Friday, 31 May 2013

ujian tu nikmat tertangguh, tahu? comel x kak ton? eh.

Assalamualaikum.
Hye.

Well well. Everything comes for reasons.


Alhamdulillah . akhirnya aku selamat sampai ke Malaysia, eh, I mean, selamat sampai ke bp. Setelah 2 hari tersadai di klia menanti-nanti saat untuk berlepas namun hampa. Ambuih. Tak la tersadai sangat kan. Aku berbahagia menikmati saat indah bersama keluarga tercinta di sebuah hotel terkemuka sambil menikmati pemandngan kepalterbang kapalterbang yang terbang dengan sungguh bergaya meninggalkan aku dan adik beradik aku di muka bumi terkontang kanting menantinanti untuk terbang sama namun apakan daya aku tak mampu mengubah ketentuanNya apa yang bisa kami lakukan adalah berdoa dan melambai-lambai ke arah kapal yang terbang dengan bergayanya itu.

Ditakdirkan kami berhadapan dengan sedikit masalah yang jikalau dipandangan dari sudut kaca mata iman aku yakin itu bukan suatu masalah apa sangat pun alahai sebaliknya ia adalah sesuatu hadiah yang allah ingin kami belajar  sesuatu dari perkara tak terjangka ini. Ok ape panjang sangat ayat berbelit2 ni haa??! Eh diam ah.







Yang penting, aku dapat jumpa adik kepada arwah atuk yang mana atuk aku tu meninggal sminggu sejurus sebelum kakak aku lahir maka aku tak dapat melihatnya pun sejak dilahirkan kedunia ini. Oleh kerana mak aku kata muka adik kepada atuk aku tu serupa dengan muka dia maka aku sedikit teruja dan terkinja-kinja kerana bertemu dengannya.  Ok paham ke ayat aku? Tak paham, tengok muka aku ni. Tengok betul betul. Ade aku kesa?
siannye kau. saba eh


Ok lepas tu jumpa pulak nenek ni. Pun sedara menara gak ngan aku. Aku tak penah jumpa dia tapi pertemuan dengannya membuatkan rinduku pada arwah nenek yang meninggal bulan doblas tahun lepas semakin melonjak-lonjak. Oh nenekku. Aku merinduimu nenekku. Semoga kau tenang di sana. Amin,
Selain daripada itu. Aku aku bersyukur akan sesuatu. Dia macam ni ceritanya. Ingat x kisah yang adik aku sakit, pastu aku dok urut adik aku aku plak ditimpa sakit bak warga emas keletihan lagi tak bermaya tu? Masa adik aku sakit, dia ada kata macam rasa kena tumbuk. Itu ini itu ini telah berlaku maka ada makhluk mengaku dia yang menumbuk adikku lalu meminta maaf setelah dia memeluk islam dan mengakui allah sebagai ilah.  Dah jangan Tanya kalau kau tak percaya adanya perkara ghaib. (woi percaya perkara ghaib tu ciri orang bertaqwa tahu? Tengok surah albaqarah ayat 1-5)

Walaupun aku agak kesedihan lagi kehampaan pada mulanya tapi dengan hati yang rasional lagi bersangka baik pada allah maka aku yakin dan terus meletakkan pergantungharapan pada Nya. Abis tu ak mengharap sapa lagi? Takkan nak mengharap kau pulak? Ntah pape je.

Abah aku cakap allah nak suruh kau sedia tu hafal ape yang belum hafal dll. Ye la. Betul gak kan, kalau kita belum bersedia untuk sesuatu maka allah tangguhkan sampai masa kita sedia. Ala macam orang kawin la. Kenapa tak kawin2 lagi. Mesti la allah tahu, sebab kita belum bersedia nak berbini. Eh tetiba plak cakap pasal kawen. Berbalik kepada cerita aku yang menarik ni, (aku yang tertarik untuk bercerita so what?) mungkin allah nak bagi peluang untuk aku dan diorang untuk bersedia betul2 menjadi tamuNya. Ok ok. Selain itu juga. Hey, ini jugak merupakan ujian tahu? Baru kene duga sikit dah bising guane? Anyway. Sian mak apak aku susah susah hantar kitorang semoga allah anugerahkan sorga untuk dorang amin.


Seterusnya. Ape lagi eh. Aku tahu ko tak paham pun ape aku cuba perjuangkan. Mesti ko pelik kan kok cepat no aku dah balik kata pegi umrah apekehe?

Senang citer, macamni citernya. Ade masalah visa. Dan flight kami terpaksa di delay buat kesekian kalinya. (lalu aku pun menangis dengan manjanya. Wuuu wuuu wuuu. Wuuu. Tsk tsk. Wuu. Wuu) ehhh, sori sori teremosi plak. adoi hilang kemachoan aku yang terbina selama ni)
K lah bai.

Jum la kita solat taubat, solat hajat dan banyak2 mengingati allah eh. Bukan waktu senang je ingat allah, tahu? Nak aku nyanyi lagi ingatlah allah ke? Alaa malu kitew.

jum bertobat

anyway. ape kabo la agaknya hadeq2 usrah aku huahua tetiba rindu huahua. aseimen.

