Friday, 27 November 2015

tanya sama itu guru.

Assalamualaikum anak2 dan cucu2 smua,sblum nenek left,ingin nenek brbicara beberapa baris kata,,ilmu yg kalian ada smuanya benar,tapi cubalah renung jauh k dlm diri,adakah ketenangan dan kebahagiaan yg abadi d situ,jika ada alhamdulillah,jika masih bercelaru,tuntut lah lg ilmu kerna ilmu Allah tiada berpnghujung slagi kamu masih bernafas,,nenek left kerna nenek ni dah brusia,tak larat nak baca dan padam mesej yg byk,,moga rahmat Allah nyata atas kamu smua,slm syg dr nenek.
Ni daripada group wassap. Aku sangat terkesan dengan nasihat dia. Well well. ‘jika masih bercelaru,tuntut lah lg ilmu”. Kena sangat dengan jiwa aku yang sedang bercelaru. Rasa ada lagi yang belum settle.

Tapi realitinya, hidup xsemudah yang kita mahukan. Nak tuntut ilmu pun tak semudah mudah. Lagi2 kita sedang deal dengan manusia. Yang pelbagai kefahaman dan cara, ilmu dan hikmah.

Pernah aku berbincang2 dengan seorang guru yang aku kagumi. Dan sesuatu yang pelik yang aku temukan hasil perbincangan. Katanya zikir yang aku amal terlalu berat, belum sesuai dengan aku. (ziikir La ilaha illallah) katanya mulakan dengan istighfar sebab tubuh aku berceelaru dengan zikir yang berat. Aku sungguh tak mengerti dan ini membuatkan aku tertnya-tanya, dan bercanggah dengan kefahaman aku tentang agama islam selama ni. Malangnya bila aku bertanya dan bertanya.. (aku kaitkan dengan dalil dan hadith zikir tersebut) tiba-tiba orang tu marah dan meninggikan suara pada aku. 

Persoalan aku tetap belum terjawab dan dia still teruskan suruhannya (mengatakan tindakan cara zikir aku salah, sepatutnya mula dengan istighfar sebanyak berapa ribu kali entah). Aku tanya, “jadi sampai macam mana baru aku boleh mula ziikir lain”, lidah kamu sendiri aku tahu bila kamu sudah bersedia…(sebenarnya aku cannot brain, tapi tak boleh tanya lebih lanjut sebab dia emosi) *aku ada sebab yang kuat kenapa aku sukakan zikir La ilaha illallah itu. Kadang-kadang dalam tidur aku berzikir itu dan aku terbangun di tengah malam. Aku tenang dengann zikir tu sebab, maksudnya. Ilah. Salahkee nak beramal dengan zikir yg aku cinta, daripada aku xberzikir langsung??

*aku fikir, mungkin cara aku tanya yang silap..(kurang beradab atau macam mana) membuatkan dia marah.. xapa, jadi aku elakkan untuk bercakap lagi soal itu untuk elakkan pergaduhan.

Malangnya… banyak perkara lain yang dia nasihatkan aku.. (dalam pelbagai hal) dan bila aku tanya lagi  (sebab nasihatnya kebanyakan bercanggah dengan agama islam yang aku belajar selama ni), soalan aku tidak berjawab dan diakhiri dengan dia emosi dan meninggikan suara.

Kesimpulannya, aku mencari guru lain. Mungkin kami xserasi bersama. Huhu.

....................................................................................................................

Guru lain yang aku jumpa, sikap lebih kurang sama seperti dia. Menyuruh aku beramal dengan sesuatu perkara (zikir)tetapi dia seolah mewajibkan aku untuk beramal dengan zikir itu. Aku katakan, aku cuba nak istiqamah dengan amalan aku dulu.. yang guru aku ajarkan (Tn. Isa bin Man- iaitu baca quran 1 juz sehari). namun entah macam mana nak cakap ye… seolah mewajibkan aku dengan amal yang dia sarankan. *aku bersangka baik, mungkin dia cuba latih aku………..*tapi aku rasa dipaksa adalahh huhu. Siap cakap(pada ketika lain) *biarkan luncai dengan labu-labunya untuk orang yang tak nak berzikiir seperti yang diajarkan. Allahu. 

Aku rasa beliau keras sangat, mungkin kami xserasi bersama. huhu lagi. Atau aku yang salah faham. Enntahlaa. Tapi susah untuk aku beramal sebab manusia. Aku nak beramal kerana allah.

.....................................................................................................................

Ada guru lain pula.

