Friday, 30 May 2014

what kind of community am i living

assalam. harini aku nak mengupas sikit berkenaan isu budak dirogol 38 lelaki. 

baru-baru ni aku terbaca berkenaan tajuk bapa sorok anak, rentetan dari kisah yang sungguh menyayat hati tu.  haish laa. aku tak setuju tajuk itu dikeluarkan. apela apela. tepuk dahi betul. cuba kau letakkan diri kau kat tempat bapa mangsa ataupun mangsa sendiri. mestilah kau nak jaga maruah dan aib mangsa kan kan. kau nak ke feymes dicanang satu dunia cerita kau? aduila nyepun. 

memang la dia perlukan bantuan kaunseling . sangat perlukan. even keluarganya wajar diberi kaunseling supaya sama-sama faham situasi mangsa. mangsa dan keluarga juga kene terima apa yang dah jadi. bende dah berlaku. 




tapi kene ingat beb, kene bagi masa. nak bantu pun kene caranya.kang aku pulak ngajo kaunseling plak kang haa. tu melibatkan maruah orang. orang dah diuji hebat, biarlah apapun tindakan kita membantu bukan menambah lagi masalah dan tekanan yang dihadapi. jangan sampai mengaibkan mereka. 


jangan biarkan mangse bersendirian. bantu pulihkan semangat dengan iman. dekatkan pada tuhan. tuhan datangkan ujian, tuhan juga yang bagi kekuatan. rasionallah dan teruskan kehidupan.semat dalam2 kat hati. jangan sampai kesilapan yang sama berulang. awak berhak hidup bahagia, adek. tak tak, aku tak berniat pun nak jadik kakak angkat ke apekebende. tapi entahlah. aku rasa aku perlu cakap perkara ni 


apa jenis masyarakat kita sekarang ni ye. melempiaskan nafsu sesuka hati. tiada agamakah? tidak bertuhankah? kita punya akal. kita punya hati. bayangkan mangsa adalah keluarga kita. adik2 kita. saudara2 kita.

anyway, tahu tak kenapa dan mengapa islam menggariskan hukuman tertentu pada kesalahan2 tertentu? islam sangat menjaga hak umatnya. kena ingat, islam adalah agama yang mengutamakan hak kemasyarakatan berbanding hak individu. bagi kesalahan apapun, Allah yang menggariskan peraturan sudah tentu tahu kesan dan akibat buruk yang bakal berlaku bagi setiap jenayah. bukan saja kesan kepada individu tetapi kepada masyarakat jugak der.

kesalahan jenayah sebegini sudah tentunya memberi impak besar sepanjang hayat di pelaku mahupun di mangsa. bahkan terhadap masyarakat lain. siapa tahu apa yang bermain dalam pemikiran mereka. psikologi mereka? tekanan yang mereka hadapi pada setiap sela waktu yang berlalu? eh aku tersalin lirik lagu ke? ahh. yang penting aku sangat serius sekarang ni menyampaikan mesej yang aku cuba sampaikan. 

ok aku tak tahu nak cakap apa lagi. donia donia. 
pulanglah kepada tuhan. 

Thursday, 22 May 2014

intai kisah manusia.

assalamualaikum dan hai semua. kerinduan yang berombak-ombak membuatkan aku terpanggil untuk menulis. lalu angin sepoi-sepoi bahasa bertiup fiuh fiuh seolah mengesyorkan perkara yang sama. 

ok. aku nak cerita sebagai kenang-kenangan kepada aku pabila aku sudah berjaya kelak. wkaka.

ni aku copy paste. penulis terpaksa dirahsiakan namanya sebab dia taknak orang mengurat dia. tak masal kan? macam ni ceritanya. 

semalam i call you, you tak angkat. eh alaa ternyanyi lagi. semalam. *sila baca dengan unsur suspen. azan isyak belum lagi berkumandang. aku menanti dengan sabar. namun ombak nafas yang terhirup dan terhembus sangat tidak keruan. buatkan aku tidak sentosa. aku cuba menenangkan diri. memulau dan mengenepikan seluruh kusut masai jiwa. bila aku berdiam, fikiran menerawang entah ke mana. teruk. aku tertekan. 

