Thursday, 28 March 2013

ushar


selamat hari jumaat. hujan lebat tanda rahmat. berdoa insya allah dimakbulkan. jum berdoa.

ya allah, semoga dipilih nur kamillya menjadi tamuMu hujung bulan mei ini, semoga dianugerahkan umrah yang mabrur. amin.

eh, korang doakan juga, thanks. sweetnye. =)

Wednesday, 27 March 2013

jangan harap kau bisa selalu senyum, syaitan!

assalam. bismillah.
pernah dengar kata-kata ni?

manusia mengharapkan kata-kata yang bermakna dari kau, jangan hampakan mereka. 

and yes. fb aku semakin sepi dari sebarang status.
entah, aku semakin bukan aku.

ah, di manakah aku?
saban masa, makin pudar dari cinta,
saban waktu, makin jauh dari Dia,
saban ketika, makin sesat entah ke mana,

saban hari, hanya mampu berdoa, Ya Allah, sungguh Engkau maha mengetahui segalanya..
aku tak pasti apa yang kudamba.

argh! jangan cepat berputus asa. kenapa Allah pilih aku, kalau aku sudah tak berpeluang untuk itu?
ya, masih ada nilai dalam diriku.

keep on fighting !

Monday, 25 March 2013

percayalah kat i, tengok muka i sirius ni.

salam hyee. 
selamat hari isnin semua. eh. uwah tak pergi kuliah hari ni oyeah!

haha. selamat bercuti selama seminggu it's time to mengada2 kat mak n abah n adik beradik jumla jumla ke jalan2 pergi waterfall ke hape ke.
sila jangan contohi, ape ni tak pakai baju. 

eh jap. adoi. kelas memang cuti tapi ade bende besar yang tak pernah patut ade cutinye. 
awal2 lagi akak usrah aka macik naqibah aku dah text bagi task untuk hapdate tsaqafah(ilmu ke kefahaman ke hape ntah) supaya aku bergerak lebih osem dalam dakwah dan tarbiyah. sweet kan? ==' 

takpe. walaupun banyak je keje nak kene settle tapi it's about time management sebenarnya. boleh je settle kalau pandai urus masa dah jadikan masa tu lebih berkat dengan gunakannya ke jalan yang diredhai. 

okay. what am i going to talk today?

aku nak bercakap tentang kepercayaan atau dalam english ia dipanggil trustworthy.





seronok kan bila diberi kepercayaan? itu umpama hadiah yang sangat bermakna. tapi tak semua orang sewenang-wenangnya diberikan atau mendapat sebuah kepercayaan. walaupun oleh orang yang rapat dan selalu huha-huha dengan kita. 

 aku amat bersetuju bahawa dalam sesebuah ikatan ukhwah (ok skemanya ayat) dalam berhuha huha ngan member, hidupnya persahabatan tu adelah dengan kepercayaan. yes, we have to put our trust to the others or we are actually not really a good friend of them.
 


melalui jalan hidup aku, aku sedar dan aku sendiri dapat rasakan betapa sakitnye perasaan bila tak dipercayai. ye, kita boleh dapat rasakannya bila seseorang tak percaya atau kurang percaya kat kita. kalau aku melalui perkara tu, ade 2 bende yang aku akan buat. 

  • 1.  aku akan cuba rasionalkan, mungkin aku sendiri belum tunjukkan sesuatu sikap yang buat orang lain percaya dekat aku, 
  • atau 2. aku cakap dalam hati, eleh macam bagus je ko taknak percaya aku ko jeles kan kat aku sebenarnya kan, cis. ok takpatut ade perasaan negatif ni sebenarnya buruk betul perangai. 

tapi melalui pengalaman aku, aku mula belajar untuk sedia memberi kepercayaan pada orang lain sebab tu adalah suatu hadiah untuk orang yang kita sayang selain kepercayaan tu akan menaikkan self esteem seseorang. (aku rasa la sebab bila orang beri kepercayaan kat aku, aku akan rasa macam bagus, eh salah, aku akan rasa bagus dan dalam masa yag sama ada perasaan berusaha untuk hargai kepercayaan yang diberikan. 

bukan tu je, when we put our trust that ones can do this and that, and we leave all the rest to Allah that He will hold our hand and hold our tomorrow, we will be bliss. tak de kusut2 fikirkan kemungkinan buruk itulah inilah yang akan jadi.

kalau bukan orang tersayang yang kita percaya, lalu siapa? 
kalau bukan orang2 yang sama- sama kita kita dalam perjuangan ke sorga untuk kita percaya, lalu siapa?

