Saturday, 27 July 2013

sakit hati guwa.

assalam. 
bismillah. 

heyheyehyeeee.
ok. not going to write much. im gonna talk on.. (baca tajuk) 

kekadang, manusia banyak komen itu dan ini. kekadang manusia, mengumpat situ dan sini. 
semuanya atas rasa tak puas hati. *mungkin ade sebab lain gak. ok ok. lek ah. 

kau ade anak tekak macam aku ke? cakap cakapp!!

jangan cakap la bulan ramadhan ke bukan. 
toksah cakap la ade setan ke tak hade. 

betul beb. 
pengalaman sendiri ni. 
ouhh. ok tapi aku nak bertaubat la ni. T.T

okk. 
macam ni citernye. 

manusia jadik dengki dan cakap2 belakang tentang seseorang  atas macam2 sebab. 
1) tak redha @ tak leh terima dengan apa yg terjadik. 
2) tak diberi peluang untuk nyatakan secara jujur perasaan hati yang sakit dilukai. *perjuangkan hak beb. 
3) sama seperti di atas
4) dan sebagainya

sirius beb. aku sendiri pun begitu pasti, ramai je orang tak puas hati kat aku. *atas banyak faktor. 

tapi, tak adil kan, kalau aku sendiri tak sedar @ tak diberi peluang @ tak dibantu untuk ubah sesuatu yang patut diubah. 

faham ke? 

ok. berkat ramadhan yang mulia ini. 

aku berazam nak ubah diri ke arah lagi baik, cantik dan menawan. 
eh. 
err. maksud aku, perubahan kepade labih baik la. 
mcm skema kan?
diamlah !

so, kalau ade pape yg macam tak puas hati kat aku, sila pm kat fb ke kat belog ni ke sukatilah. kat email yahoo ke. kalau x nak dikenali, boleh tulis anon. aku suka orang jujur ni. aku lambat sikit  banyak kalau orang berkalis2 ni. hahahahahaa.. (kuajo cakap aku lampi)

so, takdelah org2 yang tak puas hati kat aku terus menerus memendam perasaan @ cakap2 belakang kan kan? kurang sikit dosanyee. 

ok. bajet bersedia gila aku nak kene maki. tapi. tkpe. 
insya allah aku aku sandarkan perasaan pada allah. 
ok?

sebelum tu, dimulakan dengan bismillah. ok? 
sori dan jzkl. 

Friday, 26 July 2013

fastaqim.

assalamualaikum
heheheyyy. 
hari ni 17 ramadhan beb. Nuzul quran. hari Jumaat pulak tu. so guane. hari ni sama atau berbeza dengan hari lain? 

bacaan quran ? tadabur ? zikir2 ? sedekah ? kemon, ganjaran pahala berlipat kali gande wei. peluang bukan selalu ade beb. 

ok sekian tazkirah.

eh. tak. tu cuma intro. 
hari ni memang aku nak bagi tazkirah pun. 
dia macam ni tau ceritanya. 

ah. aku tak reti la nak start. yang penting..pointnye adalah, istiqamah.

yusof taiyoob eh, istiqamahh. *berbisik

tau x ape maksud istiqamah? tahu kan. takpe, kau tau ke tak tau, aku tetap nak bagitau. 

macam ni ceritanya. istiqamah tu maksudnya,  kite berterusan buat sesuatu tanpe jemu atau bosan. dan kita buat ia berulang ulang ulang.. 
(sumber : kamus kmy)

ape2 bende pun boleh jadik istiqamah. 
contoh : istiqmah dalam ke adaan berwuuduk. batal wuduk amek lagi. terkuntut amek wuduk lagi. gi buang air apekebende pastu amek wuduk lagi. dan sentiasa berterusan macam tu. 

contoh lain : istiqamah memulakan sesuatu dengan basmalah. buat tu bismillah. buat ni bismillah. makan nasik campur lauk daging masak black paper bace bismillah.. *sedapnyee. 
ape2 pun dimulakan dengan bismillah. kan sweet gitu. 

ape lagi contoh lain? 
istiqamah dalam melakukan amalan sunat, solat tahajud ke, solat dhuha ke, mathurat, yasinan, kahfi setiap jumaat, almulk tiapkali sebelum tido. 

allah suka kalau kita beramal untuk dekatkan diri kapada Allah. tapi, lagi bagus kalau kita istiqamah dan berterusan buat semua tu. lagiiiiii sweet. 
walaupun sedikit beb. ok?

maka kami, rakyat malaysia, eh terikrar pulak. maksud aku,  maka dengan ini, ayuhlah ita sama2 tambah amalan dan istiqamah melaksanakannya dengan perasaan penuh cinta !.


ok? jum doa2kan saudara2 kita di sana. 

*istiqamah berdakwah? ada dalam list ? ehhe hee. err. istiqamah boikot sesuatu yang patut diboikot? hah!

