Tuesday, 30 April 2013

solat ? ada tanda tanya.

assalam hye. 

semalam eh semalam ke tadi? apela loklak dah aku sampai lupa ape dah berlaku. anggap je la tadi. a'ah ye ye tadi. 

pepagi aku da siap2 lawa2 untuk persiapan pameran 'save gaza free syria protect lahad datu' macam2 bende terjadi dalam usaha nak collect dana la kan kan. 

tetiba dapat mesej dari PKO aku yang cun tu (bole la buat jaga hati) 'datang kelas ustazah nak jumpa sekarang'.(lebih kurang cmtu la ayat dia . berdebar2 gak baca tak penah2 ayat mesej begini)
 ceh. rupa-rupnya ade kelas mengejut, sweet kan?

aku pun ke kelas dengan penuh bergaya. sampai di kelas ntah cakap pasal apa itu ini. tetiba keluarlah topik solat. solat mencegah diri dari fahsya' dan munkar. well ayat quran beb. 

sebenarnya aku ade question mark dalam kepala. asyik2 aku je yang ade persoalan mase kat kelas, apesal ha?pelik kan diorang xde persoalan. aku nak tanya tapi takut melambatkan kelas pulak sebab semua orag tengah sebok2 nak pameran kut. so aku simpan je la soalan tu. 

sebenarnya jiwaku tertanya2. solat mencegah seseorang dari keji dan munkar. (ayat quran mana boleh pertikai kan, aku tau la. tapi aku perlukan penerangan dan justifikasi, sebab aku solat dan ye, solat tu tak mampu 'mencegah' diri aku dari fahsya' dan munkar. 

adakah solat tak diterima? 

kadang2 bila malam2 aku qiam, nangis2 mengaji semua bagai, siangnya aku rasa akulah insan paling lalai dan teruk dalam dunia. 

sekali lagi persoalan, adakah solat tak diterima??

hmm. tapi sweet tak sweet allah ni, digerakkan hati someone ni buat entry pasal solat. nah baca ni 
sweet kan. tiap persoalan, ade je jawapan. kan allah maha mendengar. tapi memang macam kene lempang lajulaju jugakla. 

nah baca la dan jumla sama2 insaf. aku cakap insaf sekarang. ape nak jadik ko ni ha? insaf la insaf ! degil huh, nak kene rotan huh? 

Monday, 29 April 2013

somehow~

sometimes i thought that they never understand me. coz they are not in my shoes. i thought i am right, and they are on their way to learn the truth.

and, just now, somehow, i burst into tears to hear the voice, their advice, their every single word.

yes, i admitted that. i am agree with them. totally agree.

i am sad. really really sad. no. i am not telling that i should stop what i have been starting. it's the moment to prove them that i am on the right way. my own path. my journey. i have to prove them, and build my own faith. (47:7)

mom and dad. pray for me. i promise to try my best. ='(

kalau aku takde hubungan yang baik dengan allah, tak de pergantungan harap yang jitu pada Dia, macamana aku nak terus hidup? ini satu perdagangan. untung atau rugikah aku?

dua jalan.


Assalamualaikum hye.
Aku patutnya buat kerja lain yang lebih bermanfaat tapi nampaknya aku terpesona dengan kehidupan dunia kejap.
hewhewhew. 

Argh. Tidak tidak. Tengah azan ni.
Kk ye la ye la. Aku gi amek wuduk, lepas tu solat lepas tu baru hapdate belog. 
Puas hati? kbai

Friday, 26 April 2013

pabila setan start enjin. eh, eh, ape apela.

i am not going to cross the line again. promise. hikhik. sweet kan? 

hehe. time nak jadik baik la ade banyak betuuuuull cabaran dan dogaan kehidupan an. adoi la woi!

takfe. allah kan ader . 

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)



Thursday, 25 April 2013

apsal kau hidup lagi ? bagi 2 sebab kenapa kau mesti hidup lagi !

pasti kita terkadang berfikir. untuk apa dilahirkan ke dunia. (lagu 'tidakku pinta lahir ke dunia' kedengaran). kalau tengok kisah orang sebelum kita, mak bapak kita, atuk nenek dan segala-gala pocik mocik seanteronya, semua menjalani kehidupan ala-ala lebih kurang sama. 

kanak-kanak, >>> lepastu enjoy zaman muda remaja,>>> lepastu bekerjaya dan berumah tangga,>>> lepastu dah tua, >>> anak-anak pun dah melahirkan anak anak.>>> blablabla. lepas tu,>>> innalillah.

so?
so what ??

so kita akan menjalani hidup macam tu jugak?
ofkos!

