Tuesday, 29 April 2014

Kulihat sini kulihat sana.



awan. credit.


Kulihat langit biru
Kulihat awan berkepul
Kulihat burung berterbangan

Kulihat di balik itu, ada tuhan

Kusedut udara perlahan-lahan
Kubuka mata luas-luas
Kunikmati alam selazatnya

Kulihat di balik itu, ada tuhan

Kubuka atau kututup mataku
Kubernafas atau kutahan helaan
Kudengar-dengar atau kututup setutupnya telinga

Subhanallah.
Kulihat di balik itu, ada tuhan

Tuhanku. Ini aku.

pikulan beban

Pernah, Aku terkocah kacih dengan tanggungjawab tiada terpikul. 

Ku minta bantuan di sana ku minta bantuan di sini. 

Kecerita ke mana-mana

Bukan menagih kasih, tetapi pinta dibantu

Kerna ku tahu 

Tugas ini bukan hanya tugas aku. 


lalu kudapati ada cuba membantu.

‘ajaklah aku,ajaklah aku’

Jazakillah. Aku hargai.



Kulihat di sana, 

Ada yang merasa seperti yang aku rasa. 

terkocah kacih dengan tanggungjawab tiada terpikul.

Ada juga bercerita.

Bukan menagih kasih, 

Tetapi pinta dibantu



Tapi mohon,  perhatikan perkataanmu itu 

Jangan merintih seperti kau bekerja seorang saja. 


Ini bukan ruangan menyalahkan

Katakan, bantuan apa dan bagaimana kau mahukan. 

Katakanlah dengan sejelasnya. 



Seperti mana terbebannya aku pernah rasa. 

Dan semua juga rasa beban yang sama.

Jangan pernah merasakan. 

Kau kerja seorang. 


Kerna aku yakin. Semua juga mahu punya gerenasi harapan.


Bila aku berdosa



Bila aku berdosa
Walau serahsia mana kusorok dosa
Ku dapati sukar aku mendekatiNya
Terasa jauh
Terasa payah
Walau hanya untuk mengingati

Bila aku berdosa.
Walau serahsia mana kusorok dosa
Kulihat manusia tetap tidak suka.
Aku dijauhi
Aku tak dipeduli

Bila aku berdosa
Walau serahsia mana kusorok dosa
Kulihat kudaku Adiyat seakan tidak mahu berlari
Aku tunggang ke sana kutunggang ke sini
Ia meragam seakan membenci

Bila aku berdosa
Walau serahsia mana kusorok dosa
Berdekat-dekat dengan yang cantik
Bermesra-mesra dengan yang baik
Terasa tiada peluangnya.

Bila aku berdosa
Walau serahsia mana kusorok dosa
Aku tahu,
Aroma dosa itu
Terkesan pada semua
Walau tanpa dibicara.
Lantas mereka katup hidung-hidung mereka
Dengan cara mereka.
Sampailah ku hilangkan busuk dosa
Dengan peyucian jiwa. 


kau pakai perfume jenama apa?

Tuesday, 22 April 2014

malas? malas nak citer

assalam

aku malas. terukkan. penat la.

jap jap. aku sebenarnya boleh kawal diri aku sendiri.

sebab aku khalifah.

walaupun sekarang aku malas.

keje tak settle.

mengantuk.

lepastu bosan.

rasa macam nak mendaki gunung ledang.

rasa macam nak main gitar.

rasa macam nak jerit kuat2

rasa macam nak pegi swimming pool yang ada gelongsor tinggi2 lepahtu aku bole jerit kuat2.

rasa macam nak ushar awek2 kat mall.

rasa macam nak main bowling tengok wayang dan berkaraoke.

rasa macam nak pegi melancong ke mana2 negara seantero donia.

rasa nak main hujan.

rasa nak bawak kete ke moto ke laju2 lepas tu buat aksi2 mencemaskan

rasa nak main tae kwondo dan membelasah sesiapa


arghh.

tak tak. semua tu aku bole buat karang. kalau masuk sorga apa2 aku nak buat aku boleh buat. kau sabar sikit je lagi jai.

okbos.

aku rajin.

aku bersemangat waja.

aku dithiqahi.

aku wara dan tawaduk pada tohan.

aku gigih berdakwah.

aku duat yang sanggup berkorban sekalipun jiwa raga.

aku cantik dan menawan. eh.

aku nak pegi mekah.

aku nak jumpa Rasulullah.

aku nak syahid.

so, aku kene all out.

ok sekarang aku da tak malas.

nampak x muka gigih ni?

ok daaaa.

nak wat keje bagi settle.

assalamualaikum.