Wednesday, 24 July 2013

it's okay it's alright.

i was like..
hmm.

it's okay.
everything gonna be alright.

orang cantik tabah.
kbai. 

Tuesday, 23 July 2013

imprisoned

once,
i told a friend of mine,
not to be so paranoid. 

come on. 
you a not a prisoner of your past.
yo are an engineer of your future. 

i just... try to give a hand. 

yet after all,
i start to realize.
it is me, 
the one,
whom imprisoned by her own past
and still so. 


argh. 
life is hard. 

Monday, 22 July 2013

wanginilah

jika masa silammu busuk,
usah benarkan ia terus membusuk,

kau insan merdeka.
bahagia.
mengapa menderitakan diri setelah dideritai.

kasihan. kau mahu orang menangis, sedih melihat engkau?
usah.
mohon, jangan.

ra ra re ra re ra re ra. *nyanyi



assalamualaikum
heii. peh rindu syiak kat belog ni. sori sori. aku tau kau rindu aku. 


nah cinta.. amekla amekla. 


puih. macam sampah. perasan lebeh mintak penumbuk ke? hahaha. 

lek la! 
jangan mementingkan diri sendiri boleh x?! 

eh. sorisori. 
hahaha. 
aku bukan malas tapi aku sebenarnya memang malas pun. 
tetiba hari ni aku rajin. tahniah kepada aku. *clapclap

ok. berhenti bebual dan kelaut.

astaghfirullah. 
astaghfirullah.
astaghfirullah. 

marilah kita sama2 beristighfar dan memohon keampunan pada Allah atas dosa2 sama ada sedar atau tak. hari ni dan berapa kali ingat allah? apa la takkan waktu susah je baru nak ingat allah. ayuhla jadik hamba yang bersyukur sikit.bersyukur dengan tambahkan amalan, perkuatkan menyeru manusia ke jalan yang benar. dan macam2 lagi. 

marilah. pejamkan mata anda. *pasang lagu kitaro. 

eh sori2 ni bukan slot muhasabah..hahaha. tapi fikir2kan. kalau bukan sekarang nak muhasabah diri, then, bila?  fikri sendiri beb. 

anyway. ak ade bende nak diperjuangkan hari ni. alaa. bende picisan je. tapi bagi aku, dia bukan picisan. sapa kata picisan tu? kuajo! nak kene penumbuk? huh ? huh? eh.sorisori. 

dia macam ni tau citernye. kretiviti dan pemikiran yang sangat kritis dan tahap inovatif serta tak dilupakan tahap macam bagus bahkan memang baguss pun sangatsangat diperlukan dalam mendepani cabaran dunia masa kini. 

ye.kalau fikiran tahap cikai2. bebudak pun boleh buat. adakah level kita sama dengan level bebudak? nonono. of kos not. kau kan wanita cantik lagi bekerjaya. takkan la sama level ngan bebudak? kankan?

ok. sebagai contoh suka untuk aku mulakan dengan dakwah. sebab aku suka. sebab dakwah menghdupkan hati aku. sebab bila down tahap nak makan aiskrim perasa cekelat yang besar dengan rakusnya, dakwah lah yang membuatkan jiwa aku hidup dan menjadi benteng dari melakukan perkara gila macam orang tak beriman. sebab aku yakin. sapa tolong agama allah, allah tolong dia. teguhkan kedudukan dia. (47:7) so. dengan dakwah, aku yakin aku jadi lagi mantop dan cantik bergaya. eh. 

dakwah bermaksud menyeru, mengajak, orang kepada kebenaran yang hakiki. (sumber : kamus kmy, 2013)

ok back to topik. dengan dakwah. memerlukan kreativiti. 

hari ni aku kene tetak ngan parang oleh member kelas aku. aku rasa macam nak mati dah. tapi nasib baik aku bertahan dengan penuh tabah lagi gigih lalu akhirnya aku dapat bantuan ubat berbentuk cinta yang berserakan. aku pun mampu bernafas seperti sediakala.
*sori hiperbola sangat ke haha? maksud aku, member aku pangkah aku dengan cobaan aktiviti yang aku cuba perjuangkan. semua tak kena bagi dia. semua tak kene. semua. arghh. down. aku bukan orang baik lagi cukup beriman dan bertaqwa kepada allah. tapi, aku berusaha la tahu tak!! nasib baik, Allah turunkan ketenangan. Allah memang sentiasa ada. alhamdulillah. 

tapi, bila fikir2 balik. betul la. nak mengajak orang kepada allah, tak semudah makan nasi dengan lauk ayam goreng berempah. *sedapnyeee. 

nak mengajak orang kepada allah, diri sendiri kene bina hubungan yang kuat dengan Allah dulu. seterusnya, baru merancang dan berbincang apa yang boleh dilaksanakan. dan ya, Allah sendiri akan membantunya. 

