Tuesday, 29 July 2014

apa bukti tuhan ada? apa bukti tuhan tidak ada?

assalamualaikum hai semua. 

iya. sampai bertemu tuhan.

berpuluh tahun aku hidup. dan berpuluh tahun gak aku merantau di muka bumi untuk mencari dan mengenal, siapa tuhan sebenarnya. 

Aku melihat manusia berbagai ragam.
Ada yang tertanya-tanya, ‘benarkah Allah itu ada?’
ada orang berkata ' aku agnostik sekarang'
ada pula berkata 'malas lah nak berdoa, sebab aku tak yakin allah dengar doa aku'
ada lagi kata-kata 'aku nak merdeka dari sistem ketuhanan !'
ada juga dengan tanpa bicara cuba mengatakan betapa terseksanya jiwa hidup menghambakan diri dengan syarat dan peraturan dari tuhan.

*aku cuma ukirkan apa yang dikata, aku tak komen apa-apa tentang ini.
*ini semuanya dari sudut pandang seorang islam dan ya, aku menulis sebagai seorang yang bergelar islam.

Iya. Manusia macam-macam perjalanan hidupnya. Macam-macam dapatan pengetahuan mahupun kefahamannya, yang menjadikan dia berkata apa yang dia rasa, atau kadangnya berkata tapi berkontra dari sebenar-benar yang dia rasa.

Uniknya.kan. iya, semuanya menjadi bukti sendiri betapa gahnya tuhan. 

aku mengakui, kadang2 kita sendiri tak mampu mengurus diri. kadang-kadang kita sendiri terperangkap dengan bayang sendiri. dan kadang kita sendiri tak faham dan tak pernah mengerti. bilamana hati diasak dan dipaksa untuk memahami, untuk mengerti, dipaksa untuk mempercayai, maka terpantullah ia kembali, sebab konsep yang sewajarnya adalah konsep lemah lembut.

 iya, itu lagi satu menjadi bukti, lemahnya diri dan hebatnya kuasa Ilahi. 

'tiada paksaan dalam agama' -adakah bermaksud kita boleh berbuat sewenang-wenang dalam kehidupan ber'agama' atau kehidupan 'bertuhan' ? jangan sewenang-wenang mentafsir, teman !

berjalan dan teruslah memerhati. mengembaralah menerobos segala dimensi. aku pasti, kau akan temui, tiada lagi bukti bahwa tuhan itu khayalan. 

nikmat manakah yang kamu dustakan ?
credit. 

belek-belek. qaf versa 16. lagi, baqarah versa 186.
bahagiakan dirimu, dengan tuhan. cuma perlu berlari sikit saja lagi.

Thursday, 24 July 2014

lelah berdosa.

hai youalls. 
assalamualaikum dan selamat menikmati detik terakhir ramadhan memasing. 

die macam ni ceritanya. 
aku rasa aku sangat berjuang sekarang ni dan aku kene betul2 tegar dan gagah perkasa. 
kalau aku xkuat aku kene berlatih dumbell lebih giat lagi. ataupun berlatih la terajang apa-apa supaya skills flying kick side kick back kick front kick dan segala macam kick tidak layu ditelan zaman. 

ok. aku tak nak merepek lebih lebar lagi sebab aku ade hal nak kene naik bp petang ni.

sebenarnya macam ni ceritanya. ni menjadi kerahsiaan tapi aku saje nak post kat sini supaya aku bole bace lagi dan lagi sebab aku yakin antara orang yang konfom baca belog aku adelah aku sendiri so what. 

aku nak bertaubat. aku nak jadi wanita solehah yang anggun lagi bergaya. aku nak jadi baik. ni sirius. aku nak tinggalkan segala apa yang menjauhkan aku dari tuhan. 

doakan aku tegar. fuyyo *ikat kepala n pegang senapang. eh. 
bismillah. Allahku. 

berikan aku kekuatan untuk kembalikan kepada asal segala yang telah aku mulakan. dan dengan namaMu tuhan, aku tidak akan putus asa. *moga-moga. 

ini saatnya. dan apa lagi yang boleh menebus semuanya ? biar walau terpaksa berkorban nyawa ! 
aku sirius. aku sanggup mati demi ini. 

demi tuhan. bismillah. 
tahniah kepada aku. *clapclap. maka kompangpun berbunyi. 

