Thursday, 27 March 2014

aku dan kau pun tahu itu tak patut berlaku.

Assalam.
Sepia benar hati ini der. macam2 berlaku. kali ni aku sedih fillah der. bukan sedih dengan perasaan sendiri. Huaa.

Duhai orang islam lelaki dan perempuan. Jagalah maruah. Kita orang islam ada cara hidup sebagai seorang islam. Allah ajarkan dan beri panduan kepada semua perkara. Ikutlah dan Allah akan hadiahkan syurga. Beriman dan bertaqwalah. Ingatlah allah dalam pada setiap tindak tanduk kita, sama ada yang tersembunyi mahupun yang nyata.

Macam mana aku nak cakap lagi. Aku ta tahu nak sampaikan macam mana. Rasakanlah nikmat iman di dalam hati masing-masing k. Allah itu dekat dan Allah itu maha penyayang.

k. tu je. … Allah yaftah alaik.

Assalam 

belajar tapi tidak belajar.

Assalamualaikum.
Hai you all.

Aku sebenarnya ade beberapa assignment yang belum diselesaikan. (beberapa tu memang sikit je sebenarnya ) tapi aku korbankan sedikit masa yang ada untuk menaip di laman sesawang ini. Apalah kiranya korbankan sedikit untuk dapatkan hasil yang lebih baik. Aku kira begitulah gamaknya nanti. Mungkin dengan menaip ini semangat hamasah dan perasaan berjuang semakin berkobar-kobar dalam sanubari aku.

Ok dia macam ni tau ceritanya.

Sebagai seorang bakal guru yang sangat besungguh-sungguh dan gigih mempersiapkan diri bagi menempuh profesyen keguruan yang kian mencabar kini, aku semakin mengenal erti dan maksud sebenar psikologi murid. Lantas aku cuba aplikasi dengan kefahaman yang ada agar tiadalah kelak aku termenzalimi mana-mana murid aku yag kukasehi lagi kuchentai.

credit
credit

Macam ni beb. Kita sebenarnya amatlah tidak boleh memprejudiskan diri dengan menuding jari sesuka hati akupun melabel itu ini berdasarkan kefahaman sendiri. Sebab, apa yang kita tahu, atau apa yang kita percaya tak semestinya sama dengan apa yang orang lain percaya.

Sebagai contoh. Jika ada seorang murid di kelas selalu tak siap kerja rumah subjek matematik. Lantas bagi aku tidak adil untuk guru melabel murid bodoh, lemau, lembab atau sebagainya. Analoginya macam kita buat ujian memanjat pokok terhadap monyet, ikan, lembu dan mengkarung. Sudah tentunya monyet mampu memanjat pokok dengan  jayanya. Abeh tu, takkan lah sesukati nurani kita nak mengatakan mengkarung mahupun lembu itu bodoh? Sudah tentu tidak, walaupun mereka memang tak berakal. Sebab apa? sebab kita melabel mengikut panduan kita sendiri.

Inikan manusia. Mungkin lemah sikit bab matematik. Tapi pernahkah kita tahu kemahiran dan kebolehan sebenar murid tersebut, sebelum melabel apa apa terhadapnya? Mungkin beliau seorang yang mampu memasak pizza yang sangat sedap hingga menjilat jari. Mungkin jugak beliau mampu merepair kereta dengan sungguh bergaya tanpa perasaan takut andai enjin kereta secara tidak semena-mena mati tengah jalan ketika memandu. Bahkan mungkin jugak murid tersebut amat hebat dalam seni muzik sampai boleh meghasilkan sebuah lagu yang harmoni tanpa menggunakan sebarang gendang mahupun seruling?  

Jika benar dia memang lemah. Jadik dia tak beri komitmen sepenuhnya dalam matematik tu. Kerja tak siap. Exam tak pass. Kuiz hampa. Adakah dia benar-benar lemah matematik atau sebenarnya dia tak minat langsung dengan subjek itu. Pejam mata, bernafas dan fikir. Siapa yang lemah sebenarnya? Murid atau guru yang lemah mengajar? Tak pandai tarik perhatian murid supaya minat dengan subjek yang diajar? Macamana kefahaman nak sampai dalam sanubari kalau perasaan mahu @ minat tak ada? Guane tu guane?

