Thursday, 22 November 2012

game tarik iman

bismillah. 
semoga allah beri kekuatan dan memudahkan segala urusan.

assalamuuuuuualaikuuuum...salam hambaa.. (gaya trademark tutt) he
hey. 
sweetkan perasaan beriman? kan.
seronok bila rasa dekat dengan Tuhan. seronok sangat bila dalam hati sentiasa mengingati tuhan. rasa tenang. rasa semua urusan berjalan dengan lancar. emosi terkawal. seronoknya hati tak dapat tergambar.

hihi.

this is the third day i stay at masjid negeri selangor, handling daurah program for student primary school year 1 until 3. working monday-thursday 8 am until 5, after that post moterm and in the evening my groupmates and i were planning for the next day's agenda. kinda killing busy!
 a lot of things i learnt and improved here. i manage my emotion better. treating the student just like my own kids (parenting practice heh), learnt to smile even i am really in a big trouble! (this one kes anak buah aku hilang) ah. 

anyway. 
kata-kata di atas sekadar kata-kata. konon nak naikkan semangat sendiri. aku gile dalam DOWN sekarang ni. dengan bebudak aku tak kisah sangat. paling2 aku tensen aku maki marah je la kalau diorang buat hal. tapi banyak aku yang kene buli adela. aku xreti nak marah sebab aku baik. diorang pun sayang aku, suka peluk aku suka manja dan mengada-ngada(tergedik-gedik) dengan aku, so far tak hade masalah sangat pun dengan bebudak tuu. sebab aku dah set dalam hotak yang diorang ni kekurangan kasih sayang, sebab tu la aku sanggup bersabar dengannye. 
sekarang ni masalah aku. aku sakit. sakit dan sakit. bukan jasmani yang sakit tapi rohani aku terlebih sakit sebab tu tereffect pada jasmani buatkan aku begitu lemah dan tak bermaya. aku amek mc dengan harapan rohani aku sihat balik. sekarang ni dah macam pertandingan tarik tali dah, aku nak carik iman aku balik dalam masa yang sama aku bertarung dengan syaitan yang sangat kuat sebab aku sangagt lemah. paling tak best bila akak naqibah aku text, minta hantar mutabaah amal. arrggghhh!
 ta  tapi apesal nak kene cerita masalah kat belog? aku ni betul ke tak? hampeh. tak guna betul! 

anyway. encik syaitan. jangan harap aku lemah. aku kuat dowh! aku akan lawan kau dengan memperbanyakkan lagi amal ibadah. ingat hape? ko ni! aku tahu la tugas kau menyesatkan manusia. tolong la jangan carik pasal dengan aku. aku cintakan Allah tahu! aku sanggup buat apa saja demi Allah tahu?

anyway, nah aku nak bagi satu anologi baek punya. 
kau penah basuh baju secara manual dengan sabun dan tangan tanpa menggunakan sebarang kemajuan teknologi? penah x ? kalau tak dah sah kau pemalas. 
oke. bila basuh baju, kalau xde kotoran, senang je nak basuh. tapi bila ada kotoran, lagi2 kotoran degil, memang susaah sangat nak bersihkan, kena sental kuat sikit baru kotoran hilang. 
macam tu la hati. kalau hati bersih, memang senang nak buat amal. tapi kalau hati kotor,berkarat, memang susah nak buat amal, nak beribadat pun boleh rasa nak muntah hijau sebab asa susah sangat nak buat. berat sangat nak lakukannya. betul x? betul kan, kan.
tapi tapi tapi, itu sekejap je. perasaan tu lah yang perlu dilawan bagi memastikan baju bersih semula, selepas itu baru mudah dan lagi mudah nak dibersihkan di lain waktu. macam tu jugak hati bro!. kejap je kene lawan perasaan malas nak beribadat, malas nak solat, malas nak berubah, memang perasaan tu susah dan menyakitkan, tapi once kita berjaya atasi benda tu kita akan rasa suwwweeeet dan bahagiiaaaaa sangat. tahu!. 

okbye. aku nak bercinta dengan Dia 

Thursday, 15 November 2012

na!!


Bismillah. Heyy assalamualaikum.
This is delayed post.

Buruk kan perangai. Aku tak tahu nak letak tajuk entry ni apa. Penulis hebat (mase kursus penulisan muda-muda dulu) ade berkata, setiap penulisan ada kelainan dan keunikan tersendiri, mungkin ni kut keunikan penulisan aku. Aku punya tajuk penulisan aku tersendiri. Kau orang ade ke buat tajuk macam ni kat belog kau orang? Xde kan. haha. Maka bagi memastikan aku terus kekal unik diharap janganlah kiranya sesiapapun meniru tajuk entry aku. Lol.

