Tuesday, 30 December 2014

emo

morning you.
eh, assalamualaikum.

BERMAIN EMOSI.

manusia ni suka bermain dengan perasaan/emosi kan. Setuju tak? Mohon jangan pangkah dulu. agak2 point aku macam sampah baru ko boleh pangkah. *mohon beriman sikit dalam pangkahmemangkah ni hokay. Eh. Tak tak, aku x emosi.
First of all, apekebende sebenarnya emosi? Meh nengok ni. Aku dah printscreenkan. Alahai Sweet. Gituhh.


definisi emosi.


Contoh2 emosi adelah seperti berikut. Ni menurut pandangan picisan aku ah.

kalau nengok tv, citer hindustan kush kush hotak hei  ke apekebende ke, part nangis2 atau part happy2 atau apa2 scene yang make sense lagi susaaaaah untuk dilupekan. Bak kata pepatah segar dalam kotak ingatan camtuha. Lagi terkesan bila part tu ade kaitan dengan jalan cerita hidup penonton. Ouch gituh. Siap Sedia tisu dan bahu. Eh.

Kalau bace novel pulak, pun sama, siap nangis2 atau sengeh sensorang. Dah habis baca pun sanggup baca kali ke patbelas *k over kan. Dia siap baca pun still boleh terbawa-bawa sampai mimpi atau membayangkan kita dalam watak tu. omaigod sangat. Tak penat ke main emosi? Penat jugak la sebenarnya. kan ke? Ke bukan? Bincangkan.

Kalau join apa-apa program, semakin program tu menyentuh emosi, semakin tu la program tu dikenang-kenang, siap buat lagu, video, dll.. lagi2 program yang bercampur lelaki pompuan, walaupun tak bertepuk tampar atau tampar menampar, still semakin tu la program tu makin make sense. *fitrah dan nafsu. Paham2 je laa. Eh.

Kalau program yang lebih besar-besaran pulak,  Sanggup berhabisan wang dan harta untuk menjayakan program tersebut. tak kire lah ape seantero dunia nak kata, baik ke buruk ke, sokong ke pangkah ke, kalau program tu yang paling make sense di hati, bak katanye la ‘sanggup ku turutkan jua’. kalau program tu boleh buat kita menangis dan menginsafi diri, lagi lahhh program tu mendapat sambutan. *mengisi keheningan jiwa katanya. Orang orang akan datang jua la senang citer.

tu semua ade kaitan dengan diri aku. cam selfie camtuha.
Ok ok. Aku bagi contoh cam islamik sikit pulak ah.

Kalau part baca quran, bila dapat ayat yang kene dengan keadaan diri, yang betul2 rase cam allah komunikasi dengan kita time bace quran tu, phew, ayat tu lagi mudah untuk diingat. Kalau waktu sedih tetibe  bace bace quran dapat ayat pujukan, kalau tengah rasa bersalah dapat ayat saranan, kalau tengah berukhwah terbace surah hujurat pulak, kalau tengah berjihad camtu dapat pulak ayat tentang mujahadah. Peh peh peh kaw. Siap buat hapdate status, siap buat tema tazkirah dalam usrah, siap ape ape lagi lah hei. *mohon insaf,dah baca quran belum hari ni?

Kalau part qiamullail pulak. Semakin bangun tahajud tu kita boleh menangis dan menambah chenta dan rendu pada tuhan. Semakin tu bangun malam semakin dicentai dan direndui. Dah tak kire lagi dah time tu ade bola ke, tak cukup tido ke, penat tahap boleh kirasyahidkalaumati ke, ape pun alasan tetap diketepikan demi emosi chenda dan rendu pada tohan.

Apa-apapun Masing2 ada jalan masing2 mendapatkan rahmat Allah. aku cuba faham k.*hug hug.lol

Well, manusia memang suka bermain dengan emosi. Padahal itu memenatkan. Betapa banyak tenaga kita hasilkan untuk menzahirkan emosi?  Dan kepenatan tu cam tak nampak cam angin lalu gittew haa. Sebab apa, sebab kita nak buat. Ya, kita NAK buat. Dan kita sendiri yang pilih untuk tu. Sampai kadang2 buta/kabur mana betul mana salahnya. Sampai sanggup menyalahkan dan membenarkan pihak pihak lain demi memenangkan emosi sendiri. Sampai sanggup membiarkan pihak-pihak tertentu tergadai/terkorban semata-mata nak memenangkan emosi sendiri. Sampai sanggup memecahbelahkan. Sampai sanggup mengenepikan yang utama dari banyak-banyak keutamaan. Sampai sanggup keluarkan dalil fakta dan sebagainya demi memenangkan meosi sendiri.

Apa semua ni?
Apa semua ni??*baca gaya ust zai. Eh. Tak tak aku x emosional sedikit pun k.
How should we react with this? Kenapa ha manusia ni suka main emosi? 
Why oo why?whyyyyyyyy *tumbuk. 

EMOSI CINTA, CINTA MAKAN SAMBAL BELACAN

credit. 

