Wednesday, 27 February 2013

life

it's depend on how you handle your life, your feeling, your emotion, your relationship with others, your skill of communication, and everything goes around you, to gain happiness and have the blast.

correct me if i am wrong.

yet, you, and i (of course) have to ensure, to be a good servant of Allah (insya allah). so He will be guided you all the way you are. really, leave it all to God, He hold your tomorrow.

winkwink(kenyit mata dua kali)

Tuesday, 26 February 2013

tidak, jangan ikut aku down.

assalam hyeeeee! -gedikgile kbai-

pernah tak rasa berdosa gila2,memang kau baru lepas buat dosa dan rasa diri tak bergune. lepas tu tiba-tiba orang panggil kau suruh bagi tazkirah ke hape ke, penah x?
xpon memang dah lalai n rase jauh gile dari Tuhan tetiba orang puji kau cakap kau hebat blabla. 
xpon kau nak cuba baikkan diri dengan solat berjemaah setelah berapa lama kau solat sendirian dengan rasa khusyuknya ntah ke mana macam tak solat. atau memang dah lama tinggalkan solat pun. datang2 jumpa member nak solat sama, member kau pulak suruh kau jadi imam. 

dalam saat kau rasa dri kau teruk, ada pulak permintaan dakwah yang buatkan kau perlu menyampaikan sesuatu sedang dalam masa yang sama kau sendiri tak settle dengan masalah kau.

penah lalaui situasi begitu?

ok tu je kisah untuk kali ni. sebelum berakhir, aku nak dengar pengajaran sikit dari kisah ni, aku nak wakil sorang lelaki, sorang perempuan. 
starting dari perempuan, kmy, bagi pengajaran sikit.  
er, sori, aku tak de pape untuk disampaikan.  
krik krik.. 

ok. kau dah loser kau biarkan diri kau dua kali loser. 
im weak, it's true. (eh ternyanyi plak hek)

kalau kau rasa down, kau rasa kau teruk, kau terus tak nak sampaikan kata-kata yang boleh bagi manfaat pada orang. teruknya kau. dah teruk janganlah bawak orang lain teruk sama2 seh.

takyakin ke dengan ayat quran.

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (surah51 ayat 55)

olrite, kau cuma berdosa, kau tetap beriman kan?
Allah takkan sia-siakan imanmu dear, =)

kata hidup kau hidup pejuang? 

Monday, 25 February 2013

hidup perjuangan huh?


engkau ingin berjuang?
tapi hakikatnya hidup kau langsung takde perjuangan.

kau hanya pandai berkata-kata.
bermadah sana bermadah sini.
kau nampak hebat.
macam bagos di mata manusia.
kau tahu apa maksud perjuangan?
ingat berjuang tu senang?
kau fikir berjuang hanya duduk lek lek goyang kaki?
kau ingat berjuang tu cukup dengan makan biskut cicah kopi?
kau ikutkan flow rasa hati?
itu kau kata perjuangan?
kalau betul nak berjuang, 
harus punya hati yang cekal.
jiwa selalu bersemangat.
perasaan jitu, gayah yang tinggi pada Allah,
hadaf segala tindakmu hanya untuk Dia,
kalau betul nak berjuang, harus segera.
bukan berlengah.
harus sedia,
bukan menanti dan berfikir setelah terjadi.
kalau betul nak berjuang, harus selalu lebih baik.
bukan sama semalam hari ini dan esok. 
itu namanya perjuangan pembohong.
itu perjuangan omong kosong.
berbual lebih. 
kau masih tak faham maksud perjuangan, 
lepas tu kau sibuk katakan, 
hidup satu perjuangan?
apa semua ni? 
tolong jangan cemarkan nama perjuangan, pls? 

Sunday, 24 February 2013

singa yang dikijangkan

assalam dan selamat berbahagia.

nah satu  syair dari satu penyair Muhammad Iqbal.

Zaman satu bangsa yang hina
akan ada ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!
mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi
tetapi semuanya sependapat dengan satu target;
mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam
cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendiakawan.

olrite,
first of all, alhamdulillah ala kulli hal dipermudahkan segala urusan.
aku rase aku agak busy minggu ni.

blbalabla. bajet macam busy naw he.  org hamas yang siang bekerja macam kuli2 tiba tiba malam jadi tentera qasam berjuang menentang musuh pun tak post kat belog cakap dia busy.

heh.

ok. dulu mase mude mude dulu aku penah cakap nak post pasal singa yang dikijangkan. so. tadaa! sweet x? sweet kan?ouch!

aku rasa ko hebat, so sila terjemah sendiri makna syair tu.
cumanya nak bagitahu, aku penah ikut perogram yang diberi nama Ini sejarah kita (isk),




 dari situ aku sedar betapa sebenarnya aku sangat jahil dengan sejarah aku sendiri. dan dari situlah aku dapat sesuatu yang buat aku sangat sedar betapa kita seakan seekor singa yang kuat dan hebat serta gagah namun malangnya kita telah dikijangkann(dijadikan lemah walau hakikatnya kita kuat)

islam yang terbaik tapi kita tepaksa tunduk dengan peraturan yang rendah nilainya.
sejauh mana kita meyakini sesungguhnya agama di sisi allah adalah islam?

 dulu kita yang kuat dulu kita terhebat, ya sekarang masih lagi hebat cuba hebat yang kabur, sedikit masa saja untuk terpancar semula apa yang dikatakan hebat itu. asal ada usaha, asal dengan sabar. insya allah.

sekian. (for more information, sila tercari-cari tentang program ini sejarah kita di sekitar anda).
assalam.

