Sunday, 30 December 2012

Tz


Assalamualaikum

(delayed post)
Heyhey bertemu lagi kita dalam belog err sicantek! Err.
K diam ah. Xyah la buat muke jaki sangat aku sepak ko.

Tarbiyyah dzatiyyah.
Hari ni aku dengar recording tajuk ni. 
Jap. Ni definisi tarbiyyah dzatiyyah. 
Apa-apa usaha yang dilakukan oleh seseorang untuk mendekatkan dirinya kepada Allah. 

Masa kecik-kecik muda-muda comel-comel dulu,
Mak selalu Tanya, dah solat belum? 
Cikgu sekolah selalu nasihatkan, buat amalan baik, jadi anak solehah. 
Pendek kata, ade jee yang selalu ingat-ingatkan. 

Abis sekarang? Dah tua-tua ni?
He hey hello,
Orang akan anggap anda dah matang( even muka matang tapi sebenarnya perangai macam budak budak pun org tetap anggap anda da matang) Orang takkan tanya lagi dah solat  ke belum. Orang takkan nasihatkan lagi untuk buat amal itu dan ini. Orang tak nak ajak ngaji sama-sama lagi. Orang tak ingatkan supaya banyak berzikir lagi. Abah takkan upah rm30 lagi kalau anda puasa penuh sepanjang Ramadhan. Lecturer pun taknak bagi hadiah cekelat kalau anda buat baik macamana pun macam cikgu tadika dulu-dulu buat. 

Kesimpulannya, xde sapa nak motivasi diri anda supaya buat baik, macam  apa yang terjadi masa kecik-kecik dulu. 

Melainkan anda pergi dengar ceramah kat mana-mana. Anda dengar recording tazkirah sapa-sapa. Tu pun atas usaha dan inisiatif sendiri.
Nak naqibah ingat-ingatkan, anda keje join usrah dulu. Tu pun beruntung kalau naqibah betul2 nak ingatkan. Naqibah pun ada masalah sendiri dengan Allah, takde masa nak jaga anda sepanjang masa. Tahu?  
Pendek kata anda yang kena jaga diri anda sendiri, tahu x?
Well well. 

Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada allah, dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang diperbuat untuk hari esok. Bertaqwalah, sesungguhnya allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. 
Hari esok? (akhirat der)

Orang yang cerdas, menghisab diri sendiri. Tahu?
Ok back to topic. 
Hasan al basri mengatakan, seseorang sentiasa baik jika dia mempunyai penasihat dari dirinya sendiri. 
Yang terbaik adalah sebelum tidur, fikirkan apa yang telah dikerjakan seharian, apabila terfikirkan berkenaan dosa, dia akan bertaubat. Apabila teringatkan akan amal soleh, ia akan bersyukur. Moga-moga ia kalaupun mati akan mati dalam keadaan bertaubat.
Umur muda ke mana dihabiskan?

Anyway, ada kata-kata
Aku pernah bertemu dengan seseorang, yang mana dia amat prihatin tentang waktunya sebagaimana kamu prihatin tentang duitmu.
Hargai setiap saat dalam hidupmu =)
ok dah.

Sarana lain untuk tajuk tarbiyyah dzatiyyah ialah bertaubat, cari ilmu, sibuk dengan dakwah, perkuatkan amalan-amalan lain.

kita kene kuatkan diri dengan macam2 amalan. kita kne buat benteng dengan sibukkan diri dengan banyak kerja dakwah. kita kene jaga diri kita sebab takde sapa nak betul2 jag diri kita. tahu? (pesan buat diri sendiri)

Saturday, 29 December 2012

biaseler, budak-budak.

assalam. 
budakbudakbudakbudak. woi! diam la ko budakk. 

cikgu abang saya kan dia suka lisa surihati
cikgu mak saya pandai masak maggi goreng.
cikgu hari tu saya pergi jalan-jalan gi.. blablabla. 
cikgu, teman la sayaa, saya nak dengan cikgu.. 
cikgu cikguu. 