fikirkan dengan habis fikirla beb. pemikiran tak bleh stereotaip. argh. susahnya. sepanjang hidup aku tak penah jadik pko. susah doh. hahahahaha. tu la. dah tua2 baru nak belaja jadi pemimpin. sape suruh. eh tetiba. taktak. ini bukan sebab pko ke ape. leklek. ini tentang bagaimana membina kretiviti dan pemikiran tahap mantol yang membuatkan semua orang chenta dan teruja serta mata bersinar-sinar dan taksabar2 bila dengan tentang "dakwah' *sila rujuk balik tulisan hijau di atas. 

persoalan : bagaimana dakwah boleh menjadi sangat berwarna-warni?


hmmm. jap. dia macam ni ceritanya.
er.  
beri aku ruang, boleh? aku nak berfikir dengan lebih cemerlang. 
optimis kan aku, optimis la sangat.
..
...
....
makkkk nak balikkkkk !!! uwaaaaa huk huk uwaaaaa*nangis nangis. 
ktepangg!!!  *kene penampo. adoi. 

Sunday, 14 July 2013

solat ke tonggang tonggek?

heii. apa u buat tadi?

hei? peliknya soalan u !

i tanya je, apa u buat tadi tertonggang tonggek?

hei. u ni, i solat la tadi tu.

eh, ye ke u solat? tapi tak macam solat pun.

i solat la.

yea? sori, i tengok u tak macam solat, macam tertonggang tonggek semata-mata.

i solat oke ! i solat !

ok. but sory to say, u didnt look like one who perform salah.

>.<'

sewenang2nya datang dan pergi.

assalam
hye. 

bismillah. 
hachum. *bersin. 
alhamdulillah kata aku. 
yarhamukillah, jawb mmber aku. 
yahdikumullah.. kata aku balik. 
er lepas tu nak kata apa? kata member aku pulak. 

ayo. 
ni bukan nak kata apa lepas tu kata apa la. ni doa la . aih ! haha. 

anyway.aku paham perasaanmu. 

bila ada satu makhluk bajet hensem. * taktahu dia lelaki ke perempuan pun sebenarnya. 
sesukatinurani je datang dan pergi tanpa memberi izin. 
pergi takpe. 
ini datang tiba2. tak pernah dijemput. 

kuat perkasa. *eleh. tak kuat mana pun sebenarnya. 
bila dia ada, manusia bisa jadi bukan lagi manusia.  
malas nak solat, mengaji terasa berat, 
baca mathurat sampai sesak dada.
dalam solat menangis gilagila bukan sebab khusyuk, tapi hakikatnya sakit. 
jiwa bertarung sengit. 
buat kerja tak fokus.
sakit. 
tak mampu dlenyapkan duka dan air mata. 
tidur termimpi-mimpi ngeri. seram. penat letih. jijik. 
bila menjerit sekuat hati sampai tak boleh lebih lagi. nak angkat tangan pun bahkan tak terdaya. 
banyak penyakit lain juga datang tiba-tiba. 

hei! kuatnya dia.

eleh. tak kuat mana pun sebenarnya.
mana ada makhluk bisa memisahkan manusia dari tuhan. 
mana ada makhluk bisa berbuat apa-apa tanpa izin tuhan. 
mana ada makhluk bisa menghalang doa hamba teraniaya kepada tuhan

bahkan, makhluk tak lebih kuat dari tuhan. tak lebih hebat dari tuhan. 
jauh sekali. 

lahaulawalaquwwata illa billah.
tahniah untuk hamba yang teruji. 
kau kuat. 
Allah ingin menilai prestasimu, 
untuk tinggikan darjatmu. 
bersabarlah. 
bertahanlah. 
kau hebat. 
bahkan bisa jadi lebih hebat. 
dengan Dia. 
orang lain telah harungi yang sama. bahkan lagi dahsyat. 
ok?

kbai. 

Saturday, 13 July 2013

bila dakyah bertukar dakwah.

assalamualaikum. dan selamat sejahtera.
bahagia rasanya hari ni. ngehngeh
tetiba ada orang menyampuk.
hello? ade ke bahagia di dunia? bahagia cuma bila da jejakkan kaki ke sorga saje, tahu?

diam ah.

sukati aku la nak define bahagia guane. jangan mementingkan diri sendiri boleh tak !
eh eh sori. teremosyenel pulak.

cenggini ceritanya.
pada aku, bahagia adalah suatu perasaan lega yang dirasakan setelah mengharungi kesusahan yang menghempap jiwa raga. so, itu bahagia. bagi aku. memang betul, bahagia sebenar apabila menjejakkan kaki ke sorga. ok? nak menang? amek !

 haha. tapi sirius. aku rasa bahagia harini.
sebab, aku diberi kekuatan untuk buat sesuatu. alhamdulillah. itu juga satu nikmat yang patut disyukuri, tahu?
bak kata member aku eom dalam tazkirahnya di kelas, allah berfirman dalam surah ke 14, ayat ke 7,

 ''Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'.''




