Wednesday, 30 January 2013

bila terlebih berbuall.

kadang-kadang kita banyak bercakap untuk menutup keaiban diri sendiri. 


orang melihat kita begitu hebat.


kerana keuapayaan kita berhujjah.


kita dipandang begitu baik pada mata manusia.


hakikatnya, kita hipokrit pada diri.


jujurkah cinta kita pada Allah?


hanya Dia maha tahu. 

Tuesday, 29 January 2013

walimah

assalam.
walimah.

ini berita gembira. ini kisah bahagia. ouch!

walimah tu apee?
hewheww. (sumpah gedik) ni bukan aku. sirius. haha.
mungkin terlampau teruja dan gumbira maka tetiba aku menjadi sebegini.

sebelum aku meneruskan kata-kata, tolong pasang bunyi kompang. tolongla. google la cmne pun. download ke ape. ni semua perlu bagi mendapatkan mood dan merasakan feel akan apa yang aku cuba sampaikan.

ok dah? dah ke belum? hellloo?!

adoi. banyak cekadak betul der, bunyi kompang bagai.

 hey, kau. kalau kau xsuka kau nyah dari belog ni.

 >.< err, sobss sobs

aku cakap nyah nyah la. aku xmain main der.

 ='( wuwuwuwuw~ 

haa. apesal x blah lagi? aku tau ko nak tahu kan ape yg aku cuba perjuangkan.
haha. tahu takut!

ok xpe. aku mahapkan. lainkali jangan buat lagi. kalau xde bunyi kompang, konon2la macam ade. ok? ti waktu aku suruh bunyikan, baru bunyi. ok? u get it?

mengumumkan, pelancaran, sebuah belog yang ohsem, dibina dan ditulis oleh orang yang sweet lagi bergaya sebagai satu lagi wadah mengetengahkan apa itu perjuangan, dengan tujuan tak lain tak bukan, supaya Dia makin sayang. jeng jeng jengggg!. 

sila klik sini dengan kalimah bismillah. 
ouch! saya teruja teruja teruja!

maka kompang pun berbunyi. heheh.

Monday, 28 January 2013

maka tayar pun bergolek


Assalam.

Alkisah suatu hari. Aku sedang dalam perjalananku pulang ke rumah dengan memandu sebuah kereta mewah berwarna hitam berkilat lagi kelihatan anggun bergaya sambil melayani angan-angan dan termenung sendirian memikirkan keindahan ciptaan tuhan. bukanlah memikirkan mana-mana lelaki kacak ataupun wanita anggun. Bukan. Bukan. Aku tidaklah sekeji yang anda sangkakan. Aku sebenarnya memikirkan tentang luasnya bumiNya ini sampai aku tak jumpa jalan yang lurus untuk ke rumah sendiri lantaran aku baru mencuba-cuba menggunakan jalan shortcut yang sungguh asing bagiku. Aku lebih suka menggunakan perkataan tidak jumpa jalan yang lurus berbanding menggunakan perkataan sesat sebab aku tahu perkataan tersebut jelas menunjukkan betapa loser nye aku sebab sesat kat batu pahat je pun.  Kaki dan tangan semakin cekap bermain-main dengan signal kereta serta pedal minyak dan brake walaupun aku sedar memandu kereta auto tidaklah mencabar mana.



Tatkala tiba di simpang empat, yang mana kelihatannya warna merah mewarnai lampu isyarat yang terpacak di tepi jalan itu, aku pun memberhentikan kereta sambil meninjau-ninjau kawasan sekitar. Aku menanti dengan sabar. orang kata wanita cantik akan kelihatan lebih cantik seandainya dihiasi dengan sifat sabar. Aku menanti dan menanti sambil berzikir lagu hasbi rabbi dengan lajunya versi budak-budak daurah shah alam. Yang ni bukan setakat budak daurah suka, bahkan aku pun terlebih suka dengan alunan zikir mengikut tempo tersebut.  Dengan ini aku nak buatlah iklan sikit kiranya ada mana-mana pihak yang berminat hendak belajar nasyid zikir tersebut maka janganlah kiranya segan silu memintaku menyanyi dengan penuh terujanya. Ok, di mana aku tadi? Berbalik kepada cerita.