Macam emosi cinta dan sayang. We dare to go all the way just to ensure that hati kita dapat keperluan nye. Apekebende keperluan dia? Cinta beb. Ya, cinta *sambil tangan buat bentuk lovee. Pastu sengetkan kepala sikit sambil buat muka suwit. *mohon jangan penumbuk.

Tak caya, manusia yang mengisi hati dengan cinta kekasih akan terus berusaha dan berusaha dan berusasahaaa lagi untuk mendapatan cinta kekasih. Akan sanggup buat macam-macam demi cinta kekasih. *sukatilah youall nak definisikan kekasih sebagai apa. aku pedulik hapa.

Macam makan sambal belacan. Setiap kali makan kalau xde sambal belacan cam tak lengkap gitu ha. Walaupun penat makan sambal *siap nangis2 tetap ditelan jua.

*Ade kaitan ke? ke takde? aku rasa ada. a'ah, betul ada. ada. *konfiden.

So hati yang tak de cinta pada mana-mana kekasih, akan diisi dengan cinta pada mana-mana kekasih. Sedang hati yang tersangkut pada cinta Kekasih, cintanya akan berpautan dan berputar dalam opera yang dicintai kekasih.

K aku jadik doktor cinta harini, ade apa-apa soalan atau perlukan tips dan sebagainya mohon hubungi aku. edisi terhad harini je ni. ha ha.*xlawak ke? k, cuba lagi. 


k. ape ku cube perjuangkan sebenarnya??
hmm, teka la!

cume satu hashtag kata-kata untuk aku share kat korang adelah. 
Islam tidak berkembang hanya dengan doa dan tangisan.. tetapi berkembang dengan usaha, curahan tenaga dan kerja yang bersama-sama dan berterusan !

anyway ce bace ni. menarik untuk dihayati. 
lagi satu anyway, nak main kuiz personaliti tak. huahua. jawab ni 
kay you, assalamualaikum

Sunday, 28 December 2014

apa? apa??

assalamualaikum hai.

another pagi untuk diharungi. dengan iman taqwa dan ihsan blablabla. eh. terbagi tazkirah pulak.
apende. kami dah besar so xperlu lah setiap hari nak kene ingatkan bende macam ni. kemonn.

okeh.

apende aku nak citer harini sebenarnya?
jap
fikir jap.
.....
 mmmm.
mmm
ape ehh.

alamak blurr la pulak.
aduh camne bole blurr nak tulis apa ni?
hurm.

tingg!!!
keluar mentol dari kepala lantas tercipta satu peibahasa :
bagai bosan sangat hidup sampai nak kene buat apa pun dah tahu *(sambil angkat tangan gaya karam singh walia)

cam kehidupan la.
bila tak tahu apa tujuan kehidupan.
ada masa lapang pun xtahu nak buat apa.
sebab tak nampak view apekebende sebenarnya kehidupan..

so same goes to penulisan.
bila tak tahu halatuju penulisan untuk apa.
maka mulalah tulisan yang entah hapa-hapa.

yang menulis untuk blablabla.
maka directly atau indirectly tulisan berbentuk blablabla.

wahahahahaa. tembak diri sendiri ke. tulis entah apa-apa lagi.
-mohon jangan maki-

anyway.
apa sebenarnya kehidupan?
why am i here in this world?
why oo why?

teka la.
lol.
credit

*teringat masa muda-muda dulu. bila nak kene buat karangan, kene ade 5w ih. what why when who where how.
*k sekarang aku rasa aku perlu buat karangan bertajuk kenapa aku mesti hidup lagi di muka bumi ini.

kbai. assalamualaikum.

Saturday, 27 December 2014

tuhan ?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

tuhan.
tuhan?

tak. aku bukan sedang menyalahkan tuhan. atau meragui tuhan. jauh sekali menghina atau mendua.
berhenti tuduh-menuduh macam kanak-kanak.

tuhan.
tuhan?

kadang tenang damainya merasakan tuhan itu ada. merasakan dekatnya Dia.
tak mampu diperjelas dengan kata.

kadang jauh menjauh rasa tercari-cari, apa sebenarnya.
sampai apapun usaha tetap tidak mampu menyatukan jiwa ciptaan dengan pencipta,
apa sebenarnya?

hari ini, aku bertuhan, dan aku beragama.
dan aku tertanya-tanya,
sejauh mana.

mesti berpuluh tahu aku bernafas,
aku masih di dunia dengan tanda tanya.

apa sebenarnya.
dan aku sendiri masih ragu.
tuhan, ?


duhai kau, dan kau semuanya.
yang fasih hari-hari bercakap tentang tuhan.
mohon jelaskan aku, yang sebenar-benar, tentang tuhan.

mohon.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

haha
dan hahaha.

selagi kau bergantung pada manusia dalam beragama, kau lemah.
kalau kau kata islam adalah hubungan antara ciptaan dan pencipta,
justeru kau tak perlu siapa-siapa jadi perantara.

kau sepatutnya beragama dengan kau yang sebenarnya.
bukan lain-lain manusia.

islam.
islam...?

hahahhaaaa.
aku dengar-dengar, rujukan islam, itu al-quran?

tentu di alquran juga adanya manual kau dalam bertuhan.
kemon, ceritakan apa dia 'tentang tuhan' ternukil di al-quran.

kemon, mohon ceritakan.
sila.