anyway,  hari ni aku nak citer sikit pasal sorang member kelas aku gak, name dia abu. eh apesal semua citer pasal lelaki je ni? ok ok, lain kali aku citer pasal member perempuan pulak eh. sori la tergedik pulak haha. 

dia macam ni tau ceritanya. 
hari tu kami pegi kem jati diri alaa yang syok gila tu yang dulu mase zaman skolah muda2 dulu aku penah bertobat taknak pegi lagi kem under mende alah tu tapi nampaknya aku terpilih lagi. 
tapi sirius, kem kali ni lagi syiok. sesi tutorial kat kem tu dah macam usrah dah. walaupun disertai non muslim. padan muka pacik fasi. panggil aku ustajah lagi. 

depa tak habis2 provok kami. aku apalagi, sembur lah. abu pun sama. lagi dasyat dia. betul2 jadi ustaz. 

kami ditanya macam2. dikata macam2. ntah pape. tapi takpe, aku tetap hargai usaha mereka membina jati diri yang mapan dalam diri aku. tapi tetap, ada benda perlu ditapis instead of terima bulat2 sebab mereka katakan. fuh, nasib baiklah aku ni golongan yang berfikir lagi bijaksana orangnya. boleh cmtu?

eh, berbalik kepada cerita, masa ustaz abu keluarkan hujah dia segala bagai pasal kenapa perlu utamakan agama dari yang lain2, aku dngar je sambil dalam hati berkata, macam penah dengar ayat dia. haha. 

habis tu, member aku kata kat aku, 
wahhh saya sangat tertarik dengan kata2 kamu. (sebab masetu antara yg paling banyak cakap adalah aku ngan abu). saya rasa abu sangat hebat jika dibandingkan dengan pelajar lelaki kelas saya, dia sangat pandai wo. saya setuju dengan ayat dia. 

ape yg u stuju?

saya setuju bila dia kata alquran adalah panduan hidup yang harus diikuti.

sangat betul maa.  jika tidak kita akan sesat, kalau alquran itu dari tuhan, jadi kita kena ikut betul2 setiap apa yang tertulis di dalamnya, dan jangan sesekali mungkiri. tuhan yang mencipta kita jadi tuhan tentu tahu urusan kita.

dan macam2 lagi. 

sangat impressive. uwah. awak nak memeluk islam? kata aku. tapi dalam hati je.

dalam perjalanan balik, aku duduk dengan dia. aku tanya macam2 pasal agama dia. dan aku cerita macam2 pasal islam kat dia. walaupun dia tak tanya aku pedulik apa. tapi yang penting, islam boleh dicontohi dalam banyak perkara, antaranya dalam berpakaian, katanya. 

dia jugak bercerita, kalau u all ade usrah, kami pun ada maa. dan sebagainya. 

k lah. aku tatahu nak cer apa lagi. yang penting, teruslah beri peringatan sebab akan ada yang mendenga dan ye, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat. 
  • teruslah memberi peringatan sebab itulah tujuan hidup seorang khalifah, memakmurkan muka bumi, tentunya dengan syariat Allah. 
  • teruslah beri peringatan bagi menunjukkan dan membuktikan rasa cinta akn rasul dengan menyambung sunnah terbesarnya, menyebarkan dakwah.
  • teruslah beri peringatan moga-moga allah beri kekuatan kepada kita untuk berjuang melakukan apa yang diredhai dan tinggalkan ape yg patut ditinggalkan  termasuklah meninggalkan lelaki tak guna yang suka mempermainkan hati wanita. eh. sori sori. 
  • teruslah beri peringatan supaya kelak, mereka tak menyalahkan kau dan aku jugak ' apasal tak bagitahu, kau mesti masuk neraka jugak sama-sama kami, kau nak masuk sorga sorang2, mane boley!'
dan akhir sekali,
Dan siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyerukan dakwah kepada Allah dan mengerjakan amal shalih?(Fushilat:33)

dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (QS. Al-Ankabut : 69)


belog ni macam bagus beb. tekan beb.  
memandangkan aku pko kelas, maka aku berasa bangga dengan anak2 buah aku dan aku yakin kami semua boleh pegi jauh menyerlah jao dari yang biasa, dengan Islam. insya allah. berwawasan kan, aku?

yang baik hati. 
ostajah.
rasa nak tampar orang? jangan mementingkan diri sendiri boleh tak ! 

kbai.

Wednesday, 10 July 2013

terhegeh-hegeh.

assalam.

berhenti !
berhenti terhegeh-hegeh.
buruk.

berhenti !
dia tak sudi.
tolonglah berhenti !

jangan mengharap padanya lagi.
lagak. bermain-main sahaja.
perasaan manusia mana kira.

eh. apa? merepek apa?

mana, Allah tak peduli.
bila, Allah tidak kira.
pohonlah.
kan kau dapati Dia ada.

terhegeh-hegehlah.
mendamba redhaNya.
berhenti, terhegeh-hegeh pada yang fana.
sementara.
tipu daya.

lupa nikmatnya cinta? 

gula-gula adalah sweets.

