Tuesday, 26 November 2013

ditinggalkan atau meninggalkan.

maaf. aku. tak boleh. aku baru. aku kene belajar lagi.  
woo. sori. aku tak rasa aku mampu. aku bukan ahlinya. 
 
eh taknak tak nak. lain kali okey. aku muda lagi. bagi yang senior dulu pehlis.  
aku.. aku.. er. 

zzz

kau nak berjalan? terpulang. tapi semua orang dah naik bullet train dah sekarang.
tata baby.

Sunday, 24 November 2013

bertahan, kawan.

jauh di sini, aku bangga

lama ku intai mereka
menghendap bagaimana rupa pelangi mereka.
yang menjadikan mereka, seorang manusia.
yang selalu cinta

mereka, sungguh tegar.
pedulikan kata-kata manusia
kental berjuta makian

apa ada dengan caci?
itu, dinadikan dan digerahamkan

mungkin diri dirasa benar hina.
lantas tiada terkesan dengan aneka ludahan
mungkin.

jauh di kalbumu dambakan keredhaan.
terpancar.

kau, mengajar aku.
erti penyaksian.
bukan sekadar omongan.
kalau benar bersaksi. harus tegar.
kerana umat, semakin tenat.

ps.
tapi..woi, laju gile, kebalnye kau lari atas duri. 
ok, kebal dengan iman rupanya. 

ra ha mim

bilamana kasih tercurah
lalu berserakan merata
berbentuk sayang dan juga cinta

padahal sayang itu sedang memandu si penerima
agar kembali pada si pemilik kasih

malang sayang seribu sayang
sayang menjadi bahana
leka asyiknya 
mengurus halnya semata

hingga terngadah nanti
baru bergegas mencari
apa sebenar-benarnya
entah di mana mana

sedarlah,
di sudut kalbumu sedang sakit merindu

Saturday, 23 November 2013

apekebende u ni?

cuti2 ni la hok kene buat persediaan bebanyok ye dok? gencar habisan ye dok. time lain dah begitu sebok dengan memacam hal dunia dok gituh?

woi. tarbiyyah menyediakan kita untuk futur ke?
aku rasa tak.

kbai.

Friday, 22 November 2013

insan

assalam. 
hye. 


bukanke manusia tu dulu adalah 'sesuatu' yang tak dapat disebut. 
manusia.. datang dari tempat hina, mesuk ke tampat hina. lahir kedunia pun melalui lorong yang hina.
tapi allah angkat dan muliakan manusia. 
ada pendengaran, ade penglihatan dan macam2 lagi. 

manusia mulia. tapi kengkadang manusia itu sendiri memilih untuk jadi hina. 
dengan tingkah yang menghinakan. 
hai, manusia, manusia.. 

akulah tu, manusia.

baideway, penah selak2 tafsir surah insan? best beb. 
kbai. 

Monday, 18 November 2013

lelaki perkasa harus kental dengan rejection.

copied. 

a.d.a...a.w.e.k...r.e.m.o.v.e.d...f.r.i.e.n.d...a.k.u...s.o.b.s.s
zzz
tui. ingat wa heran ke. 

hahaha
diatur yang terbaik buat kamu, oleh Dia. 
kbai.

Sunday, 17 November 2013

cabang di jalanan.

Assalama
Hey.
Dia macam ni tau citernya.
Tapi jap, sebelum berceritera dengan panjang lebar meh aku share dulu haritu punya taujihat dalam bentuk aktiviti yang kami dapat. Tahukah anda khairul kalam maa qolla wa dalla? Haa. Mau tak terer bahasa arab aku. *amin.


Maksud pepatah arab tersebut adalah sebaik kata-kata adalaha apa yang pendek (ringkas) dan bermanfaat(padat). Justeru, aku berazam untuk tak nak bercakap banyak termasuklah menaip banyak dalam belog melainkan yang bermakna. Ceh. Mana laa orang menyampah nengok belog aku kalau asyik membebel je ntah apa-apa.

Ok berbalik kepada tajuk. Aku nak cerita satu yang aku rasa berat untuk diceritakan. Macam ni.

