar dgn aku, sayang aku dan hargai aku. aku hargai sgt3. siriusly ily! eh)
.
.
.
lagi satu hasutan syaitonirrojim yang halus, membuat aku ragu2 dengan segala janji Allah dan dengan hadith nabi. ya. di  mulut memang kita boleh kata kita yakin dengan kalam tuhan. tapi cara fikir, tindakan dan segala keputusan kita membuktikan tahap keyakinan kita.. (takcaya cuba baca terjemahan quran (ayat 1000dinar contohnya) dan tanya diri, sejauh mana kita yakin dengan ayat tersebut) dan macam2 lagi ayat quran yg bukan org lain, tapi kita sendiri kene telusuri utk kita rasa dan dapatkan apa yg allah sampaikan. *lepas tu boleh sama2 study apa maksud was2 dalam surah annas. 
.
.
,
aku xnak cakap banyak. ni jalan dan cerita hidup masing2. aku cuma xnak anda melalui jalan yang sama. sebab aku tahu betapa sakitnya  perasaan tu! perasaan ujian lain yg menimpa nimpa di sebalik ujian sakit. aku xnak org yg aku sayang mengulangi kesilapan aku. ia perasaan yg sungguh teruk!
.
.
jadikan ujian sakit sebagai batu loncatan supaya kita  lebih taqwa dan lebih dekat dengan tuhan. anda boleh! Allah sayang anda!
.
.
.
again, 
.
.
.
bukan sakit yang paling dirisaukan, ce fikir, sakit teruk camne pun walaupun membawa kematian pun(sebab dulu banyak kali aku doa supaya mati sebab xsanggup lagi tanggung) , memang jalan kehidupan lumrah manusia akan sakit(kebiasaannya), dan akan mati, kan kan. hidup singkat kan? (*antara pelajaran paling besar masa aku sakit, belajar untuk redha selepas berusaha ikut yang dianjurkan agama, bukan pasrah tau.. mungkin perkataan yg lebih tepat penyerahan jiwa dan tawakal hanya kepada Allah) tapi kene ingat, takada sesuatu pun akan berlaku kecuali dengan izin Allah! 
.
.
.
ujian sakit aku mungkin xseteruk org lain. tapi bagi aku ia benar2 menghempap jiwa. 
dan di kala itu memang syaitan akan sungguh2 menggganggu sehingga kita benar2 menuruti telunjuknya! kuatkan semangat masing2. ='). berjuang habis2an! semoga  diganjari syurga. 
.
.
.
.
okbai. doakan aku, doakan org2 yg yg sedang diuji sakit.
*lately emosi kurang stabil sebab bende2 macam ni memang xboleh buat aku diam. aku kene bersuara! dan aku serahkan kepada Allah untuk catur semuanya sebab bukan kerja dan kemampuan aku untuk jaga iman dan akidah manusia. iman sendiri pun masih hulalalala. 
*pesan aku, cari perawat atau wasilah atau apejelah yg bantu kita dekat dengan allah,bukan apa2yg membuatkan syaitan semakin menguasai kita.
*sekian terapi menulis aku pd hari ini. 

No comments:

Post a Comment