Sunday, 30 June 2013

pelukan cinta.

bismillah. 
hye you. assalamualaikum. 

eh. alamak. patutnya tajuk pelukan cendekiawan. sori2. haha. (abesla semua orang tahu ape yang terbuku dihati. lol) ok ni tajuk buku muntalaq bab 6. masyuk bila dah faham apekebende yang sebenar2nya cuba diperjuangkan oleh penulis. selama ni bace ntah ape hape ntah je aku faham. 

dia macam ni tau ceritanya. 
tadi baru balik jaulah. jb mari beb. bak kata kakak aku, ape barang weekend stay ipheto! okfine. dah nama pun jaulah, so ade la sharing serba sikit lepas tu melawat pejabat lepas tu melawat rumah pacik macik sharing2 sikit and then meneruskan perjuangan ke rumah akhwat pulak sambil melantak aiskrim vanilla dengan bahagianya sambil digulung dengan sekeping roti. eh perluka ceritakan semua tu? krik krik. 

sebelum tu jum hayati zikir ni. (sila baca dan hayati dengan penuh centa kepada Dia)
tuhanku, aku tak layak ke sorgaMu,
namun tak jua aku sanggup ke nerakaMu, 
terima taubatku, dan ampunkan dosa dosaku..
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar. 

ok dah? ti tengah2 malam bangun qiam zikir lagi k. cuba buat sampai meleleh hingus air mata. sweet. Allah zoom in beb. insya Allah. 

(sebenanya tadi macam kene tampo rasenya bila dia tanya pasal ilah. maksud 'ilah' dalam kalimah syahadah bukan sekadar tuhan beb. tapi yang kita berharap, yang kita cinta yang kita patuh, yang kita taat, yang kita utamakan dari segala yang lainnya yang kita sandarkan segala perasaan padanya. tak mustahil ade orang mengucapkan kalimah syahadah tapi masih meng'ilah'kan makhluk. kata pacik penulis jom yang femes lagi terkemuka itu. ok. not going to talk more about this.. fikir sendri beb. aku ulangi fikir sendiri beb. kata aku kepada aku. 

aku share sikit ni. memula dia cakap pasal cendiakawan. 
well. nak jadi daie mestila kene jadi hebat kan. kata nak berjuang di jalan Allah, takkan bebual je lebey ye dak? 

nak masuk sorga pun mesti berazam nak sorga tertinggi. sebab kita tak pernah tahu sorga terendah pun apekebende KPI @ parameternye. kan. bole bole. nothing impossible. insya Allah. 

tak caya tengok surah  4 : 123. Allah memang nak bagi pahala. bukan sebab itu angananmu, tapi Allah nak bagi!. u choose your way. nak ke taknak.ok? 

eh apesal macam tak tersusun je ayat aku ni alahh! neves, mungkin? banyakla.  takde kejadah! sori sori. 

cendekiawan. cendekiawan adalah orang berfikir. orang yang hebat. orang berpengaruh. ape2lagi la yang kau nak describe pasal cendekiawan tu. biasanya cendekiawan dtg dengan gelaran. prof ke madya ke ape2 lagi la. and for sure, not that easy untuk merangkul gelaran tu. perlukan usaha gigih dan bersungguh2 lagi jitu dangan jati diri penuh mapan sebab tu kene join kem jati diri. eh. 

then same goes as daie. daie harus menjadi cendekiawan. yang hebat. hebat lagi hebat. faham? kata aku kepada aku. harus jadi agen pengubah. cukupke sekadar bawak userah buat df muaiyashah serba sikit lepas tu daurah blablabla okdah. cmtu je, cukup ke nak masuk sorga? camtu ke? kata kakak yang cantik itu. 

abis tu kalau sendiri tak bergerak nanti bila dah tercampak ke pedalaman guane nak hidupkan tarbiyyah? berlatih beb. berlatih. 

don't take for granted, bole?  

hey cendekiawan!
cukuplah bagi alasan dan alasan dan alasan ok? 
usahalah untuk overcome segala kelemahan. brush up your skill. kau hebat tahu? 
kalau betul la kau cendekiawan. atau awan? aau cendawan?

kemon. jangan jadik bisulaaa. 
kan dah belajo hadith mencegah kemungkaran tu. selemah2 iman, mencegah dengan hati. kalau hati dah takde perasaan, hen, mana iman? oh iman ade tengah kerje. (aku tak maksudkan nama orang la pandai)

ubahlah. bergeraklah. perjuangkanlah. now or never. 
selagi ua tak tertegak, maka ia adalah kebatilan. 

berusaha. bergantungharap pada Dia. perbaiki. 
kau boleh. kau cantik. eh. 
manusia mengharapkan sesuatu dari kau. manusia lapar. lapar jiwa.

kbai.


kaki. eh. maksud aku notakaki. 

#besela balik program mesti semangat berkobar2 membara lagi menyalanyala menyerlah jao dari yang biasa, kan. tapi mudah2an post ni buat aku dan korang (sesapala sukati korangla) terus bersemangat waja cantik dan bergaya. amin. eh. 
#aku bisu ke? arghh tidak, kalau bisu aku akan ketinggalan!. hello hello, (try cakap). e'eleh. bukan bisu itu beb. bisu adalah tak mampu bersuara bila kebatilan depan mata. ade faham ka takde faham ka?
#ade orang ajak aku pegi skola lama dia berjimba ade jubli emas perak intan permata apekebenda ntah. aku macam nak pegi nak carik pakwe. tapi tetiba aku berfikir. cis. niat tak betul ni. lalu aku kene fikir balik semula la selari dengan pemikiran iman dan taqwa sikit. kata insan bertarbiyyah. kalau niat untuk dunia, maka dapat dunia semata2 la. ouch. hahaa. eh terlalu open ke. sori sori. 

k. yang ni betul2 kbai. 
assalamualaikum.

Friday, 28 June 2013

tulus ke tolos?

tajuk nak macam tu kan. tulus ke tolos?

hari ni ade program. ok.
dengan lafaz bismillah.
jalan je.
u strong babe.
u are beautiful too.
kbai.

ewah ewah.
ingat bismillah tu main2 ke.
ayat picisan ke?

bismillah tu, maksudnya, betul2 mencari keredhaan Allah tahu?
sebab tu baca, dengan nama Allah.

selagi tak ikhlas. selagi tu kau sakit. faham?
dah. berhenti jadi pendusta. cakap nak redha Allah.
konon.
tipu ah.