Wednesday, 20 February 2013

keagungan iman

assalam. hye

Allah banyak mengajar kita tentang iman. yang mana perasaan tu bukanlah dengan tidak semena-mena hadir tapi melalui proses yang berterusan dan perlu dipupuk.

sejak kecil kita diajar tentang iman, islam dan ihsan, tentang rukun iman dan macam-macam lagi. walaupun di ketika itu, minda kita yang masih muda begitu sukar untuk memikirkan apa sebenarnya hakikat iman itu.

bila diajar tentang hakikat tauhid dan kewujudan allah, pemikiran kita tak mampu untuk menerima dengan kefahaman yang sebenar tantang apa perkara tersebut lantaran ia bukanlah maujud tetapi abstrak dan tidak difahami. namun, kita seolah-olah orang yang faham atau lebih tepat dipanggil dipaksa untuk percaya.

mak mak, allah tu macam mana? betul ke Dia ada, mak? 
allah tu memang wujud, kita tak nampak Dia, Dia nampak kita, kalau tak percaya Allah wujud, berdosa tau. kene yakin Allah tu ada. 
kamu yakin tak allah itu ada?
ohh, er yakin. 

tapi bila mana kita menghadapi dan melalui masa yang panjang dalam kehidupan, Allah sendiri memperkenalkan adanya Dia yang sentiasa melihat dan mendengar apa yang kita lakukan atau katakan. Allah sendiri yang mentarbiyyah kita untuk menyakini dan merasakan sendiri kewujudannya.

bila berdoa, Dia perkenan.
bila bersedih, Dia gembirakan.
bila mengharap, Dia beri makbulkan.

fitrah manusia, kalau susah, pasti mencari tuhan. 
wahai insan bertarbiyyah, jadikan dirimu bukan sekadar di kala susah bahkan di kala senang pun, tetap mencari tuhan. 

tapi tahukah anda, iman ini bukan setakat ini. semakin bertambah usia kita sewajarnya semakin bertambah jua iman kita. semakin yakinlah kita denganNya, semakin dekat dan tinggi kebergantungan harap padaNya. semakin bertambah cinta padaNya. semakin meningkat semangat berkorban di jalanNya.ya, semakin meningkat usia, kita patut lebih menikmati kemanisan iman yang sebenar.

tapi bagaimana?
biar aku kongsi kata-kata.
iman itu perlu ditingkatkan, dan alquran adalah catalysnya. 
dekatnya seseorang dengan alQuran, semakin banyaklah ayat cinta yang diperolehnya.

ayuh sama-sama kita rasakan ayat cinta itu, tenangkan dirimu, bernafas sebaiknya, berzikir sekhusyuknya, berdoa sesungguhnya, tenagkan hati setenangnya dan bukalah mana-mana ayat dari terjemahan alQuran, dan lihatlah ayat mana yang allah ingin sampaikan. nescaya kau akan merasai keajaibannya. jangan berputus asa untuk berusaha.

perasaan agungnya iman bukan sekadar dilalui ketika buat perkara baik sahaja, biarlah iman kita lebih sensitif dan peka pabila terjebak dengan dosa, tercabarkah iman bila maksiat dilakukan? tepuk dada tanya hati.


Monday, 18 February 2013

alhamdulillah.

ya allah, alhamdulillah summa alhamdulillah. 

bersyukur sangat2 kepada allah yang telah menghadiahkan insan2 yang sweet lagi baik hati kepada aku. jzkl sangat2. 
semoga dianugerahkan syurga semuanya. amin. 
alhamdulillah aku ada mak dan abah yang sangat aku sayang. adik beradik yang pun aku sangat sayang. akhwat yang aku sayang. kawan2 yang memang aku sayang gak. saudara mara yang sangat aku sayang serta semua lingkungan masyarakat dalam hidup sama ada yang dekat mahupun jauh yang sangat aku sayang. aku kata sayang maknanya memang aku sayang, faham x? alhamdulillah sangat2,  

jzkl untuk semuanya. 
selamat hari raya maaf zahir batin. terima kasih kerana menjadi seseorang untuk aku sakiti, aku cuba untuk tak buat lagi. maaf banyak banyak. aku sayang anda kerana allah, tahu?

aku tahu ayat ni macam sweet tapi tolonglah untuk tak ungkapkannya aku segan aku ni pemalu orangnya. kbai. 