arghhh!!
betullah. budak sekolah rendah ni memang buat aku kepenatan mental dan fizikal. every single nonsense thing  nak bagitahu. 

kalau boleh memang aku nak jawab...

so what? do i care? talk to my hand!

tapi bagi menjaga kesweetan aku sebagai kakak fasi yang penyayang lagi baek hati aku pun memberi respond yang tak mendukacitakan konon-konon macam aku intersted gile nak dengar cerita diorang walau bertubi-tubi maklumat ntah ape ape diberitahu. 

anyway. ade soalan yang buat aku delighted sikit. haha. delighted la sangat

cikgu, cikgu dah ade anak ke belum?
belum lagi la tak de rezeki lagi
ye ke.. tak pe nanti-nanti ade la tuu.
hee(aku senyum je)
kfine bagi aku yang sangat optimis ni maka aku akan  anggap persoalan murid tadi sebagai suatu pujian dan penghargaan.  selama ni orang kata muka aku macam budak budak so that aku tak sesuai jadi cikgu la nanti orang tatahu nak beza mana satu cikgu mana anak murid la muka tak mutured la blablaa. (kuang asam betul. mulut berbau. diam ah!)

 anyway.

nak tahu satu cerita? cerita ni buat aku insaf dan er er.. insaf la. walaupun sikit aku tetap insaf tahu?
rasulullah tak menengking kanak-kanak kan? rasulullah sayang kanak-kanak kan?
 dahh. tu je nak bagi tahu. aku berusaha nak jadi ibu penyayang ni. so what. ape gelak gelak? huh? nak gado ke huh huh? diam ah.

Awak istemewa


assalam.
sudah lama tidak menulis. aku tau pengikut setia belog aku sanad merindui aku. hek~
lantas aku pun menulis. eh. maksud aku, menaip.

bismillah. dengan nama allah. (kenapa mesti dengan nama allah? buat bende simple pun nak kene bismillah ke? haaaa.
sebenarnya, sbut bismillah, nak buktikan bahawa hidup dan mati kita semata-mata kerana allah. =) (sngih tunjuk gigi bersinar-sinar)

okdah.
hari ni aku tergerak hati nak memperkatakan hal yang diberi tajuk dalam bahasa inggerisnya sebagai 'someone s0 spesel'

ok. analoginya, kau mempunyai seorang kekasih hati jelita yang sangat kau cintakan dengan sepenuh jiwa raga kau. kau sangat mencintainya sebab dia selalu melakukan sesuatu yang membuatkan kau makin jatuh hati padanya.  (oi oi, dilarang melayani permintaan hawa nafsu ok. dah dah la merindui yang bukan mahram tuu, kau ni hamba allah ke hamba nafsu huh? huh?! hekhek. apesal nak emosyenel seyh.rilek ah.  xde la. kau tu, aku cuma nak bagi analogi jee, xyah nak gedik sangat der, ingat allah der.
eh eh. ape semua ni.

ok back to topic.

ok. if ade satu gambar, which at that pictures terdapat ramai aweks. namun begitu di kalangan aweks2 tersebut terdapat jugala pulak ghadis jelita yang kau dambakan tuu. ghadis tu tak lawa mane pong. tapi paling lawa dalam hati kau.

justeru, gambar awek2 lain yang sememangnya lebih anggun dan menawan langsung tidak mampu menarik hati kau. paling2 pun kau pandang sebelah mata jee. sebab apa, kau sangat2 mencintai ghadis tu.
bukan yang lain terlalu buruk di mata, tidak, bahkan ramai je yang boleh tahannlaa bahkan masing-masing pun berebut mendapatkan kau. tapi hati kau sudah terpahat pada dia yang satu.
bagaimanaa...bagaimanaaa.. nak kuluah dengan kata-kata(ehh, terqasidah pulak)(gaya tangan nak ade).
.... ... ... ... ...
err...
ape yang aku cuba perjuangkan sebenarnya.
...
sebenarnya, hurmm. nak kabo, bestkan bila kita jadi paling spesel. kan kan. lagi2 di pandangan dia yang kita cinta. kan.
...
sebenarnya, aku nak kabo kat diri aku sendiri, bahawasanya, kita mesti bekerja keras untuk menjadi someone so spesel padanya.
maksud aku, padaNya. ya, someone so spesel di sisi Allah. taknak jadi insan biase-biase. takmo takmo. 
....
berusaha gigih! chaiyok! 