Pun lebih kurang sama. Tak menjawab sebaliknya emosi, meninggikan suara, memotong percakapan aku dan mengatakan aku begitu dan begini. Mengatakan aku mempertikai.. allahu. Aku tak tau la cara aku cakap/bertanya itu  mempertikai atau bagaimana. Aku betul2 nak cari kebenaran.  Jadi hati aku belum tenang dan belum cukup puas dengan jawapan yang diberi, maka sebelum aku ikut aku cuba untuk fahamkan betul2 dan tanya apa saja yang aku xfaham. 

Dia enggan menjaawab, sebaliknya mengatakan.. belajar dulu. Ambil masa. Aku tanya macammana nak belajar.. u yg ajar  so i tanya la u untuk belajar….. xde jawapan, dan, dia emosi………..adui lagi. Kalau rasa aku belum sesuai untuk belajar ilmu anda yang tinggi itu, maka kenapa u kongsi ilmu tu pada I awal2 lagi.. aku pun xfaham. Mungkin dia mahukan orang yang dengar sahaja dan patuuh tanpa bertanya.

Hmm, itu sungguh bukan aku. Dalam quran banyak kisah malaikat bertanya, nabi bertanya, dalam hadith pun ada kisah sahabat bertanya… huhuhu… aku yang jahil ni lagilah banyak yang perlu ditanya.

.....................................................................................................................
Ada guru lain pula

Lagi pelik ajarannya. Dikata yang pelik2 yang tak pernah aku belajar tentang sislam sebelum ni. Katanya nama sebenar nabi Muhammad itu lain. Argh. Aku bertambah pening. Cara penyampaiannya adalah ‘haiii, nama nabi Muhammad takkan tak tahu?? Kata kenal nabi?? Cara mengajarr adalah sarkastik dan perli-perli aku.. Aku tanyakan.. mana sumber dia.. katakan nama nabi Muhammad sebenar adalah begitu dan begini.. lalu dikatakan sumbernya di tingkat 6 bawah Vatican Italy.. haaaa? 

Adeh.

Banyak persoalan yang aku kemukakan… jawapannya kurang memuaskan hati aku. Adui laa. Apekah ini. Aku mencari guru lain, lagi. Guru yang boleh mengajar aku, tanpa emosi. Tanpa marah-marah. Mengajar dengan tenang dan benar2 mahu muridnya faham.
.....................................................................................................................

Ada pula, lagi satu.. ajaran baru… tapi agak berahsia.. aku tanya, apa yang diperjuangkan pun.. dia tidak mahu kongsikan pada aku. Aku cakap.. kalau xnak tterangkan xpe.. aku boleh tanya orang lain yang sudi terangkan.. tapi dinasihatkann aku pulak supaya jangan taksub sangat mencari ilmu, nanti sesat………….(aku cannot brain.. kalau dia ada ilmu yg bnar, kenapa xmahu kongsi.. dan kalau takut aku sesat, kenapa tidak ditunjukkan guide mana untuk aku cari ilmu tu) Tak apalah… aku fikir ilmu tersebut exclusive untuk orang2 seperti dia. disebabkan  dia emosi…maka aku pun.. “xapalahh good for u”. *kebenaran xdapat disebarkan.
.....................................................................................................................
Kenapa ya, aku tak tahu, mungkin aku yang silap, mungkin dia yang silap. Entah. Aku benar-benar tak tahu. Akku nak cari kebenaran. Pasti aku hujah dan perbincangan. Namun malangnya perbincangan tak dapat diteruskan sebab.. emosi.. marah-marah. Janganla marah ambe. Ambe jahil, ambe dahagakan ilmu. Kita kan sama-sama nak cari kebenaran. Nak cari redha tuhan. Jika aku salah, aku ikut yang benar....

Aku sungguh terkilan. Sudahlah tidak dapat jawapan. Ditinggalkan aku dalam keadaan tertanya-tanya, keliru dan berasa diri salah, berasa diri jauh dari tuhan, berasa segala amal yang aku buat tak diterima(sebab aku thiqoh kat diorang). Beberapa hari aku tingggalkan quran, tingggalkan zikir tinggalkan tarbiyah. Sebab apa? Takut silap. (dah dikatanya zikir tu xsesuai dengan aku. Guane)
Lama-lama aku fikir, aduh, aku sembah apa sebenarnya????????

