Monday, 30 December 2013

entahlahh.

assalam
hye semua.

untuk entry kali ni, entry tak best. kalau entry sebelum ni semua tak best, maka entry kali ni paling tak best. 

aku terpilih untuk berkumpulan dengan beberapa lelaki dalam mensettlekan sesuatu kerja. 
tetiba seorang lelaki bersuara sesuatu. 
kami sama-sama gelak. 
tapi diorang gelak sangat sakan. macam la lawak sangat. 

lepastu lelaki lagi satu cakap pulak satu ayat. lagi direct. jelas kotor dan menghinakan mereka sendiri. 
diorang gelak lagi sakan. pastu tengok2 kat aku. 
ok kali ni aku tak gelak.

rupanya tadi tu dia cakap sesuatu secara double meaning. 
dasar otak berfikiran lucah, buat kelakar pun nak kene unsur lucah. 
memang dah terlazim dan tegal biasa dengan bende2 sebegitu agaknya.

dasar lelaki.
aku terfikir bagaimanala agaknya layanan mereka pada bakal isteri dan anak2 perempuan mereka nanti. 
mana sopan santun dan sikap hormat dan memuliakan wanita pada diri mereka. 
berhenti menghinakan wanita, ye adam. 
...

kahwin muda

Assalam hai.

Rancangan tv dan apa-apa pun (aku taktahu la apa) banyak mengenengahkan perihal bahagianya masyuknya syioknya bernikah. 

fewwit
Boleh romantic gitu, bole geli2, nak gedik2 pun tak hada masalah. buat orang rasa (orang, bukan aku) rasa nak kawen cepat-cepat2 dan indahnya alam perkahwinan tu. 

Tapi hey, seindah itukah alam pernikahan? Amboi. Apa yang dikisahkan itu banyaknye kebahagiaan. Tak pula disertakan hakikat  gelombang badai dan dogaan yang harus ditempuhi. Ingat apa. Berangan yang indah2 saja. Hidup kene lebih realistic. Tanya la orang yang dah nikah apa dogaan yang dilalui. *ok sukati aku je komen. 

Berdasarkan pengalaman aku. Tanya pendapat orang dewasa berkenaan kahwin muda. Lagi ramai yang tak setuju. Lagi2 golongan makcik makcik. Yea. Betulla segelintir manusia mengatakan kahwin awal boleh mengelak maksiat. Apa-apa la. 

Tapi bagi aku pulak. Aku amat respek kepada golongan yang menolak kahwin awal dengan alasan nak berbakti dan nak bahagiakan mak bapak dulu. Yea. Aku sangat respek golongan begini. Sangat bersifat kemanusiaan. 

Dan nak share satu, apa yang aku dapat masa pergi kursus kahwin suatu ketika dahulu.. 

Tanya pada diri. Kenapa nak kahwin.  
 1)Sebab nak elak maksiat atau 2)Sebab nak bina dan didik sebuah keluarga islam yang menjalankan kehidupan islam yang sebenar yang boleh menjana kepada masyarakat islam dan seterusnya. 

Senang cerita. Macam solat. Kenapa nak solat? 1) Sebab tak nak masuk neraka atau 2) sebab nak masuk sorga. Jawapan yang diberi membawa perbezaan dalam pelaksanaannya. 

Ada yang membawa kepada sambil lewa / asal jadi dan ada yang membawa kepada kesungguhan.
Walaupun begitu, aku tidaklah menolak atau tidak bersetuju dengan golongan yang berkahwin muda. Aku menghormati anda. 

Allah menilai nawaitu masing-masing dan aku ucapkan selamat berbahagia. Ya. Waktu akan tiba bagi yang bersedia. Paling tidak, bersedia secara mental.

Kalau Tanya aku. entahlah. Aku nak membina diri menjadi solehah dulu. Dan aku serahkan kepada Allah. Bila tiba masa hati sendiri akan nekad dan bertindak secara professional. 

ele kmy tu bila masa pulak aku Tanya pendapat kau. 
diamlah. 

Kbai.

Sunday, 29 December 2013

layu.

bak dedaunan yang layu kemudian ditiup sang bayu kemudian terbang melayang entah ke mana-mana. 
Ok hari ni memang aku jatuh. Bukan jatuh cinta beb. Ni jatuh yang betul negative punya.         
Kalau jatuh cinta aku on aje. Eh. 

Macam ni. Betul la kalau hubungan dengan Allah tak baik hubungan dengan manusia akan ada banyak masalah. harini aku rasa nak marah orang je. Aku tak marah pun tapi rasa nak marah. Sebab tu aku diam je. Penat jugak bercakap ni heh. 

Ah. Sakit kepala pulak. La ni aku merasakan bahangnya api neraka. Kan dah demam. Banyak lalai buat dosa lagi.

Ntah laa~~~
Hembus nafas panjang.

Tadi aku doa. Ya allah, kalaula adanya aku kat Malaysia ni buat aku terjerumus ke lembah nerakaMu.. hantarkanlah aku ke negara manapun yang boleh buat Engkau redha dengan Aku. tak kisahlah negara mana. Negara aman tanpa perang atau negara yang tengah dalam keadaan kritikal. 
amin

fikirkan umat islam kat tempat lain yang tengah bertungkus-lumus berlawan dengan musuh, dan aku ntah apa-apa. 

