Sunday, 22 June 2014

tidakkah masamu bernilai

setiap hari kau ulang ulang dan ulang perkara yang sama, yang tak bermakna.
setiap masa kau buat buat dan buat, hal tiada guna, seolah akalmu tiada terfikir akannya.
setiap ketika kau lenggang leggang dan lenggang. sedang kau patut berlari selajunya.

tidakkah masamu bernilai.
apakau tidak tahu yang lain merosak
apakau tidak melihat yang lain membusuk
apakau tidak mengerti yang lain memaggil manggil minta dibantu
bahkan apakau tidak nampak yang lain laju dan kau ketinggalan di belakang.

mana usahamu. mana tindakanmu.
apakau bukan manusia?

tidakkah masamu bernilai,
asyik berbahagia dengan perkara sama, tidak mendatangkan apa
sedang ramai
yang menunggumu.
sedang ramai
penat berfikir akan lewatnya kamu.

credit. berlarilah penuh anggun. fillah

Thursday, 19 June 2014

busy- tade hal brader

assalamualaikum hai. 
dengar citer kalau yang dinamakan setiausaha tu cun lagi anggun bergaya, betul ke?

dengar citer la. sahih tak sahih mana guwa tahu. 

malam ni aku nak berborak soal sebok atau kat lainnya busy. 
credit. sang sibuk yang bergaya
ah. pedulik apa busy pun. 
kalau kita tahu n yakin yang kita busykan adalah demi redha Allah, maka itu jauh lebih baik dari rilek rilek tak buat apa-apa. 

dengan kata lain, 
kau nak buat apa atau kau tak nak buat apa-apa,
  kau tetap akan buat 'apa-apa'. 

maksud aku kau tetap akan buat sesuatu. get it?

so better buat sesuatu yang bermakna lagi membahagiakan lagi menghidupkan. tak gitu maktemah?
sekurang-kurangnya nanti bila berdoa pada tuhan, kau boleh berbicara, tuhan aku lakukan demikian dan demikian semata-mata untuk redhaMu. cenggitu haa. 

akhir kata dari aku.
biar busy gila, dari tak busy dan sibuk dok buat gila. 

buat gila guane? yang bukan sepatutnya seorang islam buat. 
sekian.

i bid you adieu. 
assalamualaikum. 

Wednesday, 18 June 2014

kita mesti berubah! tapi bagaimana?

bila manusia berkata
kau dah berubah ! kau dah berubah !

hentikan. 
jangan begitu.
jangan sampai begitu. 

tanya sendiri
pada diri.
bagaimana aku ini. 

lihat dan renung dalam -dalam. 
bagaimana aku dulunya.
bagaimana pula kini. 

dulu aku hebat berlari sana-sini untuk kebangkitan manusiawi
dulu aku cekal tingkatkan iman penguat diri
dulu watakku menghidupkan menjadi qudwah insani

bagaimana aku ini.
gaya berubah, pakaian berubah, hati goyah
bagaimana aku ini. 

lupakah duhai diri
akan apa puncanya Dia masih memberi kehidupan?
agar kau sadar kesilapan, agar kau perbaiki kesalahan. 
usah tinggalkan dan biarkan diri. 

renung dalam-dalam. 
dan tanya
bagaimana aku ini. 

*sajak itu tadi direka khas oleh iman sofya. clapclap. 
tata 
assalamualaikum. 

Tuesday, 17 June 2014

tercampak hati ke mana-mana.

kawen kawen kawen. 
arghh. 

haha status tensen semenjak ramai member post pasal kawen. lol.

x! bukan itu yang aku cuba perjuangkan. aku nak berborak tentang ikhtilat. x beb, bukan. aku tak berniat nak bagi ceramah mahupun tazkirah malam ni. aku pun tengah memperbaiki diri sendiri lagi ni tahu. 

macam ni beb. pelbagai cabang tugas yang aku jalankan sekarang ni seperti bisnes, urusan dotdot dan termasuk jugak dakwah menjadikan aku perlu bergaul dengan lelaki untuk banyak hal. ok aku cuba bertindak seprofessional yang termampu, sebab macam anggun la bila profesional kan. 

urusan kerja kerja. tak ada hal peribadi ok. 