Bismillah
Assalam. Hyee. Pejam celik pejam celik dah Ramadhan lagi dah. Sweet kan? Allah pilih lagi kita untuk Ramadhan kali ni.bersyukurlah.puasa. jangan tak puasa tau.

Meh aku nyanyikan satu lagu..
 two three four.
Ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna. Selangkah.. demi selangkahh.
Eh. Lepas tu ape? Lupa. 

Ok. Bagi tidak membuang masa lagi, sebab jap lagi aku nak belajar ict dengan penuh bergaya, maka aku direct to the point je ea. Sila jangan kecewa, sila dapatkan lagu2 aku di pasaran. Eh merepek lagi. Sori sori. 

Dia macam ni tau ceritanya. 

Ramadhan. Ra . mim. Dhad. Nun. Ramadhan. Eh ingat ni spell it right ke? 

Ra –rahmat. 

Bulan ini adalah bulan Rahmat, sesuatu nikmat yang Allah kurniakan, ganjaran yang Allah hadiahkan, rahmat tu sesuatu yang besar yang tak dapat diterangkan dengan bahasa lain. Mungkinkah ia maksudnya kasih sayang? Tak, lebih dari tu. Mungkinkah ia bermaksud bless dalam bahasa omputihnye? Bahkan sangat hebat rahmat Allah ni. Dalam bulan ni ah dilembutkan hati manusia untuk beramal dan manambah baik ibdah. Tahukah engkau? Dan tahukah aku?, dalam bulan ini syurga dipersiapkan seindahnya, untuk hamba-hamba Allah yang bakal masuk ke dalamnya. Syiok tahu? Heheh. Tak caya Tanya ustaz yang bagi kulim tengahari tadi. 

Macam pengantin beb, katil dan tempat persandingan dihias indah bersinar-sinar lagi penuh warna-warni bahkan bercahaya, semata-mata menghormati pengantin yang bakal masuk. Dalam rmadhan, Syurga pulak, yang jauh lagi indah sedang dipersiapkan untuk penghuni-penghuninya suatu hari nanti. Pehh. 

Next babeh. Mim.
Mim berdiri untuk maghfirah. Apekebende maghfirah tu? Maghfirah adalah keampunan. Di dalam bulan ini disediakan keampunan untuk hamba-hamba Allah. So, sangat sayang dan sangat kasihan sebenarnya kalau kita Berjaya mendapat satu lagi Ramadhan tetapi kita tak tergolong dalam golongan yang mendapat maghfirah Allah. Sayang beb. Sayang!. Ye abang(tetiba suara garau bapok bersuara) eh diamla kau. aku perempuanla.

So, guane nak dapat maghfirah Allah? Guane? Mintak la beb. Mintak Allah ampunkan, insya Allah allah ampunkan. Allah kan maha pengampun lagi maha menerima taubat. Ada paham? Ok jum solat taubat sam-sama. Insya allah akan rasa aman dan tenteram. 

Seterusnya wahai tuan puan sekalian, masukkan ayam ke dalam oven. Eh sorisori tergabungjalin dengan kelas memasak pulak. 

Maksud aku, seterusnya adalah huruf dhad. Dhomin. Jaminan. Jaminan pelepasan dari api neraka. Pehh. Apa lagi yang kau mahu kalau Allah dah jamin kau untuk bebas dari api neraka? Apa lagi? 

Macam kat kelas, cikgu cakap semua lulus tetapi ade sorang fail. Sapa fail kene repeat lepastu kene buang sekolah lepastu tak boleh kawen.Mesti kau cuak kan. Saje je tambah tak dapat kawen tu supaya macam menggerunkan gitu untuk fail. Boleh? Tetiba cikgu cakap kau lulus. Mesti kau dah tak cuak kan? Sebab dah terjamin kau lulus n x kene buang. Lagi best kau boleh kawen. So. Seronok kan?
Then, jaminan bebas dari api neraka? Apa lagi yang dimahukan?

Ok. Last but bot least.
Nun. Nun jim ha. Najati. Eh tu nama ustazah aku. sorisori. 

Maksud aku, kejayaan. 

kejayaan bukan bermaksud Berjaya dalam exam sematamata beb. Tu semua dunia. Kejayaan sebenar di sisi Allah adalah, jeng jeng jeng.. teka la. Haha. (tengok surah almukminun, berjayalah org2 mukmin, iaitu..(sila baca sendiri dengan rajinnya). So nak Berjaya di sisi Allah, atau Berjaya di sisi pandangan masyarakat? For sure nak kejayaan yang diiktiraf Allah, kan kan. Apelah gunanya pandangan manusia. Tak kekal. Manusia akan mati beb. Cintakan Allah, kekal abadi.. itulah cinta, cinta yang hakiki.. (eh ternyanyi nasyid pulak). 

So, marilah sama-sama menempatkan diri kita dalam kalangan golongan yang Berjaya. Insya Allah, kita berusaha, Allah ada bersama. 

