Friday, 28 February 2014

jum bebual

assalamualaikum

hai. selamat pagi. selamat hari jumaat.
hari ni xde ape sangat pun nak tulis. cuma nak share sikit lah. sebab orang kata sharing is caring is loving. tapi bukan bermaksud aku nak mengurat k. takde nak loving2 sangat lah k.

dia macam ni tau ceritanya.
selain Allah, kita yang mengenali siapa diri kita. kan kan? 
-ni saja je persoalan. kbai. fikir2kan sendiri k. 

beb.
teruk la aku ni. xbersemangat waja langsung. ah. asyik rasa malas je. kerja tak settle. jadual tak teratur. blaja tak betul. tugasan tak siap. mutabaah tak terjaga. mood tak baek. bablabla dan blabala. argh. tak melambangkan orang islam langsung ah. 

islam=salama=salim= selamat, sejahtera, tenang, tranquility, authentic, dan sebagainya. ceh. cakap je pandai aku ni nak terangkan maksud islam konon. nak terangkan orang pasal islam padahal aku pun tak cukup islam. tu pasal aku patut malu gile ngan muallaf, mencari islam mencari kebenaran mencari tuhan sendiri dan beriman dengan benar-benar iman, bukan islam sekadar ikutan lahir2 dah islam lepas tu takde usaha pun nak benar2 beriman. 

ok ape yang aku cuba perjuangkan sebenarnya? huh? huh? 

let's be optimis dear kmy. 
Allah pilih anda untuk menjadi penyampai kebenaran, menjadi insan yang tabah untuk mengajak orang lain mengenal Allah. mestila Allah sayang kat anda. takkan la Allah nak sia-siakan iman anda. ape laa anda ni. 

malas-malas sikit tu biase la. tapi takpe, as far as ko dah sedar sekarang ni, dah dah, jangan malas lagi k. hidup tak lame beb. usaha sikit je lagi nanti ko boleh mati dengan aman. ok? lepas tu ko boleh rehat puas2 dalam kubur k. 

cuba berfikir dengan mata hati. agak2 kalau syaitan ade tengah nak menghasut ko skang kan, apa agak2 yang dia nak hasut??

rehatlaa rehatlaaaa.. rilek laa tulis belog je laaa. 
cam tu haa. 

beb, manisnya cinta Allah, hanya insan terpilih je dapat. dan Allah beri pada yang mahu dan bersedia menerima. oke? jangan sia-siakan setiap detik dalam hidup anda. enjoy dan hargainya beb. 

kbai. aku nak bercinta supaya hati aku sentiasa sanggup apapun untuk Dia. 
assalamualaikum. 

Tuesday, 25 February 2014

puteri beradu waklu.

(Lepas subuh).. Ngantuk beb, nak tido kejap k.
Ok.

(Pagi2). Er, walaupun tengah kelas tapi aku serius ngantuk, nak tido kejaaap je backup aku der.
Ok

(Tengahari). Qailullah der
Ok

(petang2). Bosan ah. Xde keje . tido ah.
ok

( malam )Ouh dah lewat ni. I need rest
Ok

Zzz, kroih.
Ok.

Er, daripada macam ni selalu, apekata kau mati je,nanti kau boleh tido puas2.
Kuajo kuajo.

Anyway, bosannn.. ?? what is the purpose of life??

ingat comel sangat ke huh?


Zzz *terlelap lagi.

Kbai. 

Monday, 24 February 2014

keranamu makcik.

Assalamualaikum hai.
Harini agak memeritkan. Lantas bagi mengelakkan hidup aku sepanjang hari ni jadik tak keruan, aku rasa aku perlu menulis dengan sungguh bergaya bagi meneutralkan dan mempositifkan diri aku sendiri. Ouh aku selalu menjadi kebanggaan diri aku sebab aku mampu memulihkan diri aku sendiri di kala kemuraman melanda. Hahaha. Mohon jangan penumbuk, gurau sikit pun tak bleh ke.

