Thursday, 30 August 2012

sakit, sakit! aku sepak kang ha!

selalu kalau orang sakit2 mesti dengar dia cakap...

aduii sakitnye..
ishh poningnye paler,
xlarat la..
sakitnye beb


ape la itu la ini la. bertahun2 sihat walafiat, tetiba sakit sikit pening pale sikit dah nak sebok mengadu-adu macam nak bagitahu satu dunia.

kenapa time sihat tak cakap dengan semua yang kau sihat?
nak cakap kat dunia allah xsayang kaw?
nak biar orang kasihan seolah-olah kau dianiaya?

kemonla. xmacho langsung!

... ... ... susahnya nak jadi insan bersyukur!!!.. ... ....

Sunday, 26 August 2012

tibe2 teringat bakti si dia.

assalam.
dah lame bercuti. dah lame tak jumpe akhwat. dah lame tak berdiskusi tambah iman. dah lame x userah.

anyway. teringat memori lame. 27 Ramadhan utk yang tahun lepas. kalau xsilap tu lah tarikhnye.
kami berbuka puasa sama-sama seantero uhud di suatu warung yang tidak asing lagi bagi pelajar-pelajar ipheto, iaitu warung shamsssiah(bukan name sebenar) kof kof. antara hadaf utama majlis iftar kali ini ialah bagi mengeratkan balik hubungan dan keosemman ukhuwwah sesama kami uhudian.

waktu itu, kami pergi dengan dua kenderaan. suatu naik serena macik (kof kof). suatu lagi naik kereta akhwat. dengan tidak semena-mena,  akulah insan bertuah yang dilantik menjadi pemandu untuk sama-sama kami bergerak ke warung tersebut bagi mengisi perut yang kelaparan setelah seharian berpuasa. bagi aku yang baik hati, aku tidak sanggup untuk menolak permintaan tersebut memandangkan memang hobi aku pun adalah memandu. walaupun kecekapanku memandu kereta manual agak boleh dipertikaikan, namun, aku tetap meneruskan kerjaya aku lantaran faktor kekurangan sumber tenaga kerana hanya beberapa insan terpilih sahaja yang mempunyai lesen memandu dengan jayanya.

ok. flow perjalanan kami terbahagi dua. yang naik serena nak balik awal. sedangkan kami berlima yang naik kereta ukhti berhasrat untuk bersolat di surau berhampiran lantas kemudiannya bergerak pula ke bp mall untuk melestari kerinduan untuk bershopping (banyak lahh~ beli barang sikit jeh).
segala-galanya berjalan lancar sehinggalah seusai kami keluar dari simpang ke surau, kereta yang dipandu aku telah dilanggar dengan hampehnye oleh seorang lelaki muda yang boleh tahan kacak bergaya. aku dan rakan-rakan tergezut mak nak sekejap. enjin kereta mati dengan tidak semena-mena. pintu tidak dapat dibuka. bau  petrol yang menerjah lubang hidung kami menambah kecuakkan yang melanda. keadaan huru-hara seketika. dalam hati aku, ya allah, janganlah sampai kereta ni meletup.

aku mencari jalan keluar disamping cuba menenangkan kawan-kawan yang ketakutan. 'lex, lex, ingat allah, ingat allah'!. lantas terbitlah suatu idea. nasib baik tingkap otomatik tu separa terbuka. kami pun keluar mengikut tingkap. walaupun berkain, namun ketakutan yang melanda membuatkan aku keluar juga dari kereta melalui tingkap itu. andai bisa diputar kembali masa, aduhh malu giler, manalah aku nak letak muka.

ni no ni no. maka selesailah segala-galanya. ramai turun menghulurkan bantuan. ustaz, ikhwah, akhwat lain, ustazah, pacik warung, pacik tarik kereta, orang awam, dan sebagainya. semua ada. kami hanya tercedera ringan. sembuh setelah beberapa minggu. tiada yang maut. kereta mendapat pampasan, walau tidak mencukupi namun sedikit sebanyak membantu.

ok. dah tu je. tapi bukan tu yang aku nak cerita sebanrnya. apa yang aku nak ceritakan ialah.. ketulusan dan kesuweetan serta kelapangan dada dan keosemman seorang ukhti, yang meletakkan dakwah di hadapan segala-galanya. yang memandang dunia ini sampah dan melihat segala-galanya berlaku ada hikmahnya. dalam dirinya bagai tiada perasaan marah. dalam hatinya bagai tiada dengki. sangat berlapang dada. sangat memahami. sangat sabar dan hikmah.

