Saturday, 27 October 2012

tip keberjayaan aku selama ni.

Assalamualaikum. 
Semoge sentiasa dalam rahmat Allah.
Nak share input yang aku dapat suatu ketika dahulu. Masetu aku jadi antara pelajar kategori gagal 3 subjek untuk spm so that aku tergolong dalam peserta tazkirah. Masetu kesian la mak aku n abah aku kene datang sekolah ikut program peserta tazkirah. Spesel utk student yang memerlukan bimbingan dan perhatian lebih.

Dia macam ni tau ceritanya. Aku tak gagal 3 subjek tapi sebenarnya aku tak amek 3 subjek sebab demam campak. The next week mase aku datang sekolah untuk perjuangkan exam aku, ade cikgu yang sweet kata ‘xyah la amek exam’ aku pun ‘ok’. kalau la aku tahu resultnye akan jagi G. seriuslah aku berjuang hingga ke titisan peluh terakhir untuk amek exam tu tahu? At least resultnye mungkin 2G 1d ke. Haha.

Tapi tak pe. Ditakdirkan ade tersenarai student 3G, so aku join program ‘muzakarah’ . dalam program tu, memang ade slot nangis2 penyesalaian sebab dapat gagal serta tak dilupakan slot aku janji bersama mak n abah la untuk belajar sungguh2 la kirenya. Tak tak. Aku redha. Sebab slot tu sweet beb!muahaaha.

Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Tak sweet langsung. Aku tak patut ceritakan perkara sedemikian, aku tak nak korang nangis dengar cerita aku yg tak suweet. Aku kan sweet.

So,dengan suweetnye aku nak share input yang aku dapat.

Tahukah anda? Untuk lulus dengan cemerlang dan penuh bergaya dalam exam, ada satu perkara yang mungkin anda tak tahu.
Biasa orang akan cakap, tipsnye mestila belajar bersungguh-sungguh, tak study last minit dan sebagainya lagi jawapan yang skema.

Ni aku nak bagitahu satu rahsia. Sebenarnya. Itu semua tak menjamin beb. maksud aku, bukan tu semua yang menjamin keberjayaan kau dalam exam beb.
Ni yang pentingnya
Kaf, ba, ro, kaf, aif, ta, alif, nun. KEBERKATAN!. (betul ke aku eja)

Ye, keberkatan beb. kalau ko belajar pulun habis, pastu kau sengaja biarkan roommate tertido lena sebab tak nak markah dia lagi tinggi dari markah ko. Ni semua akibat dengki kesumat di dalam hati, tak berkat beb! kau sepatutnya cepuk member kau dengan ucapan
 jum study dengan gigih bersama-sama. 
Betul beb. dengar cakap aku ni.

Kalau kau ade soalan contoh last year tapi sengaja tak nak bagi sesiapa pun tengok waima mak ko sendiri pun kau rahsiakan sehingga mak kau berasa sangat curiga dan penuh tanda tanya walaupun mak ko tak amek pun exam tu. Lu piker balik la beb!

Tak pun kau ikut contoh watak jahat dalam cerita 3idiot tu,  kau sengaja letak majalah porn dekat bilik member2 sebab nak bagi mereka terganggu emosi dan rohani agar mereka meninggalkan pilihan untuk study dengan gigihnya, di samping membantu menggelapkan hati mereka menyebabkan hati naluri mereka gelap dengan dosa. 

Sebab kan ilmu tak menerangi ahli maksiat. 
‘Al ilmu la yahdi ilal maasi”
Tu semua tak menjamin keberkatan kau beb.

Kesimpulannya. Markah kau, result kau, kalau tinggi tapi tak berkat. Hmmm, sia-sia beb. serius aku cakap. Sama-sama sucikan hati beb. Solat taubat beb. Ikhlaskan diri beb. Allah dah beri keputusan. Allah dah tahu keputusan kau awal2 lagi. Allah Cuma nak tengok usaha kau je.