Ok macam ni beb.
Aku rasa kecewa bak wanita yang sedang putus cinta. Apa yang aku perjuangkan selama ni seolah menemui kegagalan. Aku waklek je macam xde apa apa berlaku walhal di hati hanya allah je tahu betapa kecewanya hati aku.

Tapi takpe. Bagi orang yang positif lagi optimis bahkan cantik bergaya, aku kira amatlah tidak wajar untuk memoodykan diri dengan perkara picisan sebegini. Sebab hidup aku sangatlah berharga berbanding memikirkan perkara entah apa-apa tersebut.

Ok hai korang semua. Harini aku nak bercerita pasal seorang makcik ni.

gambar sekadar hiasan.
ampun beb kalau ini makcik engko
Dia macam ni tau citernye. Ade seorang makcik ni aku lihat dia Cuma macam makcik biasa-biasa. Ala macam makcik biasa la ko tak ade makcik ke tu pun susah nak faham.  Tak ada apa yang istimewa bahkan dia bukanlah makcik idaman yang aku rasa nak jadikan calon mak mertua. Eh.

Cerita sebenar bermula begini. Masa tu aku muda-muda lagi. Zaman kegemilangan la kononnya. Aku menjalani beberapa program. Entah bagaimana takdir allah kan kan, dengan tidak semena-mena makcik tersebut pun terlibat dengan program yang aku terlibat itu. Ade ke patut, ini program untuk muda-mudi lahhh, kataku dalam hati.

Makin aku kenal dan beramah-mesra dengan makcik tersebut. Makin banyak perkara yang aku tahu pasal diri beliau. Dan peh, makin banyak perkara yang membuatkan aku bangga dengan beliau. Atau dengan kata lainnya ‘fuyyo superb gile woi makcik ni’.

Bila aku kaji latar belakang beliau *ceh kaji gituh. Baru aku tahu rupaya beliau adelah makcik yang melalui pancaroba idup yang banyak dan agak mengkagumkan la sebab kalau aku kat tempat makcik tersebut entah apa yang aku akan jadik. Mungkin aku akan jadi wanita kebal yang menjalani hidup dengan membelasah orang tiga hari sekali. Atau mungkin aku akan meringkuk dalam penjara sebab  xde skill nak merompak kedai emas dengan baik, atau mungkin jugak aku akan berada di hospital sakit gila dengan sebuah anak patung sebagai konon-konon seorang adorable baby.

Dah dah. Aku tak mahu menceritakan keadaan makcik tersebut sebab nanti akan ada orang boleh tahu siapa makcik tersebut. Cuma, see, Nampak x betapa aku menghayati watak dan sangat meletakkan diri kat situasi seseorang. Hebat kan, aku. belog aku sukahatila.

Arakian program yang kami jalani tu pulak melibatkan beberapa hari menyebabkan aku terpaksa sama-sama dengan makcik tersebut walaupun di arena keberaduan. Eh. Tapi bila aku terjaga tengah-tengah pagi kul 3 tu, makcik tersbut hilang dari pandangan. Di manakah makcik? Tanyaku separa mamai kepada diri sendiri. Lantas aku tidur semula. Tidak lama kemudian jam 4 pulak lebih sikit aku terjaga lagi, sekali lagi ketiadaan makcik menjadi tanda Tanya buat aku namun aku biarkan saja perasaan tersebut berlalu pergi lantas aku tidur kembali.

Sampai la jam 5 lebih gitu, barulah keterjagaan memampukan aku untuk terus bangun. Lantas aku pun blah dari tempat tidur tu untuk buatla apa-apa yang patut takkan semua bende nak bagitahu kan.

Arakian ternampaklah aku akan makcik tersebut. Peh, solat malam rupanya. Makcik tengah berdiri, melihatkan mimic mukanya menyebabkan aku yakin dan pasti makcik sangat khusyuk solat di tikar sejadah warna apantah itu. Fuyyo. Gila betul makcik ni. Dah la tua, solat malam x macam awal pulak kan. Entah berapa kali solat entah. Lepas tu mengaji pulak bermuka-muka surat.aku dah siap solat pun dia tak siap-siap lagi . peh beb. Sedikit sebanyak malu jugak kan tapi aku watlek je jugak macam xde apa berlaku.