........ermmm.. aku xtahu.. sebab aku xpernah baca mahupun kaji alquran.......
oh.
ohh...

jadi kau kata alquran manual kau dalam kehidupan, yang bertuhan?
hahaha..

aku jadi keliru,
kau pelawak atau penipu...?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

malas.

alah. letih la. biar aku gembira sekejap.
asyik asyik tuhan
asyik asyik tuhan
aku letih.

okay.
ok. !


aku ada cerita.
penternak ayam sedang memberi makan ayam-ayamnya.

ada ayam nakal. puas dipanggil tak datang-datang.
padahal si tuan hendak memberi makan.
kurrr kurrrrr.

xdatang lagi.
akhirnya penternak ayam terpaksa campak makanan ke sana sini.
lalu ayam datang sendiri. tercari-cari.
di balik semak. di balik tanah.

ada lagi satu.
ayam yang jinak.

dipanggil kurrr kurrrrr.
terus datang mendekat.
tuan angkat hidangkan makanan di telapak tangan.
nah makanlah..

ayam patuk makanan
satu satu sampai habis.

..............................

dua-dua pun dapat makanan.
cuma pilih, diberi makanan cara yang mana.
yang molek atau tidak.

padahal itu baru makanan dunia.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

aku akhirkan dengan persoalan.
andai ada dua golongan. yang dihidang makanan.
si kenyang atau si lapar lagi mensyukuri makanan?

aku tahu kau tahu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

cantas egomu.
sebab kau sendiri tahu deritanya merindu.

kembalilah pada tuhanmu.

Friday, 26 December 2014

pakcik pembugar jiwa.

assalamualaikum hai semua.

arakian aku nak bercerita satu perkara pada hari ini. sila jangan buat muka poker face dan mohon buatlah muka cam xsabar-sabar gitu nak dengar cerita.


cerita la mohon cerita
sewindu yang lalu, masetu kat mssaas. aku pergi ke post pengawal untuk memintak nombor telefon teksi sebab aku difahamkan oleh aunty mariam bahawasanya nak dapatkan no teksi boleh mintak kat situ. maka aku pun memberi salam dan bebual sikit dengan encik pengawal tu. dari pemerhatian aku umurnya lebih kurang umur abah jadi aku memanggilnya ncek. tapi bukan itu yang aku nak cerita. 

cerita sebenarnya bermula begini. sebelum diberi nombor telefon teksi itu, sempat aku beramah mesra dan bertaaruf dengan pacik tu. belum sempat bertaaruf dengan lebih lanjut pacik yang namanya aku dah lupa itu memberi sedikit tazkirah kepada aku. 

'bersyukurlah dipilih duduk kat masjid ni even tak lama tapi barakah duduk dalam majlis ilmu majlis ibadat. dekatkan diri pada tuhan. 
'jangan tinggalkan amal walau sedikit'. 
'kalu bule sedekah hari-hari jangan tinggal'

aku mengangguk-angguk tanda setuju sambil sesekali menginsafi diri. 

kemudian pacik tersebut bertanya aku adakah kamu mengamalkan sedekah hari-hari? aku cakap er sedekah duit tu tak la tapi sedekah lain2 seperti tolong orang ke dan sebagainya tu inshaallah la. pahtu pacik tu cakap, jangan la gitu, tu sedekah lain, kalau bole sedekah duit tu hari-hari jangan tinggal. tak banyak sikit pun jadi la. tu la sumber keberkatan harta kita. 

ya yaaa. no doubt der. kataku dalam hati. 

well well. banyak bende boleh dipelajari dengan tazkirah ringkas pakcik tersebut. apa yang dia tazkirah kat aku tu satu hal. apa yang paling aku terkesan adelah, beliau mampu membugarkan jiwa sekadar berbual sekejap. padahal tak kenal aku pun. 

cane? hebat tak hebat? jumpa sesiapa pun mesti bagi sesuatu. ingatkan orang kepada tuhan sepanjang masa. ingat senang ke nak jadik macam tu. bak kata pepatah sesungguhnya orang yang tidak punya apa-apa tak mampu beri apa-apa. 

sejauh mana kita? fikir-fikirkan dan selamat beramal. camtuha. 

anyway.. setelah aku fikir dan fikir dengan mendalam berkenaan isu banjir yang melanda ni. sejauh manapun osaha kita. pada Allah juge selayaknye bergantung harap, selain pemikiran dan idea baru sangaaaattlah perlu dicetuskan selain disinergikan dalam osaha mendepani dan mencegah segala jenis bencana alam dan apapun cabaran lainnya. 

ilmu sepatutnya membebaskan kita dari belengu. xgitu? 
assalamualaikum. 