rancangnya mahu sahaja aku duduk mengulangkaji sementara menunggu isyak, namun kelelahan dan keletihan tiada tertanggung. fokusku terganggu. aku lantas membaringkan diri. walaupun masih dalam keadaan berwudhu' namun tetap tiada tenteram di hati ini. aku mula syak ada sesuatu. lantas seperti biasa, aku pasangkan ayat ruqyah menerusi komputer riba kaler putih aku yang diberi nama asus putih. 

tiada dilupa aku meneguk sedikit air penawar yang diberi oleh 'ustaz'. aku ambil sedikit airnya dan sapu ke muka.aku tutupkan lampu. gelap seluruh pandangan.yang ada cuma sedikit cahaya dari asus. aku berbaring cuba mententeramkan jiwa. malangnya air mata dengan tidak semena-mena keluar deras. semakin ayat ruqyah kedengaran semakin deras air mata yang mengalir. fikiran berkecamuk. aku sedar tapi tak mampu mengawal diri. aku meraung dan menutup telinga rapat-rapat. terbayang-bayang seolah ada makhluk lain di bilik ini. aku biarkan. tak pedulikan.aku tak takut dia.  lepas tu aku terbatuk-batuk dan rasa macam nak muntah. tapi tak muntah. aku mencekik-cekik leher sendiri tanpa aku niatkan untuk lakukan begitu. 

lama kemudiannya. baru tenang sikit jiwa. gundah resah yang tadinya menyelubungi mula lenyap. dan aku tertidur dengan bahagia. namun aku pasti ia tak pergi semuanya. sebab aku mimpi yang bukan-bukan. bila begini aku tahu masih ada sesuatu. tahu apa, aku mimpikan lima gagak hitam. empat bertindihan dan seekor lagi sedang terbang. di tepinya ada kucing. aku tertawakan gagak hitam itu. dengan tak semena-mena kucing mengejarku ganas. aku berjaya melarikan diri. pantas. tiada terkejar. kucing bengis seolah mahu menerkam. aku marah kucing itu. aku selamat. lepas tu entah apa jadi. yang pasti mimpi itu memaknai sesuatu. 

aku tersedar pukul 2. badan masih lemah. tak berdaya nak bangun. aku kuatkan jiwa. aku berdoa banyak2 dan allah bagi kekuatan untuk bangun jua. aku tunaikan solat isyak dan kemudian sambung baca alquran. 

baru aku teringat.. benteng rapuh. harini tak habis baca satu juz lagi. makhluk lain bermaharajalela. aku tak takut. aku takut hanya pada Dia. dan selepas ini, aku pasti pelangi kan terbit dan mentari dan bersinar ceria. 

sekian copypasta. 
pengajaran yang aku dapat adalah.. 
entah aku taktahu tapi dengar pengalaman orang macam syiok gak kan. 
kbai.assalamaualaikum. 

Wednesday, 21 May 2014

sensitifkah berbicara pasal agama?

assalamualaikum. 
untuk setiap detik masa yang berlalu. 
eh.

hehehei. 
bertemu lagi kite kan setelah kian lama aku xhapdate....

sebenarnya.. kian lama, kusungguh berkecil hati... *eh ternyanyi pulak 

hai semua. sekarang musim exam so kegigihan yang terserlah menjadikan aku jarang sikit nak hapdate belog ni tapi harini kugagahkan dan kugigihkan jua. 

aku nak sharing sikit. 
bende simple. tapi... tak sesimple 'simple'

aku baru melibatkan diri dalam mempelajari pasal agama. eh maksud aku, agamas *baca religions. 
so aku sangat teruja dan berkobar-kobar perasaan ni tahu tak. 

lupakan lupakan semua pasal panda ke dyana ke walaupun ia cun atau cute. mohon fokus. camtu ha.

aku nak share pasal islam.islam ni adelah agama yang allah sebut dalam alquran, sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam. islam tu adelah salam. salima. yang bermaksud, sejahtera, tenang, aman, tunduk, patuh, penyerahan diri kepada Allah. tak dilupakan lain-lain maksud mohon bukak kamus sendiri. so orang yang menganut agama islam should be sentiasa dalam keadaan sejahtera, menenangkan. *cam aku. eh mohon jangan penumbuk. 