Kesimpulannya di sini. Patutlah makcik tersebut hebat je beb. Kuat dan cekal walaupun hidup banyak pancaroba. Dapat kekuatan melalui munajat rupanya. Muka rilek selalu. Ok. Jum banyakkan munajat pada allah, dekatkan diri pada allah ditengah malam. Sujud dan rukuk banyak2, mudah-mudahan Allah iringi segala tidak-tanduk kita di hari yang sukar dan di saat dunia menghempap kita. Ye korang. Ayuhlah insaf.

peh. lepas tulis pasal makcik tersebut aku dah jadik positif dan berasa sangat cantik sekarang. 

Kbai.   

Wednesday, 19 February 2014

Allah pilih.

assalam you alls. hai.

harini dan kebelakagan ni sangat banyak bende tak bley blah. 
haritu aku hantar member berubat kat darussyifa. aku dok nengok je dari tepi aku plak yang kene tempias di kala ustaz tu baca ayat2 quran. dengan tak semena-mena aku rasa sakit bahu, menggigil dan mengalir air mata dengan derasnya. di kala waktu beberapa hari itu jugak aku asyik rasa nak marah orang je walaupun hakikatnya orang buat salah sekecik-kecik kesalahan pun aku rasa macam isu besar. di kala itu jugak aku asyik mimpi pelik dan di tempat kotor dan tidak menyeronokkan lagi meletihkan. di kala itu jugak aku terasa amat malas giles nak mengaji mahupun solat fardhu. haa tang ni aku dah rasa sangat tak enak. 

memang tugas makhluk demikian nak memesongkan anak adam. aku kene kuat bertahan beb. 

tu laa amalan tak haibat, semangat tak kuat, doa tak banyak. 
hampir aku tumpas beb. 

takpe. aku kuat lagi gigih bertahan. aku nak berdoa dan beramal dan mendekatkan diri kepada Allah. sesungguhnya Allah sebaik-baik pelindung. doakanla aku kuat k beb. 

fullamak. memang osem ah korang doakan aku. aku tengah menagih kekuatan dengan menulis ni. ingat apa, Allah wali orang-orang beriman k. makhluk tak boleh buat apa-apa melainkan dengan keizinan Allah. dan apapun ujian yang Allah berikan adalah tanda rahmat dan kasihsayangNya jua.

aku redha dan aku seorang yang gigih perkasa menghadapi apapun. Insya Allah. amin. 
kbai. 

Monday, 17 February 2014

mustarih beb.

Assalamualaikum. Hey wassap.

Dia macam ni tau citernye. Pada suatu hari yang indah, awan putih menghiasi dada langit yang membiru, burung-burung terbang riang ria sambil berkicauan, ditiup angin sepoi sepoi bahasa. Aku memandu Adiyat dengan penuh bergaya,buat pengetahuan, Adiyat adalah nama savvy hitam yang aku bawak tu. Adiyat sangat besar jasanya untuk dakwah. Andai kata ada makhluk tidak bernyawa boleh masuk syurga, aku yakin Adiyat adalah ahlinya. Nampak tak besarnya jasa Adiyat untuk dakwah?

Ok berbalik kepada citer tadi, aku telah memasang radio sebagai halwa telinga. Aku mendengar dengan penuh gembira akan apa yang diperjuangkan oleh pembicara melalui corong radio itu. Selalu aku akan pasang radio yang berbahasa Inggeris. Walaupun banyak yang tak aku fahami berbanding yang aku fahami, tapi aku rasa lebih bergaya pulak bila dengar bahasa tu? Apesal macam tu haa?