Friday, 15 February 2013

deras air mata deras jua hujan yang turun

salam hye. 
aku lagi ni. mesti kau terfikir aku ni macam dah tak hade keje sangat ke asyik new post aje kan. 
aku memang dapatkan kekuatan dengan menulis ataupun sampaikan peringatan so that dengan cara tu aku mengingatkan diri aku sendiri. 
anyway, kau suka ke tak suka bace hade aku kesah? eh jangan la janganla aku gurau je. haha, tahu takut. eh. ape kau merepek la sengal?

bismillah. 
nah. aku nak share. gedebakboom dapat satu ayat quran. memang selalu macam ni, apa yang aku baca memang right on time ape yang aku perlukan, kadang2 rasa macam kene bom bertubi-tubi walau sakit tapi best sebab dari ayat2 yang mencengkam jiwa tu la buat aku sedar yang allah selalu ada mendengar rintihan hambaNya dan sememangnya hanya Dia assomad, (untuk bergantung harap)

nah, ak dapat ayat surah hud, ayat 52. jangan tanya apa-apa tapi ayat ni memang buat aku burst into tears dengan manjanya adui fulamakwehh. 

nah, 
"Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!".

aku tak cari lagi kat mane2 tafsir, lagi2 ape maksud hujan lebat tu mungkinkah nikmat atau ape, tapi tiba-tiba hujan turun kat sini kan macam memahami je perasaan aku huahua. 
video









okdah. aku nak bina hubungan yang sangat baik dengan Dia. sebab hanya Dia yang tahu apa yang aku lalaui sepanjang hidup aku. hanya Dia tempat bergantung harap, xde yang lainnya.


ya allah.. kuatkanlah aku, bantulah aku agar seluruh jiwaku diserahkan, mencintai dan mengagungkanMu dan RasulMu melebihi yang lainnya. amin. 


Thursday, 14 February 2013

faham x ni haaa? eh eh sori kasarnyee.


Assalamualaikum
(first of all, aku tahu aku keji  tapi aku harap sangat dosa2 aku tak menjadi sebab terhalangnya hidayah allah untuk sampai kepada pembaca mahupun penulis belog nii) macam skema tapi i really mean it. ! ouch. bismillah. 

anyway, 
In simple in sweet writing, I wanna talk on faqahuuu, ouch!
Hehek. Kau tawu apekah faqahu yang aku maksudkan?
Tak? Bagus! Dengan ini aku lebih konfiden nak bagitahu.

Ape? Tahu, tapi saje buat tak tahu? Main2 kau eh!
Nak bace bace. Tak nak bace, yo wes. er..ape kau ade masalah ngan aku ke? Penah kene flying kick x?
Eh. Kk, aku taknak main lagi. Asyik main je macam orang tak dek tujuan hidup.

Bismillahirrahmanirrahim.
عن أبي هريرة رضي الله عنه : قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم

((الناس معادن، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإِسْلاَمِ. إِذَا فَقُهُوا)). صحيح البخاري- كتاب الأنبياء

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda “Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” (HR Bukhari-Kitabul Anbiya’).
(kopipes)

Ehh? Manusia macam logam..?
 jeng jeng jenggg.. (seprais x? seprais kan?)
Okay sebelum aku terangkan dengan lebih lanjut, cube senarai dulu serba sedikit pasal logam.
Keras, berkilat, boleh dilentur, boleh buat kapalterbang, boleh buat kapal selam, blablabla..macam2 lagi.
 (fikir la sendiri, aku malas nak layan kau, pantang betul. cuba la beriman dan bertaqwa sikit. )
Ehh. Eh sori sori, kat mana aku tadi?Senang kata, logam tu banyak mnfaatnya kan.
Macam tu la manusia. Banyak kelebihan.
Boleh melukis. Boleh menyanyi.
Boleh amek gambar cantik (photographer),boleh berhujjah,  
boleh menghafal dengan hebatnya siap jilid dan mukasurat macam-macam kitab,
   bersuara unik serta lain dari yang lain,    
 boleh dapat anugerah fasi paling femes, boleh berpewatakan anggun bergaya,
 boleh jadi orang paling tegas, berani lagi menggerunkan dalam dunia, 
boleh jadi orang paling rilex macam xde perasaan walaupun ternyata bersalah, 
boleh buat slot muhasabah dengan tidak semena-mena,
 boleh pakai shawl cantik2 eh, 
boleh sikat rambut semart pastu buat trogen eh eh. Mula lah tu merepek.
Ok. Dah faham ke? Senang kata semua orang ada kelebihan masing2. Cuma kadang2 kita tak sedar je dengan kelebihan yang kita ada. (rugi rugi)
Terpilihnya kita masa jahil, terpilih juga kita masa islam. Kalau kita faham. Tahu?
eh kenape tetiba ade gambar ni.ouch. hehe sori sori

