Tuesday, 12 July 2016

syaittonirrojim betoi. (sakit)

sebab melalui perasaan yang sama, rasa tepanggil camtuha untuk menulis. 
entry ini untuk sessiapa yang sedang sakit atau ade sesiapa org terdekat anda yang sedang sakit dll lahh. sakit yang kelihatan mahupun sakit yang tidak kelihatan. 
.
.
tahniah semuanya yang diuji! berbahagialah dengan kesabaranmu!  
ade sesuatu yg  Allah sedang tarbiyahkan anda!
...
sebenarnya aku tak risau sangat kalau anda sakit. sebab 'semua' orang penah sakit kan. haaaa kejam x ayat aku...
.
eh.
hu.
hurm. 
.
.....cuma ade sesuatu yang paling aku risau..... sirius gila risau. sirius risau gila. sirius talk.
.
.
ada sesuatu yang aku risau sangat2 bila seseorang ditimpa sakit.  
bilamana
dari sakit tu kita dihasut sehingga mendapat pelbagai hal lain. 
seperti yang aku  lalui sebelum ni.
sirius ini memang gila. 
.
lepas listdown semua hasutan syaitonirrojim yg berjaya aku patuhi. eh lol. *yg berjaya dikenalpasti, aku rasa macam aku xde harapan lagi untuk keredhaan Allah.  tapi alhamdulillah sgt3, dengan rahmat Dia, aku adalah aku yang hari ini. 
*ok baru nak start menulis meleleh2 ayaq mata huaaaa. ok stop it!. 
.
.
.
dulu aku hampir 'menyembah jin' sebab ikut semua permintaan nya (melalui manusia) demi untuk sihat. termasuk beramal soleh pun, beramal bukan kerana Allah tapi kerana suruhan dan harapan utk sihat punya pasal....'keikhlasan yang hilang'
.
.
dulu aku hampir bunuh diri sebab dihasut dengan bisikan bukan2. (ade suara2 menyuruh aku terjun bangunan, tetak/kelar diri sendiri dll) tak lain suara2 tu semua adalah bisikan syaitonirrojim dan dibuatkan seolah aku bertarung dengan fikiran dan perasaan sendiri. sungguh dasyat syaitan menguasai fikiran aku. (ye, bndee ni orang panggil apendentah tapi jangan sesekali kata aku gila. aku xgila, faham?)
.
.
dulu aku hampir murtad, sebab marah dan merasakan Allah tak adil (buat amal, tapi orang kata xditerima sebab banyak dosa, buat amal, tapi orang kata tak cukup sebab tu dapat gangguan dll) aku rasa aku xde harapan langsung untuk doa didengari. aku berdoa siang malam untuk sembuh tapi tak sembuh2. aku rasa penat dan helpless dan xsabar so aku tak tahu nak marah siapa lagi sehinggalah masa yang lama so aku marahkan tuhan...aku cakap Allah xadil! dan aku memberontak,nak buat segala larangan dan tinggal segala suruhan! tu dia. sampai ke tahap itu aqidah aku dipermainkan2. (padahal lebih banyak nikmat berbanding ujian dalam hidup, tapi yang diuji yang diingat2 nikmat yang banyak tak disyukuri)
.
dulu aku membenci semua orang. semua! sebab aku rasa semua org tak ambil tahu, tak membantu, aku xpuas hati sebab aku kene tanggung sorang2!org lain berseronok sedangkan aku sakit, tapi terpaksa berpura2 ok depan semua  org! org lain cakap sesukahati bahkan mempermain2 dan membahanketawakan kesakitan aku bila aku minta tolong. aku marah, aku rasa semua orang mementingkan diri. so lahirlah pelbagai lagi hasutan dalam hati. tu diaaa hasutan syaitonirrojim supaya memecahbelahkan ukhwah seorang. (padahal ramai je yang membantu dengan cara bersabar dengan aku, which is baru aku sedar betapa sblm ni aku tak hargai kesabaran tu *tqvm utk semua yg masih mampu bersabar dgn aku, sayang aku dan hargai aku. aku hargai sgt3. siriusly ily! eh)
.
.
.
lagi satu hasutan syaitonirrojim yang halus, membuat aku ragu2 dengan segala janji Allah dan dengan hadith nabi. ya. di  mulut memang kita boleh kata kita yakin dengan kalam tuhan. tapi cara fikir, tindakan dan segala keputusan kita membuktikan tahap keyakinan kita.. (takcaya cuba baca terjemahan quran (ayat 1000dinar contohnya) dan tanya diri, sejauh mana kita yakin dengan ayat tersebut) dan macam2 lagi ayat quran yg bukan org lain, tapi kita sendiri kene telusuri utk kita rasa dan dapatkan apa yg allah sampaikan. *lepas tu boleh sama2 study apa maksud was2 dalam surah annas. 
.
.
,
aku xnak cakap banyak. ni jalan dan cerita hidup masing2. aku cuma xnak anda melalui jalan yang sama. sebab aku tahu betapa sakitnya  perasaan tu! perasaan ujian lain yg menimpa nimpa di sebalik ujian sakit. aku xnak org yg aku sayang mengulangi kesilapan aku. ia perasaan yg sungguh teruk!
.
.
jadikan ujian sakit sebagai batu loncatan supaya kita  lebih taqwa dan lebih dekat dengan tuhan. anda boleh! Allah sayang anda!
.
.
.
again, 
.
.
.
bukan sakit yang paling dirisaukan, ce fikir, sakit teruk camne pun walaupun membawa kematian pun(sebab dulu banyak kali aku doa supaya mati sebab xsanggup lagi tanggung) , memang jalan kehidupan lumrah manusia akan sakit(kebiasaannya), dan akan mati, kan kan. hidup singkat kan? (*antara pelajaran paling besar masa aku sakit, belajar untuk redha selepas berusaha ikut yang dianjurkan agama, bukan pasrah tau.. mungkin perkataan yg lebih tepat penyerahan jiwa dan tawakal hanya kepada Allah) tapi kene ingat, takada sesuatu pun akan berlaku kecuali dengan izin Allah! 
.
.
.
ujian sakit aku mungkin xseteruk org lain. tapi bagi aku ia benar2 menghempap jiwa. 
dan di kala itu memang syaitan akan sungguh2 menggganggu sehingga kita benar2 menuruti telunjuknya! kuatkan semangat masing2. ='). berjuang habis2an! semoga  diganjari syurga. 
.
.
.
.
okbai. doakan aku, doakan org2 yg yg sedang diuji sakit.
*lately emosi kurang stabil sebab bende2 macam ni memang xboleh buat aku diam. aku kene bersuara! dan aku serahkan kepada Allah untuk catur semuanya sebab bukan kerja dan kemampuan aku untuk jaga iman dan akidah manusia. iman sendiri pun masih hulalalala. 
*pesan aku, cari perawat atau wasilah atau apejelah yg bantu kita dekat dengan allah,bukan apa2yg membuatkan syaitan semakin menguasai kita.
*sekian terapi menulis aku pd hari ini. 