Tapi takpe, aku nak sambung apa yang aku cerita. hari tu tak sama seperti kebiasaan, aku kebetulan terpasang radio ikim. Aku tak minat sangat radio ikim sebab banyak iklan apekebende ntah *produk bagus tapi mana la aku ada duit nak beli so buang masa aku dengar iklan. Dan lagulagu dia pulak pun bukanlah lagu yang aku minat. Tapi waktu tu terbaek la sebab alang2 pasang ikim ade pulak slot ceramah seorang pacik ni.
Aku tak pasti siapa pakcik tersebut tapi ceramah dia memang not bad la. *kedekut pujian, maksud aku ceramah dia memang terbaek la terkesan hati guwa beb. So dengan begitu teruja dan penuh perasaan bekobar-kobar aku nak share la apa kefahaman aku berdasarkan ceramah slot ikim yang aku dengari pada hari itu. 

Alkisahnya masa itu pacik tersebut bercerita tentang keadaan mati. Ada dua kategori, satu mustarih, satu lagi mustarah minhu. Ha, Nampak tak betapa haibatnya aku berbahasa arab. *eh ter riak pulak.

Macam ni citernya, mustarih itu bermaksud yang berehat. Maksudnya kematian itu menjadi sebuah kerehatan untuknya. Kalau dipanggil rehat mestilah sebelumnya berbuat sesuatu kerja atau berpenat-penatan, betul x? mohon jangan pangkah. So aku berpendapat, hidup ini ayuhlah kita berpenat-penatan dan bekerja habis-habisan hingga nantinya mati kita sebagai sebuah kerehatan yang sungguh merehatkan. So, nak berehat bukan sekarang, sekarang untuk berpenat habis-habisan nanti boleh berehat puaspuas. Faham ke faham? Aku harap ko faham sebab xkuasa aku nak ulang ingat aku tak de keje lain hape?

orang rehat dengan solat, huh? 
Ok seterusnya adalah mustarah minhu. Haa yang ni bermaksud kerehatan orang lain daripada si pemati. Maksud dia cenggini beb, seseorang mati, lepastu orang lain berasa lega, rehat, lapang dengan kematian seseorang tu. Contohnya dia seorang yang merunsingkan kepala hotak orang lain dengan kegiatan dosa seperti pencuri ke penfitnah ke dan sebagainya maka bila dia mati orang lain berehat dari kejahatannya. Nauzubillah beb.


So kalau diberi pilihan, ayuhlah kita berusaha menjadi mustarih, bukan mustarah minhu. Insya allah. macam osem gituh. Ok baiklah anda sekalian, Sampai sini je la nampaknya aku boleh share kat ko. Sebab baru dengar sikit dah sampai ke destinasi, maka akupun tutupla radio tersebut. K tuje. 

tata assalamualaikum.

Saturday, 8 February 2014

bergeligeli.

assalamualaikum. 
hai.

semoge berbahagia. 
tadi aku keluar jap. tak gi mana cuma amek barang je kat kete. tak tak, aku dah tak rempit2 lagi dah. eh. 
anyway, biase malam-malam sepi je kan kan. sunyi. gelap. dan sebagainya. urgh, perluka bagitau semua bende. menjengkelkan la kau ni. diam je la. 

tapi kali ni tak. keadaan tak sesepi selalu. cewah. macam selalu je aku kat sini. suasana riuh rendah sedikit malam ini. aku nampak ade beberapa pasangan couple sedang mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. sambil bergurau dan tertawa ria selain saling bergambar bersama-sama alolo suwit. yang perempuan tu cute gak la. free hair pakai baju pink lepas tu ade reben kat kepala dia. macam gugurl gitew. yang lelaki pakai baju petak2. romeo gituw. sambil isap rokok. selebihnya aku tak tahu sebab aku takpandai sangat skodeng orang ni. aku sebenarnya dah insaf buat keje2 camni. tapi kali ni ternampak pulak nak buat guane. 

aku syak mereka taklah mensyaki bahawa aku menskodeng mereka. hal ini kerana aku telah berlakon dengan sangat gigihnya seperti seorang yang sangat fokus mengambil barang dalam kereta sambil menyembur ridsect beberapa das kat kereta lantaran aku mula menyedari adanya seekor cicak cuba mencerobohi kereta aku. eh kenapa aku citer semua ni.

