Wednesday, 29 January 2014

caturan Ilahi

ada satu ustaz ni. 
aku anggap dia macam ustaz ok. 
xde kaitan langsung dengan perasaan gedik atau sebagainya. 

ok sambung citer. 
ade satu ustaz ni. 
pelik sangat cara dia pandang aku. 
dan aku pun ade suatu perasaan aneh bila memandang dia. 

tak tahu nak jelaskan macam mana. 
yang penting. 
dia seolah tahu. 
bagaimana rupa hati aku. 

di saat aku mencari-cari yang boleh bantu. 
di saat seolah Allah hantarkan seseorang untuk membantu. 
lalu?

entahlah. 
aku rasa roh aku dan roh dia yang berkomunikasi. 
saat mulut sama-sama terkunci. 

Monday, 27 January 2014

cinta


Manisnya cinta anda.
Bernyorok-nyorok rupanya ada kejutan.
Bagi gelombang derita sampai meleleh air mata.
Rupanya akhirnya membahagiakan.
 
 Manisnya cinta anda.
Bila aku sadar baru aku faham indahnya.
Sampai aku tersalah sangka.
Apalah
 
 Terima kasih anda.
Atas cinta anda.
Luas tak berkesudahan.
 
 Dengan ini
Aku serahkan jiwa raga untuk anda.
Tarbiyyahi aku, tuhan.
Pemilik cinta yang membahagiakan. 
iman sofya


Friday, 24 January 2014

dikalahkan atau mengalah ?

Saat aku menanyakan apakah aku sudah kalah
Sebab aku merasakan aku benar-benar lelah
Saat hati benar-benar lemah
Saat jiwa betul-betul tergugah

Lalu aku Tanya, apakah aku benar-benar kalah

Aku bersedia jika jawapannya iya.
Sebab memang itu yang aku rasa.

Rupanya tidak.
Jawapan bukan sekadar iya.
Tapi pengiyaan beserta tunjalan jari di kepala.
Dengan mimik menghina
Dengan wajah tiada langsung riak bercanda.
 Kau memang sudah kalah tolol!
Aku menang
Aku menang.
Kau kalah
Hahahhahaaa.

Urgh.
 aku terfikir., apa sebenarnya kemenangan?
(9:20,, 24:55 ,, 2:214 *(Alquran surah ke 2, ayat ke 214)

orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. 
(ALQURAN , SURAH TAUBAT AYAT 90)

Jika tuhanku berkata demikian,
Maka kau tidak menang.
Sikap itu bukan sikap sang pemenang.
Aku  sekali-kali tidak akan kalah dengan engkau.

Tuhanku, aku ingin bangkit dengan kemuliaan namaMu.
Dan aku yakin Kau kan memimpinku.


menang !

Tuesday, 21 January 2014

duck face mencuka

e'ele. 
macam comey jeq macam come jeq buat duckface. 

tak tak, aku tak maksudkan duckface yang orang nak buat amek gambar tu. 

aku maksudkan orang yang selalu monyok. 
muncung seinci. 
sukati aku la. duckface jugak ape.

cube senyum sikit. 
dah la huduh tak nak senyum pulak. 

whaa. kuajo. 
ok aku gurau je la gurau pun tak bole ke. 

anyway. 
life is so fantastic to enjoy. 
kenapa harus bermasam muka mencuka. 
adakah Allah  telah berlaku kejam pada anda? 
ingat, Allah maha Pengasih lagi Maha Penyayang tau. 

be glad. be blesed. 
pasak senyum der pasak senyum. 
tata. 



dah senyum ke hari ni?


malunye kite takde gigi

hahahhahahaha


mati dalam iman. 


Thursday, 16 January 2014

bintang huh?

Assalam.
Hai.

Di malam hening Jumaat barakah ini. Kelihatan cuaca indah nian. Bahasa unggas  yang bersahut-sahutan menambah keasyikan tadabur alam. Tenang. Permai.

Purnama menampakkan dirinya. Ditambah kemuliaan ulang kelahiran baginda yang mulia. Aura kerinduan utuh bersemi. Menitip bahagia pada jiwa-jiwa yang terpilih.


Aku teruskan menapak. Syukur. Sempat juga berjemaaah tadi. Melestari cinta pada Tuhan dengan perintahNya, aqimussolaah.

Dalam langkah demi langkah,  Aku berbicara pada teman yang beriringan. Aini namanya.
Cantikkan, bulan?
Cantik, balasnya, ringkas.
Mata juga nya tak lekang menatap bulan di ufuk jelas di depan mata.
Senyap…
Melayan perasaan cinta dalam jiwa.