 tapi, kadang2, ada seseorang yang lupa kita nak hargai, nak kagumi atau nak beri sepenuh kasih sayang serta termasuklah kepercayaan padanya. kita sibuk kasihi dan percayai orang lain sampai terlupa nak hargai orang ini. tahu siapa orang ini? orang ini adelah, 
DIRI SENDIRI. 

haa? diri sendiri?uwahhhh!
rilek rilek, tak yah la sampai buat aksi cenggitu. 

hey, diri sendiri pun ade haknya tahu?

kenapa tak percaya pada diri sendiri? 
kan iman melahirkan ketenangan keberanian dan optimis? 
heheh.




 something inside you? guess what? =D
(jawab dengan jawpan orang beriman he)

tak dilupakan rama-rama mesti nak ade. hehe. 


Sunday, 17 March 2013

kau benci aku lagi saaaayangg!! muahhhh!!

jalan musti ke depan, bukan ke belakang. eh tercopy ayat. sory sory. ape kabar kau? harap sihat jiwa dan raga




assalamualaikum. dia macam ni tau ceritanya. eh tetiba je. 

aku ade satu ceritera. sape nak dengar sila la cakap 'nak nakk!! citer la citer la' tuih sumpah tak layan. 

bismillah. 

ok. first of all, im gonna tell you that respecting others is compulsory. it as a good manner to ensure for the best social relation between you to another. ones who do respect people insya allah, for sure will be respected by others. and of course i am so really agree with this stand, even sometimes iv been being in a very rude behavior(it's depend on how people treat me, if they do respect me, iA,i'l do the same way to them.) 

sebenarnya, ada seorang ni, aku tak kenal beliau sangat pun. just kenal2 gitu je itupun sebab persamaan tempat study. tapi entah kenapa, bila nampak aku, dia terus buat muka jaki lepas tu terus berpaling macam benci gile kat aku. haih,  nak kata aku ade buat salah kat dia, ntah la aku tak ingat ape2 pun sebab dia tak ada kaitan pun dalam hidup aku. xtahu la kalau kecantikan wajah aku ke ke osemman hidup aku ke yang buat dia tak tenteram hidup aku minta mahapla kalau begitu hahaa. tapi, sirius, aku tak de pun, err, xrasa aku ade kaitan pun dengan hidup dia. tak penah borak borak pun, tak pernah makan semeja pun tak pernah pun apelagi lah, sampai buat dia terluka hati dengan aku. aku cuba gak cari keprobabilitiannye akan sebab munasabab dia nak benci kat aku tapi aku tak jumpa jawapan yang betul2 menjawab persoalan yang menghantui pemikiranku ini. lol. 

aku suka henjoy hidup aku. henjoy cara aku,  berbual dengan sapa aku suka, pakai pakaian apa yang aku nak, makan ape yang aku nak, ape2 la asal tak langgar syariat, dan paling penting, senyum dengan siapa aku nak senyum. aku bahagia begini sampaila aku senyum kat dia, terus dia buat muka jaki dan berpaling. hello! ape masalah kau? adoiai. takkan aku tetiba nak datang jumpa dia tanya masalah dia? pelik je, im not talking to stranger. okay.

anyway. pernah hadapi situasi begini? penah? kalau penah, meh blaja ngan aku, macamana nak settle benda ni., it is so easy macam makan shushi. eh.

tarik nafas, senyum dah set dalam kepala otak,
kesian budak ni, kekurangan kasih sayang lepas tu xde siapa suka dia pulak tu lepas tu family porak peranda lepas tu hidup susah kais pagi makan pagi lepas tu tak ada skill komunikasi pulak lepas tu(letak semua kisah kasihan kat dia) tu yang perangai dia jadi macam tu.kasihan, dah layan je la dia sebaiknya, dia dah cukup menderita dengan hidup dia. 

senang kan. selamat mencuba. kau berhak hidup bahagia. 



 kbai. 

Thursday, 14 March 2013

bebel

assalamualaikum . hari ni aku nak membebel. tapi sikit je. orang kata perempuan tak baik membebel nanti cepat tua.

#bebel 1
Adiyat ikut pakcik ye, nanti akak amek awak kite 'berjuang' di Melaka.

#bebel2
bisakah kupohon mati? tak tak, bukan rahmat allah yang aku putus asa, tapi kehidupan.

#bebel 3
rindu-rinduan pada yang tiada, apakata yang ade didodoi2kan? loveyougrandma!

#bebel 4
heyy, kau kata happy woman is beautiful woman, apesal kau macam tak beautiful ini hari ayoyoo.

#bebel 5
ouchocuh, ade orang kata i manis. er.  tapi i nak manis di sisi Dia...

