Wednesday, 23 March 2016

sosiologi beza, psikologi beza.

bismillah. 

a lil bit stress harini so i decided to write. mungkin otak penat fikiir bende berat kot. (siriusly bende dakwaah memang bende berat+memikirkan  diri sendiri yg memang berat dengan mcm2 jahiliah) so aku nak tulis bende ringan je lah. ok untuk entry kali ni aku bagi tajuk...seperti tajuk di atas *sukahatiaku

kadang2, bila bersosial banyak bende kita boleh perhatikan. atau dengan kata lain, aku peratii je. so berdasarkan  pemerhatian aku, dapatlah aku konklusikan bahawa cara hidup/sosiologi/apeapeje lah seseorang mempengaruhi kematangan dan cara fikir. berdasarkan pemerhatian aku yg picisan lah. 

contoh, segelintir remaja umur 18 yang masih bersekolah, dengan segelintirremaja umur 18 yang dah  di ipt, cara fikir beza. yg masih sekolah, (berdasarkan pemerhatian aku), kurang berani membuat keputusan, ragu2, dan sedikit nilai kebergantunggan yang agak tinggi pd keluarga. contoh, taakut nak buat keputusan/ nak ke mana2 pun takut2 nak naik bas . tapi bebudak ipt, dah terkedepan,  lebih berkeyakinan untuk membuat keputusan sendiri dan xde masalah kalauu bapak xdapat hantar ke tempat yang dia nak pegi. *ok huduhnya contoh. 

contoh pelajar yg biasa pegang jawatan/terlibat dengan kerja itu ini, berbanding pelajar yang fokus dengan study saja, juga berbeza cara fikir. contoh, ada orang sudah boleh manage syarikat sendiri, urus kewangan dan keluar masuk duit dalam skala besar, urus organisasi, kemahiran sosial yang lebih tinggi dan sebagainya, sedangkan ada orang lain xhado idea langsung tentang tu.

student dengan orang yaang dah bekerja pun berbeza, walau sama usia.  walaupun hakikatnya mungkin yang dah  kerja tu cuma gunakan sijil spm, tetapi kadang2 mereka lebih matang berbanding student yang belum turrun padang dalam profession yang sebenar atau belum cukup keterlibatan dalam bidang yang terlibat. eh 

 kematangan dan kesediaan otak berfikir dan bersikap lebih bersedia tu terbina dengan tidak semena-mena denggan sedikit 'paksaan' atau desakan keeadaan. tu berdasarkan pemerhatian aku laa dan aku pernah jadi begitu tensyen sekali berhadapan dengan segelintir orang yang xsama cara fikir. *nampak sangat aku yang xmatang, sebab semua orang berbeza2 dan kita yang sewajarnay kreatif mendepani kepelbagaian. 

*contoh berdasarkan pemerhatian aku saja 

ok berdasarkan kisah2 terseebut, aku menjadi terfikir2. mesti orang lain perati je sikap aku, dibandingkan dengan member yang dah kawen. aku sedar  perangai aku masih kebudak2an, sedangkan kawan2 yang dah kawen dan ada anak semua bersikap lebih agak sedikit matang dengan tanggungjawab yang terpikul. aku rasa la. dan aku sungguh segan bersikap kebudak2an walaupun aku tahu itulah aku. jadi aku rasa aku kene cepat bersikap matang *hello bukan kawenn k. 

tapi tapi tapi, harini dengan bangganya aku telah dijemput menghadiri  mesyuarat tuuutttt wanita daerah pontian. walaupun aku diamanahkan baca quran je dan xterlibat secara langsung dalam perlantikan jawwatankuasa dan sebagainya. tapi aku nak bagitahu. hei hei aku dah wanita sekarang. meeting dengan macik2 tau ite. bangga ite dah join group macik2. sebelum ni meeting belia je.  yeah yeah aku dah matang yeah *lompat lompat. 

