Friday, 27 September 2013

'kerana aku solat'

assalam . 
hye. 
first of all, harini adela beberapa berita kematian. 
innalillah. semoga ditempatkan di kalangan orang beriman. 

malam ni malam jumaat beb. kalau la mati jumaat. heyhey. 
hmm, 
sediakah aku? 

anyway, hari ni aku nak bercakap tentang 'kerana aku solat'


ceritanya sunnguh bermakna, sebab sangat menyentap di jiwa. jiwa aku la jiwa korang manadde aku tau. 

dia cantik. ayu. penampilan biasa, tapi jauh dari biasa.  
bukan yang biasa-biasa. 
aku tengok dia.
terkesima. 
cantiknya. sedap di pandangan mata. 
dia pandang aku. 
aku tak terkata apa. diam. tertanya-tanya. 
 
di kala semua berjenaka, 
gelak macam gila,
dia hanya menguntum senyuman,
manis, sopan. 
aku pandang dia, 
dia sedar itu, lalu memandangku. 
aku kelu, 
tak terkata.  
saat yang lain geram, marah, melatah. 
dia hanya senyap. 
wajah tidak dirundung runsing. 
bahkan tenang saja. 
bersabar dan lembut meluah kata demi kata. 
aku pandang dia. 
dia pandang aku, menguntum senyum, lantas berlalu. 

aku tahu, dia tahu, akan persoalan apa, bertandang dalam jiwa. 
kau kenapa ya? begitu tenang sentiasa, riak lakumu seperti telah di'rehearsal'kan
teratur semuanya. 
baik semuanya. 
tiba-tiba, terjawab semuanya, 
dari satu peristiwa. 
'saya nak kuar jap, saya terlupa saya belum solat'
ish! 

ya, aku dapat jawapannya. dari peristiwa aturan Dia. 
'kerana aku solat'
orang solat. tak sama dengan orang sempurna solat. langsung berbeza dengan tidak solat. 

Sunday, 22 September 2013

with love. aw gedik.

bismillah. semoga fillah. 
userah osem harini mengajar aku sesuatu. 
so that ni azam aku. 

lepas ni aku target taknak cepat melatah.
banyakkan bersabar dan mendengar so that aku akan kelihatan matang, cantik dan menawan. eh. 
eh. apesal ade ni?
try to be a good speaker. 
control the situation, control the emotion. 
everything fillah. 

takmo gelak kuat dah, konpem selamat dunia akhirat ke woi?

last, guwa sayang usrahmate guwa. 
kak ida, sab, auni, mah, kmy. eh nama aku pun ada? haha. 

ya Allah, sabarnya orang dengan aku. tahniah korang, aku saje test je. HAHAHAHAHA eh. sori maksud aku, hihi. 

ok. bukan test. ti aku usha jadik baik sikit k. wuwu.

its true babe. 
usrah bukan majlis ilmu. kalau nak ilmu semata2, baik dengar youtube ke apekebende.
 usrahlebih dari itu. ok? 

pembentukan diri.


kata akhir sebelum sayonara

Assalam.
Jujurnya, aku marah.  Takde mase nak main2.

Hey. Lorong ini tak memerlukan si manja.  
Ya, aku kecewa. Tapi lebih aku marah akan sikapmu.
Kata faham hidup satu perjuangan.
Tapi…

Sampai la ni.
Aku dah tawar hati.
Ramai lagi yang sudi.

Jujurnya, aku tak Nampak kau benar-benar mahu.
Mohon buktikan, akan apa kau pernah katakan.
Sebelum aku membuat keputusan.
Kelak kau boleh buat kau punya suka.
Dan aku tiada lagi peduli.

Untuk anda, aku telah tinggalkan banyak yang aku cintai.
Kalau sekadar menghampakan,
Baik aku berfokus pada IPTHO kalau macam ni.
Aku sedang sirius.

Aku tak minta kau menghargai aku.
Tapi tolong, hargai diri sendiri. 