Tuesday, 28 May 2013

hadiah apakah ini.

ya allah, hadiah apakah ini.
tak sangka tempat yang dulu aku sangat menangis2 nak pergi, yang aku rindu sangat2 nak jumpa baginda yang dikasihi, sekarang aku terpilih untuk ke sana.

ya allah, hadiah apakah ini.

solat taubat banyak2! ouh..

tuhan, bagaimana hendak kubawa hati yang kotor ini ke rumahMu
aku sangat lemah.

cuma dengan rahmatMu aku berdiri lagi.
bertahan.

kenapa mesti berputus asa dari rahat tuhan?
semua berhak mendapat rahmatNya.

kan aku nak redha allah. yes, inilah permulaannya.
tata semua. aku nak pegi jumpa rasulullah.

buat sekalian ikhwah akhwat,
aku nak jumpa rasulullah.
nak kirim salam rindu korang.
dan, nak katakan pada rasulullah,
 ikhwah akhwat ini sedang berusaha, menyambung perjuangan dakwahmu, ya rasul.

allah, saksikanlah. aku benar-benar mengaharap redha dan maghfirahMu.

semoga dipermudahkan ye aku, kata aku kepada aku.
kbai. assalamualaikum.

rindu-rinduan ouch.

aku rindu dia beb.
tiap kali aku rindu dia, aku stalk fb dia.
macam  bodo ta pandai je.
lepas tu aku jugak yang sakit.
sakit memendam rindu.
ouch. macam poyo pun ade.

adoi la.
tak berwawasan langsung.
mesti allah cemburu.
allah kan sayang aku.
so aku mesti la sayang allah lebih dari segalanya.

k. lepas ni, aku rindu kat sesapa je, aku akan solat @ mengaji. sure aku akan menangis dan kembali mensahihkan cinta sebenar yang tertacap dalam hatiku
ye, cinta allah dan rasulnya.
kbai.

euw gedik gila. tolong jangan bagitau sesapa ea, habis semua orang tahu aku suka kat que haidar

cinta terlarang

hari ni aku rasa macam lain macam. 
asyik teringat kat seseorang. 
muahaha. 
kenapa?
rupanya hari bahagia dia. 
aku tak ingat pun tarikh ni
tapi aku teringat-ingat dia. 
last-last baru aku perasan tarikh ni. 
kenapa?
aku yakin, masih ada cinta. 
kof koff. 
ala nak gedik sikit pun tableh.
nape suke dengki tengok kebahagiaan aku ni.
muahaha. 

ok gurau je. nah. suatu manifestasi cinta. kali ini bukan cinta nafsu, tapi cinta kerana merindu rahmat dan maghfirahNya. oleh dia, yang suatu ketika terkeliru akan cinta. ya. hidup benar-benar ujian. thanks ea awak, bagi aku copy paste kat belog. mudah-mudahan allah kuatkan mereka, yang senasib denganmu. 

sayang, aku tetap menyayangi kamu. 
selalu teringat-ingat akan kamu. 
menatap foto-fotomu
merindu surat-suratmu
mengenang kisah kita dahulu

namun, apalah diriku untuk melafazkan kasih. 
kerana kau haram buatku. selamanya. 

biarlah sakit, jika tidak, tuhan bisa murka.
biarlah sakit, jika tidak, kita tak diakui umat baginda.  
sabarlah seketika. kerana bagimu kelak sebenar-benar pemuda, bukan aku. 

sayang, aku tetap menyayangi kamu. 
tapi kali ini, bukan cinta itu. ini cinta kerana tuhanku. 
aku mengahrap kau juga begitu. 

ok xde mende pun. saje saje je ni. 
papepun, pandulah cinta ke jalan yang diredhai allah ye korang
allah takkan uji seseoranag melainkan dengan kemampuannya. 

tafsir mimpi.


baru2 ni aku asyik bermimpi aneh. bolehkah tafsirkan? ah merepek. mengapa perlu tanyakan si nujum? minta saja fatwa dari hati sendiri. allah kan kurniakan hikmah. (agak2 orang macam aku allah kurniakan hikmah ke)  pende? tak yakin ke allah tu lebih dekat dari urat nadi? 

ni mimpi aneh tu. 

kumimpi wajah manis dia yang kusayang. kulihat dia sangat kemurungan. air mata berlimpahan. sebak dan sendu pada matanya. kulihat tangannya, berikat, ketat. 

lalu kurungkai ikatan. dia menangis berterusan, menyesali dan kesakitan. 

aku cuba kuatkan. sabar, ingatlah tuhan. aku memeluknya erat. dengan harapan dia kuat. kuatkan hatimu sayang. sungguh mereka kan mendapat balasan. merobek kesejahteraan. maruah dan keperibadian. 

tentu kan dipertanggungjawabkan. pada hari dijanjikan tuhan. 

kulihat tentera2 israel itu, keluar dari kawasan, melarikan diri ketakutan, meski senapang di tangan.

lelaki tak guna. dengan lemah memang tinggi lagaknya. 

Saturday, 25 May 2013

tak sedo diri.

assalamualaikum. 

hye. kk sory sory la. aku tau ko marah aku buat cmni. 
kk, lepas ni aku tak tinggalkan belog lame2 k. 
mesti kau rindu aku kan. mesti ko ternanti2 aku hapdate belog kan?
sori k. aku tau aku hot.
muahahahahahaha.
eh tak lawak ea? alaa. sori sori. 

ni bukan aku. doa2la aku jadi wanita solehah, ea, yang anggun lagi bergaya. hihik. 

ehem. sirius la, budak. 
semalam sampai hari ni macam gila. macam kene sampuk. 
memula adik aku kene. aku dok urut2 dia aku pulak kene.
pasang ayat ruqyah, menangis tetiba. pape ntah.

solat pun tak larat. sampai kene solat duduk. adik aku solat baring. dah macam warga emas keletihan dah. 
bangun tengah2 malam tak dan pun nak tahajjud. 
badan menggigil. kepala sakit macam kene perah je isi dalamnya. adoi!
lepastu memang tido je la memanjang tak sedarkan diri. 

hanya mampu berdoa je. guane kalau kat mekah kene gitu. ouh allah, kuatkanlah. 
anyway doa2kanlah aku dapat menikati sebaik-baiknya tiap detik aku kat sane.huu

dah. meh aku ajar satu benda. 
syukurilah nikmat sihat, sebelum ditimpa sakit. jangan bila dah sakit baru nak menangisi waktu waktu sihat yang telah diabaikan dan tak dihargai. 


ok? jum insaf. 

kbai. 