#bebel 6
berteman hujan. andai bisa mengalirkan pergi noda. aku mahu tinggal di dalamnya.

#bebel7
inikah cinta? menjauhkan dari tuhan. tidak, itu nafsu namanya.

kbai.

hek eleh. lembik.

bismillah.

woi lembik

woi lambat

woi penakut

woi pengecut

woi dayus.


ape woi woi. tu bukan aku!

cakap baek sikit bole?

macam bagoss kau ni.


ok bagusla kalau kau sedar tu bukan kau. 


der. esok hari baru. dah sedia bekal der?

der, jangan biar hari ni ngan esok serupa der. tak sweet der, x macho langsung.

der, idup tak lame der, all out der, all out.

der. sorga itu mahal der.

der. jangan lemah der. buruk beno rupenye der.

rilek. allah ade der.

minta kekuatan pada Dia. ko bole der, aku pecaye ko, jangan hampakan aku der.

chow. aku ngantuk. anyway, go go, superb.


Tuesday, 12 March 2013

i was was youu~ (^,~)

hmm, tak yakin laa. boleh ke aku buat.. neves seyh, bagi orang lain je lahhh. 
eh eh, ragu-ragu laa. dah berapa rokaat ek aku solat? adoi tu la tadi tak baca surah annas dulu. 
haih, cmne nak buat pilihan ni haa, kekasih lame ke kekasih gelap yang sudah berjanji pada wanita lain. 
hadoi. ni yang susah nak buat pilihan ni, dua peluang depan mata, mana satu nak amek ni. 
ohoi ohoi. kalau da nama periksa, macam ni la sokmo, asyik keliru je nak pilih jawapan yang manee. 

haa, tu la. lainkali, amalkan baca surah annas. kan setan selalu bsiikkan ragu-ragu (was was) dalam hati supaya kita susah nak buat pilihan. 



oh.o,oh!.
macam tu ke?
itu ka was was yang dimaksudkan?
i don't think so.
yes! i believe that there is more than that!.

kenapa allah hadiahkan kita surah annas?

ape la. takkan setakat ni je. kata aku kepada aku. lalu aku pun mencari dan mencari, aku mendengar recording yang terangkan pasal surah ni. aku pegi bace sikit2 tafsir surah ni. ko tahu ape asbab nuzul surah ni? (asbab nuzul tu maksudnya sebab turunnya surah ni)

kalau nak tahu, sila rujuk akak usrah anda, 'akak, akak, (sambil berlari dengan manjanya ke arah akak usrah anda kemudian memeluknya penuh erat macam pat tahun x jumpaa) lalu paculkan pertanyaan dari mulut anda padanya, 'apa asbab nuzul surah annas ye?
lol tak pelu drama sangat kutt. 

okay. lepas dah tanya sambung balik baca belog aku. haha

begini ceritanya. 
berikut adalah hasil pendapatan saya dalam kajian kali ni. (ceh ayat macam buat refleksi assignment, boo assgnment ta siap lagi.

first. 
in simple and sweet way. 
it's about was was. (keraguan)
sejauh mana kefahaman kita tentang waswas yang dimaksudkan??
err, it is..
ragu- ragu yang lebih besar yang kita mungkin terjebak dengannya tanpa kita sedari.
keraguan yang sangat bahaya. 
lebih bahaya dari sekadar ragu-ragu nak jawab soklan exam. 
lebih teruk dari ragu-ragu nak pilih awek mana nak buat bini eh sory sory. 
ragu-ragu yang jauh lagi hebat impak dan natijahnya pada diri kita andai kita terjebak dengannya. 
ragu-ragu yang kita berkemungkinan besar untuk terjebak tanpa kita pernah sedar yang kita semakin terjebak. (berapa kali terjebak daa)

ok sirius sirius. 

kenapa nabi amalkan surah ni sebelum tido?
kenapa surah ni ade dalam mathurat (himpunan doa susunan imam hasan al banna yang menghimpunkan doa-doa yang  nabi amalkan)

 kenapa? kenapa?
katakan, katakann, katakannnn! (PANG!! ko diam bole?)

de macam ni tau ceritanya.
was was  yang aku tahu, rpanya lebih dahsyat dari was-was(keraguan) yang aku tahu selama ni. 
was-was tersebut ialah, 

keraguan dan ketidak yakinnya kita 
pada dua perkara utama,

it is alquran dan assunnah!

ya.
quran.
sejauh mana kita benar-benar menyakini dari sudut hati nurani yang paling dalam bahawa, kalau kita berjuang menegakkan agama allah, allah akan bantu urusan kita?