Saturday, 21 September 2013

sengeh.

assalam.
hye.
alhamdulillah, Allah bukakan hati anak2 untuk ikut khandak bawak hunain berjalan-jalan di taman bunga isk.
aku dah lama memendam perasaan agar cita2 tersebut tercapai.
taman bunga isk
semalam sirius agak terkilan bila respon yang diterima agak mendukacitakan. sebab dah lama aku nak usahakn bende ni kat diorang. hanya yang mampu dilakukan semalam hanyalah menghantar sedikit kuih dengan perasaan remuk penuh pengharapan.

balik rumah dengan sebak syahdunya. merasakan buruknya perangai sendiri menjadi asbab dakwah tak menjadi. Alhamdulilllah hey. ada sinar lagi.

tetapi alamak. aku dah kat rumah la pulak woi.  guane guane dan guane ?
Mengharap belas ihsan akhwat. semoga dipermudahkan. amin.

semoga Allah redha.

Thursday, 19 September 2013

alpa beb. selalu cenggini.

Assalam. Penat harini. Memula terasa sangat kosong dan aku bekerja semampu kudrat berbaki tapi hati tanpa diisi.

Nasib baik malamnya ada usrah barang 15 minit. Mencuri masa dalam masa. terisi sikit jiwa gua. 

Sebenarnya banyak bende aku nak perkatakan. Tapi takde ape lagi nak diperkatakan. Sebab aku penat de. letih dan so tired.

macam nak tumbuk orang kan baca post macam ni. Hahahaha.


Cuma aku nak ingatkan diri korang dan aku la yang terutamanya khasnya pun kan.

ingatlah Allah walau di mana dan bila. sebab hanya Dia  tempat meminta pertolongan dan pergantung harapan. Takkan bila susah je nak ingat Allah woi!
kuajo.
 
k. may Allah bless.
mohon usah contohi aku. Aku on my way nak jadik solehah la ni. Besela buruk perangai sikit2  tu kan. Hahahah. mohon jangan contohi. uwaa merayu-rayu.  

Tata.

Tuesday, 17 September 2013

syahdu siot.

Assalam hye.
Kmy lagi ni. Hhehe

Woi ko asal ? kje lain semua da siap ke asyik blogging je? Nak kene penumbuk ke huh? Huh?

Amboi jangan mementingkan diri sendiri bole tak? Asyik nak menumbuk je tahu.
Diam ah.

Macam yg aku dah perjuangkan sebelum ni.menulis atau berkata-kata tu sesuatu yang memberi inspirasi buat aku. so what?

Macam ni. Tadi ade program. Dan nilah satu2nya program paling syahdu aku rasa sebab datang dan balik program dengan tangisan. Syahdu tak syahdu citer guwa.

Dah adatkan. Kita akan begitu mudah menangisi yang tersayang. Woowoo

konon2 mcm air mata la..bole gitu?

Xpelah, yang penting. Sakit macam ne pun.. kau ingat kau sorang je ade perasaan.? Abes orang lain? Amboi amboi. Jangan mementingkan diri sendiri boleh tak !

Ok dengan ini aku berazam untuk sentiasa bahagia walau di mana berada. Remember  beb. Tangisan hanya untuk Dia di sepertiga malam. ok? tunjukkan muka paling bhagia enjoy setiap hari dalamhidupmu. yeah

Have a nicee day babe.

U’re beautiful.ohyeaa. mohon jangan pangkah. ehehhhiiuuu.

ya Allah.. kasihanilah mak dan abah kamillya sebagaimana mereka menyeyanginya semasa kecil ... amin. thanks doakan=)

Kbai. 

Monday, 16 September 2013

Sunday, 15 September 2013

kau nampak beriman der.

assalam hye.