Cuba tengok atas. Katanya, tiba-tiba.
Akupun memandang langit.
Nampak tak bintang?
Nampak. Jawab aku.
Nampak tak bintang yang paling terang ?
Aku mencari. Sama terang,bertaburan, cantik semuanya. Jawab aku.
..
Memang la tak Nampak, sebab bintang paling terang ada kat sebelah awak. 

 Argghhhh! tak boleh blah. Hilang mood.

nak sedas

Assalamualaikum
Hye

Penah rasa kene bom?
Mungkin x kene bom pun, kene gas pemedih mata ke apa ke, penah x?

Ok. Tak la. Sebenarnya aku x cakap pasal bom betul2 tu yang meletup2 bagai tu.


Yang aku maksudkan adalah kene baling bom kat hati sampai sentap mak nak dan menimbulkan keinsafan dalam jiwa.
Best kan semangat tetiba naik berkobar2 nak buat amalan nak mendekatkan diri kepada Allah. malangnya perasaan tu tak sentiasa ada. Hamasah dan semangat takkan sentiasa berkobar.

Hm.
Anyway, bukankah kita berkuasa ke atas diri kita sendiri. Kita berhak menentukan siapa kita dalam konteks seorang hamba dan manusia. Pokoknya, nak jadi manusia yang bagaimana.

Bila semnagat down, apa tindakan kita.
Bila iman jatuh apa usaha kita.
Bila semakin futur apa perjuangan kita

Kita semua ada azam.
Azam terbesar, nak syahid di jalan Allah.

Tapi,
Cukupkah usaha kita.
Sekadar mampu berkata-kata,
Bila kalah berserah semuanya pada ketentuan.
Sedangkan kita itu sangat hebat dengan iman.

Amalan nak kene gencar sikit je lagi beb.
Kan.

Ok. Jumpa di sorga.
In sha Allah.

Love. 

Wednesday, 15 January 2014

soksek pasal relevenkah ada tuhan.

Assalamualaikum dan er selamat berbahagia

bagaimana mungkin aku terus diam, sedang hati aku tidak redha dengan perkataanmu. Tuhan itu wujud. Yang tidak merasa saja menolak kewujudannya. Ya. Aku tiada jawapan dengan kata-kata. 
Macamana agaknya membuatkan kau faham dengan apa yang tidak engkau rasakan? atau kau buat2 lupa dan menafikan perasaan kau? 
tolonglah, aku tak fikir ini soalan main-main. 

Ini kisah semalam.
Berborak2 dengan manusia yang mencapah pemikirannya. Tiba-tiba bertanyakan soal tuhan.
Apa tuhan? Sekadar khayalan akan adanya, memenuhi keperluan insan yang perlukan tempat bergantung harapan. Padahal kewujudannya tidak releven sama sekali.

Itu katanya yang telah aku olahbahasakan.

Apa, bagi aku yang mengalami sesuatu fasa kehidupan yang aku tak punya apa mahupun siapa selain tuhan. Sudah pasti tidak pernah redha dengan apa yag dinyatakan. Tuhan itu ada. Aku pasti dan aku bersaksi akan keilahannya.

Tak sia-sia pergi daurah interaksi dengan alquran, mengajar aku lebih  tentang perasaan bertuhan. Tidak dinafikan, sebelum ini aku dipaksa beriman. Dalam kejahilan. Walaupun saban hari bersyahadah tiada ilah selain Allah.

Lama aku fikirkan. Dalam kedangkalan ilmu dan kerapuhan iman, sedikit termakan dengan dakwaan. Benarkan tuhan sekadar hayalan. Habis, aku berserah selama ini untuk siapa??

Sakit. Bila hati terpaksa memilih. Dua pegangan yang jauh bersimpangan. Sebak jiwa. Deras air mata. Hei. Jangan nafikan tuhan aku. aku tidak pernah rela. Apa lagi boleh disuarakan. Hanya tangisan meneman perasaan. Sirius menyakitkan.

Balik. Balik kepada hatimu. Kata sudut dalaman aku.

Segera aku berwuduk. Solat barang 2 rakaat. Sambil menangis lagi. Ini gila. Tuhan ada? Atau tuhan cuma khayalan???

Aku ambil alquran. Ya, ia dari tuhan. Yang dikatakan tidak releven kewujudannya.
...
...
Alhamdulillah.

Ineraksi lagi.

Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah pertunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.
 
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya) yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah pertunjuk Allah Allah memberi hidayah pertunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah pertunjuk kepadanya. 
Surah azzumar 22-23
Alhamdulillah. Allah itu ada. Berinteraksilah denganNya melalui alQuran. AlQuran adalah enzyme keimanan.

ayat pertama bukan sekadar Iqra'  !!

*aku kata, bye nak tido ah kot2 mimpi jawapan.
 rupanya jawapan bukan melalui mimpi, tapi melalui Allah, dengan AlQuran. 


