Sunday, 31 August 2014

merdeka. di sini lahirnya sebuah cinta.

assalamualaikum dan hai 

saban hari menghadap dan menghadap dengan jiwa paling kotor. entah bila kesudahannya
cepatlah. aku penat musykil. kenapa solat yang aku tunai hari-hari tidak mencegah dari keji dan munkar. aih. solat comot.

ah. hari ini tanggal tarikh merdeka rupanya. dan aku tertanya-tanya, bila aku akan benar-benar merdeka? agar aku bebas bertemu Dia. agar rindu berpenghujung dengan sebuah pertemuan. 

choi. poyo kuasa doploh. kalau benar rindu, mana buktinya? kata maktemah, mencebik. 

ewah-ewah. mak temah ni, menyebuk saja. 

tapi lu memang deep maktemah. lu admin page tarbiyyah sentap ke hape? eh.

hari ni aku nak citer suatu perkara. hari itu hari khamis dan aku sesaja nak observe  nengok bebudak darjah 6 yang cun melecun dan kacak bergaya untuk program membudayakan mengamalkan alquran sebelum kene observe dek pensyarah yang dikasehi. rupanya hari itu tiada bacaan yasin tetapi diganti dengan solat taubat. aku pun join sekaki. sebelum solat ostad yang merangkap imam solat tersebut telah memberi sepatah dua kata sebagai tazkirah yang menginsafkan camtuha. 

dari observation aku, aku dapati bebudak kelihatan insaf dan mata berkaca-kaca sambil tertunduk dek menyesali dedosa yang dilakukan. jao disudut hati aku ya allah syukurnya alhamdulillah.. sebab ape yang ostad tersebut tazkirahkan benar-benar berkenaan masalah sosial yang berlaku yang aku fikir agak teruk berbanding aku darjah 6 masa muda2 dulu tak pernah terlintas pun dengan kegiatan dosa yang sedemikian rupe .

namun begitu jao di suduthati aku bertanya. kenapakah aku tidak terkesan ha dengan tazkirah tersebut. aku meletakkan dan mengharapkan bebudak je insaf sedangkan aku cam xde perasaan padahal kalau dibandingkan budak ngan aku dah sah2 la aku lagi banyak dosa walaupun aku takla tua mana. 

haih. 
harini baru aku sedar betapa kotornya hati gua. eh tetiba terguwa kau. aku ego n sombong. er. ye la aku nak bertaubat la ni. aku nak menghadap tohan dengan jiwa dan hati paling suci murni der. apekan daya. takpe insya allah kekuatan tu allah yang bagi. insya allah. 

yang penting, merdeka!! hohoi. jum merdekakan jiwa dari noda dan dosa. *solat taubat.

merdeka ! jum hadap tohan dengan jiwa paling merdeka. 

merdeka ! hoyeah *di sini lahirnya sebuah cinta. 


credit. motif gambo baby? sebab dia cute so what. 
kbabai. 

Monday, 25 August 2014

orang minta tolong, kita bantu.camtuha.

assalamualaikum. 

hai. tak panjang nak aku tulis ini hari. *berbelit ayat kaw. 
ia menjadi suatu kemuliaan. er maksud aku, aku berasa seseorang tu sangat memandang tinggi pada aku yang entah sekadar siapa ni. bila pertanyaan yang diberikan adalah soalan yang hebat. sungguh aku tak tahu nak jawab dengan bagaimana sebagai jawapan terbaik dan masih tercari-cari jawapan  yang sesuai untuk diberikan. whaha. macam tau2 je dia ni aku berminat dengan bidang kaunseling.

soalannya panjang tapi biarlah aku ringkaskan. 

dia seorang wanita. menghadapi masalah konflik seksual.
cuba mengatakan kepada diri sendiri yang dia normal dan mencintai lelaki, macam perempuan lain. 
tapi dia sedar yang dia benar2 cinta perempuan dan tak dapat nak menipu perasaan sendiri lagi. dan katanya dia betul2 tertekan sekarang ni. 
pernah menghadapi konflik dengan lelaki menjadikan jauh di sudut hati perasaan benci yang mendalam pada lelaki. *dari cara dia meluahkan tu aku tak pasti dia betul2 benci pada lelaki atau macamana. 
pernah membiarkan beberapa lelaki mendekati dirinya tapi dia akhirnya memilih untuk tak meneruskan hubungan tu. katanya bukan tak cuba, tapi cannot go camtuha. 