tiba2 balik terus demam sebab banyak melompat cuaca panas kot. okbai. 
*aku redha dengan demam ni, orang matang kan redha dan optimis kan kan. 

assalamualaaikum

Friday, 11 March 2016

hantaran kawen

assalamualaikum dan hai. aku taip lajulaju je ni. walaupun dah lewat tapi kugagahkan jua diri untuk perjuangan ini. ceh. 

macam ni rupanya feeling dia beb bila akak atas kita nak kawen pahtu semua orang dok tanya apesal aku xsekali jalan. cis. ape nak jawab aku xsuka orang tanya aku soklan yang aku xsedia nak menjawabnya. aku nak jadi penyanyi pahni so aku fikir aku kene biasakan diri untuk bertenang dan bersedia dengan apepun persoalan dari wartawan2 hmm. 

aku syak macik2 yang bertanya tu xsungguh2 pun nak aku kawen. aku syak mereka sekadar mengisi masa lapang dengan mengenengahkan ape topik perbualan yang boleh dibualkan sehingga akhirnya aku yang menjadi mangsa dalam kondisi tersebut. sebab berdasarkan pemerhatian aku, bila aku jawab aku tengah kumpul sponsor untuk majlis kawen, diorang terus mendiamkan diri seribu bahasa. aku perati je perangai macik2 tu. hmm. 

baitheway, 
aku bukan nak berbual kosong malam ni tapi aku nak mengenengahkan sesuatu. aku syak bende ni dah ramai yang terfikirkannya pun tapi aku sajesaje nak menulis sukahatiakulah. 

zaman sekarang ni, hantaran kawen pelik kalau kurang 10k. gilakau lagi2 yang taraf pembelajaran acah2 tinggi ataupun yang gaya hidup retis2. bawah 10k tu kira cam haaa like siriuslaahh?? ape kau ingat nak kumpul  waima 1k tu senang ke? ok aku faham la kalau ade macik2 yang berkata sajee je kami nak uji sanggup x lelaki tu nak jaga anak kami, bersungguh2 tak nak ke anak kami. kalau bersungguh apedehal 10k tu. kalau 10k pun x sanggup acane nak jaga makan minum pakai anak kami bila dah kaen nanti. camtuhaa. aih. aku tatau la nak uji ke nak ape ni.xpelah aku hormat pendapat macik. 

ade jugak pacik2 yang sajee je letak harga hantaran anaknye mahai2 pahtu last2 pulang balik ribus2 kat anaknye, untuk settle rumah tangga rumah baru ke perabot ke persediaan untuk anak2 ke. camtuha aku respect la jugak. tapi kan. kekadang bende alah ni boleh bawak stress ko tahu x. mane la nak cekau duit riburiban. makbapak belah lelaki kaya raya ok lagi  ehh ok lagi? naaa, aku fikir pembentukan sikap yang macam mana tu yang lebih utama*faham2 la aku malas nak citer lebih lanjut. 

cube ko bayangkan ko sebagai makbedah. ade anak2 kelak. tetibe anak2 ko semua lelaki. guane? setiap anak perlu berusaha keras untuk settle this thing yang dipanggil 'hantaran'. bayangkan pulak dengan anak maktemah yang semuanya perempuan. hanya perlu tunggu orang datang emminang dan tapaya pk pening2 untuk sedia wang hantaran. huahua. sedihnye aku kalau aku berade di tempat makbedah. 

yang aku faham sebenarnya sukahatila pihak lelaki nak bagi berapa. dan tu pun sebagai hadiah untuk siperempuan. bukan tanggungjawab pihak lelaki kalau pihak makbapak perempuan nak buat majlis grand2 tau. majlis untuk anak sendiri kan, apepasat orang lain kene tanggung huahua. sian gile beb makbedah. 