Wednesday, 22 May 2013

penat telaah pdf so aku merepek la kejap. ade masalah?

1) ade orang merajuk ngan aku. so aku tulis ni khas untuk dia. 
hye you. i dengar you merajuk betul kee? i wrote this special for you. tak kuasa i nak pujuk you. kbai. 

2) ade orang selalu kutuk2 aku. belagak gile ngan aku. lepastu macam bagos la.. aku bersabar dengan penuh anggun. buat ape nak balas kan, allah tak suka. aku kan nak jadi wanita solehah yang anggun lagi bergaya. so aku rilex je dan tengok permainan dia. suatu hari orang tu meminta tolong kat aku suatu perkara. manis mulut dia. ayat baek punye. merayu-rayu. aku dengan hati terbuka tolong dia. ne tau lepas tolong dia aku jadi mudah nak hafal quran. aku pun tolong dia dengan bersungguh-sungguhnya. macam sweet gak la. lepas tu aku pergi dekat dia, aku pandnag dia dengan wajah penuh kasih-sayang. dengan senyuman paling menawan, aku rapatkan bibir ke telinga dia dan berbisik, 'tak malu ea?' 

3) nah tips. kalau kau student, kau takyah la nak rapat dan baik sangat dengan lecturer. lagi-lagi yang skema. kau akan menyesal. hidup dia hanya untuk menegakkan peraturan. trust me.

4) suatu hari aku wat discussion bersame member2 usrah. ye la dengan usrah ni la kita boleh sematkan nilai2 positif dan di samping membaikkn diri sendiri dn orang lain kan. so aku start majlis usrah tu dengan berkata, today, i'm going to talk on . . .  (kelihatan mereka teruja bila aku speaking) 'islam, kata nama atau kata kerja.' aku menyambung dengan wajah penuh bergaya. 
lalu member usrah berkata, alolo, ckap la bahasa inggeris!
 aku kata, alaa malas ahh.
lalu mereka mendesak aku supaya aku cakap speaking jugak. 
oklaa oklaa. 
what is the purpose of life? 
krik krik.. semua geng usrah terdiam.
 hello, tau tak maksud purpose tu ape? aku menatap wajah mereka satu persatu...
er, melamar?
it's purpose not propose =='

5) dah azan ni. tak reti2 ke nak solat? 
eleh bajet bagos la tu..
so what? huh? huh?

Monday, 20 May 2013

kaunselor syok sendiri.

'bzz bzz. ade mesej woi' bunyi ringtone mesej bernada gedik kedengaran. 

-open massage-
assalam, hye you. i ade masalah ni. i sangat down. i nak gi umrah tapi i rasa sangat-sangat tak layak. ntah la you, i takut tak diterima. i nak pegi. i nak umrah yang mabrur. i nak jadi solehah. i nak tinggalkan semua bende tak baik. tapi i tak kuat. boleh bagi kata-kata sikit x you, please?' 

well well. walah. ape nak reply seh? suka tanya soklan mencabar tahap ntah level berapa ntah kat aku. 

anyway. xpe. aku suka jawab soklan sebab aku suka la. kalau aku jawab soklan aku bleh muhasabah diri aku balik. padan muka korang pun tak pasal2 terlibat. nah nah bace jugak jawapan aku lepastu kalau ade jawapan lagi extravaganza bole send kat aku. ok? it's ok it's olrite. 

dear you yang manis. awak seorang yang tentunya ade keistimewaan tersendiri yang membuatkan allah jentik hati awak utnuk berusaha mendekatkan diri kepadaNya. awak menjadi pilihan allah untuk menjadi tetamuNya. walaupun belum pasti, tapi insya allah, azam dan keinginan akan membuatkan awak nekad dan kuat berusaha mencapai hajat awak.  
awak berusaha memperbaiki diri awak. awak berusaha menjadi solehah walaupun awak tahu awak tak kuat dan selalu kalah dengan raksasa syaitan yang rakus dengan bisikan dan suntikan 'jum ke neraka'nya. tapi takpe, asalkan awak selalu menjadi golongan yang bertaubat, lama-lama allah sendiri akan bagi kekuatan tu pada awak.  
awak tahu, semua orang tentu cemburu bila awak dapat ke sana sedangkan mereka tidak. awak jangan penah sia-siakan peluang yang allah bagi pada awak. ketahuilah, allah menyayangi awak. kasih sayang dan rahmat allah sangat besar nilainya jauh melebihi kasih ibu pada anaknya. 
allah sesekali tidak akan mengecewakan awak. segalanya diatur cantik untuk awak, hambaNya yang berusaha mengejar cinta  dan meraih redhaNya. i doakan awak bahagia dan dipermudahkan urusan di sana. insya allah mudah-mudahan mabrur umrah awak. insya allah. amin. tata! 

-send- 

okbai. sweet kan. 

Sunday, 19 May 2013

tak study boleh dapat 4 flat?

tak study boleh dapat 4 flat? eh silap, maksud aku 4 plate.(gi kfc, order la snack plate dinner plate sukati korang la) 
bismillah.
hye korang yang sedang mengahadapi peperiksaan . aku ucapkan all the best ea. mudah-mudahan berjaya dengan kejayaan yang cemerlang lagi berjayanya. eh.
macam ni ceritanya.
tapi panjang lah ceritanya.
xpe aku pendekkan. 
 korang kene dapatkan kejayaan yang cemerlang. faham x? ni paling pendek dah ni yang aku mampu. 

kalau anda tak cemerlang, anda akan dimaki dengan kata-kata
 'eew, inilah orang yang konon-konon bawak islam, seru orang kepada allah la bagai kononnya, study tunggang langgang jugak. ceh haru biru aku nengok' 

ok. walaupun dalam surah almaidah ayat 55 ade sebut, ciri-ciri tentang akhlak yang sepatutnya ade pade diri kita iaitu tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. 
tapi er, kita kene buktikan yang errr. ape ek? yang penting kene lah dapatkan result  terbaek lah.itu mainpointnye.
.
tapi well, kene ingat, hidup memang untuk diuji. papepun, berusaha dan bertawakal.ok?