berbalik kepada cerita asal, aku sengaja membuat bunyi yang bising di situ seperti menutup pintu kereta dengan kuatnya, membuka bonet dan menggodeh2 apa yang ada di dalam bonet tersebut, dan macam-macam lagi namun nampaknya mereka yang sedang bergembira itu langsung tidak mengendahkan kehadiranku. 

cerita berakhir di situ dan aku pun pulang ke tempat asal dengan perasaan runsing dan terfikir 'kenapa aku tak mampu buat apa-apa'. 

apalah, aku atau mereka yang salah?? er, kita orang islam kan kan? dalam islam Allah ada ajar cara bergaul antara lelaki dan perempuan kan kan. 

okbai itu je nak citer. aku rasa loserlaa. agak-agak, kalau kau adalah mereka, cara teguran macamana yang kau akan terima? 

 jangan jadi macam pelacur jantan dan betina. 
 ( ni contoh teguran satu member tu )

Friday, 7 February 2014

Daripada layan candy crush baik aku baca bible.

Assalamualaikum hai.

Setelah dibincangkan dengan lebih terperinci, dapatlah disimpulkan bahawa kudrat dan tenaga yang berbaki di dalam diri ini haruslah disalurkan ke jalan luar dari konteks biasa. Kalau selama ini focus aku adalah pada yang muslim, tidak kali ini.

Aku harus lebih tegar dan bergaya untuk menyantuni yang bukan islam. Bahkan kalau mampu aku nak belajar dan tahu segalanya tentang agama lain.

Bak kata pepatah, tidak wajar seorang anak tidak kenal siapa ibu bapa sebenar. Begitulah seorang hamba, tidak wajar kehidupannya tanpa mengenal tuhan sebenar.
Ok apa aku cuba perjuangkan sebenarnya??

Jangan risau, aku beriman dengan tuhan yang yang aku imani sejak aku belajar bagaimana untuk beriman. Cuma aku mahu melihat dari skop lebih besar tentang siapa tuhan sebenarnya.

Ok, macam ni ceritanya.

Aku mahu memahami dan menelusuri perasaan berimannya manusia lain yang mengimani selain yang aku imani. Bukan untuk aku imani apa yang mereka imankan, tapi untuk menguatkan iman aku akan apa yang aku imani. Bahkan menghaqqkan kebatilan tentang hakikat keimanan yang manusia iman-imankan.
Manakan sama agama warisan dengan agama yang dicari kan?

Dan matlamat jangka pendek aku sekarang, nak cari yang mahu bersama-sama aku. inshaAllah. Doakan aku. 
siapa nak join angkat tangan kanan say i !
Ada kee orang nak join? Kan masalah transport adelah masalah yang tersangatla besar dan takbley nak diatasi sekarang nihhh. Urgh! Ok ni ‘sirius’
Mari mencari tuhan =)
Kbai.



Tuesday, 4 February 2014

bukan nak blagak tapi aku memang baik pun.

Assalamualaikum.
apa sebenarnya ketenangan? 
Hai semua. Alhamdulillah segala puji bagi allah untuk segala apa pun yang dianugerahkanNya tiada yang lain harus kuserahkan jiwa dan raga melainkan kepadaNya jua.Hari ni adelah hari paling bahagia dalam dunia. Yea. Memang benarlah kata-kata Allah, hanya dengan mengingatiNya hati akan menjadi tenang.

Bangun pagi-pagi dalam kedinginan penghujung malam meyempatkan aku untuk solat taubat dan bertahajud. Waktu paling bahagia sepanjang hayat dan aku boleh menangis melestarikan sepenuh kerinduan. Aku jamin tiada apa paling aku rindukan bila aku mati melainkan rindunya perasaan paling hampir dengan Dia, tuhan pemilik angkasa raya.