Sedang lampu merah menunjukan nombor 3, 2, 1 kemudian secara tiba-tiba lampu merah tersebut menjadi pudar lantas hijau pula yang mewarnai lampu isyarat tersebut sebagai tanda untukku meneruskan perjalanan. Aku pun menurunkan brake tangan, lantas kakiku menekan pedal minyak sambil mengerling kea rah jalan takut-takut ada kenderaan yang berdegil dan tidak mematuhi lampu isyarat. Aku paham, keadaan ini sering sahaja berlaku. Rata-rata masyarakat, bagi mereka lampu kuning bukan bermaksud bersedia untuk berhenti akan tetapi warna tersebut bahkan mengubah mereka menjadi seperti tak keruan secara tiba-tiba menekan pedal minyak dengan lebih kuat lagi. Ini sungguh mendukacitakan sebab jelas menunjukkan betapa tak macho dan tidak sabarnya mereka. Mungkin juga menghadapi keadaan lampu kuning tanpa Berjaya melepasi jalan menjadikan mereka berasa sangat loser. Kita tak pernah tahu apa yang terjadi sepanjang hidup mereka dan apa yang telah membuatkan mereka menjadi orang sebegitu kan? Aku cuba bersangka baik walaupun aku tahu aku drive kereta lebih hebat dari mereka drive kereta. Haha. Aku ketawa bangga.

Aku pun memandu dengan tenang. Tiba-tiba aku mendengar bunyi hon bertalu-talu. Aku tak rasa bunyi itu datangnya dari sebuah kenderaan sahaja kerana bunyi yang terhasil kedengaran berbeza-beza tona serta tinggi rendah pitch dan frequencynya. Ah. Kenapa aku masukkan bab fizik ni? Membuatkan ku hampa sahaja sebab andai aku dapat A fizik masa spm dulu, dah tentu result aku kelihatan lebih cemerlang lagi bergaya. Tapi itu semua sudah berlalu. Aku perlu sematkan dalam diri bahawa bukanlah result spm yang dinilai di sisi allah tetapi semulia-mulia manusia di sisi allah ialah yang paling bertaqwa. Berbalik kepada kisah tadi, tatkala bunyi hon bertalu-talu itu membuatkan hati aku dipenuhi dengan tanda Tanya. Bukan, aku tak maksudkan tanda ‘question mark’ yang berbentuk seperti telinga dan anting-anting itu yang tiba-tiba muncul dalam hati aku. Tidak, ia hanya perasaan tetanya-tanya, adakah aku yang bersalah dalam hal ini, namun aku tetap memandu dengan yakin kerana aku pasti, lampu isyarat tadi sudahpun bertukar hijau dan ini adalah masa untuk aku pula meneruskan perjalanan setelah menunggu selama 99 saat di hadapan garisan putih itu.

Tiba-tiba, keadaan menjadi sedikit huru-hara. Jalan yang aku lalui dengan tenang tiba-tiba sahaja ada sebuah atau seketul tayar aku pun kurang pasti penjodoh bilangan yang paling sesuai. Ya, Tayar itu sedang bergolek ke arahku yang menjadikan aku gerun sedikit kerana sungguhku tak jangka akan ada halangan sebegini di suatu jalan yang lurus. Aku tiba-tiba menjadi seperti seorang pejuang yang macam dalam game apentah dekat handset tu, bawa-bawak kereta tiba-tiba ada halangan kereta lain. Kalau aku lambat sedikit bertindak, aku juga tak pasti adakah kerta aku masih terkawal dengan baik kerana tayar yang tiba-tiba bergolek itu amatlah besar dan laju golekannya. Oh,baru aku faham mengapa kenderaan-kenderaan lain menghon-hon tadi. Aku fikir mereka cuba menguratku kerana sudah acapkali berlaku dan aku juga sudah faham benar masyarakat yang menggunakan tektik kotor sebegini untuk mengushar gadis-gadis yang sedang memandu dengan bergaya.

Ok. Tak. Tadi tu Cuma imaginasi aku saja. Sebenarnya tayar yang bergolek itu bukanlah di hadapanku. Aku cuba berimaginasi untuk menjadi seorang pahlawan macam dalam game tu, tapi tak, sebenarnya tayar itu bergolek di belakang kenderaanku. Aku menyedari perkara ini apabila mereka yang beradi di jalanan itu menghon-hon lantas mataku sempat mengerling ke cermin yang memaparkan keadaan di belakang kenderaanku. Keadaan tayar yang bergolek itu agak menggerunkan kerana ia laju dan besar. Mula-mula aku tertanya-tanya adakah itu tayar kereta aku yang tertanggal? Sudah tentu tidak, tayar itu besar, kereta yang aku pandu taklah sebesarmana Cuma agak bergaya. Selepas itu barulah aku dapat berfikir dengan waras, andai kereta aku yang bertayar 4, tercabut satu tayarnya sudah tentulah keadaan kereta menjadi tak terkawal dan senget-senget jalannya kan. Apalah aku ni.