Thursday, 27 June 2013

sapa kata depa kuat? orang beriman lagi kuat.

bismillah.
alhamdulillah.

sometime, being so weak.
like the other person.
don't know what or whom

i lost myself.
for it making me loser

why o why.
i pray to Allah.
seek strength.

waiting and attempting
but until when.
i am fed up
yet will never lose hope.
for i know,
i keep in deep of my heart
He never far away.

i just...
have to be strong.
keep on moving.

yeah!
'buat pendinding kmy. bace ayat qursiy, iqamat' 

ok friend. thanks. insya allah, i will do it.
kbai.

result guwa.

bismillah. 
assalam. hye. 

terlebih dahulu aku nak mintak maaf kalau ade salah silap. 
aku tahu aku buruk perangai.. huu. sori sangat. aku tau.. tapi aku berusaha la ni woi jangan pressure aku untuk berubah sekelip mata boleh tak?!!

kdah. 

bismillah. today im gonna talk on 'the result'
dengan penuh takabbur dan wajah riak dan bangganya hidung kembang kempis hns hnss. aku nak umumkan aku dapat result dah. 3.91.

hahahahahahaa. ok tak lawak. 

aku rasa result tu tinggi dah tu. sebenarnya tak mencapai target pun tapi tu la paling tinggi aku penah dapat kat ipheto ni. ak tau la result korang menyerlah jao dari yang biasa tapi aku pedulik ape. sape lagi nak puji aku kalau bukan aku? 

haha. 

ok. takde unsur riak takabur pun. cuma tercalit segelumit kegembiraan. ye la. salah ke aku nak happy. aku nak jugak dapat anugerah pengarah lepas tu amek hadiah mase atas pentas pastu ade orang amek gambar macam hotsetap gitu ingat ko aje ke boleh buat macam tu? tau la result 4.0 dinner plate. 

buat yang merosot atau menjunam result dia. lex lu. result bukan segalanya beb. sirius. boleh jadi result tinggi tu la dogaan yang boleh buat orang makin jauh dari Allah. sia2kan klau result tinggi tapi Allah murka. kan kan?bak kata seorang ukhti ni, dia berdoa, Ya Allah, jika kegagalan dalam exam yang mendekatkan aku kepada Engkau, maka aku rela gagal.
peh, berani doa macam tu beb? 

dia macam ni tau ceritanya. sekarang aku sem 4. result ni sem 3. result sem 2 teruk. sem 2 adalah semester dukacita bagi aku. sebab apa? meh aku citer. masetu aku bosan buat keje dakwah. aku tak ikhlas. aku mengungkit2 dan aku penat. aku cakap aku dah tanak join usrah, tanak bawak usrah, program tarbiyah atau ape2 pun. aku nak fokus dengan study aku. dengan family aku dengan kawan2 aku. dengan life aku. ak tanak ikut gerabak dakwah. aku bosan. aku bosan dengan cintamu.. eh ternyanyi plak sori sori.

apa yang terjadi? ofkos masa aku lagi banyak kosong. xde syura bagai, takde qadaya takde usrah lagi tiap minggu berejam rejam. duit aku lagi banyak tak diguna, tak yah asik isi minyak kereta. takyah nak belikan makanan, itu ini takyah susah2 buat program saban weekend. aku ingat aku bahagia. ade life sendiri macam wanita cantik di luar sana. aku tersenyum bangga dengan jalan yang aku pilih.

malangnya, hakikat sebenar daripada peristiwa ini adalah (eh apesal ayat skema) belajar aku makin haru biru, sirius haru biru. aku taktahu ape aku belajar. kelam kelibut. last2 minit mase nak exam tu, nak study pulun baca buku tapi tak faham2. impak maksimanye, result aku merosot gilagila, er, bagi aku ia gila la. ditambah pulak dengan masalah kewangan. habis kewangan pulak punoh terpaksala aku meminta2 duit kat orang tua. entah kemana habisnya pun aku tatau selalu rasa tak cukup. sampai makan kat cafe pun lauk picisan dengan kuah je. tak makan gastrik pulak.    

nak dijadikan citernye the next sem(sem lepas), aku dah bertaubat dan sedar ikut tarbiyyah tu lagi mendekatkan aku kepada Allah, aku join semula dengan penuh segan. memang segan beb. tapi pedulik ape. aku niatkan kerana Allah, dan aku cakap dengan naqibah nak join usrah semula. dia happy. aku apatah lagi. aku berazam taknak main2 lagi buat keje dakwah. dan ye, starting sem lepas. aku semakin busy dengan usrah sana sini, perogram ipheto kk ypjes dan macam2 lagi yang semakin berkembang. macam bagos kan? hakikatnya bukan bagus pun. cuma berusaha jadik bagos. kewangan yang semakin banyak perlu digunakan.  tiap kali keluar usrah kene isi minyak kereta. tu baru transportation usrah, belum perogram muaiyasyah dan sebagainya. tak tak. bukan nak ungkit. takde cuma nak cer betapa banyaknya bende perlu dikorbankan kalau betul2 nak tegakkan agama Allah. yang aku buat ni siriusly sangat sikit. tapi nampaknya segalanya berjalan baik saja. ajaibnya, sem lepas. kewangan aku lagi stabil dri sem sebelumnya yang kalau ditimbal balik padahal lagi banyak guna duit. tapi rezeki tu tetap ada je. sirius. mak bapak offer duit belanja pun aku boleh menolak dengan penuh bangga 'xpe. i got my own pocket money' heheh. err. siap boleh spend rm 2000 untuk saving umrah lagi(walaupun xjadi g umrah). 

bahkan selain itu juga beside that, eh, result aku meningkat walaupun hakikatnya masa yang diguna untuk stido studi semakin minima. betul. aku dah cuak dah. aku ingat sem lepas la result paling teruk. dengan assignment kelam kelabut siap kene tegur lagi. sirius beb. betul beb. kadang2 masa tak terurus. dah tak dan nak ulangkaji segala bagai. betul. tapi nampak kan, kehebatan Allah yang berkuasa atas tiap2 sesuatu.

dan ya. result ni hadiah buat aku. ramai akhwat pun dah lalui benda yang sama, benda ajaib. ajaib. dan ajaib. er. nampak kenapa ade unsur perulangan di situ? betul. kadang2 kita sibuk mengatur urusan hidup kita tanpa pernah memberi Allah peluang menunjukkan kehebatannya. kita sibuk dengan kerja2 kita sampai kita tak luangkan masapun untuk ilmu2 yang mendekatkan diri kepada Allah.. tak berusaha pun pada jalan menegakkan agama Allah.  padahal Allah ade je cara nak bagi kita berjaya dalam result ke hape ke. tahu? bahkan lebih lagi. benarlah janji Allah. dalam surah Muhammad ayat 7. 

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

kemon. dengar2kan cerita akhwat yang lain dan pupuklah keyakinan pada Dia. insya allah. 

Sunday, 23 June 2013

ehem. *gonna be vain.

bismillah.
bilamasa aku bebas menjadi aku. lepas ni aku nak buat ape2 aku malas nak mintak pandangan org. bak kate oddblogger. be vain. hahahah.

hye assalam. 

i got a lot of work to be done and i'm working it by blogging for the first. 
well. updating blog is compulsory, tahu? hahaha.

ok. without any delay, i start with...
pehh lepas gian guwa belasah orang syiok der hari ni. hahahah(gelak penuh takabur. eh sory sory, betulkan niat..)

dia macam ni ceritanya. tadi baru balik mukhayyam slot pagi tadi adelah cm bertempur cmtu la. penat beb. beberapa kali jatuh menyembah bumi. namun dengan semangat jitu dan berkobar-kobar aku kembali bangkit. heh. kau tak kenal lagi aku sapa. ni semua adelah latihan utk diorang dan utk aku jugak sebelum bertempur sebenar satu hari nanti. muka tak menyerah kalah. (adoi sakitnyaaa T.T)

anyway. 
alhamdulillah ala kulli hal, adik-beradik aku bertiga akan ke mekah mengerjakan umrah selasa ni. eh tiga? ya tiga! aku dah tarik diri. ape? takkanla aku nak pergi dengan keadaan sebesalah. nak ibadah kot. macam skema kann sebab peraturan ipheto aku tak pegi.macam skema kan kan? tapi diamla kau!
tapi.. emm. takpe, adukan kepada Allah. hanya Allah yang tahu perasaan aku sekarang ni. dan aku takkan pernah berputus asa utk ke sana. insya allah, one fine day. doakan.

kerja semakin menimbun dan ye, itu tanggungjawab. owowowowooooo. jerit macam tarzan. sirius!. nasib baik aku semakin bijaksana dan penuh berwawasan dalam megurus masa. heh ye ke?

dah aku tak nak merepek lebey la. ntah ape2 je. 
SAMBUNG BUAT KERJA WOIII !!!! 
kbai. 