macam ayat surah Muhammad, ayat 7


" Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu"

ya, senang cakap, Tapi siriusly, dan siriusly, xsemua orang mampu dan sanggup berjuang, dan meletakkan sepenuh keyakinan pada allah yang akan membantu urusannya, jika dia membantu dalam usaha menegakkan kalimah LA ILAHA ILLALLAH! =)

sebab, dijangkiti was-was. (ragu-ragu/ xsepenuhnya yakin dengan ayat quran)

ok now, jum tengok sirah kejapp=)
kenapa, zaman rasulullah, hingga seterusnya zaman sahabat, ttabiin dan seterusnya, kota konstantinople yang dah begitu lama gagal ditawan tentera islam masih akhirnya dapat ditawan walau berpuluh kali cubaan menawannya gagal? (serabut tul ayat korang faham ape yang aku cuba perjuangka sebenarnya?)

diorang ni, dah tahu kota tu susah nak ditawan, mcam2 halangan pun masih tak putus asa, apesal haa?
xrasa cam sia-sia ke? tak rasa bakal bergelumang dengan kegagalan ke? huh? cuba buat keje lain ke, sebab kemungkinan untuk menyambung kegagalan tu ada. 
tapi kenapa masih ada cubaan menawan kota tu selama berpuluh tahun? (puluh ke ratus, not sure)


nak tahu apesal? nak tak? pedulik ape aku tetap nak bagitahu.
dah sah, tak lain dan tak bukan, sebab keyakinan yang benar-benar jitu dan padu dengan apa yang diperkatakan dalam hadith rasulullah,
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, " Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan. " (H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad).
tgk ni

anyway, kita yakin tak dengan alquran dan hadith rasulullah?
er er. 
ohoi woi! 
besarnya keraguan niiii!. 
aku terjebak ke woi?
tolong woi!.
(anyway, sory la aku tak dan nak bagi contoh lebih ce ko pulak ceghiter) er er.

okbai. 

Monday, 11 March 2013

writing is a desire.

i am not in a good mood to write yet i do realize that i have to write. yes, i have to. i gain strength by writing. it is compulsory. desire. 

i am so far away from my real journey. the real way that i should taken.  

it was so close. i almost commit suicide. er. no no. i mean, i almost being hopeless. hopeless of the bless of Allah. it is much worst than err die. ya. 

a wrote a little note,
aku melihat mereka tidak diuji seperti mana aku diuji ='( 

yet for sudden, the syura this evening started by the verse
 Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.. (surah al hajj 78).
=)=)=)

okay ni aku nak guna bahasa Melayu pulak. 

kenapa mesti merajuk dengan tuhan? kenapa mesti hilangkan rasa kehambaan, rasa cinta dan rasa meletakkan seluruh pengharapan pada tuhan? kenapa biarkan diri jauh teraba-raba dalam kesesatan, kenapa tidak berdoa dan meminta pertolongan pada tuhan? kenapa biar iman lesu tanpa tuhan? kenapa? di mana ingatanmu pada tuhan? di mana rasa syukurmu pada tuhan? di mana rasa manisnya iman? 

haih. 

pernah suatu ketika, aku merindu-rindu detiknya kematian. bila tiba hari jumaat, aku berharap-harap akulah insan bertuah, dipanggil bertemu tuhan. 

pernah suatu ketika, mata tak kering dari tangisan, sentiasa menyesali noda dan kelalaian.

pernah suatu ketika, entah kenapa selalu sekali terbit sebak di dalam dada, di kala berdoa mahupun mendengar azan. 

pernah suatu ketika, terasa tak lekang di bibir ini menyebut-nyebut namamu tuhan. 

pernah suatu ketika, terasa sangat merindui bertemu dia rasulullah yang mulia, berharap walau di mimpi, kata semangat baginda kongsikan. 

pernah amat rindu sekali hati ini, merindu sekali menjejakkan kaki ke bumi impian, bumi anbiya bumi haramain. kerjakan haji dan melestari rindu pada nabi. 

pernah suatu ketika, di hati ini tidak ada mana-mana insan, kecuali allah memonopoli perasaan. melainkan hanya allah sebagai harapan. 

pernah suatu ketika, hati ini terasa tenang sekali, tidak ada apa-apa untuk dikhuatiri. tenangnya tak mampu dijelaskan, melainkan yang merasai jua yang memahami. 

pernah suatu ketika, aku tak perlukan apa-apa di muka bumi, apa yang aku harapkan hanyalah cinta Ilahi, sebab dengannya yang lain mengiringi. 

pernah suatu ketika, aku rasa cukup dan ada semuanya. walaupu hakikatnya tak punya apa-apa. 

urusan segalanya dimudahkan, keinginan semuanya dikabulkan, semua menyayangi dan mengasihi. 


tapi, tu dulu. 
kini, satu-persatu hilang. 
semuanya gara-gara diri sendiri, 
menodai hati, mengoyak-ngoyak iman. 
lantaran dosa dan kemaksitan. 

ya, inilah sebesar-besar bala ke atasku. 
kemanisan iman semakin terbang d bawa sang angin. angin dosa dan kelalaian. 

