Wednesday, 17 June 2015

newbie bathamim

bismillah, Assalamualaikum and hai.
ambil masa sikit here. untuk memandu hati camtuha. 

macam ni ceritanya. 
saja aku nak share pasal ni so that lepas ni tak payah nak bukak mulut lagi bila orang tanya*nampak no malas tu. aku rajin sebenarnya, amin. 

aku nak citer pasal bathamim. cerita yang orang tertentu tak patut tahu *you know what i mean. 

memula tu aku jumpa dulu tok gurunye. memula niat nak tahu je. inkuiri mendarah daging la konon2. aku ulang sekali lagi, 'nak tahu okeh bukan nak'. so glad la hatiku ini kan, bila ada yang sudi ajar n jawab semua soalan aku kan. terasa diraikan cmtuha terimakasih terimakasih *lambai gaya diva. perasaan dia cmni beb, ala-ala macam non muslim yang nak tahu pasal islam, yang banyak bende tak tahu dalam masa yang sama, takut2 dan terfikir-fikir, betul ke tak betul ke betul ke tak betul kee (ulang lagi) ape yang aku ikut ni.  *macam ada pengalaman jadik non muslim jeh??)

of course la, bila nak tahu pasal sesuatu bende yang kita tak tahu, kita sewajarnya tanya pada yang betul-betul orangnya kan. nak tahu pasal math, tanya cikgu math. nak tahu pasal islam, tanya kat orang  islam+know how to present islam kan.eh. so bagi mengelakkan aku bersangka-sangka dan terpedaya mahupun berlaku tidak adil, maka aku tanya la pada tok gurunyaa. takkan la nak tanya seberangan orang yang tak tahu apa-apa dan main agak-agak pula kan.

 so dengan kegigihan dan keberanian, aku usaha semampu supaya aku jelas betul tak betulnya bende alah ni. sebab tu aku beranikan diri jumpa tok guru yang 'entah siapa-siapa' ni. setelah berjanji untuk berjumpa, pagi itu kami berjumpa kat satu kedai makan sambil aku ditemani member aku yang baik hati, cuah namenye, cantik dan single, solehah pulak tu.  berminat nak jadikan isteri sila pm tepi. eh. ok berbalik pada cerita.

of course banyak soalan kan. sebenarnya kalau ko nak tahu ke taknak tahu ke, aku penah dapat award queen of question kat kelas huahuahuaaaaa eh ter riak pulak *for no reason. so dapat bayangkan x betapa banyak question mark dalam kepala otak aku? nak-nak lagi, bende ni sangat xpenah aku dengar sepanjang hidup, first timer la senang kata. ditambah pulak dengan macam-macam hal berkaitan dengan ancaman aqidah dalam arus globalisasi kini. pehh. cuak gak aku kalau-kalau tersimpang dari ajaran alquran dan sunnah. nauzubillah beb, sia-sia hidup kalau akhirnya syirik.

first of all, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada KP Farhan n AGP Dzul Saie, *sorry kalau silap eja. sebenarnya aku banyak tanya bukan sebab apa. xde niat buruk pun, yang ada mungkin cara aku bertanya yang agak mengguriskan hati *sorry if that so. tapi sebenarnya aku nak tanya supaya aku ada stand yang kukuh dan ada jawapan bila ditanya, selain supaya aku sendiri jelas dengan pilihan yang kau buat. atau dengan kata lain, xgoyah beb. penat la hidup kan kalau asyik2 taqlid je kan. *banyak buat amal tanpa faham. 

ok tanpa membuang masa lagi, meh aku ceritakan. setelah sesi soal jawab dan penjelasan blablablablabla *(bla di sini menunjukkan tempoh lama) itu dan aku yakin dan thiqah la dengan ilmu ini, maka  aku pun bersetuju untuk diijazahkan. maka bermulalah jalan hidup aku sebagai orang yang mengamalkan bathamim. (amal la sangat pehh mujahadah beb nak istiqamah). semenjak aku mula amal bathamim, malam tu aku cm xbole tido. pelik tau kalau orang macam aku xbole tido. maksud, tengah tido2 tetibe terbangun yang tak bole tido. cmtuha. pelik tahu tak. memula aku ingat sebab xbole hadam lagi apekebende yang terjadik. (siapa bole percaya beb bila org nak tumbuk aku, tertolak sendiri ke belakang kan, sejak bila aku ade power aksen kamen bibibibi kan).ok tipu. *kebal dengan benteng, ask not judge please. 

and beberapa hari (boleh kira seminggu) lepas tu, aku mimpi bukan2 je. ada yang aku mimpi haiwan terkurung. ada yang aku mimpi kanak-kanak yang baik diam je. ada yang aku mimpi aku kene kejar dua makhluk hitam. ada yang aku ditindih n bertarung dengan sesuatu yang bila dalam mimpi tu aku ucap la ilaha illallah, baru makhluk tu lemah. aku pelik la kan apehal aku amal ayat baik punya tetibe kene ganggu pulak. so aku pun bertanya la kat tok guru tu.

aku pun bertanya dengan sopan santunnya akan kenapekah bende tersebut terjadi. sebab aku tanya naqibah aku, dia cakap better u tanya la tok guru yang ijazahkan you. ok tanpa membuang masa aku copy kan je la jawapan beliau kat sini.