Bismillah.
Penah zaman aku tertunduk pada nafsu, aku kalah dan bergelumang dengan sesuatu yang dipanggil couple. Ye. Couple macam orang lain couple. Tapi tak tahu la kalau couple versi aku jenis lain. Sebab itulah sekali dalam hidup aku bercouple.

Satu hari, aku cakap dengan dia, aku nak clash. Tak, bukan aku tak chenta huk2 mahupun aku berniat memainkan perasaannya. Tidak sama sekali. Bahkan aku rasa aku la yang berharap lebih. Dan ya. Itu menyakitkan.

Once aku tahu dan sedar sebenarnya masih jauh masanya untuk ke arah nikah ataupun bertunang, so aku rasa aku sedang membuat sesuatu yang sia-sia. Mengharap pada perkara tak pasti. Bukan tidak mempercayai, tapi sungguh tak ada sesiapa yang lebih menepati janji melainkan Allah. Dan sungguh Allah yang memegang hati-hati manusia. Jadi, aku membuat keputusan yang menyakitkan, dan aku yakin aku membuat pilihan dengan mengharap keredhaan Dia yang lebih layak.

Itu, tentang keputusan membuat pilihan.
Hello, aku tak berniat pun nak berbangga dengan jahiliyyah yang aku lakukan. Ini cerita lain.
Hari ini aku sekali lagi tertanya-tanya dengan nasib kehidupan aku. ya. Aku kena buat pilihan. Tetap.
Tak der, bukan. Aku tak bercouple sekali lagi der. harapnya tidak.  ini citer lain.

Pilihan untuk menjadi seorang mukmin.

aku seorang islam. Lahir dalam keluraga islam dan mendapat pendidikan islam sejak masa kecil dan comel lagi. Sampai sekarang muda bergaya pulak, aku mendapat tarbiyyah islam melalui Jemaah yang aku ikut dan gerakan yang aku ceburi. Aku mendapat didikan tentang islam.

Dan aku tertanya-tanya. Untuk apa, semua nikmat hidayah yang Allah kurniakan. Dari ribuan manusiawi, Allah memilih aku untuk berada dalam barisan yang berusaha menaikkan Islam. *At least aku sedar tentang perlunya memperjuangkan agama ini walaupun usaha aku Cuma sepele.


Bila masanya terkandung dua pilihan, mengesakan Allah atau mengenepikan Allah. Sama ada hidup dalam nadi yang sentiasa mengesakan Allah dan jantung yang berdegup mengilahkan Allah, atau hidup dalam keadaan hayal dan lalai, terumbang ambing dalam kemabukan dunia dan kenikmatan sementara.
Ya. Itu, tentang membuat pilihan. Aku ada ketegasan aku sendiri.

Sebagaimana aku tegas (*amin) dengan pendirian aku untuk clash dengan seseorang yang aku chenta *huk2, walau sakit kuteruskan jua.  sebagaimana itulah aku perlu tegas dengan pilihan hidup aku, dalam seluruh detik waktu aku bernafas dalam rahmat Ilahi.

Ya. Tiada guna merisikokan diri. Sedang Allah telah menjanjikan sorga untuk orang bertaqwa. Aku. tetap kene buat pilihan. Walau kadang2 ya, kita mungkin akan kalah dengan hawa’. Tapi mujahadah dan perjuangan itulah yang dinilai di sisi Dia.

Apa guna aku islam kalau aku tidak beriman. Apa guna pula andai tidak bertaqwa. Tidak merasakan adanya Dia. Yang berkuasa , maha melihat dan mengetahui segala-galanya.

Iman melahiran ketenangan.  Maka kekufuran ke kesyirikan melahirkan kegundah gelanaan dalam jiwa. Kan ke? Andai satu masa tergadai iman di dada, maka sia-sia segala kehidupan dunia. Bak kata pepatah *baik mati je. Apa guna hidup??


Kbai.

Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (kepada mereka): "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: "Kami telah tunduk", karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tiada akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.
surah alhujurat 14-15 






Sunday, 10 November 2013

jum nangies ='(

assalam hye. ini delayed post der.
aku jalan kat laman sesawang.
ala. saja jalan jalan. isi masa lapang. blogwalking gittew.

lapang? HAHA sarcasm
sejak bila ada istilah masa lapang ha woi.

ok. saja ja.
macam ni citernya.
aku baru rasa cam merdeka der.
almaklum paper last pagi tadi.
keluar hall dengan bahagia lalu berjimba di mall.
blablabla dan blablabla.

tetiba.
bukak satu laman ni.
kuajo gak la BOM dia.
buat orang menanges aje.


jum baca ni. kalau sweet jum la menanges sesama.
MUHASABAH CINTAMU. 

kbai.

Saturday, 9 November 2013

dua cerita

mana bisa hati terbagi.
cinta berbelah dua. 
tidak. 

kita ada hati. 
hati kita satu. 
namun berbolak selalu. 

begini jangan begitu. 
begitu jangan begini. 

yang pasti. 
Dia paling berkuasa. 
Dia paling Penyayang. 
Dia paling tahu. 

andai lembut lidah menutur cinta. 
sang penutur juga tetap milik Dia. 
justeru pilihlah Dia. 

saat pengaduan segala duka. 
hanya Dia tahu kisah semalam kita. 
dan yang mengerti tiap titis air mata. 

sukarnya! 
bisa aku terus mengharap ? 
kan aku pernah kenal cinta.

** sajak itu tadi direka khas oleh Iman Sofya.
fuyyo.
kwang3. 

Wednesday, 6 November 2013

inikah cinta? aw. malu abang

dari dakwah dan tarbiyyah.

aku sedikit sedikit mengenali ini. 
tentang sabar. tentang tekun.
tentang bermurah hati. 
tentang pengorbanan.
tentang tidak berputus asa.
juga tentang kerja yang berterusan.

bilamana terlepas ini dari aku.
maka kefuturan memelukku. 

bukan itu aje woi, dari dakwah dan tarbiyyah ni la aku tau betapa besarnya tanggungjawab aku. tentang apa tujuan hidup aku. aku belajar ikut alquran. aku belajar ikut nabi. aku belajar jadi berani. aku belajar bagaimana bercakap. aku belajar menyampaikan kepada orang-orang. aku belajar memasak sebab aku asyik jadi ajk makanan aje. aku jugak makin cekap memandu sebab asyik jadi driver ke sana sini. aku jugak bole la sikit sikit settle lcd dan peralatan lain sebab hasil beberapa kali jadi ajk teknikal. aku belajar pasal ukhwah aku belajar berlapang dada aku belajar melihat sesuatu dari sudut pandang lebih baik aku belajar tentang cinta. aku belajar tentang interaksi dengan alquran aku belajar mengangis tengah malam mengadu pada Dia. aku belajar tentang mengurus organisasi. aku belajar jadi pemimpin bila beberapa kali jadi Pic program. aku belajar mencari dan mengurus. aku belajar terkejar-kejar. aku belajar buat kerja on the spot. aku belajar menjadi pantas dari siapa aku sebelumnya.aku belajar untuk bekerja. aku belajar untuk menerima. aku belajar menghargai manusia. aku belajar untuk lebih kasih pada emak abah dan keluarga.  aku belajar tentang kenapa perlu jadi lebih baik dari orang lain. 

dan macam-macam lagi.
jadi, nampak tak betapa jatuh cintanya aku pada ini semua?
sebab ia, menghidupkan. mengubah. membaikkan.
dan aku mahu tinggal di dalamnya.

nah ambillah jiwaku.

semoga Allah thabatkan. semoga mati di jalan ini.
amin.

# fikirla sendiri kenapa tajuk begitu. huaha.

fi kabad. ( 90:4 )

: Cakap la! Tadi solat apa?
: Hmm. Solat taubat.
: Ouh. 
Sakitnya. Bagai tertusuk pedang dan parang pada tubuh tak berdaya.
Peritnya. Bagai bertubi-tubi tembakan  tepat dihati jua kepala.
Beratnya. Bebanan menghempap jiwa bagai pergi separuh nyawa.

Assalam.
Bismillah hey.
Sebak. Sakit. Perit.