Thursday, 20 June 2013

bertelagah.

assalamualaikum 
hyeee. 
bismillah

kisah ini tiada kaitan antara hidup dengan mati mahupun koma. tapi jumla amek pengajaran ea. 

dia macam ni tau ceritanya. 
jenah bersahabat baik dengan markonah. ngam gitu. 
suatu hari jenah kecik hati dengan markonah. 
markonah tak sedar kesilapannya.beselah.manusia. kadang tersilap. 

jenah bertindak menjauhkan diri dan berkecil hati. 
markonah terpinga-pinga diperlakui sedemikian rupa. 

peah kawan mereka. peah pelik dan tertanya-tanya. mengapa mereka begitu dingin hubungannya.
lalu peah pening kepala sebab memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah mereka. 

peah terfikir ayat surah alhujurat. 
sesungguhnya org beriman itu bersaudara, dan damaikanlah antara kedua saudaramu(yg berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. (ayat 10)

bermacam-macam cara dicubanya termasuklah menjadi orang tengah antara mereka. nampaknya mereka saling menyalahkan dan memburukkan antara satu sama lain. 

peah kecewa. mereka pernah berkawan baik tapi sekarang saling mengumpat dan menceritakan keburukan satu sama lain. 

peah sedih sekali. sebab peah percaya, kawan tu sepatutnya datang dengan pakej. dia akan menggembirakan dan dia juga kadang2 akan menyakitkan. kenapa bila gembira kita bersama tapi sekali dia menyakitkan kita nak tinggalkan dia? 

lalu peah runsing sampai berkerut-kerut dahi. rogayah ternampak kerisauan yang terpancar pada wajah peah. lalu rogayah bertanya, 'ape masalah kau woi?'
peah menjawab pula dengan persoalan 'guane beb nak settlekan member bergaduh?'

lalu rogayah menarik nafas panjang dan mengangguk-angguk tiga kali tanda memahami masalah yang terjadi. dan dia pun berdiri membetulkan tudungnya yang gegot. tudungnya gegot sebab dia tak pakai shawl. tapi bukan tu ceritanya. rogayah terus berdiri dengan yakin lalu memulakan ceramahnya ala-ala khutbah jumaat gitu cuma takde minbar. 

antara bait kata-kata rogayah ialah..
'bila hubungan kita dengan Allah ada masalah, hubungan kita dengan manusia akan ada banyak masalah. dalam surah hujurat 10 tu Allah pesan supaya bertaqwalah kepada Allah(selepas menyebut perihal bertelagah). kenapa? sebab semuanya should be back to Allah. rogayah tetiba speaking bajet macam org luar negara tapi malangnya speaking dia kedengaran sungguh jawa.  

peah mengangguk-angguk dan dengar dengan khusyuk. 
rogayah menambah lgi 'marah kerana apa?', fikirkan, once kita kecik hati dengan member, kita marah dia kerana apa sebenarnya?

ingatlah wahai peah, org beriman itu sepatutnya, sayang kerana allah, benci kerana allah dan marahpun kerana Allah. Kalau orang maki rasulullah, takpe kita nak marah.. 

tapi kalau benda-benda kecil picisan kita nak besar-besarkan, di mana moral kita? mudah terkesima dengan hal-hal kecil. kemon babe, banyak lagi bende nak difikirkan selain fikir kesalahan orang lain dan berkecil hati. tapi kita kenelah beringat, jangan sewenang2nya menyakitkan hati manusia.

kan orang beriman tu berakhlak. kata rogayah lagi. 

lalu tamatlah cerita aku taktahu dah nak sambung macam mana. yang penting peah pun insaf dan kemudiannya menyampaikan kepada kawannya yang bertelagah itu iaitu jenah dan markonah. 

lalu mereka berkata dengan suwitnya. uhibbuk fillah, kawan sampai sorga wei. 
ok. 

kbai.(sapa kata aku tak reti buat cerpen? hahahahahahhaha.. eh x klako ea? ssssori sssori.)

the inner you.

bismillah

assalamualaikum, hyee.

bila mula berubah, tiba -tiba, merindu, aku yang dulu.

cewwah. ayat je tu ha gitu.

mcm ni ceritanya,
kalau kita rasa kita happy sebab berjaya berubah menjadi seorang yang err, lain dari kita yang dulu.. lalu kita rasa sangat osem dan ingin melaungkan kata-kata seumpama 'lihatlah dunia, aku dah x macam dulu, aku gagah perkasa tak de sapa bole buli aku lagi' dan apa2 la.

tapi, fikirkan.
adakah, kita dulu, atau kita sekarang, yang lagi dekat dengan Allah?

kadang2 kita rasa kita menuju kepada jalan yang betul. kemanusiaan. kehappyan. tapi. fikirkan. adakah redha Allah beserta?

Allah.
janganlah dibolak balikkan hati-hati kami setelah diberi hidayah dan petunjuk kepada kami. Amin.

goodnight all. hihiks.

kbai. love. ouch.

Tuesday, 18 June 2013

hari bahagia babe.

salam. hye.

bismillah.
mesti ko tertunggu2 kan bila aku nak hapdate belog hahahaha. bajet gila. nian.

hey. 
semalam aku balik rumah dengan harapan nak bergumbira dnegan keluarga tercinta memandangkan semalam hari bahagia aku. macam sweet kan? hahahaha. lepas tu pagi tadi bawak pisang goreng banyakbanyak bagi semua budak kelas yang tak puasa mencekik dengan bahagianya. lepas tu budak kelas bagi ucapan kat aku ouh so sweet. cuma xde kek cheese yang lemak lagi berkerim je hahahaha. ouh sedapnyaa. telan ayaq liuq. kbai. 

anyway. 
dia macam ni ceritanya.
manusia senang je nak kabo, 'aku nak allah redha dengan aku. kalau Allah tak redha dengan apa yang aku buat ni maka sia2lah semuanya.'
cakap memang senang beb. senang. 

kfine.
betul. nak allah redha. tapi. sejauh mana, kita redha dengan ketetapan Allah?  reset minda. eh.

ohmai!
susah beb wa cakap lu. redha itu susah. memerlukan tertumpahnya  darah pejuang  air mata (je pun). tapi bak kata sorang lecturer yang sangat aku kagumi, name beliau ust zainudin. ujian itu nikmat. serahkan dan sandarkan semuanya pada Allah. ok?bila fikir2 balik. betul la. ujian tu nikmat. sebab. apa lagi yang lagi nikmat selain berasa dekat dengan Allah? kann. 

ouhh lihatlah, betapa sweetnya Allah, bagi ujian sebab rindu mendengar rintihan hambaNya. =')

dia macam ni tau sebenarnya. hmm. err. malas nak cer la.  malas nak menumpahkan air mata lagi habis hilang kemachoan aku. malumalu. doakan aku kuat utk redha dan tabah. =') huaaaaa! 

anyway, nah gambar. macam sweet kan.

terserlah gedik kau !