Friday, 11 April 2014

luar ke dalam?

Bismillah. assalamualaikum. 
Wont write much.

Just wanna share ape yang aku dapat dalam tadabur hari ini. Cam osem cam tuu ha.

Hari ni juz 14. Camne boleh lupa sepatutnya odoj adelah alkahfi der jumaat ni der. tapi xpe. Later kita baca kahfi dengan gigih k. bak kate pepatah jumaat hanya sekali dalam seminggu. Eh.
credit

Siapa rajin boleh bukak quran. Surah ke 15 (surah alhijr, ayat 26-33) mukasurat 263.

Dia macam ni ceritanya.

Dengan apa sebenarnya manusia mulia?

Adakah dengan sebab muka hensem macam que hai dar * xde contoh lain ke. Ataupun cute macam sesiapa pun laa. *cakap nama aku mesti akan ada yang cemburu buta nanti. Atau muka bersinar-sinar lagi bercahaya bak rembulan purnama di malam terang. Fuyyo silau.

Apa sebenarnya yang menjadi kayu pengukur kemuliaan seseorang?
Kejayaan, kekayaan, keikhlasan, ke sixpack an. Apa2 laa.

Kalau tengok surah yang aku share tadi, manusia dicipta dari tanah liat kering dan lumpur hitam yang diberi bentuk. Peh. Hina kut. Jadi adakah releven manusia dinilai kemuliaannya berdasarkan fizikal? Walau hensem cun melecun mana pun, tetap dicipta dari tanah, lumpur lagi bak hang.

Tapi selepas Allah ttiupkan ruh dalam jasab manusia, Allah suruh yang lain bersujud. Lepastu malaikut pun bersujud kepada manusia. Tapi iblis pulak takmoh sujud. Sebab apa? sebab katanya manusia dicipta dari tanah..

Nampak x. Allah angkat darjat manusia melalui ruh yang ditiupkanke dalamjasad. Allah suruh yang lain sujud kepada manusia setelah ditiupkan ruh.

So, kalau sekarang ni kita nak kene kejar kemuliaan melalui apa yang nampak pada pandangan zahir atau melalui ruh yang ditiupkan ke dalam jasad ?

Apa khabar ruh kita? Sihat? Sakit? Tenat? Lapar mahupun dahaga?

Think deep.
Malas ahh nak fikir. I ok je. Ruh I sihat je.

Wakakaa.

Nah tetiba aku rajin nak google kan.
check it out here :

Praktikum. *saja nak citer.

Bismillah. Hai you alls.
Assalamualaikum.

Fuh. Aku rasa macam dah lama aku tak jadi wanita cam ayu ayu gitu. Eh.

Hai.
Sekarang dah habis minggu ke 2 praktikum dah woih. Lama beb masa aku amek untuk adapt dengan suasana baru. Praktikum yang dah berlangsung dua minggu ni gentle cakap aku memang tak perform.

Memang nekad habis der dan bawak kepala sendiri. Minggu first duk nak settle masalah diri sendiri yang tetiba hilang semangat nak jadik cikgu. Terus terang cakap percentage perasaan keguruan tu menjunam sampai 10%. Sampai aku frustuated dan depression. Buat kerja tak bawak hati langsung. Tengok semua keperluan praktikum buat aku rasa mual macam wanita mengandung serta pening kepala hotak dan sebagainya. Wah. Kronik gak la pada aku sebab aku balik rumah sekejap pun sekdar dihabiskan dengan tangisan dan menyalahkan orang lain tentang apesal aku boleh terjebak dalam bidang keguruan.

Fuh. Lepas tu aku sesukahati nurani pegi program sana sini ke jb la padahal keje memang tak siap langsung. Cari pasal huh. Tak, bukan aku carik pasal tapi sirius cannot go. Lantas aku kene dan betul2 kene mencari sesuatu yang menghidupan hati aku.

Bila aku sedar aku dah tahap kronik sampai rasa nak ponteng keje dan melancong bersendirian ke mana2, aku batalkan niat itu walaupun itu kurasakan suci sebab mencari hati. Memandangkan cikgu2 skolah tempat aku praktikum tu ramai kenal mak bapak aku *feymes gak mak abah aku ni, aku berniat untuk tidak memalukan mereka dengan mempamerkan perangai yang kurang enak. Maka aku pun membawa watak baik sahaja di sekolah walaupun kerja tak settle settle. Dan berkelakuan normal macam tak ada apa berlaku.
Lantas aku berjumpa kaunselor dan meminta sedikit nasihat berguna. *jelas kegigihan aku nak menjernihkan keadaan.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, aku dihipnosis kan dan fuyyo dengan tidak semena-mena aku mencintai kerjaya ini dengan sepenuh peraaan centa. Walaupun begitu keesokannya pensyarah pembimbing datang dan memang aku tak settle apa-apa. fuhhh. Alhamdulillah la beliau ok lagi tak seteruk jangkaan aku. * dalam mengkomen aku. aku memang dah redha dan pasrah la akan apa yang hendak beliau katakan kepada aku. wakaka.