Arrahman nya Allah. membiarkan pandangan cukupbaik manusia kepada aku.
sedang itu bukan aku yang sebenarnya.

aku cuma mengharap. pandangan tinggi manusia pada aku, taklebih dari yang selayaknya.
hina rasanya. Engkau maha tahu YaAllah.

pernah satu masa. seorang member berkata
. i malu dengan u. kdg2 i rasa u solat lagi khusyukdari i. 

hey. mana kau tahu pandangan Allah bagaimana.
go away with your opinion. go away !

sayu...
hati ini makin sayu..
rindu....
terkenangkan.. *eh ternyanyi plak.

kemon mana motivasi insan cemerlang hambaAllah gemilang nii.
lari iyah iyah.

Saturday, 14 September 2013

muntah exe. sem 4 kronik.

Ni bukan hal aku melihat dari sudut negative. Bukan jugak perihal aku terlalu melihat masalah berbanding peluang.

Ni hal aku dah termuntah2 buat kerja yang sama.
Tahu? Aku muntah keluar exe exe exe. Nampak tak betapa kronik nye jiwa aku.

masalahnye apesal muntah warne warni ingat bahagia sangat ke, huh huh? 
Ok tipu.

Aku tahu setiap yang terjadi ada hikmahnya.
Tapi aku dah tawar hati.
Tengok la apa nak jadik dengan assignment Edu aku. tak de perasaan langsung nak settlekan. Penat mengulang lepas tu menghilang.

Dia macam ni ceritanya.
Di subuh yang hening, kedengaran laungan azan berkumandang. Aku mengambil wuduk. Setelah itu hati terdetik. Maleh ah gi masjid. Nak kene siapkan exe ni, takut tak sempat. Lntas aku pun solatlah di asrama saje.
Lalu apa terjadik?
Amek kau. Bukak balik exe. Everything’s gone.
Belajo exe berulam duka. Uwaa.

kbai. 

anyway. 
nak kabo ceritanya. 

Semalam Jumaat. Org2 palestin dilarang ke masjid al aqsa untuk solat. 


ada masjid di tempat lain pulak tersergam indah boleh solat dengan bahagienye.. tapi tak ramai berminat menggunakannya.



Aku terfikir kalau2 ditarik nikmat itu.


tengok burung pun berjemaah. eh. 


Thursday, 12 September 2013

bila, hingga bila.

tengok tv, selalu terdetik di hati.
amende kau ni? 
apa barang berlakon macam ni.
macam memperbudakkan diri.
sudah tua masih bermain-main lagi. 
macam kanak-kanak dengan barang permainannya. 
saban hari menyuapkan masyarakat dengan cerita ntah apa-apa. muak. 
matured pehlis. 

tapi, lepas penat fikir jelek pada manusia, 
baru aku sedar. 
aku pun sedang berlakon.
kita semua sedang berlakon. 
tak perlu ke kaca tv.
memang seorang pelakon. 
dalam pentas dunia. sangat ramai penontonnya. 
tak tahu tayangannya kelak bakal dikagumi atau di maki. 
ouh. 
macamana bole alpa, maha MelihatNya Dia. 

payah hidup ni. 
tapi. satu, sesungguhnya dunia tempat kecemburuan dua ahli. 
ahli sorga mahu ke dunia, mahu perbanyakkan lagi amal pada yang Esa. 
ahli neraka, pasti mahu kembali ke dunia, menyesali dosa dan noda. 

semoga Allah tuntuni jalan. 

Monday, 9 September 2013

alolo comeinye perangai.

assalam.
sakit lagi.
tapi aku kuat.
insya allah.

sekarang mcm2 dogaan melanda.
aku taktahu nak bina identiti yg guane.

depa kata, aku tak bley mentadbir. tak pandai marah orang. kene pijak je.
tadi aku marah 3 budak.
last2 aku yg sedih.
tak sampai hati de.
cop. sebenarnya 6 budak.
3 prempuan, 3 lelaki
masing2 terhegeh2 kat aku.
bru nak sengeh2 la mintak maaf la, cek enset la..

tapi aku sendiri tak sampai hati.
adui la.
tekanan dari macam2 pihak.

aku taknak hipokrit de. depan baik blakang maki.
tapi, wei anda, tolong la fahami dan dengari aku. sedih pun ade cer aku ni. huargh.

borak punya borak. ade tanya. kenapa serabut? semalam qiam x? amek kau.

terkenang ceritera semalam. bincang2 ngan member. cmne nak terapkan tarbiyyah dalam kelas.
katanya,
sekarang, org tak nak kata2 . tu semua bebual lebih.
orang nak qudwatul hasanah.

tunjukkan.

ok. aku cuba.
ok ok! aku cuba la ni woi! diam !