meet kejap

bismillah.
assalamualaikum.

hari ni merupakan hari yang agak membahagiakan beb. walaupun aku hadir sebagai seseorang yang bukan seperti seseorang. er i mean, cam x function gak la.

macam ni ceritanya.
ketua aku ada meeting dengan semua ketua-ketua. memandangkan ketua aku xdapat hadir sendirian maka diajaknya ketuaku akan aku untuk menemaninya bermeeting dengan semua ketua-ketua.

maka ya, aku hadir dengan meeting ketua-ketua.
tapi,
bukan itu yang aku nak cerita.
credit
cerita sebenarya begini.
the feeling kaw bila berkumpul dengan orang soleh solehah.
pahtu muka beriman dan bersinar-sinar je semua
pahtu memang xsyak lagi golongan yang baca quran lebih sejuzuk sehari.
lepahtu memang golongan yang xtinggal qiamullail dan subuh berjemaah beb.
credit
k tu andaian je.
sebab aku terase begitu kerdil di kalangan mereka.
balik dari meeting aku dapat semangat baru.

semangat para syuyukh.
apatah lagi fityah ! kekuatan antara dua kelemahan. syuyukh kuat fityah apatah lagi.

semangat memperjuangkan idea.
yeay we can do it ! enjoy.

semangat mencapai tujuan.
seriously kita boleh capai target kita.

credit

k lah, tu je nak citer.
assalamualaikum.

Thursday, 25 December 2014

christmas !

just haring. 
Jesus is the messenger of Allah.
God bless you Jesus (pbuh). God bless you Moses (pbuh). God bless you Muhammad (pbuh).

Happy holiday everyone.
For Muslim Jesus is 'Isa'. one of our prophet. A prophet before the last one, Muhammad (pbuh).


 Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul - lurus ". 

kata-kata Jesus yang dikisahkan di dalam alquran. (surah ke 19 ayat 36 )


biar solat bermakna.

Hari-hari pun itu-itu juga.
Xbosan?
Begitu dan begitulah sampai mati.

Apa?
Marah?
Peduli apa!

Don’t you think, It doesn’t make sense ?

Hari-hari solat dan solat.
Tonggang tonggek menghadap kaabah.
Tapi, itu itu juga.
Xbosan?

Berhenti menipu diri sendiri.
Sama ada berhenti kerjakan bende sia-sia
Atau berhenti sia-siakan benda yang kau kerjakan.

Betul kata seorang teman.

Sejauh mana kau perlukan tuhan ? 

Monday, 22 December 2014

to run away.

assalamualaikum hai. 
aku terfikir sampai bila aku harus berlari dari kehidupan yang sebenar. hmm. kali ni aku lari dari kerja dan hidup dalam keadaan yang sungguh tak profesional. ceh. 

ni perihal daurah shah alam. dengan harapan besar dan nafas kencang perasaan berdebar-debar hidup kembang kempis *xmasal. aku join semula betul2 untuk membebaskan diri dari belengu. dan hei. kata-kata keramat yang diulang-ulang menerjah ke ruang otak secara bertalu-talu. 

kamu niat nak dapat duit, duit la yang kamu dapat. tapi kamu niat nak dapatkan sesuatu yang lebih besar maka itulah yang kamu akan dapat. okeh. ni betul2 niat besar ni. aku nak membebaskan diri dari belengu. yang selama ini menghantui aku. huaaaaaaahahahaaaa *bunyi hantu ketawa. 

*kamu niat nak dapat panjat menara masjid, panjat menara masjid la yang kamu dapat. 
*hei tipu, xdapat pun.
 k.hambar. 

alhamdulillah. memang caturan Allah. dihadiahkan aku kawan-kawan *adik daurah. yang sama latar belakangnya dengan aku. bezanya dugaan dia jauh lebih hebat berbanding aku yang cuma diuji sikit. dan ya. perkara ini benar-benar membuatkan aku kembali hidup dengan nafas baru *im not gonna be sad anymore. i gonna live happily.i am not alone. okeh. tu satu. 
*nampak x mata bersinar-sinar bahagia ni. ingat senang ke nak bebas dari belengu yang ini? x beb.
ok not gonna write long about that. 

itu sudah cukup membahagiakan. 

cuma ada satu lagi belengu yang aku sungguh xmampu hadapinye. dan ia membuatkan aku kelihatan lemah penakut dan xbermaya *eh. and yeah, i really hate that feeling. aku sungguh xberkenan untuk dipandang lemah oleh orang lain. justeru aku berlari*padahal ia sungguh xprofesional. kbai. 

minggu satu aku bertahan. minggu 2. dah sungguh xsedap. minggu 3 sirius memerlukan kekuatan. dan yeay. minggu ke4 babai. aku can't stand it any longer. dengan beraninya aku drive balik bp dari shah alam sensorang. nampak x betapa aku xsanggupnye berhadapan dengan bende ni? 