Monday, 21 July 2014

merujuk

aku, ingin rujuk dengan kamu.
meski dulu aku paling benci kamu.
aku, ingin seperti dulu.
meski dulu seakan aku paling jemu.
aku, ingin rujuk kamu.
sebab aku benar-benar rindu.

izinkan aku
kembalilah denganku

aku tahu ia mungkin sakit
bahkan semakin perit.

tapi aku,
tetap mahu rujuk kamu.
biarlah segalanya sepeti dulu.
cuma yang cuba ku pandu.
moga kamu itu bukan yang menyoroti lesu
yang mungkin menyelak kembali halaman lelah duniaku.
tapi kamu yang dambai
adalah kau yang terlalu cinta akan eratnya rindu.
agar semua jerih
agar segala sedih
menyatu dengan cinta hati aku.

lantas,
kembalilah padaku.
moga itu paling baik buatku.

yang mahu rujuk kamu, 
-saffiyyah aka iman sofya. lol-

Saturday, 12 July 2014

saat aku diam.

saat aku diam.
dan aku benar-benar diam.
hampir sekali menemui penamatnya
kerana terlalu diam.
iya,
saat aku diam,
dan benar-benar diam.
mohon, bantu agar diamku menenangkan.
dan agar topengku tidak lagi melakonkan cerita palsu.

terbanglah bebas dari sangkarmu dan kejarlah cintamu yang hakiki

kalau disebut sebut cinta, khususnya remaja, semua mula bercita-cita.
semua mencari cinta.
semua mengejar cinta.
semua menanti-nanti cinta.
cuma soalnya, yang menjadi kecintaan itu, apa?

sepinya, bila kehilangan cinta.
sesaknya, bila tercari-cari cinta.
sampai bila.

ke sana ke sini tercari-cari
tetap, tak ditemui
sebab, apa yang dicari bukan pada ruangnya.

bebaskan dirimu !
keluar dari sangkarmu !
kejarlah cintamu yang satu
kan kau temui, apa sebenarnya erti kehidupan ini.

okbabai. esok guwa nak terbang ke jb. *ceh macam jao no je.

Tuesday, 8 July 2014

karoke. bila rindu.

assalamualaikum. 
hai you alls. 

bismillah and smile for you smile is so precious camtu haa. 

ok bebeh. harini cume sedikit untuk dikongsi pada hari yang gilang-gemilang ini.

First of all hb kepada my lil hadeq name wani. Dah tu je. Malas la nak wish panjang2.

Harini aku nak share pasal program yang aku join beberapa hari lalu kat masjid jelutung. Mase tu ade reunion kader2 apekebende entah. Cuma yang aku nak perjuangkan disini, satu slot motivasi tu ade kupas serba sedikit pasal satu lagu ni. Bagi aku lagu ni amatlah bermakne ko tau sebabnye nanti aku citer.

Macam ni beb. Dalam kehidupan ini, yang terindah, mengharungi usia remaja, eh ternyanyi pulak. Cam ni beb, dalam kita hidup syok syok atau syok sendiri ni, kita pasti terfikir, apa ertinya aku hidup dan menyembah pada tuhan yang tidak pernah menampakkan diri secara nyata.

Iya, kita solat dan solat dan solat, kita berdoa dalam majlis2 atau sendiri-sendiri. Kita mengaji, kita belajar dan apa pun yang kita perbuat asyik asyik disuruh betulkan niat, agar kerana allah semuanya. Bahkan disuruh memulai apapun dengan bismillah.

Apa, apa semua ini?
Mana dia tuhannya? Apa maknyanya?

Sungguh bagi jiwa-jiwa yang terpilih, bagi jiwa yang selalu patuh dan jiwa yang merindukan pertemuan dengan tuhan yang satu. Yang tiada pernah terlihat dengan mata, tanpa pernahmendengar atau mengetahui bagaimana zatnya Dia.

