Friday, 11 March 2016

hantaran kawen

assalamualaikum dan hai. aku taip lajulaju je ni. walaupun dah lewat tapi kugagahkan jua diri untuk perjuangan ini. ceh. 

macam ni rupanya feeling dia beb bila akak atas kita nak kawen pahtu semua orang dok tanya apesal aku xsekali jalan. cis. ape nak jawab aku xsuka orang tanya aku soklan yang aku xsedia nak menjawabnya. aku nak jadi penyanyi pahni so aku fikir aku kene biasakan diri untuk bertenang dan bersedia dengan apepun persoalan dari wartawan2 hmm. 

aku syak macik2 yang bertanya tu xsungguh2 pun nak aku kawen. aku syak mereka sekadar mengisi masa lapang dengan mengenengahkan ape topik perbualan yang boleh dibualkan sehingga akhirnya aku yang menjadi mangsa dalam kondisi tersebut. sebab berdasarkan pemerhatian aku, bila aku jawab aku tengah kumpul sponsor untuk majlis kawen, diorang terus mendiamkan diri seribu bahasa. aku perati je perangai macik2 tu. hmm. 

baitheway, 
aku bukan nak berbual kosong malam ni tapi aku nak mengenengahkan sesuatu. aku syak bende ni dah ramai yang terfikirkannya pun tapi aku sajesaje nak menulis sukahatiakulah. 

zaman sekarang ni, hantaran kawen pelik kalau kurang 10k. gilakau lagi2 yang taraf pembelajaran acah2 tinggi ataupun yang gaya hidup retis2. bawah 10k tu kira cam haaa like siriuslaahh?? ape kau ingat nak kumpul  waima 1k tu senang ke? ok aku faham la kalau ade macik2 yang berkata sajee je kami nak uji sanggup x lelaki tu nak jaga anak kami, bersungguh2 tak nak ke anak kami. kalau bersungguh apedehal 10k tu. kalau 10k pun x sanggup acane nak jaga makan minum pakai anak kami bila dah kaen nanti. camtuhaa. aih. aku tatau la nak uji ke nak ape ni.xpelah aku hormat pendapat macik. 

ade jugak pacik2 yang sajee je letak harga hantaran anaknye mahai2 pahtu last2 pulang balik ribus2 kat anaknye, untuk settle rumah tangga rumah baru ke perabot ke persediaan untuk anak2 ke. camtuha aku respect la jugak. tapi kan. kekadang bende alah ni boleh bawak stress ko tahu x. mane la nak cekau duit riburiban. makbapak belah lelaki kaya raya ok lagi  ehh ok lagi? naaa, aku fikir pembentukan sikap yang macam mana tu yang lebih utama*faham2 la aku malas nak citer lebih lanjut. 

cube ko bayangkan ko sebagai makbedah. ade anak2 kelak. tetibe anak2 ko semua lelaki. guane? setiap anak perlu berusaha keras untuk settle this thing yang dipanggil 'hantaran'. bayangkan pulak dengan anak maktemah yang semuanya perempuan. hanya perlu tunggu orang datang emminang dan tapaya pk pening2 untuk sedia wang hantaran. huahua. sedihnye aku kalau aku berade di tempat makbedah. 

yang aku faham sebenarnya sukahatila pihak lelaki nak bagi berapa. dan tu pun sebagai hadiah untuk siperempuan. bukan tanggungjawab pihak lelaki kalau pihak makbapak perempuan nak buat majlis grand2 tau. majlis untuk anak sendiri kan, apepasat orang lain kene tanggung huahua. sian gile beb makbedah. 

btw bende alah ni semua buat aku terfikir bahawasanya seseorang dari sesapejelah yang faham kene ubah bende ni. atau kita akan terus menerus menzalimi *ehh bole ke aku kata menzalimi pihak2 tertentu. sampai bila kita nak teruskan perkara mcm ni. aku kesian kat lelaki2 yang terpaksa tanggung semua bende ni. ehh. idokla aku cakap kene stop serta merta bende ni. tapi ce fikir sesama. ish aku xbole la aku kesian de kat makbedah dan anak2 lanangnye. aduhh nak bina masjid kot. mudahkanlee urusan tu, kang ade yang pinjam meminjam hutang berhutang tapasalpasal kene kejar alonglahh kawen kat siamlahh. eh eh. cane? someone from somewhere mustdo something to change it !!! kalau bukan kita siapa?? huh? huh? *tetibe emosi ehh. 

jadi berdasarkan pemerhatian aku, aku fikir aku hendak membuat suatu kesimpulan. aku tahu akan ade yg takpuas ati dengan kesimpulan ni tapi tahape, aku memang dilahirkan utk buat korang tapuashati. dan aku sungguh berbangga berbuat sedemikian. 

kesimpulan yang aku berjaya simpulkan malam ni adelah.

yeay nasib baik aku bukan lelaki yeah yeah~ *lompat2. ahaha

elehh gurau sikit tabole. 

baitheway lagi sekali, again, bila maktemah tanya soklan bila aku nak kawen. huahua. aku rasa aku baru je umur 15. sirius bila jumpa bebudak 15 aku rasa macam sebaye. mungkin sebab aku dah kehilangan zaman muda remaja kot. aku baru je pulih kann *ok poyo, so aku nak nikmati semula usia belasan tahun aku yang hilang. so takkan la 15 dah nak nikah ahahaaaaa. maybe 16,17, 18... inshaallah doa2kan dan selamat beramal. eh. nanti aku dah sedia aku pi lah meminang sesapejelah yang aku syok kat dia k. hmm. 

okebai. malu pulak citer pasal kawen. kite baru 15 xsesuai cite topik ni hmm. 
ok kat entry ni saja aku tanak letak gambar sebab nanti karang ade la tu yang nak berangan angan aku tumbuk karang. 

tapaya nak pangkah sangat. aku tulis sesukahati je. xde buat rangka karangan pun. kalau ade point yang tertinggal tu biasela. nak tambah bole komen. okbai assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment