Friday, 17 April 2015

mual

Muntah.

Hai assalamualaikum.
Uwek uwek.
Morning sickness
Dizziness.
Headache.
Ah. Macam mengandung sangat. *ade kaitan ke, hampeh je set induction aku kan.

Ok. Mual. Seseorang yang tak biasa makan spageti bole  muntah bila terpaksa makan spageti. Perut dan lidah jawa itu takkan mudah2 mampu menerima jenis makanan entah apa2 yang xkena dengan jiwa.

Mual.
Begitu jua jiwa. Yang sebati dengan perkara entah apa2, apabila terpaksa baca quran, terpaksa baca mathurat, terpaksa bangun malam, terpaksa giat aktif dalam dakwah. terpaksa pakai tudung labuh.Dan pelbagai lagi keterpaksaan..

Takkan mampu . Kalau mampu, tak bisa laju. sebab? Mual.

Nak termuntah, tahu? 

moga sebati, moga tak mual atau loya

Friday, 3 April 2015

Aku tak faham.

Orang kata bila kita sakit, sandarkan segalanya pada tuhan.
Tapi bila aku cari tuhan, aku lagi sakit. Kepala aku sakit. Otak aku sakit. Aku xfaham.

Aku rasa ni bukan tuhan.
Aku tersalah tuhan.
Hidup aku kelabut.
Hati serabut.


Aku nak Allah aku. 

*bagus! kotorkan hati sendiri lagi.

Wednesday, 1 April 2015

perasaan tidak bertuhan

Baru-baru ni ada yang menyampaikan peringatan tentang dosa dan pahala.
Dan selepas itu ada kawan bukan islam bertanya 'betul ke macam tu berdosa? Sikit-sikit dosa, takutla.. macam terus masuk neraka aje'.

Aku hanya menjawab menurut pengetahuan aku. I know It doesn’t really help. May be ada yang punya jawapan yang lebih menyakinkan. Aku jawab kat dia, Xsemudah itu nak kata dosa pahala. Dalam islam mencelakakan diri sendiri tu dosa. Jadi adakah pembawa ambulance berdosa sebab mencelakakan diri sendiri…?(bawa ambulan laju2 bole buat excident what). Again, Xsemudah itu nak kata dosa pahala. Banyak aspek perlu diambil kira. Tapi kalau tak nak sembah tuhan, sah-sah la dosa.even anak yang xnak mengaku emak sebagai emak sendiri pun dah dikira biadap. Inikan lagi tuhan. Dan ye, aku sangat setuju dengan statement yang mengatakan agama islam adalah agama yang paling banyak disalah fahamkan

Aku pun dulu pernah berpendapat 'makin strict, maka makin islamik'  *banyak isu, termasuk bila orang tanya pasal isu bulu kucing di sejadah. Dll. Makin strict, makin islamik. Heh ye ke?? . Padahal bila orang tanya pasal islam, aku jawab islam ni agama yang mudah. Hah. Nampak sangat kontradict tu. Padahal, aku sendiri yang tak faham islam. Haha sangat.

Anyway, apa yang aku perjuangkan sebenarnya? Aku pernah terfikir. 'bagaimana agaknya hidup tanpa bertuhan' dan  aku pernah melangkaui keberanian sendiri. Dulu2 selalu orang cakap kan, kene yakin allah, jangan pertikai  sume tu.

Aku pun pada suatu dengan beraninya cuba2 untuk merasakan 'bagaimana agaknya hidup tanpa bertuhan'. Kebetulan masa tu memang xboleh solat. Dan aku tinggalkan semua yang melambangkan aku muslim. Aku xbaca quran. Aku xnak berzikir, Aku tak nk ingat tuhan. Aku nak bebas kepala otak dari fikir what do's and don'ts dalam islam. Dan memang aku buat sesukati aku. Dan2 pulak masa tu was my hard time. Kene uji apendetah. Dan aku rasa doa aku xditerima, amal aku xditerima, dan aku xrasa tuhan tu ada. I even felt like aku tertipu selama ni. And a lot of anger, toward 'god'.

 Ditambah lagi dengan bacaan 'tuhan adalah sekadar rekaan akal manusia yang memerlukan tempat bergantung harap, tuhan sekadar rekaan' hah kau. Mau xgoyah iman aku. Allahu. Kalau diingat balik masa tu, rasa teruk sangat. Angkuh betul aku sebagai manusia. Rasa sesak macam nak mati tapi xmati. Rasa jiwa aku hilang dan aku really have nothing

Tapi akhirnya aku dapat jawapan sendiri. Jawapan apa? Macam mana ye nak cakap? Seriously tak tahu nak cakap macam mana. Kalau aku cakap nasi lemak kat kafe iptho tu sedap, orang lain xkan faham sedap tu macam mana sehingga orang tu sendiri pergi berusaha untuk rasa nasi lemak tu sendiri. Kan.

Yang mana sekarang ni. Aku cuba untuk mengajak orang lain berfikir pula dan sama-sama rasakan perasaan sebenarnya 

"bagaimana agaknya perasaan bertuhan?"


Perasaan bertuhan tau, bukan perasaan solat, pakai tudung, berpuasa semua tu. Bukan. Ini yang paling  utama, soal faith.