9 syaaban 1434. 22th pangpangkompangkompang. 
eh! ala semua orang dah tau ke hari ni besday aku? alaa macam ne bole  tau ni. segan kite. hahahahahaha.
kbai.

nini celup celup eh. (nah kau jajan)

< campak topeng. rasai hina. Allah terkuat. bermohonlah selalu. >
assalamualaikum.
bismillah.

tenang itu cantik
bertenanglah dan semarakkanlah aura kasihmu.

nescaya kan gembira semuanya.
kau, kau. itu engkau maka itu engkau.
pernah kau tahu tentang acuan Allah?

ya, maka berusahalah.

kau tidak hebat, tapi tersangat bisa hebat, dengan Dia yang maha hebat.
Allahu akbar!

"Sibgah Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibgahnya dari sibghah Allah dan hanya kepadaNyalah Kami menyembah." (Al-Baqarah: 138)

Friday, 14 June 2013

allah, allah, allah, allah, allah

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlan iman mereka(kerananya). Kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Surah Al-anfal:2)

dulu, dengan ayat ini. aku menangis. semahunya. 
tapi. sekarang. tidak lagi. 

kematukah hatiku? 

Thursday, 13 June 2013

perangai ayu ayu gitew

Assalam hye.

Guane huh, nak buang ego. Aku rase hati aku dah keras macam batu susah betul nak mintak mahap kalau buat salah. Aku segan la. Ti mintak mahap lepas tu buat salah lagi.

Tapi tiba2 terbaca ni. Adoi makkau sentap you!

Seorang da'i mutlak harus dicintai oleh khalayak agar dakwahnya mampu menembus nurani dan tetap menjadi rujukan. Oleh kerananya, ia harus menghindari segala sesuatu yang dapat mencemari kejernihan hubungan yang terjalin antara dirinya dan orang-orang disekitarnya, sehingga ukhuwah semakin mendalam dan kukuh. Semua itu dapat memudahkan sang da'i sehingga orang-orang senang menolong dirinya, mahu memetik manfaat darinya, dan antusias menerima kehadirannya (sumber : virus-virus ukhuwwah)

dengan ini. Er. Aku mintak maaf kat semua. Sob sobss.

Ya allah, hadiahkanlah syurga buat sekelian makhlukmu yang penuh kemurahan hatinya, sedia memafkan tatkala disakiti, amin.

*sweetnye korang same2 doakan.

Kbai. 

kencing.

assalam hye. 
aku tau tajuk macam selekeh tapi ketahuilah korang aku ingin mneyampaikan sesuatu yang sangat bermakna. ah pedulik ape. 

dia macam ni tau citernye. 

tadi aku dengar ceramah kat youtube so aku nak share la ape aku dapat kan macam sweet gitu kan sharing is loving kan. 

pasal kencing. bila kali terakhir anda kencing? tak tak, aku tak maksudkan anda 'kenceng' orang. aku maksudkan kecing 'pee' yang kat jamban tu der. ha. 

adakah anda kencing dengan sangat normal atau air kencing anda jadik keras, tersekat-sekat, tak lawas,  tak telus, kencing berdarah dan lain-lain? jika tidak, so, thank god how lucky you are. 

tahukah anda, di hospital, atau di mana-mana celah pelosok dunia, ada manusia yang tabley kencing dengan normal dan bahagianya? mereka terpaksa menggunakan alat2 wayar ape tiub apekebende segala macam untuk kencing. lepas tu ade plak terseksa dan azab bila nak kencing. hu.  

tapi kalau anda pun ada masalah nak kencing, ketahuilah di sana ada yang lagi teruk dan lagi menghempap jiwa masalah dan ujiannya untuk kencing, berbanding anda, tahu? ujian hebat adalah untuk orang yg hebat. tahniah untuk anda. 

ok. dah. 
saja je nak ajak aku sendiri dengan korang sekali bersyukur dengan nikmat alat untuk kencing yang allah anugerahkan. so. jangan sesekali guna ke jalan yang dimurkai,ye?

nikmat untuk disyukuri, bukan untuk dikufuri, kalau untuk dikufuri, maka apa guna nikmat? itu bukan lagi nikmat. 

kbai. malu kite. 

iman sofya will be happy forever.

crying over and over again. it's hurt my dear.

and for sure. it made me today.

i am, whom, my history are.


they'll never understand.

i need shoulders whose had faced the same darkness, like me do. really.

enough please ! ='(



kemon. stop being nonsense little girl.

smile. they don't deserve your gloom.

harini belog suram macam kene sambar halilintar tapi aku janji selepas ni takde lagi semua ni yang ada cuma hari seindah suria.

kbai.

Wednesday, 12 June 2013

gelak: ko klako

hey.
eh sori.
assalamualaikum.
ha jawab jawab.

ok. harini aku gembira.
sebab...
jap nak gelak dulu.
huahuahuahuahuahua..
ok dah.

ade dalam quran,
diceritakan kisah
syaitanirrajim meminta kepada tuhan,
ditangguhkan ajal untuk menyesatkan anak cucu adam.

dan ya.
mereka tidak berputs asa.
pernah kau rasa syaitan berputus asa menarik kau keneraka?
tak, betul?

itu syaitan. hahaha. yang angkuh. tidak berputus asa.
bila berdoa, allah perkenan.

inikan manusia.
yang berdoa.
yang bersujud.
mana, allah tak terima.

cuma, kelakarnya, bila manusia berputus asa.
merasakan tiada lagi peluang dan rahmat dariNya.

kau berjenakakah, manusia yang berputus asa?
kau kelakar!.

sunrise.

assalam hyee. 

hari ni aku hapdate. 


what you get is what you look. what you look is how you look.

deep meaning isnt it?

hehe. 
setelah sekian lama aku ter'pengkap'(bahasa kawan aku, roomate dia panggil dia mok) dalam gejala kegelapan lagi kesuraman dan ketandusan cahaya ditambah pula dengan busuknya memandang dengan penuh kebencian dan penyesalan. argh ape aku merepek!. 

senang cerita, macam ni ceritanya. 

never look back. never blame anybody. always be thank to Allah. 

back kata seorang lecturer muda lagi kacak bergaya,

'allah meletakkan seseornag di tempat paling baik. pengalaman yg ade selalu menjadi tarbiyah dan pengajaran. same ade utk sekarang atau akan datang. jangan pernah menyesali ape yg dah terjadi, sebaliknya, melihat dengan mata hati, akan ape yg allah cuba sampaikan. '


so, kawan. enjoy your life. =D
(baru baca zilal oleh APG tu yang semangat nak tulis ni, see, semua orang ada masalah, bahkan ada yang lagi teruk, tapi, Allah yang selesaikan masalah, kan)

kbai. 
assalamuuuuualaikuuuummm.. salam hamba... eh. 