tapi tu lahh. 
semenjak dua menjak bekerja bersama lelaki buat aku rasa terfikir2, 'betul kee apa aku buat ni der'. ish. mau goyah jiwa guwa. sikit lagi aku nak terngorat orang. nasib baik la aku berjaya kawal diri aku. ish. tunggu sampai masa yang sesuai, aku akan lepaskan tugas itu pada yang lebih layak dan memilih untuk bekerja dengan kaum wanita saje. 

nampak x betapa aku menghadapi masalah dalam berinteraksi. ish. mohon jangan bagitau maktemah. lol mak temah xperlu dikaitkan dalam hal ini. eh ape aku nak perjuangkan ni haa?

aku harap xde mana-mana hati yang terganggu dalam urusan yang aku sedang usahakan ini. sungguh ini bukan aku. buktinya daurah shah alam tu aku xreti nak get long sebab bekerja dengan lelaki. tapi yang ni entah kenapa susah pulak aku nak tolak. sebab aku suka kerja ni. macam manaa?
bagaimana aku ni? 

lagi satu. kalau boleh aku tak nak balik lewat dan kemana-mana senseorang lagi di malam hari. aku tak takut. serious tu lagi menyeronokkan tau x. macam hanya aku dan Allah camtuu haa. 

tapi serious. xelok. dan er xelok lah.
walaupun aku pandai karate orang mahupun menakutkan hantu. 
itu tetap x elok. 

macamana lagi nak jadik perempuan yang baik. kadang aku terfikir. kalaulah aku lelaki. tapi tu tak mungkin berlaku. sebab allah takdirkan aku jadi perempuan. 

so. pemikiran kedua yang muncul dalam sanubari aku adelah mendapatkan seorang suami yang boleh menemani aku dalam urusan aku ke mana-mana. so xkan jadi fitnah lagi untuk aku ke mana-mana pade waktu malam. lagi2 urusan dakwah. for sure kene carik lelaki yang involve dakwah jiwa raga beb. alah alah. cam kelakar lah pulak citer pasal kawen. omaigod. 

cakap pasal kawen. dah kali kedua aku kene bentang pasal kenapa islam membolehkan poligami dalam program mt. dan kali kedua jugak aku ditanya bagaimana jika aku dipoligami. dan kali kedua jugak aku mengelak untuk jawab soalan tu. ingat ape. sesukahati je tanya apa pendapat aku kalau aku dipoligamikan. adui la. 

nak je aku jawab tapi takut. takut ke segan ke entah la mana aku tahu. jujur nye kalau aku kawen nak je aku letak syarat kat bakal suami iaitu mesti menghadiahkan aku sekurang2nya seorang madu. rare xrare. haha. seronok apa dapat madu. apa masalah sebenarnya? cuba la positif thinking sikit. 

yang penting aku boleh hidup mati dalam dakwah. ia sungguh mengosemkan. dan aku rasa group crs mmg osem dan gila. ok bercakap pasal mati pulak.. 

aku terfikir.. 
Allah, bila saatnya aku dapat berjumpa denganMu. kuatkanlah hatiku. dalamkanlah cinta dan rindu ini padaMu dan juga RasulMu..amin. 

eh engkau jugak doakan aku. so sweet. 
k tata. assalamualaikum. 

Sunday, 15 June 2014

cara nak jadi baik. haha.

Assalamualaikum hai semuanya yuhu.
Eh terlebih kaw.

Macam ni ceritanya tanpa berlengah lagi harini aku nak cakap pasal macamana nak jadik baik. Aku tau aku tau boleh sangat tejadi orang akan berfikir macam gini ‘hek ellleh macam bagus nye penulis belog ini cakap macam mana nak jadik baik macam bagus kaw neh tahniah aku ocapkan. Macam gituu haa. Aku tak kisah kalau terdetik kat hati korang macam gitu, sebab aku memang macam bagoss pun. Kesah? Haha. rilex la.
Macam ni beb. Ni ikut pengalaman hidup gua yang dah lama sangat hidup ni. Tapi aku muda lagi sebenanya, bole? Macam ni. First thing first aku cuba laungkan dan perjuangkan disini bahawasanya cara pertama nak jadi baik adalah kene jaga solat.

Buatlah yang terbaik yang termampu dalam menunaikan solat. Camtuuhaa. kalau rasa selalu solat pun akhir waktu, buatla paling awal di kalangan yang akhir waktu tuu. Camtuuhaa. ape ape pun solat adelah penghubung manusia dengan tuhan. So nak jadi jahat macam raksasa gorgan pun, sukati engko lah. Yang penting pastikan kejahatan tidak menjadikan kita seseorang yang terputus hubungan dengan tuhan. Caranya? Solat la der. ok.