Ok. Panjang betullah entry ni. Apa yang aku cuba perjuangkan sebenarnya? Sebenarnya, aku Cuma nak ingatkan, sesiapa yang tak pandai drive tu, toksahlah mengada-ngada nak bawa kereta bawa basikal pun suweet ape?aku sungguh bangga dengan sikap segelintir masyarakat yang menunggang basikal ke mana-mana walaupun hakikatnya mereka selalu melanggar peraturan sebab mereka tak memberikan isyarat lampu signal mahupun menggoyangkan tangan sebanyak tiga kali apabila hendak membelok tak kiralah nak belok ke kiri mahupun ke kanan aku peduli apa.
 Eh tak. Tak. Silap. Bukan itu yang aku cuba perjuangkan.

Aku Cuma nak ingatkan, walaupun berada di jalan yang lurus, tidak berlubang-lubang dan selesa untuk memandu di atasnya, sampai anda rasa sangat selelsa sampai nak terlelap ketika memandu (ini sungguh tak macho lagi bergaya, mengantuk ketika memandu) janganlah pernah berasa selesa kerana akan ada tayar bergolek sebagai dugaan dalam perjalanan. Faham?  Faham ke tak? Ape ni, aku penat berceloteh panjang-panjang takkan itu pun kau tak faham? Eh. Rilek rilek, aku tak marah. Ini sungguh tak bergaya, orang yang bergaya adalah orang yang boleh mengawal emosinya dengan baik. Aku tak marah pun. Tadi aku Cuma bergurau-gurau senda, manja-manja gitu la katakana. Ok, Sekarang tukarkan. Katakanlah jalan sebagai kehidupan dan tayar yang bergolek laju itu sebagai dugaan dan cabaran yang perlu kau hadapi dengan penuh bergaya. Ok? Pepatah yang baru sahaja tercipta,


Jangan disangka jalan yang lurus tiada tayar begolek. (kamillya, 2013)

Bila kau berjaya lepasi cabaran, barulah kau sedar betapa bergayanya kau. Ia betul. Sama seperti betapa bergayanya aku rasa. Hekhek. Kbai. 

shame on you!

Assalam. Rilex rilex. Tajuk entry kali ni Nampak je macam ganaz dan cari pasal tapi sebenarnya aku masih aku seperti yang korang kenali, yang baik hati lagi menawan serta sopan santun dan macam-macam lagi. Ehem.
Kali ni aku nak menulis sesuatu, yang mana hadaf penulisan kali ni adelah er berkenaan jihad harta dan jiwa.  Ouch. Tajuk yang berat seberat bata yang menghempap kepala .
Okay. Sebelum tu, let me share you, ayat sweet dari alquran,

Tafsir surah saff ayat 10-11
(10) Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
 (11) (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,
Okay.
Cuba hadamkan ayat tersebut. Cuba, baca dan ulangkan beberapa kali.