ya. itulah dia. ukhti pemilik kereta tu. kereta yang aku tumpang dan pandu bersama akhwat yang lain.

tatkala ditanya bapanya berkenaan excident, seolah-olah dia yang di tempat kejadian, seolah-olah bukan aku yang bawa kereta tu. seolah-olah dia yang dilanggar oleh kereta lain. seolah-olah dia yang bersalah. dan apabila kewangan diperlukan dalam tuntutan membuat pembayaran, semua akhwat sama-sama membayar. bukan aku sorang even aku yang pandu kereta tu. even masa aku nak bayar lebih sikit (et list dapatlah mengurangkan sikit perasaan sebesalah dalam diri) tapi dihalang dengan alasan, kita akhwat, berat ringan sama ditanggung.)

ohh. suweet kan akhwat. ya allah. kasihanilah semua akhwat kami. kau anugerahkanlah mereka syurga! amin.



Thursday, 23 August 2012

budak manja lagi mengada!

hihi. assalamualaikum dan selamat sejahtera
semoge sentiasa bahagia dengan limpah rahmat kurnia yang esa,

 moga disamping jantung bergegup, disebalik nafas yang turun dan naik, satu demi satu, moge ada kalimah allah, allah, setiap saat, setiap detik, turut sama menghargai sepenuh jiwa, mensyukuri segala kurniaNya. allah. allah. allah. itulah kebahaagiaan abadi, ketenangan yang mampu dirasa tanpa bisa diluahkan betapa tenangnya ia, selari dengan ayat cinta dariNya

sesungguhnya hanya dengan mengingati allah, hati hati akan menjadi tenang..

sebelum mengorak langkah, tangan dihulur , jari disusun,..

ni lah family aku! =)


selamat hari raya maaf zahir batin!. <-- ayat klise lah kann.
urmm. xbestnye, xde beza ngan orang lain. oke aku tuka.

sori salah silap, ko x mahapkan aku, aku tanak mahapkan ko jugak! haha.

ok. series macam kanak-kanak riang yang belum akil.

ok. cukuplah set induksi intero yang huduh. hari ini aku bakal memperkatakan tentang...
err..
sebelum tu. aku bawakan bait kata-kata ini,(seperais la sikit kan)

nak tahu apa perkara yang paling kerap hilang di musim perayaan? 

kasut? mm, nope!

handset? ermm, not at the top chart!

hilang anak? hey apekah

ok. jawapannya.
jeng jeng jeng,,

hilang....  PEDOMAN!.

haha! macam kelakar. kan kan. hakikatnye.
it is the reality man!

kalau xpercaya..
cuba, rewind balik.
berapa banyak kali ko makan dalam sehari. jujur pliss~!
oke. aku makan memang lebih sikit. tapi hey itu x bermakna aku dah hilang pedoman, tahu?

xnak terima gak?
woi. busy sangat layan tetamu layan manusia sana-sini, hubungan dengan allah jage x? aurat jaga x? mathurat, tadarus buat x? adoi, tertampaw muke sendri.
err. ye la ye la. tapi kan memuliakan tetamu tu dituntut dalam islam. amende. bukan tanak buat, aku penat layan tetamu. letih woo. tang aurat tu. pade pade la derr. xkan kat rumah sendiri pun nak berstokin memanjang? adoi la!

ok fine. tarbiyyah zatiyyah hancus. inikah daie yang diharapkan. adoi laaa T.T 
JAGA MUTABAAH AMAL!! woi. kalau macam ni la manjanya, ko tak kan mampu pegi jauh. tahu! manja. mengada-ngada. 

jaga qiam. jaga mathurat, jaga dhuha. jaga tadarus. jaga puasa sunnat. woi. jangan malas. jangan sampai tertapis dengan sebab keculasan kau . faham!!

hey. before ni ramadhan la. ramadhan derr. mana tarbiyyah ramadhan? 
ramadhan... T.T sedar tak sedar, dah habis Ramadhan dah.. 