Fikir n cakap dengan diri sendiri : dosa apakah yang aku buat sampai Allah tak pilih lagi aku untuk memunajat menghambakan diri kepada Dia?

Bak kata pepatah mak temah. Alang kepalang buat, biar betoi-betoi. (mak temah 2014). So aku cuba huraikan di sini, alang kepalang solat, biar bebetoi. Nak osem lagi tambahkan dengan doa secara khusyuk paling khusyuk yang termampu. Lepas tu ko nak buat hape sukati engkolah. Yang penting engko sendiri akan tanggung.

Ok akhir kata dari aku. tunaikanlah solat sesemporna mungkin.
Okbabai.

*yang baru insaf dan bertaubat. Dan er. Usai je menunaikan solat. Er. Zuhur. 

credit.
orang beriman cantik dan menawan tau.

Friday, 13 June 2014

to think or to tell

aku paling xboleh terima macam ni.
bila melaung tak dipeduli

ah !

sakit tahu kepala hotak aku berfikir.
apa masalahnya ni.
kita punya akal untuk berfikir dan berfikir dan berfikir.


tapi kenapa hotak aku jadik sakit.
oklah aku nak tido.


nah aku bagi kata2 sikit.

  • hargai akan dihargai
  • hormati akan dihormati
  • sayangi akan disayangi. 


ok tata. goodnyte.

Thursday, 12 June 2014

nak uji i ke? thankss.

assalamualaikum. 
hey 

kita boleh cakap thanks kat manusia. tapi jangan lupa thanks yang paling utama. thank to Allah. 
maksud aku : alhamdulillah. camtu haa. *ni bersyukur dengan lisan je baru beb. 
*berazam nak buat entry bagus sket mengajak orang kepada allah barula unsur dakwah sket der.

kadang2 kita selesa berada dalam keadaan yang er.. selesa. sampai kita lupa buka mata, buka minda. tentang bagaimana halnya keadaan serba kekurangan. serba tidak ada. 

credit

contoh hari ini kita selesa sihat. mungkin besok lusa kita tidak lagi selesa kerana sakit. 
kan ada kata2 yang lima sebelum lima tuu. salah satunya sihat sebelum sakit. cam tuhaa. 

haritu aku ade borak2 dengan adik aku. banyak2 dugaan. dugaan apa paling menyakitkan. dugaan kematian, dugaan kesakitan, dugaan kemiskinan dan apa-apa dugaan pun lahh. 

aku bagi hujah dugaan kemiskinan lagi sakit dari dugaan kematian. sebab bila orang yang disayangi mati, sekejap kita sedih lepastu kita moves on lah. tapi kalau ujian kemiskinan *memikirkan macam-macam hal seperti gst dan sebagainya. aku rasa dugaan kemiskinan bakal menjadikan manusia lagi teruji sebab akan tertekan dengan pelbagai tuntutan kewangan dsb lantas menjadikan manusia boleh hilang pedoman. tu yang boleh ada ramai perompak, penjenayah dll.  ok aku tak berniat nak ulas lebih lanjut bab ni.nanti ada yang pangkah kata ujian sebegini bakal menjadikan kita lebih berhemah dan berjimat cermat. okbai. 

rupanya aku mula tahu, dugaan kesakitan lagi menyakitkan sebenarnya. well aku pernah sakit yang agak teruk sepeti H1N1, chikugunya dll tapi aku rasa tu ok lagi. tapi bila ade orang sakit yang lama tak baik2, aku rasa dugaan tu sangat hebat sebab boleh menjadikan seseorang tertekan jugak. tak gitu mak temah?

pokoknya semua ujian pun adelah sesuatu yang menguji beb. 
tapi kene ingat Allah dan janji dalam Quran, tidak akan membebankan seseorang melainkan dengan kemampuannya. ok. (tak caya tengok surah 2: 286)

tadi aku baru je baca tadabur n tafsir surah alamnasyrah
credit
aku baca kat word document yang tersimpan khazanah dalam folder tapi takpe nah aku dah googlekan meh aku share link sikit bukak ni

bagi aku dalam surah tu kan, paling best sekali bab sesungguhnya bersama kesusahan ada kesenangan.

kfine. aku tak reti nak mengulas guane. 
apa yang pasti ini janji Allah. 

so, lex lex je ok bila diuji. 
nanti akan ada kesenangan yang Allah nak hadiahkan. 

ok bai. 