Anyway, aku nak ceritakan satu cerita. Sape nak dengar sila angkat tangan. Waaahhh. Yeahh. seronoknye macam kelas pedagogi lahh.  Ok. di petang hari yang hujan renyai-renyai ini, aku membuat kesimpulan bahawa adalah lebih baik kiranya aku menghapdate belog aku daripada aku menghabiskan masa dengan tidur atau apa-apa pun sebab orang kata tak baik tidur petang. Betul la. Nanti mesti mimpi pelik-pelik je. Walaupun aku sebenarnya ade banyak kerja belum settle tapi aku rasa gatal tangan nak menaip sebab biasanya aku dapat kekuatan bila menaip. Alaa, macam orang berdakwah la kononnya, lepas je abis bagi usrah kat hadek-hadek mesti rasa macam ade semangat datang dalam masa yang sama rasa iman meningkat tingtingtingting sambil rasa lagi dekat dengan Allah. tak caya cuba try bagi tazkirah kat seseorang dengan tulus ikhlasnye.hewhew. eh eh. Ok berbalik kepada cerita yang aku nak cerita tadi, macam ni ceritanya (eh lupe, dah dah turunla tangan tuu hikhik).

Ok. harini aku nak cerita kisah sedih. Sedih dan siriusly sedih.

Tapi, ntah kenapa, perkara yang sama berlaku, membuahkan perasaan yang berbeza. kadang-kadang sedih ada, kadang-kadang tiada rasa apa-apa. Hakikatnya iman yang mencetus perasaan.

Cenggini ceritanya.
Dulu masa muda-muda comel-comel riang ria di bangku persekolahan dulu, ustazah aku ada membebel pasal perhubungan. Aku tak ingat la camane tapi ayat dia lebih kurang cenggini la.
Lelaki dengan perempuan kalau tak ada apa-apa hubungan yang sah tak boleh bersentuhan. Kalau ade wuduk boleh batal wuduk. Bahkan ada hadithnya. (walaupun aku tak ingat, tapi takpe, aku dah googlekan khas untuk kau. Ye. Kau. Sweetkan aku?) ni hadithnya.

Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: 
Terjemahan: Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487) 
Ok. berbalik kepada cerita sedih yang aku nak cerita tadi.

Hari tu aku ade seorang lelaki dan perempuan dating betul-betul depan aku. Aku tengok dia. Lelaki tu gelap. Perempuan tu sumpah cun. Waddehek! Eh. Bukan tu yang aku nak cer. Camni. Sekejap lepas tu, lelaki tu cuit hidung perempuan tu. Perempuan tu buat-buat tepis. Manja. Ah.

Dalam hati. Peh. Meluat giles. Pehlis la weh! Memula ni la ape yang terkeluar dalam otak aku.

Sejurus beberapa minit selepas itu, barulah hati sanubari bersuara. Bersyukurnya aku diberi hidayah dan dianugerahkan sahabat-sahabat yang mengkongkong mengawal aku dari buat benda yang tak elok. Ye lah. Mana taknyee. Aku kira kawan-kawan sangat membantu dalam menjadikan aku better la kan sebab tiap kali aku nak nakal-nakal sikit ade je yang sound mahupun membebel apekebenda ntah kau aku. Betol. Tapi Alhamdulillah la kan. at least aku jadi baik sikit dari jadi diri aku yang sebenar. Eh ape ni ape ni?