='(
hina. 

tolong, bantu aku solehahkan diri. 

Friday, 8 March 2013

nikmat hidup. lazatnya!

bismillah. 
assalamualaikum. 

selamat hari jumaat semuaaa. heyhey dah baca surah kahfi belum?

olrite, tadi baru balik helwani. lepas tu gi mencekik kejap lepas tu makan pelam lepastu borak jap ngan ajiyan pasal program nak buat guane. 
eh apesal kene cerita semua tu haha boo. 

cuma nak citer. 
helwani tadi best kot. 
makin hari makin best rasanya. 
haha. kalau lelaki ade khutbah jumaat, perempuan ade helwani, kaw ada?

dia cerita pasal qawiyyul jism. iaitu salah satu muwasofat tarbiyyah(sifat yang perlu ada dalam tarbiyyah) iaitu tubuh badan yang kuat. sempena minggu ni semua sibuk bertungkus lumus dengan KOT (kejohanan olahraga tengah padang eh tahunan) yang busy, memenatkan lagi menghitamkan.

anyway, dalam sharing tu, ade diselitkan, berkenaan kerja yang melibatkan kerjasama dengan not yet muslim. time ni la kita tunjukkan qudwah kita, bagaimana cara orang islam bekerja. kita yakinkan mereka, islam yang terbaik, bukan seperti sangkaan buruk semata-mata. for example, the way we dress, the way we interact, ect. anyway, if not us, as muslim, do share with them on what islam is, then who? =)

betul, time ni la aku banyak sikit interaksi dengan not yet muslim. kalau tak berbual dengan jiran tetangga je la nampaknya. tapi kali ni banyak benda aku bersama mereka. kami deco khemah rumah sukan sesama, deco untuk buat maskot, untuk bendera, papan tanda, perbarisan. argh. siriusly penat der.

know what, At the Thursday night, i slept at 4.am, after tired finishing all those work, really tired, the next morning i didn't show my face at all, sleeping happily lol. i finished them (those deco item) at balsis until 2, and then continued until about half past 3 am at room. 

yet i am happy because i had a beautiful moment with one of my christian friend, we discussed a lot about religion and faith. i tried to look for the point of similarities so that i can share more about islam with her, i started with asking about her religion, yes, i really interested to know, and luckily she felt free to share. she said to me that she prefer to be asked about that rather than to be judged without knowing anything . yet, she prefer to share and share and share about what christian is rather than to ask me about what islam is. hmm, it is so clear that she so-not-interested to know about islam. but so what? i still wanna share, and of course i shared! hehe. 

orang kata, benda baik, indah dan bahagia, jangan disimpan seorang. yes. islam itu indah, and i wanna tell all those perople about islam! it is up to them, to be interested or not. i hope they will.  


wey, nak tahu x? pisang goreng yang dijual depan maktab tu, sedap giles weh, sirius, kerangupan dia, kesedapan sambal pencecehnya, keenakan saduran tepungnya, serta kehensoman abang yang menggorangnya membuatkan aku rasa kau patut pergi ke gerai tu untuk menikmati pisang goreng itu dengan bahagianya.
sirius. bukan bukan, jangan salah sangka, aku tak kerja situ pun, dan aku tak dapat saham apa-apa pun untuk promote benda ni kat kau.tapi ketahuilah, kau patut pergi dapatkannya sebelum terlambat!. 

hehe. xlah. aku gurau je. aku tak pernah pun makan situ. sirius. aku belikan orang pernah la. abang kerja kat situ pun aku tak pernah tahu hensem ke tak. (ade ke? rasa macam makcik je yang ade hehe)

tapi bila aku share mesti kau rasa intersted nak gi kan?  er, goreng sendiri je la.membazir je kau ni haha. 

sebenarnya aku nak share suatu benda yang lagi best. yang siriusly kau kena dapatkannya. kau asa sendiri baru kau faham kenapa orang cakap best. 

it is ISLAM. 