Aku cuba list down baik2. Apa sebenarnya masalahnya. Sebab aku memang celaru masatu. Siap buat status fb *aku nak merdeka dengan tuhan aku!.
Baru la aku sedar. Segelintir orang.. bila tak tahu nak jawab hal agama.. mudah memberi alasan..
1)      Belum sampai masa untuk kau dapat ilmu tu.
2)      Bende ni perlu berguru, xboleh sembarangan (dengan kata lain.. tanya org lain beb)
3)      Jangan banyak tanya….
4)      Jangan melampaui batas akal dalam berfikir.
5)      Dll.

Pendapat aku pula
1)      Masa akan tiba dengan usaha
2)      Abis anak murid/anak aku tanya, “jgn tanya aku, tanyalah ustaz sekian2 tu nak” abis kalau ustaz tu mati? *sory kasar ye,
3)      Nabi ibrahim pernah bertanya.. adakah ini tuhan.. malaikat pernah bertanya.. kenapa engkau hendak ciptakan manusia. Sahabat pernaah bertanya nabi … nabi pernah bertanya sahabat2..
kisah bani israil dalam surah baqarah, bertanya tu sebab lain… aku bertanya sebab nakkan jawapan.. tapi still, ada jawapan bagi setiap persoalan. Paling2 pun jawapan sahabat pada nabi ‘allah dan rasulnya lebih mengetahui’… (ilmu aku terbatas, setakat yang aku tahu, xde larangan bertanya, aku sedia dengan hujah lain, jika ada)
6)      Jangan melampaui batas berfikir.. (macam mana nak tahu batas sampai mana) tolongg listkan aku skop apa yang tak boleh ditanya. Yang aku tahu Cuma tak boleh bertanya tentang allah.. (sifatt2 allah boleh kan). Lagi satu.. Jangan melampaui batas akal dalam berfikir,, tapi kita tak disuruh membataskan akal fikiran dari berfikir, betul?

Aku tak tahulah kalau-kalau nabi muhammad pernah jawab macamni masa mengajarr sahabat2. Ilmu aku sangat sikit. Kalau ada kongsikan.

Kemungkinan yang aku dapat simpulkan… jawapan sebenar atas setiap persoalan, mudah… (saya tak tahu). Tapi yang menjadi masalah bila, berbincang untuk menang, bukan untuk mencari kebenaran. Maka apa saja hujah tak mahu didengar, takmahu dilayan, dan dikatakan… “belum sampai masa untuk kau faham”.

Aduh. hinanya aku xmampuu nak faham apa2.. kalau aku diam saja.. mungkin dia rasa aku fahham. ? agaknya.

Dia marah2 aku.. padahal aku rasa aku yang patut marah padanya… sesukahati kata aku xsabar. Sesukahati kata tindakan aku salah. Sesukahati kata aku xsampai masa untuk tahu (xlayak). Sesuakahati kata itu dan ini pada tindakan aku. (sampai aku keliru nak beribadat macam mana-yang benar)

Aku nak cari kebenaran! Tahu kan bagaimana perasaan tanda tanya yang disimpan dalam hati. dah lasemua yang kau sampaikan tu mengubah cara pandang dan cara ibadat aku.  Kalau aku tak tanya, bererti aku tak fikirkan langsung apa yang kau perkatakan. Tapi……. Kau pula yang emosi..

Sudahlah. Aku benar-benar penat. Aku serahkan pada tuhan untuk guide jalan hidup aku. Alhamdulillah sekarang aku kenal seorang guru yang sabar dan menjawab segala persoalan aku, siap dengan dalil dan berbincang secara terbuka. Aku jadi lebih jelas dengan tindakan aku.

Aku serahkan pada tuhan untuk semuanya. (Hari hari aku doa ditunjukkan jalan yang lurus) Mungkinn mereka betul, mungkin aku betul., mungkin dia silap, mungkin  aku silap. Moga-moga allah lindungi diri kita semua daripada merasakan diri hebat mahupun bersangka buruk pada orang dengan mengatakan orang tu belagak hebat.

Anyway, dulu aku pernah fikir,

“fokus baikkan diri.. kiamat tetap berlaku.... apa guna nak kaji habis2. org xsolat, still xsolat. org derhaka.. still derhaka. 

apa guna nak kaji. Huahua.

(fikiran dulu2, tentang kiamat)

Sampailah aku sedar.. semua ilmu adalah mulia untuk dipelajari/untuk dikaji. Xperlu pandang remeh/pandang rendah pada ilmu orang lain/pada iltizam orang lain untuk menuntut ilmu. Kalau xmampu tuntut ilmu yang sama, raikan orang lain.
Yang penting.. bagaimana ilmu tu beri kesan pada akhlak dan iman kita.

