Thursday, 31 October 2013

suke, hati guwa suke.

assalam hey. 
bismillah. 

hari ni paling syiok dalam dunia aku rasa. 
haha. 
ni ayat quran.
 if sape tak pecaya maknanya sedang dilanda waswas. nengok surah annas.


betulla. doa adalah senjata yang di dalamnya ada satu kekuatan yang tak tahu nak diperjelas macamana. sirius ni. beb. 

kan ke doa tu suatu interaksi kita hamba dengan Dia tuhan yangMaha berkuasa atas segalanya. kan ke haibat bende 'doa' tu.

ok lepas ni kene berdoa dengan lebih menghayati dan lebih bersungguh-sungguh kalau sampai menangis2 lagi bagus. macam nak minta sesuatu kat orang, kene la bersungguh tak gitu. ?

aku sebenarnya tak tahu nak tulis macamna. nak jelaskan macamana. kalau korang rasa sendiri mesti korang faham. betapa bahagianya aku rasa sekarang ni. 

bila melihat bagaimana manisnya, cmne syioknya, how sweetnya, betapa canteknya Allah susun bantuannya satu persatu kat aku. peh. 

semoga aku dan korang semua sama-sama jadik hamba yang bersyukur. amin. =)

korang ada masalah? tak dapat nak settle? tak dapat nak handle?
pray ! there's immeasurable power in it. 

tak de masalah pun bole je nak doa woi. 

kbai. semua. assalam. 

Monday, 28 October 2013

halawah iman.

asslaam hye
bismillah.

the ustaz came near to me and said 'yeah, this one is the right way to wear tudung' . i just smiled. erm. deep inside my heart im wishing a pray from you. hoping for some strenght to be istiqamah. 

today i was so nervous for having my first paper of pqe examination. in the morning everyone was busy revising all the topic yet i was so blurred. nothing more i can read and the mind is blocked. so i took my quran and i read the ayah. alhamdulillah. for a long time, my heart is gone and i cant cry reading quran and today is such a gift for me.

walking to the hall, i realised i was the last person yet pretending like nothing happen. it wasn't started yet anyway. while waiting for the question paper, i just sit silently. it was like ouh. i dont know and i really like a person who just wake from a long sleep. i dont know what to pray. at last i prayed to Allah. show me the right way ya allah. (1:6)

alhamdulillah and alhamdulillah.

allah still giving me a chance to correct every single wrong i have done.
allah still giving me chance to feel, and to recall every moment of the true love.
and yes. i miss it so much for the whole of my heart.
have you ever felt the halawah of iman ?
i had. i used to.
and now, i am missing it.


ouh deep inside my heart. 
Allah. dont leave me alone.




tata people.

Sunday, 27 October 2013

kapok.


assalam hey. 
bismillah. 



memula aku ingat nak post kat fb je. 
tapi banyak pulak nak post. 



lepastu semua orang bising aku post ntah apa apa je. 



friend fb aku bukan bole caya sangat. 
nanti ade pulak yang cakap aku macam canteq jek macam canteq jek macam canteq jek, macam comel jerk. eh sorisori. 



so. aku post kat belog je. 
kesian belog aku. 
tapi.. padan muka. 



macam ni ceritanya. 



******************************************
aku cuba jadik baik, solehah lagi anggun. tapi kenapa orang lain sesukati je buat cm tu kat aku. kan dah aku kuajo. aku bukan sengaja. tapi pehlis la. 



aku taknak jadik kuajo cmtu. tak sweet langsung. tolongla jangan buat cmtu lagi! sama-sama nak redha Allah kan. 



ah! merayu-rayu. aku plak rase sebesalah lebih.

******************************************

banyak kali cakap. doakan i kuat. mohon. 


tapi. kalah. juga. 
aku..aku.



******************************************
tetiba ade satu macik bersore. 

hang dah berapa lama ikut tarbiyyah? 

woi. ape baling bata ni. adehh. 

kbai. T.T kemurungan. 

******************************************

berkesan tak kepimpinan kalau anak buah tak berpeluang kongsi masalah. baru nak citer da kene tembak. tomtombak gitu. utk aku sendiri ni. 