Ukhti dan akhi.
Jika satu saat kau merasakan kau dah meletakkan seluruh tenaga untuk menjayakan sesuatu program dakwah. Kau bergegas ke sana sini. Kau lakukan itu dan ini.
Jika satu saat kau merasakan kau dah menginfaqkan seluruh harta, kau gunakan kenderaan kau, kau gunakan barangan kau, kau gunakan duit elaun kau tak terkira banyaknya, kau beli macam-macam, beli itu, beli ini, semua gunakan duit kau,
Jika satu saat kau merasakan kau dah habiskan banyak waktu-waktu kau, di saat orang lain sedang berehat-rehat menghabiskan waktu dengan tenang di katil yang empuk. Di saat orang lain boleh menikmati hujung minggu dan waktu-waktu senggang dengan sahabat dan keluarga dan saudara,
Jika satu saat kau merasakan kau dah memberi dengan banyaknya, seluruh harta yang ada, serta sepenuh jiwa dan perasaan, segalanya, hingga tiada lagi untuk diberikan, tiada lagi kerana seluruh perasaan, hati dan jiwa telah kau simpul padukan untuk dakwah semata-mata mengejar redhaNya,
Bilamana kau merasakan kau sudah memberi yang terbaik, yang mana kau merasakan, di akhirat kelak, kau boleh berhujah dengan segala perkara tersebut, moga-moga dengannya sedikit sebanyak menggamit redha Dia yang maha esa.
Namun ukhti dan akhi,
Malulah, malulah, malulah,
 kiranya ada ikhwah dan akhwat lain, yang hakikatnya, telah memberi jauh lebih banyak dari kau, telah berinfaq, berganda-ganda lebih dari harta yang kau infaqkan, yang bertungkus siang dan malam, jauh lebih bersungguh-sungguh dari yang kau lakukan, telah meletakkan seluruh perasaan bahkan telah tersemat padu dalam relung hatinya bahawa hidup dan matinya hanya untuk Dia dan meninggikan kalimah shahadah, yang tawakalnya jauh lebih tinggi dari perasaan berserahnya engkau kepada Dia.
Tapi, jauh di sudut hatinya, masih ada segelumit rasa, ini baru sedikit, jihad baru bermula, ini Cuma usaha kecil yang sangat kerdil di sisi Dia.
Malunya, ukhti dan akhi.
Malu.
Allah maha adil. Manakan sama usaha yang sedikit dengan usaha yang besar.
Malulah, untuk kita berhujah dengan amalan kita yang sedikit, sedang akhwat dan ikhwah lain lebih jauh meninggalkan kita dalam menjunjung erti sebenar pengorbanan dan perjuangan.
Alang-alang mendamba syurga, teruslah mendamba syurga tertinggi.
Hentikan perasan bagus. Hentikan rasa sudah banyak berkorban. Shame on you.

Wednesday, 23 January 2013

ouch. berdebar-debar jantungku (entry ini sedikit geli)

bismillah. assalam. 

pernah dengar tajuk singa yang dikijangkan?
penah x? lantak la ko penah dengar ke x.

aku ngantuk da ni tapi aku tulis belog jugak. ape la. lain kali eh. ni janji ti bila2 aku tulis pasal tu eh eh. alaa. lex aa. xyah la nanges, gedik betul. 

okayy. 
today, im gonna talk on.. err. tatau macamane nak start sebenarnya.
pfft. sejak bila aku jadi pemalu dalam belog sendiri ni.
oke. first of all, entry ni sedikit geli, tapi i really mean that okay. sila ambil sirius. hahahha! eh. ok sirius la!

nahhh. check it out un kan picture ni haha gambar walau satu memberi beribu persepsi (tipu sampai ke seribu?)


anyway, just to make it easier. 
bace je la dialog ni.

member gua: kmy, ko ni, sian dia tau. sampai bila ko nak macam ni? 

gua: ntah ler. mana aku tahu. dah bende tak dapat nak elak. dah perasaan dtg sendiri. 

member gua: abeh tu ko memang x suka langsung kat lelaki ke?

gua : a'ah. aku suka kat ko. taktahu ke? x sweet eh macam tuu? hihihik

member gua : ishh! orang ckp sirius ni maen2 pulak dia ea!

gua : xlaaa. alaa. taktau. kan dah cakap kan, when it comes to men, taktahu kenape ade perasaan negatif. 

member gua: ala. xsemua lelaki sama.

gua : memang la. tapi aku dah penat la. aku malas nak involve lagi benda2 macam ni. ramai lelaki susah nak dipercayai. 

member gua: xsemua lelaki same la kmy. ade juga yang baik.

gua: haha. meme ler(tetiba kecek kelate).

member gua : hmm. ko ni. fikir2kan la balik kmy. 


hmm. anyway. (sirius segan nak share topik ni) di kala mad'u yang masih x terkejar. di saat xde sape2 bakal mewarisi dakwah aku.(mad'u) di samping aku sendiri pun x cukup solehah. di waktu urusan sendiri pun xtersettle. di ketika perangai dan emosi sendiri pun xmampu nak diurus dengan baik. tetiba nak sibukkan kepala untuk fikirkan hal lelaki. hal perasaan. 



ntah la. malu kut nak dijawab nanti. 

walaupun tu semua alasan lain. ye. memang. aku susah nak percaya lelaki. bagi aku lelaki(mostly) jahat dan tak berguna.. mungkin sebab ramai kawan n kenalan aku yang dianiaya lelaki. so aku jadi bengang. haha. (panaroid gile)

anyway. ni bagi memudahkan urusan. lelaki memang memerlukan wanita dan begitu juga wanita. ni fitrah dan anda jangan nak menafikannya, tahu? haha. lainla kalau anda tak normal. nauzubillah harap2 anda bukan gay mahupun lesbian ye.. nanti anda takde keturunan macam mane? islam sangat menjaga keturunan tahu? ehh ehh.. terbagi tazkirah pulak..