Tuesday, 11 June 2013

#TIP1 : Petua atasi mulut berbau.

assalamualaikum.
sebagai seorang makhluk yang tahu tanggungjawab anda adelah mengajak orang lain kepada kebaikan, maka penting bagi anda untuk kelihatan cantik menawan lagi penuh bergaya supaya orang tertarik dengan anda dakwah anda.

namun sayang seribu kali sayang. apelah gunanya wajah cantik namun mulut berbau kan kan. maka nanti orang pulak melarikan diri sambil menutup hidung sambil mengatakan 'eww bucuknyeew' atau dengan gaya lebih strait to da point 'busuk do mulut kau!'

so. ini satu perkara yang sering orang lupakan. bau mulut yang terhasil adalah berpunca daripada masalah mulut yang kurang dijaga dengan baik. bau yang terhasil bukan sahaja berpunca daripada gigi, bahkan juga ape2 pun yang terkandung dalam mulut.

perhatikan lidah anda. adakah anda turut membersihkan lidah tiap kali usai memberus gigi? jika tidak, mulakan sekarang. bersihkan lidah, gusi dan apa yang ada di dalam mulut. supaya ia tidak lagi menghasilkan bau yang menggerunkan.

biasanya di bahagian belakang berus gigi tersedia ruangan yang memang khas untuk membersihkan lidah. gunakan ia. kilang berus gigi tidak menghasilkan bende alah itu sekadar saja-saja semata-mata, tahu?
bukan sekadar hiasan tahu? 


percayalahhhhh(eh ternyanyi pulak sori2 tak terkawal plak aku ni)
percayalah, ini mungkin membantu. mulakan sekarang dan nikmati hari-hari yang lebih berkeyakinan dan menyeronokkan bersama teman-teman.

aku sertakan juga beberapa tips lain untuk mengelakkan mulut berbau.
1) banyakkan berzikir.
2) berkatalah yang baik
3) senyum tak perlu kata apa-apa
4) gosok la gigi anda la meskipun ia palsu
5) mulakan dengan bismillah.

kbai. selamat mencuba.

bila lara jiwa.

aku pernah bahagia.
dan aku bermain-main di dalamnya.
terkinja-kinja.

aku pernah bahagia.
bahagia dan terus bahagia.
itu yang kusangka. yang kurasa.

aku bermain-main dalam bahagia.
tanpa sedikit rasa perlu memelihara.

eh, dengan apa aku bermain-main?

najis rupanya? najis, rupanya !

lama tiba titik sedar
bila hampir sesak rongga hendak ku bernafas,
baru aku sedar
semuanya sudah terpalit keseluruh tubuh.
dengan najis ini.
jijik.

aku berlari-lari.
laju. laju. namun kini semakin perlahan.
perlahan. dan longlai.

arghhh !
aku tak mampu.
aku tak larat.
aku tak boleh bernafas.

aku kalah. tolong aku, kawan?
(tiba - tiba lagu obat hati opick kedengaran, menghiasi penak peka telinga)

Monday, 10 June 2013

cara nak bertaubat?

assalam. hyeee
 (panjang sikit hyee tu, dan jangan lupa, sila baca dengan nada paling bersemangat dan riang gumbire)

cuma nak kongsi sedikit perkara.
ade seorang wanita. yang aku kira kuat orangnya. tabah pun ye. bacause she recently had been through bad thing n life, putus tunang. lelaki tu buat hal, dah bertunang, sibuk nak ushar awek lain. ape hal. lelaki lelaki . . .
but still, dia teruskan hidup dia dengan sangat, 'osem' aku kira. leave them all to Allah.

tapi tu bukan pointnya. meh aku describe serba sedikit pasal wanita ni. dia cantik,sikit lagi nak cantik macam aku. tapi xpe, aku tak tergugat pun. cuma sayang, dia free hair. lepas tu, rambut dia berkaler. well well. aku tahu dia tahu ape yang dia buat tu salah. semoga allah bagi hidayah dan kekuatan untuk berubah jadik lebih baik. ( rambut adalah aurat yang perlu ditutup, dan jika rambut berkaler dye, maka, air tak mampu menembusi dye tersebut menyebabkan tak sah untuk mandi wajib)

yang bestnye, dia sangat bersemangat dan teruja untuk tahu bermacam perkara dalam agama. nampak jiwa dia seolah-olah mencari sesuatu atau mungkin cari cara tebaik untuk tolong dia berubah. ye, i saw that feeling through her eyes. me too, have been facing the same feeling. trying to find out the real purpose of life. the real way should be taken. paling terbaek, bagaimana mujahadahnya(kesungguhan) dia untuk kembali mencukupkan fardhu solat 5 waktu. semoga allah mengganjari syurga untuk semua usahanya mendekatkan diri kepada allah. amin. 

jahiliah.
semua orang ada jahiliah masing-masing kan. semua orang ade perkara yang tak settle yang mana hati masing-masing pernah terdetik untuk meninggalkan perkara itu dan berubah kepada yang lebih baik, kan. ya, mudah orang berkata-kata. banyakkan ibadah, pergi masjid, mengaji, solat jangan tinggal, tutup aurat. hakikatnya, ia saaaangat susah der. 

tak kurang jugak yang mengongsikan ayat-ayat azab. soalan sikit je, 'guane ek, nak tinggalkan maksiat'. terus pungpangpungpang keluarkan ancaman azab allah. tak kurang ayat2 untuk golongan munafiqun. woi! orang cuma bergelumang dengan maksiat, berazam nak berubah cuma perlukan bantuan dan kekuatan tahu tak? tak payah la label aku ahli neraka. kau tak membantu tahu !
sakit betul perasaan.

ade gak post status, 
'best ke ha buat maksiat? bila la nak berubah kau ni'
jangan tanya la kalau tetiba kena maki. macam bagus je

tak susah bagi aku meletakkan diri sebagai individu tak solat, tak tutup aurat, tak menjaga batas pergaulan, tak respek orang,  buat macam2 perkara tak elok perlukee bagitahu'
aku ada macam-macam pengalaman hidup dan aku bersyukur sangat untuk menjadi siapa aku sekarang. alhamdulillah, allah bagi kekuatan untuk berubah dan buang sikit sikit jahiliah tu. 
tapi still, aku tak bley terima kalau ade orang kutuk2 golongan ni. siap buat bahan janaka lagi. ade tu gelak2kan dak2 gay. hello. kau ingat orang gay, lesbian tu, taktahu halal haram? tak pegi sekolah? tahu ok, and for sure sedang bermujahadah nak kepada kebaikan. kau penah ke rasa bagaimana sakitnya perasaan melawan dari mencintai sesuatu yang tak halal untuk dicintai? penah? then asal nak gelak2 hina maki orang lain? sensetiviti beb. 

eh eh emosi plak.anyway, back to topic aku.
aku tulis sebenarnya, khas untuk aku sendiri dan untuk korang sukati korangla. mudah-mudahan bermanfaat la.

bismillah.
hari tu dekat tv ade tajuk pasal hijrah. ceramah beb bukan ceritera. dia macam ni tau ceritanya. 

dia ade share cerita pasal orang lelaki yang nak bertaubat suatu ketika dahulu, apabila berjumpa seorang ahli ibadah, kata ahli ibadah, mana mungkin akan terhapus dosa membunuh 99 orang. lalu lelaki tadi bunuh pulak ler si ahli ibdah so that total pembunuhan yang dia dah buat 100 orang. jumpa seorang ahli ulama, baru ahli ulama tu cakap, apa yang dapat memisahkan kamu dari taubat? berhijrahlah. 

lalu lelaki tadi berhijrah dan mati di tengah jalan. malaikat rahmat dan azab merebutkan ruhnya. ke syurga atau neraka lalu diarahkan untuk mengukur jaraknya dengan kota tempat dia ingin berhijrah. akhirnya dengan rahmat allah, malaikat rahmat yang mengambil ruhnya. 

faham ke cerita aku? aku tau la gaya aku bercerita tak menarik dan agak menjengkelkan tapi hey diamlah kau. 

bertaubat. kasih sayang allah sangatlah luas. lebih besar dari kemurkaanNya. 

agak agaknya kan, orang macam aku ni, kalau nak bertaubat, apa perkara pertama aku kene buat ha?hm.. ok aku tau. first sekali mesti solat fardhu dengan sempurna. ouch. susah kut nak dapat kesempurnaan solat tu. sebab dengan solat yang hidup je mampu menjaga security guard dalam diri supaya tak buat keje jahat. 

okay then?what's next?

