Tuesday, 27 January 2015

paksa diri

agak penat minggu-mingguan ini, yang aku memaksa diri menjadi yang bukan aku,
dan tiba-tiba kini aku jengkel sekali.

puas kau? puas semuanya?
aku jadi wanita paling gedik yang bercinta dengan macam-macam lelaki.
dan aku mencari-cari siapa, apa aku sebenarnya.

hei, aku tak tahu nak bawa watak yang macam mana.
ingat aku suka sangat?
aku dah cuba rapatkan diri dengan lelaki.
nak macam mana lagi?
dalam hati tetap ada benci.

doakan aku tak bunuh orang.
doakan aku tak benci orang

siriusly, mohon doakan.


Friday, 23 January 2015

Dispute.

Dispute. harini aku nak menjalankan sesi kaunseling untuk diri sendiri. tetibe jadi kaunsleor camtuha. 

ok aku akan keluarkan segala nilai negatif yang dah masuk dalam diri aku selama ni. 

betahun-tahun aku tanggung dan aku berpegang pada konsep meminta hanya pada Allah. aku membesar menjadi seorang yang berani dan tak reti berharap pada orang lain kecuali betul2 terpaksa meminta pertologan untuk hal besar-besar. sampai la tahun lepas segalanya berubah. 

'come on, tell me' 
'xboleh ke saya simpan seorang dan saya terus berdoa pada allah supaya diberi kekuatan?'
'memang tak boleh, itu takkan menyelesaikan, tetap perlu cara mengatasi, bukan sekadar doa'
lalu aku pun berusaha gigih untuk bercerita*walaupun sungguh payah, dan yea, i burst into tears. 

dan dari situ aku mula bercerita dan sedikit-demi sedikit konsep aku berubah. 
aku bercerita dan aku mengkaji, menurut pembacaan aku, cara menyelesaiakan masalah ni adalah dengan bercerita pada orang. nampaknya aku telah melakukan kesilapan yang betul-betul besar. yang mana aku dapati semakin bercerita semakin menyakitkan. lebih baik seperti dahulu yang aku tidak faham dan aku sakit seorang. 

sebab apa menyakitkan? sebab pengharapan aku bertukar pada manusia, manusia yang hanya mahu tahu cerita, tidak langsung membantu bahkan tidak pernah cuba faham.

tak apalah. semuanya dah berlalu. 
seperti yang aku katakan, semalam aku telah berjumpa seorang kaunselor. sama seperti yang lain, memaksa aku bercerita dan lantas meninggalkan aku dengan kesakitan. sakit sebab mencungkil kisah lama yang gigih aku timbuskan selama ni. 

tak apa. aku tak menyalahkan sesiapa. kaunselor juga manusia. 

aku cuma nak kongsikan hasil sesi tu. aku rasa jauh ada penambahbaikan dalam diri aku. kalau dulu, habis sesi kaunseling petangnya aku jadi gila. tapi kali ini, aku kawal diri untuk menjadi wanita paling gembira. dan aku rasa aku berjaya. tahniah kepada aku. 

dalam sesi, sedikit perbahasan berlaku. aku tidak peduli, sebab aku tahu ini hak aku. mana mungkin lagi sekali aku paksa diri terima yang hati tidak mahu terima? 

pertamanya katanya aku berputus asa dari tuhan. aku kata tidak!.

aku berputus asa dari manusia yang sewenangnya menghukum dan melable. tetapi dia macam tak mahu terima. puncanya sebab aku memberi pandangan orang yang mati bunuh diri harus dikasihani, bukan dibenci seperti kebanyakan orang mengkrinik si pembunuh diri.
 punca lain mungkin sebab aku menolak untuk menerima ayat-ayat quran. aku katakan padanya saya mahu relak sekejap, kadang2 pendangan ahli agama membuat aku tertekan. lepas tu apabila dia bacaakan ayat-ayat quran, aku rasa tak boleh terima. kenapa aku harus duduk situ dan berpura-pura baik dan pulih dengan jampi-jampi dia. 