kbai aku nak study dengan gigihnya. (amin)

Thursday, 16 May 2013

untuk anak-anak.

assalam hyee anak-anak, mak ni. ape kabo anak-anak semua? harap sentiasa tenang dengan denyutan nadi berteman ilahi. 

anak-anak mak nak pesan sikit ni. kalau hang rasa hang penat. hang rasa hang susah. hang takut. hang kesepian sendirian takde sape nak tolong hang, hang ingatlah ye anak-anak, orang lain sebelum hang dah rasa semua ni lebih dulu dari hang. bahkan lagi dasyat tau. 

betul. tak caye plak hang ni. 

hang lupa kaa, jalan ni tak menjanjikan karpet merah. tapi sememangnya jalan ni menjanjikan karpet yang tak ade pun warna merah eh silap. jalan ni menjanjikan susah payah, penat lelah ranjau berduri tahu? 

betul. kan allah sayang hang. kalau semua smooth je maknenye ade something wrong la tu dengan keje hang. 

lagi satu. hang lupa ka? allah kan ada. nape perlu mengharapkan bantuan manusia. allah sendiri akan tolong hang dengan apa cara sekalipun, tak semestinya bantuan manusia tahu? 

ok lah hang oi. akhir kata, salam sayang dan rindu dari mak. jum pegi sorga. 

berlakon saja. tapi bila cakap memang teruji beb.

kekadang lupa pulak aku pelakon. ape, terkenal ke tak ke lain cerita der. 

pacik cafe : exam eh petang ni.
aku : a'ah. 
pacik cafe : ouh. dah study belum?
aku : haruslah. 
pacik cafe : ye ke? bukan semalam nengok movie ke?
aku : tak ah, tu pagi tadi. 
pacik cafe : ambuih. 

oke ape kaitan sebenarnya? 
xde. sesukati nurani aku aa. 

this is delayed post tapi xpe. tetap sweet. 

masetu, nengok movie, ala-ala islamik gitew, tapi well, manade cerite betul2 islamik punya sekarang ni. (kalau ade, sila bagitahu gua).

dalam movie tu ade babak seorang lelaki berserban di bahu, berkopiah berjalan bersama seorang perempuan betudung labuh. dalam cerita memang melakonkan watak bukan suami isteri atau mahupun mahram. mereka melakonkan part tu mase si perempuan ayu tu balik dan ditemani si lelaki. dalam perjalanan mereka saling seiringan dan berbual-bual di waktu malam yang sepi. malam yang sepipipi pakmat jual topipipi. eh. 

ape-ape la. tapi yang penting ape yang terkeluar dari mulut aku adalah,
 eiwww apela dia ni, buat macam tu kan jadi fitnah ti ape orang kampung cakap! dah la pakai kopiah, yang perempuan tudung labuh pulak !
alolo. belakon je puunn. (belakon pun der!) 

well well. kita akan diuji dengan apa yang kita perkatakan. sirius. tap! (buat bunyi petik jari) aku diuji dengan bende yang sama. sama. sama. ye. sama. 

ye. aku tahu tu salah. aku taknak buat lagi. kalau suami aku nampak mesti dia merajuk ngan aku. (eh bila aku bersuami?) 

sirius ni. aku taknak buat lagi macam tu. ape la kan nak bertaubat macam murah je sewenang2 berbual mesra dengan ntah sapa-sapa. malu mak bapak gua. 

'awak tu perempuan, permata, mahal'

kbai. malu kite. 

Wednesday, 15 May 2013

hell.

yuhu.hye. 
eh sori. maksud aku, assalamualaikum. 

cuaca sekarang tak menentu kan. suhu ntah berape darjah celcius ntah bahang betul macam mendidik otak gua. peh, nasib baik kat exam hall tadi kipas berputar ligat lagi menenangkan. sampai rasa nak tertido jawab paper arab. tapi memndangkan aku sangat komited dan bersungguh-sungguh maka aku tak jadi la nak tido. aku pun menjawab soalan dengan penuh khusyuk dan tawaduk. lepas tu aku keluar awal bajet macam jawab betul je. aku malas la nak serabut baik aku pegi cafe lepastu mencekik dengan bahagianya. tada. another two paper to go. lepas tu oyeahhhhh yeay yeay.!!!
oktak matang langsung perangai! diamla diamla. 

anyway. berbalik kepada topik aku la ni kan, 
 cuma nak cakap. 
the world is hot enough. please dont end up your life at the hell. 
(bla la bebual diri sendiri xhabes2 kumpul dosa haktuih) diamla kau. 

kfine! jumlah kita sama-sama bertaubat. 
astaghfirullah al azim. 

Tuesday, 14 May 2013

roomate guwa, member guwa.

salam. hye you.
nak cakap sikit. betulla kene berdoa dan mengadu pada allah.

tapi kadang2 lepas mengadu pada allah, perlu jugak untuk berkongsi masalah dengan manusia. barula rasa macam kene pelempang lajulaju sikit. (kalau x asal allah ciptakan ade manusia jadi kaunselor, bagai?)