Wednesday, 18 May 2016

post pertama

assalamualaikum.
.
hai.
.


aku dah bagitahu belum, yang aku dah sihat?
.
.
.


alhamdulillah.
.
doakan aku jadi hamba yang bersyukur.
.


aku happy
.
aku teharu
:')
.


alhamdulillah ~
 (12/5/16) selepas beberapa hari amalan rawatan.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

assalamualaikum... alhamdulillah thummalhamdulillah.
sy rasa sy dah sembuh SEPENUHNYA dari sebarang sakit/gangguan yg diceritakan sebelum ni.
*baru ni sakit teruk.. sampai sy rasakan xterbantu..
malam tu sy qiam dan terasa macam satu angin lembut bawak pergi segala susah hati dan digantikan dengan perasaan gembira dengan ujian. (sebelum ni hanya sabar mungkin ni baru betul redha..agaknyalah)

walaupun esoknya masih sakit dan rasa tak terbantu..dan lusanya (sy xtidur malam tu sebab dah lewat pagi.. takut terlajak subuh) dan menikmati malam yg sangat damai seolah hilang dan diangkat segala yg mengganggu hati dan jiwa (perasaan takut/sesuatu beban yg memberat/fobia dan sebagainya) tak tahu nak diungkapkan mcm mana dengan perkataan.

lepas subuh, sy tidur... dan sy mimpi sy keluarkan (seolah muntah) darah.. sy sempat tadah dengan tangan, penuh dengan darah dan terus terjaga pagi tu)

sy sgt3 bersyukur dengan segala yg tuhan hadiahkan... lama sy tunggu perkara ni.. bertahun2 lama.
alhamdulillah. masih kekok lagi hidup lain dari sebelum ni. *mcm lagha pulak sebab terlampau selesa huhu. doakan sy jadi hamba yg bersyukur.

jazakallahu khairan jazak untuk segalanya.
nikmat yang mana lagi hendak didustakan.