Downnye.betul ke doa aku ni. 

Gila.. bila fikir-fikir balik. akhwat ke aku ni?ha ha.

Kbai. Mohon doakan aku kembali cantik dan menawan. 


Ahh! Apekebende. Aku akan pastikan setan menyesal dan menangis2 dengan mengupgrade amalan aku. nanti kau. sesukati je nak tarik aku masuk neraka. hey aku beriman tahu?

kbai.

Wednesday, 25 December 2013

terarang gelap wajah

tak payah sebut der. perihal dosa. 
cukuplah malu menterjemah imanmu. 

semua ada dosa. 

walau sehina mana
yakinlah dia menerima. 

yang mengetahui segala isi hati. 
yang maha mengasihani. 

 Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
surah zumar ayat 53.. (sambungan dia 53-59 pun syiok utk ditadabur beb ) 

ps: ayat ni untuk orang yang merasakan dia melampaui batas. tahniah untuk yang merasai ayat ini untuk dia. 
cuba bayangkan kalau ada orang panggil kau, wahai anda yang cantik !!! eh. 

tata. intai intai detik paling dekat dengan tuhan. 

sayang apa kabar denganmu hihiu.

Bismillah. 

Fuyyo menagih kekuatan gak laa aku nak menulis perihal ini kan. 

Aku akan guna bahasa aku kau. Sebab aku tulis ni spesel untuk kau. Tanda kasihnyaa aku pada kau. Sweet kan aku? tahu.  

Aku tau kau rasa gembira n bahagia dengan apa yang kau buat tu. Well. Fitrah manusia. Aku faham beb. Sapa tak nak disayangi. 

Tapi kene ingat. Allah tu jauh lebih kasih pada kita. Allah gak yang menggerakkan hati manusia untuk sayang kat kite. And for sure dengan sekelip mata Allah boleh tarik semula nikmat itu. 

siapa sayang awak? hey, siapa sayang awak?

Aku yakin. Kau aku dan semua pun pernah merasakan manisnya nikmat berasa dekat dan paling hampir dengan allah. Rasa ketenangan yang ditiupkan tak pernah dapat diperjelaskan dengan kata-kata.  Rasa rindu dan cinta yang jauh lebih nikmat dan membahagiakan berbanding kerinduan dan kecintaaan pada seluruh manusia. Aku yakin orang macam kau merasakan nikmat itu. 

Dan ya. Aku jugak faham betapa manusia sangat mudah berbolak hatinya. Aku pun macam tu. Dalam menggigit pegangan ‘aku tak nak couple’. aku sendiri pun terjerumus dengan apekebende yang melibatkan pengkhianatan terhadap penjagaan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram gak.

Tapi kita tak boleh tipu hati sendiri beb walau apa pun yang lidah ceritakan. Hati tak pernah setuju walau mulut kata bahagia. Jauh di sudut hati pasti tahu. Lagi-lagi hati yang dibasahi cinta pada Allah dan rasulNya walau segelumit. 

Ye. Aku tahu. Saat tegarnya tingkah laku bertindak sesukanya, perasaan melayang sewenangnya ke mana-mana tak terpelihara, iman dalam hati pasti bersuara. 

Sepanjang detik aku harungi bende-bende macam tu walaupun macam seronok, tapi hati tetap tak gembira. Nak bangun qiamullail pun susah nak terjaga. Baca quran asyik dapat ayat nazir je (ayat ancaman) pasal ilah la apa la. Solat susah nak khusyuk. Menangis dalam solat bukan sebab hayati syioknya solat tapi menangis sebab betapa serabutnya aku. mana boleh beb mencampr aduk iman dengan dosa. Takkan pernah tenang. 

Sakit. Gelap. Kelam. Hina. tapi allah still simpan dan jaga aib aku. dan paling best, allah bagi kekuatan gak akhirnya untuk membuang jahiliyyah tu . betul laa allah kata solat tu mencegah keji dan mungkar. Apa apa masalah menunjukkan kualiti solat yang sebenarnya tak terbela. 

Napa aku citer semua ni? Ntah. Aku rasa hina sangat buat bende-bende macam ni. Mengkhianati kecintaan yang sebenar-benarnya cinta.  Sedangkan Allah sentiasa merindu mendengar rintihan hamba. Tapi sang hamba lebih memilih untuk melempiaskan perasaan pada yang tak sepatutnya. Dan dalam masa yang sama, aku malu dengan diri sendiri. 

Penah blajo serba sedikit tak tentang ayat quran : wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya.dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu.  Surah albaqarah ayat 208.ha.

 ayat ni lagi xcam sentap kan. Sekerat mana je aku islam. Setakat dalam solat je. Tu pun solat tak khusyuk. Padahal islam tu cara hidup. 

Tapi, lagi malu, bila orang yang aku thiqahi, rupanya pun terjebak dengan hal sebegini. 
kachiwa pun ada beb. 

