Monday, 20 July 2015

hobi : tanya

Assalamalaikum dan hai.
Sekadar pemikiran picisan yang aku cuba perjuangkan malam ni.

Kata-kata yang hidup adalah kata-kata oleh orang yang sanggup mati dengan kata-katanya.

Ok yang atas tu sekadar intro, aku xreti la nak set induksi macam mana, jangan la nak maki sangat ah xpenah Nampak bebudak baru nak up cuba menulis ke, hok aloh. Ni la orang kita nak dhengkii aje.huahua.

Macam ni ceritanya. Berdasarkan yang aku faham la menurut kefahman yang sedikit ini, sesuatu ilmu atau kefahaman tu harus telus,tiada selindung selindung, tiada rahsia-rahsia. Bila rahsia-rahsia, seumpama, bukan mesti tapi seumpama ada sesuatu kebatilan/ kesalahan/ ketidaktelusan yang cuba diselindungkan. *perasaan aku saja atau aku yang xfaham.  

Contoh hal duit,,
     temah : nah duit. 
     tipah : weh banyak gila, mana dapat
     temah : sorry, rahsia, aku xbole bagitahu. amek je duit ni.

  orang mungkin syak hang mencuri ke menang loteri ke apa ke. Xgitu maktemah?
credit. why am i here?

Sebenonye cenggini. Aku sangat terinspirasi dengan cerita PK *kalau xpenah nengok mohon dapatkan di pasaran sekarang. Eh. Dan sekarang aku berpegang dengan keyakinan bahawa, tidak salah untuk tahu salah untuk tidak tahu 

Sebagai contoh, aku sebagai cikgu yang mengajo bebudak sekolah rendah tentang subjek agama. Direct aku citer, suatu hari aku mengajo tajuk mandi wajib. Masuk bab, perkara yang menyebabkan mandi wajib.masuk bab keluar mani dengan sengaja la, bersetubuh la, haid dan nifas laa. Secara automatiknya akan timbul persoalan dalam kepala hotak bebudak akan apekebende yang dimaksudkan dengan istilah-istilah tersebut.

Sebenarnya murid yang tidak bertanya paling aku risaukan sebab nanti diorang entah fikir apa-apa atau google atau search entah apa-apa. At least kalau murid Tanya, cikgu, &*^$ tu apaa? Bole la aku tahu apa yangdepa xfaham dalam masa sama bole la aku terangkan apa yang patut serta tak dilupakan nilai agama dan apa-apalah yang bolehdan tidak boleh dalam agama.

Dalam hal lain.perrsoalan murid buatkan aku tahu yang diorang berfikir dan tidak menyerap bulat-bulat apa yang aku bualkan.

Bagi aku, sebagai cikgu, murid is murid. Mungkin cara Tanya kekadang kuajo macam mintak penampo. Cikgu, kenapa pulak saya kene pakai tudung, panas la cikgu. Mak saya pun xpenah suruh saya pakai tudung. Camtuha kau.

Soklan dia, kenapa kene pakai tudung je. Jawab je la kenapa.  Awat nak takut-takutkan dia, dosa neraka dosa neraka. Jangan la buli budak di saat budak percaya kita. Kalau cara bertanya yang tidak betul, itu hal sikap, yang boleh diperbaiki dengan didikan.

 ‘Awak jangan jadi macam kaum bani Israel yang banyak bertanya.’

 sekali lagi aku ketengahkan, jawapan ini bakal bawak impak besar terhadap cara fikir seseorang.

‘cenggini citernye duhai muridku, Allah dah bagi garis panduan kepada kita, sebab Allah sayang kita. Allah dah bagitau berpakaian macam ni, tutup itu tutup ini. Allah kan cipta kita mesti la Dia tahu mana yang terbaik untuk kita. Kalau xde guideline mana kita nak tahu pakaian guane yang terbaik. Definisi sopan setiap orang beza2 duhai muridku. Awak suka xkalau orang tengok bahagian itu ini pada badan awak blabla.
Image result for budak kecik pakai tudung
credit.


Oklah babai. aku mungkin betul aku mungkin silap. kalau nak tegur bole aje tapi tolong baek sikit perangai aku tumbuk karang.eh

jangan tanya, belum sampai tahapkamu lagi. nanti kamu gila HAHA

Assalamualaikum. 
tag lama : ituini

Sunday, 19 July 2015

bekal amal

Assalamualaikum hai. La ni aku nak bercerita dari sudut pandang bebudak usrah. Terlebih dahulu selamat hari raya diucapkan. Tang maaf zahir batin nanti dulu. Klise la ucapan ni.huahua.

credit. motif: xde

Macamni ceritanya. Aku citer direct je. Salah satu elemen yang pasti ada dalam usrah *yang aku ceburi la, adalah mutabaah amal. Mutabaah amal ni biasanya task atau amanah yang diberi oleh naqibah dan kemudiannya disemak oleh dia.