  • Boleh jadi, harini kau gi tolong ajar adik ko spm, Allah suka lantas menghadiahkan result yang gempak dalam exam ko sendiri.
  • Boleh jadi kau tolong orang buta lintas jalan(sikit2 bagi contoh ni) dia doakan kau sampailah kau jawab exam dengan mudahnya.
  • Boleh jadi kau stay up tolong mak kau buat eseimen, kof kof. Allah redha dan ditakdirkan soalan exam tu masuk betul2 apa yang kau baca dan yang kau ingat je. (mudah-mudahan lah ye)

Haha. Entry menyedapkan hati.
Dah tu je. Aku tak tahu nak merepek ape lagi. malam tadi stay up sebab tolong mak buat esaimen. Due date harini. So, 12 tengah malam ni dah tutp la kut. Tapi kitorang pulun buat malam tadi sebab abah kata hari ni nak pegi Melaka. Kalau dah berjalan mane la sempat nak buat esaimen lagi kan. Kami pun pulun la. Semalaman tak tido.
Tapi tiba-tiba pagi2 abah cakap gi Melaka esok je lah!.
==!
Sweet kan abah... ...

k. dah lah, assalamualaikum(jawab la jawab la)
Selamat hari raya haji (walaupun sambut raya hari sehari je. Tapi xpe lah, tak la lambat sangat aku wish. Apa? Ko tak yah nak jaki lah. Ade masalah ke? Huh? Ape? Nak gaduh ke? Huh? Ingat aku takut ngan kau? Huh?huh?)

Tuesday, 23 October 2012

keluarga aku best!

Assalamualaikum
Harini aku nak memperkatakan tentang sesuatu yang sangat sweet.

Sangat sweet sampai pasti ade yang akan memuncungkan mulut seakan-akan duckface kerana kecemburuan yang melanda.
Sangat sweet sehingga pasti ada yang termuntah hijau kalau tak biasa kerana rasa janggal dan meremang bulu roma.
Sangat sweet sampailah korang rasa naakk sangat berada dia kasut aku. (maksud aku, berada di tempat aku)
Sangat sweet sampai orang yang tak melaluinya akan menangis penuh hiba mengenangkan nasibnya yang tak sesweet nasibku.
Kikiki.

Ceritanya macam ni tau! (muka semangat)
Masa tu sehari sebelum raya. Biasalah kalau dah nama pun bulan ramadhan kan. Mestilah bangun pagi qiam pastu tolong2 sediakan sahur, pastu melantak puas2 bersama keluarga pastu kemas-kemas basuh pinggan serba serbi pastu  tunggu subuh pastu solat subuh pastu ngaji sikit blablabla. 
Sesudah itu pula tv 9 dipasangkan di kaca tv untuk menonton dan mendengar ceramah dalam tajuk ‘tanyalah ustaz’ yang bersiaran setiap hari jam 7. (eh terbuat iklan pulak).

Tiba-tiba. Kepelikan telah melanda. Aku tetiba rasa tak sihat pening kepala kebas-kebas badan dan mual nak muntah loya-loya. Seperti biasa lumrah dunia bila perkara sebegini melanda pastilah aku merehatkan diri dengan cara berbaring penuh lepak dan menidurkan diri dengan manjanya. Kan kan.
Kepeningan itu terus melanda dan manjadi-jadi sehingga tengahari itu suhu badan menjadi sangat panas namun aku memerlukan selimut yang agak tebal untuk menutupi seluruh tubuh yang menggigil kesejukan.
Aku pun tartanya-tanya dosa apa yang telah aku lakukan sehingga ditimpa penyakit begini namun jauh di sudut hati aku tetap redha dan menyakini bahawa AllahuRabbi sedang menguji untuk mengampun dosa dalam diri. 

Lepas tu kan.
Mak, abah, kakak dan tiga orang adik aku semua pun perasan keadaan ini. Mereka kelihatan sungguh cemas dan risau. (kiki, over ke cerita aku? Xkan!)