ok aku tau. carik masa untuk bersendirian dengan Allah, (kalau mampu bangun di tengah malam) mengadu, berdoa bersungguh-sungguh dan mengangis dan merayu-rayu segala macam pada allah. 

katakan pada allah, 'ya allah, aku tau aku jahat dan sangat melampaui batas ya allah, tapi aku tahu Engkau maha mengetahui ya Allah, kuatkanlah aku, terimalah taubatku bantulah hambaMu yang lemah ini ya Allah'

cikgu aku cakap dengan cara ni insya Allah kita akan dapat sesuatu kekuatan yang tak disangka-sangka. uwah. cuba amalkan dengan kerap. ditambah dengan solat sunat dan tadarus lagi bagus. 

abeh tu? guana nak elak wat dosa? nk hijrah guana? er.

cmni. apekata, kalau kau selalu lepak kat mall, kali ni kau cuba lepak dekat kubur. sirius menginsafkan beb. 
apa kata kalau selalu tengok movie cintan cintun, kali ni tengok ceramah ustaz2 ke ustazah ke kat youtube. 
apa kata, kalau kau selalu dot dot dot, maka kurangkan atau tukarkan dengan something yang hapehapela yang allah redha. 

well, benda yang susah tu la akan ade yang syiok di kemudiannya. trust me. 
ok?
dah. selamat beramal. 
kata aku kepada aku. 
assalamualaikum. 
kbai.

eh jap. nak tengok? best ! klik sini

kbai. 

Sunday, 9 June 2013

aku janji.

assalam hye. 

dia macam ni ceritanya. 

eh. takde pape pun. cuma. 

demi kecintaanku padaMu tuhan, aku sekali-kali takkan berputus asa. aku serahkan jiwa ragaku pada ketentuan dan taqdirMu. mohon rahmati dan redhai kami. 

aku tulis kat blog sebab aku selalu bace blog aku. so mudah2an aku tak lupa. hihik. insya allah. 

=')


sje nak citer. hotsetap gitu.

Assalam hye.
Peh. Aku tatau nak start dari mana tapi yang penting harini aku akan menulis menulis dan menulis.

GMJ.

Kau tau ape tu GMJ? Aku pegi hari tu. Selalu orang akan tertanya-tanya. Apa guna berhimpun ramai2. Contoh, bersih la. Blackout 505 la. Ape2 la. Well. Memula aku sje je pegi GMJ tu walaupun aku takpafam sangat pun ape kejadahnya. Aku nak pegi pun sebab jumpa akhwat macam best kan boleh berhorey horey sesama.





Aku tanak komen lebih lanjut pasal bersih ke blackout ape ke bagai tu. Aku cume nak bagitau yang GMJ tu satu usaha yang sangat bagus dalam memberi kesedaran kepada orang ramai tentang perlunya kita mengerah sepenuh usaha dan tenaga segala macam dalam memperjuangkan dan mendapatkan kembali hak umat islam yang kian dirampas iaitu masjid al aqsa dan tanah palestin.

Bila balik semalam macam ada satu semangat berkobar-kobar. Tahu? Jumlah kutipan derma hampir 150 ribu, tahu? Yang datang menjayakan GMJ dari pelosok negeri seluruh Malaysia dan dari luar negara pun ada fulamakweh ramai, tahu? Peh. Osemm you.

Well. Aku boleh je citer kat korang , tapi mane sama, pergi sendiri dengan dengar orang ceritakan, mana sama feeling dia Kankan.

Ok. aku dapat bunga mase kat GMJ. First time dapat bunga. Dua orang pulak bagi. So shweet. Ouhh. Nasib baik perempuan yang bagi so that aku tak jatuh cinta kat depa. Haha.

Last pasal ni. Ayuhlah kita teruskan boikot barangan yang menyumbang kepada depa yang yang menghancurkan dan menganiaya umat islam. Umat islam adalah saudara kita, tahu? Cuba mak bapak kau kena bom? Kau nak lagi ke sokong  penghasilan dana untuk bom tu? Nak kene sepak?

Well.well.

MASALAH UMAT

Mase pergi GMJ tu, aku naik bas. Bas yang disewa khas untuk sekalian ikhwah dan akhwat 44 orang. Habis GMJ dalam 12malam gitu gini termasuk pusing masjid shah alam carik bas kitorang so lambat baru gerak balik. Kul 4 pagi baru sampai ke destinasi yang dituju.

Haa. Ni yang aku tak bley terima ni. Ntah apa-apa betul. Pacik bas telah memasang cd cerita. Memandangkan suhu aircond kat dalam bas tu sejuk macam gila, so aku tak boleh tido. Member kat sebelah nampaknya tidur dengan aman. 

Aku tak tahu tapi aku yakin ade je orang lain kat dalam bas tu tak boleh tidur gak. Aku pun tengok je la tv tu. Da la aku duduk depan lepas tu speaker tu atas kepala aku so memang nak taknak menonton tv tu adalah pilihan pertama.

Yang tak bestnya. Kami telah dihidangkan dengan tayangan tv yang ntah apa-apa.peh. dah la tengah2 malam. Dengan aircond sejuk gila. cerita memang la bagus der. masalahnya tak tertapis. Ade unsur yang tak sepatutnya ditonton 18 tahun ke atas umat islam. Peh. Adui la. Woi pacik kami ni baru balik dari program baik2 nak perjuangkan islam ni pacik adui la. Habis hilang keberkatan huu.

Hm. Well well, inilah zaman sekarang.  Benda dosa dah macam tak de pape.  Kan masing-masing punya hati, boleh rasa kalau itu dosa. Patutnya la, malu sebahagian dari iman. Kan? Jangan salahkan aku, mane aku tahu akan ade babak cenggitu. Boleh macam tu? Ha ha.

Hidup memang penuh pancaroba. Beb.
andaikata pacik bas tu da jadi ikhwah, kejap2 boleh pasal cd tentang isk, balik2 peserta semua nak join usrah. takpun pasang cd pasal sj. semua insaf dan berkobar2 nak jadik baik. takpun pasal sh. hamek kau semua faham tanggungjawab yang terhempap di bahu.takpun pasal ape2 lagi ah. semua bole beb. kan? ke guane? 

hmm, boleh than jugak idea aku ni haha kau terfikir x ape yang aku terfikir? aku ade suatu rancangan eh eh hey. 

HIDUP MEMANG PENUH PANCAROBA.

Memang nak kene ulang sentence ni. Hidup memang penuh pancaroba beb.  Aku paling benci lelaki tak guna yang suka ambil kesempatan pada perempuan. Memang macam nak kene sepak laju-laju. Hello der, lelaki tu sifatnya melindungi, sepatutnya,  tahu? 

Balik dari program tu, esok paginya aku naik bas. Sedih kan jalan sorang-sorang macam kene pulau. he he. tapi bersendirian la bagus. baru la rasa kebergantungan pada Allah kan. Dari tempat tu ke rumah aku nak kene naik dua bas ting tong. *aku ingat naik bas tingtong lagi murah, rupanya lagi mahal cis. Tapi bukan tu yang aku nak cerita.

Aku Nampak seorang lelaki cuba mengambil kesempatan ke atas seorang perempuan. Perempuan tu dressing dia agak menampakkan bentuk tubuh badan. *bukan agak lagi sebenarnya.

Aku tengok dressing dia, aku tengok dressing aku. nampaknya aku lebih cantik dan bergaya tanpa perlu berpakaian seksi. 