Biar hari ini tidur berteman air mata.
Biar tika ini hati sakit  terhiris dan  terluka
Biar detik ini  terpunggah beban pada jiwa.

Apa. Ingat mudah lenyap semua tiba-tiba.
Sekadar conteng semahunya pada laman sirama-rama.
Lalu hilang runsing di kepala.
Tentu tidak.

Untuk membeli kebahagiaan
Harus bermodalkan yang berkepentingan.
Itu pengorbanan.

Kalau betul mahu.
Kalau benar rindu.


Allahku, =’( 

Monday, 4 November 2013

sweet tak sweet akhwat guwa.

yuhu. jum qadaya. 

ok

aku dlu. bole?

ok. 

ehem ehem. betulkan duduk.
ni bukan hal adik aku. tapi hal aku. boleh ke? 

ok jer.

mcam ni ceritanya. er. aku.. aku ada satu jahiliyyah. yang aku rasa sangat susah nak buang. 
aku cuma harap.. hmm. harap korang doakan aku. 

senyap..

hmm. 
sebenarnya kan. 
aku pun ada jahiliyyah. 
nak diikutkan semua orang ada jahiliyyah masing2. 

hmm. tapi aku lain. * mencantas kata-kata.
kalau kau tahu apa jahiliyyah aku. 
mesti kau tak sangka itu adalah aku. 

ye. aku pun my dear. 
kalau kau tahu jahiliyyah aku. tak lagi tak sangka ini aku. 

ya. aku pun. geleng kepala, menginsafi dosa sendiri.

senyap.

hmm. 
pernah dengar kata-kata. 
tersungkur di pintu syurga. 

Allah nak masukkan dia ke dalam syurga. 
tapi sebab masih tak cukup untuk melayakkan dia ke sana, 
Allah terus doga dan doga. 
supaya dia bersabar dan bertahan. 
sebab itulah jalan, Allah kurniakan pahala untuknya. 

Allah sayang enti. 
berusaha sikit saja lagi. 
ok dear? 

sweet tak sweet akhwat guwa? 
kamus
#qadaya -bincangkan masalah diri / adik2 usrah utk dibincangkan bersama. untuk penyelesaian masalah bukan mengaibkan. 
#jahiliyyah - perkara dosa yang masih belum dikikis dari dalam jiwa raga. 
# belog ada baguss ---> fewwit
# kbai semua. 

Sunday, 3 November 2013

saje nak cite. ada masalah ke?

assalam
hye.

Bismillah.
Dengan segala hormatnya, tajuk di atas dirujuk. Eh.
Hehe. Ada apa pada tajuk ?

Macam ni ceritanya. Masetu baru lepas habis usrah. Aku nengok member aku. aku tatap matanya dengan pandangan sungguh berat. Cmne ek korang bayangkan pandangan sungguh berat tu? Apa yang aku maksudkan pandangan sungguh berat adalah memandangan dengan perasaan yang berat. Camtu haa.

Hatiku tertanya-tanya. Nak cakap ke, taknak cakap ke nak cakap ke taknak ke. Asyik2 soalan itu je. Dicakap mati cicak. Tak dicakap mati katak. Dua-dua haiwan tu aku sayang. Sebab setiap kali aku Nampak mesti aku menjerit kegirangan. Eh apa aku merepek ni.

Di saat aku menengok je kat muka member aku lantas member aku bertanya. ‘apesal tengok I macam tu? Aku pun mengalih pandangan dengan sepantas kilat buat-buat macam xde pape berlaku. alamak kantoi. Eh tak. Hehe. Tak la. Aku pun luahkan jugak akhirnya. Aku cakap kat beliau. I rasa hidup ni susah la. Hmm.

Lantas dia pun berkata. Aah I pun rasa begitu. I rasa kerja kita ni jadik susah (kerja seorang abid dan khalifah jadik susah) sebab sibuk mensettle hal diri sendiri yang masih tak tersettle. Lebih kurang macam tu kut la ayat beliau aku pun lupa.

betulla bak kata satu sharing dari sj. camne nak daki bukit kalau dok bawak beban berat sangat. camne nak jadi haibat kalau bawak beban dosa dalam diri. tambah aku sendiri. 

motif : xde

Terbantut kata-kata. Tak dapatlah kiranya ku meneruskan ucapan dan perasaan berupa suara pengaduan tentang apa yang aku nak perjuangkan.