Hari ni aku solat taubat, tahajud dan witir. Solat tahajud Alhamdulillah dapat buat 8 rokaat. Sempatlah aku habiskan separuh juz alquran dalam solat. Syukur sangat. Moga-moga hafalan kembali tertaut bukan sekadar di akal tapi juga di hati. Seusai solat, aku mentadabur pulak surah yang aku baca tadi. Sekali lagi mengalir deras air mata bila kusedari interaksi Dia sentiasa ada. Allahku, rindunya aku. banyak benar kekuatan dan ketenangan yang mengalir dari tiap bait ayatMu.

Bagi menanti azan subuh aku sempat melelapkan mata seketika. Ouh. Rindunya kalau Rasulullah hadir dalam mimpi aku. aku sangat rindukan Baginda. meski belum tiba lagi masanya aku terpanggil menjadi tamu haji atau umrah, biar saja aku ketemu denganmu ya Rasulullah dalam mimpiku. Tentu itu mimpi paling membahagiakan. Tidakapa. aku akan terus menginginkan. Kerna aku yakin tuhan pasti kabulkan.

Tersedar aku apabila laungan azan subuh berkumandang. Sayup. Aduh. Ada satu perasaan mengalir dalam diri yang aku tak tahu bagaimana hendak terjemahkan. Yang pasti, aku cinta perasaan ini. Sebak lagi. Aku segera memperbaharui wudhu’. Dan mendirikan solat qobliah subuh. Tenangnya. Dan aku berdoa. Bilakah akanku ketemu denganMu tuhan?? Rindu.

Aku turun mengharung kedinginan subuh. Gelap. Tapi tenang. Nyaman. Aku menapak menuruni anak tangga dan berjalan satu-satu menuju masjid. Tiada Jemaah wanita lain. Tak apa. Aku tak kisah. Asal aku bahagia dengan tuhanku. Dalam solat, imam membacakan surah yang paling kucinta.

"Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhamu dengan hati yang puas lagi diridhaiNya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu. Masuklah ke dalam surgaKu"
(QS Al-Fajr :27-30).

Urgh. Kerinduan ini memeritkan hatiku. Bilakah masanya roh aku bisa terbang. Laksana burung yang terbang dari sangkar.

Alhamdulillah. Usai solat, aku teruskan tadarus. selesai satu juz untuk hari ini. Kemudian ku teruskan dengan bacaan mathurat. Lestari rindu dengan doa mathur oleh baginda yang kurindu.

Kemudian, akupun baliklah ke bilik dan meneruskan tugasku. Banyak perlu aku pelajari untuk meningkatkan tsaqafah dan kefahamanku. Sebab memang tugasku. Aku ingin menjadi doctor ummat. Maka banyak yang perlu aku tingkatkan dan perbaharui dalam diri aku.

Dah aku taktahu nak tulis apa lagi. Semua tadi tu tak terjadik pun. Sekadar hayalan semata-mata. Life aku makin teruk sekarang ni. Aku banyak lalai dari ingat allah dan aku banyak sangat terpesona dengan kehidupan donia. Mohon doakan aku. Tadi tu doa semata-mata. Magnet doa gitu. HAHAHA. Doakan aku jadi solehah. Amin. Kbai.

Tetiba adik aku post kat fb

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Surah hadid ayat 20.

Peh. Sentap guwa beb.
cam kene penumbuk gituh
Kuajo betul adik belasah kakak. Adoi. Tapi takpe. Aku suka.

K tuje.Assalam.


Monday, 3 February 2014

di malam hari.

assalamualaikum. 
hai you all.aku nak citer pasal satu kejadian di suatu malam ni tapi biar aku citer intro dulu sukati aku la.

dia macam ni tau citernye. pada suatu ketika haritu, aku dan keluarga telah menghabiskan cuti Raya Tahun Baru Cina di samping meraikan walimah sepupu aku yang kini aku kehilangannya sebab dia telah bahagia bersama suami tercinta. eh. 