Wednesday, 11 June 2014

sejemput gigih

credit : who are strong people say i. i !


tarik nafas.
hembus.  *aku relax
tarik nafas.
hembus. *aku cantik dan bergaya
tarik nafas
hembus  *aku cantik dan bergaya kerana Allah

say Alhamdulillah.
argh. entah macam mana entah kaedah hipnosis aku pun lupa.

harini aku rasa macam nak menaip panjang.
kalau rasa aku sangat cun, mohon berenti baca dikhuatiri kau jatuh hati.
kalau rasa entry ini sangat anoyying sila klik button merah di penjuru kanan belah atas tanda babai.

kenapa perempuan sinonim dengan air mata huh?
aku rasa sangat lemah untuk asyik menangis dan menangis.
mulai sekarang aku taknak menangis lagi.


sebenarnya banyak bende aku fikirkan.
tapi aku tak tahu nak dibawa ke mana apa yang aku fikirkan.
so belog adelah tempat aku muntahkan ape yang aku fikirkan.

aku terfikir ni.
adekah perempuan itu benar-benar lemah.
kalau begitulah gayanya, aku taknak jadi perempuan.
aku nak jadi lelaki gagah perkasa  wanita saja.
boleh?
alah. wanita, perempuan, apa bezanya.
tetap lemah !
tapi, bukan aku.

credit : yea Allah will protect me.
jap. aku nak cerita ni.
aku harap ada yang respond.
tapi kalau xde yang respond aku nak buat macam mana.
tak kan nak blok pembaca belog yang tak nak respond.
alahh.

macam  ni,
aku terfikir..

apakah manusia perlu kepada kaunselor?
ade member ni. ade satu masalah. masalah lama yang menghantui.
tapi lepas dicerita pada kaunselor,
dia bertambah lemah.
bahkan semakin lemah.
sedang dulunya dia kuat.

adakah sebab diimbau kisah lama yang semakin dilupa
adakah sebab beralih tempat mengadu
adakah sebab gagal mengawal perasaan.
adakah sebab beralih tempat pengharapan.
kalau benar mengadu untuk ringankan beban.
kalau selama ini kepada tuhan.
kini dia punya manusia
untuk bercerita.

lantas, adakah manusia perlukan kaunselor
untuk menunjuk jalan ?
argh. aku pening.
perlu atau tidak. perlu atau tidak.
kalau tidak perlu, gusar pula syaitan mengambil kesempatan.

tapi kenapa aku pulak yang pening?
aku patutnya happy dan enjoy kehidupan aku, tanpa memikirkan masalah orang lain sampai sakit kepala otak memikirkan.
ok.

aku taknak lagi fikirkan.
aku nak tiupkan roh kegembiraan dalam diri member aku.
usah cerita pada manusia.
kerna kau punya tuhan tempat mengadu.

manusia. sama.
sifatnya juga sama.
perangainya tiada beza.
apa guna bercerita?
bahkan mungkin silap tempat untuk bercerita.
menambah garam pada luka.
baik kau kemam saja.
sampai mati.
ok. eh apa aku merepek ni.

berbalik pada kisah air mata.
aku rasa lemah bertubi-tubi hari ini.
aku rasa hinanya diri.
apa yang aku dah buat.
apa yang sepatutnya aku buat.

aku rasa dunia ni menyakitkan.
aku rasa dunia ni menghempap aku.
dan aku berlari semakin longlai.
aku. kalah.

aku berasa sakitnya badan memikul beban.
beban dosa bertimpa-timpa.
aku sakit.

aku rasa dunia semakin menyakitkan.
dan aku perhatikan jiwa aku hilang tegar.
aku tersasar. aku gusar.

di sana aku lihat manusia tenat.
terselubung dosa
sedang aku jugak tenat dan tak mampu bebuat apa selain melihat.
terselubung noda
aku mula benci dengan diri sendiri.
tiada manfaat buat umat

walau hanya bersapa
'apa sedang kau buat, tidakkah kau tahu Allah melihat'
aku tidak mampu.
sedang mereka takkan mampu menapa-apakan,
bahkan kan berterima kasih.
tapi aku, tetap tidak mampu.

Allah..
aku yakin kasihMu.