*ditulis selepas kene basuh ngan roomate. tu la hakikatnye roomate aku, nampak je macam ayu tapi gangster sebenarnya.

tapi xpe. nah aku share sikit ape yang dapat disimpulkan.
it's depend on amalan kita, untuk pandu hidup kita guane ok? jangan salahkan yang lain2.
dah nak maghrib jum solat.ape ni maghrib2 bace blog orang ni ha?!
hehe.

kbai.

jumpa rasulullah.

salam hye semua.
hihi.
excited rasanya.
xpe. aku tahu aku tak layak untuk ni semua tapi aku rinduuuuuu uaaa.

insya allah. masanya kan tiba.
nah aku bagi hala telinga meh feeling rindukan baginda.

jum jum gi ziarah =)


video




Monday, 13 May 2013

bila yang lain lagi terduga

argh tolong aku sangat lemah ni. macam nak mati rase bro.

really? 

ye la. kau tak rase ape yang aku rase. 

hurm. sabarlah. 

cakap memang senang bro. aku yang menanggung sendiri semua penderitaan ni. 

nak aku tolong apa-apa?

tolong la bagi buah pinggang kau yang sebelah tu kat aku. 

maaf aku tak boleh. 

tengok. kau cakap je pandai. kau langsung tak de rase nak bantu aku. biarkan aku menderita sensorang. 

aku tak boleh bagi. buah pinggang aku sebelah dah dibuang. sebelah lagi dah dijangkiti.

eh, kau sirius?

ye.

aku tak pernah tahu pun. selama ini rupanya kau lebih menderita berbanding aku?

. . .

. . .

maaf, aku terlalu manja. perangai aku tak sesuai untuk seorang pejuang. maaf.

suatu ketika.


'akak, tak jadilah nak masuk pertandingan syarahan tafsir tuu' kata aku kepada cik pengurus setia pertandingan yang boleh tahan cantiknya tuu 'de hal aa' sambung aku lagi penuh yakin. 

'alaa'kata kak ain. 'blablabla' kata kak ain lagi aku tak hengat ape dia cakap. 'blablabla' sambungnya lagi mujukku supaya dipertimbangkan semula permintaan. 

blablabla dan blablabla. kata dia. blablabla dan blablaba. kata aku pulak. 

'tkpelah, siapalah akak nak marah awak. kalau ditakdirkan awak ade masuk pertandingan malam ni, maknanya allah tetapkan keberadaan awak di sana tu adalah yang terbaik'

sekian sahaja dari saya, katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah berputus asa dari rahmat allah, sesungguhnya allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. sungguh Dialah yang maha pengampun, maha penyayang. (surah zumar ayat 53)
wabillahittaufiq wal hidayah, assalamualaikum wbt. 
(ayat aku dalam pertndingan, see, allah tetapkan hati aku untuk masuk jugak akhirnya) 

seusai saje pembentangan ayat tafsir (rujukan tafsir ibnu kathir dan jalalain), tiba-tiba kata hati berbisik, puas, berbual dengan diri sendiri atas pentas tuu? 




Thursday, 9 May 2013

jangan hampakan orang yang menyanjungi anda.

assalam. hyee.

tertarik dengan kaedah saidatina khadijah memujuk rasulullah apabila mula-mula rasul menerima wahyu . (google sendiri, jangan gedik). 

hye awak. yang manis dan baik budi pekerti. saya suka awak, maksud saya, wajah awak mengingatkan saya kepada allah. tenangnya. kata-kata awak yang selalu menguatkan hati-hati yang jauh dari ilahi. tindak tanduk awak yang selalu memberi inspirasi tentang luasnya rahmat Dia pada hamba. lagi, diri awak, penampilan awak, membuatkan saya hormat akan awak. ya, awak sangat baik pada pandangan saya. awak selalu menceriakan suasana, memberi harapan akan hakikat indahnya dunia bagi insan-insan yang kecewa dengan kehidupan. ya, indah, andai selalu dekat denganNya. awak, awak happy go lucky orangnya. bahagia betul hidup awak kan, terima kasih kerana berkongsi sedikit kebahagiaan pada saya, yang selalu berputus asa. awak bertanggungjawab, awak jalankan amanah awak. bagi awak, setiap manusia bertangungjawab ke atas orang di sekelilingnya. ya, dengan adanya awak, saya rasa hidup saya lebih bermakna. awak baik, jujur dan rajin orangnya. awak cute di mata saya. awak kata, kita mesti selalu jujur dalam hidup. awk juga selalu ingatkan saya, supaya bersikap tegas. ya, memang, memang kita kena selalu tegas dalam menegakkan sesuatu prinsip.  mungkin awak tak rasa awak begitu hebat pun. tapi bagi saya, awak seorang yang sangat hebat dengan menjadi siapa awak yang sebenarnya. awak pasti tertanya-tanya siapa saya. ye, saya pasti sebab awak memang suka bertanya orangnya. tapi tak apalah. biarlah bait kata-kata ini sekadar ucapan penghargaan daripada saya. terima kasih kerana menceriakan hidup saya. akhir kata, jum pakai shawl, ala ala tudung yana gitew. sweet kan? eh. 

salam sayang <3 nbsp="" p="">
happiness depends on ourselves. 

Wednesday, 8 May 2013

jamuan kelas. melenyapkan seketika hiruk pikuk di kota.

assalamualaikum.

saje nak berceritera. dia macam ni ceritanya.
kami bersuka ria dengan rakan-rakan sekelas dalam satu event yang dinamakan 'jum makan wo

i' nama event adalah idea aku sendiri. sweet kan.


pengorbanan aim. *kene kukus grill panggang kukus grill panggang


kami bersama ntah berapa kereta ntah ke johor baru dan itu ini dan ini lagi. perjalanan diselangselikan dengan lagu-lagu yang beraneka ragam beserta tarian giyomeemaggi di dalam kereta menjadikan perjalanan terasa indah sekali. tidak tidak. tolong jangan memandang serong dan hina dina kepada kami. meskipun pelbagai tarian entah apa-apa yang terhasil tapi ketahuilah, tidak ade sebarang percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan mahupun maknyahpun di dalam kenderaan termasuklah semasa majlis tari menari. lagipun lagu yang dipasang adalah lagu hayya biljihad serta lagu najuwaletop yang versi islamik ala gitew gitew tuu. insya allah. ye. keberkatan sesuatu majlis harus dijaga. hihi malu kitew.