Photo: Selamat Pengantin Baru kak Hidayah Naim dan pasangan :)
semoga bahagia sampai sorga. 

CNY kami diisi dengan percutian ke kota tinggi, nama tempat kami menginap tu adelah Jason Bay beach resort. osem gak la sebab sejak dah tua-tua ni memang susah sikit kami sekeluarga nak berkumpul semua orang ada.selalu mesti ade sorang atau dua xde. so cuti kali ni memang rasa lebih osem dan bergaya. kami telah bermandi manda dengan bahagianya di persisiran pantai sebelum tercetusnya satu peribahasa baru, alang-alang mandi laut, biar sampai muka geseng. 
alang-alang ikut tarbiyyah, biar sampai jadik solehah.  gitew. eh tetiba.
dua2 adik aku. bercinta pulak diorang ni. 
kesian tukang amek gambar xde. 
berbalik kepada cerita sebab dah lama sangat aku rasa aku tak bercerita. malam tu kami lapar lantas segera keluar dari kawasan tu dan mencari-cari gerai makan yang macam best. beberapa gerai yang awal tu kami nak singgah tapi tak jadi sebab kekangan parkir dan macam-macam lagi. lantas satu gerai yang lapang xde orang datang lagi menjadi pilihan kami. nak dijadikan cerita kan, kat kedai tu Ade satu kawasan untuk karaoke. fuyyo aku memang suka nyanyi2 ni. 

tapi memula kami datang dan order makanan yang nak ditelan, xde sebarang lagu dimainkan.manakala semasa menunggu makanan yang dipesan sampai sambil memujuk perut supaya terus bersabar, kedengaran lagu zikir munajat dimainkan. peh osem ah. memang respek guwa. sejuk perut aku dengo dan aku yakin semua orang pun mesti mendoakan diorang bahagia donia akhirat.

rupanya itu hanya beberapa lagu pertama. semasa makanan sampai dan ketika kami cuba menikmati makanan dengan sungguh asyik, dengan tidak semena-mena lagu yang dimainkan bertukar kepada lagu dangdut. peh. bukan tu aje. nak dijadikan cerita aku dah la duduk menghadap ke kawasan karaoke tu kan. lepas tu boleh pulak pasang lagu dangdut dengan tayangan sorang pompuan seksi tengah joget. er. what the. 

ape yang aku cube perjuangkan sebenarnya? 
HAHA 
HAHAHA
kenapa orang lain boleh rilek macam xde pape berlaku huh huh?? aku pneng ah. 

im just thinking, what kind of society am i living? huh?? huhh??
kbai. 
mudah-mudahan aku dan orang yang berkaitan tayang bende alah tu bertaubat dengan sebenar2 taubat. amin. 
and i am thinking.. ape sebenarnya yang dimaksudkan mencegah dengan hati itu selemah-lemah iman?

Sunday, 2 February 2014

rindu yang terindu

Mengintai rindu.
Adakah masih ada ?
Bahkan jika ya Jauh tenggelam dalam kolam jiwa.
Mekar ataukah layukah pohon asmara
Tentu suram tak berbaja
Layu tanpa siraman iman dan taqwa
 Mengintai-intai rindu
Pada keagungan dan kemegahanNya
Terbanglah luput duka dan luka
Lalu tersemai sebenar-benar cinta
Bahkan yang lama,
Terasa sekelip mata
Lantaran indahnya, terbias.
Dalam teduhan perdu pohon rindu.
 Mengintai lagi, rindu
Pada sosok tercinta.
Tiada di hadapan mata
Di hati selalu terkenang
Bila kan ketemu
Hanya air mata dan salam ucapan kasih
Padamu dan kemuliaanmu.
Keperibadianmu. Keindahan pekertimu
Hanya termampu aku berpaut pada janji kekasih.
 Mengintai,
Berterbangan bebaslah rindu
Pancarkan cahaya sinaranmu
Memenuhi kolam jiwa.
Bahkan terpancar ke mana-mana
 Izinkan aku, tuhanku,
Untuk terus merindu.