pagi2, sampai petang sampai lewat malam. keje keje dan keje. eh tak tak. aku bukan xsuka keje. bahkan aku rasa nak tepuk tangan dan nyanyi kuat2 untuk diri aku sendiri sebab aku dah buat yang terbaik yang aku mampu. aku dan keluarkan semua idea*dapat pujian banyak sumbang idea bernas. aku dan cuba santuni dan pegang adik2 baek punya*dapat penghargaan sebab adik2 boleh citer masalah peribadi kat aku even baru berapa minggu kenal. bagi kekuatan untuk hafazan even itu suatu yang sungguh memujahadahkan diri aku sendiri yang bukan hafizah. dah bawak pendedahan pasal dakwah kat fasi2. *termasuk bawak diorang gi street dakwah. dan buat kelas presenting dan defending islam dalam satu slot tauhid kat cs. selain membina hubungan lebih baik dengan para fasi dan cleaner kat sana.  

yeay. aku rasa sungguh puas dan enjoy. clapclapclap untuk diri aku. tahniah kmy yeah hey hey. 
ok.cukup bergumbira. 

cuma satu yang aku susah. pagi petang malam. asyik2 berhadapan dengan lelaki. bekerja dengan lelaki. berurusan dengan lelaki. ini yang aku susah. awkward. xsenang.jadi aku berlari. dengan macam-macam alasan. *ofkos aku fikirkan pasal kerja dakwah kat batu pahat jugak kan..so. here i am. yang ketakutan dengan diri sendiri. loser benar rasanya. kbai. 

maaf. aku bukan main-main. aku dah cuba bertahan. mohon jangan maki aku.

hmm. hmm. sirius entry kali ini adalah entry memintak tolong. siapa boleh bantu aku. aku xnak hidup dalam keadaan macam ni. yang ketakutan berdepan dengan kehidupan sebenar. ah. kbai. 

Sunday, 21 December 2014

sad do, bukan sado.

Assalamualaikum hai semua.
Selamat petang dan selamat menjamu selera bagi yang sedang menjamu selera

Pada hari yang berbahagia ini aku ingin menukilkan betapa sedihnya jiwa aku terasa di kala dan di ketika ini.
Macam ni ceritanya beb. Siapa yang pernah merasakaan betapa seronoknya perasaan seronok pasti faham betapa sedihnya perasaan seronok yang hilang, hilang dan terus menghilang ituh.

Tanpa bebasi-basi lagi aku ingin berceritera. Tak tak. Aku bukan bersedih dengan emosi sedih yang dikuasai nafsu mahupun apa-apa yang tak sepatutnya. Bahkan aku bersedih dengan kesedihan yang benar-benar perlu untuk aku bersedih dengannya. kalau aku tidak sedih, pasti ia menjadi sesuatu yang lebih menyedihkan. Atau dengan kata lain. Akuuuu sangattt sedihh dan kecewa dihurung duka.

Ok.

Di saat dan ketika ini aku benar-benar rindu kemanisan iman, cinta dan rindu Allah dan Rasulnya lebih dari segalanya di dunia ini, yang kini perasaan itu entah hilang ke mana. Aku sedih dengan perasaan rindu akan kematian yang kini bertukar kepada ketakutan dan kegerunan akibat perasaan sungguh tidak sedia. Aku sedih dengan sepenuh kesedihan sebab aku tidak lagi benar-benar merasakan tenangnya hidup di bawah naungan islam yang sebenar.Dan aku sedih, sebab aku tidak lagi dapat merasakan tuhan itu dekat.

Semuanya adalah sebab hati yang kotor, dikotori dengan dosa sendiri. Dan sukarnya aku untuk kembali, menikmati apa yang pernah aku nikmati, tetapi aku kufuri ia.

Dan aku yakin, orang-orang seperti kau, yang merasakan manisnya iman, yang merasakan hati dilimpahi cinta pada tuhan. Yang merasai tidak ada apa lagi diperlukan dan diharapkan di dunia ini melainkan tuhan, pasti faham dan tahu betapa sedihnya aku.

biar air mata kekecewaan meluahkan segalanya dalam jiwa. 
lihatlah aku. yang kesedihan dan kedukaan yang menebal.


Aku benar-benar rindu. Aku benar-benar cinta. 

Friday, 12 December 2014

mind' roaming

bismillah.
assalamualaikum.

macam biase sebelum beradu otak akan berfikir macam-macam. kalau baik okeh je tapi kadang2 merunsingkan.

kali ni otak aku terfikir-fikir akan sesuatu.

macam ni ceritanya.
entah apa, atau entah bagaimana.. jiwa aku macam ada perasaan negatif pada kaum adam. kesannya walau siapa aku akan ade sedikit 'tak suka' pada mana-mana individu lelaki. walaupun dia baik dan warak cane pun.

untuk segala apa yang berlaku. aku terfikir-fikir bahawasaya.. aku xsure perasaan ni bagus ke tak bagus.
at one side may be aku dapat lebih menjaga diri dalam berikhtilat. yet at another side. arghh. sampai bila-bila pun akan ade perasaan tolakan. kalau ia bergelar lelaki. no matter whom.

gila kau? aku xnak jadi lesbian.
kbabai.