******************************************

kbai. jum solat. 

Saturday, 26 October 2013

study bukan nombor dua.

fuyyo beb. usrah daurah sana-sini exam gempak pulak tu. memang anggun bergaya ah. 

er. kalau x gempak guane? T.T

KENE GEMPAK JUGAKK ! KITA BOLEH !
 ALLAH PASTI TAK AKAN SIA-SIAKAN. 

kbai. jangan bebual lebih. 
jum study gigih2. 

credit to aten si biru langit.

oh life is hard.

Assalam.
Bismillah. I uols.

Seems like something not right going on now. Well well what to do. The exam is just around the corner. And I am having a hard time.

Bismillah and tawakkaltu 'alallah.

No, I am not gonna say that I am not strong enough to face that. Neither to be unhappy for what has Allah arrange for me. I just.. ouh!.

no. it’s about faith.
I just, have to be so strong. Keep on moving. Be close to HIM.

Pray for me people. Jzkl.


#as usual, English entry gonna be a short entry.. pelis jangan maki. Lol. 

Sunday, 20 October 2013

daie harus kuat der baru cantik lagi bergaya.

assalam 
hey. 

bismillah 

first of all let me define the word daie. daie is 'penyeru' 'pengajak' and so on. so as a muslem, we are actually for sure, a daie. because it is our responsibility to 'ajak' people to islam, the real way of life.  either one is muslem, or not yet muslem, everyone has their right to learn more about islam.

eh. apesal aku speaking ni tajuk dah la bm !


ok.dengan segala hormatnya tajuk diatas dirujuk. eh. daie=menyeru. menyeru kepada keimanan, beramal soleh dan mencegah kepada kemungkaran. mengajak manusia mengenali Allah dan RasulNya.  
(kamus kmy, 2013)

camni ceritanya. 

korang tahu tak bahawasanya tak semestinya nak kene tunggu dah baik  macam malaikat baru bole menjadi daie. bukan gak perlu berpakaian serba hitam lepastu tutup semua sampai tinggal nampak mata macam ninja je baru bole jadi daie. tak tak. kalau merasakan ilmu dah cukup mantop petik jari semua tahu baru boleh jadi daie, itu pun silap, tahu? pemikiran apekebende tu? 

korang tahu kan bahawasanya manusia mane ade yang perfect. semua ada kekuarangannya walaupun aku lebih cantik dari korang. eh. kalau nak tunggu ilmu agama dah mantap, ilmu tu sangat luas der. lagi banyak belajo lagi jahil la kite akan rasa. jadilah diri sendiri dalam menjadi daie. semampu diri. dalam masa yang sama berusaha sebaiknya untuk ke arah redha Dia. oke? 

ok aku rasa dah panjang sangat dah ni intro.
 
daie harus kuat. 
dalam pada menempuh arus modenisasi kini. cehhh. atleast nak jadi daie kita akan ade perasaan sebegini
 'aku kene jadi lebih cantik baik dari orang lain woi!' 'kalau perangai aku cm hampeh cmne orang nak thiqah dengan apa yang aku cuba perjuangkan woi!'

ok cukupla berwoi woi. 

tapi tahukah engkorang bahawa manusia yang tidak perfect yang berusaha untuk jalankan tanggungjawab dan amanah yang beso itu juga ade keburukan sendiri yang cuba dibasminya. namun apakan daya, jika kelemahan bermaharajalela, maka
 apakah yang membezakan daie yang faham dengan masyarakat yang tiada asas agama yang selalu terkinja kinja ? 
eh, apsal aku jadik lelaki ?
at least kalau kau daie nak terkinja-kinja, sikap terkinja-kinja daie haruslah jauh lebih minima berbanding orang lain. barula anda daie yang sweet, tak gitu? 

ok sebenarnya entry ini untuk diri aku sendiri. 
yeah. aku banyak terkinja-kinja. tapi sekarang aku nak insaf dan bertaubat dengan sesungguhnya. walaupun aku masih lagi ketawa kuat macam orang gila, tapi aku tetap nak berusaha jadik daie yang sweet lagi solehah, lagi anggun bergaya. eh. 

mohon, doakan aku. 
sangat perlukan kekuatan. 