Wednesday, 23 March 2016

sosiologi beza, psikologi beza.

bismillah. 

a lil bit stress harini so i decided to write. mungkin otak penat fikiir bende berat kot. (siriusly bende dakwaah memang bende berat+memikirkan  diri sendiri yg memang berat dengan mcm2 jahiliah) so aku nak tulis bende ringan je lah. ok untuk entry kali ni aku bagi tajuk...seperti tajuk di atas *sukahatiaku

kadang2, bila bersosial banyak bende kita boleh perhatikan. atau dengan kata lain, aku peratii je. so berdasarkan  pemerhatian aku, dapatlah aku konklusikan bahawa cara hidup/sosiologi/apeapeje lah seseorang mempengaruhi kematangan dan cara fikir. berdasarkan pemerhatian aku yg picisan lah. 

contoh, segelintir remaja umur 18 yang masih bersekolah, dengan segelintirremaja umur 18 yang dah  di ipt, cara fikir beza. yg masih sekolah, (berdasarkan pemerhatian aku), kurang berani membuat keputusan, ragu2, dan sedikit nilai kebergantunggan yang agak tinggi pd keluarga. contoh, taakut nak buat keputusan/ nak ke mana2 pun takut2 nak naik bas . tapi bebudak ipt, dah terkedepan,  lebih berkeyakinan untuk membuat keputusan sendiri dan xde masalah kalauu bapak xdapat hantar ke tempat yang dia nak pegi. *ok huduhnya contoh. 

contoh pelajar yg biasa pegang jawatan/terlibat dengan kerja itu ini, berbanding pelajar yang fokus dengan study saja, juga berbeza cara fikir. contoh, ada orang sudah boleh manage syarikat sendiri, urus kewangan dan keluar masuk duit dalam skala besar, urus organisasi, kemahiran sosial yang lebih tinggi dan sebagainya, sedangkan ada orang lain xhado idea langsung tentang tu.

student dengan orang yaang dah bekerja pun berbeza, walau sama usia.  walaupun hakikatnya mungkin yang dah  kerja tu cuma gunakan sijil spm, tetapi kadang2 mereka lebih matang berbanding student yang belum turrun padang dalam profession yang sebenar atau belum cukup keterlibatan dalam bidang yang terlibat. eh 

 kematangan dan kesediaan otak berfikir dan bersikap lebih bersedia tu terbina dengan tidak semena-mena denggan sedikit 'paksaan' atau desakan keeadaan. tu berdasarkan pemerhatian aku laa dan aku pernah jadi begitu tensyen sekali berhadapan dengan segelintir orang yang xsama cara fikir. *nampak sangat aku yang xmatang, sebab semua orang berbeza2 dan kita yang sewajarnay kreatif mendepani kepelbagaian. 

*contoh berdasarkan pemerhatian aku saja 

ok berdasarkan kisah2 terseebut, aku menjadi terfikir2. mesti orang lain perati je sikap aku, dibandingkan dengan member yang dah kawen. aku sedar  perangai aku masih kebudak2an, sedangkan kawan2 yang dah kawen dan ada anak semua bersikap lebih agak sedikit matang dengan tanggungjawab yang terpikul. aku rasa la. dan aku sungguh segan bersikap kebudak2an walaupun aku tahu itulah aku. jadi aku rasa aku kene cepat bersikap matang *hello bukan kawenn k. 

tapi tapi tapi, harini dengan bangganya aku telah dijemput menghadiri  mesyuarat tuuutttt wanita daerah pontian. walaupun aku diamanahkan baca quran je dan xterlibat secara langsung dalam perlantikan jawwatankuasa dan sebagainya. tapi aku nak bagitahu. hei hei aku dah wanita sekarang. meeting dengan macik2 tau ite. bangga ite dah join group macik2. sebelum ni meeting belia je.  yeah yeah aku dah matang yeah *lompat lompat. 

tiba2 balik terus demam sebab banyak melompat cuaca panas kot. okbai. 
*aku redha dengan demam ni, orang matang kan redha dan optimis kan kan. 

assalamualaaikum

Friday, 11 March 2016

hantaran kawen

assalamualaikum dan hai. aku taip lajulaju je ni. walaupun dah lewat tapi kugagahkan jua diri untuk perjuangan ini. ceh. 

macam ni rupanya feeling dia beb bila akak atas kita nak kawen pahtu semua orang dok tanya apesal aku xsekali jalan. cis. ape nak jawab aku xsuka orang tanya aku soklan yang aku xsedia nak menjawabnya. aku nak jadi penyanyi pahni so aku fikir aku kene biasakan diri untuk bertenang dan bersedia dengan apepun persoalan dari wartawan2 hmm. 