hmm. tapi tak rasa macam erm.. 'ROBOT'  ke? yang mengulang dan mengulang dan mengulang benda serupa. lepas tu nak bagi kelainan sikit , berjuang untuk dapatkan hidup paling 'sempurna' . bini lawa, kereta mewah . rumah besar. company besar. beli saham ke apa ke , untuk pastikan hidup kita best, (dan taklah dilable robot yang mengulang2 apa yang atuk nenek kita buat)

hmm, tapi still sama, kan? dan zaman lepas kita pun, anak cucu akan perjuangkan benda yang sama dengan anak bini diorang jugak? kan? 

ke aku salah. kalau salah betulkan. aku tak rasa macam nak seligi orang sekarang. so jangan takut sebab aku dah bertaubat. tengok muka aku ikhlas ni. macam bagos kan. 

adoi adoi dan adoi. 
apa tujuan hidup kita sebenarnya? 

ya ya! aku tahu la password 2:30 dan 51:56 tuu. (ayat quran, surah ke2 ayat 30 dan surah ke 51 ayat 56 yang terangkan tujuan hidup manusia adalah sebagai hamba dan khalifah). klise la . tak de benda lain ke nak perjuangkan? 
tiba-tiba ade monster bersuara, WHAT SO WRONG WITH KLISE ???!

haha. eh sori sori. 

ok. aku nak tanya 1. 
kalau ada soalan tambahan ti aku cakap ea. 

first, aku fahamla, tujuan hidup yang pertama sebagai hamba. so apa pun yang kita buat adalah dari aspek seorang hamba. even nak makan pun. even nak keluar jumpa2 kawan (lepak) pun boleh dikategorikan sebagai ibadah if kita niatkan benda baik seperti nak menjalinkan silaturrahim ke ape kee(skema syehh). ye la ibadah kan banyak, ada ibadah umum dan ada yang khusus. perlu ke tiap kali cakap pasal ibadah je nak kene bayangkan seorang lelaki berjubah putih, berkopiah, lepas tu tangan pegang tasbih dan berjalan dnegan penuh bergaya ke masjid berhampiran. tak perlu macam tu kott. 

ok.ok. so semua benda pun boleh jadi ibadah dan berpahala if kita buat dan niatkan perbuatan tu untuk allah. aku dah faham dah bab tu. 

ok. so berbalik kepada persoalan. dia macam ni sebenarnya soalan dia. nape? intro aku nak bagi soalan panjang sangat ke? haha. ala biasa orang2 intelek bila ajukan soalan mesti macam tu kan? bukan ke? alolo. eh eh kat mana aku tadi ?

ok berbalik kepada persoalan, kita sebagai khalifah ? apa maksud khalifah ? sejauh mana kita memikul title ' khalifah ' tu? please la terangkan. teruk betul aku rasa dah berpuluh tahun hidup taktahu pun tujuan sebenar allah cipta aku. (eh tak tak, aku takla begitu tua sebenarnya)

adoi. tak macam debu-debu berterbangan yang hanya memenuhkan dunia buat seketika jee plak kan ?

hmm. aku tanya kat belog ni, ade ke yang akan respond ? bajet ade yang bace je. wuuuuu~ sobss. 
eh eh ape? aku takla begitu menyedihkan ok ! kuajo, aku sepak kan baru tahu langit tinggi ke rendah ! eh eh sori i tak marah, nasihat. 

kbai. (mengharap ada respond) loser sey, letak harapan macam ni. ceh. 
anyway. xpe. aku takkan menangis if xde yang respond. budak kecil la  =='! 
(tak perlu begitu terdesak)

TOLONG JAWAB BLEY TAK, TAK FAHAM KE AKU SEDANG BERTANYA NI ?! JAWAB ! JAWAB  

bila selawat sebati dalam diri, dengan nafas dan nadi.

kulihat unta itu. kudekatinya. perlahan ia menunduk. perlahan-lahan direndahkan kepalanya paling rendah. tunduk dan patuh sekali. dan tika aku bergerak pergi, unta itu kembali bangun. tiada lagi tanda hormat. 
kejadian ini mengajarku sesuatu. ya, unta ini bukan tunduk hormat akanku, tetapi akan selawatku. 
sollu 'alannabiy.
-kisahsangpenziarahkaabah-

Tuesday, 23 April 2013

jatuh cinta lagi, lagi-lagi kujatuh cinta.

ouch! tajuk tak macam mantol lak an.
abis semua peminat misteri aku wonder adekah aku bercakap pasal mereka atau tak. hahaha. eh x kelaka ea, sori sori. ntah aku nak buat tajuk ni sukatila.



tadi aku nengok movie. nak tengok x sempat, so dah download siap2. download dari fb so tajuk dia adalah 'facebook'.

macam ni ceritanya. alkisah movie yang lebih kurang sepuluh minit tu ceritanye pasal seorang lelaki who got a big hatred toward muslim because he got a lot experiences being bullied by muslim. em.