so skarang yang aku nampak dia perlukan bantuan kaunseling, kejiwaan mahupun kerohanian dan apekebende lagi lah. aku hanya boleh bantu mana termampu je.ni sedikit bacaan yang aku dapat 
dari kisah dia aku dapat analisa sedikit sebanyak yang menjadikan dia begini. tapi er. aku tak reti nak bantu macamna lagi. memula aku cuak gak kalau2 dia jatuh cinta kat aku. haha. nasib baik aku xcun. lol. eh tapi tolong fokus kepada tajuk utama ok aku lempang ko karang. 

*tkpe aku yakin allah susun rencana terbaik atas sebab dia pilih aku sebagai tempat bercerita.

so skang camne. sapa nak bantu aku untuk kes ni. haa haa? cakapla !!! eh x marah der. kalau rasa boleh bantu boleh respond ye. komen ke pm ke ape2la.  *jangan risau, dia dah maklum tentang penulisan belog aku ni dan dia tak kisah, asalkan aku rahsiakan siapa dia. niat aku cuma nak bantu, xlebih dari tu.

jazakumullah khairan. may  allah bless. 

Saturday, 23 August 2014

terperosok dalam sendu.

assalamualaikum semua. 

credit. sori kalau sensetip dengan gambar ni.
aku cuma kongsikan gambar makhluk yang patuh pada perintah tuhan terhadapnya.
dengan penuh lelah aku menggagahkan jiwa raga moga terpancai aura iman yang direka-reka. ouh. aku sungguh tiada idea apa dia hujah boleh aku laungkan agar tidak dicampakkan ke naraka kelak. 

kini aku ompama sang boneka yang tersenyum dan tertawa padahal sedang melangkah setapak demi setapak menuju sengsara. dari mana ya nak mula. aku masih tiada idea. 

biarlah aku bercerita dan bercerita. moga2 menjadi sumbu nyalaan iman yang kian padam. 

asyik berlegar2. asyik2 di dunia sama. pusing2 itu juga. 
sungguh membencikan. apa sebenarnya aku. aku ada, aku tiada, sama. dan iya. sungguh menyeksakan. 
credit. jengket xsemestinya utk main teng teng aje. *xmasal.
aku cuba menjengketkan kaki dan meninjau2 di dunia sebelah sana. sampai sampai baru aku sadar yang aku bakal mati.

apa sebenarnya yang aku bawa. apa sebenarnya yang aku juang. apa sebenarnya yang aku laung.
kosong. 

sebab aku bawa kekosongan. 
aku bergerak dengan jiwa yang kosong. 

credit. tentang kosong. xde kaitan dengan najuwa letup.
aku ber'lalang'kan diri. ditiup sana sini. 
sampai lupa semua tentang diri. lupa juga penciptanya.

kadang2 aku fikir dan fikir. sampai lewat pagi.
tapi aku tak faham apa yang aku fikir. 
aku sebenarnya tak kenal diri. kenapa begitu, kenapa begini.

dan jauh dalam diri. 
ada kecewa menyelubungi.
fikirku penuh air mata.
carianku masih teraba-raba

entah. aku tak reti nak puisikan bagaimana lagi. 
yang pasti aku akan cuba berlari, sebab putus asa bukan sikap yang direlai pemilik hati ini.
nah, aku persembahkan air mata ini, moga2 tidak dibiarkan, walau sekelip mata.

#jangan main2 der. kata join hidayah centre. sungguh xcun perangai aku ni. 
ok baik, aku lari sekarang. menuju tuhan. ketepi ketepi !!