brom brom hiiiip.
hey kenapa berenti? perjalanan masih jauh, teruskan perjuangan!(eh terbuat trademarkpulak)

Wednesday, 26 December 2012

borak borak di anisup

kmy, kau rase next daorah ko join lagi x?

emm, ntah, tatahu la nak kate ( fikirkan progeram pacik ikeram).

aku kan, tanya kat jammy(bukan nama sebenar) , dia kata dia tanak join lagi, sebab dia kata hati dia mati.

really? whyyy? (speaking kononnye).

how do i know. sebab dia rasa kita sibuk memberi tapi hati sendiri ketandusan kut( ayat aku sendiri, sukati aku la)

hmm.....


ok fine. rupanya bukan aku seorang yang rasa begitu.

so. wake up all. kalau anda rasa gembira tepuk tangan(eh bukan). kalau anda rasa gembira, buatla orang lain happy sama. kalau anda rasa down, buat orang lain up so that dalam masa yang sama anda upkan diri anda sendiri dan up kan orang lain jugak. okeh? =D

kita hidup dengan memberi. =)

Friday, 7 December 2012

kite due berbeda~!

assalamualaikum dan salam sejahtera. 

takziah buat kawan aku, bapak dia koma. semoga dipermudahkan urusan amin.

semua yang terjadi memang ada hikmahnya dan itulah ketetapan allah yang terbaik buat hamba. termasuk juga kejadian nenek aku meninggal awal desember hari tu. kejadian hari ni sepatutnya menjadikan kita semua lebih kuat. sebab, bukan kita sorang je yang diuji dalam dunia ini tahu?
okdah. 

aku nak ceciter kisah suatu ketika dahulu, masa aku muda remaja dulu.

latar (latar bagai)
tempat = tempat keje bahagian alat kecantikan yang tak berapa mencantikkan sangat pun sebenarnya. (tugas dok situ ialah bile orang nak beli je, aku sebagai pekerja yang sangat berwawasan ni kne tulis kod dia blablabla aku pun takfaham apesal nak kene buat tu semua)
masa = suatu magherib yang permai ntah pukul berapa ntah aku mana tahu. 
masyarakat = masyarakat yang tengah membeli belah kat kedai tu la termasukla yang berwindow shopping semata-mata serta tak dilupekan juga para pekerja yang sangat bertungkus-lunus bekerja dengan gigihnya sampai berpeluh-peluh. 
watak utama : aku yang cantik. dia yang yang boleh tahan kacak bergaya, rambut pacak ingat hensem sangt ke? serta berkaler-kaler. name dia pun ala-ala inggeris gitew. 

aku : bro, jaga tempat aku jap. nak solat.


dia : oh okay!
(beberapa minit kemudian) 
******


aku : ok bro gracias!
 dia : oh dah siap dahh.
aku : ok ko gi lah solat plakk,... ehh ehh lupa plakk ko mane solat.
dia : ape plakk tak solatt. aku orang islam ye solat tao.
aku : eh, ye ke.. sory soryy. aku ingatkan ko kristien. 
dia : aku islam lahhh
aku : alaaa sory sangat sangat. sirius aku tak tahuu.
dia : apa ko tengok nama aku tu tak macam islam ka?
aku : hmm, takk... sory sangat aku tak tau ko islam. 
dia ; (diam jee)

kfine. selama aku bekerja dengan dia aku ta pernah tau dia islam.
....
ok. kalau aku pun tetiba ade orang kata aku bukan islam sirius memang nak kene maki orang tu. (ok sory, orang islam tak sepatutnya ade perangai suka caci maki ni. aku ugut je cakap nak maki, tapi tak punn sebenarnya, saje nak bagi takut dan gerun sikit. takut x? takut kan?
...