Emak pun mengurut kepala hotak aku yang selalu pening. Tak dilupakan minyak angin cap apentah dilumur sampai kat rambut sekali seolah-olah tu minyak rambut pulak rasanya.
 Adik perempuan aku pulak pegi ambil alovera belakang rumah, pun sama dilumurkan ke dahi aku dengan harapan mampu mengurangkan suhu kepanasan darjah celcius yang melanda. Walaupun akhirnya kulit alovera yang bersepah-sepah kat atas kepala aku.
Abah aku pulak risau benar sampai kedengaran suaranya meluahkan cadangan hendak mengantar aku berubat ke tukang urut apentah. Tak dilupakan dialah jugak orangnya yang menyuruh aku berbuka puasa kerana melihatkan keadaanku yang sungguh tak larat seperti warga emas yang keletihan. Kalau tak silap abah jugaklah yang telah berjaya mendapatkan kelapa depan rumah dengan penuh bergaya untuk aku minum airnya sebab orang kata air kelapa bagus untuk sejukkan badan.
Adik aku, yang paling cepat meghulurkan bantuan apabila aku meminta. Dipinta air, dibawakan berjenis air termasuklah air asam jawa dan air kelapa sekali. Aku tak tahulah kesinambungan percampuran antara air kelapa dengan air asam jawa dan kesan saintifiknya apabila bergabung dalam perut.
Kakak aku, paling semangat bawa aku pergi klinik yang sampai ke senggaragpun di dapatinya tidak ada mana-mana klinik yang buka lantaran masing-masing doctor mahupun jururawat sudah tentunya sibuk menyediakan makanan berbuka di ketika ini. Akhirnya, kedai runcit tepi jalan disinggahnya dan beberapa jenis ubat menraik dan pelbagai warna diberikan pada aku. Pada sebelah malamnya dia lagi sekali bawa aku ke klinik, di samping membelikan aku sepasang stokin sebab aku kesejukan kat klinik tu.
Tak dilupaka adik lelaki aku yang sorang lagi. Yang sama-sama teman ke klinik. Telah menumpangkan riba untuk aku baring dan menyediakan perkhidmatan urut kepala serta dialah jugak yang tolong aku masa aku termuntah kat dalam kereta tu. 

Keadaan menjadi baik setelah keesokan harinya. Mungkin keadaan aku demam yang nampak seperti teruk macam kene H1N1, buatkan diorang risau. Walaupun aku mengakhiri ramadhanku tahun ni dengan keadaan yang agak tak best. Tapi aku tahu ada hikmah disebaliknya dan buat aku sedar betapa sweetnya family yang aku punyai dan sudah tentu aku tak mendapat family sesweet ini. 

Andai apa-apa berlaku, aku akan ingat balik benda ni. Sebab. Bila aku memerlukan bantuan, ye, aku tahu family aku yang ada di situ=)

Sweet kan family aku. Mak & Abah. Kakmimi. Yaya. Kamil. Wani. Luqman. =) I leviu bebeh.

Cemburu? Hidup xsehappy aku? Nope bro. allah maha Adil. Kau ada kawan2 yg best. Kalau x, kau mesti ada harta yang best. Kalau xmesti kau ade ape2 yg best, yg org lain xade. kau ade kepercayaan. Believe in me bro. allah sangat adil. maha adil. (xperlu cemburu dengan aku)...    


bersyukur akan ditambah nikmat =)

Sunday, 21 October 2012

study gigih bro!

assalamualaikum. (tiap entry pun kene bagi salam tapi ade ke orang jawab?)

well well. pejam celik pejam celik, dah nak exam nampaknyenynenyee.. 
ape lagi. tangan pun menjalankan tugasnya menari-nari di atas papan kekunci untuk menterjemah perasaan di dunia maya ini dengan tidak lain tujuannya adalah untuk memotivatekan orang lain yang masih belum ada kesedaran sivik akan peri pentingnya belajar dengan penuh gigih dan bersungguh-sungguh bagi memastikan diri mereka tidak dikecewakan dikemudian hari dengan keputusan peperiksaan yang amat menyedih lagi memilukan. 
haha!
tak la bro!. amende. aku nak tulis ni sebab nak motivate diri aku sendiri la untuk lebih rajin dan bersungguh-sungguh. apela. sikap malas semakin bermaharajalela dalam diri. tu la orang suruh baca mathurat malas! kan dalam doa-doa mathurat tu ade doa supaya dielakkan sifat malas! kalau doa pun malas ape nak jadi,adoilanyepunn. 
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud)
ok. nak kabonye di sini, Allah angkat darjat orang berilmu dan beriman di kalangan kamu beberapa darjat. tahu x? tahu x?

Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang di beri ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat." (Al-Mujadalah: 11)
anyway, kau nak jadi orang yang tinggi darjatnnya di sisi Allah x? haa?
lagi satu. sebab aku banyak sangat buat dosa. nah! ayat quran spesel.

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu." (Al-Fatir: 28) 

apalaga? jum blaja bebetul. tambah ilmu + kefahaman. 
hihi. okeh! kau manusia hebat bro ! 
waasalam=)

Friday, 19 October 2012

love letter


Assalamualaikum and a very good morning. 
To be fair between Malay Language and English language, today, I would like to write in English. And who know, the entry after this will be in Arabic. Muahaa!

Today is Friday! I love Friday! I love the ‘Program Budaya Quran’ in Ipheto =) well, as very usual, after budaya quran finish we will together recite the doa Katam Quran.