Friday, 6 September 2013

bersangkakah aku, rasa kata begitu.

assalam hey.

i am sad. really really sad.
i have been rejected. ='(

it's raining heavily.
cloud, u feel what i feel..?

putus cinta. tertolak.
sedih. sakit. sengsara.
terseksa.

hey.
tak.
Allah tu maha Pengasih lagi maha penyayang !
mana, Dia menolak.

Dia cuma mahu, kau buktikan lagi, kalau betul kau cinta.
bukan. Dia bukan jauh. Dia dekat.

Dosa, dan noda. yang membuatkan terasa jauh Dia.
'AKU MENURUT SANGKAAN HAMBAKU'

#tulisan penuh beremosi.
aku rindu.

Tuesday, 3 September 2013

rilek dlu.

assalam hey. 
a lil bit busy with a lot of assignment. 
ok poyo. 

macam ni citernye. 
aku jalan2 kat fb.. terjumpe satu quote ni. macam bagus gak ah ayat dia. 

ada orang lihat masalah kecil tu sangat besar. 
sedangkan, 
ada orang melihat satu masalah besar, kecil sahaja. 

kan. 
haaa kan. 
kau mana ? 

macam ni. 
busy tak busy dengan macam2 hal pun, tetap kene peruntukkan masa utk Allah. tahu? 
kata cinta .. ?!

kalau nak tunggu tak busy, then bila...?
ia tentang bagaimana kita urus masa kita sendiri, isnt it ? 

ok. 
ditakdirkan, aku jadi ajk kerohanian utk kem yang aku kene hadiri. nampak simple. ala letak je la sapa imam solat, sapa tazkirah.. blabla bagai.. ape susah..?

nom nom. 
pemikiran kene ke depan beb. apa hadaf nye. ape masalah yg nak di settle. ape bahan yg sesuai. ingat main selit2 je? ape pulak kesinambungan tazkirah sebelum dan selepas..? 
ha..

ingat apa..? jangan main2 de. bincang pasal ni je dah setengah jam. 

ditakdirkan pulak untuk hari japim, aku kene jadik ajk jemputan so aku kene settle jemputan utk sambutan japim suatu hari kelak ntah laa nak amek kat member drafnye dah tido pulak beliau sweet kan.. esok dah nak camping 4 hari mane sempat woi ape sal ko tido awal huh ? huh ?

ditakdirkan jugak, aku 'diambil semula' bekerja jadik cikgu tuition math n english tu.. hnss. ingat dah reject aku dah. haha. pekare yg paling aku tak suka adalah kene reject. haihh. alhamdulillah ala kulli hal wuhuu. 

ditakdirkan pulak, sebagai pko kelas, latest ni ade je tugasan mengejut yg nak kene settle dlm masa yg sgt terdekat, so aku yg pengurusan masa macam hampeh ni pun terkocoh kacah la woi haru biru jadinya oi. 
lagi.. apekebende yg aku nak perjuangkan sebenarnya..?
haa.. 

sebenarnya.. aku baru je busy dengan sikit hal.. tapi. dah serabut. 
guane nak pegang batu pahat ni woi.. ?

eh eh. 
luqman hakim pun nama adik aku. dia masih single. eh. 

ok. fine. lu fikir sendiri ape pengajaran.  masa allah settle. keberkatan yg dicari. hati manusia allah pegang. usaha dan tawakal. leave it to god. 

Alhamdulillah dan yakinlah. Allah akan permudahkan. amin. 

kalau mu tak dok sebok nga hal pahala, mu ka sebok denga hal dose boh.  <--betul aku="" blockquote="" ke="" kecek="" ni="">