Saturday, 19 October 2013

egois

Assalam.
Bismillah.

Alhamdulillah dah dewasa dah aku. eh tetiba.

Macam ni citernye.  Aku mula sedar dan mula menginsafi diri bahawa betapa egonya aku selama ni.



Selama ni aku pura-pura macam taka da apa-apa. Tak ade masalah dan everything is under control. Tapi bila aku fikir betul2 dan lupakan segalanya aku sedar dan mahu menangis semahunya. Aku Sirius x kuat.Walau apa pun aku nak menipu diri sendiri, hakikatnya jauh di sudut ati aku tahu. Dan Allah sentiasa tahu.

Dan ya. Aku menjadi tersangat jauh dan jatuh, sebab Dia tade di sisi aku. ye, salah aku sendiri yang membuatkan terasa jauh dari Allah. Hakikatnya aku sendiri. Bak kata, Allah telah membiarkan aku.

Aku, nak bagitahu seluruh dunia. Bahwasanya aku bangkai bernyawa, bila sendirian. Tanpa Dia. Andai satu masa kau lihat aku cekal, rilek rilek je tak de masalah bila diuji slumber dek aje, itulah masalah sebenar bagi aku. bila hati kaku. Membatu.

Tapi, andai satu saat kau lihat aku menangis. Mengadukan semuanya pada Dia. Itulah, saat yang selalu ku damba. Ya. Aku ego. Aku tak nak sesiapa lihat aku dengan air mata. Aku taknak dilihat lemah.


Hakikatnya, aku tanpa Tuhan. Adalah saat paling lemah. Mati. Berjalan tanpa hati.  Ya. Aku bukan aku yang dulu. Susah merasakan Dia sentiasa ada.

Padahal Dia ada! Ini masalah aku!.





Friday, 18 October 2013

Masalah member bermasalah.

Assalam. Hey bismillah dengan nama Allah.

Hari ni dengan pantasnya bak lipas kudung yang menaip papan kekunci di computer riba dengan penuh bergaya aku nak bercakap soal masalah. yea. Masalah member. Em, maksud aku, masalah sesame member.
Aku siriusly tak tahu nak cakap apa la kalau anda berasa konfiden dengan diri anda dan dengan yakinnya menggelang kepala sambil berkata,
 hey tak de tak de, aku tak ada apa apa masalah okay dengan member aku ok. Kami kamceng ok. 
Sambil nak celek ibu jari bak kata encik gabbana tapi hakikatnya member anda tak nak pun celek jari kat ibu jari anda.

Well well tahniah kepada anda yang menyedari bak tersedar dari mimpi yang lena jika anda ada apa-apa masalah sesame member dan setinggi-tinggi tahniah lagi aku ucapkan jika anda benar-benar merasakan ia suatu masalah dan anda tercari-cari langkah penyelesaian.

Ini bermakna anda sangat mengkasihi member anda dengan sepenuh jiwa raga walaupun member anda penah buat taik pada anda. Sekurang-kurangnya anda masih menghargai segala kebaikan yang pernah dia buat sepanjang hayatnya mengenali anda, dan paling penting, anda menghargai dia sebagai seorang member, walau bagaimanapun dia menjadi siapa dia sekarang punnye kan.


Dan paling penting lagi, anda merupakan seorang yang bertaqwa kepada Allah sebab apa, sebab anda berusaha menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesame manusia. Sebagaimana rasulullah menjadi suri terhebat tentang bagaimana hubungan dia terhadap manusia sekelilingnya.

Ok tanpa berlengah lagi. Aku akan meneruskan ceritera. Sila jangan mengklik pangkah pada hujung kanan skrin laptop anda di atas sana. Hmm tapi kalau anda nak klik jugak nak buat macamanaa huaaaa *nangis. Eh.