credit

credit
Okay baiklah. Bagi kes murid tersebut. Mungkin jugak dia memang lemah matematik. Mungkin jugak tidak. Bila melihat masalah, aku cadangkan supaya tidak melihat masalah tersebut, tetapi lihatlah ponca sebenar apa masalah tersebut. Contohnya macam ni beb. Seorang budak perempuan berumur pat belas tahun yang dah banyak kali diingatkan tentang aurat dosa neraka blablabla. Tapi masih tak tutup aurat dengan sempurna. Pantaskah sebagai guru kita memarahi atau membenci budak tersebut mahupun menyalahkannya kenapa kau keras kepala batu sangat ha?macam tu. Apakah layak kita melabel tanpa bercakap dengan baik padanya atau mendengar masalah sebenar dia. Mungkin dia tak ade duit nak beli pakaian. Ingat apa. zaman sekarang walaupun kebanyakan kluarga ada kereta dua tiga bijik kat rumah tak mustahil masih ada keluarga miskin yang tak mampu membeli pakaian yang mencukupi tahu tak ! aku tumbuk baru tahu.

Kesimpulannya begini beb. Kalau dengan dogaan sebegini kita dah hangin dan nak maki budak tak tentu hala. Atau dengan masalah sebegini kita dah lable macam-macam.. sebenarnya aku rasa kitalah yang bermasalah. Mungkin ya, tertekan dengan orang atasan atau sistem membuatkan kita ter’buat orang lain tertekan.

Hm. Tak. Tak.. aku bukanlah nak menyalahkan ataupun membetulkan sesiapa. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Sebab tu aku katakan tadi, adilkah kita melabel mengikut pegangan kita sendiri. Murid yang tak minat dengan subjek yang diajar lebih banyak berkorban untuk belajar tahu, sebab perkara pertama dia kene buat adalah meminatkan diri dengan subjek tu, tahu? If that so, kalau kita senang-senang nak label orang, orang lain pun ade pandangannya tersendiri terhadap orang macam kita. Kan?

Aku nak label ko ape ek. Hm, aku nak label ko pemalas lah. Sebab asyik baca belog aku je, tak nak tulis belog sendiri. Dasar pemalas. Tuih.

Rasa nak penumbuk aku tak? Mohon jangan penumbuk la aku Cuma bagi contoh je. Ko baca belog aku pun aku dah cukup hargai dah. :’)
 
ceceh gituuh

Anyway, you all nampak tak kegigihan aku menceburkan diri dalam bidang keguruan. Sabar der. 3 sem je lagi.

anyway lagi, you all tahu tak kenapa kadang2 seseorang tu boleh meminati atau tidak meminati sesuatu perkara? sebab dia tahu mana perkara yang menghidupkan dan mana yang tidak menghidupkan hati dan sanubari bagi dia. 

last anyway, kalau seseorang tu mencintai Allah, dia akan sanggup buat apa saja untuk Allah. Ya Allah, berilah Nur Kamillya kekuatan nak settlekan assignment beliau Ya Allah. amin. 

fuyyo sweetnye you all doakan aku. 


Tuesday, 25 March 2014

guwa puya hati entah di mana-mana

belum tibakah masanya???

ok ape yang aku nak perjuangkan sebenarnya? macam2 betul cerita besar berlaku baru-baru ni kan. pasal tuduhan wanita2 bertudung labuh dengan kristiannya lah. pasal buku yang diharamkan sebab ada tulisan Allah lah. pasal dsai dihukum penjara 5 tahun pulak lah bila nak nak musim mengundi. pasal kapalterbang yang akhirnya diketahui berakhir di lautan Hindi lah. mm.

macam-macam berlaku. paling tak bole blah pasal ikhwanul muslimin seramai 529 orang dihukum mati di Mesir. apa semua ni? hukuman apa ni? membunuh dihalalkan dengan sesuka hati?apa salah diorang? hanya kerana diorang menyokong dr Morsi. camtu ke? apa yang dr Morsi buat? Dr Morsi sedang menegakkan islam. Kalau sebab ni lah diorang dihukum mati, aku pun nak dihukum mati sama-sama para ikhwan ni tahu! !

zzz. berbual. berani ke aku? 
sorisori. terpoyo pulak. 

mm. dengar macam-macam cerita pun, aku tak mampu buat apa-apa. hanya mampu dengar, cakap sikit-sikit. doa. share serba sedikit kat orang-orang. adakah aku mengubah apa-apa?  even doa aku pun belum tentu diterima. 

even doa pun belum tentu diterima???
hm. 

ya Allah. sakitnya kehidupan ni ya Allah. sedang aku sendiri jauh dari Engkau. sedang aku sendiri lemah dengan dunia aku yang menghempap. sebab aku sendiri tenggelam dengan kelalaian dan dosa.  sedang aku sendiri tak membantu apa-apa untuk agama ini. dan aku dapati dunia ini amat menyakitkan ya Allah. 