Nah sabar dan teruslah bersabar,
 ketahuilah, suatu hari nanti kau akan bertemu dengan kerinduanmu itu. 
Lamanya masa dunia Cuma beberapa waktu disana. Dan itulah masanya pertemuan kau dengan Dia.
Yang dulunya kau berbuat amal keranaNya. 
Yang dulunya kau meminta dan merintih kepada Dia. 
Yang dulunya apa pun kau harapkan adalah pada Dia. 
Yang dulunya kau disuruh tegar dan terus mengabdikan diri kepadaNya.
credit. 


Nah. Terimalah, lagu,

DI PENGHUJUNG RINDU (Jamal Abdillah) *nak real mohon nyanyi atau youtubeing sendiri mohon jangan pemalas. kan aku dah copykan lirik ni. 

Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia

Seribu tahun takkan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa

Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu

Wednesday, 2 July 2014

argh pose beb

Assalamualaikum. 

Hai youalls. Selamat menyambut Ramadhan. Harini dah masuk malam ke3 Ramadhan. Hari first puasa aku sahur melantak. Aku fikir aku mampu bertahan sehingga waktu berbuka. Dengan tidak semena-mena jam 1 lebih lepas zuhur my mom dah bersilat kat dapur membuatkan hatiku tidak tenteram untuk tidak turut serta. Perasaan lapo macam apa menyelubungi diri. Argh. Kataku dalam hati namun kugagahkan jua diri.

hari second berpuasa aku pagi2 sudah bergerak ke ipheto. Kali ni aku tidaklah begitu melantak di kala sahur menjelma sebab aku agak insaf bila baca status venz ali*bukan nama sebenar  berkenaan konsep berpuasa adelah lapar.kugagahkan diri untuk berpuasa dengan jayanya lagi kali ini. Namun begitu jam 3 lebih sikit di kala kelas hafazan berlangsung perut pedih gastrik datang kembali. Air mata meleleh menahan adoi sakitnya nak bukaaa! Namun aku sabar dan bersikap tenang macam tak de pape sebab malu la kalau orang lain tau aku menangis lapo sebab xtahan pose.

aku harap dengan perasaan sabar ini mampu menggamit redha allah dan moge-moge allah datangkan ketaqwaan dalam diri aku dengan asbab aku berposa ni. Amin. Walaupun aku rasa ibadah pose adalah ibadah paling susah sekali dalam dunia ni. Ade sesapa rasa macam apa aku rasa? Argh aku rasa macam seorang muallaf yang baru nak blajo berpuasa. Help. Sos. Badan kebajikan saudara kita. Help. *Hek eleh. Kata maktemah.

credit. 
Harini aku banyak kali kene tembak. Er maksud aku ade je ceramahyang membuatkan aku tersentap maknak macam tuu ha. First off all masa bacaan tadarus di masjid ipheto tadi dengan tidak semena-mena akak tu sharing pasal surah 2 ayat 286. Fiuhh. Baru je senja tadi terbeban sampai aku rasa agak putus asa. Fiuh beb. Ramadhan pun ade je makhluk mengganggu kan. Penat aku kalau selalu cenggini. Tapi takpe aku yakin aku kuat, tabah dan gigih dengan bantuan yang maha kuat.

Lepastu di kala malam selepas terawikh ustaz sharing pulak pasal beza berdebat dan bermujadalah. Fiuh beb lagi sekali. Baru je kat kelas tadi aku ‘bermuzakarah dengan ustaz. Selalu aku setuju je dengan hujah beliau tapi kali ni aku betul2 tak bersetuju dan betul2 nak mencari kebenaran. Huuu. Aku harap hujah yang aku laungkan tadi diredhai Allah. hmm.
Last aku nak share sikit je. Teka ea. Kenapa penguin perut putih tangan hitam. Ni soklan junior intake baru tanya kat aku. hahahahhaha. Lawak jawapan dia.

Nak tau ke?

 Hhahahahaa! Mana boleh, teka laaa dulu !

Aku ulang soklan. Kenapa penguin perut putih tangan hitam.
Hahahah.

Jawapannya, sebab, penguin tangan dia pendek so bila mandi Cuma sampai untuk cuci perut je hahahahaha. Lawak x? xlawak ke? Urat ketawa putus ke? Hahahah. lawak la!
Kbabai. Doakan aku tabah dan mampu berpuasa dengan jayanya di hari berikutnya. Kata mak temah, nak hilangkan gastrik adelah dengan berpuasa. Ok.
Assalamualaikum..