Biasanya mutabaah diberi mengikut tahap/keesanggupan bebudak usrah bawah jagaan naqibah tu. Sebagai contoh, solat awal waktu, atau solat sunat, atau tadarus 1 muka, 5muka, 1 juz, attau qiamullail seminggu sekali. *lagi sekali diulang, mengikut tahap anak usrah tu.

credit google. contoh mutabaah. 
kat atas tu contoh, nak tengok lain google je. boleh edit ikut sukahati engko. Menurut pengalaman aku, tiapkali usrah, naqibah akan Tanya sensorang, buat itu, ini x. ada dengan ukhti tu pulak, caranya, dia akan suruh kami pejam mata, dan dia Tanya, siapa yang qiam malam tadi, so siapa yang buat angkat tangan. Siapa dah istighfar at least 100 kali.so siapa yg buat angkat tangan. Atau cara lain, buat satu group wassap yang semua ahli kene update tick yes or no pada amal-amal tertentu.

Last2 kita akan malu untuk tidak buat.

Ok biasanya mutabaah ni diselaraskan dan mengikut persetujuan bersama.makin lama mutabaah akan meningkat, seperti hafal surah demikian demikian dan sebagainya. Mutabaah juga merangkumi banyak aspek seperti riadah/sukan seminggu sekali, atau bina persaudaraan dengan orang baru, atau belanja orang dll yang bukan saja memberi manfaat untuk diri tapi jugak untuk orang lain.

Ok satu bende yang aku nak highlightkan di sini adalah, mase kecik2 comel2 muda2 dulu, mak bapak akan sentiasa Tanya, dah solat belum blabla, pose xharini blabla. Nakal kene rotan atau kene cepuk. Cikgu2 pun selalu buat cek, siapa yang solat cukup 5waktu sehari semalam. Dll. Yang mana tu secara tak langsung membantu kita menjadi solehah dan ‘beriman’ walaupun kita xberapa faham kenapa kene solat/puasa dll. Tapi ya.ada orang akan jaga dan sentiasa ingatkan dan care pasal kita. Abistu laa ni, dah tua2 ni,ada sesiapa nak Tanya, solat xhari ni, puasa cukup x? ada kee? Hmm.. ada mungkin ada, tapi lebih kepada ‘dah tua, pandai2 la jaga diri sendiri. Tanggung dosa sendiri kan. Kan kan.’ So, tadaaaaa. Baguih xbaguih ada mutabaah ni? At least bila kita kian hanyut dan mereput, adalaaa yang ingat2kan dengan niat uhuwah fillah Abadan abadaa gituhaa.

Tapi satu beza/ uniknya, penekanan tentang amal (tarbiyyah zatiyah) ini adalah, untuk apa perlu beramal begittu begini. Asal solat 5 waktu, mengaji mana mampu, xbuat bende keji sudahlaaahhh. Xperlu la banyaknaw mengaji, kene bersedekah pulak, aku nak kumpul duit la woi atau apekebende suruhan amalan yang hellloooo, kenapa aku kene buat itu hah hah??

Beb. Macam ni ceritanya. Untuk tujuan apa join usrah tu(perbaiki diri) kita bukan sekadar nak baik sendiri. Tapikita nak membina keluarga, nak melahirkan anak2 dan membina generasi yang hebat, nak membina negara dan tamadun* blablabla n bukan sekadar bual kencang tapi adalah suatu citaa besar yang sedang diusahakan bersama ß ni. Sangat memerlukan kepada jiwa dan hati yang hebat hubungannya dengan tuhan.

Jadi, adalah xklako, kalau ko nak mengubah diri dan masyarakat kepada lebih baik, tapi ko sendiri amalan sepele dan picisan tanpa sebarang usaha untuk ditingkatkan. Itu adalah sungguh xklako. Bahkan agak menyedihkan.

Silap-silap ‘dakwah orang konon, solat lintang pukang, quran entah ke mana’ hanyut dan mereputlahhh.

Jadi apa yang aku cuba perjuangkan?


  • Seesetengah orang, beramal untuk masuk syurga.
  • Tapi sesetengah orang, beramal, untuk jadi bekal, agar mampu bawa orang ke syurga.

Ok, aku akhiri dengan ucapan mahap zahir batin salah silap makan minum harap dihalal.
Aku mungkin betul dan aku mungkin silap. Aku terbuka untuk sebarang teguran asalkan tegur secara sopan santun dan cantik menawan.

anyway sesiapa nak beli stokin n handsock kiut miut, bole pm for details. eh eh.
InstaSize_2014_11 _ 205530
credit. 1m4u
Okbabai assalamualaikum.