anyway. dalam hal ni bukan aku yang bersalah.. (haha, helah bela diri)

suatu ketika dahulu, rupanya baru kutahu.. (eh ternyanyi)
dulu-dulu aku ingat masa belajar subjek syariah(kalau xsilap), antara hikmah menutup aurat ialah, membezakan orang islam dengan bukan islam...

ok yang ni bukan kes tutup ke tak tutup aurat. ni kes perwatakan tak melambangkan orang islam sebab dalam islam kalau rambut di dye dengan kaler2 begitu kalau mandi wajib dah sah la tak sah sebab terhalang dek dye tu. lepas tu nama dia plak tak membuatkan aku terfikir pun yang dia orang islam. 

ok kalau perempuan, senang nak beza islam atau tak. sebab biasa perempuan islam mestiler bertudung kan kan.
 (ok, amaran keras jangan sesukati kata yang tak bertudung tu semua kafir, doakan je la dia dapat hidayah. tak semua jugak yang bertudung tu islam sebab ade gak org2 gireja apentah pakai tudung lepastu pakai saleb kan. )

anyway, tahniah kepada anda-anda yang berusaha menutup aurat, insya allah allah sangat hamba yang berusaha perbaiki diri walau macamane teruk pun hamba tu allah tetap bagi dia peluang untuk berubah.

hmm hmmm.. 
tapi, kita patut berbangga jadi orang islam kan kan? 
agama disisi Allah adalah islam. buakn yang lainn.

anyway selingan, kat masjid negeri selangor ni, ramai betul aku jumpa ahli syurga! sirius! ramai sangat aku jumpa muallaf, yang baru masuk islam. ye! pekerja kat masjid ni je pun dah berapa orang.best kann. masyaallah seronoknyaa. depa tak banyak dosa) 

ok. aku tatau la sampai ke tak point aku ni. tapi. aku nak cakap ialah. hmm. biar kita dengan bukan islam berbeza, boleh? 
hey. kita umat terbaik tahu? 
hey, kita agama islam tahu?
heyyy. 

ok. azam buat diri sendiri, rasakan izzah dengan islam. oke =)
jum kejar cinta, ouch! 

hihi. assalamualaikum. (al\fatihah untuk nenek)







Monday, 3 December 2012

Innalillah. jumpa lagi ye nenek.

bismillah. 

ya allah, besarnya kebesaranMu.

...
...
...
alhamdulillah, everything is going smooth for my grandma funeral. 

semoga rohnya dicucuri rahmat. 

semoga Allah meredhai.

eh eh. nape? ade yang sedih kee?


rilex rilex, kalau kau betul beriman, kau TAK AKAN bersedih dengan kematian sebaliknya kau akan mengucapkan alhamdulillah dengan di sudut hati tertacap perasaan mengagungkan Allah dan merasai segala apa yang ditetapkanNya adalah yang terbaik untuk hambaNya. tahu?


haha.

ape lahh aku. menangis bagai nak rak. macam orang tak ade iman. macam orang yang tak meredhai ketetapan. macam orang yang tak pernah faham agama. macam orang yang demand lebih, xsuka dengan apa yang Allah telah tetapkan.

apelahhh. 
astaghfirullah..  