Friday, 28 November 2014

waswaswas

was-was. 

banyak bende beb syaitannirrajim osahakan bagi menjadikan kite was2. 
ade beberapa kes aku jumpe orang was-was dengan Allah, islam, alquran dll.

seseorang yang dalam hati timbul persoalan/keraguan, hati dia akan meronta2 nak dapatkan jawapan. aku fikir bila dia bertanya/berusaha dapatkan kebenaran lagi bagus dari dia ikut tanpa faham. dalam hal macam ni, jawapan seperti 

1. jangan fikir macam tu.. xelok
2. berdosa meragui tuhan
3. fikir macam ni boleh jatuh murtad. jangan syirik, jangan nafikan tuhan


adalah jawapan yang sangat xboleh diterima. kenapa harus jadikan golongan ni hidup dalam perasaan berdosa. adakah orang seperti ini tidak ada akal untuk memilih kesyirikan berbanding kebenaran?

aku tidak fikir begitu. aku fikir orang sebegini adalah orang yang hebat. orang yang berfikir. orang yang tidak hanya mengikut.
big question mark

dalam masa yang sama, aku terfikir2. betapa hebatnya allah menurunkan suatu surah dalam alquran yang diberi nama surah manusia(surah annas) yang di dalamnya menyebut tentang was-was.

surah yang ramai umat islam dah hafal sejak zaman kanak-kanak riang ria lagi. tapi sejauh mana betul2 memahami.. aku sendiri pun masih belum memahami. yang pasti pernah dengar sharing kupasan yang xberapa mendalam pun membuatkan ramai antara kami meleleh air mata dengan tidak semena-mena mengenangkan betapa kami mensia-siakan surah ni.

anyway, kadang2 kita akan dapat jawapan dengan sendiri terhadap apa jua persoalan. jawapan yang tidak mampu kita jelaskan melainkan kita sendiri yang rasa.

ya. aku sendiri pernah meragukan Allah. dan itu tamparan paling hebat dalam hidup aku.

Monday, 17 November 2014

sory dan hekzem.

assalamualaikum. 
have a nice day semua. 
dah terlampau banyak masa aku sia-siakaan. dan banyak jiwa aku hampakan. 

sorry untuk semua pembaca belog aku. terbazirnya masa anda membaca tulisan-tulisan huduhku membuat aku berasa mual dan loya apatah lagi bila membaca sendiri apa yang aku tulis di kala hati tidak duduk di jasad. wahaaa. again, i am sorry. 

aku cuma terjemahkan dan jadi diri aku sendiri dalam penulisan. sebab aku fikir itu lebih baik dari aku buat benda bodoh lain. itulah aku, yang celaru, pesakit ptsd yang diulit kesedihan dan keparahan jiwa. bila aku sihat dan aku baca balik dan ingat balik apa telah aku perbuat, aku sendiri berasa sungguh.. ouch beb. 

oyeah harini aku sungguh positif dan sihat setelah semalam berikhtiar dengan satu perubatan yang aku thiqahi. aku pergi tu pun sebab aku sungguh xmampu kawal diri lagi sampai otak aku meragui tuhan. aku rasa sungguh bihadap berperangai sebegitu. tidak. aku bukan sengaja. itu pemikiran datang-datang yang sungguh aku sungguh sungguh kesali. so far alhamdulillah. sekarang aku sungguh ok dan boleh fokus dan belajar dengan gigih dan sungguh bergaya. 

harini aku akan tersenyum dan tersenyum dan tersenyum semahunya. sebab hidup ini adalah suatu kenikmatan bagi jiwa yang dekat dengan tuhan. kenikmatan walau dalam kesakitan dan keperitan ujian. kenikmatan sebab merasakan manisnya iman dan indahnya hidup bertuhan. indahnya hidup dalam naungan pentadbiran tuhan. dalam redha dengan percaturan tuhan. dalam sepenuh pengabdian dan rasa kehambaan pada tuhan. dalam ketundukan, ilah dan tawakal sepenuhnya pada tuhan. 

okeh, sangat sirius nampaknya tulisan aku ni. 
hahahahahhahaha. 

anyway, yuhuuu youallss. esok i ada exam beb dan i agak nerves sebenarnya. i berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan 4.0 flat beb. pahtu nanti i nak bagitahu kat mak abah i dan melihat senyuman yang terukir wahahaaaa apa lagi kegembiraan aku bole berikan kat mak bapak heh. *nak jadi anak solehah dari dulu pun aku la ni jugak.

 okehla nampaknya sampai sini sahaja. i saje je nak dapatkan mood study dengan menulis haaa kan macam tertrigger dan  terserlah sikit kan semangat tu.

ya allah, mudahkanlah urusan kamillya dan hadiahkan dia kecemerlangan dunia akhirat. moga2 kamillya dapat 4.00 dalam exam kali ni ya allah. amin. (
fuyyo korang tolong doakan jugak. suwitnye terharu i *mata berkaca-kaca. thanks youalls.)  