Ok. Sebelum tu aku nak share sikit pengalaman aku sendiri. Aku penah ade masalah yang sangat teruk dengan member yang ramai sehingga menjadikan aku dipulaukan di sebuah pulau. Eh tak. Maksud aku, aku terpinggir dan merasakan tak da sesiapa nak kawan dengan aku.  ke sana ke mari aku sendiri. Sendiri bertemankan sepi. *nyanyi. Syahdu siot.

Well, iya, semuanya berpunca dari aku sendiri dan orang lain jugak. Walaupun aku tak dapat mengjelaskan dengan penjelasan yang jitu akan apa pun ca sebenar masalah  tersebut berlaku tapi aku menyeru kepada diri aku sendiri supaya muhasabah diri dan tidak mencari-cari kesilapan  orang lain.

Macam-macam pernah berlaku. dalam pada orang buat taik kat aku aku pun apa kurangnya sebab aku seorang wanita yang gagah perkasa. Setakat maki orang balik itu perkara biasa walaupun pada malamnya aku akan menangis penuh penyesalan dengan apa yang aku buat tu.

Ok tapibukan tu yang aku nak cerite. Berbalik pada ceramah aku tadi, bahawasanya taqwa bukan hanya melibatkan hubungan dengan allah tetapi juga hubungan yang baik sesame manusia.

Lantas aku mengambil jalan untuk lebih banyak berdiam diri, bersabar dan benyak ke surau untuk menangis sepuas-puas hati sebab aku tak mampu buat lebih dari mengadu kepada Allah agar diberi kekuatan yang padu dan jitu dalam diri. Berzikir hauqalah dan berdoa sambil meleleh air mata dan air hidung sekali meleleh.
Tapi yaa. Itu sweet sebab bila diuji la kita akan rasa paling dekat dengan Allah, kan kan? Jadi bersyukurlah dan berbanggalah  bila diuji sebab si Dia menzoom in dan menanti rintihan anda sebagai hambaNya. Ok? Ok tak perlu kembangkan lubang hidung anda. Ingat comel ke?

Ok. Hari ni aku nak share ayat surah hujurat ayat 10. Surah al hujurat adelah surah ke 49 dalam quran. Kalau quran bese ianya di muka surat516. Terjemahan ayat tersebut berbunyi begini. :

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah agar kamu mendapat rahmat.
 

Tu lah ayat dia. Lepas tu tetiba aku emosi. Aku gaduh ngan member tak de sape nak tolong damaikan.cis.  Hahaha.

Ok berbalik kepada ayat quran tu. Aku pun mentadabbur la dengan sepenuh hati. Aku terfikir. Kenapa ayat ni mesti dikaitkan dengan taqwa. Sedangkan ia pasal orang berselisih. Napa allah tak cakap suruh meminta maaf dan saling memafkan ke, bagi hadiah ke. Tapi allah cakap pasal hubungan kita dengan allah pulak.. (bertqwalah kepada allah).

Nampak x, betapa hubungan kita sesame manusia pun sebenarnya melibatkan hubungan kita dengan Allah. Dan ya, allah akan terus uji uji dan uji kita dalam rangka menjadikan kita orang bertaqwa.


  • Mungkin kita tak jaga hubungan dengan Allah, membelakangkan Allah dalam urusan seharian lalu menjadikan Allah bagi ujian supaya kita kembali kepada Dia.
  • Atau kedua, Allah sangat sayang kita, so Allah uji dan uji lagi supaya kita hanya meletakkan seluruh perasaan jiwa dan raga hanya untuk Allah. Sampai kita rasa taddehal pun kalau semua manusia mengeji atau memaki hamun, sebab kita ada Allah.  Tu yang sweet tu. 
  • Allah nak sediakan kita supaya kita dah alah bisa tegal biasa dengan dogaan sebegitu supaya suatu masa nanti kita nak berdakwah setakat kene maki tu taddehal dan tak meruntuhkan semangat langsung. Huahua.          


 
Penah dengar tak kata-kata, jiwa mukmin itu bila bersama manusia terasa sunyi sebab hatinya seronok bersama tuhan. Haa tu dia. Apedehal tu semua. Heh.