btw bende alah ni semua buat aku terfikir bahawasanya seseorang dari sesapejelah yang faham kene ubah bende ni. atau kita akan terus menerus menzalimi *ehh bole ke aku kata menzalimi pihak2 tertentu. sampai bila kita nak teruskan perkara mcm ni. aku kesian kat lelaki2 yang terpaksa tanggung semua bende ni. ehh. idokla aku cakap kene stop serta merta bende ni. tapi ce fikir sesama. ish aku xbole la aku kesian de kat makbedah dan anak2 lanangnye. aduhh nak bina masjid kot. mudahkanlee urusan tu, kang ade yang pinjam meminjam hutang berhutang tapasalpasal kene kejar alonglahh kawen kat siamlahh. eh eh. cane? someone from somewhere mustdo something to change it !!! kalau bukan kita siapa?? huh? huh? *tetibe emosi ehh. 

jadi berdasarkan pemerhatian aku, aku fikir aku hendak membuat suatu kesimpulan. aku tahu akan ade yg takpuas ati dengan kesimpulan ni tapi tahape, aku memang dilahirkan utk buat korang tapuashati. dan aku sungguh berbangga berbuat sedemikian. 

kesimpulan yang aku berjaya simpulkan malam ni adelah.

yeay nasib baik aku bukan lelaki yeah yeah~ *lompat2. ahaha

elehh gurau sikit tabole. 

baitheway lagi sekali, again, bila maktemah tanya soklan bila aku nak kawen. huahua. aku rasa aku baru je umur 15. sirius bila jumpa bebudak 15 aku rasa macam sebaye. mungkin sebab aku dah kehilangan zaman muda remaja kot. aku baru je pulih kann *ok poyo, so aku nak nikmati semula usia belasan tahun aku yang hilang. so takkan la 15 dah nak nikah ahahaaaaa. maybe 16,17, 18... inshaallah doa2kan dan selamat beramal. eh. nanti aku dah sedia aku pi lah meminang sesapejelah yang aku syok kat dia k. hmm. 

okebai. malu pulak citer pasal kawen. kite baru 15 xsesuai cite topik ni hmm. 
ok kat entry ni saja aku tanak letak gambar sebab nanti karang ade la tu yang nak berangan angan aku tumbuk karang. 

tapaya nak pangkah sangat. aku tulis sesukahati je. xde buat rangka karangan pun. kalau ade point yang tertinggal tu biasela. nak tambah bole komen. okbai assalamualaikum. 

Monday, 7 March 2016

pentingkan diri sendiri.

ade pengalaman berharga yang aku lalui sebelum2 ni. 
aku bertarung laksana pejuang yang sungguh berdedikasi. cewwah. 

aku bertarung dengan perasaan benci dan takut yang mendalam dalamjangkamasa bertahun2. aku berjuang dengan kesedihan dan kerisauan, aku berjuang dengan perasaan aku perlu berjuang sebab aku perlu hidup di kala ada yang membisikkan kuat supaya aku mati. dan perasaan untuk sukakan orang saat aku benci dan takut pada semua orang, perasaan untuk menyanyagi diri sendiri saat jiwa tak terkawal dan menyuruh2 untuk aku melukakan dan mencederakan diri sendiri. 

tak lain xbukan pengalaman tu semua buat aku mensyukuri nikmat yang Allah anugerahkan. 

cuma, aku syak pengalaman tu buat cara fikir dan cara tindak aku yang sekarang, berbeza. pendek kata, aku jadi orang lain. aku malas untuk fikir bende2 yang aku rasa kecil, mungkin sebab terbiasa fikir bende besar. aku malas untuk bersikap toleransi dan memujuk2 pada orang merajuk atau mengada-ngada. dan aku akan marah saat aku fikir aku perlu marah. aku jugak sesukahati tidak melayan saat aku rasa aku xperlu layan. 

aku fikir tindakan-tindakan ini agak emmentingkan diri sendiri. xpe kan, aku macam ni. kan. xpekan. 

xpelahh. biarlah aku mementingkan diri sendiri pun. 
sebab selama ni pun, aku tanggung semuanya sendiri 

lalalala~