And! For the ‘tazkirah’ today, I love to talk on the prayer. There’s a verse in the prayer, ‘warzuqna, tilawatahuu’ (dan rezekikanlah kami untuk membacanya) which mean that we are asking Allah for give us rezeki to read the Quran.  You got what I mean? What? No? omA ! == Hey, puhlease! That an easy sentence, you don’t understand? He he. Ok ssssory ssssory. Im just kidding! Kidding is so0 suweet isn’t it? Kikiki.

Ok. Let be serious! (let recite this zikr first, with all of your heart!)
Astaghfirullah al azim.
Astaghfirullah al azim.
Astaghfirullah al azim.

Okay! May Allah bless u all. Actually, what am I trying to say is, reciting the Quran is also a rezeki that Allah choose on who will going to get that!.
Yeah! That’s why we pray ‘warzuqna tilawatahu’ (dan rezekikanlah kami membacanya). So that we will the chosen one to read that Kalamullah =) and in the same time we got the rezeki that not everyone got it. =) 

what? You don’t believe in me? Ok.. =’( just to make you relieze, let’s follow me. Look around yourself..(ups, singing again). Just look around yourself. Are all the people around you have done reading quran today? Even one or two pages? Have they? If yes, then Alhamdulillah. If not, then, that’s what I am trying to say, Allah is ‘zooming in’ on who will going to get the rezeki of reading the Quran. =) and also, the rezeki of the ‘rahmat dan keberkat’ of reading the Quran. Okay =)

Do read the Quran, and you will realize it. =)
it is love letter from Allah <3 p="p">

Thursday, 18 October 2012

awak cantik tahu x?

assalamualaikum.

first of all, nak ingatkan, it is really true, kalau kau ade nawaitu apa-apa, azam dan keinginan yang baik, Allah betul2 akan bantu. sure. doa lah betul2. niatkan dalam hati, 
'Allah, aku siriusly nak berubah ni. bantulah aku, berikan kekuatan padaku ya Allah.'
betul ! yakininya beb. aku dah melaluinya. Dia betul2 bantu beb!( muke sirius mata tak berkedip)

ok dah. suwiit kan aku, share pengalaman camni, suwit kan kan?==
kikiki

hari ni aku nak memperkatakannya tentang.. jeng jeng jengg... (macam biasa gaye seperais nak ader)..

dalam kisah kali ini, aku merupakan watak ketiga yang melihat dan menilai serta memerhati dari jauh ragam dan perangai manusia. 

ade satu budak yang agak cantik. tapi tak la cantik sangat,  tapi ok lah(haha jaki betul aku). dia baik.ramai suka kawan dengan dia. dia juga seporting. rilek rilek je. gaya dia yang sentiasa tenang dan tak mempamerkan apa-apa riak kegelabahan menjadikannya disenangi ramai. dia mempunyai ramai kenalan dan member serta geng termasuklah member di fb. segenap lapisan masyarakat perlbagai umur yang pelbagai kaum dan berbilang bangsa serta jantina menjadi kawannya. jantina? a'ah ye jantina. lelaki perempuan dan khunsa semua pun selesa berkawan rapat dengannya. di alam nyata mahupun maya

itu budak satu. ini budak dua pula.

yang ni cantik. siriusly cantik. tapi aku tak suka sebab biasa orang cantik mesti sombong. hihi. tak tak. ssssssory sssory.dia cantik. cun. anggun. menawan. come lote. kiut miut. lemah lembut. ok plis la stop it ye awak. == . astaghfirullah. 
ok. bila cakap cantik, for sure lah ramai lelaki nak ushar kan kan. (er, x ke? biasakan macm tu? dulu masa aku cantik muda muda dulu pun ramai lelaki nak ushar) eh eh. kk sssory sssory. asyik melalut je hari ni.(macam sebelum ni x jeh) tapi!. budak cantik ni, tak bergaul sangat dengan lelaki. pehh. makin la ramai lelaki nak ushar kan. 

ok. cukuplah pengenalan. (kalau buat assignment macam ni kan, 1.0 mesti pengenalan, defisini blablabla)

ok sekarang masuk jalan cerita. tapi aku dah tak hengat sangat sebab dah lama. (tak pelah mengenang memori lama. mengimbau imbau nostalgia hihi)

let say budak satu tu aku gelar budak sporting. manakala budak dua ialah budak peh ayu beb!

satu hari budak peh ayu beb! bertanya pada seorang member dia. (eh, lupa nak kenalkan member dia. xpelah. member dia perempuan, dia alam nyata)

budak peh ayu beb! : macamane nak jadi macam budak sporting (wanita yang berkawan dengan semua lapisan masyarakat tu) ha? best lah dia. kawan dengan lelaki perempuan semua sama je. camner nak jadi cam tu ha? ( muka cemburu)

member dia : hmm, jadi sporting kut. kawan dengan semua. layan semua orang. baik dengan semua orang. jadi tak malu sangat. kutt. (fyi budak peh ayu beb! ni agak la pemalu dia)

budak peh ayu beb! : ouh macam tu kee. 