Ok. Arakian sekarang aku menyeru kepada diri aku sendiri dan orang lain jugak. Sama2lah kita menjaga hubungan kita dnegan allah. Perbaiki solat perbaiki ibadah dulu, Allah akan bimbing kita dan bantu kita perbaiki urusan sesame manusia.

Dan ya, himpunkan segala resah dan adukan segala gelisah pada Dia yang maha Mendengar rintihan hamba. Okay?
Berusaha menjadi matang dan bersabar dengan kerenah manusia. Ok ?


Ya allah, aku tak suka gila kat minah ni kenapa buruk beno perangai dia ya allah, bantulah aku supaya bersabar dengan perangai dia  ya allah aku tak nak maki dia tapi dia macam nak mintak kene maki je, kuatkanlah imanku ya allah. Amin. 

kerna dosa kau lembik. ayuh jadik super saiya.


Assalam all.
Bismillah.

Hey. banyak aku nak citer ni beb.
First of all. Penah dengar kata-kata ni?

Maksiat menjadikan pelakunya lemah.

Ok. Aku setuju dengan kata-kata ni. Siriusly setuju dan like dan no doubt at all dan apekebende lah. Ape lagi boleh membuktikan betapa aku setujunye dengan kata-kata ni?

Ok. Berbalik kepada tajuk
Terngiang-ngiang aku dengan kata-kata seorang macik ni. Takla macik sangat pun umur lebih kurang je dengan aku tapi sebab dia lagi tua dalam tarbiyyah so aku panggil dia macik.

Macik tersebut berpesan . kalau bangun qiam dan puasa pun kita still tak sanggup nak buat, tu maknanya kita masih belum betul2 mencintai Allah.
Amekkau penumbuk.

Bangun qiam ok lagi Alhamdulillah la  Allah bangunkan awal. Tang pose tu sentap mak nak sikit.Aku tau aku bnyak dosa, ditambah lagi dengan kata-kata tu membuatkan aku bernazar nak puasa esoknya. Puasa adalah satu ibadah yang paling mujahadah dan paling payaah sekali aku rasa dalam dunia ini.

Hari tu try puasa sampai demam demam. Angin naik kepala. Perut kosong. Sampai skip kelas dengan usrah usrah sekali aku skip. Hari aku dihabiskan dengan mengaduh kesakitan dan tido. Pedih ulu hati pun ade. Jiran bilik aku merangkap usrahmate aku berkata bahawa, untuk memulihkan gastrik caranya adalah dengan puasa.

Alhamdulillah Allah beri kekuatan, aku Berjaya abiskan gak puasa tu.  Nampak tak betapa susahnya aku nak puasa? Takpe takpe, practice make perfect. Mohon jangan judge apa-apa. Aku berusaha untuk cari redha Allah semampunye tahu tak. dan aku yakin Allah menyanyangi aku.

hm. sebenarnya aku sakit bukan sebab pose. tapi sebab dosa. 

Sebenanya apa aku nak citer ek?
Hmm. Sebenarnya… aku nak mengetengahkan ‘maksiat menjadikan pelakunya lemah’  tak caya? Aku yakin Kau sendiri pun mesti pernah melaluinya dan mengerti hal ni kan ? sebagaimana rindunya aku pada aku yang dlu. Di kala maksiat tak sebanyak kini.  Hm.Nak puasa pun tak larat.

jum bina kekuatan dengan dekatkan diri padaNya. =)



Monday, 14 October 2013

mak angkat dan semut

Assalam hey.

Bismillah. Dia macam ni. Oleh sebab tetiba keluar topic perbualan dengan emak dan adik aku, maka arakian itu aku pun tulis la kat sini buat kenang-kenangan.  Aku suka beborak ntah apa-apa je kat mak abah ngan adik beradik aku sebab orang kata perbualan tu mengeratkan kasih sayang. Eh. *tapi berborak dengan kasih sayang la bukan caci maki. 

ala tomey tomey

Ni kisah mak angkat aku sebenarnya. Arakian teringat nasehat ikhlas oleh para lecturer, selain bergumbira kat rumah mak angkat, kita seharusnya berusaha utnuk mempelajari seberapa banyak ilmu da tips dari orang kampung, tahu?  Lantas aku dengan semangat jitu pun bersungguh-sungguh untuk belaja apa saja kat sana.