Sunday, 16 November 2014

demi Allahku yang adalah ilahku.

haih.
entah apa semua ni.
aku hilang.

kenapa mesti aku rasa buruk. salah aku kah?

xxx

tolong.
aku dimacam-macamkan.
dia membunuhku!
dia menyeksa aku!
dia main-mainkan aku !
celaru.

xxx

lihat nanti. siapa yang benar-benar rugi.
selagi bersama yang Maha Kuasa,
takkan aku tercela.

xxx

maaf semuanya.
itu cuma di balik aku.
bukan sebenar-benarnya aku.
bantu, bukan tertawakan aku,
macam kau ketawakan yang lain.

xxx

aku terfikir-fikir.
andai satu hari manusia melihat wajah sebenar aku.
aku fikir aku akan seorangan.
selamanya.

xxx


Saturday, 8 November 2014

fear.

assalamualaikum
hai everyone.

just wanting to say that,
i really need help in order to be a good muslimah.
i am truly missing the old me that fear and fully worship to god.
i am.

allahu.
takut akan allah

Thursday, 6 November 2014

this is not the real me. i just wanna write and write and write.

assalam.
catatan pelulis. ketawa dulu. hahaha. agak-agak boleh jadi penulis cerpen x? #bermain emosi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

semalam merupakan hari yang aku kembali ragu dengan diri aku.
setelah sekiannya yang aku rasa aku kuat dan sihat.

aku tak mampu nak kawal dan aku mula kasihan pada diri sendiri.
akupeluk diri aku dan aku ungkap kasihan dan maaf pada diri sendiri.
aku pjuk diri dengan kata-kata aku sayang kau kmy.
aku pegang kepala yang aku pukul-pukul sebelumnya. maafkan aku kepala.
aku pegang pipi yang aku tampar-tampar tadinya. maafkan aku pipi.
aku peluk diri yang aku sakiti. maafkan aku sosoktubuh.
maafkan aku. aku sayang kau.

aku ingat aku dah sihat.
tapi sakit datang-datang lagi.
aku tak boleh fikir apa-apa lagi.
semalam dengar ceramah kaunseling.
aku tak faham kenapa ia mempengaruhi.
mungkin pemikiran aku tak boleh ingat lagi. langsung.

sekali ingat dan terus menerus ingatan menerjah.
semua masuk dalam kepala otak dan xsemena-mena aku rasa nak maki semua orang.
aku benci. aku takut.
entah. aku tak faham diri aku sendiri.
sakit !!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

5/11/14. otak aku fikir yang  bukan-bukan lagi. aku stress. kali ni aku berfikir-fikir untuk menyembelih leher orang. aku mula takut dengan diri aku sendiri. doakan aku waras dengan iman. doakan aku tak buat gila.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

5/11/14. noon. aku doa dan doa. tba-tiba ehh. Allah beri khabar paling gembira.
yeah. it's time to change the thinking scop.
i am happy. really happy.
i got another work that i have to settle down here.
yeay, i am not going to think stupid anymore.

thankyou Allah.
is. happywoman. ever.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

smile. and smile wide.
apedehal. Allah ada. =)

Sunday, 26 October 2014

bila aku chenta membaca

assalamualaikum dan hai.

hakak naqibah bagi task kat aku baca satu buku*islam
adek usrah pun bagi task kat aku baca buku*bible

nampak x. perbezaan konsep daie dan mad'u menjadikan keperbezaan dalam siapa dan kepada siapa task diberikan.

ketidak adilan apakah ini???
dua2 pun xsentuh lagi.

hahahaha.
kbai. *nak baca buku.

iqra' beb. sambutlah seruan suci.

Friday, 17 October 2014

lets enjoy our life

harini aku saje je bertanya khabar sambil memintak kepastian. sebenarnya betul apa yang dia buat tu salah. dan aku pasti dia pun tahu. tapi well. memang jawapan yang sama akan diterima, 'tak dapat nak kawal'. kalau aku pun tengah macam tu memang akan menjawab, tak dapat nak kawal. ia hakikat beb. aku pun memberi sedikit kata2 of kos agar dia tidak lagi melakukannya. tapi. sejauh mana memberi kesan, aku tak pasti. it doesnt help anyway.

kelakar kan. memberi kata2 sedang diri sendiri pun masih sama. dear. sebenarnya mampu dikawal beb. iman.

mari berjanji sama-sama.
tak nak kelar tangan lagi.
tak nak hentak kepala lagi.
tak nak cekik leher lagi.
tak nak pukul2 diri lagi.
tak nak gigit lengan lagi.
tak nak pecah/sepah harta benda lagi.
tak nak tampar muka lagi.
tak nak lukai diri sendiri lagi.
tak nak menangis dan meratap-ratap lagi.
tak nak.

kita adalah rama-rama yang telah keluar dari kepompong duka. kita bebas !
#fasa pemulihan

Wednesday, 15 October 2014

gonna tell u

delayed post.