Betullah, pusat pemikiran remaja, cinta. Bukan cinta. Tapi ‘cinta’. 
hey cinta tu suci der.. cinta mendekatkan kita kepada Allah. bukan melalaikan. yang melalaikan tunafsu der.

Apa lagi yang dicari-cari dan didamba oleh remaja sekarang ni? Apa lagi yang difikirkan. Sirius aku cakap.. kalau hidup, otak, pemikiran, kegiatan seharian tak diisi dengan perkara bermanfaat, atau perjuangkan apa-apa, akhirnya akan pergi kepada masalah typical yang cliché iaitu… couple. 

Argh. 

Orang dok kata, zaman remaja adalah zaman kekuatan antara dua kelemahan. Iaitu zaman kanak-kanak dan zaman tua. Nanti pun kita akan ditanya, masa mudamu ke mana dihabiskan.
tiap masa pun nak kene fikir pasal chenta. macam tu ke?

Teroka. Banyak lagi otak sang hebat boleh fikirkan. Banyak lagi perkara yang sensitivity dan keprihatinan kita boleh salurkan. Eh, serabutnya ayat aku ni. Faham ke? Eh. 

Last, seseorang yang pernah merasakan manisnya cinta kepada tuhan, takkan pernah rasa cukup dengan sekadar cinta yang picisan. 

tak. post ni bukan sebab aku kecewa member yang aku thiqahi pun terjebak dengan masalah ni. tapi aku post sebab aku sayang kat hang. sirius aku respect gile kat orang yang tak pernah couple. yang jaga adab pergaulan antara lelaki dengan wanita. kalaulah masa dapat diundur. 

Yang dhaif.
Kmy yang kaya Berjaya cantik bergaya. 
Eh. Mohon jangan penumbuk.

Tuesday, 24 December 2013

bebual kejap.


Assalam
Hye. Aku lagi. Well well dah lama tak post kan so sekali post entry macam nak post lagi sukati laa.
Nak bercakap pasal malas. Sebenarnya semalam i baru balik dari satu konvesyen kan so macam mencanakkan naik kembali perasaan rajin walaupun hakikatnya aku malas. Tengok tajuk haa. 

Begini ceritanya. 

Aku tak reti nak berkata-kata apalagi menaikkan semangat orang untuk jadik rajin. Sesungguhnya perasaan rajin tu rahmat dari Allah juge. Tak kisah la orang tu busy ke tak busy ke kalau dia memang rajin so dia memang akan gunakan masa atau sisa-sisa masa yang ada untuk buat sesuatu yang baik. So that kerajinan tu adelah rajin yang membawa kepade kebaikan tak untuk diri sendiri, kebaikan untuk orang lain gak. Tu dia. Bak katanya dalam surah al-insan ayat 5 kan ade sebut tentang abrar dan seterusnya ade sebut tentang ciri-ciri abrar tu. Ok dah macam ustazah pulak aku tak reti nak kupas2 ayat quran ni der. 

Cuma nak kabonye di sini. Kalau kite tak sibukkan diri dengan perkara berfaedah kita akan disibukkan dengan perkara jahiliyyah. No doubt der. ada nak pangkah ke? mohon jangan pangkah. eh.

Cuma aku rase bersyukur sangat der terpilih pergi kosmik semalam. Osem rasanya berkumpul bersama orang-orang yang haibat ni. Buat kerja dakwah memang gila-gila. Ade aura der bila berkumpul dengan orang hebat ni. pegang jawatan itu ini. berkorban itu ini. rancangan syura bagai untuk mmikirkan penyelesaian dan rancangan dakwah itu ini. ucapan sekejap pun penuh semangat dan menaikkan semangat orang lain jugak. fuh beb.

Rugi sangat siapa tak pergi. Tapi kalau memang dah xdapat pergi nak buat macamana kan. Allah jugak yang mengetahui yang terbaik untuk kita dan kita sendiri tahu betapa kita takkan pernah boleh menipu Allah walau apa pun alasan yang kita berikan. 


Salah satu yang aku ingat dalam sharing tu adelah berkenaan abrar dan ahrar. Abrar adalah yang berbuat kebaikan dan ahrar bermaksud merdeka. Jiwa kita bebas, pemikiran kita bebas dan tindak tanduk kita bebas untuk lakukan atau fikirkan atau apapun asalkan tak melanggar syariat. Yang ni aku kupas sendiri ikut kefahaman aku la. 
 
Kita tak menghadiri apa-apa program atau majlis muzakarah atau konvensyen atau apa pun unuk didoktrinkan. Tapi kita datang dengan akal dan hati yang membolehkan kita berfikir dan bertindak dengan merdeka bukan bertaqlid semata-mata. dan kita boleh terus berusaha mencari Dia. Dan ya. Kita yang mengubah system kehidupan kita dan kita yang mengacunya mengikut acuan dan celupan Allah. 

Biiznillah. Insya allah. 

anyway. hari ni dah keluar result. tapi aku pelik kenapa orang ramai cakap tahniah kat aku. kesimpulannya kat sini adelah kita sendiri bebas untuk memilih apa orang nak ucap kat kita. betul betul? 
k tuje.