Olrite. Contoh paling senang aku nak kongsi.
Penah dengar pasal saidina umar al khattab? Penah?
Ape kelebihan yang beliau ada? 
Beliau ni sangat berani orangnya. Kuat dan  Hebat berlawan, gagah, dididik jadi pahlawan sejak kecik, tegas, dan macam-macam. 
Pantang dicabar dan tak takut akan sesiapa. Memang ayah dia menanti-nanti kelahiran dia untuk dijadikan seorang pahlawan. Tahu?
Beliau ni, Masa kecik lagi dah berani lawan dengan orang paling kuat kat area tempat tinggal dia, orang tu cabar, sesiapa berani lawan aku, krik krik,, dah tak de siapa dah yang berani lawan tetiba saidina umar offer diri berlwan dengan orang tu. Dah la saidina umar masih muda. 
Sampaila saidina umar akhirnya menang  dan diangkat dan dijulang namanya.
Hebat kan?
Sayangnya masatu beliau jahil. Tak kenal n tak faham pun pasal islam.
Siap nak bunuh rasulullah. Bunuh beb. Buat main main.  
Sesiapa hamba yang masuk islam dia dera habis-habisan.
Rasulullah larang bunuh anak perempuan, apa yang dia buat?
Dahsyat kan?
Tapi, apa jadi bila dia masuk islam? (nak tahu kisah dia masuk islam cube buat research sendiri amboi amboi malas kau eh asyik nak kene suap je aku sepak kan! Yang penting memang best kisah beliau, you really have to check it out okay? =)
Bila beliau masuk islam,

Dia ajak semua orang islam yang sebelum ni beriman secara rahsia untuk beribadah kat kaabah, dia cover line, sesiapa orang kafir yang berani nak carik pasal dia back up dan sedia pancung orang tu.
Apa lagi?
Masa nak berhijrah ke madinah dia siap cakap lagi dengan beraninya,
: "Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini." Cabaran Saidina Umar terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan kehadiran Umar dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan gerun di dalam hati mereka. 
Eh eh banyak pulak copypes dari http: sini
So. Ape yang diperjuangkan sebenarnya?
Let see. Hebatnya saidina umar masa jahiliah, hebat juga beliau masa islam. Keberaniannya yang sebelum ini sampai berani nak bunuh nabi, diguna pula ke jalan islam. Kekuatannya yang sebelum ni diguna untuk menyeksa orang islam diguna juga pula untuk membela orang islam.
‘ Kalau faham.’
Macam tu la kita.
Ape je pun kelebihan kita, bila kita faham, kita boleh gunakan ia ke jalan islam. Okay?
Semua orang boleh menyanyi, tapi tak semua orang boleh buat nyanyiannya membawa orang kepada Allah.                                                (ape x puas hati ke? nak cakap kau sorang je yang boleh menyanyi, macam tu? cheh) hihi
Semua orang boleh melukis, tapi tak semua orang boleh buat lukisannya membawa orang kepada Allah.
Semua orang boleh petah berkata-kata, tapi tak semua orang boleh buat kepetahan berkata-katanya membawa orang kepada Allah.
Semua orang boleh amek gambar cun cun fulamakweh, tapi tak semua orang boleh buat gambar-gambarnye membawa orang kepada Allah.
Semua orang boleh berfesyen, tapi tak semua orang boleh buat fesyennya membawa orang kepada Allah.
Semua orang boleh blablabla(isi sendiri), tapi tak semua orang boleh buat kelebihannya tuu membawa orang kepada Allah.
Kan..
It’s about creativity, right?
Anyway, kau hebat tahu? Andaikata kau faham =)
Nah. Ni lagi satu hadith pasal faham.
مَنْ يُرِدِ اللّهُ بِهِ خَيْراً يُفَقّهْهُ فِي الدّينِ
صحيح البخارى ومسلم 

Sesiapa yang allah mahukan kebaikan baginya, maka diberikan kefahaman dalam agama.
Sweet x? sweet kan? semoga bermanfaat

sanah helwah

assalam.
sanah helwah kepada aku ikhlas dr aku jugak.

it is 13022013

masalahnye kenapa gambar ni macam gambar kek kawen je, tidak tidak jangan sampai orang lain tahu isi hati aku. haha. 

haha. macam kesian je kan.
wish hb kat diri sendiri.
x x, aku tak la begitu menyedihkan.
ramai je wish hb kat aku.
aku hargai sangat2 ingatan engkorang dan diorang.
kalau ade yang belum wish, xyah la wish, dah terlambat, tahu?!
eh tak tak, aku gurau je.
wish la kalau nak wish.
lagi bagus kalau yg berunsurkan doa serta kata-kata yang membuatkan aku makin gah berdiri 
(baca makin kuat bertahan dalam kehidupan yang payah ni, really, i need that)
hm.
aku nak nangis puas2.
ya allah, nikmatMu yang manakah untukku dustakan. 