Dulu penah, aku ngan sorang budak lelaki atas hal apentah. Alaa. Ngadengade sikit je. Biaselah, perempuan mesti la interested to lelaki kan kan. ini hal di facebook. tetiba je aku dapat mesej begini dari seorang err ‘ukhti’ hekhek.
 salam dik..apa khabar iman? ade benda akak nk ckp kat adik ni, akak xtau cara mana nak tegur adik, mgkin ni je cara terbaik yg dpt akak buat tika kita berjauhan begini.... akak harap adik xterasa n trima dgn berlapang dada... akak sygkan akhwat n akak xnk antum buat kesilapan walaupun nampak kecik, tp sebenarnya besar n blh menjadi fitnah pd dakwah kite....akak harap sgt2 anti akan cube lebih menjaga pergaulan dilaman sosial mcm fb ni...kurangkan comment atau msg dgn lelaki yg bkn muhrim, sume ni blh menimbulkan fitnah adikku syg.... terutamanya dlm masjid attarbiah, semua org blh baca dik.... sume org akan anggap akhwat kite xmenjaga ikhtilat bile sesuka hati komen dgn lelaki siap ada bergurau, ketawa semua 2... andai ada perkara penting yg nk dibincangkan dgn lelaki, be profesional, ckp dgn tegas n xperlu la ade simbol smile, gurau2, gelak2 n lain2 lagi... cukuplah utk strgt 2 the poin....
akak harap sgt2 dik, berubahlah demi islam tercinta, bergaullah cara islam yg sebenar....sungguh, sgt dibenci oleh allah mereka yg memperkatakan apa yg tidak mereka kerjakan.... smg kite menjadi daie yg boleh menjadi contoh yg baik kpd org lain bkn memberi contoh buruk.....akak xmaksudkan akak sempurna, akak juga banyak khilaf, tegurlah akak, bimbinglah akak menjadi muslimah, mujahidah, daiyah, murabbiah yg benar2 beramal dgn Islam, bkn skadar dgn kata2 tapi juga dgn amal n niat....

omA! Sentap wei dapat mesej ni. Sukati aku la ni life aku, tak payah nak macam bagoss sangat der. 
Tapi…aku xcakap pun begitu. Sebenarnya jauh di sudut hati aku macam terase nak menyanyi lagu
bila kusedari diri disayangi.. blablaa. 
Justeru aku hanya mampu mengucapkan terima kasih(gaye ellycat), eh takk.
Anyway…kepada sepasang kekasih yang seorang mencuit hidung yang seorang lagi. mahupun mana-mana la kekasih yang saling menchentai kononnya dan nak bersama hingga ke syurga tu sampai bersentuhan tanpa hubungan tuu.

awak, awak.. aku tahu awak tahu apa yag awak buat tu salah.
Awak nak amcamana sekarang ni? Ishhh..

Aku ni bukan ape awak. Aku ta reti la nak tegur awak macammane. Huhu.
Aku tak reti la nak merangka kata-kata yang sweet.

Berubahlah awak, demi islam tercinta. 
(eh tercopy ayat di atas)

Anyway.
Awak, awak, dan awak, walau siapapuna awak,  nak Tanya . kalaulah konon-konon la awak adelah seorang makhluk keji dan jahat dalam dunia(walaupun sebenarnya anda paling baik hati sekali seantero dunia), kaedah teguran bagaimana yang awak paling bole terima untuk berubah menjadi makhluk yang kurang keji seterusnya ke tahap baik hati serta skema.? Huh awak? Boleh bagi jawapan? Saya nak belatih berdakwah ni!. Saye kan hustajah. An an. Kikiki.

Apekebenda ntah. ukhti tu tegur aku sampai aku rasa macam kena tembak secara bertubi-tubi tanpa pernah bertanya kat aku pun, cara teguran apa yang paling aku boleh terima. =='


Tuesday, 13 November 2012

yourellyhavetobe very very SETERONG!


Gila! Lupa diri apa?
Bismillah. Assalamualaikum

Di ipt.
Fuh, bukan main lincah sana sini. Pagi kat sana petang kat sinun.
Macam tak reti penat, sikit2 fikir hal ummat, syura, qadaya, nak tarik orang kepada allah.
Pengurusan masa? Boleh kata mantap. Zikir, mathurat, tadarus tak tinggal. Quran sentiasa di tangan. Mutabaah tak banyak yang merah.
Saqafah selalu usha, ditambah dimantapkan lalu disebarkan.
Muayashah. Walaweh. Semua orang ukhwah fillah kerana allah, buat apa pun sanggup demi akhwat terchenta!

Weyy!
jangan bebual. kalau betul nak jadi pejuang, bukan setakat di ipt. kat rumah juga harus mantap sekali. Tahu tak!

Apa? Kat rumah xboleh muayashah? Dah Berjaya sangat ke? Family tu bukan saudara sesama islam ke? Peringatan tu hanya orang terpilih je ke boleh disampaikan?
Apa? Kat rumah nape jadi manja dan sangat mengada-ngada?
Apaaa? Mutabaah ade bonus ke sesukahati ditinggalkan?
Apaa sey! Xjaga iman. Tak layak langsung menjadi murabbi!

Hey. Kalau macam ni la perangai, sampai bila pun kau tak maju tahu?

Berangan nak masuk syurga. Berangan nak syahid. Berangan nak jadi pejuang agama. Ptuih. Jangan bebual la.