nahh. tetiba suka upload gambar.


bagi aku, if u nak go on with the relationship, to make your love halal. xperlu luahkan perasaan pada orang lain tentang perasaan cinta/ berkenannya anda pada sseorang. ni akan mengganggu hati orang lain dari khusyuk mengingati Allah. even mata dan pandangan anda harus terjaga jangan sampai si dia tahu anda menyukainya dan anda selalu memerhatikannya. ni akan membuatkan dia makin tak suka pada anda sebab tindakan anda tu. 

yakinilah, cintanya si dia pada anda adalah kerana cinta anda padaNya, hilang cinta anda padaNya, maka hilanglah cinta si dia padaMu 

wanita tak perlukan ramai lelaki mencintainya, semua tu tak berguna sebab cintanya harus diserahkan pada suami yang satu sahaja. tahu?

jadi macho. pasti setiap perempuan ada ayah dan wali. ade keluarga dan bagi segolongannya plg penting ade naqibah sebagai rujukan) be professional. lakukan sesuatu dengan berani, gantungkan harapan pada Dia. letakkan keyakinan dan sepenuh tawakal pada Dia setelah teguh dengan musyawarah(perbincangan) dan istikharah(solat ditetapkan hati membuat pilihan). kemudian bertindaklah dengan ahrar(penuh merdeka dengan keputusan sendiri).

lastly. jadikan setiap sesuatu tu halal dan diredhai allah untuk menjamin keberkatan. perkara baitul muslim bukan perkara kecil. jadilah orang yang berani. buang kemudharatan. jika sesuatu perlu diungkap maka ungkapkan, bagi membina sesuatu yang besar, bila dirasakan persediaan sudah cukup. tatkala menyakini itulah jalan terbaik. namun,  jika sekadar permintaan nafsu yang menjerit-jerit maka simpan dan kawallah ia sebaiknya, berdoalah dan mengadulah pada sebaik-baik pendengar.

 oke. lastly, nasihat aku, join usrah dan tarbiyyah, commit dengan usrah, ikut program jangan miss, dan bawalah mad'u(bawa adik usrah)
 ni juga satu tarbiyyah yang mana allah akan uji kau sebagai seorang pendakwah,
 (nabi juga diuji bila berdakwah, begitu juga para sahabat).

yang ni sebelum atau bila mula nak start sirius rasa susah payah terbeban bak bata menimpa kepala tetapi pecayelah kata-kata azimat aku ni.
once ko dah terjebak dengan nikmatnya tarbiyyah sebagai daie, kau akan ketagih dengannya. hoho.

 kau akan merasakan nikmat tarbiyyah yang sangat besar, lebih syok dari memikirkan pasal perempuan/lelaki bukan mahram yang sememangnya xbaik untuk kesihatan jika asyik rindu-rinduan.

kesian terima kasih.
sweet kan sharing kali ni? ikhlas dari hati. eww ikhlas mane boleh cakap! diamlah!

Friday, 18 January 2013

promote! promote!

bismillah.

assalamualaikum. 
selamat hari jumaat. sollu alannabiy=)

ehem! soalan cepu emas.
pernah sakit kerana diuji?
pernah derita sebab ujian tu?
pernah menangis sampai tertidur lalu mata bengkak2 sebab terlampau sedih?
pernah rasa dunia menghempap dan rasa takde sesiape ade membantu kurangkan penderitaan?
pernah rasa fed-up dan taknak teruskan kehidupan?
pernah er err...

ye.ye.ye. cepatla. ye penah penah. cepatla. penatla angguk kepale. 

oke. apela. kecoh betul.rilexx aa. aku sepak kedendeng.

haha. jap. nak tanya, ko pernah diuji dengan manusia yang tak reti beri walau segelumit respect pada kau?

diam. let me speak. ouch! haha. 

ok. sory. tak bermaksud nak menyinggung hati nurati sesiapa. back to the topic. jika diuji. 
tadaaa. nak share ayat quran ni. spesel dari Allah. 

yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia maha perkasa, maha pengampun.
(surah alMulk ayat 2)

semoga bermanfaat. duhai yang diuji, ingat, ujian tu sebenarnya hanya sekejap jika dibandingkan dengan nikmat syurga yang bakal kau peroleh selama-lamanya seandainya kau bersabar dan terus bertawakal dengan ujian tu=D

Anyway. nak share. tadi jalan-jalan kat satu jalan ni. tetiba aku terjumpa ex aku. eh tak tak. i mean, ex mutarabbi aku. (er boleh ke guna ex?) maksud aku, adik yang pernah jadi adik usrah aku. tapi dah stop sebab perangai aku kut yang jadi asbab terhalangnya hidayah aku kat dia. 
(aku tau aku jahat tapi aku tak pernah berhenti mengharap supaya dia join usrah balik, well, dia belum rasa manisnya join dakwah dan tarbiyyah ni, awak, please beri peluang untuk diri awak nikmati semua ni dulu, pleaseee.)

tetiba dia bersuara,
 akak! kte same laa rumah sukan. 
aku pun menjawab. ye ke? 
dia lantas menjawab balik , iyee, akak rumah merah kannn?
(untuk pengetahuan, senarai tu ade ditampal kat satu board di kafe)
a'ahh.. ooo.stalker.. hmm hmm. aku jawab tanpa segan silu.
dia pun membalas,, err, sikit laa. haha.

nampak tak ape yang aku cuba ampaikan? nampak x permainannya di situ?
rupanya dia masih menghargai jalinan ukhwah yang pernah terbina. ouch. (boleh pergi lebih jauh niii hihi)

menyingkap sirah, rasulullah mempu tarik ramai orang memeluk islam, first sekali dengan qudwah hasanah yang dipamerkan. baginda menjalin hubungan baik dengan semua yang ditemui. walau dicerca baginda tersenyum tanpa membalas. untuk sang hamba, baginda bantu ringankan beban ouch. T.T susah ehhh nak jadi macam tuu. 

anyway, ade sesiapa berminat join usrah? aku tengah gila usrah ni. sekitar ipheto.jauhh pun boleh nsya allah allah permudahkann.  ladies boleh contact aku, same ade usrah bersame2 aku atau kalau x sudi aku bole kenen2kan kat akhwat lain. 

kalau yg lelaki, boleh gak ti aku perkenalkan anda dengan ahli usrah yang cool lagi bergaya. 
aku nak semua orang rasa sweetnye COMMIT dalam  usrah dan menelusuri jalan tarbiyyah dan dakwah bersama. ouch. 

walau perangai macam hantu, tetap boleh join dengan syarat ikhlas nak dekatkan diri pada Allah. 
walau pakaian mcam tak cukup baju, pun boleh join dengan syarat kau berniat nak berubah kepada lebih baik. 

walau kau smoking, selalu tengok blue, selalu kutuk orang, selalu tido (ade kaitan eh) bahkan pernah bunuh orang sekalipun, anda tetap boleh join lai lai dengan syarat anda nak berubah kepada lebih baik dan sama-smaa berniat nak mendekatkan diri kepada Allah yang maha penyanyang lagi maha mengasihani. 

usrah, it;s not about i am better than you, it's about, let me show you the way to be better. =D wink wink kenyit mata sambil angkat kening sebelah. (pandai ke buat? haha)



Wednesday, 16 January 2013

ape bace bace quran pulak ni wei?

bismillah. 
tadaaaaa! tuu diaa. 

eh, sory, assalamualaikum. 
jawab la der ape ni x jawab salam tak baik tau.

semalam dan hari ni dan hari2 lain pun, allah banyak bagi aku berita gembira. 
alhamdulillah sangat2. 
hello, sape x happy bila dapat 'saudara baru' ='D
(oyeah!! dapat rasa x betapa happynya aku? rasa x rasa x? )ouch!

anyway, ni berita terbaru. ilmu baru yang aku dapat, yang mana insya allah for sure ia akan mengubah hidup aku. oh yeahh! lol.

sebelum tu, nah aku bagi sedikit info serta beberapa soalan bertubi-tubi biar serabut kepala kau kita sama-sama berfikir tentang ni. 

dulu2 mase kecik cute lagi comel dulu, cikgu cikgu ajar kalau datang haid tak boleh baca quran, ada kawan yang masuk pertandingan taranum siap kene makan pil untuk melambatkan haid. 