*****
lama-kelamaan budak peh ayu beb! berkawan rapat dengan budak sporting. dan perangai dia pun hampir menyamai budak sporting. layan lelaki sana sini(maksud aku layan chat, mesej dll) ramai kawan dia. disebabkan dia peh ayu beb! ramai lelaki yang dok ushar dia kat fb kat handset semua dia pun layan dengan sportingnye. banyak benda diborakkan. banyak kisah dinukilkan. banyak cerita dicanangkan. banyak perkongsian didengar-dengarkan. kesimpulannya, jadilah dia budak peh ayu beb! yang sporting dan mempunyai ramai member permpuan dan ramaiiii member lelaki.

*****

mungkin, dia rasa berjaya dan telah mencapai azam yang dicita-citakan, iaitu untuk menjadi sporting dan mempunyai ramai kawan tak kira lelaki waima perempuan. namun, lainlah pula bagi aku yang mempunyai pemikiran dan perspektif yang berbeza. 

bagi aku. wanita tu mahal. lagi-lagi yang cun. memang orang beratur la nak ushar. tipu manade beratur! hey diam ah! ok aku sambung balik. lelaki akan nak try try mesej ke call ke apa-apa lah yang boleh menghubungkan dengan perempuan cun. berebut beb. bak kata orang putih, 
best men win! 
perempuan yang paling susah nak dapat tu la paling dikejarkan. 

tapi tapi tapi, 
kenapa awak mudah mudah jadikan diri awak murah? =( 
kenapa awak senang-senang layan lelaki sana sini yang sememangnya saling bertaruh siapa yang awak  akan layan sama ada mesej mahupun chat? =(
kenapa awak senang-senang jadikan diri awak menjadi perbualan mulut mereka? =(
kenapa? 
kenapa awak layan mesej lelaki yang ajak berborak perkara ntah apa-apa? =(
kenapa perlu bagitahu semua perihal kegiatan awak pada dia? sedang dia bukan ada apa-apa hubungan pun dengan awak? =(
kenapa awak bergurau senda macam err, suami isteri je ni? =(

heyy! awak tu mahal tahu x? heyy. awak tu cantik tahu tak? heyyyy..(suare tersekat sikit hihi). 

e'eleyy kmy tu. dia pun sama jeh. macam bagos je tak chat n mesej dengan lelaki. ptuihh.
ok okkk. aku tak nak cakap apa-apa lagi. aku pun bukan baik sangat hahaha. (tak guna tak guna. ni la aku. sebab aku pun buat tak baik so aku terhalang dari menegur kemungkaran. tak guna)

anyway. 
aku sedih. 
aku selalu set dalam kepala hotak aku. 
aku adalah wanita cantik yang mahal. jangan jadikan ia murah. 
kikiki. kbye. hape ni beb! cakap macam takde point! 







Friday, 12 October 2012

assalamualaikum dan 'gemoning' dengan izin. ehh. sesukati je.

selamat menyambut hari Jumaat yang mulia ini. semoga hari ini lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. sesungguhnya kehidupan ini sangat singkat. Dunia yang fana sekadar tempat bercucuk tanam untuk bekalan di akhirat. dalam menempuh jambatan ke alam seterusnya, marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan dan berusaha meningkatkan taqwa kita kepadaNya. 

suka untuk diingatkan, tanggungjawab dan peranan kita di dunia ni adalah berdasarkan apa yang telah difirmankan. Di dalam alQuran, surah ke 2, ayat 30 dan surah ke 51 ayat 56, jelas menerangkan peranan kita sebagai hamba dan khalifah. 

ececeh. saje berlatih jadi ustazah. sila insaf. (tolongla insaf ape nak jadi kau ni ha)keh keh.

ok!

hari ni, aku nak cakap tentang.. (masih lagi ber'ustazah' lantaran gaya ini telah lama sebati dengan diri aku,kuangkuangkuang)
aku suka la nak cakap pasal err. cinta..

