Thursday, 26 February 2015

sedih mak temah. *ostajah

assalamualaikum dan hai. 

macam ni ceritanya, pagi ni di sekolah macam bisa ada program baca yasin. masa baca yasin tu aku teringat kata2 pensyarah aku pasal apa ntah yang ada ayat aku amat terkesan.. 'sebab saya sayang anak murid saya'. jadi aku dengan nawaitu guru penyayang camtu sambil baca yasin sambil tenung wajah anak murid satu-satu. 

entah kenapa rasa sebak pilu menyelubungi diri. sakit sangat. terngiang2 perihal semalam. di facebook. ade seorang yang telah keluar dari agama islam-telah mengepost di facebooknya. dia share tentang dendaan kompuan untuk orang yang tak tutup aurat dan apendetah lagi. dengan komen atas berbunyi 'ini yang aku benci dengan orang islam ni tahu nak paksa-paksa' lebih kurang macam tu la komen beliau. T.T ......

argh. entah laa. adakah aku terlampau menurut emosi atau apa, tapi siriusly aku menangis masa baca yasin pagi tadi. nak cakap sebab aku menghayati yasin sampai menangis tu tak la jugak. bila aku analisa perasaan aku*celaru, kenapa aku nangis sebenarnya? 

baru aku jelas. ia amatlah menyedihkan untuk 'kewujudan' seorang manusia yang menjadi 'marah' dan 'benci' pada agama, sebab kurang jelas tentang agama yang sebenar.

aku xnak anak murid aku jadi macam tu !

dan aku, hari ini, di sini, menjadi guru agama, yang 'memaksa' mereka menuruti agama. 
apa sebenarnya tugas guru agama? suruh murid solat atau fahamkan kenapa mereka solat?

it's sentap.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

walaubagaimanapun, tangisan kepiluan yang melanda hilang sekejap bila murid2 semua nyanyi lagu 'happy bithday to you' kat aku walaupun depa tak tahu besday aku bulan dua. ok. eh. 

Tuesday, 24 February 2015

sajak x?

Saat seluruh dunia tidak mahu kerjasama
Ini bukan lagi soal akal fikir
Juga bukan soal perasaan
Ini soal lakumu melanggar fitrah insan.

Pulanglah,
Dan kau kan temui kebahagiaan.
Yang kau asyik tanya apa dia ketenangan
Yang kau asyik laung tidak jelas hakikat kehidupan

Pulanglah,Sayang.
Campakkan egomu kebelakang.

Agar Lurus pada paksi tuhan

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Puing puing pelanting
Campak sana-sini

Adakah itu manusia
Adakah itu yang ditiup nyawa
Hidup padahal kaku
Bernafas padahal lesu.

Puing puing pelanting
Sampai terpasak pada yang jitu

akusentap

Assalamualaikum hai.
Hari ni sangat hmm.

Dengan ketaubatan semalam, hari ini Allah hadiahkan demam. 
Hari ni juga dihadiahkan ayat surah taubat ayat 2, 
hari ini juga ditarik nikmat lalu makan.

Alhamdulillah, ini interaksi tuhan. Allahku.
moga semua air mata ada nilainya

Allahku
jiwa raguku, milikMu.

Lorongkan akupada yang Engkau redha. 

Monday, 23 February 2015

cukup

dan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Pengasihani.

dengan ini aku nak bertaubat, tak nak angkuh dan sombong serta hendak menjadi hamba yang taat.
dengan ini aku nak menjadi lebih kencang dalam memperjuangkan kalimah tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah.
dengan ini aku nak menjadi lebih solehah cantik dan bergaya.

mohon kiranya sama-sama doakan aku mencapai apa yang diinginkan.
mohon kiranya dipermudahkan tuhan urusanku bertemuNya,
mohon kiranya seantero dunia redha dengan aku, hidup dan matiku.

uwaaaaa.
sobs sobs.
hati yang tidak tenang.
jiwa yang gulana.

Saturday, 14 February 2015

Attached.