Duhai Allah yang mengetahui zahir dan batinku..
aku sangat lemah. 
Engkau yang mengetahui segala pengaduan hati yang sedang terhiris ini. 
bantu aku. sedarkan aku. kuatkan aku. 

“Tegakkan daulah islam dalam diri kamu, Islam akan tertegak di bumi kamu”
― Syeikh Mustafa Masyhur-

“Belum tibakah waktunya bagi orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik.” 

(Al-Hadid : 16) 

 


entah lah. hati guwa sedang sakit dan sangat terseksa. guwa nak menangis pun guwa dah tak mampu. guwa berasa tersangatlah loser. doakan guwa you ols. guwa rindu cita-cita syahid yang berkobar-kobar. 



deep. ohh. 

Sunday, 16 March 2014

trauma

Assalamualaikum. Hai
Kugagahkan dan gigihkan jua diri mencari masa di dalam masa untuk menaip. aku dah penah kabo kat fb aku akan tulis pasal tajuk ni. so aku syak mesti korang ternanti-nanti. mohon jangan penumbuk aku. Sebab aku rasa ni penting untuk diperjuangkan. Bak kata pepatah, hanya yang faham yang akan faham. Cewwah.

Sebelum mengorak langkah, ya, psikologi sangat memberi kesan yang besar dalam corak pemikiran kita. Oke aku tak reti nak buat pendahuluan panjang2. Sebenarnya aku nak share berkenaan trauma. Tajuk ni macam best jeq laa bagi aku. hasil perbincangan dengan seseorang yang banyak pengalaman hal-hal macam ni.

First of all, trauma tu apekebende? Cam ni haa citernya. Trauma tu adelah pengalaman yang dahsyat, trauma, kecederaan, luka, keadaan sakit disebabkan oleh luka, renjatan emosi  sumber http://mykamus.com/free/2010/09/trauma/
Contoh2 kejadian yang boleh menyebabkan trauma adalah seperti mendapat dogaan yang kita tak pernah bersedia untuk dapat. Contoh, kene culik dan diperlakukan kasar, kene rogol, pakwe meninggal, anak pekak secara tak semena-mena, lumpuh tak berdaya dengan tiba-tiba dan macam-macam lagi.

Trauma ni ade beberapa peringkat untuk proses pulih.so dalam penulisan kali ni aku nak share la sikit tentang bahagian trauma ni. 

Yang pertama adalah deny,  denial  - tak terima, penolakan.  
Untuk peringkat pertama ini, biasanya sukar untuk pesakit terima kenyataan. Kemungkinan pesakit akan kemurungan, menangis, berseorangan, buat sesuatu yang negative seperti memecahkan cermin, melukakan diri sendiri dan asyik terfikir kenapa aku yang harus lalui semua ni. Cam tu haa.
Sebenarnya ia menjadi terkawal sikit kalau pesakit teruskan hidup macam manusia normal walaupun kadangkala akan menjadi begitu negative terutama apabila ada factor yang menyebabkan perasaan tersebut datang(trigger). Bila perasaan tu datang, pesakit akan menjadi sangat negative. Tapi kalau pesakit teruskan hidup dan cuba lawan perasaan tersebut, maka suatu hari dia akan mengalami proses  perubahan ke tahap seterusnya. Di sini pesakit harus menjadi sangat kuat dan berfikiran waras. Teguhkan iman supaya tidak terfikir atau terlintas langsung untuk buat perkara bodoh yang melanggar batas agama. Paling penting, jangan biarkan pesakit bersendirian lama.

Tahap kedua pula ialah anger. 
Pesakit akan menjadi marah. Pesakit akan sedar dan terfikir, sampai bila dia tidak mahu menerima kenyataan. Di tahap ini pesakit perlahan-lahan menerima  ketentuan, tapi pesakit akan menjadi defensive dan mula menyalahkan. Perasaan marah akan terbit dan mulalah dia membenci sehingga kadang-kadang meletakkan orang lain sama dengan pemangsa yang telah melukakannya. Sebagai contoh, mangsa rogol akan membenci semua lelaki walaupun hakikatnya tak semua lelaki jahat , ibu yang kematian anak akan menyalahkan doctor kerana tidak bersungguh-sungguh merawat. Juga kepercayaan akan berkurangan kerana ada marah dalam hati. Itu peringkat kedua.