dah besa sikit pulak, bila mula mengenal erti keimanan bila semua orang berlumba bersungguh2 kumpul pahala dan mengkhatamkan quran beberapa kali tapi aku akan sedih down jauh dari tuhan dan sebagainya macam nak mati(ini sirius) bila tak dapat baca quran di waktu-waktu tertentu (lumrah wanita) lebih-lebih lagi masa bulan ramadhan. 

ya, sekarang pun bila aku da makin pandai belajar lol, baru aku tahu, ohh, memang banyak mazhab mengatakan haram membaca quran ketika haid, tapi harus diingat, ada juga pendapat ulama yang mengatakan baca quran ketika haid itu harus, untuk keadaan-keadaan tertentu. 

nah baca link ni. banyak sangat membantu.
http://nayie.blogspot.com/2009/03/hukum-menyentuh-al-quran-tanpa-wuduk.html 
baca entry tu termasuk komen-komen dan discussionnye sekali. (sirius, komennya sangat membantu!)

anyway, untuk lebih menyakinkan, sila merujuk ustaz-ustajah anda ye. =) (kene rujuk, kena, mesti! paham?)
wassalam. 

Monday, 14 January 2013

Dia pilih i. ouch!


Bismillah. astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah  (baca panjang2 untuk lebih berkat tahu)

Huwajtabaakum? Apekebendee? Haha. Saje nak belagak bahawasanya aku tahu bahasa arab. Hebat x? hebat kan? Ehem.

Nah! Sharing yang tulus dari hati aku. Apa yang aku nak share ni adelah apa yang baru je terjadi dalam diri aku so that la aku rasa aku perlu share bende ni. Ade masalah ke? I don’t think so sebab ni kan belog aku sukatila aku nak share ape pun. Ape x puas hati? Huh? Nak gaduh ke? Huh? Xkan? Haa. (tahu takut..)

Dan berjihadlah kamu di jalan allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama…. (surah alhajj:78)

Ape yang aku nak highlight kan adelah ayat dia telah memilih kamu. Aku suka ayat ni, suka gilagila.

Aku nakal, tapi allah buatkan aku lulus masuk ipg, jadi ustajah pulak tuu, belajar agama bagai. Aku jahat, tapi allah gerakkan hati naqibah untuk df aku. Tarik aku masuk usrah. Aku ntah ape-ape je, tapi bila aku stop join usrah dan menolak untuk join kerja dakwah, allah buat hati aku tak tenteram sampaila aku last-last merayu untuk join semula gerabak dakwah dan tarbiyyah ni. Aku banyak wat dosa, tapi allah pilih aku.
paling best, aku tenat dan memerlukan bantuan untuk dipulihkan semangat. 

Sampai-sampai aku berdoa,

ya allah, andai hidupku lebih baik, hidupkanlah aku, jika matiku lebih baik, maka matikanlah aku ya allah, aku tak sanggup lagi menanggung beban noda sukarnya menjaga hati untuk terus patuh, sakitnya menjaga nafsu agar terus taat, hari-hari berdosa bertaubat dan berdosa semula.ya allah. pulihkan semangatku ya allah. 

 bila aku rasa down dan takdiperlukan dalam jemaah, rasa berdosa dan semakin bertimbun dan terbenam dalam noda, rasa diri sekadar lalang yang melambatkan proses dakwah, rasa putus asa dan merasakan aku tak layak lagi untuk semua ni tiba-tiba allah pujuk aku, Dia pilih aku untuk join walaupun sekadar sebagai pemerhati.

Ya allah, gembiranya, ketentuan apakah ini? =D semoga allah redha. Semoga dipermudhakan urusan. Amin. ­­­­­­­­

Aku tahu mak n abah selalu bagi keizinan untuk aku bertebaran ke muka bumi untuk kerja dakwah ni. Untungnya aku, punya mak abah macam mereka.

Ya allah. Kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihaniku semasa aku kecill. Aminn. =)

Friday, 11 January 2013

ingat, ingat itu remember!

assalam. selamat hari jumaat yang mulia.

just a simple, sweet and short writing. feel free to leave your comment. haktuih. sape nak komen belog ni.

apeapela.

sharing sharing. sharing is caring is loving. 

ouch! ianya sakit bila kita meletakkan pergantungan harapan ataupun perasaan kepada selain allah, tapi akhitnya kita tak dapat apa yang didambakan. 

kesimpulannya, bergantung haraplah pada Dia. mengadulah pada Dia. okayy?