one day, going to class and caught to listen a beautiful verses by a muslimah, he become interested to know about islam.

tak tak, aku bukan nak buat pembentangan kupas video kat sini. alolo. point aku sebenar adelah, aku tersentuh part yang dia menangis time first solat dia.

pray is beautiful, (smbil air mata menitis) 
sweet kan.

anyway. dulu masa muda2 dulu, ade cikgu penah cerita, biasala zaman budak2, cerita adalah modal terbaik seorang guru untuk memastikan kelas berada dalam keadaan terkawal.

biar aku ceritakan kepada orang ape yang cikgu aku ceritakan kepada aku so that korang pun boleh ceritakan kepada kawan-kawan korang supaya penceritaan terus berlangsung sebab cerita.. (er macam bagus je)

senang cite, macam ni ceritanya, masatu cikgu aku suruh kami baca asmaul husna ramai-ramai kat kelas. ntah kenapa, lepas nasyid tu, dia cakap, alhamdulillah ade beberapa orang yang basah matanya  baca nama-nama allah.

betul ke menangis tu cute?
lepas tu cikgu tu cakap pulak, sapa kat sini penah menangis baca quran. krik2, xde sape respond. masatu aku darjah dua kot. sebenarnya aku penah, sebab kene marah ngan abah, aku silap sikit je tapi dia da kuatkan suara buat aku takut belajar ngaji dengan dia so that aku ambil keputusan untuk belajar mengaji kat rumah ustazah kat taman bersama rakan-rakan so that lepas mengaji bolah main jadi-jadi bersama-sama.

tapi bukan tu pointnya. aku tahu, ape yang diperjuangkan cikgu aku ialah, sapa menangis baca quran, walaupun tak tahu maksudnya tapi entah kenapa air mata boleh mengalir..

lepas tu dia citer pulak pasal kisah menangis ketika solat, menghadap allah. ouch. dengar cerita macam syok. best sangat ke perasaan menangis tuu? menangis je punn.

ok. day by day, dah dewase sikit (dah matang la kot kann) belajar pulak pasal kisah nabi di gua hira' nabi bersendirian di gua hira, menyendiri dan menyendiri. bersendiri dengan Allah. 

lalu berpesanlah seorang pakcik. yang ni aku dengar kuliah kat masjid. (macam bagus kan dengar ceramah kat masjid? amin doa-doakanla. 
pakcik tu berpesan, rasulullah mendapat tarbiyyah terus dari allah. bagaimana? dengan bersendirian. ayuhlah kita peruntukkan masa bersendirian dengan tuhan. cari cahaya dalam kegelapan malam, untuk bermunajat kepada tuhan, agar hati-hati kita terpilih untuk mendapat tarbiyyah terus dari allah.
fullamak, syiok kan ayat dia? peh, nak buat dah semudah itu beb. 

tapi. ya. lama-lama, aku sendiri menjadi saksi. dengan cara ni lah untuk merasakan diri dekat dengan allah. betulla menangis itu syok. lagi-lagi menangis waktu qiam tengah malam. ataupun waktu mengaji . sirius. 

ape point aku sebenarnya? argh. bebual lebih.
anyway. jum bangun qiam akhir malam. lepastu kejut aku sekali kan da dapat pahala lebih. aku bangun ke tak tu lain cerita.yang penting kau ade usaha bangunkan org lain jugak. so tak la ko masuk syurge sorag2 kan kan? haha.

nah hadiah, baca ni. aku dah copy gambar dia so aku promote la belog ni sweet kan? tekan (ni) tu la. adoi kau ni.

klah bai assalamualaikum

Sunday, 21 April 2013

jika kau kata pakai shawl itu bergaya, hidup tanpa noda itu jauh lebih bergaya, tahu?

assalam. hye
sikit je nasihat aku hari ni. harap jangan ada yang bersedih. aku post ni pun kau patut bersyukur. ape?macam bagos ke? haha.

hidup ni. rilek2 je ok. biarla kau macam hina dina di mata manusia. tapi kau sendiri je tahu hubungan kau dengan allah ok. allah ada. sentiasa mengiringiperjuangan kau. ye ye. allah tau apa yang kau lalui selama ni, mereka tidak. mereka boleh sewenangnya berkata sedang allah jua yang tahu perasaan kau. ok.

rilek rilek dan terus rilek ok. kau akan kelihatan sungguh cool dan bergaya. rilek, stay free and stay cute okay. hidup bukan lama pun, kejap lagi mati, amal secoet jugak yang dbawa. so. rilek dan teruskan 'bergaya'. hnss hnss. olrite . masanya akan tiba jugak.
bersabar sikit je lagi der. kau sweet, tahu?

okbye. chow. assalamualaikum

Friday, 19 April 2013

jalanku pulang.