come on. aku dah banyak kali berjumpa dengan orang yang berpura-pura bomoh dan pandai menjampi. akhirnya nanti mesti suruh aku amalkan ayat sekian sekian. kenapa nak paksa-paksa. orang macam ni membuatkan aku fikir tuhan itu kejam. aku nak penyelesaian, bukan perturunkan ilmu. 

berapa kali ntah aku terangkan kat dia, kadang bila aku amalkan semua pun still aku didatangi fikiran bukan-bukan. fikiran nak bunuh diri. fikiran benci manusia. tapi dia tak faham. still jugak nak aku terima konsep dia, amalkan ayat sekian-sekian pasti baik. 

jadi apabila dia jampikan air dan beri aku supaya bawa pulang dan minum, aku menolak secara baik. dia seolah *bob, buat aku rasa bersalah dengan mengatakan ubat yang dia letak tu mahal, saya akan simpan orang lain xboleh minum sebab dah didoakan dnegan nama kamu blablabla. aku seriously xboleh hadam apa yang dia perjuangkan. *anyway, membazir tu sahabt syaitan, tahu? pahtu dia cakap la. xpe, saya ikhlas.. awak terima ke tak tak apalahh. ok. baru aku lega sikit. 

lepas tu aku cakap la. camne dia buat sesi dengan non muslim? dengan harapan aku dilayan sepeti itu.. sekejap. bukan lagi sesi yang melibatkan kena baca ayat itu kena baca ayat ini. aku tak nak.sikit-sikit bagi ayat sikit sikit jampi. aku penat.. penat..  *aku tak nak, jangan nak kata aku murtad ke kafir ke. kalau x ia akan berbalik pada kamu. aku masih beriman kepada allah. 

lepas tu dia macam putus asa. aku cakap kadang2 aku sakit otak berfikir. boleh tak aku dapatkan ubat yang aku boleh rilek sekejap dari berfikir. lepas tu dia meninggikan suara. balik semula tentang aku tak terima cara yang dia buat *ala-ala terapi dan yang guna ayat quran tu. apa-apalahhh. 

lepas tu dia cakap aku kena jumpa psikiatri. sekarang nak kata aku gila pulak lah ye? sukatilahhhhh! aku penat. manusia semuanya membencikan. baik tidur lagi bagus, hilang semua masalah aku. paksa-paksa aku itu ini. lepas tu bila aku sakit tetap ditinggalkan aku sorang. pastu rasa bagus sangat lah ye dah berjaya menyelesaikan kes. naik pangkat wali sangat kau ni. 

ok aku nak dispute diri aku sendiri. 
1) bunuh diri 
2)benci manusia
3)xpercaya manusia
4)manusia hanya nak gembira bersama
5)duduk bawah agama menyakitkan
6)pandangan manusia streotaip

bunuh diri 
kadang2 fikiran bunuh diri datang2 dan aku sakit otak bilamana aku terpaksa berlawan dengan diri sendiri supaya tidak lakukan apa yang otak fikirkan. dan aku sakit. waktu macam ni aku tak perlukan kata-kata membunuh diri itu berdosa. aku dah tahu la. 
aku pernah jua terfikir. daripada aku sakit seorang, lebih baik aku buat orang lain sakit jugak. buat orang lain rasa nak bunuh diri jugak. baru aku puas dan aku tak keseorangan. ke cane. heh. tapi kadang2 aku kembali rasional dan faham, itu sungguh keji. biarlah aku terus sakit seorang, buat apa nak melibatkan orang lain kan kan. 
jadi. rilek. 
dengan ini aku berjanji, aku takkan bunuh diri, aku akan berjuang dengan nama Allah, aku akan terus hidup sehingga waktunya dan terus berjuang untuk cintaNya. dan kesakitan itu adalah satu penghargaan buat aku sebab aku punya sebab untuk menangis dan mengadu di hadapan Dia dalam setiap solat aku. dan aku akan terus gembira moga-moga dengan kegembiraan yang aku terjemahkan di wajah membuatkan semua manusia lain turut tersenyum dan menikmati kasih-sayang Dia. 