The next week, ade pulak lagi satu masalah berlaku. petang tu aku memang tak sangka aku akan bercakap pasal hal yang aku tak nak cakapkan. Fuh kena sangat berhati-hati lepas ni berhadapan dengan provokasi. Cis. Balik tu memang teruk aku rasa dibelasahi. Habis sakit satu badan termasuk jiwa rasa aku sakit. Penat dan lelah serta kesemputan. Duduk di maktab aku tak boleh berfikir. Sakit sangat2 kepala otak aku. sakit macamana tu aku tak boleh nak kabarkan kat korang . apa yang mampu aku cerita sirius macam nak hentak kepala kat dinding kasik pecah. Fuh. *ok poyo kan. Tapi nasib baik tak pecah beb kepala. Lagi sekali balik rumah. Memang balik untuk tido. Sakit. Bangun2 aku sedar mak aku rasa dahi aku pastu bawakkan air dalam botol. Terpancar kasih sayang mak aku kat aku sebab aku memang lesu betul waktu tu.

Nak diceritakan di sini, esoknya adalah hari aku kena observe. Dah malam tu aku kene serangan “sakit’ macam tu,dah sah-sah keje tak settle. Bukan sengaja. Aku dah cuba sedaya-upaya, tapi tak boleh, dengan mata asyik menangis. Dengan perasaan yang sangat serabut. Seram, takut, menyesal. Entahhlahh.

Pagi tu nasib baik bangun awal sikit sempatla siap-siap untuk kene observe. Walaupun begitu lepas kene observe, pensyarah tanya.. ‘awak ni bersedia ke tak sebenarnya ni kamillya’??

Ok finee. Haha kepada aku. *ni la aku ralat ni. Sapa suruh buat aku cerita. Kan dah terganggu emosi aku sampai beberapa hari. A day before observe pulak. Fuu. Nak guane. Redha je lahh.

Tapi sekarang aku dah ok. Masalah sangat ke aku ni? Aku rasa  tak. Aku okay je. Semua tu saja je aku nak test orang sekeliling tentang bagaimana mereka membuat kerja mereka. Wakaka. Lepas ni akubuat betul2 k.
Bila tengok orang lain dapat perform well dalam praktikum cam jeles jugak hati guwa. Fuh.lantas mula lah nak membina azam baru. Aku kene perform beb dalam praktikum ni. Kata buat keje dakwah beb. Kene la perform dalam apa pun, kata aku kepada aku. ok beb.

Ni azam baru aku untuk dua minggu lagi praktikum yang berbaki.
1) Perform terbaik punya dan enjoy habis2.
2)  Build a very good relationship dengan semua staf sksp sampai orang cakap ukhwah fillah abadan abadaa cam tuu haa.
3)Tinggalkan sesuatu yang berguna untuk agama di sana, kepada murid, guru, staf, sekolah dsb.
4)   Lagi apa ek? *bincangkan. eh. 

Oklah , bebual lebat tak guna beb.
Assalamualaikum.

Wednesday, 9 April 2014

jangan muram durja

ASSALAMUALAIKUM.
Buat sekian kalinya aku tersenyum dengan sangat bahagia mengadap lappy untuk menaik entry belog pada kali ini.

Bismillah

Hai you all. Kenapa macam muram je. Jangan sedih2 okay. You are beautiful enjoy your life. Kalau stress pun, enjoy lah the stress. Kerana dirimu begitu berharga.

Dia macam ni tau ceritanya. Aku janji kali ini aku takkan menaip lama. Bajet 20 minit la paling lama pun. Cam terapi untuk diri sendiri cam tu haa.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Hadiah kebahagiaan yang Allah berikan ini amatlah bermakna, membuatkan aku semakin mensyukuri nikmatNya. Ya, aku tak layak pun untuk ini. Aku tak layak untuk apa pun tapi Allah tetap beri dan beri. Ya Allah, hadiah apakah ini…

Alang-alang menulis, aku nak tulis azam baru aku. nampak macam sangat mementingkan diri sendiri serta memiliki semangat keakuan yang amat dahsyat sebab kat belog asyik cakap pasal aku-aku saja kan. Tapi tak pa. anggaplah aku seorang yang sangat cantik bergaya, haibat lagi dithiqahi semua orang sampai kau yang tadinya nak termuntah membaca belog ni pun terus bersemangat waja dan berkobar-kobar mencari sesuatu yang bermanfaat dari penulisan aku ini k.