assalam hye. 
penah dengar ke ayat jalanku pulang? penah? xpenah? macam penah? ahh, diamlah, banyak pulak cekadak. 

tu tajuk lagu la. ye ye, UNIC yang nyanyi. sedap kan lagu tu, tahu. memang lagu tu la yang menemani kesepian jiwa di kala aku kekeliruan memilih jalan hidup. ah, senang kata, di kala aku terjebak dengan kefuturan, menolak habis-habisan dakwah dan tarbiyyah dari bergelumang dengan hidup aku. haha. paham ke ape aku cuba perjuangkan ni? senang citer, aku dilamar menjadi insan yang perjuangkan agama Allah, tapi aku tolak. masa tu la. sebab, macam-macam sebab. 

aku boleh kata, masalah ukhwah, akhwat tak memahami, masalah kewangan, masalah mempergunakan akhwat, masalah bebanan di kala diri sendiri tak kuat lagi, masalah itu, masalah ini, ah! gedik! mulut boleh berkata macam-macam, hakikatnya, allah sendiri telah menapis aku sebab diri aku sendiri memilih untuk keluar dari jalan ni. dan ya. aku akui. maksiat membuatkan aku begitu lemah dan tap! sekelip mata berbolak hati dan sewenang-wenangnya mulut berbicara, biar saya keluar dari jalan ini! eh, senangnya berkata-kata, mana semangat jihad aku? mana keyakinan aku tentang cara paling sesuai dan paling berkesan untuk tegakkan islam zaman sekarang ni. takkan la semudahnya kata, kita harus perjuangkan agama islam, islam sekarang hanya pada nama. ei, takkan la mampu berkata-kata tapi dalam masa yang sama takde apa-apa inisiatif yang diambil pun untuk berjuang ke arah itu. kann. 

(cekidout 5:54-55, means surah ke 5 dalam alquran, ayat ke 54-55)

hm, lastlast, alhamdulillah tsummalhamdulillah. aku masih di sini.tak terbayangkan betapa besarnya nikmat  dakwah dan tarbiyyah ni. ye. walaupun aku masih bertatih dan tak berapa bersungguh-sungguh sangat pada jalan ni, tapi, ye, jiwa aku sangat merasakannya. 

dan di kala ada program yang perlu aku hadiri, aku sangat sangat sangat takut kalau aku tak dapat menghadirinya sebab allah tapis aku. takut. kadang-kadang dosa yang dibuat terlalu besar untuk emmungkinkan kita diangkat semulia ini. (aku tau ayat aku skema tapi diam boleh tak woi? )

ya allah.. aku insan yang sangat berdosa. saat air mata membanjiri dunia (over betul ayat) banyak pulak allah hadiahkan ayat-ayat basyir, tenang keampunan, tentang syurga, tentang taubat yang diterima. oh, besarnya rahmatMu tuhan. 

tapi bukan rahmatMu yang aku putuss asakan. bukan. aku putus asa dengan dunia. aku sanagt lemah. . . sampai tidak dirasakan lagi mampunya bertahan dalam dunia melainkan sebagai sisa sisa habuk yang mengotorinya. hingga aku benar-benar putus asa. ya allah, biarkan aku mati saja. aku tak sanggup hidup begini. . . ah!!!

(know what si saat tangan menaip kata-kata , buka alquran, dihadiahkan pula dengan ayat ini, (21:35) T.T ) dan ni jugak.. (39:53) T.T

hm, dan ye, jiwa gelojak lagi. bukan bukan. nauzubillah, tak pernah terlintas untuk meninggalkan jalan suci ini. cukuplah sekali. cukuplah. please. kau tak rasakan betapa sakitnya perasaan itu. sakit. biarlah aku bernikah dengan jalan ini. jalan dakwah dan tarbiyyah. seluruh hidupku. insya allah.
tapi, jiwa ini bergelojak. 

ya, aku yakin allah akan bantu dan permudahkan segala urusan. aku serahkan semuanya di sisi allah. 
allah hadiahkan keluarga yang memahami. alhamdulillah sangat-sangat. itu hadiah yang sangat bermakna. walaupun aku tahu, perangai aku sangat teruk dan tak melambangkan ciri-ciri insan bertarbiyyah. tapi aku sedang berusaha ke arah itu. 

(6:39)

ok. dah ditetapkan hati. insya allah. esok. semoga allah permudahkan segala urusan amin. 
maaf, aku kne pilih ini. kene. sebab aku tahu aku tak kuat. dan aku tahu bila detiknya aku bukan lagi aku. 

cukuplah bagiku, Engkau. 