Lelaki tu makin lama makin dekat dan aku nampak cubaan dia buat sesuatu yang tak baik pada perempuan tu. Perempuan tu kelihatan takut-takut dan hanya mengelakkan diri, takmampu lebih. Mungkin lelaki tu rasa perempuan itu adalah pilihan yang tepat. Tapi, kau silap bro. kau silap sebab buat ntah kejadah ape depan aku. mungkin dia tengok aku macam perempuan lemah yang tak mampu buat apa-apa. Kau silap. Sekali lagi.

Aku paling pantang dengan lelaki yang  memandng perempuan lemah dan semudahnya dibuli. Balasannya adalah, sesuatu yang tak pernah dijangka. Tahu? Akuyakin dengan apa yang dah terjadi, dia menyesal dan berfikir 4,5 kali lagi sebelum cuba cuba buat tak senonoh lagi lepas ni. Ha ha. Im not gonna talk more about that anyway. Ia menjengkelkan.

Nasihat aku kepada semua wanita. Pi la belajar ilmu pertahankan diri sikit. Dunia makin kejam der. selain itu, jaga aurat, maruah terpelihara, ok my dear?

Sesampainya aku dirumah, seharian masa dihabiskan dengan tidur. Bangun balik makan panadol, tidur balik dan begitulah seterusnya. Demam beb. Sedihkan? Takfe, allah hapuskan dosa. Insaf you. Kbai.

Thursday, 6 June 2013

tips (tipahs tertipus)

assalam hye.
ni entry keempat utk hari ni hahahhahahaha

cuma nak buat announcement. 
...

jap,
Mana bunyi kompang? xde bunyi kompang? peh ape sey nak buat pengunguman xde bunyi kompang??
hihik gurau je. saje nak gedik gedik.

nah ni announcementnye.
macam bagoss


lepas ni aku nak buat entry tips. so keep update dan up to date dengan mengetahui tips tips terkini daripada aku hahahahaha(muka bangga hnss hnss)



NANTIKAN TIPS TERKINI DARI AKU ORANG KAMPUNG WEI! 

okbai. may allah bless u and i sekali. jum berzikir. nah tengok ni. baek punyerr.

ini tentang kita. boikot diorang!.

dalam kereta. meninjau2 tempat makan yang best. bawak slow.

orang1 :kedai yang ni best tak ek? (sambil tengok2 kat menu)
orang 2: macam x laku je xde orang. (tengok bilangan customer)
orang 3 :okey what.  kalau ramai sangat orang lambat la tunggu.cepat ah aku keebuluk da ni.
orang 4: eh. jap wei. orang tu pakai topi *nama parti la.(tunjuk kat seorang mamat kat kedai tu)
orang 5 : ye ke. huh tanak la aku! (terus carik kedai lain)
blabla..

... hahahahaha...

so, kadang2 kita kene sembunyikan personaliti kita, untuk meraikan dan meraih kesefahaman.

anyway. nak boikot biar yang betul2 harus diboikot beb. bebual la. org islam dibedil kita syok2 makan mekdi. ntahpape. pastu pungpangpungpang kata nak berjuang tegakkan islam. retorik betul. kata aku kepada aku.

kbai.

betulke peringatan bermanfaaat?

assalamualaikum.  hyeee.

assalam. hey.
best beb, aku jumpe satu kate2 ni. member aku yang selalu mengatakan dirinya cantik yang post. aku no komen la dia cantik ke tak yang penting kening dia lebat, mungkin dia fikir tu la rahsia kecantikan dia. haha. sori ten. bergurau kan untuk berkasih sayang. sweet gitu.

ntah ni la bendenye, nicee eh.


kbai. 


memandai la meniaga sikit, untuk masa depan.

Assalam hye.
Not going to write lot. 

Tapi i bet ia sangat mengentam jiwa. Jiwa aku la. Jiwa korang mane aku tau.
Tapi aku harap kau pun merasakannya. Kan bila sama2 terhentam jiwa, kan sweet gitew. Haha.

Begini. Hye semua korang2 yang beriman, Nak tak aku tunjuk satu ‘perdagangan’, well, kau akan selamat dari sebarang azab yg sangat menyeksakan.(ayat kann) Betul. Sirius aku tak tipu. Caranya, firstly mestila kau beriman dengan allah dan rasul. Pastu kau mesti berjuang tegakkan agama allah. Dengan harta kau. Dengan jiwa kau sekali. Mesti. Kalau kau tahu, itula yang baik untuk kau. Then, dosa kau akan terampun dan akan dihadiahkan sorga untuk kau. Sorga beb. Sape tak nak?jum jum.
credit. macam anggun pulak mende ni. 

Nah buktinya, ayat quran, (sape tak yakin dengan ayt quran maka ketahuilah dia sedang dijangkini waswas yang sangat besar dan bisa memesongkan (bace surah annas)

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"  
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)  (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar.. 
Surah As-Saff ayat10-11-12.  
"tegakkanlah daulah islam dalam dirimu,nescaya islam tertegak di bumimu" (ulama')

surah Muhammad, ayat 7
" Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu"

persoalannya, apa yang djual? ape pulak yang di beli? 

Kbai you ol. Sakit kan adoi doi. Jum berjuang. Allah kan bersama kita.

Wednesday, 5 June 2013

hubby.

couple. hubby. (perkenalkan ni abang sayang i hihik malu kite). ew gedik macam nak lempang laju laju kan?

meh aku mulakan dengan sedikit ceritera. pernah suatu ketika dahulu, aku benci sangatsangat kat bebudak couple. rase macam nak maki eww hinanye ape sey couple. euw. lepas tu kalau ade lelaki yang macam alim warak gitu couple aku terus jaki kat dia dan segala kethiqahan aku hilang. kalau perempuan pulak, aku akan merasakan diri aku yang tak couple ni jauh lebih baik dari dia. dan lagi cantik. walaupun tudung dia lagi labuh atau solat sunat dia lagi banyak dari aku atau dia lagi menghormati orang lain dan disenangi semua orang tapi still, aku rasa aku lagi baik sebab aku tak couple. 

kalau dia couple, lepas tu dia antara pelajar yang berjaya , cemerlang lagi berwawasan dalam pelajaran maka aku anggap tu satu istidraj untuk dia. (allah bagi nikmat dengan kemaksiatan dia supaya dia makin jauh dari allah. contoh lain istidraj, firaun, yang mensyirikkan allah tapi allah bagi kekuasaan pada dia)peh.

lepas tu kalau ade lagi sesapa yang couple, aku selalu mendoakan ya allah, bukakanlah hati dia ni ya allah supaya tak couple. aku siap buat aku janji lagi ngan member taknak couple kecuali nikah. lepas tu aku banyak join group say no to couple. atau couple itu haram segala bagai ah. 

macam bagus kan? muahaha.
eh.
semula. 

macam bagos kan? sob sob. ='( teruknya aku. kesian mereka. dipandang hina sebegitu sekali. sorry.
aku ulang. sorry. takbur betul. 

bercinta @ bercouple haram ke? sesukati kau je buat hukum sendiri. kata aku kepada aku. 

aku paling suka ayat ni. 
Maka tidak pelik jika ada yang bertanya: apa hukum bercinta? Jika ada ustaz yang kata ‘haram’, punca syaitan dan budaya Barat maka sempitlah perasaan golongan hangat bercinta khusus yang masih muda. Mungkin ada yang akan kata dalam dirinya: ‘nanti tua sikit baru boleh aku kuat agama’. Ini kerana susah dia hendak meninggalkan cinta kepada kekasih yang diidami sebagai isteri.
ok. betulkan balik pemikiran. 
bercinta tak haram,  zina yang haram. 
i mean, haram. 