Kalau tak berjaya jugak membina perasaan tersebut maka bagitahu aku nanti aku bagi penumbuk barang sebijik dua sambil mengatakan, kepala otak lu sebok dok baca belog guwa ape hal?
Ok tak tak. Aku tak lah seangkuh itu.

Nah sharing. Ini tercetus di kala aku kantoi menangis. Maka azam aku adalah tak nak menangis depan manusia lagi.
Photo: :)
credit

Simpan. Simpan semua air mata. Dan biarkan tiap titisan air mata itu jatuh betul2 di hadapan Dia yang Esa dalam tahajud dan munajat di sepertiga malam. Adulah segalanya pada Dia. Yang mengetahui isi hati. Yang Mengetahui zahir dan batin kita.

Sekian sahaja kali ini.
Hingga bertemu lagi. Kbaii. *sambil lambai tangan gaya diva.

Sunday, 6 April 2014

melalui masa yang lama hingga hati pun berubah.

Assalamualaikum.
Hai. Fuh lama beb tak hapdate. Aku syak ade yang rindu nak baca entry terbaru aku. terima kasih terima kasih. Mohon rindu tulisan aku je jangan rindu aku.
hati aku dah berubah. kini aku sudah tidak lagi berminat dengan semua pakwa lama aku. sebab aku merasakan ade lagi yang lebih membuatkan aku tertarik hati. mohon jangan mengharap aku ushar anda lagi. eh. 
tak la. saja je ni. 

cam ni haa citer sebenarnya. Hari ni sangat seronok. Aku mula temui jiwa yang hilang. Aku dah mula meletakkan hati aku sebagai seorang guru. after a very long time. Fuyyo.

Harini jugak merupakan hari yang osem buat aku. untuk pertama kali sepanjang hayat aku dan sepanjang aku join odoj, aku berjaya habiskan odoj sebelum subuh. Osem tak osem. Tak sia-sia2 hari ahad kene pakai baju batik. Menggosok baju batik tu memerlukan kepada luangan masa  yang tak boleh blah lamanya sampai sambil iron pun boleh habis satu juzuk.

Ok. Macam ni. Aku nak bercakap pasal rindu.

Sudah lama aku tak rasa begini dan aku rasa osem sangat. Anugerah menangis ketika solat adalah anugerah yang sangat syok aku rasa. Pemanifestasian segala perasaan yang terbuku pada sanubari aku melalui air mata sangat mendamaikan jiwa. Waha. Nampak tak betapa jauhnya aku hanyut dan terkapai-kapai selama ni.
Dan ya, rindu beb. Tak tahu la nak kabo guane.

Semalam baca kat status adik aku yang blaja kat dq masa muda-muda dulu. Nama dia kamil. Cam ni haa status fb dia.
Alhamdulillah ala kulli hal wa nikmah. Melepaskan rindu katanya. Mengukir kembali kenangan lama. Tersenyum sendiri mengubat duka. Mengulang dlm suasana berkah. Terasa azimah. Penuh dgn insan mulia beserta himmah. Ya Allah, kuatkanlah hati2 mereka dan kami membawa amanah ini.

Wakaka. Jiwang jugak adik aku ni main rindu2. Rindu darul quran tempat blaja jadi hafiz cam tu haa.kui kui. ayat cam tak boleh blah. ushar awek mau sangkut pat lima orang ni. entah mewarisi bakat siapa dalam bersastera. mungkin kakak dia? eh. 

Lepas tu dengan tak semena-mena aku terfikir balik. Dulu aku gila2 kut nak masuk dq nak jadi hafizah. Dulu jugak aku gila2 nak pegi mekah. Gila punya mahu sampai meleleh2 air mata beb.

Tapipipipi…..sekarang….

Hoii. Mana entah hamasah. Fuyyoh hilang cam tu jee. Memang hampeh betul la tula banyak sangat buat dosa. Degan itu aku nak berazam lah semula sempena dah nak masuk bulan rejab ni.

Aku nak hafal paling koman 5 juzu by 25. 
Aku nak pegi mekah by 30.
And what, aku nak kawen by 26. wakaka ape kaitan yg ini? Lol

nah gambar. cun x? aku amek kat sini


Okbai. Mohon doakan aku.