Wednesday, 17 April 2013

pujian satu penghargaan. begitu jugak senyuman.

assalam hye. 

pujian satu penghargaan. begitu jugak senyuman. tapi kalau senyum2 tak henti2 tengok pompuan tu namenye nak kene penampo. kesimpulannya, kawal senyuman masing2 dan jangan lupe, ingat allah banyak2. 


orang kata, pujian juga satu terapi untuk meningkatkan keyakinan dan harga diri.menaikkan semangat pun ye gak. xcaya cuba tengok cermin bila orang puji kau. tengok lubang hidung cam biase je atau jadik luar biase. haa. mula la tu ngengade nak kembng kempiskan lubang hidung apsal. gedik. ape apepun pujian tu untuk allah der. 

kan hari2 baca surah alfatihah.. (segala puji bagi allah, tuhan seluruh alam). nah tengok ni saje kan untuk tazkirah sikit. tekan tanda noktah ni-----> .  kalau x dapat ce tekan buat ni o

alhamdulillah. sweet la kau. semoge kau n aku allah sayang. amin. 

ouch =D

Eh eh


anyway. hari ni aku dengan sweetnye puji member bilik aku. 

hey husena, cantiknyeeeee you . . . . punya roomate. =D 
roomate aku senyum macam pelik sikit .tapi xpe ah. 

saya sudah. anda bagaimana. hahahahahaha. eh eh xlawak ea.  sori sori. 


eh eh tetibe

kau anggun

assalam.

bismillah.dengan nama allah. lillah.

kau anggun benar. menawan sekali.
kerenkah kau? nggak, kau biasa aja.
hebatkan pakaian kau? nggak, juga biasa-biasa.
begitu lunakkah suara kau? nggak, sama, walhal tidak ada bedanya.

bahkan ada yang lagi keren, gratis pakaiannya, suara bahkan merdu sekali.

justeru apa dia yang langsungnya  hebat beneran pada engkau?
pada sosok tubuh yang cuma biasa-biasa aja. tiada yang ajaib maupun luar biasa.

nah!
aku mulai sedar sekarang.
aura  imanmu yang justeru sedang bercahaya bergemerlapan menyelubungi sosok tubuhmu, lantaran kau dilihat begitu hebat sekali.
ya,
aku mulai sedar sekarang.
kau mulia, di sisi Dia, lantas manusia-manusia di seluruh pelosok dunia, mengkagumi engkau.

wajahmu terus bercahaya, terpancar. indah sekali.
hendak diperjelas manakan bisa!

kau, anggun. demi allah, aku senang melihat wajahmu. raut mukamu. 

muliakan pandanganmu, kelak kan dihadiahi pandangan paling Mulia


sungguh pecinta sedang sakit.
sungguh perindu sedang derita.

menanti bilakan tiba detik agung dijanjikan bertemu. 

Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (surga) dan tambahannya (melihat wajah Allah Ta’ala). Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni surga, mereka kekal di dalamnya” (QS Yunus:26)

Monday, 15 April 2013

nafsu dow

assalam. bismillah. 

nah aku share sikit. tapi sikit je la. sebab da malam dah ni. asyik nak jalan-jalan kat belog je apela. mak aku cakap ta baik jalan sorang-sorang tengah2 malam buta. 

tajuk entry ni adelah nafsu. tahu ke ape maksud nafsu. ape beza hawa dengan nafsu? sama ke? sebenarnya x. nafsu lain. hawa lain. bukan, aku tak maksudkan ain hawa*i yang dalam cerita adam hawa tu. maen2 ko ea, aku tampo karang cuba la fokus sikit. 
ehem. rasanya kita boleh latih diri untuk lebih sirius kot.( pang macam kene penampo tadi) aduh kene perli mase discussion hey diamla. (degil haha. eh sori sori) 
tapi aku pun ta jelas sangat berkenaan beza nasu dan hawa tu sebenarnya. tapi dalam quran pun allah ade mention pasal nafsu yang baik. sirius, tengok muka aku sirius ni. kalau tak caya tengok quran, surah alfajr, ayat 27-30. xde, xde cari sendiri jangan pemalas, teknologi ade, google la. 

ok. ni pulak sedikit kata-kata dari sharing mase jaulah ke melaka. *aku mengharapkan ade swimming pool ke pantai ke atau aktiviti outdoor seperti gusti wanita namun hampa, takde rupanya. tapi okayla, adanya baaaanyak sharing yang menguatkan. insya allah berkekalanlah ye hendaknye. 

ni kata-kata tu. 
tahukah nafsu itu apa? 
tahukah menuruti nafsu tu apa?
menuruti nafsu adalah melakuakan setiap perkara yang diingini. 

contoh senang dan klise. 

# teringi nak makan kfc, beli. # teringin nak tengok wayang, tengok. 
# teringin dan men bowling, main, # teringin dan makan kenny rogers, makan.
# teringin nak tutty fruiiiite beli.
# teringin nak main pusing-pusing yang kat funfair tu sampai muntah pun buat. 
ape2 yang dia rasa nak buat, dia buat. 

walaupun hakikatnya benda tu tak membantu kita menjalankan tanggungjawab sebagai hamba mahupun khalifah. atau, teringin nak post entry meluahkan perasaan macam bagos, buat. arghhh. hentak kpale. 