Seterusnya bagi peringkat ketiga adalah bargain. Atau shopping. Dalam hal ni aku tak tahu nak jelaskan macam mana. Camni haa contoh, trauma dengan putus cinta dengan orang yang sangat disayangi, dia akan mula bertukar2 pasangan dan kelihatan macam sangat social tapi tak de satu pun pasangan yang dia betul2 nak kahwini. Cam tu haa. Ataupun mangsa rogol, akan mula bersosial dengan macam2 lelaki, atau came out menjadi seorang yang berbeza dengan dia yang sebenarnya. Ibu yang trauma dengan keadaan anaknya yang cacat pulak akan betukar-tukar doktor sana dan sini untuk dapatkan yang terbaik buat anaknya tapi satu pun dia tak usaha betul2 dengar kata doktor tu apa tindakan yang perlu dibuat. ok aku tak reti nak jelaskan mahupun bagi contoh. Ia terpulang kepada individu dan maslaah yang dihadapi serta bagaimana dia ‘hadapi’ perasaan tu.

Dan keempat adalah penerimaan. Di tahap inilah baru seseorang tu boleh dan bersedia untuk dibantu. Selagi dia masih di tahap yang sebelumnya selagi tu susah untuk dibantu sebab kemungkinan dalam hati ada perasaan tak boleh menerima, marah,dan sebagainya sehingga apapun yang dikatakan orang kepadanya tak mampu mengubah pendiriannya. Tetapi apabila pesakit sudah berada di tahap penerimaan. Pesakit mula sedar dan mengakui apa pun yang terjadi dan pesakit sendiri sedar dirinya perlu dibantu. Waktu inilah bantuan yang diberikan akan benar-benar berjalan. Dengan izin Allah juga. Kemungkinan akan ada perasan takut, malu dan sebagainya dan itulah antara yang perlu dibantu, kekuatan diri untuk bertindak dalam usaha mendapatkan rawatan. Mungkin ada perasaan diri terlalu hina. Kotor. Mungkin perasaan aku dah silap, aku tak mampu nak buat apa2 utk perbaiki keadaan tu yang menyelubungi, sekaligus membantutkan lagi usaha untuk pulih.

Setakat itu sahaja.

Apa yang aku nak perjuangkan disini adalah tahniah kepada yang diuji. Teruslah kuat dan bertahan. Allah bersama-sama anda. Mungkin tiada siapa tahu peritnya hidup anda. Tapi ketahuilah, anda akan menikmati manisnya. 
Anda berhak hidup bahagia. Anda tidak bersalah apa-apa. anda insan teristimewa. Bergembiralah dengan kesabaran anda. Dalam masa yang sama, kuatkan hati untuk membantu diri sendiri. Anda sangat berharga. 
Anda tahu? Mungkin di luar sana ada yang jauh lebih teruk nasibnya dari anda, tapi mereka tetap kuat. Sebab apa? sebab mereka yakin ArRahman itu ada. Aku tahu aku tak layak nak cakap apa-apa. Sebab bukan akupun yang di tempat anda. Tapi yakinilah, anda sangat mengkagumkan bagi aku.

Sekian.

Saturday, 8 March 2014

You can feel it and you cant lie.

It has been several years for our surviving love. Until now, still keeping it in secret, and pretending like nothing had happen among us. But deep inside the heart, only Allah know  how great our love toward each other. Yea, you can feel it and you can’t lie!. People, please pray for us. husband-and-wife –to-be. . Sob sob.

hai, bole berkenalan ta, plisss.
Oke tadi tu hayalan semata-mata. Hihiuuu *muka gedik. *mohon jangan muntah.

Takde takde. Aku tau aku nakal tapi sorry, jangan ada mana-mana lelaki mengharap apa-apa perasaan sedemikian  seperti cinta jiwang kasih sayang blabla pada aku dan aku pun tak mengharap pada mana-mana lelaki. 
if sebelum ni aku ade termengorat anda, atau terkenyit mata, atau terswiit anda atau terushar anda dari kejauhan, termerisik mahupun termeminang anda secara sedar atau tidak, terjadik fitnah untuk anda, terbagitau kat member2 bahawa aku chentakan anda, sampai mandi tak basah mahupun tidur tak lena atau makan tak kenyang ke hape bende, mohon jangan ulangi dan jangan biar ia berulang dan lupakanlah ia. sebab aku dan anda tidak ada apa-apa hubungan pun ye. Dan aku pun dalam proses membersihkan hati jiwa dan raga.  apa-apa perjanjian ke *kalau ada, maka ia terbatal. melainkan yang dipersetujuan oleh orang tua. Oke?

Dan apapun perhubungan kita seperti komen, chat, mesej, wassap dan seumpamanya adalah sekadar kawan dan tak lebih dari itu. Oke oke? Ok lepas ni aku akan lebih professional dalam berurusan dengan ajnabi. *muka penuh azam terpancar.ok. lepas ni aku tak nak gurau over sampai melibatkan perasaan ok. *sesal. 