aku patut bersyukur sangat2, tapi.. apesal macam xde perasaan ni.
macam2 la dalam pemikiran aku ni serabut betul.
apesal kene macam ni ha?
aku...rindu la kat nenek. ='(
...
...
lex lex. tamau sedih2. 
aku berharap impian aku pergi umrah termakbul, tahun ni insya allah.
semoga allah permudahkan untuk kamillya pergi umrah. amin.





nak pergi umrah. semoga allah pilih aku jadi tamuNya amin.(eh awak doakan? sweet la awak ni)
tengkiutengkiu
aku.. hmm.
tatau la nak kate apa.
aku rasa aku teruk

ya tuhan pulihkanlah semangat nur kamillya amin. 
(eh, awak doakan aku lagi? so sweetnye awak ni)
tengkiutengkiu.

aku rindu perasaan rindu. hidup ni payah, kan?
patutnya makin bertambah umur, makin bertambahla iman, kan. ape la aku ni.

go, go, hidup satu perjuangan, kau kene buat beb! ummat perlukan kau. kau adelah kilauan permata, kau adalah singa jangan sesekali pernah dikijangkan. kau kuat, kau hebat tahu?
jangan hancurkan harapan orang lain pada kau, tahu?

ouch!

ape. ala. sori la. ah. jangan bisinglah. memang aku dapatkan semangat dengan menulis. apesal? x boleh? ade masalah ke? nak gado ke ? ingat aku takut dengan kau? huh? huh?

assalamualaikum.



Tuesday, 12 February 2013

'asir -sedapnya jus ouch!

ok. bismillah. assalamualaikum, salam sejahtera dan salam mengundi. eh. 

 harini aku nak cakap pasal 'asir. orang arab panggil asir tu maksud dalam bahasa ibunda aku adelah jus. suka minum jus? ye, sudah tentu ianya enak lagi menyegarkan. 

aku malas nak layan kau. hampeh.  jangan la fikir bukan2 la woi cuba la beriman dan bertaqwa sikit. 
tak tak. aku tak cakap dengan kau. aku cakap kat menantang berbulu berkaki empat yang bajet comel ni ha mengiau-ngiaw lepastu pandang aku semacam macam nak cari pasal je nak kene jentik telinga ke woi.

ok. kat mana aku tadi. 
asir. kau tahu ape yang aku cuba perjuangkan. 
sebenarnya dapat idea menulis di tengah malam ni adelah berdasarkan surah al-asr. wal asr yang di maksudkan dengan demi masa. sebenarnya bahasa quran ni memang sangat unik. 

banyak je perkataan masa dalam bahasa arab tapi pemilihan perkataan yang digunakan memang membawa maksud tersurat dan tersirat yang tertentu.

 kate member gua. 
masa tu ibarat jus yang diperah. cuba bandingkan suatu hari yang kau sangat sibuk dengan satu hari yang kau lapang gila dan taktahu nak buat apa. 

at the end of the day, kau fikir dan muhasabah diri. hari mana satu yang sebenarnya paling bermakna? hari yang sibuk atau hari yang lepak gile taktahu nak buat apa. 

for sure jawapan yang diberikan adalah hari yang sibuk tuu adelah paling bermakna kan kan.

okay. kalau kau dah sedar jawapannya adelah hari yang sibuk (kalau jawapan still x sama, fikir balik dua tiga ploh kali sampai jawapan kau sama dengan jawapan aku, takpun pergi muhasabah diri balik sana, hari yang sibuk dijalani kerana allah atau kerana abang hensem atau gadis jelita dan macam2 kerana lagi haha. ok gurau jeh berbual lebih aku ni macam bagus je)

so? apa tunggu lagi? 
jum sibukkan hari anda dan perahlah 24 jam tu macam jus untuk dinikmati dengan enaknya dikemudian hari. olright dear?

kalau dah tak tahu sangat nak buat ape lagi sampai bosan tahap nak belasah diri sendiri, call aku, nanti aku ajak join usrah dan macam2 program bermanfaat. eh haha. kelakar la ko ni kmy pandai bergurau. haha. aku akan err, buat ape eh hmm, mungkin nak ingatkan je kut, tujuan hidup kat dunia ni.

gi amek quran, bukak surah azzariat tengok ayat 56. lepas tu bukak pulak surah al baqarah ayat 30. tu dua tujuan utama hidup kita di muka bumi ni. sebagai hamba dan sebagai khalifah.xpe. jangan serabut sangat lepas ni insya allah aku post terangkan serba sedikit tentang khalifah tu ok. ramai yang kurang jelas maksud menjadi khalifah ni. aku pun dulu tak paham tapi tanak tanya sesapa bajet tahu je. haha.

dah lah. tu je yang aku cuba perjuangkan malam ni. 

esok adalah hari baru maka harus aku sediakan bekal baru.
selamat mengundi. eh. tetiba.