aku syak macik2 yang bertanya tu xsungguh2 pun nak aku kawen. aku syak mereka sekadar mengisi masa lapang dengan mengenengahkan ape topik perbualan yang boleh dibualkan sehingga akhirnya aku yang menjadi mangsa dalam kondisi tersebut. sebab berdasarkan pemerhatian aku, bila aku jawab aku tengah kumpul sponsor untuk majlis kawen, diorang terus mendiamkan diri seribu bahasa. aku perati je perangai macik2 tu. hmm. 

baitheway, 
aku bukan nak berbual kosong malam ni tapi aku nak mengenengahkan sesuatu. aku syak bende ni dah ramai yang terfikirkannya pun tapi aku sajesaje nak menulis sukahatiakulah. 

zaman sekarang ni, hantaran kawen pelik kalau kurang 10k. gilakau lagi2 yang taraf pembelajaran acah2 tinggi ataupun yang gaya hidup retis2. bawah 10k tu kira cam haaa like siriuslaahh?? ape kau ingat nak kumpul  waima 1k tu senang ke? ok aku faham la kalau ade macik2 yang berkata sajee je kami nak uji sanggup x lelaki tu nak jaga anak kami, bersungguh2 tak nak ke anak kami. kalau bersungguh apedehal 10k tu. kalau 10k pun x sanggup acane nak jaga makan minum pakai anak kami bila dah kaen nanti. camtuhaa. aih. aku tatau la nak uji ke nak ape ni.xpelah aku hormat pendapat macik. 

ade jugak pacik2 yang sajee je letak harga hantaran anaknye mahai2 pahtu last2 pulang balik ribus2 kat anaknye, untuk settle rumah tangga rumah baru ke perabot ke persediaan untuk anak2 ke. camtuha aku respect la jugak. tapi kan. kekadang bende alah ni boleh bawak stress ko tahu x. mane la nak cekau duit riburiban. makbapak belah lelaki kaya raya ok lagi  ehh ok lagi? naaa, aku fikir pembentukan sikap yang macam mana tu yang lebih utama*faham2 la aku malas nak citer lebih lanjut. 

cube ko bayangkan ko sebagai makbedah. ade anak2 kelak. tetibe anak2 ko semua lelaki. guane? setiap anak perlu berusaha keras untuk settle this thing yang dipanggil 'hantaran'. bayangkan pulak dengan anak maktemah yang semuanya perempuan. hanya perlu tunggu orang datang emminang dan tapaya pk pening2 untuk sedia wang hantaran. huahua. sedihnye aku kalau aku berade di tempat makbedah. 

yang aku faham sebenarnya sukahatila pihak lelaki nak bagi berapa. dan tu pun sebagai hadiah untuk siperempuan. bukan tanggungjawab pihak lelaki kalau pihak makbapak perempuan nak buat majlis grand2 tau. majlis untuk anak sendiri kan, apepasat orang lain kene tanggung huahua. sian gile beb makbedah. 

btw bende alah ni semua buat aku terfikir bahawasanya seseorang dari sesapejelah yang faham kene ubah bende ni. atau kita akan terus menerus menzalimi *ehh bole ke aku kata menzalimi pihak2 tertentu. sampai bila kita nak teruskan perkara mcm ni. aku kesian kat lelaki2 yang terpaksa tanggung semua bende ni. ehh. idokla aku cakap kene stop serta merta bende ni. tapi ce fikir sesama. ish aku xbole la aku kesian de kat makbedah dan anak2 lanangnye. aduhh nak bina masjid kot. mudahkanlee urusan tu, kang ade yang pinjam meminjam hutang berhutang tapasalpasal kene kejar alonglahh kawen kat siamlahh. eh eh. cane? someone from somewhere mustdo something to change it !!! kalau bukan kita siapa?? huh? huh? *tetibe emosi ehh. 

jadi berdasarkan pemerhatian aku, aku fikir aku hendak membuat suatu kesimpulan. aku tahu akan ade yg takpuas ati dengan kesimpulan ni tapi tahape, aku memang dilahirkan utk buat korang tapuashati. dan aku sungguh berbangga berbuat sedemikian. 

kesimpulan yang aku berjaya simpulkan malam ni adelah.

yeay nasib baik aku bukan lelaki yeah yeah~ *lompat2. ahaha

elehh gurau sikit tabole. 