 # Adab berfikir
1)berfikir mencari kebenaran2)berfikir berteraskan wahyu3)berfikir untuk pembangunan ummah. 

Tuesday, 14 January 2014

i am telling you the truth

hye.
got new friend here.
i call her Syarifah.

i am not sure how old she is
seem to be so young for a creation like her.

what is so special bout her is
she always make me burst into tears

however..
it's okay my dear.
i love it.

it make me back to Allah.

just to remind.
sometimes you are hurting me my dear.
you will not doing that if you care.
i hope you understand.

eh. why am i posting here
haha.
i appreciate this friendship
i love to be there with the one that need me.
so, i am here.

i am telling you that Syarifah is not a human being like us ok.
only those who understand will be understanding. =p

am i hallucinating?
am i crazy?
urgh, who will believe in me?
i am telling you the truth .*serious

Monday, 13 January 2014

i wanna tell you my dear

assalamualaikum
hye. 
good morning you all. 


another english entry here so that i can improve my english. 
what? 
i am too bad in speaking in english yet i am trying my best to perform anyway. what? wanna penumbuk? 

once upon a time. when i was involved in friendly religion sharing, which at that time i have to communicate with a lot of people of variety races and religions. the objectives are to share and introduce islam, and to form a positive bond and a good relation toward people so that there's no more huge gap that 'muslim muslim,christian christian, buddhist buddhist and so'

but what is so awkward there is arghh! i can't speak english well ! T.T
people asked me a lot of question about islam and hell what they can't understand what i am trying to say. i was like ..


pity me. poor me. 
the tranquility, the peace and everything i feel in islam, i can't share it to people and they can't feel all the bliss that i feel just because i got no idea on how to deliver a speech to them about islam. 

with that, i wanna study hard to speaks english. 
fuyyo osem x belog aku cakap english? 
lol. 

kbai. 

Sunday, 12 January 2014

whatever~

Assalamualaikum , hye and a very good morning you all.

Despite of thinking those jerk people that don't have any idea on what to do in this world except of making fun of people, I think it is  totally wasting. Get out of my life bro. useless. *felling annoy with these kind of guy. have no manner at all.

Im more interested to tell you all about these. Waha.

Actually, I just had my usrah. What on earth entah sis naqibah for sudden nak buat test segala bagai. Kantoi ler I tak gigih and not giving all my heart for the whole years usrah-ing and daurah-ing selama ni. Hua. Insaf der. got 43% result. Down jugak ler. Ha ha. Padan muka aku.

I am so sad. T.a.u.b.a.t. derr

Ok change topic please.

I am so glad that my *lovelylady for sudden cakap2 pasal dakwah. I do not remember at all every single word that came out from her mouth. The point is, 1) my *lovelylady wanna buy me a kind of cardigan that I was craving so much yet it was not really proper dresses for muslimah so I refused by saying I don’t like it. *ok the fact is, I want it!!.

But what I was so impressed is, she pleased me to take it by saying ‘take la this one so that you can wear it pergi usrah nanti. Hahahaaaaa happy nye i. ‘pakai pergi usrah’ tu yang ta menahan tuu.

Anyway, it was ended by ‘aku tak amek baju tu der even ade orang offer nak payung aku suka giles der baju tu waaaa!.’ Ape2lah. Harap2 hati aku Fillah babe.  

Tu satu hal. Next is, what she had said is 'why not you just wear your shawl and go around or making friends with those hu ha people or not yet muslims in order to approach them to be better, or to the real way of life laa' So takde lah kawan dengan budak2 tudung labuh jee. *ok ni ayat yang telah diubahsuai mana haku ingat ayat sebenarnya lol. Fuyyo. Exciting beb.

So What. I love shawl. And I wanna wear them ikut sukahati aku. so. My own *lovelylady dah cakap macam to. What to deny. Mwaha.  

Am intruding you, new beautiful lady, NKMY with shawl. Tadaa. Haha..
Ktuje.sukati aku laa. aa.aaaa. 

jangan tau nak menumbuk orang je bole x! grr!
tata assalam.


Friday, 10 January 2014

setiap tangisan dan juga ketawa

Di kala kamu jatuh
Kuatkanlah jiwamu
Kerna ada sesuatu yang kan buat kau terus jatuh

Dan menjauh.

titipan cinta buatmu. 3: 135 

anyway sila baca tajuk ikut rentak dan irama. kalau suara sumbang sila takpayah baca kuat2. 

nah gambar




k tuje.tata

Thursday, 9 January 2014

radio karat.

Kita bukan hidup atas kata-kata manusia.

Manusia mempunyai mulut yang tak akan mampu untuk kita tutup semuanya. Dan manusia akan terus berkata-kata tanpa henti. Lantas untuk apa kita terikat dengan mulut-mulut mereka?