benci manusia, xpercaya manusia
kenapa aku benci manusia, kenapa aku tak percaya manusia. mungkin aku nampak happy sama-sama tapi beberapa kali dalam hati aku emmaki dan seperti ada sesuatu kekuatan luar biasa dari dalam yang menolak aku untuk membunuh orang. walaupun orang yang dekat dnegan aku, yang sepatutnya aku hormati. 
kenapa aku marah sangat. memang manusia tu jahat. tapi kenapa aku harus marah orang lain dan benci orang lain? xboleh. aku boleh bunuh orang yang jahat pada aku. tapi bukan orang lain. tak ada sesiapa pun di muka bumi ni patut terima balasan untuk kesalahan orang tu. semua orang deserve my kindness. 

aku sepatutnya kasihi dan sayangi semua orang. suapaya kasih sayang tu mendapat rahmat Allah. supaya kepercayaan yang aku berikan tu menjadi penyebab dan tarikan orang lain supaya kembali kasih pada aku. kalau orang jahat. tak apa, mana lagi perlindung dan mana lagi tempat pegaduan selain Allah. percayalah, tak ada sesiapa berani apa-apakan aku melainkan dengan izin Allah. c. dan Allah atur yang terbaik untuk aku.ome on. nabi Muhammad pun berhadapan dengan orang-orang jahat kan. teruslah yakin dan serahan kepada Allah untuk mengaturnya dan menzahirkan kasihsayangnya. selagi aku bergantung pada tuhan, aku takkan kecewa. Allah. terimalah aku. bantulah aku terus kasih dan cinta. hilangkan kebencian yang mendarahdaging dalam jiwa. Allah. Engkau sebaik-baik tempat meminta pertolongan. 

manusia hanya nak gembira bersama
come on my dear. besarnya ganjaran untuk orang yang menggembirakan orang lain. biarkan mereka gembira. mereka tak faham. pasti ada orang diluar sana yang pernah punya rasa yang sama. yang sakit menyembunyikan rasanya. kenapa mereka kuat? sebab mereka bergantung harap hanya pada Dia. dan mereka tidak mendamba apa-apa dari manusia. then why not you. come on. simpan dan luahkan pada yang sepatutnya. kau dah bertahan sampai sekarang. kenapa tidak enjoy sikit lagi sisa hidup yang berbaki. you deserve to be happy my dear. bergembiralah sebab punya manusia yang sanggup gembira bersama. itu sudah cukup. Allah juga mencukupkan. 

duduk bawah agama menyakitkan, pandangan manusia streotaip
then, jangan duduk bawah agama. duduklah bawah paksi tuhan. teruslah berhubung dengan tuhan dan buat apa yang tuhan suka. kau akan bahagia. belajar sikit-sikit. jangan risau. tuhan ada. jangan paksa diri dengan sesuatu yang kabur. come on. kau punya daya asertif yang tinggi. yang dengannya kau mampu pelihara diri. dan dengannya kau mampu yakinkan orang tuamu. 

ada apa pada pandnagan manusia. cuma kau lah.. kau kan belajar agama. kau tahu guane nak handle orang-orang macam ni. kau kan tahu tentang fiqh waqi'. come on. kau budak agama yang beriman dan punya hubungan yang kuat dengan tuhan. kau tak perlukan manusia sebagai orang tengah. kau tak perlu kecewa dengan sikap manusia. yang tak faham. mereka masih kanak-kanak. kau matang. 

oklah. setakat ni. aku rasa aku dah cukup positif sekarang. 
kmy bahagia. kmy gembira. kmy cantik. 
heh. 

Asaalamualaikum. 
anyway. aku cuba menerobos sempadan diri. hebatkan. aku disuruh berjumpa psikiatri. hebat kan? 
daaa. 

Wednesday, 21 January 2015

again

again, i am triggered.
penat dan meletihkan.
menangis juga memenatkan.

tak tahu nak kata apa.
esok nak jumpa kaunselor.
moga dapat membantu.

tadi tidur yang panjang.
dengan harapan semuanya bisa hilang
bangun2 dan sakit kepala yang datang

penat.
dan penat juga menanggungnya seorang.

ptsd? x. aku ok. aku xsakit.
senyum panjang2.