baitheway lagi sekali, again, bila maktemah tanya soklan bila aku nak kawen. huahua. aku rasa aku baru je umur 15. sirius bila jumpa bebudak 15 aku rasa macam sebaye. mungkin sebab aku dah kehilangan zaman muda remaja kot. aku baru je pulih kann *ok poyo, so aku nak nikmati semula usia belasan tahun aku yang hilang. so takkan la 15 dah nak nikah ahahaaaaa. maybe 16,17, 18... inshaallah doa2kan dan selamat beramal. eh. nanti aku dah sedia aku pi lah meminang sesapejelah yang aku syok kat dia k. hmm. 

okebai. malu pulak citer pasal kawen. kite baru 15 xsesuai cite topik ni hmm. 
ok kat entry ni saja aku tanak letak gambar sebab nanti karang ade la tu yang nak berangan angan aku tumbuk karang. 

tapaya nak pangkah sangat. aku tulis sesukahati je. xde buat rangka karangan pun. kalau ade point yang tertinggal tu biasela. nak tambah bole komen. okbai assalamualaikum. 

Monday, 7 March 2016

pentingkan diri sendiri.

ade pengalaman berharga yang aku lalui sebelum2 ni. 
aku bertarung laksana pejuang yang sungguh berdedikasi. cewwah. 

aku bertarung dengan perasaan benci dan takut yang mendalam dalamjangkamasa bertahun2. aku berjuang dengan kesedihan dan kerisauan, aku berjuang dengan perasaan aku perlu berjuang sebab aku perlu hidup di kala ada yang membisikkan kuat supaya aku mati. dan perasaan untuk sukakan orang saat aku benci dan takut pada semua orang, perasaan untuk menyanyagi diri sendiri saat jiwa tak terkawal dan menyuruh2 untuk aku melukakan dan mencederakan diri sendiri. 

tak lain xbukan pengalaman tu semua buat aku mensyukuri nikmat yang Allah anugerahkan. 

cuma, aku syak pengalaman tu buat cara fikir dan cara tindak aku yang sekarang, berbeza. pendek kata, aku jadi orang lain. aku malas untuk fikir bende2 yang aku rasa kecil, mungkin sebab terbiasa fikir bende besar. aku malas untuk bersikap toleransi dan memujuk2 pada orang merajuk atau mengada-ngada. dan aku akan marah saat aku fikir aku perlu marah. aku jugak sesukahati tidak melayan saat aku rasa aku xperlu layan. 

aku fikir tindakan-tindakan ini agak emmentingkan diri sendiri. xpe kan, aku macam ni. kan. xpekan. 

xpelahh. biarlah aku mementingkan diri sendiri pun. 
sebab selama ni pun, aku tanggung semuanya sendiri 

lalalala~

Sunday, 10 January 2016

aku dalam hidayahcentreee bp

menulis itu terapi. so aku kene menulis. kene.

ok beb. assalamualaikum dan hai. harini nak bercakap tentang pengalaman aku dalam hcbp. 
first of all. honestlyy jarang aku nak menangis2 utk manusia ni. *paling2 teringat pun, menangis dalam mimpi. tapi utk hcbp pehh. tompah air mata beb. cam nak berpisah selamanya je perasaan sedih ttu. tapi we never know kann. dah sampai masa utk aku belajar kat tempat lain pulak. tapi hello, idokle teman menangis depan ahli yang lain malu waeh. 

ape2pun, pengajaran paling besar aku sepanjang berkecimpung dalam hcbp adalah. 

1) aku belajar tentang kehidupan. cantik percaturan tuhan. dulu aku anti kot bekerja dengan lelaki. keje kat daurah pun stress macam apa mengadap lelaki sepaanjang masa *nipu no sepanjang masa. tapi keje dalam hcbp, aku kene belajar mengenepikan emosi, belajar jadi profesional*sikit la, belajar untuk mentajmik, belajar berinteraksi, belajar approach stranger dan ape-apelah, yang nak xnak, kene bekerja dengan lelaki. demi dakwah, xboleh lari, xboleh mengamuk raikan tantrum xtentu pasal. dan ya, ia bantu mengubah aku. walaupun  awal2 dulu asyik menggila. 