Pernah sutu ketika sesat berkereta. Lalu seorang pacik berkata, Alhamdulillah, walaupun sesat, tetapi nasib baik bukanlah sesat seperti yang Allah katakan dalam surah al Fatihah tu. Apesal tetiba tajuk sesat? Fikir sendiri beb. Kalau dah sesat, tentu la tak Berjaya. Kan ke?

Oklah, aku nak merindu-rindu dengan kekasih hati yang kian kabur cintanya lantaran dosa yang menodai hati. Mudah2an Ramadhan kali ni lebih bermakna, menambah iman dan taqwa. Amin. 

Selingan,

 encik, sah kah puasa kami tanpa sahur dan berbuka?
*mari doakan saudara seislam kita di sana. *
Kbai

Sunday, 7 July 2013

kekal cantik

bismillah. alhamdulillah. 
hari ni aku kene taip lajulaju. sangat laju-laju. 
jam empat aku kene mengajar anak2 dengan penuh berdedikasi lagi bergaya. 

so aku kene taip laju2. eh ape ulang ayat sama ni. 

macam ni ceritanya. 
tau ape terjadi kat mesir sekarang? 
macam2 terjadi. 
dan ya, kita melihat usaha umat islam memperjuangkan agama Allah. (menegakkan kalimah tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah)

# buat pengetahuan ye, Allah tak perlukan manusia pun untuk tegakkan agama Islam, Allah yang maha berkuasa mampu lakukannnya. tapi Allah sedang memberi peluang segenap manusia yang mahu berjuang dan syahid di jalanNya. insya allah. 

dan ye, sesuatu yang indah tak begitu mudah. 

ada suatu nak aku kongsikan. untuk jadi kuat, untuk jadi hebat, tak perlu berlakon hebat, tak perlu buat sesuatu yang macam terhegeh2 pun untuk please manusia. untuk jadi hebat, buat apa saja yang kau suka, yang kau yakin Allah redha dengannya. buatlah sesuatu tidakan semata-mata mencari redhaNya, dan mantapkan keyakinanmu akan adanya Allah mengiringi perjuanganmu. 

kelak, kau bukan saja rasa hebat, malah kau benar2 hebat, orang melihat kau hebat, bahkan makhluk di langit pun memuji2 kehebatan kau. dan ya, kau akan rasa hebat, sebab kau yakin, Allah bersamamu. 

tapi semudah itu kah untuk merasakan kebersamaan Allah dengan kita? tak. mantapkan juga tarbiyyah dzatiyyah. baru betul2 hebat. insya Allah. 

ingat apa? presiden Morsi pun hafiz beb. tenteraya pun semuanya para huffaz. penghafal alquran. alquran di dada semuanya. hebat. sangat hebat!

kita boleh? tentu! tak de parameter beb. semua boleh bertungkus lumus mencari kebersamaan Allah. yang penting, work for it. insya allah. ada banyak cara. ada banyak jalan. untuk jadi hebat, untuk di'lihat' oleh Allah. 

jangan putus asa. Allah sayang kau. 

anyway sorry saban hari post entry tanpa gambar. bukan tanak tapi susah pulak nak cari bila macam menghampakan je line ni. tapi takpe, bayangkan muka aku tersenyum dengan wajah paling menwan. itu memadai kan? mungkin ini pointnya untuk sesuaikan tajuk dengan cerita. boleh camtu? kbai.

Thursday, 4 July 2013

debu (bukan pasal jerebu)

 hai assalam

gila. aku tengah gila ni. sakit beb. sakit. 
anyway. macam bese, menulis adelah terapi. sukati aku la. 

bismillah. 
tadi petang setelah bertungkus lumus utk persediaan memasak seperti mengupas kulit bawang dan menggunting lada kering dan sebagainya lagi di masjid untuk jamuan makan makhluk2 yang kelaparan pada malamnya, aku ngan seorang member telah memulakan sesuatu di medan baru. well well. aku tak berguna di sini, biarlah aku berguna di sana. gaya putus asa ke penulisan ni? tak wei. aku tabah orangnya. tade hal ah.

kami bergerak ke mall dulu sebelum ke masjid biru. bak kata pepatah, belilah coolblog untuk menghilangkan dahaga. boleh gitu? tak tak, aku tak berniat pun nak menuruti keinginan aku dengan air coolblog perasa blue coral tu, tapi aku belikan untuk hadeq2 sebenarnya. takpe kan kan? walaupun macam aku je yang minum paling banyak. er

macam ni. bukan tu nak cer sebenarnya. aku nak share ape yang aku dapat dari hakak naqibah tu. bukan aku bawak diorang harini, baru starter so aku join je dulu. hakaq tu memang sweet la. pandai betul dia kaitkan dengan isu2 terkini. mabeles ah. 