Okdah.
Aku mungkin betul, mungkin silap. Aku terbuka dengan sebarang perbincangan.. asalkan dengan emosi yg stabil dan akal yg waras.


Sunday, 22 November 2015

ostajah toward ustaziatul alam.

dulu2 aku selalu wasap/mesej/pm fb memana ustaz/ostajah terdekat untuk bertanyakan banyaakkk soalan2. 

1) bila kat tempat belajar,jarang dapat bersemuka untuk berbincang. 
2)bila berbincang di kelas, xdapat berbincang lama sebab kena fikirkan yang kita belajo sekelas, bukan aku sorang nak belajo. (nak bertanya pun kene agak2 jugak)
3)nak telefon-masalah kredit la pulak =p

namun agakk terkilan, sebab  tak semua ustaz/ostajah suka/selesa berbincang bab agama di media. kebanyakan persoalan yang diajukan hanya krik2... tiada sebarang respond dari ustaz/ustazah yg aku tanya.. *sebenarnya kalau xnak jawab.. respond 'xnak jawab' pun better kot =p sampaila aku keekadang fed up.. sebab bagi aku maksud ustaz/ustazah tu adelah rujukan.. (seharusnya mudah untuk kita rujuk).. yg aku faham laa.. macam maksud ustaziatul alam (rujukan alam). huhu.

memikirkan hal itu, bila murid2 mintak no telefon(last day intern), aku bagi je.. mudah2an sedikit sebanyak boleh berkongsi manfaat/perkongsian/peringatan ke ape ke kann.. (hajat di hati begitula)

namun.. namunn.. er. barulah aku sedar yang hobi murid2 aku adalah bertanya 'cikgu tengah buat ape tuu'. kalah pakwe makwe(ok jugak la. jadi peringatan jugak.. kalau cakap tengahmengaji tadi.. *insaf sikit murid, kalau cakap.. tengah tengok katun ni.. *mau kene 'ostajah akhir zaman betul ni'

anyway.. 
bersyukur sgt2 diperkenalkan dengan bathamim. dan diperkenalkan dengan guru yang banyak bersabar dengan aku. *mudah2an sabar tu berkekalan. amin. 

ok tu je nak cite. 
*sudut pandangan  peribadi aku yang boleh jadi betul dan boleh jadi  salah. 

Thursday, 12 November 2015

feel so blessed :')

 i feel so blessed. banyak perkara semakin baik.

hari ini aku bangunn pagii2 dalam keadaan allah bangunkan dan sempatkan aku untuk qiam.

hari ini allah hidupkan aku dalam keadaan masih ada air mata untuk menangisi dosa.

hari ini aku terpijak ubat stapler tapi kaki xberdarah pun.

i feel so blessed dengan diri aku sendiri  walaupun banyak sangat dosa yang aku buat dan xlayak untuk apa pun.

i am so blessed. Ya Allah.. ini aku ni............hanya Engkau yang mengetahui bagaimana sebenarnya aku.. danEngkau yang mencatuurkan aku... dengan jalan2 yang aku perlu tempuh

Wednesday, 4 November 2015

task jawi bebudak

Image result for jawi
credit

masetu kelas jawi. jadi aku bagi task menulis karangan dalam tulisan jawi. *exam dah lepas, jadi aku mengajar murid ikut sukahati aku.di samping aku nak kenal lebih sikit murid2 yang aku kasehii ini. aku suruh diorang buat karangan bertajuk 'ujian terbesar dalam hidup saya'. 

kenapa aku pilih tajuk tu, sebab ape2 yang berlaku pada seorang budak di usia kanak2, sangat mempengaruhi perangai dia sehingga dewasa, dan apa yang dia  tulis, sedikit sebanyak menunjukkan bagaimana dia. 

lepas baca tulisan2 mereka, aku rasa sebak, nampak laa gaya tulisan, perasaan dan kesedihan yang diorang tanggung tu. *walaupun usia  baru 10 tahun. macam2 ceritanya. ada yang ada penyakit.ada yang kematian haiwan peliharaan. kematian org tersayang ada yang hilang di pasaraya, ada yang excident dan macam2 lagi lahh xkan aku nak kene taip semua pulak.  

cerita ada yg kelakar( camne boleh salah tajuk budak ni) tapi banyak yang sedih la. *try empati la acah2nye,   

tapi, ada satu cerita paling sedih sekali antara yang sedih2 tuu. 
*apesal teruk bebeno jawi korang, siapa yang ajar jawi huh huh? aiyoyo.