~*CINTA* ~ 

kikiki. 
sebab kan. jiwa aku sedang berbunga-bunga sangat sekarang ni. hikhikk..Best kan kan bila bercinta.  rasa happy sangat!. 

err, nak tuju lagu bole? 
if you love somebody could we be this seterongggg.. 
er er.

ok. hmm, kite akan rasa motivate. akan rasa seronok, bahagia selesa. rasa tenang. rasa kuat. rasa adanya 'someone' yang bersama-sama kita. adanya seseorang yang mengiringi langkah perjuangan kita. rasa bersemangat even kite dah lemahh sangat tak bermaya.. err dsb dsb dsbb... bila ada yang sayangkan kita. kann. 

apa? xdapat bayangkan perasaan aku. nape? sebab takde sesapa suka, cinta mahupun sayangkan kau?

ish ish ishhhh. kesian gile hidup kau. nak aku nangis ke untuk menunjukkan rasa simpati? err.. alamak, eyesore  eyemore xde acane?

hihi.
apela apela.
camni. ape kau fikir ade ke mana-mana lelaki telah jatuh cinta padaku dan aku juga telah jatuh cinta padanya? tidak bro. apa kau rasa aku dan seorang lelaki kacak bergaya telah berjanji setia untuk mengharungi suka duka ranjau kehidupan dunia bersama sehingga ke akhirnya? seperti yang selalu diperkatakan dalam novel dan cerpen kisah imaginasi cinta? tidak beb. tidak tidak. aku seorang wanita cantik yang forever alone er. xde couple pun. tak ada mana-mana jejaka (bukan mahram)pun yang betul-betul sayang aku dan berjanji untuk memimpin tanganku ke syurga. ecehhh!. uwek geli gile. ok stop bermian main terkinja-kinja di behlog bagai tiada tujuan hidup kat dunia. 

sebenarnya.,
dah lama aku rindukan perasaan ni. 
perasaan cinta kepada Dia. perasaan tak perlukan kepada sesiapapun melainkan Dia.
perasaan hati sangat selesa dan bahagia tanpa meletakkan harapan dan pergantungan melainkan hanya pada Dia. perasaan cinta. kasih. rindu dan menanti-nanti saat dan detik pertemuan dengan Dia. perasaan, 'Oh Tuhan, aku serahkan seluruh jiwa ragaku hanya untukMu tuhan!.perasaan 'Tuhan, aku insan berdosa, Engkau masih limpahkan cinta'
'Ya Allah, layakkah aku untuk menatap wajahMu?
aku.. hendak ucapkan Alhamdulillah.
walaupun aku jahat, hina dan banyak dosa, Dia masih beri hidayah untuk aku kembali dan masih beri aku kekuatan untuk teruskan kehidupan. Dia masih ada ketika aku keseorangan. Dia yang melenyapkan keguandahgelanaan tika diri ditenggelami kesesaknafasan. Dia yang meniupkan kekuatan di kala diri lemah macam nak mati. Dia, cuma Dia yang ada bila aku seih bagai gila rasa nak bunuh diri atau ape. Dialah Allah, yang melimpahkan cinta. Dialah Allah, yang menyedarkan aku dari mimpi yang lena. tika kaki tersalah langkah, Dia yang membisikkan kata, menghantarkan ayat-ayat cinta dalam kalamNya seolah-olah berbisik.. 'kemon, u are strong, im here with you' =) dan Dia jugalah yang menyuluhkan jalan, dan memberi kekuatan atas segala pilihan dalam kehidupan yang penuh dogaan , pancaroba lagi menyedihkann.

it's a climbbbbb (eh, tetiba ternyanyi plak).

aku.. hendak ingatkan diri aku, betapa bertuahnya diri, kerana si Dia masih mengasihi,
aku.. nak selalu merasakan kasih dan kebersamaannya dalam setiap derap langkah mengharungi jerih payahnya dunia,
aku.. nak ingatkan diri aku. dan kau dan kau dan kau. (baca gaya macam coralspeaking.ehh)  bahawasanya, kalau kau rasa sepi sendiri sephiaaaa. ehh. ingatlah. Dia selalu ada. Dia sangat kasih dan Cinta. kemon!> rasakan kasihnya. ini sangat suwiitt. tahu?
kikiki.

jum hayati doa iftitah. =).
da da.
Allah' love is infinityy~



Tuesday, 9 October 2012

hye everyone!!!....(krik krik) :D ? ..... (krik krik)

Assalam. Ohoi. Somebody.