setiap kesusahan ada kesenangan.
ujian adalah nikmat tertangguh.
sabar dan ada manisnya di kemudian hari. 
berbuka lebih nikmat setelah berpuasa. 
cinta itu buta. eh tetiba. 

okbye. assalamualaikum.

ehh ehh. anyway, dakwah di sini semakin berkembang. ouch. im so happy. insya allah allah da aturkan semuanya, allah cuma nak lihat siapa yang hendak berusaha ke arah itu. i m soo glad. 
tapi tapi tapi, kita tak boleh terus berasa selesa. kita mesti berlari lebih kencang umpama kuda perang yang berlari gah di medan pertempuran. syahid!! allahu akbar. 
...
tido luu. 
.. woi. berbual lebih!. lol. bergerak do. jangan jadi golongan quudan(yang duduk saje saje. okayy!!)
winkwink. ^,~ Ileviu.muah. ehh. 

Thursday, 10 January 2013

pupuk cinta yang sirna


Bismillah. Hari ini kubiarkan kalam berbicara, melemparkan segala rasa yang terbuku di jiwa. Biar. aku tak kisah. Kak naqibah aku yang menyuruh begini. Katanya, Menulislah. Moga tulisanmu mampu menjadi ubat di kala diri memerlukan.

Hari ini aku menulis. Melemparkan perasaan di hati. Bukan untuk dijual perasaan ini. Agar semua manusia mengetahui. Tidak.

Sukar. Aku berasa amat sukar sekali. Sakit. Rindu. Entah apa perasaan ini.

Terngiang-ngiang segala kata berulam cinta. Tentang iman, tentang sifat arRahman. Teringat pula akan sebuah hadith. Ada disebut tentang halawatul iman.

Hmm. Tersenyum. Di kala dulu. Tak pernah ku tahu. Ohh. Rupanya ini kemanisan iman. Cinta. Gelojak jiwa.
Ustaz ada berpesan. Dalam kulimnya di attarbiyyah iptho. Burung! ya. mukmin itu umpama burung. Terkurung di sangkar. Menanti-nanti agar dibebaskan. Merindu-rindu untuk terbang, bebas. Luas. Merdeka!. Bahkan, merdekanya bukan merdeka apa, tetapi merdeka yang didamba, merdeka dari penjara dunia, penuh cubaan dan tipu daya.

Begitulah. Perihalnya jiwa mukmin. Merindu-rindu saat bilakah detiknya nyawa diambil. Agar bebas merdeka dari kemelut dunia. Penuh perjuangan. Penuh pancaroba. Susah. Payah.

Hmm. Aku rindulah perasaan tu. Biarkan mata mengalirkan perasaan rindu itu dengan air yang berginang. Rindu.

Hidup ini sukar. Hidup ini payah. Susah. Aku selalu terumbang-ambing. dalam laut tak terduga. Sekejap aku jatuh hanyut dan kian lemas. Sekejap tenang mengemudi bahtera. Namun lebih banyak hanyut lantaran lantaran leka dan lena.

Tapi. Aku takut menghadapi dunia lain. Yang aku belum bersedia. Walau dulu aku meminta. Kini tidak . semua tinggal nostalgia. Memori. Memori duka. Diri, kau jahat!. Kau aniaya hati. Kau zalimi jiwa. Sampai hilang, jauh hilang arahnya. Mana sinar iman. Mana rasa rindu. Mana cinta mati, bebas dari sangkar? Mana? Ya allah. Andai kesedihan mendekatkan aku kepadaMu, aku serahkan segala jiwa dan perasaanku. Aku zalim. Aku zalim pada diri sendiri. Aku aniaya jiwa dan nurani. Aku kotorkan ia dengan maksiat dan noda. Keji. Kejinya aku ya allah.

Hmm. Aku suka. Cinta. Malam jumaat. Dulu-dulu aku selalu meminta. Agar tiba hujung nyawa, selepas subuh jumaat, tahu? He~. Siapalah aku. Tuhan. Bantu aku agar bersedia.  
Tuhan, kau mendengar rintihanku, kan.

Beri aku peluang. Aku mohon. Berilah aku peluang.
Aku mahu perbaiki kisah silam. Aku mahu hargai sisa detik yang berbaki. Moga mampu terhapus semula dosa-dosa semalam. Hinanya. Kejinya.

Tak apa. Kuyakin ada rahmatNya.  Kerana di sisiku, ada ayat cinta. (3:133-136) salam cinta. halawatul iman, mari seperti dulu-dulu, mari.