anyway! tang aurat tu.. memang dalam islam ade rukhsakh. tapi tapi, kau sendiri tahu alasan tu allah akan terima atau tak. oke? senyum. =D

duhai. jum la sama-sama gencar raih redha Dia..
=(
kat rumah ni la sepatutnya paling senang. lepas ni akan menghadapi dunia maktab yang penuh pancaroba.. =(

tanggungjawab sangat banyak belum settle der!.
ouh..
jum jum bangkit. allah ma'ana.!=)

hihi. sebelum menutup tirai. aku nak komen sikit entry sebelum ni.

teruk kann. aku sampai terfikir nak stop join usrah. stop buat dakwah. stop ikut jemaah. nak tukar bilik, tanak duduk dengan akhwat. 
teruk kan.. alhamdulillah allah masih tarik aku. allah belum tapis aku lagi. banyak kali mata menangis. kat kelas tengah belajar pun bole nangis. kat bilik nangis sorang-sorang. ya allah. tak dapat bayangkan bagaimana hidupku tanpa tarbiyyah.. ='( 

bukan ape. masetu aku tertekan. aku terbeban dengan something. dah tu pulak aku rasa kosong. xde live. rasa xde member. xde sape nak dengar aku share. in fact, aku yang sebenarnya jauh dari allah... ... ......

anyway!. alhamdulillah ala kulli hal. =)
HIDUP INI INDAH JIKA SEGALA-GALANYA KERANA ALLAH =)

Ok dahh.

Monday, 13 August 2012

am i a loser?

i am so worst. this is not what i want.
ya allah, berilah kecukupan hingga aku x perlu meminta pada yang lain.
ya allah, aku sangat lemah.
takutnya andai jalan yang aku pilih ni mendatangkan murkaMu, kuatkan aku ya allah.

hurm, banyaknya air mata yang tumpah fikirkan hal ni.
go go kmy. kau kuat. go go!.
=( =( ya allah, aku xpunya ssesapa.=(
ya allah, ampunkan aku.

aku tak nak tertapis. n aku dah janji untuk tu. tapi nape hati aku mendesak2 untuk keluar?
=( =(
beratnya, sakitnya! ='(


Thursday, 9 August 2012

fuyyoh.

Assalam. Fuyyoh untuk smalam sebab macam2 aku dapat. Anyway sebelum pegi lebih lanjut, ni intero.

Semalam kelab kaunseling ade buat makan2 iftar sesama kat rumah puan n cik kaunseling yang terlibat. Bilangan pemakan adela kurang lebih 20, campur non muslim. Ntah macam ner aku pun terlibat walaupun aku tak terlibat sangat dengan kelab tu.


Oke. Nak cer kat sini macam2 der aku dapat. Suwet meme suwet la.

Aku buat point2 je la eh. Kejap lagi ade usrah, nak kene sedia otak dan jiwa raga ni meh.


1. Ade non muslim tu, dia pose juge. Pastu dia tanya. Kuatnye u all. I rase macam nak pitam lah. Lalu kami pun menerangkan konsep sahur.

2. Lepastu, kami solat maghrib lalu dirase seperti dipantau. Haha. Meme pun. Dak tu tengok je kami solat maghrib sampai abis. Ya allah.seronoknya kalau dia dapat hidayah untuk peluk islam.

3. Ok ni ke3.

Tempat rumah tu dari iptho ade laa lebih kurang 15 minit. Kalau nak g naik teksi pegi balik memang mahal pun. Agak la. Tapi oleh sebab kitorang gi dengan kereta bapak aku, maka kami hanya perlu duduk d dalam kereta sampaila tetiba lampu minyak berkedip minta kereta disumbat dengan sedikit minyak bekalan hayat. Aku isi rm20 dulu tapi pinjam member.


Tibe2

'amek la terus .nah rm5. '

'Eh, banyaknye', aku berkate.

Make jawabnye ' rm5 je pun. Klu naik bus tak sampai tmpt ni.klu naik teksi belum tentu cukup rm5 pegi balik, upah awak drive lagi.'


Aku dalam hati,

Fuh, memahami betul la beliau. Tak macam yang lain.......


Lagi.. Alhamdulillah. Aku memang serius tengah kopak. Alhamdulillah.

Erm.may allah bless.erm


Published with Blogger-droid v2.0.4