dalam perjalanan kami alhamdulillah dimulakan dengan bacaan doa. so that alhamdulillah selamat sampai dan takde sebarang kejadian buruk berlaku. *sila abaikan kes seorang member tertinggal kat angsana tu. eh sori sori terbagitau semua orang pulak.

ok meh aku cerite dengan lebih bergaya.

perjalanan bermula jam 11.30 tapi biasala kalau bercampur budak lelaki maka perjalanan bermula jam 12.30. diorang make up ke hapentah aku pun tatahu la. so kami pergi dahulu dan menginggah untuk menjamah makanan dan menjamu selera sebagai alas-alas perut di sesuatu warung yang sangat terkenal dan tidak asing lagi yang diberi nama er apentah.

lalu diteruskanlah perjalanan dan memasuki tol dengan penuh bergaya. sesampainya ke destinasi pertama kami iaitu masjid negeri Johor maka kami pun solat la jamak zuhur dan asar di sana. solat tu tiang agama beb nak buat ape2 pun asal jangan tinggal solat kata mak aku la.

lepas itu kami pun berjalan-jalan dan bergumbira di zoo sangat seronok ouch. dapat pegang harimau dan bermacam-macam lagi haiwan yang garang. di zoo, aku teringat la kisah lecturer aku tu yang masa dia pegi umrah ade unta tunduk hormat pada dia sebab dia amalkan selawat. *(katanya unta ini bukan sujud padaku tapi pada selawatku) maka aku cuba la aplikasikan kan. aku cuba banyakkan selawat masa kat zoo tu tapi nampaknya kesannya taklah sama dengan orang yang memang beramal dengan perkara tersebut. ohoi.

ok masa kat zoo tu kan kan. kami diberi cabutan nama dan aha. semua orang kene tulis kelebihan dan kelemahan kat nama tertera. maka aku pun tulisla sebab aku baik makaaku tulis kelebihan dia lagi banyak dari kekurangan. sweet kan. mase kecik2 cikgu aku cakap tengokla orang dengan sudut pandangan positif, nampak kelebihan lagi banyak so bila ada kekurangan niatkan untuk sedarkan bukan caci maki ok. sangat enjoy la buat mende ni tapi berdebar jugak sey. wonder apekah dia yang akan ditulis pasal aku nanti tapi aku lek je dan terus terkinja-kinja dengan segala jenis haiwan yang ade ditambah seri lagi dengan dslr member yang dibuat macam harta sendiri.

kemudian kami melepak di hutan bandar sambil berjalan-jalan menikmati aneka pemandangan indah panorama di situ termasuklah melihat telatah kanak-kanak yang sewenang-wenangnya mandi di halayak woi kau ingat ni hutan bandar mak bapak ko punya ? eh sori sori.

tidak dilupakan kami diberikan satu mug yang kami berpeluang melukis dan mendecorate atau nak bagi senang paham menconteng cawan tu sampai agak-agak cantik gitu la supaya diberikan kepada insan yang namanya terpilih melalui cabutan undi. so ini yang aku dapat. alhamdulillah bersyukur aku suka la asalkan ia dibuat dengan penuh perasaannn. feww fiueww (angin sepoi sepoi)


ingat perempuan je suka bunga? credit to razak


lepas tu. kami makan di kedai apentah kat hutan bandar. sebelum makan kami terkinja-kinja lagi dengan pelbagai jenis permainan yang mengeratkan silaturrahim. sho shweet alolo. semua orang tengok sebab kami sangat menghuru harakan keadaan tapi kami lek je. pedulik ape kau ade? kata kami dalam hati.

selepas itu kami ke angsana pula untuk menghabiskan duit kat sesuatu tempat. aktiviti kami tak lain adalah menolak bola dengan kuatnya untuk menjatuhkan 10 halangan so that bila semua jatuh lalu kami pun jerit yeaaa sambil menepuk tangan atau dengan nama lain ia dipanggil 'bowling'

setelah itu ketua kelas aku pun berucap sedikit sebanyak dan ayat klise yang memang selalu diingati, 'minta maaf kalau selama jadi KO aku . . . apentah aku lupa ayat seterusnya.  takpelah. ok dah.
lalu blablabla kami pun pulang dengan perasaan penat sambil membaca surat (yang tadi tulis pasal kelebihan dan kekurangan tu) dan menengok mug masing-masing.


surat cinta. *tolongla berhenti berharap. 

kesimpulannya.
first, pasal surat tu aku bersyukur sangat sebab, ntahla. allah tutup aib aku dihadapan manusia. mungkin kalau aku dapat dari perempuan atau member yang rapat lagi banyak kekurangan dari kelebihan sebab member jugak yang kenal sapa aku.

second.
harap2 lepas ni jamuan kelas semua ahli kelas ada. harap harap tapi takpe. semua orang ade awlawiyat masing2 beb.

third. next sem aku jadi pko. guane tu?

last but not least. semoga allah redha. seronok bukan sekadar nak seronok seronok beb.

klah bye. assalamualaikum.

berlapang dada dan berbaik sangka itu sweet tahu?

assalam hye.

sewenang-wenang je kan kadang-kadang hati kecil kita disakiti?
tak belajar peradaban dan ketamadunan ke mereka tu huh?
kata diri kepada diri. merungut. muncung mengurang sedikit rona ayu pada wajah.
(diri? mungkin nafsu? atau hati? )

well well.
betul ke ayat
no no no.
shouldnt be like this.

sepatutnya,
sewenang-wenangnya je kan, diri kita, membiarkan hati sendiri terluka, dengan perkara kecil tak bermakna?
mana nilai kita ?
rendahnya rasa ?
mudah terkesan mudah terkesima,
meski sekecil kecil perkara cuma?

aishh! be matured.
wanita gagah perkasa mana mungkin terkecewa dek perkara dunia.
kbai.