Firman Allah SWT yang bermaksud,

"Dengan yang demikian bagaimana fikirannu(wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan yang dipatuhinya ...."(Surah al-Jathiyah : 23)
Apakah engkau tahu tentang orang yang "mempertuhan" hawa nafsunya? Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya Tuhan sudah mengetahui, bahwa orang itu meskipun diberi keterangan apapun, namun mereka tidak juga akan beriman, sedangkan Dia telah mengunci erat pendengaran dan hatinya, serta menutup penglihatannya. Siapakah yang dapat menunjukinya, kalau Allah sudah membiarkannya sesat? Apakah kamu tidak dapat mengambil pelajaran dari padanya? Al-Jatsiyah:23 

reflect diri, kita ni tergolong dalam golongan yang menuruti hawa nafsu atau x. nafsu tu bukan nafsu pada wanita, je ok. jangan konservatif sangat, jumud dogma, eh sory sory ape aku ni.
 (haha ni pengaruh la ni sapa suruh orang tu kutuk2 cakap orang ikut usrah ni jumud la  dogma la ntah ape maksud pun ntah susukati je kata, cuba la ikut usrah dulu baru tahu, eh emosyenal sori sori)

ok tu je. 
anyway, argh, kenapala rasa macam nak benci orang je ha. hati aku dah makin kotor. help.
kbai assalamualaikum. 

Friday, 12 April 2013

bercinte moge ke sorga

salam hye. 
gua nak pergi jauh tinggalkan kehidupan ipheto ni.
gua nak chow. 
jangan carik gua lagi. 
tu la sape suruh lu tinggalkan gua kesepian, kesedihan, kesayuan. 
padan muka lu 
gua nak dating puas2 dengan member2 gelap gua. 
gua nak bercinta dengan macam2 projek ruhul jadid gua.
gua ade kekasih name dia ikram. 
gua nak bergumbira dengan teman tapi mesra gua. 
gua nak bagi kenyang sama teman tapi mesra gua. 
nama dia qalbun.
ni la mase gua jadi diri gua. 
k la. jangan carik gua lagi. 
gua tau lu sedih. tapi terimalah kenyataan beb. 
gua tak larat lagi. 
gua perlukan sinar untuk lalui lorong berduri yang masih berbaki. 
doakan gua. 

salam sayang. 
eh, lupa nak cakap. gua pergi 3 hari je. ahad gua balik la. 
kbai. 

woi melaka. aku datang ni wehhh!
over ke ala sori la sori la 
diamlah

Thursday, 11 April 2013

si pengepala kelas

hari ini kurasai seperti mahu bom si pengepala kelas
biar hancur lebur
sewenangnya
ya, sewenangnya sepertimana dia lakui sewenangnya
menanyangi wajah wanita wanita kehinaan
menghinakan
merobek kesejatian taqwa
mengoyak kesejahteraan iman
berhenti!
berhenti si pengepala kelas
bertaqwalah
kau menghinakan dirimu
aku malu.  
woi! itu jijik. sang berhati patut mengerti. 

Wednesday, 10 April 2013

how to manage time well versi sukati aku la.

assalamualaikum


well well well.
iam having bad week with my bad management of time. sirius memang kelam kelabut pun tapi aku rilek je bakpe nak stress kan, kalau stress tido je la sebab allah datangkan ketenangan dengan mengantuk. hehe. 

anyway. tetiba tadi ade orang bebual dengan aku, kata dia ade masalah tu. punca dikenalpasti sebab dia datang kuliah lewat, baru sebok nak print out itu ini dan kene present pagi2 . lagi satu dia memang busy pun pegang macam2 jawatan. so dia cakap kat aku, pengurusan masa aku fail le wei. 





apesal tanya aku? aku sendiri pun tak settle. jawatan aku xde la sehebat jawatan yang dia pegang. aku bukan jpp , aku cuma insan biasa yang hidup secara luar biasa. muahahahah ok tak lawak 

dia macam ni tau ceritanya. 
bila orang cakap kat aku masalah dia that means aku adelah seorang yang boleh dipercayai walaupun hakikatnya macam hampeh jugak aku ni. tapi well, bila orang dah percaya dan perlukan pertolongan, at least sedikit kata2 may be berguna kan? (bila lagi nak jadi macam bagos kan, eh eh)

walaupun tadi aku hanya mampu tersyum tergamam dan tatahu nak bebual ape untuk bantu sedikit sebanyak, tapi tetiba balik bilik bertubi-tubi pulak idea masuk. well, meanwhile, reflecting myself isnt it? he

so, nahhhhh sweet x, sweet kan? 