akak tu citer pasal surah allahab. 
kau tak x? surah ni.. allah cakap pasal balasan neraka untuk seorang makhluk allah bergelar manusia beb. untuk abu lahab. banyak ah point dia. tapi aku akan share ape yang betul2 terkesan kat aku la.

anyway sebenarnya esok pagi2 aku kene join satu kem jati diri yang dijalankan khas untuk pelajar cemerlang lagi berwawasan namun aku tak kemas ape2 lagi. aku kene menulis sebab menulis terapi buat aku. aku tengah down ni adoi la. perlu ke cerita? ah diamla. tapi well. memang surah ni kena la dengan aku beb. 

tiap minggu ade hal. minggu yang aku jangka tak de hal serta boleh berbahagia dengan keluarga tetiba kene pilih pulak join kem. argh. aku tak pasti kriteria ape yang membuatkan aku terpilih namun bagi selalu optimis lagi bersangka baik, aku menyakinkan diri aku bahawasanya kem ini adelah untuk pelajar cantik lagi berjati diri yang mapan.

ok. berbalik kepada cerita. penat, tahu? boleh tak pulangkan hujung minggu aku? ya, ok, tiap hujung minggu akan ada hal. ok fine. pap. hamek kau. cerita pasal surah allahab.tengok ayat ke dua, tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan.

k. memang surah ni untuk abu lahab. then, kalau untuk dia sorang, kenapa dimasukkan dalam quran dan di baca oleh semua umat islam? kan ke quran tu pengajaran? ya. memang pengajaran pun. bagi yang ingin mengambil pelajaran. 

tadabur surah ni buat aku terfikir balik. aku ke sana sini, buat itu ini bagai. tapi kalaula, tetiba allah mengatakan ' tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan.'. argh. sia sia. siriusly sia-sia. tak guna hidup. pembaziran semuanya. bila di akhirat, tiba2 semua amalan menjadi debu. tak berguna. ouhh. 

lagi teruk kalau, rupanya amal yang disangka membawa kepada redha dan pahala, malangnya, ia ke neraka, lantaran kotornya cara ia dibawa, dan dipersembahkan kepada yang Esa. 

kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergelojak (neraka).
  
bilamana rupanya ia sia-sia. bak debu2 berterbangan. tiada guna ape yang diperjuangkan. bahkan neraka tempat pengakhiran. kalau nawaitu tak ditajdidkan. 

jum betulkan niat. buat ape2 pun kerana Allah. walaupun pergi kem. 

kbai.

Wednesday, 3 July 2013

cengkerik.

salam.
nah aku ade satu soalan.
antara jadi semut dengan jadi cengkerik. mana satu kau nak?
sila jawab dengan jujur dan penuh rasa rendah hati.

kalau aku, aku nak jadi semut.
eh salah. aku nak jadi ketua semut.
sekian. muka gila kuasa.
kau boleh ke buat macam ni?


dia macam ni tau ceritanya.
dalam satu cerita movie apekebende ntah the ant kut tajuk.
ade orang ceritakan kat aku. 

ade 5 ekor cengkerik besar. sombong lagi angkuh.
ade pulak 5 juta semut. lemah dan patuh.

cengkerik mengarahkan semua semut carikkan makanan untuk cengkerik.
kalau tak habisla semut yang degil akan dilenyek oleh cengkerik.

semua semut pun carikkan makanan saban hari.
hari demi hari.
minggu demi minggu.
saban masa dan ketika.

satu hari,
seekor semut yang bijak lagi berfikir bertanya.
sampai bila harus begini woi? kata semut itu kepada rakan2nya.
kita harus bersatu, kita boleh menghapuskan cengkerik tu. kita tak perlu lagi berkhidmat pada mereka yang jahat, angkuh lagi menganiya. kita kuat do kalau kita bersatu.

saban hari, dia terus menaikkan semangat semua semut, supaya bersatu dan membebaskan diri dari belengu , menjadi hamba yang perlu berkhidmat kepada sang cengkerik itu.

hingga satu hari semua semut sedar. semua semut faham.
ya. kita perlu bertindak.
satu... dua... tiga.. start now!
apalagi, mereka semua bersatu dan mengharungi cengkerik yang hanya lima.
cengkerik tak bisa melawan.
akhirnya mati semuanya.

cuba, tidak ada sang semut yang berfikir tadi.
yang menjadi ketua.
yang menyedarkan yang lain2nya?

sampai bila? 