  1. org tak couple yang bergaul bebas dengan lain jantina pun boleh jadi lagi teruk dari orang couple. kan. (dalam kaca mata mendekati zina)
  2. janganlah kita memandang hina pada yang bercouple. mereka belum jelas tentang cara sebenar memandu perasaan. 
  3. kalau manusia sedar dan merasakan manisnya bercinta dengan allah, manusia takkan lagi mengharap cinta biasa-biasa. bahkan cinta biasa itu terbit hasil dari rasa cinta Ilahi dan kembali dipandu untuk meraih cinta Ilahi





apa2 yang mendekatkan diri kepada zina tu dilarang. memandang yang haram, berdosa. dalam surah almukminun, allah ade state ciri-ciri orang yang beriman. yang memelihara kemaluannya. so, sama-samalah kita berusaha. jagalah juga hati, fikiran dan angan-angan ea. janganla kita jadi begitu bodoh sampai mengabdikan diri pada nafsu. ingat, nikmat yang kita peroleh bukan untuk disalurkan ke arah perkara maksiat dan dosa. nikmat kesihatan tubuh badan dan macam2 lagi. 

people wish to be as pleasure as you yet all the way you are a sinner. whatthehek. kata aku kepada aku. 

sibukkan diri dengan perkara-perkara bermanfaat dan mendekatkan diri kepada allah so that ia jadi benteng pencegahan dari perkara tak elok.

syaitan tak pernah berputus asa menghasut, kenapa kita nak berputus asa melawannya? ingat, dapatkan kekuatan dari Allah, pinta pertolongan dengan sabar dan solat. ingatlah betapa besarnya rahmat dan kasih sayang allah pada kita. tergamakkah kita menodai hati dengan dosa setelah disucikan allah dengan tarbiyyahNya? 

yakinlah dengan janji allah, solat itu mencegah perkara keji dan munkar. berusaha. jangan pernah berputus asa. tingkatkan kualiti solat. itu penghubung seseorang dengan allah. 

kalau anda bercinta, please wei, janganlah sampai hilangnya keberkatan dalam rumah tangga kelak lantaran tindak tanduk anda menodai batas pergaulan yang digariskan dalam islam. itu sangat merugikan.  kalau dah hilang berkat memang tersasar jauhlah sebab kan apa2 yang kita buat untuk cari redha allah. bersabarlah, allah akan satukan. jangan terlalu mengikutkan perasaan. ok? bercintala puas2 lepas nikah. itu lebih baik dan halal. jangan duk bawa anak dara orang kehulur ke hilir. tak molek. jaga perasaan sendiri, tolong jaga perasaan orang lain. kalau2 si dia asyik teringat anda walau dalam solat, tak ke naye tu?berdoa dan allah sendiri akan jaga perhubungan korang. ok? ingat kalau dah jodoh tak ke mana. ok? 

guane nak betul2 bahagia kalau permulaannya dosa? bahagia kan dari allah. =D

last bebelan aku, papepun, tak pernah allah tutup pintau taubat. jangan pernah putus asa walau kita manusia paling hina. kembalilah kepada allah, rasakan manisnya kasih sayang Dia. kau akan bahagia. betul. dah lama kita bergelumang dengan dosa, apa kata kita nikmati sisa-sisa nafas yang berbaki dengan meraih cinta dia. 

so, couple tak haram. zina yang haram. jangan mendekati zina. ok tuan puan cik encik cik abang kakak adik sekelian ? =D


kmy, jum couple? 
er. tanak ah. aku ni pemalu orangnya.
abestu guane nak go on dengan nikah?
ouh, jum kite bincangkan secara professional.

turn to allah. =D
salah betoikan. kbai.

Tuesday, 4 June 2013

tears

assalamualaikum and hye.
hensem x i?


today im gonna talk write in english. well. actually i feel a little bit ashamed to post this entry yet luckily i manage to overcome this awkwardness by setting in mind 'ade haku kesa?'muhahaahaha(laughing like a monster)

i hate to be seen or considered as a weak or loser lady but well, looking like a loser doesn't mean i am really a loser okay? i just let it be to looked-like one so that you will not going to be so inferior hanging out with me. muahaha, eh not funny huh?sory.  

women and tears cant be separated, is it true?
i don't know but hard to admit, hurm. for me it is true.
boo!
hey shut up!.

i realize that every day in my life, i'd crying. (i mean, for this last three years, may be.)
yes. every single day.
it's gonna be feel weird enough if i ended up my day without crying.


lagi2 lately menunggu2 tarikh baru untuk ke sane. (sape tak tumpah air mata beb hu)takpe ade hikmahnyaaa!!!

when am i going to cry?
well. every time i can cry.
(may be my beauty covered up the sorrow, so i always be the most happy woman ever in people view hewhew. 

for sudden feel like singing song by mestica entitled destinasi cinta if im not mistaken. 

tak ternilai air mata dengan permata...
yang bisa memadamkan api neraka...
andai benar mengalir dari hati nurani...
takkan berpaling pada palsu duniawi. 

(what a pleasure if all my tears were collected and used to extinguish the hell fire in the hereafter)

one fine day. i thought about this. yes, after crying. 
i was wondering what am i gonna be. where to bring all those tears? 
and yes. i got the answer.

di dalam hati. akan ada kesedihan. yang tak pernahkan terungkai. kecuali setelah merasakan. kegembiraan. melihat zat Dia yang maha agung. =')

*writing in view of my silly thought. (ceh im not that humble lol)
kbai.

Sunday, 2 June 2013

ala dosa kecik beb. lek lu.

ala dosa kecik beb. lek lu. eh, rupanya iman dan taqwa dalam hati dah semakin pudar, nampak dosa kecik sokmo. 

Assalamualaikum.
Hyee. 

Nah aku share  sedikit kata-kata.
Bak kata pepatah, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan…(lalala, ala tamplong, macik tamplong)

Dia macam ni ceritanya. 


Meh nengok citer best. Dipengarahfilemkan oleh mamatlutefi ala yang gitu gitu tu.(terbaik la mat ni. baguih ingatkan orang pada allah mudah2an diredhai dan dianugerahkan sorga amin)
 *orang kata kalau kita doakan orang lain malaikat aminkan untuk kita jugakk hikhik. 

eh. lupa. nah la nah la tengok la. 


Nah ni ayat quran surah zumar ayat 53.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

*aku boldkan perkataan melampaui batas= tak semua orang akan terasa dirinya melampau kecuali orang2 yang benar2 sedar. bila dah sedar mesti la ade perasaan nak taubat kan. betul x
kalau dah buat dosa tapi masih rasa ok dan dirinya tak melampaui batas, takut2 hati dah keras dan sebati dengan dosa tu. ouch, mohon sedarkan aku kalau aku tak sedo diri atau lupa daratan bak tanggang mahupun tonggeng. eh. 

same2 la kita insaf dan bertaubat. 
hek eleh. senang cakap macam bagos je. 

aku tak kata senang la ngek. abis nak senang je semua bende. ingat dunia ni mak bapak kau yang punya? eh sori sori. tapi hidup perjuangan, kan? 

ustaz aku pesan. kalau nak bertaubat tapi masih terpengkap dan terbergelumang dengan dosa yang sama, maknanya amalan kita belum cukup untuk menjadi benteng dari terkeselesaan dengan dosa tu. 

so, buat solat taubat, lepas tu, banyakkan amalan sunat ye, di samping jaga kualiti amalan fardhu. insya allah. 
kbai. 

dalam ni ade analogi baca la baca la. so sweet