Hm. Harapanku adalah aku meluah pada orang yang tepat. Yang boleh bantu, rupanya dia pun ada masalah begitu. Guane. Huhu. Aku bukan tak nak citer pada yang sepatutnya tapi aku segan la. Ti Habis semua keburukan dan aib perangai aku terbongkar. Lantas aku pun menyimpan semula apa yang tak jadik diperkatakan itu.

Cuma aku terfikir. Kalau aku lemah, dengan dosa. Orang lain pun lemah dengan dosa. Lemah dan terus lemah. Buat keje dah tak efisyen dah takleh nak all out bincang masalah umat sebab masalah sendiri tak tersettle, abis camne nak perjuangkan apa yang aku nak perjuangkan? Abis cmne ? cmne? Kalau bukan aku yang kene kuat abis cmne? Cmne woi? Camneee?? Eh. Terpoyo pulak sorisori.

Lantas semenjak hari itu. Aku berazam untuk jadik kuat dengan cara mengkikis semua kejahatan aku selama ni. Huh. Masalahnya camne nak jadik kuat? Hohoi.

Haritu aku dengar ceramah sorang ustaz ni. Adela sorang mamat Tanya dia masalah. aku syak mamat tu bole tahan hensem la sebab suara dia cm macho jeq macam macho jeq macam macho jeq. Eh. Gurau je. Haha.  masalah apekebnde ntah yang mamat tu perjuangkan. Aku pun lupe beb. Wakpe nak ingat masalah dia. Haha. tapi aku ingat jawapnnye. Jawapan yang ustaz tu bagi la. tak semena-mena dia bagi solution, bangun solat tengah malam. Apa kaitan? Tanyaku dalam hati.

 Ouh mestila kene betulkan hubungan dengan Allah kan. Jawab hatiku kembali. Pandai betul hati aku. kata aku. oh teriak pulak. Sorisori. Ok ustaz tu cakap, orang yang bangun qiam adalah orang yang hebat. Blablabla. Lagi banyakla ape ntah dia cakap lagi fadhilat qiam tu kan. Kan dah besar takkan taktahu. Aku mana ingat. Google la sendiri.

Bila difikirkan, solat mencegah seseorang dari fahsya’ dan kemungkaran. Aku pun solat der. aku pun qiam. Menangis-nangis kut. Tapi napa solat yang aku buat cm xde effect je kat diri aku aduila. Penat gak la aku memikirkan masalah tersebut. Fed up rasenya. Huu. Lemah jiwa raga kaww tahu?

Ok. Aku tahu aku tahu. Salah aku. solat aku belum sempurna. Tu pasal tak jadi benteng untuk aku. ouhh. Kalau aku mengadu kat manusia pun mesti jawapan ini gak yang aku terima. Tak pun mesti akan diingatkan tentang kasih sayang Allah. Hidup satu ujian dan segala bagai lagi la yang biase didengar tapi biasa jugak dilupakan. Ah. Okfain. Mengadu dekat Allah la der.

Dengan ini aku berazam untuk lebih sempurna. Lebih awal waktu. Lebih khusyu’ lebih berjemaah, lebihkan solat sunat dan apekebende pun la. Fuyyo macam rajin pulak aku. amin mudah-mudahan.

Bak kata dalam satu hadith tu, kebaikan menghapus kejahatan. Huh. Hadith sahih imam nawawi yang keberapa belas ntah. Hadith 19 kut.



Ok sekianlah azam aku. ko nak ikut berazam macam ape yang aku berazam x? jum berzam sama-smaa. Mudah-mudahan kita jadik cantik dan anggun bergaya sama-sama. 

tagih kekuatan dengan penulisan. sob
kbai. 

cop. ni member aku baru post status kat fb. so aku share kat korang. sweet kan? tahu.

"Ilmu itu cahaya dari Ilahi. Memancar keluar melahirkan amal, memancar ke dalam menzahirkan iman." (Ustaz Pahrol)