Sunday, 10 February 2013

i wish i wish. doa la!

assalamualaikum!kabare kabeh? wes mangen urong?

bismillah, 
alhamdulillah, selawat dan salam buat rasul junjungan dan ahli keluarganya. 


ouch dan er, ouch! 
haha. setelah sekian lama aku berfoya-foya dengan belog aku, harini aku nak post sesuatu yang agak bermanfaat sikit. aku tahu post lain pun bermanfaat sebenarnya, (tak yah nak menafikan, aku sepak ko) tapi aku harap post kali ni lagi bermanfaat la sebab aku baru balik program isk so aku macam berkobar-kobar sikit  nak post 'sesuatu' ni.

aku suka sangat sebab belajar pasal jiwa kehambaan buat aku sedar aku peri pentingnya(peh apesal ayat skema ni tuih) berusaha untuk mendapatkan rasa atau err, ape ek nak cakap?, senang kata rasa adanya allah yang sebenarnya sentiasa ada menemati kita dalam mengharungi onak duri dan ranjau kehidupan. ouch, ayat macam best kalau ngurat orang boleh sangkut x? eh eh. berbalik kepada apa yang cuba diperjuangkan, iye iye, ianya sangat seronok dan rasa sangat berani lagi 'courage' untuk melalui apa pun rintangan dalam hidup bila kita merasakan adanya sesuatu yang Maha Hebat sedang bersama-sama kita. 

anyway. aku malas nak merapu lagi. tapi kau bacalah ni ye. walaupun aku cakap malas nak merapu, tapi kadang-kadang asyik termerapu jugak, agak agak kenapa aku jadi macam ni huh? adekah sebab birthday aku dah nak dekat ( walaupun takde kaitan, aku saje nak bagi hint sebenarnya ouch malu kitew)

ok. macam ni. kita sebagai hamba, nama pun hamba, so kita mesti ada hubungan yang sangat baik dengan Tuhan kita,sebab apa? sebabnya, kita sememangnya sangat lemah dan hanya Dia yang maha Kuat saja yang mampu melindungi dan menjamin kesejahteraan hidup kita. kan kan? tak caya cuba kau belagak hidup macam tak perlukan tuhan. tetiba kau diuji kau nak tak nak mesti berbalik menangis dan merayu-rayu pada Dia jugak, kan. biasa macam tu la hidup, bila diuji baru ingat allah kan. ape la aku ni

dalam quran, allah ade sebut, dalam surah al baqarah ayat 186. nah aku copykan khas untuk kau. ye kau la. kau kan spesel buat aku. haha suweet kan?

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamau mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
ok. aku cuma nak share . sebab bagi aku sharing is loving. ouch.



sentiasalah berdoa dan bergantung harap pada allah,walaupun dalam bermaksiat.
eh, what? what on earth are you talking huh kmy? 
er diamlah ko, bising je spiking pulak.macam bagus je. 

betul. contoh, kau nak buat maksiat, kau rasa kau memang dah tak mampu nak kawal diri kau. rasa nak buat maksiat jugak. xpe, it's okay. aku faham, memang manusia ni lemah dan kadang-kdang menuruti hawa nafsu (baca jadi hamba hawa nafsu).

tapi!!
sebelum tu, angkat tangan dan berdoa dulu dengan penuh khusyuk sambil merasakan adanya Dia yang sentiasa mendengar dan melihat.

berdoalah,


ya, allah, aku tahu apa yang aku nak buat ni dosa. kau kuatkanlah aku ya allah, aku sangat lemah ni, aku tak nak jadi hamba nafsu ya allah, kuatkanlah aku ya allah, aku hanya nakkan redhaMu tapi aku tak kuat ya allah, kau kuatkanlah aku..
 and ouch! laksana sebuah magic (cuma takde tongkat ajaib dengan cahaya ngelapngelip yang bergemerlapan je), tetiba kau akan dapat kekuatan baru. ye ye. aku sirius. kekuatan tu pelik sebab kekuatan tu akan buat kau menangis dan meleleh air mata dengan tidak semena-mena sambil dalam hati timbul perasaan rindu dan cinta pada Dia pemilik langit dan bumi. ouch! sirius. aku tak main2 der, tengok muka aku sirius ni (mata tak berkedip) tapi dengan syarat kau kena berdoa sambil betul2 merasakan adanya Dia, tahu?

ok. nak lagi menarik dan lebih achum (eh terbersin pulak) maksud aku ohsem, lepas je ade perasaan tu, atau kalau xde pun, kau cepat2 amek quran tafsir, dan dengan lafaz bismillah, bukak lah ia dan lihatlah ayat cinta mana yang cuba allah sampaikan pada kau. dan perasaan ini siriusly sangat best. sirius. dan sangat rugi untuk tidak mendapatnya. ok. once kau alami sendiri, kau akan sedar nikmat sebenar kehidupan. ouch!. bombastik sangat ke ayat aku? eh eh 

ok nampaknya sampai di sini sahaja. semoga bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. (skema la ayat aku cheh benci betul. ) okdah. 

assalamualaikum

Thursday, 7 February 2013

orang suruh senyum dia sengih nak kene belasah ke ape eh panjang pulak tajuk gua.