Tuesday, 7 May 2013

ciri yang disenangi 1

assalam hyee. 

hari ni 7.5.2013.
cepat kan kan mase berlalu.
anyway have the blast. ok?

harini aku nak menulis pasal ciri2 yang biasanya disukai orang lain. well, aku melihat dari sudut pandangan aku sebenarnya. so what? muhhahaha! ok tak lawak ea? sori sori. 

antara ciri yang disukai oleh orang lain adelah. 

1. empati yang tinggi. 
empati bermaksud boleh merasakan atau meletakkan diri sendiri seperti kt tempat orang lain. so, ini adlah suatu kemahiran yang tak semua orang mampu memilikinya. dan for sure, ia memerlukan latihan yang gigih. 

senang kata, orang sebegini adalah orang yang memahami. 

contoh : u sakit. ade berbagai ragam manusia di sekeliling. ade yang sibuk dok tanya ok tak ok tak. sampai u rasa nak pangkah dia 'can u just leave me alone? i need some rest' ade pulak yang membiarkan u sendiri, taknak mengganggu u katanya. dan ade yang ketiga, tolong u. i mean benar-benar tolong u. contoh, u sakit kepala, dia urut kepala. u tak larat bangun, dia belikan makanan, dia basuhkan pakaian dsb. 

so, letakkan diri u kat tempat orang sakit. or bagaimana yang u harapkan?

2. pendengar yang baik. 

sebagai manusia, memang kita saling memerlukan. kadang-kadang bila ada masalah, u cerita kan kat seseorang dengan harapan seseorang boleh bantu u sedikit sebanyak dengan bagi kata-kata ke, ataupun, cukuplah jadi pendengar yang baik. 







u nak ke bila u cerita masalah kat seseorang dengan harapan cukup besar seseorang tu dapat mengurangkan beban yang menghempap belakang u, tetiba orang tu pangkah u pulak? ade ke patut. dah tentu tak. kan? 

3.seseorang yang membuatkan u rasa u diperlukan. 

pernah tak merasakan keadaan di mana persatuan u merancang sesuatu yang besar. so perlantikan jawatankuasa dibahagikan. dan nama u takde dalam mana-mana list pun.padahal semua oranga de tugas masing-masing. ya semua orang kecuali u. ape you rasa? 

ataupun, keadaan dalam perbincangan. pendapat-pendapat diberikan, tapi setiap kali u keluarkan pendapat, terus kene pangkah. pehh sentap rasa kan? mungkin mereka kurang diajar cara untuk tak setuju dengan pendapat seseorang? alolo. 

same jugak dalam hubungan. tak kiralah hubungan apa pun, still kita suka kalau kita rasa diperlukan? betul? 

ok dah. 

tu saja dulu. sama-sama cuba apply. 
assalamualaikum. 



Sunday, 5 May 2013

PRU, program wahyu, paper, assignment.

assalam
hye.


  • macam-macam sekarang ni kan. 
  • musim pru. inikalilah atau lainkalilah?
  • musim exam. tiga hari straight boleh terima? lepas tu ade yang 1 hari 2 paper. boleh terima? 
  • musim program wahyu. tahu? ala, macam rasulullah dpat wahyu dari allah, kan secara mengejut. macam tu la program wahyu. ada faham? 
  • lagi assignment dia. ok ok demi membahagiakan org tersayang kan. ape? orang tersayang je mesti bf ke? nak kene sepak? 


blablaba.

well well, hidup ni, kita akan diserabutkan dengan macam-macam perkara. memang kita diseru pun supaya buat sehabis baik dalam ape pun. tapi janganlah sampai tak hengat akhirat. sampai kadang2 lupa ape tujuan sebenar hidup kita.

ape ape pun. kat mane pun. siapapun, tanya pada diri,

Di mana Allah di hati kita?

kbai assalamualaikum.

semoga allah redha dan memberkati usia. semoga dipermudahkan segala urusan dunia agar dengannya
kita berjaya di akhirat. amin

Friday, 3 May 2013

tak masyuk.

tak masyuk, tak feel langsung.

hye assalamualaikum.
aku ni. anybody homeee??

dah. jangan merepek lagi. hello hidup untuk merepek ke? da la belajo malas aku tatau la ape nak jadi.

ok. penah tak buat sesuatu macam dah try sehabis baek dah tapi hasilnya tak seperti yang diharap.

penah ? kee tak penah?

contoh, u solat. lepas tu u berazam la dapat feel solat u. tapi macam tak solat. susah sangat nak feel. u dah buat solat taubat dah. ye la kut2 dosa sendiri yang membuatkan solat jadi susah nak khusyuk. kan.
dalam solat ntah ingat ape ape je. hampeh betul rasa. u berharap la solat u boleh sedikit sebanyak mengubah diri u jadi orang beriman dan bertaqwa kan. tapi. ouch!!! susah la wei. kata u dalam hati.

tapi lek lu der. teruskan solat taubat. well well, nak sesuatu yang syiok mestila kene rasakan kesusahan dulu, an an.

macam alkisah seorang pacik. hendak ke andas awam dan diminta doposen oleh penjaga tandas.
lantas dengan tidak semena-mena, pacik tua menangis.

penjaga tandas sebesalah lalu berkata,
lek aa pacik nak masuk tandas toksah nangis ta cute lorh. xpe xpe, masuk je aa tandas tu, free untuk pacik. 

teka lah, apa jawapan pacik..

aku bukan menangis kerana itu. aku menangis kerana, hendak ke tempat hina begini pun perlukan bayaran. bagaimana pula jika hendak kesorga . . . 
kbai assalamualaikum.

gedik gedik rindu

assalam hyeeee.

o mak, apa habar denganmu?
ooo pak, apa khabar denganmu?

di sini kumerindukan kamu.
walaupun bila nelifon nggak tahu ape harus diucaappp.
o0oho hooo.

lagu versi aku. pedulik ape, diamla kau.