Kau masih titipkan hati yang benci dengan kemungkaran.
Kau titipkanlah jua aku kekuatan untuk meninggalkan.
kekuatan untuk menegurkan.
kekuatan untuk mendakwahkan.
Allah.
Aku mahu jadi hamba
yang bekerja siang malam untuk redha.
yang betul-betul hamba.
menjunjung syahadah terhadapMu,
terhadap rasulMu.

aku yakin Allahku akan tiupkan hadiah kekuatan itu kat aku.
aku tahu aku takkan kecewa dengan tuhanku.

sekejap aku nak lelapkan mata.
dan kekuatan itu akan hadir serta merta.
credit :
aku kaya dan berjaya. 
aku cantik dan bergaya. 

credit. anyway. sedapnyaa. lapazz kaw. 
kbabai.



Tuesday, 10 June 2014

dhuha.

kalau depa dok solat doha meleleh-leleh air mata tadarus usah dilupa. dan aku masih di sini. scrool scrool fb. scrool scrool beloglist. memikirkan ape lagi update belum bace. memikirkan apa lagi nak buat.

ahahaha.
kelakar kan.

ok ok. dah kol doblas. aku dhuha la ni aku dhuha la ni.
kenapa nak kene menulis baru boleh datang mood ha? kenapa ha?
haha.

okfine. camne ade orang rindukan azan untuk solat. tapi aku tak heh.
dosa betol la.

credit : anogerah utk yang spesel je babe.

ni mak temah la ni punya pasal *menyalahkan mak temah. er sori sori. *takde kaitan dengan mak temah yang anda kenali.
k babai.

pesan 16

garu garu dinding.
terkenang hadith 16 kaww.

credit . grrr ade yang kene pijak ni kang
macam mana sebenarnya nak jadi macam rasulullah.
even untuk bersabar aku tak mampu.

baru ni aku kene marah.
secara spontan aku marah dia balik.
aku baling barang2.
sikit lagi aku baling kat dia.

Allah.
aku tak mampu bersabar.
aku rasa sungguh tak ayu berperangai macam ni.
cam samseng pun ade.

tak kisah lah siapa salah.
aku tetap kene tunjukkan qudwah.

oomaiAllah.
nak kene bangun malam lebih sikit supaya menjadi seorang yang tawadu lagi zuhud.

tapi aku tak salah pape dia tetiba carik pasal.
susahla nak hormat orang macam ni.
arghhh.

sabar der sabar.
setting mind. aku cantik lagi bergaya aku cantik lagi bergaya.
aku nak jumpa Rasulullah aku nak jumpa Rasulullah.
ok. dah.
senyum beb

credit. u canggun bila senyum
credit. camtuuhaa
smile
assalamualaikum.

credit. ingat Allah dan bertaubat derr

Saturday, 7 June 2014

ele ele dok wak keji munkor ele ele.

assalamualaikum.
haii youalls.

kalau ada yang bertanya..
kalau ade percanggahan dalam alquran, you sanggup x tukar agama?
i ulang soklan, kalau ditakdirkan i tberjaya unjukkan kat u ada percanggahan dalam alquran, u sanggup x murtad?

jawab.
sila jawab.

tadaa. la ni la nak tengok, i atau u atau siapa pun, yakin dengan kesahihan alquran kalam dari Allah.
la ni la nak nengok sejauh mana kita yakin dengan alQuran.

well, dalam entry ringkas ini, hari ini, aku saja hendak membawak diri aku dan engkorang semua untuk sama-smaa berfikir.

sejauh mana, benarnya , kalam Allah, yang berbunyi begini..

‘’Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari 
perbuatan yang keji dan mungkar’’ 

(Surah Al-Ankabut,45)

so, sejauh mana benarnya ayat Allah ni? 
tak tak, bukan nak mengajak kita mempertikai ayat Allah. 
sebaliknya untuk berfikir.. 

sejauh mana, solat kita, selari dengan apa yang dimaksudkan sebagai solat, di sisi Allah. 
yang mampu memcegah dari perbuatan keji dan munkar. 
ye. 

alaa tu lain !!
lain apa?? bukan ayat quran? 
apa yag dilaungkan sebenarnya?

credit : submission to one god. 
k tata. 