Saturday, 3 November 2012

LoL~


Bismillah. Heyy assalamualaikum. Tok tok tok. Ketuk2 laman blog (sila ketuk screen laptop anda untuk sound effect. Lagi kuat ketukan, lagi menarik sound effect yang terhasil)
Muahaha!

Alhamdulillah. Nak tahu. Tadikan. Macam-macam terjadi. Sesuatu yang seriously tak pernah terjadi dalam hidup aku.

(amaran. Kisah ni panjang)

Starting di macam ni tau..(muka semangat nak cerita)
Kebelakangan ni aku banyak sangat buat dosa. Sampai aku rasa aku xlayak lagi hidup. Lepas buat dosa, pastu aku nangis sepuas hati, taubat taknak ulangi. Next aku terbuat lagi dosa. Dosa yang sama. Next aku menangis lagi sepuas hati. Aku solat taubat sampai basah telekung dengan air mata. Lepastu aku terbuat lagi dosa yang sama. Then, aku nangis lagi semahu-mahunya, berazam tak nak ulangi. Perkara tu berterusan sampai aku fed-up dengan diri aku sendiri.

Sesugguhnya solat itu mencegah fahsya’ dan munkar.

Ok! Aku solat. Aku cuba jaga solat aku dan tunai solat sekhusyuk yang aku mampu. Tapi tapi tapi, kenapa solat aku tak membantu langsung mencegah kemukaran? Adakah solat aku tak diterima??
Ok. Aku teringat pulak cerita ust aku. Mase dia nak tegur student yang merokok, dia nasihatkan supaya solat taubat dan doa sungguh-sungguh supaya diberi kekuatan untuk tinggalkan smoking tu.
Aku try buat benda yang sama. Doa sungguh-sungguh. Tapi tak menjadi. Aku sangat lemah dan tak kuat dengan dugaan semacam ini.

Jap.cerita ust tu bersambung sebenarnya. The next day, ust Tanya student tu. Dah buat belum apa yang saya pesan. Student tu cakap dah, tapi still dah dapat berhenti merokok dengan jayanya. Lantas,  Ust berkata,

 ouh, kalau awak dah doa bersungguh-sungguh tapi tak mampu lagi tinggalkan dosa, maknanya amal awak belum cukup kuat untuk jadi benteng dalam usaha nak tinggalkan dosa tu.

Ok. Aku buat benda yang sama. Aku pun buat denda diri. Dalam masa dua hari mesti katam 3 juz. And nak puasa berturut selama beberapa hari. Tapi nampaknya adoilah susah nak istiqamah buat benda baik ni kann. Omaigod!

Sampailah harini. Aku rasa dah teruk sangat aku tersesat dari jalan kebenaran. Dia macam ni tau sebenarnya(muka semangat sekali lagi nak cerita). Aku dah dengar berita kematian dua hari berturut-turut.

Hari 1: member sekelas aku punya roommate, punya sedara punya anak yang juga merangkap jiran kepada roommate member sekelas aku tu telah meninggal dunia akibat eksiden motorsikal dengan tragisnya. Member aku punya roommate pun agak trauma dan hiba.

Hari 2: senior aku opsyen sains yang telah lama mengidap leukemia pun telah meninggal betul-betul di pagi hari.

Aku tertanya-tanya. Mungkinkah di hari ketiga aku pula mencatat nama. Takutnya. Aku banyak dosa. Aku , takut kalau mati dalam suul khatimah( keadaan yang buruk) bau yang busuk, jijik, hina. Ditambah lagi dengan kesakitan sakaratul maut. Ouhh.

Betullah. Baru aku sedar. Rupanya aku telah dijangkiti wahan. (cinta dunia dan takut mati). Sesuatu yang tak sepatutnya berlaku. Sebab, ust kata,

Jiwa orang mukmin itu merindu dan menanti kematian dan perjumpaan dengan Tuhannya umpama sesekor burung yang terkunci di dalam sangkar, sentiasa merindu untuk terbang bebas.

Tapi aku. Hmm.
Ok.
Lepas tu.ni yang aku nak cer sangat sebenarnya. Something miracle. Ntah lah. Mungkin sebab adanya Allah sebagai tunggak kekuatan buat aku terus bertahan.