Semua yang kamu sebut tu ada dalam senarai simptom gangguan kat belakang buku.
Tapi xpe. kamu teruskan buat amalan sbab kemungkinan gangguan tu dah ada lama tapi tak aktif. Cuma bila kamu mula buat amalan, gangguan yang selama ini tidak aktif mula rasa tidak selesa dan mula cuba menghalang kamu dari terus istiqomah.



Jangan pedulikan mimpi2 tu kerana itu adalah syaithan yang selama ni sering mempengaruhi kamu semasa melakukan kebaikan atau yang menimbulkan rasa waswas dalam hati kamu atau juga pelbagai sifat mazmumah lain. Mereka tidak akan senang dengan seorang hamba Allah yang cuba kembali kepada fitrahnya iaitu menyembah Allah dengan penuh harap dan keikhlasan.


Ramai yang memiliki gangguan baik yang kecil mahupun yang besar, akan menghadapi dugaan ini. Cuma mungkin sebelum ini kita dapat tepis hasutan mereka tapi mereka masih tunggu peluang terbaik. Kali ni mereka mula terdesak kerana kita memiliki keinginan untuk istiqomah dalam mengharap bantuan Allah. Maka kerana itu mereka mula memperhebatkan operasi.
Tapi jangan risau. Ini hanya diperingkat awal. Ia akan mula beransur hilang dan akhirnya terus hilang nantinya.

okeh. bila aku dah faham aku pun teruskan la amalan. nak dijadikan citer. beberapa hari lepas tu, hilang dah, xde dah mimpi bukan2. camtuha beb.

okeh. pahtu pulak. ada satu bende besar yang aku nak citer. ko tau x betapa apa yang aku lalui sebelum ni siriusly buat aku hampir mati. ye beb, aku xtipu. *muka serius mata tak berkedip.

ok part ni aku malas citer panjang, tapi ade dijelaskan la gak kat belakang buku bathamim tu berkenaan gangguan kejiwaan. gangguan kejiwaan yang aku lalui ni berbentuk apekebendentah aku pun tak tahu. teruk. entah kenapa takut xsemena-mena, agressif tak semena-mena, asyik nak marah2, garang untuk bende kecik. fikiran tak terkawal. fikir nak murtad, fikir nak bunuh diri, fikir nak bunuh orang, fikir orang semua jahat, rasa mcam ada yang bisikkan sesuatu, rasa macam nak suruh  bisikan tu diam tapi still berbunyi even dan tutup telinga. otak bertarung dengan jiwa blablbalaaa.

sampai aku menangis2 dan pukul diri sendiri. hentak kepala.  bila orang tanya kenapa, aku xde jawapan selain 'sakit kepala'. padahal... entah la. bukan sakit kepada tapi sakit otak. . dan macam-macam lagi aku malas nak citer tapi kalau ko penah rasa ko tahulah betapa sakitnya. terbelengu sangat. *certain orang je tahu ni sebab aku xsuka kelihatan lemah, bukan bermakna aku ketepikan orang sekeliling.

and somehow, sejak amal tu, rasa lebih okeh dan makin okeh.

sebenarnya sebelum amal tu, banyak jugak care aku amek bagi mengatasi masalah tu. aku cuba amal mathurat, amal qiam dan dhuha, pernah jugak jumpa kaunselor, jumpa darussyifa dan psikiatri sebab ingat aku dah gila. bende tu datang2. banyak masa aku ok, tetiba akan ada masa aku sakit balik. dan aku menunggu-nunggu masa untuk okeh. xcaya cuba baca belog aku yang sebelum ni tajuk priceless memory

ok tu je nak citer. tentang macam mana aku boleh jadi sangat ok, sihat cantik dan menawan, serta tak takut. amalan benteng. bathamim. dari situ aku belajar, semua orang boleh doa sendiri dengan tuhan, tanpa perlu orang tengah untuk rawat diri kita sendiri. diri kita boleh. diri sendiri boleh lawan sebarang gangguan yang menjauhkan kita dari Allah. okeh.

dan lagi satu, jangan pernah menggunakan jin untuk berubat. tolong la. ko mukmin kot. ko kuat kot. doa je la pada tuhan. xperlula mintak tolong jin, kelak jin itu bertambah sombong.

okeh laaa. nasihat aku, err... jangan sia-siakan kelebihan kita sebagai mukmin. gitew.

Image result for bathamim
*motif post harini, sebab aku dah malas nak amal, so bila post rasa cam bersemangat sendiri secara taks emena-mena. okbai.
okbai. assalamualaikum

Thursday, 11 June 2015

bila 'aku dah sihat' sekadar perasaan.

all i can do is shouting to 'them' "diamlah! yet the 'sound' keep haunting me.

tired.

Monday, 8 June 2015

dego.

bila yang berkata berdego2. bab berbual no 1. bab berbuat tak mampu.

memang kekuatan tu hanya di sisi Allah betul la.

Allahu. mana kamu. mana dirimu.
Allahu.