Thursday, 5 June 2014

say cheese babe !

hai u alls. assalamualaikum.

sedikit kata2 bersemangat wajaa ni haa.

walau apa u buat, as far ia bende baik, enjoy it ok.
i maksudkan sebenar-benar enjoy.
sebagaimana enjoynya para sahabat berjuang di medan jihad demi redha dan sorga Dia.
credit.
jz smile and say :yeay i memang canggun, thankss.
walau u rase berat, bertahanlah dan sedarlah betapa jelitanya u,
sebab ramai yang nak jadi macam u tapi tak mampu,
even perasaan sendiri pun xsemua orang mampu hadapi,
kan Allah janji dalam Qoran,
hanya perlu beriman kepada allah, berjihad dengan harta dan jiwa. camtuhaa. (61:10-12)

walau u sendirian,u lelah, u fed up,  yakinlah Allah memilih u,
Dia telah memilihmu dan dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama (22:78)
so. ape lagi u nak.

u nak marah sebab orang kata u x amal jamaie?
u nak marah sebab u penat?
u nak marah sebab orang tak support?
u nak marah sebab orang perli2 ketawa2kan u?
hey.
kelakarlah kalau nak jadikan tu sebagai alasan. tak membanggakan langsung.
hey. peduli apa !

so bace bismillah,
u jalan je.
ok?

u banyak dosa beb.
i tau u dah penat gila dengan dosa.
apa lagi caranya nak hapuskan semua dosa2 tu?
takde lain..
tegarlah di jalan dakwah.
tinggikan kalimah haq.
Allah mendengar dan mengetahui isi hati u.

credit
ok my dear.
babai.
muahh.

Wednesday, 4 June 2014

hiduplah sesuka engkau.

Nak tanya u satu, boleh?
     “Gapee?”
Urm.. sebenarnya lama dah nak tau ni.. emm. Macammana nak hadirkan perasaan untuk menangis mase solat.. even masa qiam pun I susah nak nanges..
     “Hmm, kalau i..  I ingat balik dosa2 I baru I dapat menangis..”
I pun banyak sangat dosa.. tapi I ta boleh nangis punn..
     “Hmm, tapi memang tu yang I buat, I tak tahu nak jawab macam mana lagi..’’
Mm, betul.. tapi..
credit

Hmm. Tu. Borak-borak tentang tangisan yang hadir ketika kita ingat dan sandarkan sepenuh ketakutan dan pengharapan kepada Dia, tuhan sekalian alam.

Citer lama beb. Sekarang memang hati aku pun dah kusam gilas memang entah berapa lama entah tak menangis kerana Allah. ok membuka aib sendiri aku ni haha. haha? boleh pulak nak haha sedangkan ini sesuatu yang sangat bukan gurauan! Semakin hari diri aku sendiri adalah sesuatu yang aku takutkan..

Aku tak reti nak citer macam mana..

credit

Cuma ..
Sesuatu yang mungkin kita terleka.
Kalau kita rasa.. dosa yang kita buat itu, Cuma kita.. Cuma itu.. Cuma Allah yang tahu..
Kalau kita merelakan dan merasakan ia tak bawa apa-apa impak pada manusia,
Ternyata,
Kita silap besar.

Macam mana kalau semua merasakan benda yang sama.
Semua bergelumang dengan dosa.
Semua tak rasa apa-apa
Semua tak rasa betapa dahsyatnya dosa.
Komuniti jenis apa yang sedang kita diami.
Komuniti yang berdosa.

Sedang penuh dengan retorika
Mengaku beragama pada manusia
Mengaku beriman sini sana
Mengaku bertuhan padahalnya.

Semua retorika !!
Bahkan di hati tuhan tiada.
Tiada.

Kita Cuma topeng yang berlakon watak manusia yang patuh. Yang taat. Yang beriman.
Padahal kosong, tiada ruh. Tiada langsung bernadikan tuhan.
Apa kita ni?? Sampai bila kita macam ni.??

credit

Ada satu peristiwa. Buat aku menangis gilagila. hati aku yang menangis. Kecewa dan sangat sakit..
ini sungguh sesuatu yang amat tak terjangka. betul2 menghampakan. 

Tidak boleh tidak.. kita kene jadi individu yang kuat. Yang hebat. Dengan taqwa. 

kalaulah kita sedang bebas bertukar-tukar agama.. entah cuma siapa, yang islam benarnya. 
tak habis-habis berasa kuat dengan bilangan. terasa hebat dengan kuantiti. 
padahal. 

mana Allah di hati kita.. 

credit