cara mengurus masa dengan baik adelah.. (skemalol)
1) time kat google, how to manage time well. kau akan dapat macam2 jawapan. demi kemaslahatan idop kau, do it or die.  
2) cube borak ngan member, cakap woi, aku ta pandai urus mase woi. hahaha 
(cakap macam memain tapi sirius, let;s see berapa ramai kawan yang betul2 nak membantu) 
3) jumpe kaunselor (kalau ta segan la, kalau aku memang tak la jumpe kan) 
tapi please, janganla biarkan kaunselor makan gaji buta. susahkanlah mereka. eh sori2.
4) tido, allah datangkan ketenangan dengan mengantuk. sirius. tapi tolong jangan tido macam gila la macam xde tujuan hidup je. (kate aku kepada aku).  
aku dulu comel macam ni la, lebih sikit dari ni, tatau nape sekaang dah tak comel, proses kedewasaan kot. lol)

5) ambil masa dalam setengah jam untuk berfikir, 

kadang2 bukan mengurus masa yang jadi masalah, tapi mengurus pemikiran dan emosi. =) 
atau pengurusan hati, mungkin?
6) niatkan fillah, buat sesuatu kerana allah, insya allah akan dibantu. (tak caya bace surah muhammad ayat 7) 
7) yakin dengan keberkatan masa. 
(percayelah bahawa, masa tu juga hamba allah, kadang2 orang punya masa yang singkat, boleh buat macam2 perkara, kekadang orang punya masa yang lama, tak mampu nak buat apa2.  
8) bismillah, jalan je. 
(buat je sesuatu yang baik untuk berkatkan masa yang ada. jangan fikir lame sangat ah.  
9) rilek je mak jemah. jangan stress sangat. makan aiskrim lebih sikit insya allah cool. solat tahajud, dhuha, istighfar.  cuba la beriman dan bertaqwa sikit! eh sori sori.
sedapnye aiskrim

10) serabutkan orang lain jugak. so that dia akan sedar, betapa kita menghadapi masalah dalam mengurus masa. sahabat yang baik akan berusaha membantu kalau tengok sahabatnya ade masalah. (masalah mengurus masa) kate ukhwah fillah he.  
ingat comel ke buat muke cenggitu, tak ok. sirius x. 

11) cuba tambahkan jawapan sendiri. sedikit sebanyak akan membantu sebab kau akan sedar betapa kata-kata akan diuji dan kau akan rase macam bagus dan kau akan diberi kekuatan sebab ikhlas berkongsi idea nak tolong orang sweet x ayat aku.

ok dah. takah cekadak sangat la sia-sia kalau ta buat.bebual lebih bakpe. kelaut nanti. 
okbai. 
akhir kata, Oo0o0o0o00oo0o0oo0o (jerit macam tarzan sebab tahap kegilaan yang melampau.)

ye la ye la. aku nak amek wuduk la ni. jangan bebel ah. 
k assalamualaikum.

nah sweet x? sweet kan? fikir2kan dan selamat beramal

Monday, 8 April 2013

entry untuk yang memahami bahawa aku tengah lapa. kesian terima kasih.

assalam. hye. it is monday. 8 april.
uarghh. what a busy april. every weekend macam ade hal je nampaknya. harap2 allah redha.

muntah ngan assignment. asyik2 muka aku je yang ta siap2. diam lahh.

hape semua ni. busy guane pun, allah jangan la dilupe. ye dak. busy2, usrah tinggal. ==' abis waktu sedih, sebok pulak.

dunia ni payah. macam penjara. tak sabar nak pegi sane. gi mekah. member aku baru balik. bawak macam2 bagi kat kitorang. alhamdulillah. semoga umrah kau mabrur. doakan aku jugak. amin.

bila nak senja rase seram sejuk. apesal ha?

anyway. ceh. allah ade, xde mane2 makhluk boleh memudharatkan manusia. tahu?

aku rase nak menangis dengan manjanyaa wuwu. arghhh perempuan je mesti kene menangis ke ha? gedik.

ya allah, pulihkanlah semangat kamillya, muliakanlah dia dengan islam. akrabkannya denganmu, tuhan. kasihani mak dan abah dia. amin.
(sweetnye anda doakan aku. thanks!)

reset perasaan enjoy your life tajdid niat.
omaigod omaigod. dunia ni singkat je woi. pulun habis habis. biar mati dengan bahagia uwahhh. iman itu indah. allah itu dekat. syurga itu nikmat. maksiat itu keparat. er, keparat tu ape? sukatilah.

anyway. member aku yang so sweet share. baca ayat ni, menambah kasih syg orang.  surah maryam ayat, er. ayat mane ek.
err cari lah sendiri ayat mane2 pun. taw2.