Wednesday, 6 March 2013

si anggun pilihanku

assalam. 
selamat malam. 

sekadar perkongsian. 
e'ele skema gile. bla lah. 

tadi aku kene maki. bukan dia maki orang sorang tapi dia menjerit2 ke arah kami macam orang  lapa
puncanya orang tak bagi dia kerjasama dengan apa arahan yang dia keluarkan. 
dah dia jerit kat mikrofon, mana la orang dengar, lepas tu nak marah2 apekebenda ntah. 

xde, bukan ape, cuma aku nak buat benda ni sebagai pengajaran so that bukan aku mahupun kau, buat perkara yang sama. ia menjengkelkan. 
okay ni cerita rekaan semata-mata sebenarnya haha

aku cuma nak share. i wish to be just like her. ade la someone tu, dah la cute, sweet plak. aku bangga dengan cara dia dan aku nak cuba aplikasikan ape yang dia buat tu. it's  about cara berkomunikasi, dan cara meminta kerjasama pada orang yang mantol(tak nak bagi kerjasama sebab dah kene jerit2 buat itu ini mana la orang nak bagi kerjasama kan kan)

tatau la tapi, dia cakap macam biasa je, macam manusia normal bercakap, tapi, orang boleh dengar dan ikut. mungkin dia ade bace buku 'how to win people' kut. yang dale ape ntah tu tulis. 

eh. ape la. wat pe ikut penulis tu. baik ikut cara nabi. kata arrasul qudwatunaa (eh ternyanyi plak) 
kata nabi tu contoh teladan kami. then kenapa nak kene ikut orang lain yang ntah sapa ntah tuu? kan. 

nah share ayat ni. 

: Katakanlah (wahai Muhammad saw): “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan Dia (Allah) akan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani). 

(surah ali imran ayat 31)


Sunday, 3 March 2013

cinta. ala jiwang jiwang sikit ape de hal?

assalamualaikum.
petang-petang ni an. nah ler aku share sikit ni kan. semoga bermanfaat la ye kan. tak mintak apa-apa pun kan. mudah-mudahan yang terbaik la kan. kan kan? makan ikan sedap kan? ehh.

someone is watching you.
someone do love you.
someone do care about you.
yup, someone. that is really 'someone' for you.

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk hati mereka mengingati Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang telah diwahyukan? dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik(derhaka)"
(Surah al-Hadid ayat 16)


anyway. orang couple sirius kuat. macamana nak jaga hati ha? aku ta couple tapi rasa susah giles nak menjaga hati. belum couple lagi ni. ouch! 

olrite. chow. assalam. 

Saturday, 2 March 2013

mulia tak mulia, takwa gak yang allah nilai.

assalam. ehem.

anyway. tetiba aku nak mendeklamasikan sajak.
tak perlu kutuk dan hina mahupun maki aku.
aku dah lali dengan semua tu.
nak kena maki balik ke?
tanak tanak. aku tak rasa nak maki orang sekarang.
takpela aku tulis je sajak aku. fresh ni no copy copy.

sebelum tu, tadi kan, aku jumpa kata-kata ni,
aku menyesal sebab tadi aku gaduh dengan seorang pakcik. ni semua berlaku gara-gara aku takut kena buli lantas aku berperangai sangat annoying dan kasar sampai takde siapa boleh buli aku. hakikatnya mungkin pacik tu sangat mulia di sisi allah berbanding aku. aku menyesal. teruk. 

aku bukak quran tetiba terbaca ayat,
...ketika mereka berelisih dengan urusan mereka, maka mereka berkata, dirikanlah sebuah bangunan di atas mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka.... (kahfi, 21)


ok.
aku nak sajak ni. kau boleh tolong diam? kalau nak nasihat sila feel free, aku sedia mendengarnya. bak kata allah dalam quran,
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri? 
(surah fussilat ayat 33)


nah sajak aku.

hebatnya kau, 
tingginya ilmu kau,
tsiqahnya aku pada kau,

boleh kau jadi naqibah kami?
boleh aku belajar mengaji dengan kamu?
terima kasih kerana berbakti, aku sangat menyanjungi perjuanganmu. 

ramai muda-mudi kini teruk, 
bergelumang dosa,
melepak tak tentu hala, 
tapi kau berbeza,
Allah hadirkan kau, untuk bantu kami mengenal diri,
menginsafi diri,
mendekatkan diri pada Allahurabbi,
ah, hebat kau ini. 

ah, hebatnya aku. 
banyak ilmu kukongsi, 
hakikatnya kerana aku diberi peluang berkongsi. 
hakikatnya, kerana aku punya pengetahuan yang lebih, cuma itu. 