Just would like to say that, i love the way u motivate yourself.

I hope i would be just like u. Or even better:D


Your writing not only do motivate yourself. But others too.


Keep moving on. Keep on writing.

Sincerely,

:D


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, 6 October 2012

allah yang mencukupkan, tahu?

assalam. alkisah seorang budak. ceritera dia lebih kurang je macam aku.

dia perempuan. aku pun perempuan.
dia umur 20, aku 21.
dia cun. aku lagi cun.
dia belajar kat maktab, aku kat ipg.
dia pun bawa kereta gi maktab walaupun aku bawa lebih bergaya
paling best, dia punn nak pergi umrah tahun ni, aku, err. kalau diizinkan maybe tahun ni, maybe tahun depan. =)

okay. aku tak mahu cerita pasal diri aku lagi, sebab aku kira banyak sungguh post tidak bergaya berteraskan  pasal aku. ya. kali ini, aku mahu lebih berfokus pada ceritera berbentuk motivasi, ceritera bermanfaat yang mendekatkan aku pada Allah. tak kiralah pasal siapa dia yang aku ceritakan, pasal kambing2 di jalanan, pasal haiwan-haiwan pelbagai sifat di kelas, mahupun pasal pacik guard di ipetho yang suka tersengih.

baiklah, tanpa berlengah lagi.biarlah aku membuka cerita. sila beri tepukan gemuruh serta jangan lupa memainkan lagu 'jalan pulangku' oleh UNIC. (er, tapi kenapa lagu tu lya kamillya? tanya seorang penyebuk yang suka nak ada tiap kali aku hendak berlipur lara) tak apa tak apa, aku suka meraikan persoalan. sebabnya, lagu tu lagu kegemaran saya lah cik adik manis. hee=)

ok. jangan buang masa lagi. sebabnya buang masa tu tak baik untuk kesihatan.
bak yang tertulis di dalam surah al mukminun, ayat 3, menerangkan antara ciri orang beriman ialah yang menjauhkan diri dari (perkataan dan perbuatan) yang tidak berguna.
 arakian itu, kalau nak tergolong dalam lingkungan orang beriman, maka tinggalkanlah perkara yang tak berguna, ya. ni nasihat dan wasiat untuk diri sendiri jugak. ye lah . hidup kat dunia ni pun bukannya lame naw. ye dak? eh eh.. camne aku boleh terbagi tazkirah pulak ni.? eh eh. termelalut pulak.

kk, terus kepada titik itu (baca straight to the point) . gadis cantik menawan yang sikit lagi dah nak sama cantik dengan aku tu. (kalau lupa karakteristk dia boleh baca semula di atas). dia ni memang sedang berkira-kira nak pergi umrah. memandangkan dia belajar di maktab, maka dah sah-sahlah dia dapat elaun kan kan. So, duit elaun tu lah yang dia simpan untuk gi mekah. memandangkan pula insya allah panggilan ke mekah tu adalah dalam masa terdekat, maka dia dah save rm 2000 dari elaun dia rm 3+++ untuk elaun sem ini. memandangkan sekarang dah nak habis sem, dah sah-sah lah dia punya duit pun dah habis awal2 lagi kan.

aku pun tak faham lah dia tu. aku rasa dia kena jalani kursus mengurus kewangan lah. haha.

memandangkan lagi dia tu bawa kereta ke maktab, maka lagi mencapahlah peggunaan kewangan dia kan kan. termasuk makan, minum, jalan-jalan, barangan belajar, barangan aktiviti sampingan, bayaran itu ini,topup, belanja pakwa-pakwa. ehh.. lagi menghadapi bendahari kelas dia yang asyik2 meyampaikan tazkirah berkenaan bayaran kelas, alat kecantikan lagi apebende ntah, dan sebagainya, maka budak ini sering menghadapi masalah kewangan yang menyebabkan dia terpaksa mengendeng mak abah dia yang sungguh kasihan.
 (ye lah, patutnya dia yang kene bagi mak bapak duit kan kan) tengok macam aku ni. er err.
orang kata nak berkat hidup kene lah berbakti kepada ibu bapa. justeru, even tak de duit, aku letak juga rm1 atas meja mak n bapak aku. hehe. mudah-mudahan berkat la ye dak? kiki.