(orang kata nak tarbiyyah terus dari Allah, banyakkan bermunajat kepadaNya)

sweet kan. tadi mase menangis dengan mengadanya, tetiba seorang insan yang baik hati berkata, 

nak sedih boleh, tapi jangan sedih sangat, ye. 
anyway, orang beriman sepatutnya melihat segala apa yang terjadi tu melalui kaca mata iman, kann?
soo, ape pengajaran yang aku dapat ialah, 

1) jangan pernah mengabaikan fatwa hati sendiri, sebab perasaan dalam hati tu allah jua yang ilhamkan. (ni kes aku nak balik tak jadi balik, walaupun dalam hati macam teringat-ingat untuk balik rumah. , tapi aku tangguh-tangguh dengan banyak alasan. kesannya aku tak dapat tengok nenek untuk kesekian kalinya sebelum dikebumikan)

2) ape? orang dah mati nak tangisi kaa?
hello, jangan hargai orang bila dia sudah tiada, hargainya ketika ia ada, tahu? look around yourself. you are someone to everyone, tahu? kalau harini kau ditakdirkan walau sekejap untuk bersama seseorang(tunggu bas same2 ke, terserempak ke) maka hargailah waktu yang Allah sendiri dah tetapkan perjumpaan tu, sebab apa, mungkin tu lah waktu terakhir untuk jumpa orang tu, tahu? 

3) eleh. baru kene test sikit dengan Allah. heyy, kau tahu tak? kat gaza, syria, burma, hari-hari ade orang mati, tahu? hari-hari ada saudara menara yang dikasihi meninggal dunia, tahu? kau ni, lemah betul, lembik, tak kuat, gedik, manja. manja dan manja. tak kuat menghadapi dugaan. apelahh. minta kekuatan dari yang maha Kuat, bro. 
kau tahu x? bila kau tunjukkan kau kuat, orang lain pun turut merasai aura kekuatan tuuu, tahu ? 


iman melahirkan kekuatan, keberanian dan optimis

4) jangan time sedih je ingat Allah, time happy lupa dunia, tahu? ingat apa, lupa daratan betul. kan dah kene uji. tu maknanya Allah sayang kau, tahu? Allah tak nak biar kau terus tenggelam dengan keseronokan dunia, tahu? bak kata orang tua-tua, jangan tawe galak sangat, kang nangis kang. betul la kata orang tua. hmm hmmm. 

5) yang hidup pasti akan mati. amalan kau cukup tak der? agak-agak mati dalam keadaan yang macamane der? keadaan kau paling dekat atau paling jauh dari Allah derr? jangan menyesal kemudian hari, di saat kematian bertamu, takkan mampu diminta tangguh mahupun dicepatkan walau sesaat beb. 

anyway. dah lewat. gua chow. gua janji kat diri gua, gua tak nak nangis lagi. itu sungguh tak macho. insya allah gua redha dengan ketetapan Dia. 

yee, memang gua rindu sangat dengan nenek gua, tapi takpe, Allah lebih sayangkan beliau, moga-moga rohnya dicucuri Rahmat. semoga Allah menghadiahkannya syurga. amiinn.
kalau ada sesiapa nak menuntut hutang atau apa-apa yang tak settle dnegan nenek gua, boleh contact gua atau sesiapa pun yang terdekat okay. mohon didoakan nenek gua, ampunkan salah silapnya kalau ada. yee. jzkk. 

pehh. betullah menulis itu terapi. 
da da. assalamualaikum

Saturday, 1 December 2012

ape semua ni.

aku cakap aku tak suka, aku buat muka tak puas hati, aku yakin buat muka mimik begini memang sudah cukup menjengkelkan aku tak tahu nak buat muka macam mane lagi. dia tepuk bahu aku tanya aku ada masalah ke. apa semua ni? 

aku cakap xde la!. dengan harapan dia blah dari aku, aku dah kuatkan suara dah pun, dengan gaya memang belagak habes.  tapi dia still tanya aku ada masalah ke, kalau ada masalah, dia ready nak dengar.

aku cakap, akak! aku xde masalah okay! menengking dia dengan harapan dia kecewa dan fed up dengan aku tapi nampaknya dia still stay situ dengan aku, bersabar dan buat muka ta bersalah walaupun memang bukan dia yang bersalah macam orang tak ada perasaan. apa semua ni? 