ah, hebatnya aku, 
bawa usrah bukan hanya pada muda-mudi, tapi juga bonda muda-mudi. 
hakikatnya, itu sikapnya, dia yang memuliakan diri ini. 
menerima dan merai usaha kecil aku ini. 

ah, hebatnya aku. 
hebatnya aku?
hebatkah aku?

hakikatnya, itu bukan apa-apa, jika dibandingkan mereka.
hakikatnya, itu rahmat Dia, menyembunyi aibku dari pengetahuan mereka. 
simpan kemas aibku,
tutup rapi perbuatan hinaku, dari pengetahuan mereka. 
aduhai.
hinanya untuk semua ini
aduhai. 

sama-sama bantu memperbaiki diri, semua nak berubah pada lebih baik. walau sehebat mana kelihatannya seseorang padamu, tetaplah bantu dia, boleh?


Friday, 1 March 2013

muah muah. (aksi gedik 18xxxl ehh)

mind set. 
tadi aku balik jalan kaki dari semejid lepas makan-makan dengan kenyang dan bahagianya walaupun tak tlong masak. aku berjalan pulang bersama seorang teman yang sangat aku kagum dengan ilmu dan er, kecantikannnya. aku berazam dalam hati untuk jadi cantik lagi cantik dari dia, eh, maksud aku, aku berazam untuk jadi alim dan berilmu seperi beliau.

dalam perjalanan pulang dari masjid tu, er tak la jauh mane pun cuma melintas beberapa bangunan seperti kafe, balai siswa dan er, pondok guard je. tapi banyak perkara yang beliau kongsikan. antaranya berkenaan suatu hadith ni. best la wei. 



nah, sedikit rujukan, aku baru bace kat belog ni maksud aku yang ni la wei

ok dah aku tak berniat nak cakapbanyak sebab aku banyak lagi keje tak siap. esok ade usrah tapi aku tak cari bahan lagi ape la aku ni. bukan, bukan, aku tak bermksud nak memandang enteng perkara ni. usrah bukan benda main-main, tujuan usrah tu sebab dan membina ustaziatul alam. tapi aku akan cuba buat yang terbaik untuk membina individu-induvidu di samping membina diri sendiri. tapi, aku tak nak main-main lagi, tapi,aku cuma err, berapa banyak tapi daa. takde takde takde alasan weii!. eh. ape aku melalut nii.

ok. aku cuma nak ingatkan, ye, anda patut rasa bersyukur sebab terpilih untuk jadi pembaca belog ni tak dilupakan anda patut rasa bertuah dan berbesar hati dan err, ape ape pun la perasaan jangan rasa besar kepala sudah la. eh kat mana aku tadi, ta tak, aku tak kata belog aku macam bagos, tapi belog aku memang bagos pun sebenarnya. ape? kau tak puas hati ke? jum la lawan tae kwando kalau tak puas hati, aku ade talipinggang warna hitam ko ade ke? haa tahu takut. memang la tali pinggang warna hitam kan biasenya.oh ye, aku cuma nak ingatkan ye la sebagai umat silam ni kita kena la saling mengingatkan ye dak? sapa lagi nak saling mengingatkan dan saling menguatkan kalau bukan kita ye dak? eh panjang pulak. 

camni, ape yang aku cuba perkatakan sebenarnya ialah, pasal iman. aku tau la aku ni tak la beriman dan bertaqwa sangat orangnya. belum tentu iman aku lebih tinggi kalau dibandingkan tahap iman aku dengan tahap iman err, ape la aku melalut, ok back to topic je la aku malas nak rendah diri sangat ape la. yang penting aku ingatkan ni pun untuk diri aku sendiri, aku pedulik ape orang nak cakap aku macam bagus ke ape ke bila bagi tazkirah aku pedulik ape sebab aku tahu aku memang bagus orangnya, ehh.

ok. cepatlla halang aku dari terus merepek. aku nak bagi tazkirah ni la wei. diamlah woi. camni cerita dia. iman manusia ni memang standard la wei, kejap naik kejap turun kalau iman tetap di dalam garis lintas yang lurus maka itu bukan iman manusia tapi malaikat. ko manusia ke malaikat. eh ade ke malaikat baca belog aku? eh, gila malaikat catat do ape amalan yang aku buat, tolongla jangan bagi aku merepek nanti amalan buruk aku yang bertambah. adoi la wei. 

ok, kalau iman up tu okay la kan hidup bahagia je rasa dekat dengan Allah. tapi kalau iman down? selalu aku dengar orang bagi tazkirah, kalau iman down, banyak banyakkan baca quran, solat sunat, berzikir dan sebagainya. aku tak setuju la wei dengan kata-kata tu. dah nama pun iman down, mestila rasa malas untuk beribadat bermaharajalela dalam hati kan ape la. 