Memula aku rasa down giles. Aku sampai hampir berputus asa dari rahmat Allah. Tapi aku tetap laksana perintahNya. Tadi aku solat isyak berjemaah kat masjid. Bila balik bilik, tak semena-mena perasaan sedih, sebak, haru, pilu dan macam-macam lagi menghantui jiwa aku. Aku baca quran dan aku dapat interaksi yang menunjukkan ayat nazir(ancaman) dari Allah. Lepastu pulak ada ayat pasal kemaafan dan keampunan. Aku nangis. Ouh, Allah masih sedia menerima taubat aku. Ayat ni macam seolah-olah interaksi yang Allah hantar untuk aku. Hurm, Sepatutnya ayat Quran menenangkan kan. Tapi aku, masih tak rasa betul2 tenang. Aku baca quran sikit je tadi, dalam 1 ms je. Tapi sepatutnya ia sedikit sebanyak bawa ketenangan kan kan.

Aku pun ntahlah tak dapat nak ungkapkan macam mana. Rasa serabut. Jantung berdegup kencang sangat. Nafas tercungap. Gasping for air. Sejuk. Badan menggigil. Aku ambil wuduk. Dalam hati, ish kenapa perasaan lain macam sangat ni.

teringat cekmah pesan, bila semangat lemah, memang la syaitan dan makhluk lain mudah ganggu. Aku dah rasa lain macam. Lantas, apalaga, aku buat la macam yang cekmah pesan. Ambil air minum, letak sedikit garam dan kacau ikut putaran lawan jam, baca alfatihah sambil doa,

ya allah, jika ada kejahatan dalam tubuhku, keluarkan ia.

Aku minum la air jampi sendiri tu dengan harapan dibuang segala gangguan. Mungkin bacaan aku tak betul. So ia macam taka da effect apa-apa terhadap jiwa mahupun raga aku.

Orang putih kata,
Sleep and everything gonna be okay.

Maka aku pun siap la nak tidur dengan harapan Allah datangkan ketenangan dengan tidur. Sebab selalu kalau tensen memang aku tido. Tak tensen pun aku tido. Muahaha.
Tapi. Takde perubahan. Aku tak boleh tidur. Badan menggigil kesejukan walau kipas memang dah selowww. Pakai selimut macam tak lut. Jantung kencang macam lepas main squasy. Serabut. Bagai dilanda ribut(eh ternyanyi).
(Sepatutya ada meeting daurah kat bilik jqaf. Tapi aku malas nak gi sebab serabut giles otak. Member dah miskol beberapa kali. Sorry la beb)

Lepas tu, aku pun ambil inisiatif lain. Aku bukak bacaan rukyah kat handset, letak betul kat sebelah telinga. Peh. Macam-macam terjadi. Terus je air mata deras tak henti. Pastu masa tengah  bacaan tu aku macam kene rasuk. Aku sedar tapi macam spontan je aku buat semua tu. Aku cekik leher aku sendiri. Aku pukul-pukul dinding, tangan aku macam nak cakar orang. Pastu suara aku pun macam cek mah nak ngubat orang. Pastu kejap-kejap aku berubah suara lain. Pastu ketawa n senyum tiba-tiba. Aku dengar sendiri pun takut.. ntah la.
 Lepas tu aku terbatuk-batuk macam nak muntahkan sesuatu. Tapi tak ada apa-apa. Pastu aku nangis lagi. Air mata ni deras betul. Aku taktahu kenapa rasa macam sedihhh sangat, tanpa aku tahu sebab apa sebenarnya aku sedih? Adakah sebab dosa? Sebab berputus asa? Sebab apanye?

Beberapa puluh minit lepas tu(bacaan rukyah dah nak habis) barula aku tenang. Aku boleh ikut bacaan dalam hati. Air mata berhenti. Seriously rasa ketenangan tu macam tertiup dalam hati. Badan yg tadi menggigil sejuk giles tetiba bertukar normal. Jantung tak kencang dah. Macam tak ada apa-apa berlaku. Ish. Pelik la ohoi.

Pastu aku amek wuduk lagi. Dan call member. Beb meeting lama lagi x? perlu x aku datang?
Member kata “datang je la”
Ok. Aku menjawab ringkas dan apabila terfikir pasal betapa perlunya aku supaya sangat berkira dalam penggunaan credit,maka  terus meletakkan ganggang( walaupun hakikatnya handset manader ganggang, namun aku tak jumpa perkataan yang lebih sesuai untuk off call dlm bm)

Adoinye, masa meeting boleh pulak member tegur, ‘mata apesal bengkak?’ cheh!.  

Kesimpulannya, korang penah tak alami apa yang aku alami. Yang part macam kene rasuk tu. Aku tak kuat beb. Dah lah sesorang dalam bilik. Aku taktahu nak buat apa. Ouhh. Aku ingat aku dah tak waras tadi.
Anyway, Alhamdulillah ala kulli hal.