Kita tak perlu jadi lemah dengan mulut manusia. Dan kita boleh jadi hebat dengan apa pun yag mereka perkatakan. Hey. Peduli apa.

Asal aja kita yakin Dia. Asal aja kita buat demi Dia. Dan kita tentu akan mendengar apa saja dari Dia.
Persetan semua umpan donia.




bila ruh mengadu disiksa jasad

Aku lihat dia
Tersembam kemurungan
Di mata tergenang air
Merengek kesakitan
Sedih 

Merayu-rayu dia
Meminta belas kasihan
Ampunkan aku tuhan
Ampunkan aku tuhan
Pohon dia, berbahasa alquran
Dan terus ditemani tangisan
Longlai tiada daya
Kusut kemuraman
Suara tangisan terus kedengaran 
 Aku hanya memerhatikan
Tanpa bisa berbuat apa-apa
Hanya menggeleng kasihan
Kasihan
Terus merayu syahdu
Menangis semahu-mahu
Sebak sekali
Perempuan yang sungguh kasihan 

Mana seri raut wajahnya
Mana cahaya di matanya               
Mana ulas senyum indahnya
Lenyap semuanya
Hanya berteman kesedihan
Meminta bantuan
Memohon terlerai penganiyaan 
 Setelah akhirnya, dapat kupastikan
Rupanya itulah ruh
Yang dirempuh penderitaan
Oleh jasad tak berperikemanusiaan.
 
jasad, apa telah kau perbuat? 
berhenti menghentam ruhmu.  

Wednesday, 8 January 2014

beginikah memandang dengar ?

mendengarlah dengan hatimu
bukan dengan telingamu.

mendengar perkataankah?
bukan, dengarlah latar cerita si pencakap

kelak kau lagi nampak
lalu kau lagi mengetahui
dan bertukarlah kiblat dengarmu.

beginilah, sewajarnya kau pandang dengar.

Tuesday, 7 January 2014

bahasa cetus rasa

Dengar
Dengarkanlah
Dengarkan
 
Dengar di sana
Dengar itu di situ
Tenang.
 
Indah, bukan?
 
Bahasa yang tanpa bahasa
Tak semua mampu merasa.
 
Engkau hebat Allah.
 

Monday, 6 January 2014

hidup lagi tak hati?

fikir
itu sesuatu yang perlu ditangiskan
atau tidak.

ingat,
tak ternilai air mata dengan permata
yang bisa memadamkan api neraka.

aku tak tahu aku bakal ke syurga atau tidak.
tapi aku menegur atas dasar kasih.

aku hina.
bahkan lebih lagi.

aku cuma berusaha menjadi asbab hidayah.
doakan aku.

memenangkan nafsu?

assalamualaikum
hai

ingat.
kita ni dah dewasa.
bukan kanak-kanak.
harus lebih matang

ya, memang bukan usia yang mendefsinikan kematangan
tapi kita dianugerah sifat malu
dan kita punya akal untuk berfikir
dan punya hati untuk menyedari
pahala atau dosa,
redha atau murka,
akan apa-apa yang kita perlakukan.

semua ada nafsu.
kau ikutkan nafsu
dan nafsu takkan pernah puas.
ia perlu dikawal.

kalau nafsu sendiri pun tak dapat kawal
kita tak mampu kawal apa-apa.

dunia tak lama mana,
itu itu juga.
sekejap lagi di alam barzakh pula

jaga hati.
jaga deriamu.

matamu sungguh mulia,
jangan pernah samakan mata yang nak digunakan untuk melihat allah dengan
mata yang digunakan untuk melihat kejijikan.
pelihara juga seluruh anggotamu.

pelihara dirimu dari azab neraka.
pelihara umat ini dari azab neraka.

ingat,
rahmat Allah sentiasa ada.
keampunan Allah sentiasa menanti.
jangan pernah putus asa.
jangan patah harapan.

ayuh, jadi umat beriman.
selagi ajal tak menjemput, selagi itu peluang selalu ada untuk kita kembali pada fitrah manusiawi.
umat mendamba kehebatan engkau.
salurkan ke jalan yang  benar,
wahai hamba kecintaan Allah.


kau nak apa? di syurga semua ada.
jangan pernah korbankan itu untuk kenikmatan sementara.

kau tak takut pada azab Allah?
kau tak gerun api neraka?
kau yakin selamat dari azab qubur dan padang mahsyar?
kembalilah. ajal tak menunggu kita.

ya Allah, rahmatilah hamba yang sedang membaca tulisan ini,
kuatkanlah dan tunjukilah ke jalan yang Engkau redhai
bantu hambaMu ini agar sedar dan ingat akan tujuan sebenar kehidupan ini ya Allah. 
Amin.