pada aku kalau iman aku down, aku cuma perlukan masa untuk bersendirian dan berfikir. buat la muhasabah diri ke apa, pastu borak-borak dengan orang alim ke ape ke ustaz ke, baru la rasa up sikit.kalu aku tengah down, aku solat pun jadi tak khusyuk. tapi tu depend on manusia la kan macamane pun dia nak upkan balik iman masing-maisng kan. yang penting ada usaha, kalau dok sibuk cakap kat manusia, aku down la wei, tapi takde usaha apa-apa tu memang nama nak kena maki, bukan sahaja nak kena maki tapi macam nak kena sepak kedendeng sekali. tak guna betul, pemalas, nak naikkan iman sendiri pun malas. kata cintakan allah? adoi la

cmni ceritanya. kalau orang tu betul-betul cintakan hana sajima (buakan nama sebenar) dia akan cuba secubanya untuk buat apa yang hana sajima suka kan. so kalau orang tu betul-betul cintakan allah? acane kan? tepuk bantal landing kepala. eh. maksud aku, lu fikir la sndiri beb.

aku bukan apa. tapi, haih. aku penat la wei. ape nak jadi pun aku tatau la. dah la penat aku nak bebel lagi. kalau banyak mana aku bebel tapi takde orang nak bace buang masa je aku bebel. nah aku share ayat quran sikit biar lembut hati kau ngan hati aku jugak. 

nah. baca sendiri la surah anfal ayat 24-25. baca dan hayati. baca la sendiri. google ke buka tafsir ke. usaha ada la beb. jangan la gedik sangat kalau nak gedik pun tunggu la bila dah berumahtangga (eh tetiba). 

ok. lagi ape aku nak cakap. so, kalau dah iman down. tak la. maksud aku. okay je. aku kalau iman down pun hakikatnya buat ape pun tak mampu upkan aku balik melainkan bukak tafsir dan tengok ayat apa yang allah nak tarbiyyah aku. ce la buat. pastu kau menangis gilagila. syok. 

ok. ape lagi ni. aku merepek banyak la. apende ntah. aku down sebenanya haha. tak guna betul kan? memang nak kene tendang perangai tak mempamerkan ciri-ciri ustajah langsung adoi la. anyway, cakap pasal penendang, aku ade bende nak share pasal penendang. well, bukanla pasal penendang sangat pun tapi pasal pijak muka. nak tau satu kisah?  ade aku kisah? kau nak tahu ke tanak ke kalau aku nak cerita sukati aa. aku nak cerita dengan penuh semangat pun ta boleh sebab aku tulis bukan ceritakan kan tpi takpe. ceritanya berbunyi begini. eh sori, hanya bunyi taipan keyboad yang kedengaran menemani pilunya hati lol gediklagigediklagi tolong keluarkan aku dari kancah ini. 

camni ceritanya, dari tadi nak cerita tapi tak cerita cerita ingat sweet ke buat macam tu ha? kata aku kepada aku. ah. malas la nak cerita. kau pegi tanya akak usrah kau, apende ek kisah sahabat nabi yang terejek sahabatnya hitam tu, lalu bila nabi katakan padanya kau ada jahiliyah dalam diri, sahabat yang ejek tadi menangis dan meminta sahabat yang diejek itu memijak mukanya yang dikelantaikan sedia untuk dipijak. ye ye. aku tahu teknik penceritaan aku amat menjengkelkan dan tidak menarik langsung tapi kau ni kuang ajar la diam lah. 

ok. ape lagi nak cakap. satu benda lagi. kalau rasa down, jauh dari tuhan, ingatlah satu perkara. 

nak merajuk jangan lama-lama nanti allah rindu. 

dan lagi satu (kata satu perkara je penipu tak guna betul penipu pengkhianat pencuri hati eh)

lagi satu bende (diamla kau)

sukatilah kau nak down jauh dari tuhan, aku sangat berbahagia melihat dirimu begitu hahahaha (ketawa setan sebab aku memang setan) kata encik setan penuh bangga hnss hnss. 

lagi satu benda (ah aku ckap diam diam la!)

kau pernah merasai kemanisan iman tapi apa usaha kau untuk kekalkan dan tingkatkan perasaan manisnya iman tu? 
kau ni hamba yang tak bersyukur ke? huh huh? tak guna.

peace no war beb.  aku cakap kat diri sendiri der. kbai. dah aku dah up da skang. aku nak ngaji banyak banyak. kbai. assalamualaikum.