ok. jangan melalut lagi. beliau kan,bila kereta yang dia bawa tu menghadapi kerosakan pun dia tak mampu nak betulkan sendiri. hoho lagi kesianlah mak apak dia kan kan , oleh kerana masalah kewangan itu,sampai beliau kadang2 putus asa and nak cancle aje untuk pergi umrah, dan gunakan semua duit dia tanpa mengharap siapa2 lagi.tanpa susahkan sesapa lagi.

pehh. kalau aku, sedih gila. dah syok2 berangan nak pergi mekah, tetiba nak cancle. memang sedih lah. macam orang putus cinta jeh rasanya.

ok dah tu jeh ceriteranya. aku bersyukur sangat kerana tak menghadapi masalah seperti beliau. ni pun bukan beliau yang ceritera kat aku, tapi aku tahu melalui spy2 aku.. huahua. kalau percaya memang sengal. ==. manelah aku ade masa nak upah spy2 ni semua. paling2 pun aku skodeng dia dari jauh je.

ok. ape motif yang cuba aku perjuangkan sebenarnya? he he. apa yang nak dikhabarkan di sini ialah. sebenarnya ialah, hurmm..

senang jah. berusaha dan bertawakallah pada Allah. Allah tahu yang terbaik dan Allah lah yang mencukupkan segala-galanya. jangan lah sampai nak putus asa dari rahmat Allah. kan kan. kalau betul nak jadi tamu Allah, just go for it, insya allah. kan. kalau allah dah pilih, kau tetap akan dapat pergi. kalau allah tak pilih, berusaha lebih sikiiit aje lagi. ok. allah sayang kau. =)
tang duit tu.. hmm, pada aku hurm. mungkin dak tu patut bekerja la. berusaha sikit cari duit lebih, jangan jadi manja anak mak. dah besar panjang pun kan.hihi.(cakap pandai huh)

ok. lastly. nak sama-sama ingatkan diri.
 it's not about how good you manage your money, its about how berkat the rezeki allah give. ok. =) carilah keberkatan. adik-adikku insya allah boleh! (eh, ternyanyi lagi).

Wednesday, 3 October 2012

love

The theme of my entry today is about love.

First of all, today i had done something that i shouldnt. In surah almukminun, there are verses about the real mukmin (take care of the dignity) and today, i had became 'fitnah' to one of my classmate whom many people thought that we are in love. Well, it is really NOT. Ok? And i do realize that i shouldnt do that silly thing again. We are muslims. We got 'batas pergaulan' among men and women. :'(


Everyone is happy teasing us yet after performing zuhur deep in my heart is crying. I had commited a sin yet nobody try to stop it. I am really dissapointed.


Anyway. I still remember a quote that.. Err. U read it yourself. Ok?


Seseorang yang cintakan Allah, akan melabuhkan cintanya pada orang yang juga mencintai Allah.


I hope i am the someone. Insya allah. :)


Ya allah, aku xnak jadi fitnah pada mana2 lelaki. Kenapa perangai aku dah x macam orang beriman ni. :'(


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 1 October 2012

amalan ke ibadat ke tabiat?

Assalam.


Tahukah anda, kita boleh jadikan segala kegiatan seharian sebagai ibadat? Tahukah anda, kita boleh jadikan tidur kita, makan kita, diam kita sebagai ibadat? Tahukah anda segala kegiatan harian pun boleh bawa kita kepada rahmat allah?tahukah anda mungkin itu emas2 pahala sebagai bekalan menuju syurga?


Oh yeah!


Ibadat terbahagi kepada am dan khas. Ibadat khas seperti

Solat, puasa, zakat semua tu. Tapi ibadat am, sesuatu yang kita buat seharian pun boleh dapat pahala. Contohnya, tidur, sebagai rehat supaya esok dapat beramal lagi. Ataupun makan, supaya dapat tenaga untuk terus menjadi hamba.


Sweet kan? Semua pun pahala. Tapi bersyarat.


Syarat penerimaan amalan ada dua. 1)ikhlas kerana allah. Ikhlas tu apa? Ikhlas tu maknanya tak riak. Ataupun dikenali sebagai buat sesuatu atau tinggalkan sesuatu semata2 kerana allah. Kalau tinggalkan solat sunat yang biasa dilakukan sebab takut orang kata riak, maknanya tu lah riak. Tinggalkn sesuatu kerana manusia.


2) syarat penerimaan amalan kedua ialah menepati syariat.so, kalau kau ikhlas solat subuh 6 rokaat, memang xsah lah. Sebab tak menepati syariat.


Ok. Tu je sharing. May allah bless :)


Published with Blogger-droid v2.0.4