lepas tu dia cakap, kalau kmy ada masalah, ingat allah, allah selalu ada, kalau nak seseorang untuk luahkan, akak ada untuk mendengar. aku diam je. muka bengang. dalam hati memang bengang pun tapi dalam masa yang sama cuba hadam kata-kata dia.

ade satu masa, aku pinjam kereta dia, dah la kereta pinjam dengan tak malunya,  lepas tu excident la pulak, kereta rosak teruk, gile teruk. kenesondol dari belakang. 
 aku call dia bagitahu perkara sebenar. beberapa belas minit kemudian dia berada pun kat tempat kejadian.  namun begitu nampaknya dia tak marah aku, bahkan tenangkan aku yang tengah menangis and then dia teman kitorang pergi klinik and buat report polis. dia tak marah pun. gila!, dia berhelah pulak dengan ayah dia 'akak yang bawa budak-budak ni' dia kata lagi, 'kereta orang tu yang langgar'... haih apa semua ni?
aku cakap dengan dia, nanti aku ganti, tapi aku perlukan masa nak kumpul duit. pliss lah. peh malu gua. dia kata tak payah, kongsi dengan semua akhwat, semua kene keluarkan duit, kalau tak nanti semua orang tak nak bertanggungjawab jadi driver. last last fikir punye fikir, aku setuju je, sebab memang aku tak mampu pun. dia cuba naikkan aku balik dan dia tahu aku sangat down waktu tu.... ... apa semua ni? 

masa dapat pampasan untuk excident tu dari pejabat lawyer, kami sepakat bagi sikit duit kat dia, dia amek dalam masa yang sama ingatkan kami pasal infaq untuk dakwah padahal perkara tu tak terlintas langsung dalam kepala sebab aku hanya berfokus untuk kepentingan peribadi. apa la kann. tapi nasib baikla dia ingatkan aku pasal tu semua. hmm.  apa semua ni? 

masa aku keluar uhud, nak berhenti join usrah, daurah mahupun apa-apa lagi berkaitan dakwah, dia la yang kejar aku bila dia jumpa aku jalan sorang-sorang. aku perasan. aku buat-buat tak dengar. pastu aku cepatkan langkah melarikan diri. jauh sikit, aku lari. sampai satu corner, aku rasa aku dah selamat tapii tiba-tiba dia approach aku dari belakang.  tanya masalah aku.  haihh! aku tak sedia nak cakap apa-apa dengan dia. apesal dia macam tu? orang lain xde pun buat macam tu. aku dah penat buat macam-macam kat dia. apa semua ni? 

masa aku tensen, dia la yang bagi kata-kata.ape ntahh.
lepas sebulan, semua orang mula lupakan pasal aku dalam uhud, dia masih ingat aku, dia bagi kata-kata sempena raya haji, pasal pengorbanan. dia bagi ayat quran yang siriusly buat aku menangis semahu-mahunya.semahu-mahunya tahu? macammane aku boleh lupe beb benda tuu.  apa semua ni? 

masa aku dah start join usrah semula, malam tu ade syura besar-besaran dengan umi, dia la yang  mulakan majlis dengan ayat quran, yang aku ingat ayatnya pasal orang yang dah diberi tapi menolak apentah aku lupa ayatnya. tapi aku menangis time tu jugak. asyik asyik tembak aku! asyik asyik tembak aku. ape semua ni?

hmm. dah hentikanlah bersandiwara. skarang dia dah nak posting. tinggalkan aku dengan segala memori tu. aku tak tahu sama ada lepas ni dapat jumpa dia lagi atau tak. aku taktahu semua tu. mungkin jamuan tu adelah perjumpaan last kitorang. aku tak tahu. aku betul2 tak tahu. apa semua ni... ... ...

ya allah.. ampunilah kami. Anugerahkanlah  redha dan syurga. Amin.