Alkisah emak angkat yang aku pegi BiG haritu kan. Kat rumah dia diserang semut. Pantang letak makanan sekejap aje pun atas meja da ade semut halus datang mengaut makanan tu dengan rakusnya. Lebih mennyakitkan hati adelah semut tersebut bawak kesemua rakan yang ada untuk sama-sama mengaut keuntungan makanan tu tanpa segan silunya. Huh.
jum kawan kita berjimba
Tetiba aku Nampak ade gula atas lantai. Banyak. Diletakkan atas plastic sebagai alas. Lantas aku bertanya. Hok buak gapo gula tuu mocik? (ayat sebenar terpaksa dirahsiakan kalau tak semua orang tahu betapa sweetnya aku kat mak angkat aku)
Ouh. Itu biar semut makan. So that they will never naik atas meja curi makanan lagi.eh speaking pulak mak angkat aku ni. Kataku dalam hati. ooo, jawab aku, ringkas.

 berkesan ke tips tersebut. Tak penah pulak aku dengar ade orang buat sebegitu dalam rangka menghalau semut atas meja.. aku meragui. Kelako kot. Hahaha.

Tapi yang peliknya, tak da sekelumit semut pun kat gula tu. Tapi ada banyak semut atas meja. Haha. kuajo semut ni mempermainkan orang tua.

Bila aku citer kat family aku, ade je adik aku mnambah. ‘tengok, semut tu terdidik dengan perasaan mujahadah tahu, tak layan gula yang datang bergolek. Dia nak berusaha jugak dapatkan makanan atas meja.

Ook nasib baik anda melihat dari sudut pandang insan bertarbiyah. Bagus bagus.

Anyway, yang payah itu manis. ujian adalah nikmat tertangguh *tetiba.

Kbai. 

Sunday, 13 October 2013

pecut walaupun kau siput.

assalam. bismillah. yuhuu semuanyaa!!

just a little silly point im trying to drag here today. 
dalam bekerja bersama-sama. kita akan temui berbagai ragam dan kerenah tentang cara bekerja setiap rakan sekerja. 

ada satu. aku bengang gila. tapi terpaksa bersabar. 

ish! apesal la dia ni lambat sangat. kalau begini begini, takkan itu pun tak faham. kenapa kenapa tak faham faham haaaa???
takkan nak kene bagitahu every single thing? 
kalau ini wajib begini, kalau nak begini, kene buat yang ini dulu. kalau nak begitu harus fikir begitu. 
hello !
nak tumbuk ke taknak tumbuk ke nak tumbuk ke? grr.

sampaila, terpaksa pujuk diri sendiri. 
sabar, dia masih 'adik-adik' lagi. *walaupun bukan baye adik2 tapi terpaksa anggap begitu* haih.
jangan kasar sangat. nanti lari. nanti penat. nanti fed up. 
sabar. nak tuai buah biar bila ranum, jangan yang baru berputik. 
ini bukan hal masak maggi, cepat dimasak, cepat dimakan... tapi akan cepat lapo balik. 

betul. 
bagus ada banyak pengalaman. bagus bila ada banyak ragam. 
dari situ, kita belajar sesuatu. 

di sini, baru aku tahu, 
baru aku sedar. 
betapa sabarnya yang lagi tua, dengan aku. 
yang bertatih. berkerenah, buat orang letih. 
baru aku sedar. 
mueheheeee. 
sori *buat peace. 

klau betul pun siput, jadilah siput yang hensem.
apa lagi woi? 
pecut laaaaa!
lari ! laju lagi !

tambah kefahaman. 
istiqamah dengan amalan.
bina kekuatan. 
banyakkan pengalaman.
bnayakkan perjuangan. 
banyakkan pengorbanan. 
dan lagi, bnaykkan berfikir, berukhwah, betanggungjawab !

itu yang menggemuk kefahaman. 
sampai bila harus manja?

okbai. bebual lebih pun tak guna ! kau diri kau.