i dont know if this would help. i hope so.
harini merupakan pertama2 kalinya aku sengaja bercerita dan aku berjaya cerita tanpa sekelumit air mata. fiuhoho. *perjuangan beb. tahniah kepada aku. dan apabila bertukar ceritera, hebat lagi ujian mereka rupanya
.
well, its about me myself to enjoy the journey of ma life. whatever it is, kita sendiri yang perlu berubah ke fasa lain. fasa redha dan membina kekuatan. bukan fasa denial, blaming people and keep saying 'ko tak faham aku, ko boleh la cakap macam tu' NO!. sampai bila? mana pergi iman kita yang tunduk dengan taqdir allah ?
kadang2 kita ni xperlu nak terlampau rasa ujian kita paling hebat sangat kot. banyakkan mendengar dengan hati. padahal orang lain lagi hebat diuji rupenya.

ya. hari yang banyak aku belajar sesuatu. 
tahniah buat yang diuji, kerna si Dia menanti.

#fasa pemulihan

Friday, 10 October 2014

im not ok. and im tired.

wind of suicidal.
jumping of dead.
it might make life.
might be.

no. i wont.
im muslim.
i do pray.

Saturday, 20 September 2014

u.

hi.
congratulation. nice job huh.
u made me hate myself.
u made me hate u.
u made me hate the entire world.
hd enough of crying.
i am dying.
already die.

sinar suria *eh.

assalamualaikum hai semua. *tajuk ni erkaitan dah naik cuti dan balik ke ipthio*bukan nama sebenar

memandangkan dah naik cuti*xde kaitan, aku tetiba rasa anak berubah dan bertaubat kepada allah. 
banyak perkara aku kene tukar atau start dari bawah. 

antaranya aku nak lebih jaga ikhtilat dan berperibadi mulia camtuha. 
so fb aku dah tukar, guna yang lama. female friend only. 

nak keluar dari group wassap takut menyukarkan, so aku kurangkan aktif bebual kat group yang da lelaki *gigih kot. 

belog pun xnak banyak bebual dah. aku berazam agar lebih terpancar hikmahdalam penulisan mahupun percakapan. at least bole berusaha kan. asyik citer perasaan sendiri je. entah mana dakwah pun aku konfius. so aku nak tukar belog baru. untuk belog baru tu aku berazam untuk menulis hanya sekiranya aku dah baca at least setengah juz quran dan baca mathurat hari tu. kalau belum aku xnak menaip. 

lagi ape hek. aku berazam untuk berpuasa at least sebula 3 kali.. antara yang paling susah dalam hidup. bismillah. amin. 

pahtu. ape lagi ntah. bahagiakan family bahagiakan family gugu. masa xlama dah. *deep meaning. 
kbabai. 

didik

allah sedang didik aku supaya tidak bergantung harap kepada selain Dia.

ok.
iman sofya.

Thursday, 18 September 2014

boleh tolong selamatkan aku x.
tolong aku. 
tolong. 

Wednesday, 17 September 2014

be normal.

inilah hasilnya.
manusia yang takut akan masa depan. 

inilah hasilnya.
manusia yang tidak mahu memikirkan.

dan
inilah hasilnya.
manusia yang terbelengu dengan cerita lama.
yang memenjarakan.

i am a normal person. 
that's it. 
everything gonna be alright. 
nyte peeps.

Tuesday, 16 September 2014

aku sibuk.

Assalamualaikum dan hai youallas.

Harini aku nak bercakap tentang er adelahhhh ..

Begini ceritanya. mak aku baru berborak2 sambil didengari oleh aku dan adik aku, beliau bercerita tentang member beliau yang tak reti penat ke san dan ke mari, kejap kat sana projek itu kejap kat sini program ini. Peh. Pahtu pegi sinun pulak menghadiri walimah cucu kepada membernya. Fuuyyo. Tak reti penat ke, kata mak aku. aku mengangguk2 sambil menyahut sedikit sebanyak demi membuktikan aku adalah seorang pendengar setia. Camtuha.

Pahtu aku terfikir pasal member aku pulak. Lagi hebat der. tilawah boleh habis sejuz atau lebih sehari. Mathurat pagi petang xtinggal. Dhuha qiam semua buat. Baca buku lagi utk mantapkan kefahaman. Pahtu sempat settle urusan belajar kerja mahupun dakwah. Gila. Weekend  tak pernah free ade je kene bagi talk sana sini. Gila. Kegilaan apa ni?

credit. addahr

Aku nengok keje xettle je. Xstress cam aku huahua. Ya allah. dikurniakan hikmah betul beliau ni.
Ok. Nothing to think more or talk more. Tak lain x bukan dia dikurniakan keberkatan dalam waktu. Padahal masa kita sama. 24 jam sehari semalam.

Camne nak jadikan masa diberkati, terasa lapang dan boleh settle macam macam keje? Camne? Camne? U know da answer beb. xperlu aku bagitau sebab ko lagi hebat beramal. aku cuma ingatkan je kot2 ade yg terlupa. camtuha.

k. selamat beramal.