Tuesday, 20 January 2015

hari yang panjang

aku fikir kalau aku menunjukkan diri aku sebenar tentu aku dilable kafir, atau syirik. anyway xde siapa perlukan peng'lable' kan. jadi si'tukanglable', sila nyahkan diri anda. it's not gonna help. *yang suka melable orang tahu ke apa maksud 'help'? er.

anyway, hari ni dapat satu ayat dari quran. surah 5 ayat 8.
aku tak pernah study ayat ni. yang pasti ia umpama interaksi untuk aku, sesuai dengan keadaan aku *Allah still panggil aku orang yang beriman dan aku merasakan ini memang teguran utk aku. *feeling teruja setelah lama berjuang dengan diri sendiri.

-Adil, apa adil? meletakkan sesuatu pada tempatnya, betul? ok. i'll try my best.

kenapa ayat tu make sense? sebab 'kebencian'. aku berperang dengan kebencian yang mendarah daging dalam diri aku. kalau ditanya kenapa, aku tak ada jawapan. aku syak pengalaman menjadikan aku benci dan xpercaya orang. entah. kadang2 aku benci semua orang. kadang2 aku rasa nak bunuh orang. kadang2 aku sakit kepala otak untuk berfikir apa pun. bukan aku nak dan aku tak ada jawapan untuk 'kenapa'. jadi jangan tanya apa masalah aku. aku xde masalah apa-apa. aku ok.

anda merasakan aku menakutkan? baguslah! tinggalkan aku.
anyway, jangan risau, aku takkan bunuh orang. paling2 aku berani adalah mimpi membunuh orang *nampak x yang aku ni masih beriman? heh. *k sebenarnya memang aku agak takut kalau aku terbunuh orang.

salahkan pengalaman? x. aku xsalahkan apa-apa. aku berjuang sehabis baik. berhenti melable!

-saje bebual-

lucky

and when people say ' how lucky you are'

RAJUK SAMA TUHAN

kau marah marah sama tuhan
kau kata tuhan begitu kau kata tuhan begini
kau bising-bising kata tuhan tinggalkan, biarkan engkau

kau melaung-laung
katakau tuhan tak peduli
kau tidak rasa tuhan
justeru kau persoal apa gunanya ada tuhan

kau persetan hujah hujah keujudan tuhan
kau kata kau peduli apa?
sebab kau tidak rasa

kau junjungkan ego kau.
dan kau ikutkan berani engkau. sombong engkau. bela diri engkau.

padahal, yang salah engkau.
ada engkau berdoa, menuju jalan kepada tuhan?
tidak ada!

dan kau terus perjudikan hati engkau,
yang sakit merindukan tuhan.
dan kau terus menipu diri engkau,
selesa padahal terseksa

Thursday, 1 January 2015

sajenakcite

assalamualaikum.
wanna tell you bout mum and day. yes, mine.

dad
apende ko ni nak jadi ustazah itu pun xtahu. *lepas aku tanya dia pasal zakat simpanan.
-down. malas nak jadik ustazah dah. tanya pun xbule, ingat ustazah tau semua perkara kee?!

mom
mak kagum la dengan semangat dia. dulu lemah selalu kene gangguan, sekarang ni ada banyak pengalaman, dengan ade kekuatan diri sendiri. *kes gangguan makhluk halus dan bagaimana perubahannya pada diri aku.

yes. mum much better in improving and motivating me. with her way.

but somehow.

dad
apende bm pun xdapat A, ko ni orang melayu ke bukan. tu bukan bahasa inggeris ke tamil ke, tu bahasa melayu.-kisahdoludolu
and somehow

yeah, i got a in bahasa Melayu for the next test.
-bila dicabar-

mom
yeay good hebat la dapat 3.77 exam.

yeayea. kfine
i am at the bottom of the list. and i feel good. like nothing happen. lol. no feeling of compete to be the best.

nonono.
it's beyond me.
k.

whatever kinda people, whatever they told you,
it's beyond you.
to be who you wanna be.

i love mum and dad, by the way they are.

kbabai.
 *tapi kes malas nak jadik ustazah tu, i am not lying. uwaa!'