Wednesday, 20 August 2014

boleh i jadik ostajah harini? i nak bagi tazkirah sikit ni.

assalamualaikum.
hai. terharu gua bila mendapati ada yang still meninjau-ninjau dan menstalker belog gua walaupun dah lama x hapdate.

arakian itu gua nak menghapdate belog hari ni sebagai tanda kasih sayang gua kepada youalls. mohon jangan jatuh cinta. wkaka.

ok aku tuka kepada dhomir/kata ganti nama diri aku pulak. sukati la. nampak sopan dan ayu sikit, mungkin.

macam ni beb. aku nak bercerita tentang suatu gejala sosial yang aku sungguh tak sanggup nak berdepan dengannye. almaklumla sejak duemenjak bergelar ostajah ni hati nuraniku tertarik untuk mengambil tahu dan mengambil berat isu aqidah yang melanda dunia kita hari ini kan.

ok aku tak nak berlakon innocent seolah aku wanita anggun yang sungguh suci dari dosa dan noda cam aku tak pernah dengar langsung sebelum ni. *video porn apekebende tu? kuih traditional ke?? lol. tapi demi kemaslahatan aqidah anak bangsa dan demi keredhaan allah maka aku menggigihkan diri untuk menulis ini. jap fiuhhh tarik nafas dan cuba mentaqwakan diri sejenak.

cam ni beb. ok aku tak reti nak pusing sana sini lagi tapi aku berhadapan dengan satu kes, *bukan aku sangatla tapi bila sampai ke telinga aku rasa cam nipu beno la kalau aku tak de perasaan mahupun feeling kan. *nampak x cahaya keimanan masih ada bertakhta dalam diri aku wahahaa.

waima perkara ni sangatlah semakin klise menongkah zaman. iaitu isu menonton atau melihat perkara tak baek atau layan gambar2 tak elok atau video tak elok yang jelas lagi bersuluh bahwasanya ia adalah sesuatu sumbang sama ada sengaja atau xsengaja tapi sengaja membiarkan dan merelakan diri terus melihat/menontonnya atau terdedah kepadanya atau apa2la included. nak aku cakap semua sekali ke atau nak aku kampleng ko kedendeng terus pun senang.

aku yakin ko faham perkara tersebut. bahkan budak seawal usia seploh seblas doblas tahun pun terbabit. entah ape2 je kan. nape la nak rosakkan hati seawal usia ni. sobs sedeyh jiwa raga gua mendengarnya.tapi takpe. aku x diajar untuk melihat masalah tapi aku belajar dan cuba mengajar diri melihat punca masalah.

 setujukah engkau bahwa semua ini berpunca dari masalah aqidah? setuju x? kalau orang tu mempunyai aqidah yang mantap, perasaan meng'ilah' allah dengan sebenar2 bulat tanpa ada yang sumbang camtuhaa. insyaallah perkara sedemikian takkan berterusan. kalau dia benar2 merasakan adanya allah melihat dan mengetahui segala perbuatan mahupun yang terlintas di sanubari, sungguh perbuatan dosa sedemikian amat takut untuk dilakukan. ia. sah dan tidak syak lagi masalah aqidah merupakan isu yang semkin meruncing hari demi hari

apatah lagi kalau ia berlegar2 dalam kalangan asatizah atau golongan agamawan sudah tentunya ia bakal menempangkan lagi pembinaan sesebuah masyarakat islam yang tak syak lagi bakal dinilai agama yang dinut sebagai icon untuk mereka yang mahu belajar tentang apa itu islam.

ok aku tak reti/malas nak cakap banyak.

cuma satu perkara. kalau kau betul masih nak buat bende tak elok tu.. aku pohon.
1) ingatlah allah maha tahu. takutlah dan bertaqwalah.
2) buat dan jangan sampai orang lain tahu.

okbos?aku harap kau ok. sebab kalau kau susah sangat nak tinggalkan dosa tu.. lantak ko la tapi kalau ko dok watlek sampai orang lain tahu, ko bakal memberi impak sama ada dari segi psikologi atau apa pun la kat orang lain yang menjadikan orang lain tend to do the same okbos?

ok babai. jum berlari menuju tuhan. aku tahu hati aku dan kau masing2 ada iman.
*ko like page tu-orang tahu
*ko citer kat orang, orang tahu.
*ko share gambar- orangtahu.

nak buat dosa lantak kau. sebab kau tahu allah maha tahu. tapi mohon jangan kasi orang tahu.
ok?

anyway semua tulisan ni tak syak lagi adalah untuk diri aku sendiri. pahtu aku sedikit pun tak lebih mulia dari ko mahupun ko mahupun ko. jadiknye.. er.. selamat berbahagia. dan buatlah apapun yang dirasai dan diyakini allah redha kita melakukannya. 

motip gambar? entah. hamster aku dua2 dah mati. sedihkan.
iman, sofya, i miz youbebeh.