kbai.
assalamualaikum. c ya.



haha. ayat 96 ='D

Thursday, 4 April 2013

ade aku kesa?

assalam.

hari apesal ntah aku pun tatau apesal macam loklak sangat. mungkin sebab semalam gelak gaban sampai nak tercabut gigi. aku da la sakit gigi pastu dak2 kelas aku buat lawak macam nak bunuh orang mase kelas pedagogi sirah. ye la. penat tahu tak aku gelak. sakit perut la woi!  so terus hari ni jadi bengong sikit tu la akibatnye.

argh.
tapi tak bertahan lama bende tu aku rase. ye la. kelas agama bukan patut ingat2kan kita pae allah ek? he he. sori sori.

saje hari ni merayau-rayau kat belog orangorang macamla aku dah tak ade keje sangat. padahal banyak gila assignment aku ta tersiap siap lagi. apesal ha pelik betul la susah le wei nak fokus arghh. tolong postpone lagi tarikh penghantaran assignment boleh sampai tahun depan ke akhir semester ke bole? ok aku tau jawapannya tak bole diamlah.

apesal pagi2 je mesti lapar ha? asyik asyik lapa. time orang tak lapar je aku mesti lapa, time orang makan, aku makan dan makan. waima orang tanya aku, kmy, lapa x? otomatik aku terus jadik lapar. kat kelas tak sah kalau tak makan, terus perut nyanyi lagu take me to your heart. aih, pagi2 ni mane la ade makanan lagi. ape la orang lain pose hari khamis ni wei. aku memang cam nak pose tadi tapi memandangkan xde makanan nakbuat sahur terus cancle. haaa. adoi. diam la. jangan kutuk aku, ko penah rase gastrik ke? kalau x jangan nak mandai2 membebel aku sepak kang.

ape aku nak mengarut sebenarnya tak de point macam sampah. tapi tadi aku jelan2 kat belog orang macam bagos je belog tu lalu aku pun ikut la (baca follow oke?) macam bagos belog diorang apesal belog aku x macam bagos ha?

ape lagi nak bebel? eh alamak, dah pukul 7.28 woi. aku ade kuliah jam 8 woi. okbai.
sory post macam sampah yang boleh buat korang menyesal bace sori la sori la ala bisinglah ko sukatila.
nah aku bagi gambar. sweet kan? tahu



okbai.

Wednesday, 3 April 2013

go go strong beautiful lady, (beauty?lol)


Kenapa perempuan Tak macho. Tidak, perempuan pun boleh jadi macho,tahu?
Apela. Patut buang mindset perempuan lemah. perempuan walau nama perempuan, tapi perempuan bukan pengecut, kan? Argh.




First time, Depan mata secara live Nampak ade perempuan kene ragut. Tapi aku tak buat apa-apa,selain mengharap dia bertindak.  Aku Nampak seorang lelaki. Tapi harapanku hancur. Dia Hanya melihat, mungkin takut hendak bertindak.

Aku nak bertindak tapi aku takut. Aku fikir lelaki itu lebih patut untuk bertindak. Aku takut. Aku fikir lelaki itu kuat. Tapi lelaki itu rupanya lemah. Kecut perut. Aku fikir aku tak kuat lari, untuk mengejar si peragut apatah lagi,  Tetapi nampaknya lelaki itu langsung tak mengejar. Tidak Nampak langsung usaha mengejar. Aku lihat lelaki itu dekat, lagi dekat dengan peragut itu berbanding aku. Tapi apalah guna, aku tak patut berharap padanya, yang langsung tiada usaha melindungi wanita. Aku harap lelaki itu, tolong, tolonglah buat sesuatu. Nampaknya tiada apa yang dilakukannya.

Macam-macam aku fikir. Kejar si peragut, baling dia dengan kasut, baling dia dengan handbeg, jerit sekuat hati dan sanubari kat orang ramai supaya kejar si peragut. Lajukan kereta kea rah peragut.  Tapi aku batalkan niat semua tu, sebab aku lihat lelaki itu ada. Ya, aku berharap pada lelaki itu.
Apela. Menyesal. Aku tak boleh mengharap lelaki lagi. Bukan semua lelaki bersikap melindungi. Bukan semua lelaki boleh diharap.

Aku kene kuat. Lepas ni aku tak boleh begini.
Kalau aku Nampak lagi apa-apa penganiayaan, aku sendiri akan bertindak. Aku tak nak mengharap lelaki lagi. Aku akan bertindak. Allah kan ada.

Aku akan bertindak kerana allah, aku takkan berharap pada lelaki lagi. Lelaki pun lemah juga. Atau dengan kata lain, tak macho. Lelaki itu, lelaki sebegitu, memang tak macho
Mindset mindset. Aku boleh. Jangan mengharap pada lelaki lagi.

Okbai.