Haha. Gurau lagi. *tapi serius 

Sebenarnya harini aku nak kupas sedikit sebanyak dengan statement aku kat fb.

You can feel it and you cant lie.  Well, having discussion with many people with variety way of thinking make me think out of the box. What am I going to point out here is,

You can feel it and you can’t lie.

Kita boleh rasa betapa bahagianya rasa bila dekat dengan Dia,
Kita boleh rasa betapa sakitnya jiwa bila jauh darI Dia
Kta boleh rasa betapa terseksanya jiwa bila melakukan sesuatu yang tak diredhaiNya.
Kta boleh rasa betapa letihnya akal bila asyik meragui kewujudan Dia
Kta boleh rasa betapa lelahnya jiwa bila tak habis-habis mewaswaskan keyakinan tentang Dia

Kta boleh rasa betapa kosongnya jiwa bila di dalam hati tiada Dia
Kta boleh rasa betapa betapa tiada arah tujunya kehidupan kita bila membelakangkan Dia
Kta boleh rasa betapa setiap detik peristiwa yang berlaku adalah dari Dia
Kta boleh rasa betapa kasih dan cintanya Dia pada kita, melebihi apapun. Dan segala apapun adalah tanda RahmatNya.
Dan kita tak pernah mampu menipu perasaan kita sendiri.

Yeah. It’s all bout love.  *aku tak tahu lagi nak jelaskan bagaimana. Moga2 Dia terima aku. Yang Maha Mengetahui zahir dan batinku. Allah.

*bila masa aku nakal? aku baik je sebenarnya. *sirius ni.
gambar sekadar hiasan. 

Wednesday, 5 March 2014

sekejapnya hati berubah.

assalam haiii. 
dah lama aku tak post apa-apa. tak tak, jangan risau. aku tak benci korang. jangan sedih k. dan mohon jangan penumbuk. heh. 

dalam mendepani hari sukan ini, aku dan rakan-rakan sempat menyibukkan diri dengan menjual sedikit sebanyak makanan jualan. cam tu haa. tetiba akal berputar kembali akan kisah berpuluh tahun yang lalu. jeng jeng jeng. boleh ke aku nak citer ni? tapi takpe, aku tetap nak cerita. 

masa tu aku 15. sweet je. sweet 15 haa. masatu aku jaga gerai jugak. jual air dan apekebende ntah lain. aku dan rakan-rakan mewakili gerai persatuan Sains. jelaslah di sini bahawa aku sangat banyak pengalaman berniaga. eh. tapi tu semua tak penting. 
perlu ke gambar ni? gedik ta gedik taa?? 

ni cerita sebenar. masa tu entahlaa, berbeza sekali dengan masa sekarang. 
teringat masa tu bergabung jualan dengan seniors yang lelaki. dan perempuan pun tak berapa ramai. so dah berniaga sesama kan banyak pulak lah cerita dikongsi kan. bak kata pepatah bertukar2 fikiran gituh. tapi takde lah harok sangat sampai bertepuk penampo kan. biase2 je. gurau2 sahabat gituh. *standard aa kan semua org akan meletakkan dirinya kat tempat "aku baik lagi dibandingkan orang lain". 

lepas habis niaga, balik rumah dengan bahagianya. nak dijadikkan cerita, malam tu aku sedih giles. entah kenapa, aku menangis bertalu-talu. eh. apa2 la. yang penting sedih sebak menyesal. dan bertaubat. ye la. aku rasa cam lagha giles haritu. berniaga sampai tak hengat tuhan. sibuk berurusan dengan manusia. memang sangat lalai la sebab tu aku insaf la. 

dahsyat kan. ke tak? bagi aku dahsyat la. sebab sekarang macam keras pulak hati aku, susah nak menangis walaupun hari-hari terisi dengan kelalaian yang melimpah ruah. balik niage kepenatan dan ketiduran. sebenarnya penat dengan apa? kelalaian. 

tazkirah punya tazkirah, ada la satu tazkirah ni, mana ntah aku dapat aku pun lupa.
kategori taubat ade 3
1) taubat dengan dosa zahir. =mencuri, tinggal solat, berzina dan sebagainya.
2) taubat dosa batin. =dengki, marah, benci menyampah mak nak. *orang tak tahu pun dia buat dosa tuu, tapi dia tetap memohon keampunan pada Allah.
3) taubat selaluu = lalai ingat Allah dll. Rasul tetap bertaubat walaupun maksum, selalu beristighfar dan perbanyak ibadat. cam tu haa. 

tanya diri : siapa di hati

apa yang aku perjuangkan sebenarnya? cinta. saranghae. hikhik. *mengapa mengurat?!