Ada sesuatu 'keterpaksaan' yang membuatkan kita attached to Allah. dalam seharian hidup bergelumang dengan perjuangan dunia, maka Allah panggil kita 5 kali sehari supaya kita keep attached to Him.

Tengah busy2 jaga anak, masak, keje, buat kertas kerja 'eh, bisnes, rph, kerja amal dekat sekola, berbakti pada ibu ayah, ulang alik ke spital, mengumpat orang marah2,berdakwah mahupun berdakyah, basuh kete, tido  dan apapun yang sungguh macam-macam. Allah panggil kita, pada waktu2 yang ditentukannya, lupakan sekejap semua urusan kita dan fokus penyerahan dan pengabdian diri kepada Dia.

Bagaimana buruk pun hati kita dipersembahkan di hadapan Dia, Allah tetap panggil kita 5 kali sehari supaya keep attached to Him. Persembahkan cinta pada Dia, berdoa dan mengadu pada Dia, memohon dan berharap pada Dia.to keep  Attached.  Cuma kita, nak atau tidak.

Attached. Mula2 rasa terpaksa. Lama2, cinta. You attached to Him, do you?

 'xpelah, nanti lapang2 aku qada'/ganti semua sekaligus'
 bak kata pepatah, lama-lama tak jumpa hati jadi rindu beb

'then kenapa Allah tak jadikan kita semua patuh je, kan Allah maha berkuasa, kenapa jadikan kita ada yang attached to Him, ada yang tidak?huh? huh? '
Ada, Allah bagi contoh malaikat-semua patuh-sujud/rukuk dll ikut arahanNya. Dan Allah nak hadiahkan syurga dan redha buat yang berusaha =)


Kbabai. 

Thursday, 5 February 2015

hehehei

assalamualaikum.

hai. aku nak ke jb kejap lagi dengan team hcbp yang osem dan sangat hebat. hebat yang macam mana , kau kenal diorang dan kau akan faham sendiri. hebat yang tak dijanjikan apa-apa untuk berjuang. hebat yang sebarkan the beauty of islam, hebat yang diuji dan tabah dengan macam-macam dugaan. hebat yang sangat hebat-malas la nak cakap panjang lagi haha ingat senang ke aku nak puji orang.

malam ni start program khandak yang sepatutnya aku npic-takpelah aku bantu di belakang tabir. birthday akhwat. sharing syumuliatul islam. ada yang demam still berjuang. ada yang berpuasa. odoj setiap hari. wow. i gonna miss these. wow. moga2 semua thabat di jalannya. beberapa uhud tak join-ada hak2 lain perlu dituruti. moga allah redha semuanya.

seseorang- aku cuba berikan yang dia suka. aku tak suka memaksa apatah lagi berlagak bos yang dia perlu bagitahu aku semuanya. aku cuba puaskan hatinya dan aku cuba untuk tak lagi ambil tahu apa pun perlakuannya-seperti yang dia suka. entah. aku cuba untuk biar jiwa tak sakit dan terus biarkan dia gembira, dengan caranya. sampai macam mana? entah-u make the desicion.

anyway ouch. happy days lah. semalam presenting islam-eh, handling presenting islam. k ada 13 kesalahan. learning process isn't it?
1) kenalkan diri, profesional-jangan menyorok di meja
2) hargai-cuba mention dan komen secara langsung dan tidak langsung
3)terangkan kenapa perlu mt?
4)catit kelemahan
5)kaedah simulasi
6)bantu if dia lupa
7)use do and donts
8)jangan memandai2 kata apa yang ada dalam quran sedangkan tidak ada-mana ada tentang solat/aurat
9)jangan terus tembak
10) k sepatutnya 13 tapi haku lupa hahahha
11) last kene demo presenting.

 seronoknya. cuma kena jaga-jaga, jangan sampai tejatuh kelubang dosa.

dan harini-program maulud nabi-tak sekolah dan bargumbira di iptho-mendengar ceramah ust subhi yang penuh jenaka-pahtu dengar nasyid cinta rasul sambil menangis-nangis tapi heii, betul ke cinta rasul??> buktikan mehhhh!!!uwaaa.

anyway. mum and dad, love you* tetiba kan.