Assalam. Hyehye.

Hidup ni sekejap je kan. Kte yang pilih nak jalan hidup kita macamane kan.
Takkan kita nak lalui hidup dengan mood yang tak syok kan?

Ok dengan ini aku mengishtiharkan,
hidup untuk enjoy! Oyeah. Clapclapclap.

Clap wei, bagila respond sikit, tak memberi rangsangan positif langsung. Cheh! =..= 
ok xpe, aku rase kau mesti de amek kelas pengurusan bilik darjah kan. Xpe xpe.

anyway
Ye, aku pehe, hidup ni memang penuh dogaan. Tapi hadapilah ye dengan senyuman, dan penuh pergantungharapan pada Dia yang maha Esa.

Ape kau fikir kau sorang hade masalah?? huh??
Senyum dan set dalam hotak yang kau adelah insan paling cantik dalam dunia.
Senyum sambil hati tak henti berzikir dan memanjatkan doa pada Dia.
Senyum, kerana dirimu begitu berharga.
Senyumlah senyumlah, ohoi.. (eh ternyanyi pulak)

Sweetkan, orang yang sentiasa tersenyum tapi sebenarnya sedang memikul masalah yang sangat sangat er sangat masalah adalah orang hebat. Tahu? 
(aku rasa tak perlu lagi nak terangkan apa maksud masalah yang sangat masalah tu)

Kbai aku nak senyum puas puas.

Hyee, tunggu sape tuu?  See? Aku baru senyum sikit dah ade yg nak ngurat. Tunggu member gua tengah beli burger, asal? Aku jawab dengan nada sedikit sombong, ye, perempuan harus sedikit sombong, perempuan bukan untuk sewenang2nya melayan pebualan mana-mana lelaki. Takde la. Saye bukan apa, Cuma nak undur kereta ni, boleh cik alihkan kereta cik depan sikit?
Ok. Tak gune punye member asal park sini seh. ==’

wa chow. assalamualaikum. 



Sunday, 3 February 2013

pemalas.

aku malas.
aku banyak kerja tapi tak siap siap lagi,
aku kene buat tu aku kene buat ni.
sebab aku jadi itu dan ini.

aku malas.
aku buat kerja yang aku suka je.
kerja yang tak best aku biarkan.
kerja yang best aku buat buat dan buat,
sampailah habis masa aku buat kerja yang sama.
walaupun hakikatnya kerja yang tak best tu penting juga.

aku malas.
aku tak tahu ape nak jadi dengan aku.
asyik malas je.

weh. jangan malas la. aku tumbuk karang.
kalau hidup untuk bermalas-malasan, baik mati tahu? nanti kau boleh tidur lama-lama.

okdah. aku nak buat assignment. ak dah jadik rajin.
tahniah kepada aku. kau ada?

Friday, 1 February 2013

maki orang itu tidak anggun.


tu tadi. la ni pulak aku nak cerita sesuatu. 

hari tu, aku dengan roomate aku pergi bustand sebab roomate aku nak balik rumah, aku kan sweet so aku hantar la dia pergi bustand. lepas tu dalam kereta kitorang berborak tentang perkara yang nak diubah dalam diri. eh eh kejap. aku ni asyik cerita pasal roomate je tapi tak kenalkannye pun mesti kau tertanya2 kan bagaimana gamaknya roomate aku ni kan? kalau boleh aku taknak pun tulis pasal dia tapi takpelah aku cerita sikitt jee. 

roomate aku ni seorang yang kuat bercakap. kau tau apa maksud kuat? mesti kau fikir dia banyak bercakap kan? takpun mesti kau fikir dia suka bercakap dengan nada yang kuat kan? mesti salah satu dari tu kann? hakikatnya salah, roomate aku mewakili kedua-duanya. sekian. 

bukan itu sahaja, beliau bahkan ni rajin sangat buat kerja. kerja dia dia buat, kerja orang pun dia nak buat. (dah aku taknak kupas lebih lanjut berkenaan rajin, semua ni sekadar demi menjaga hati semata-mata). 

ok berbalik kepada cerita tadi, roomate aku cakap dia berazam nak lebih bersistem dalam bekerja. dia nak buat pembahagian tugas bila diamanahkan dengan sesuatu, tak nak conquer kerja sorang2 lagi walaupaun dia rasa (rasa je) dia mampu buat semua. bagus la tu. sebab ade ukhti pesan, kalau kita bangkit, kita kena bimbing kawan yang lain bangkit sama. 

ok dah apekebenda panjang pulak aku cerita pasal dia. saje je intro. best tak set induksi aku? x? kuang ajo ko ni eh? 