2) belajar dalam organisasi. keje dalam organisasi adalah kerja dengan manusia. yangmacam2 ragam dan kita xboleh harapkan semua smooth dan baik belaka. x. mesti ada hujan panas di mana2. dengan peranggai teammate yang kadang2 baik dan menggembirakan tapi kadang2 lain pulak rasa macam nak pukul semua sekali. eh. boleh je aku nak blah/putus hubungan. tapi x beb, demi dakwahyang bilamana dah dimulakan, harus diakhirkan, maka aku belajar macam-macam tentang kemanusiaan. tentang pengurusan.*berurusan dengan jiwa manusia kan. kadang orang menyakitkan hati kita. kadang kita menyakitkan hati org dan kita buat mcm xde papeberlaku hahaha. kita yang susun, kita yang bentuk, dan kita yang paling mampu utk jadikan ia seeronok. 

3) semua orangg boleh menyumbang utk dakwah. xkira teruk/hina macam mana pun. buktinya, aku daah join. anda bila lagi? hihiu. aku sangat menggalakkan kalau korang berminat melibatkan diri dalam hc. jadi ahli lagi bagus !

anyway. sory salah silap. gila xsedih. tqvm utk semuanya. i appreciate it so much! nah ni aku share gambar2 =)
cepatlah hnto semua lauk, lapar dah ni

nasi xsampai lagi. ada yang sedang bertarung dengan diri utk tidak berubah menjadi monster *hakim. 

maigodd-orang mersing datang kot.

wajah2 penggerak hcbp+ sukarelawan pehhh fuyoo.

*saya nak jadi mc! -kata meera
3 orang hebad . ko kerja dengan diorangbaru ko tahu betapa mengkagumkannye diorang
*siapa nak tempah catering, call saya ! (kata bro awi sambil ketawa bangga )

yeh dapat sijil. hashtag nanas.
'you are fired !'

2dari kanan-alumni dan bakal alumni yan cantik.
3 tngah-orang kuat hcbp.
2 kiri-bakal ahli baru
paling kiri-pemantau. 

tiada dalam gambar-alumni kakdayang, AwinEwin dll

tolong angkat ibu jari masing2. 
'tak naakkkkk' -syuk rebel

 okdah tu saje. assalamualaikum =)

Monday, 4 January 2016

tips resdung

bismillah 
assalamualaikum dan hai. 

Image result for bersin
credit

nak kongsikan tips resdung bagi penderita resdung sekalian. mcam ni ceritanya (intro dulu). dulu resdung aku teruk sangat kot. pening kepala. gatal2 muka. bersin2. paling teruk sekali sampai  sesak nafas masa tido *kene ada kondisi yang betul utk bernafas dengan baik. hidung tersumbat. nafas pon kene bukak mulut. seksa jugak woi. nak cakap seksa tu, orang yang resdung teruk fahamlah. pgai2 bersin cm hape. memandu/study dll pun terganggu sebab asyik bersin berpuluh kali. pantang debu sikit, pantang aircond.

ade jugak berubat. macam2 cara. asap2, cara serbuk. cara sendirian berhad. cara buang sinus. buang ulat resdung. letak daun apendetah kat muka. cara mcm2 lagilah. duit keluar pun lajuuu je, tapi xbaik2 jugak. 

at the end, alhamdulillah, aku dah dapat balik nikmat menghidu. bersyukur rasanya dapat menghidu. nikmat rasa makanan dengan baik. nikmat bernafas dengan sempurna. alhamdulillah. 

apa aku buat? 
tiap kali hidung tersumbat *time tersumbat je, aku masukkan putik kapas dalam hidung. masukkan, dalam-dalam sampai hujung putik kapas tu. memang sakit sikit. tapi slow2 la, boleh je sebab hidung kita ada rongga. yang jadi resdung tu sebab rongga tersumbat. sinus xboleh keluar. so kita kene bantu diri sendiri supaya rongga dalam hidung tu xtersumbat. 

Image result for bersin
credit

mase masukkan putik kapas tu, kau akan rasa nak bersin2. rasa nak ludah. rasa mcm gatal sangat hidung. tapi kejap je. ko sedia la bekas untuk segala hingus sinus bagai tu siap tisu2 sekali, putik kapas sedia lebih. layankan je hidung ko sampai lega. sakit sikit tapi teruskan je setiap kali hidung tersumbat atau rasa teruk sangat hidung ko. xkan nak hembus hingus je paksa2, takut tanggal pulak hidung ko nanti.

hahahha.. tu je tips aku. sekarang hidung aku dah boleh berfungsi dengan normal. aku pun dan menjadi lebih cantik dan menawan. demikianlah tadi tips resung. sekian. 

*yang mengasihani anda penderita resdung sekalian. 
*semuanya dengan izin Allah. doa dlu.