Tuesday, 2 July 2013

tak daya eden.

nak tuju lagu. 
bukan sekadar lagu. 
lagu ni aku ajar kat adik2 kelas tambahan. 
supaya bukan sekadar mantop matematik tapi juga aqidah. 
kesannya diorang makin suka datang tuisyen ngan aku. hahaha(buat kesipulan sendiri)

sweet x? sweet kan? 

bismillah. alhamdulillah. 
assalamualaikum semua. semoga dalam rahmat Allah. 

ni ade satu zikir yang dilagukan. jadi nasyid gitu. pernah dipopularkan oleh classmate aku kat daurah shah alam. namenye shahril. aku tahu pun bila member husna @senah dan aini. sje nak mention name member haha sukati aku la. dia bce zikir ni dalam daurah ipheto jadi slot berzikir selepas maghrib. simple. tapi bermakna. 

dengar dengarkan. 
la hau la wala, quwwata illa billah hil aliyyil adzim.
la hau la wala, quwwata illa billah hil aliyyil adzim.
la hau la wala, quwwata illa billah hil aliyyil adzim.
la hau la wala, quwwata illa billah hil aliyyil adzim.

eh? tak dengar ke? sori sori. aku gusar ade yang jatuh cinta dengar suara aku heh. heh. rasa macam nak menumbuk orang? rilek dulu. jangan mementingkan diri sendiri boleh tak !

maksud zikir tu, 
tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah.
anyway. jum la kita berzikir dan sama2 menghayatinya. syiok best. meleleh hingus air mata.rasa betapa lemahnya kite sebagai manusia. ha. baru kau tau langit tinggi ke rendah. bila tak mampu tak larat lemah tak kuat baru nak tergadah. padahal memang manusia lemah. perlu sentiasa meminta pada Allah.

klah. yang penting, Allah takkan membebankan manusia melainkan dengan kemampuannya. 
kau hebat tahu? rilek dan terus bertahan. hidup memang untuk diuji beb. tak caya baca ni.

kbai.

dulu, mase muda muda dulu.

dalam osaha mengcollect permata2 baru yang sama2 menyinari orang lain ke jalan yang lurus, maka tindakan hebat lagi sweet perlu berjalan secara tersusun dan berterusan. justeru, strategi yang hebat dan semangat yang berkobar2 serta tak dilupakan hubungan dengan Allah amat perlu dijaga dan dipastikan.

heh. muka baik ada makna. eh.

dia macam ni ceritanya. just enjoy apepun. dan bagi pengalaman terbaik pada sayang2 saham akherat itu. saham beb. jangan sia2kan.

dulu. ade seorang kakak gila macam gila. belajar di uthem. asyik2 datang tempat study aku. pastu bawak userah mengajak kami kepada Allah. tak dilupakan kadang2 bawak kami keluar bersiar-siar ke sana-kemari. belanja makan kenyang2 suka hati. pergi pulak ladang kuda main kuda macam nak perang kononnya. main2 jgak di tepi pantai tempat sukaria. ntah ke mana lagi dibawa kami aku pun lupa.

dulu. zaman muda2 dulu. zaman di df. manja. gedik.

sekarang.
rupanya aku sama. membawa medan luar. terkadang penat. terkadang letih. tapi semnagat bisa naik dan berkobar2 semula. mengenangkan hebatnya dia. dia boleh. kenapa bukan aku? aku jugak mahu jadik hebat. dia boleh berkorban banyak2 kenapa tidak aku?

ya. terima kasih kepada kau. memberi aku pengalaman penuh makna. aku yakin. semakin banyak aku beri pada mereka, begitulah nanti mereka memberi kepada penerus generasi. bahkan hebat lagi.jum. buat pelaburan terbaik. kan terlangsung terus kehebatan dakwah itu.



insya allah mantap.
amin.

Monday, 1 July 2013

matang.

kamy, 
i beg you. please, not to be so ego. kau ni macam bagos tahu x? sori la tapi
aku cakap je. fikir2kn la. bye. 

ade orang dapat surat. kau ade? kbai.

anyway. harini aku nak bercakap pasal matang. kau tahu ape itu matang? aku dan beberapa orang member penah borak2 ilmiah pasal ni. heh. ilmiah la sangat.

dia macam ni tau ceritanya. pada suatu ketika dahulu... haha tak lawak .

member satu kata : matang adelah, kau boleh berdikari, buat sesuatu tanpa mengharap orang lain.

member dua pulak kata : matang tu, maknanya, kau berperwatakan, sikap dan segala macam orang yang umur lagi tua dari kau.

member tiga pulak kata : matang tu, kau boleh menghargai, dan meletakkan diri kau seperti kau tempat seseorang yang lain sekaligus kau tahu dan faham ape yg dia sedang hadapi.

last : member empat kata : matang tu ialah, kau boleh meletakkan diri kau sesuai dengan semua orang. bila dengan orang tua, kau boleh berfikiran seperti mereka, bila dengan kanak2, kau boleh berjenaka dengan mereka, bila dengan orang bodoh, bila dengan orang pandai. dan kau boleh menjadi diri kau, di mana pun engkau.

ok. aku sokong member keempat. anda bagaimana? kbai

anyway, mengulas pasal surat layang di atas. hm. jangan jadi ego beb. be ibadurrahman. rendah hati. bukan rendah akhlak. insya allah. thankss. siriusly dalam proses. buktinya fb aku dah approve friend dengan lelaki. perjuangan yang besar bagi aku tahu tak? fillah insya allah.

assalamualaikum.