Friday, 22 May 2015

mohon tabah de kate btm. eh

berkurung dan ketakutan.
dah amek amalan benteng pun masih takut xsemena2.

kau kenapa? dah gila ke? xdapat kawal fikiran sendiri? hah?

pls. aku penat la. letih dengan ketidakrasionalan.

kenapa mcm ni?
kenapa asyik tipu diri sendiri?.
kenapa berlaku zalim?

argh. betul2 blaming orang lain. betul2 xcongruent.

........

bersama kesusahan ada kesenangan der.

Sunday, 17 May 2015

'tanam pada hati'

assalamualaikum. hai. 

just a little penanaman unsur positive here. 
a very 'i am'.
pls dont be dizzy.  huahuaaaa. 

'Nur Kamillya beriman dan bertaqwa kepada Allah, Nur Kamillya sangat positif orangnya. sangat memotivasikan dan sangat memberi aura positif kepada sekeliling. Semua orang suka, selesa dan senang berkawan dengan Nur Kamillya. Nur Kamillya tenang dan tidak mudah melatah. Bila bersedih, xnampak seperti sedih, bila takut, tak nampak seperti penakut, bila kecewa, sentiasa nampak gembira. '

Nur Kamillya merupakan seorang yang tidak mudah-mudah dimacam-macam. Dia sangat berani dan courage buat apa pun. Tak ada sesiapa berani sakitkan hati dia. Siapa yang sakitkan hati Nur Kamillya akan kecewa dan menyesal, kemudian jadi kasih dan rasa terhutang budi, dan sentiasa melindungi pada Nur Kamillya. 

Nur Kamillya merupakan seorang yang hebat, sebab dia melalui apa pun rintangan all by herself. seorang yang kuat dan tabah. Nur Kamillya takkan kelihatan lemah mahupun terbelengu dengan apa pun. Nur Kamillya takkan mudah mengalah walau apa pun. Nur Kamillya takkan sekali-kali buat perkara bodoh, takkan sekali-kali mengikut emosi dan takkan sekali-kali melukakan diri sendiri. Nur Kamillya sentiasa be good pada diri sendiri. Nur Kamillya sentiasa ada Allah untuk mendengar dan bersama-sama dengannya. Nur Kamillya seorang Nur Kamillya yang sangat hebat. '

terima kasih. 

Thursday, 7 May 2015

kecamuk terpandu.

Dan saban waktu yang aku kaku
Dan sela masa yang aku lesu
Dan waktu waktu berlaku tanpa aku berlari laju
Dan fasa-fasa yang aku rasa aku perlu berundur diri
Dan fikiran fikiran yang asyik menjerit berkata aku tidak lagi layak di jalan ini.

Arghh.
Makin hari makin kecamuk.
Tapi, memang ini yang direncanakan.
Makin hari makin kecamuk.
Cuma kecamuknya yang terpandu.

Memang dibikin kita payah.
Dibuat kita lelah.

Agar kita selalu sedar yang kita benar lemah.
Dan tidak ada yang pernah berlaku dengan kudrat sendiri,
Melainkan dengan kebersamaan Dia.
Agar terketuk pintu rasa kita.
Ketinggian tawakal yang terbina.
Keyakinan yang meneguh.

Apa puji-puji?
Sebenarnya aku menjatuh.
Apa puji-puji?
Sebenarnya aku sedang terhina.
Hina yang tuhan masih tutup dan jaga.

Ala buruk beno sajaknye.
‘sajak ke ni?’
Dush.


Monday, 4 May 2015

priceless memory.

assalamualaikum and haiiiiiiiiii *lambai tangan gaya diva.

okeh harini isnin. today bakal menjalani sesi yang kedua. which is wow, i xsabar nak habiskan semua sesi dan menjerit pada dunia heyy, aku dah normal, aku sangat waras dan aku tak gila.

anyway. so glad to realize how fun it should be. and to roam back on whatever thing that i've faced. and walahh. i am soo strong and courage lady you know.

and to know that,

Allah. nikmat apa yang kau hadiahkan ini.
saat yang dulu aku hampir2 mati, terbunuh dan membunuh kembali.

Image result for solehah
credit. life is beautiful. so do i. eh

and i promise to myself. pengalaman berharga ini, bakal aku hadiahkan, untuk ummat.
tk pe, berkorban sikit saje, kira2 bajet rm600 paling maksima.
tak pe.
demi projek yang lebih besar dari projek gontor.
hahahahahaa.
*tepuk bahu sendiri dan ucap tahniah !

tahniah kamillya. kau memang hebat.

Saturday, 2 May 2015

saje share kisah praktikum

ni jurnal minggu bapentah untuk praktikum 3. haha

Assalamualaikum hai.
Harini agak full di sekolah.
Berpagi2an dengan bertugas di pagar sekolah,menjaga dan memerhatikan anak2 dihantar oleh ibu bapa dalam keadaan baikd an selamat selain bersalam dengan anak2murid apabila dihulurkan tangan.  kemudiannya terus bergegas ke kelas selama sejam, mengajar anak2 tahun 4 menulis jawi. Tidak dilupakan mengulangkaji balik pelajaran lampau agar tidak dilupai.murid baik muslim dan non muslim nampak teruja dan terkinja2 coba menjawab maksud allah ahad dan allah assalam. Tahniah budak2 kau sungguh hebat.

 Lepastu straight 3 masa relief guru2 cemerlang yang tiada hadirnya, maka dengan kekreativitian aku yang mendarahdaging*hikhik  ini aku pun jalankanlaa aktiviti lakonan kepada murid2 tahun dua. Mantap sangat tahun 2 pun dan berani ke hadapan dengan pelbagai idea menarik. Aku syak diorang suka aku masuk relief kelas diorang sebab diorang boleh menonjolkan diri diorang yang sebenar dan buat sukahati diorang*baca di bawah kawalan aku.

Pahtu  Diikuti pula dengan mengajar budak2 solat dhuha di surau semasa rehat. Nampak terpancar ketaqwaan dan kelembutan hati bebudak ni sekaligus buat aku rasa insaf dan bertaubat jua.

sekadar hiasan. *credit kepada ntah sape punye gambo aku ciplak

Pahtu ajar bebudak berzanji pulak ala2 mantap sangat perberzanjian aku. aku latih diorang bak seorang profesional padahal ilmu berzanji asas tu aku dapat pun masa aku masuk pertandingan berzanji tahun 5 kat sekola masa muda2 dulu. haha sangat.

 lepas tu pulak masa untuk persatuan. Aku xinvolve untuk itu tapi dimintaktolong pulak untuk bantu hias kelas tahun 4 abad 21. aku pun menyampul meja2 dengan gigihnya pahtu cecepat solat zuhur dan balik.


Nampak x ciri2 kecermelangan yang terpancar. Aku rasa hari ni la paling aku function sekali padahal assignment aku sendiri tak terusik ala kucik kucik. Kbai.

sekian jurnal. disediakan oleh guru praktikum cemerlang yang xsempat dapat rentas-maktemah 
assalamualaikum.