aku pun ade benda yang yang diubah dalam diri. aku pun cerita kat dia. aku cakap aku ta nak marah-marah. dia cakap apentah tapi menunjukkan persetujuan la dengan apa hujjah point yang aku kemukakan tuu. nampak benarr yang aku ni suka marah kan? cis tak anggun langsung perangai macam tu. hadith 16 dalam susunan hadith 40 imam nawawi ade sebut berkenaan jangan marah. nabi siap ulang 3 kali lagi tahu? ok ye lah! sebab tu la aku cakap aku berazam tak nak marah. kau ni suka membebal la. ==, eh sory sory. 

macam ni ceritanya. aku tak salah aku cuma jadi mangsa keadaan. dulu aku tak macam ni. tapi akibat tekanan dan perlakuan insan sekeliling pada aku buatkan aku bangkit dengan azam baru iaitu takde sesiapa boleh tinggikan suara pada aku mahupun marah-marah aku tak tentu pasal melainkan aku akan maki marah dia balik. betul, dulu aku tak macam ni tapi akibat merasakan betapa losernya perasaan tatkala hanya mampu menangis dengan manjanya lantaran tak mampu backup diri sendiri yang memang tak bersalah, so that aku jadi macam ni. eh, apelah, nak salahkan orang lain pulak? kan kau adalah kau. kau yang pilih jalan hidup kau. ouch!

hakikatnya, perasaan ni tak bagus. aku mula sedar bila ustaz ajar pasal nilai kehambaan masa kelas hari tu. aku yang baik ni cuba nak bertaubat walaupun hakikatnya susah giler nak buang perangai tu. perangai apa? ye, perangai tengking balik orang yang tengking aku. 



sepanjang hidup ni cukuplah aku menjadi orang yang sangat biadap. orang tuatua pun aku tengking. 

cukupla. aku taknak perangai macam tu. teruk betul. aku bersalah dengan semua yang pernah aku tengking, orang yang aku sepatutnya respect. teruk. aku tahu. tapi aku cuba nak berubah ni. sori sangat2 aku taknak jadi macam tu. tapi aku memang takbole, susah betul nak kawal, bila orang tengking mesti aku tengking dia balik. hebat x? hebat kan? stupid, ia teruk, tahu? aku mintak sory sangat2 dari hati nurani yang paling dalam. 

ya allah, janganla aku dapat laki kuat marah aku takut aku dapat title wanita perkasa yang belasah suami pulak ti. ehh. 

okay berbalik kepada cerita. 

Sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyebut tentang sifat menahan amarah: 
“Sesiapa yang menahan marah, padahal dia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk dan disuruhnya memilih bidadari yang dia ingini.”
(HR. Abu Dawud – At-Tirmidzi)

aku nak redha allah. aku kene kuat untuk ni.ouch!

nah, baca blog2 ni. semua cakap pasal marah. sweet kan?
ouch!  , errhmm ,  dan ehem  serta amekkau
kbai. assalam. 


speselnya hari ni. T.T

assalam. 
selamat hari jumaat. ouch!. hari ni jumaat tahu? apakah ertinya jumaat bagi anda?
* tanya sendiri jawab aa sendiri. aku malas nak layan kau. 

eh ape motif post benda ni. cia kau ni asyik lapar je ea perut, takde keje lain ke? 


aku tengah borak dengan roomate aku. aku tanya sikit je tapi dia jawab macam taknak berhenti. aku nak buat kerja ni tapi kene layan je apa dia cakap. takpela aku cuba jadi roomate yang sweet, lantas aku menaip belog pun sambil tengok muka dia. apa-apa la. 



aku nak share satu benda. dan aku rasa ni sungguh tak menyeronokkan. tapi takpa. aku tahu allah sentiasa ada mendengar rintihan. ceritanya bermula begini. 

eh takpelah. aku segan la nak cerita. seolah-olah mengaibkan diri aku sendiri. tapi aku berharap engkorang dapat gak tarbiyyah yang aku dapat so aku share je la ayat ni. 

ayat dia macam ni tau. eh eh, roomate aku dah blah, dia pergi bilik memba dia kut. kbai. haha. meh aku share ayatnye, ni dapat mase budaya quran tadi, tak sampai 24 jam allah uji balik aku. sabar ye. ni lah dunia, memang tempat untuk diuji pun. ouch!. wei diamlah pakcik2 kantin bising je. eh eh sory, kat mana aku tadi? 

ok ok. ni ayatnya, 
dan sungguh, mereka (syaitan-syaitan) itu benar-benar menghalangi-halangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk. (surah al Zukhruf ayat 37)
ok. bayangkan mereka tu adalah kau. ye kau. memalukan kan. kalau rasa diri betul tapi sebenarnya salah di sisi allah....siapa tahu? allah yang tahu. dan allah juga yang mengilhamkan untuk kau sedar akan dosa yang kau lakukan tu. tu semua pun akan rahmat kurniaan Dia juga. itulah tanda sayang dan cintaNya allah pada kau, tak nak kau terus tenggelam dengan dosa. ya allah.. 

ok dah. 
kesian. assalam.