Thursday, 2 May 2013

C untuk cinta C jugak untuk cemburu.


 Assalamualaikum.

Laa ni cek nak habaq sikit. Penah tak cemburu. Penah Kan. Sakit kan perasaan tu. Walaupun kau tak cakap ianya sakit tapi ketahuilah ianya sakit. Sakit maksudnya menyakitkan la. Aku sekeh kang.

Haa tak yah nak berangan la sibuk dok fikirkan lelaki yang ko minati bercinte dengan perempuan lain yang lebih tinggi comel cun cntik jelita ayu menggoda bergaya blalabla dari ko. Tak yah tak yah. Berhenti la fikirkan perkara yang menserabutkan kepala hotak seperti itu. Buang mase tahu.


Kalau someone tu dah ditakdirkan jodoh kau, buatlah ape saje, berlarilah kemana pun. dia tetap akan jadi jodoh kau. Kalau seseorang tuu memang bukan jodoh kau, bercinte la guane, kau takkan dijodohkan bersame pun akhirnya. Takyakin ke dengan ketetapan allah? La ni kau solehahkan diri kau bebetul. Allah sendiri akan hantarkan lelaki yang memang untuk kau. Faham? Adui. Toksah serabut sangat ah. Tengok macam aku ni lex lex je.

Sweet kan, aku care tau. Aku doakan kau bahagia.


Ok. Back to topic. Pasal cemburu.

Sebenarnya, kita semua ade perasaan cemburu. Tapi kadang-kadang ntah la. Diri sendiri yang mengotori hati hingga sensitivity hati pun makin malap.

Cemburu tak tengok orang yang memang hidup dia seluruh jiwa raga dia memang untuk allah. Hari-hari yang dia lalui memang tenang jee sebab memang dia sangat akrab dengan allah. Pagi-pagi dibangunkan allah untuk bermunajat denganNya. Lepas tu diberi kekuatan untuk melaksanakan segala suruhan dengan sebaiknya. Kalau solat, siap dengan rawatibnya. Siap dengan berjemaahnya. Kalau berzikir ke tadarus alqurannya pun memang terbaek penuh penghayatan siap air mata mencurahcurah ke ladang gandum eh.







Kalau puasanya memang peh, menambah nilai taqwa dalam diri. Amal jariahnya sedekahnya infaqnya, baktinya pada masyarakat sekitar. Amar maruf nahi munkar nye. Mantop. Dakwah ke sana sini.  Akhlaknya peribadinya Fullamak masya allahutaala. Peh, memang tarbiyyah terus dari Ilahi.

Wahai! Siapakah ibu bapa makhluk ini? (ibu bapakah yang mendidik? )

 wahai! Siapakah guru insan ini (gurukah yang membentuk peribadi?)

wahai! Siapakah rakan-rakan si polan ini (rakan kah yang menjadi pedoman? )

hakikatnya, semua masyarakat sekitar boleh memberi pengaruh acuan akhlak yang terhasil tapi ketahuilah, ia berpunca dengan hati sendiri. Sebab hati yang memilih jalan hidup sendiri.

Pernah dengar kisah anak pak imam murtad?

Penah dengar cerita adik ustaz menagih ganja?

See, walau baik guane pun masyarakat sekitar tapi kita sendiri memilih jalan untuk jadi hampeh dan ta berguna serta terpedaya dan terpesona dengan kehidupan dunia. Maka jalan tu lah yang kita ambil.
Pernah dengar pulak ceritera  pelacur yang bertaubat?

Kisah wanita yang pernah menggugurkan anak luar nikahnya berubah menjadi wania solehah?
Well, well, semuanya berpunca dengan hati sendiri yang diberi kekuatan memilih jalan hidup yang allah redhai.

Nampak ke perjuangan aku?means, ape yang aku cuba perjuangkan dalam penulisan kali ni?

Cemburu x?

Cemburu x dengan kasih sayang @ rahmat @ kekuatan yang allah berikan pada orang-orang seperti ini? Bahkan dia pernah jadi makluk yang lebih keji @ hina sebab buat macam-macam perkara terkutuk, lebih teruk dari kita. Tapi kenapa allah pilih dia, dan berikan hidayah dan kekuatan kepada dia untuk berubah. 

Kenapa. Kenapa. Why o why.

Ok back to topic again. 

Kita semua ada perasaan cemburu. Cuma kadang-kadang hati kita terlalu penuh dengan debu dosa sampai kita tak perasaan dan tak concern pun kecemburuan yang melanda.

Kalau cemburu, sudah tentu kita akan berjuang untuk mendapatkan apa yang kita nak kan. Lain la kalau kita dan berputus asa. Macam cinta manusia. Cemburu bila si dia ada perempuan lain. Mula la nak merajuk ala bucuk bcuk la. Perjuangkan hak la. Gi jumpa perempuan tu gado gado dan tarik rambut dia la. Eh.

So, cemburu dengan allah ?
. . .    . . .
Krik krik.. (baca allahu allah).

Ya allah yang maha memberi hidayah. Ya allah yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati untuk taat kepadaMu. Amin.

(tahukah ? sebenarnya allah pun cemburu dengan kita, yang selalu mengingati yang lain lebih dariNya, yang selalu mengagungkan dan memuliakan yang lain lebih dariNya, bahkan, yang mencintai yang lain, lebih dari mencintaiNya. )

Sebab itu didatangkan ujian supaya kita kembali kepadaNya. Kan. So, bersyukurlah bila diuji. =) eh eh termasuk tajuk ujian serabut betulla gaya penulisan tapi diamlah.

Jum perjuangkan perasaan cemburu kita.

Kbai. Assalamualaikum