ya, should be. even buat perjanjian, then lambat 2 minit dan buat orang ternanti-nanti serta berasa tak tenang dengan perangai kita pun, itu tidak sepatutnya berlaku bagi orang islam. walau seribu juta kali dia kata dia islam, perangai juga yang menentukan sama ada dia benar benar islam atau tidak. 
*ni muhasabah untuk aku ni aku berazam nak tepati waktu macam orang islam tepati waktu untuk berbuka puasa camtu haa. 

ok. tu pasal islam. 
aku ingin mengajak aku dan kau orang jugak bahawasanya kalau kita buat sesuatu apa pun.. fikir balik, apa ertinya aku memeluk islam. *eh promot buku camtu ha. maksud aku, fikir balik, betul ke aku islam. apa maksud islam sebenarnya. camtuu. 

okkalau dalam islam, 
memang ade peraturannya. islam menjaga dan menghormati hak manusia. tapi islam lebih menghormati hak kemanusiaan dalam masyarakat. so kalau ada apa-apa peraturan dalam islam, yang mungkin dirasai macam tak sesuai dengan diri kita, ingat balik, islam melihat pada skop lebih besar, tentang apa kesan sesuatu tindakan terhadap masyarakat. dan segala peraturan tu tak lain pastinya berlandaskan perintah Allah dan rasulNya.

ok dear you alls. sampai di sini saja.. 
doakan aku masuk islam k 
bai.


Friday, 16 May 2014

dulu dan rindu

assalamualaikum.

dulu, rindu.
la ni, rindukan rindu.
jujur aku tak temui aku.
jujur solatku kaku.

ini amat menyakitkan.
aku menderita.

bantu, hadirkan harapan.
bantu, agar ku kenal tuhan.

allah.jangan biarkan aku.


Wednesday, 7 May 2014

dah siap ke bang? *baca dengan intonasi gay.

assalamualaikum hey. 
not gonna write much. 

cuma nak tanya sket jeh. adakah anda terpilih untuk mendapat nikmat membaca dan mentadabur alquran hari ini? adakah? ha ? ha ? haaa??

ok tu je nak tanya. 
klah babai.

sebab aku tak abes odoj lagi ni. aku rasa malas gile. guane. pahtu rasa lemah longlai tak bermaya jeh. adui la. camne nak rajin haa? 

ramai di sekeliling terpengkap dengan gangguan makhluk menzalimi. 
ramai dahagakan sentuhan tarbiyyah dari insan generasi alquran.
ramai mahukan perkongsian bersifat hidup dengan nafas tadarus siang dan maalam. 
ramai mahukan kehidupan. yang menghidupkan. 
ramai perlukan suara dari manusia berlimpahan hikmah. 

aku tak tahu nak merepek apa lagi tapi plis kmy.
go get your quran now!!

credit

kbai. 
nakal betul susah aku nak kawal diri sendiri.

nah sharing aku jumpe kat belog orang. 

aku harus bertadarus paling kurang 1 juz sehari. aku sangat mampu bahkan lebih lagi. kalau tak aku akan kelihatan sungguh tak dithiqahi apatah lagi untuk mendamba syahid. Ya allah kurniakanlah aku hikmah ya allah. Amin. 

Monday, 5 May 2014

terasa. salah akukah?

assalamualaikum. 
hai belog. lama sudah i tak conteng2 kat u kan. mohon jangan rindu i. wkaka. 

i love to update my fb status, my wassap status and so do the profile picture. unfortunately, some people seems to be misunderstood me. 

whatever it is, i do dedicated it exactly to myself. my own feeling my own hope, my own regretful toward me, myself, i.  well, people seems to be angry, saying that i dedicating sarcastic word toward them. 

halloha world. is it my fault if u feel like eating a chilly? i guess not. Allah yang anugerahkan perasaan camtu pada hang. there's must be a reason isnt it? 
i prefer to be happy. thanks. 
*(bahasa kasarnya. cantik muka kau. aku dah la tengah stress dengan kehidupan sendiri kau pulak nak  perasan kata aku cakap ko begitu. bantuin dong aku tumbuk sekali baru tahu erti kekesalan.)

love~