Friday, 22 June 2012

sentap ohoi

'wei aku sentap dengan ko tahu tak? Semua org ta puas hati dengan ko tahu x? Ko ni kalau cakap xpenah xmelukakan hati org tahu x?


O yeke. Kalau ko nak tahu Kata2 ko lagi ramai orang sentap. Byk hati menangis sebab ko cuma ko xperasan tahu?


...Krik krik...

Masing2 cuma memikirkan perasaan sendiri. Bijaknya syaitan.memang care. Bak kata puan murobbi Masalah hati pun ta bleh settle camner nak buat keje2 osem yg boleh tahan fulamakwehnye? Sentap? Kbai.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 15 June 2012

wow siyok.


Syok do.
Maksiat tu syok. Betul ni. Aku tak tipu (mata confident tak berkedip). Series.
Err. Tapi. Sekejap je lah,,
Pastu kau akan rasa kosong kosong kosong (eh eh tersalin lirik lagu lagi). Rasa gundah gulana. Resah. Tak senang. Rasa something yang tak settle. Jiwa rasa sesak tapi tak tahu nak cakap macam mane. Paling teruk sekali kau akan rasa ditinggalkan. 

‘sukati ko lah nak buat ape’

Tadaa~
Kau nak sangat , buat lah. Jauh dari allah. Uruslah hidup kau sendiri!.

Huhu.. okay berbalik semula pada cerita tadi.
Nak buat maksiat. Nak buat sesuatu yang bila ditanya allah redha atau murka, pasti jawapnnya, xconfident dan err.. err..

Sebenarnya, syok buat maksiat tu, sekejap je. Sekejap sesangat. Tapi, sengsaranye. Hmm.
Sayang. Sayang seribu kali sayang. Syok yang ko dapat tu pun belum tentu semaksima syok yang ko sepatutnya dapat. Tahu?

Ye, you deserve better. If not now, it will be tomorrow, tahu?  
Betul. Seriyes ni. (mata bersinar-sinar ) aku tak tipu. Yakinlah.

Once ko bersabar dan kuatkan diri dari melakukan segala kegiatan dosa dan noda. Allah simpan sesuatu yang lebih baik dan lebih syok untuk ko. Dan ko akan mendapatkannya satu hari nanti. Sama ada kat dunia ataupun di akhirat sana. Yeyeah.
Paling best. Ko akan rasa puas. Ko mampu berkata bangga
Papai maksiat. Aku tinggalkan anda sebab aku cintakan DIA tahu?
Uwah. Sungguh cool dan bergaya. Betul.

Pesan aku jika ada bisikan-bisikan yang cuba merobek hubungan kasih cinta sayang dengan DIA azza wajalla, ingatlah semula kenangan manis ko bersamaNya,  =) 

Duhai ALLAH, aku tinggalkan ini semata-mata kerana mengharap redhaMu. Redhai aku ALLAH. 

Hey anda, saya sedang berasa cool dan bergaya yeyeah. =) jum join kumpulan anggun bergaya.
Allahu Allah.

ikelan

bismillah. assalam.
he he. nak buat eklan sikit bole? waha!. belog aku, sukati aku la, apsal aku minta izin ni hah. 

kawan aku baru buat blog baru. wordpress punya. (aku peliklah. dulu lecturer aku ade bagi task suruh buat blog wordpress,aku tertanya-tanya kenapa kawan aku tu ade blog. nampak sangat dia tak buat tugasan yang lecturer aku bagi kan. )waha. jahatnya. jz kidding.

anyway. selamat membaca belog beliau.
http://cumainsanbiasa.wordpress.com

er. blog ni pun best.tapi dia dah tak hapdate pun.
http://ikamy.wordpress.com
aler. biarlah aku nak ade. hihi

kbai.


Wednesday, 13 June 2012

walaweh ko halau aku weh?


Assalam. Bismillah.
Alkisah pada hari semalam, aku dan seorang member di ipheto telah menghabiskan masa selama sehari dari pagi sampe ke malam untuk ke sekolah lame di jay be(bukan nama sebenar.eh). 

walaupun kepenatan menyelubungi jiwa dan raga namun aku berasa sangat bahagia dan puas lantaran aku sangat seronok dapat berjumpa kembali cikgu-cikgu dan kawan-kawan(junior) di sekolah tersebut. Ewah!

 Tak kusangka cikgu-cikgu masih mengenali diriku ini. Begitu juga adik2 di sekolah tersebut kelihatan terkinja-kinja dan teruja dengan mata yang bersinar-sinar bahagia dapat berjumpa denganku.wah!

Dah. Cukuplah mengomel.  ^,~
Aku, nak kongsikan suatu cerita. Cerita yang sangat memberi kesan di jiwa. Err,jiwa aku lah. Jiwa korang manalah aku tahu. Apelah.

Alkisah. Dalam perjalanan, aku singgah ke sebuah masejid yang begitu gah, dilengkapi dengan pendingin hawa serta cctv yang merakamkan keadaan di dalam masjid tersebut.

 Sebelumnya, aku menaiki bus yang dipandu begitu laju melalui jalan yang berlubang-lubang dan tak rata secara tidak langsung menjadikan hentaman dan gegaran di dalam bas tersebut membuatkan aku merasai perjalanan tersebut sangatlah penuh onak duri. Kepalaku berdenyut-nyut-nyut memberontak.

Namun kukuatkan hati. Ya! Demi menghubungkan tali persaudaraan kepada warga eSeMKe’A JEY BE yang sudah lama terpisah. Aku amek cabaran ini!. (genggamkan tangan, kuatkan tekad) er. 

Oke, berbalik kepada ceritera. Disebabkan kepala aku mengaduh-duh-duh penuh manja, aku pun berbaring seketika di masjid tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang penuh mencabar. 

Niatku hendak melelapkan mata seketika sebelum menunaikan solat fardhu zuhur sekaligus melaksanakan sunnah baginda Rasulullah s.a.w iaitu qailullah(tidur sekejap) sebelum zuhur.
Sebelum melelapkan mata, hatiku sempat berbisik. ‘Uwah. Alangkah bagusnya tempat ini, sangat memahami kepenatan dan kedenyutan kepala yang melanda masyarakat Islam yang bermusafir. Osem.’

  gambar sekadar hiasan. amek dari fb kawan sekelas. diam2 je eh!

Sedang berbaring di masjid tersebut, dengan tidak semena-mena aku ditegur oleh seorang macik yang Nampak macam komited la sangat dengan tugas beliau
.
‘hey, awak buat apa ni? Keluarlah!’ 

Aku terkejut, bingkas bangun dengan muka penuh tanda tanya. Er, apa salah aku? 

Aku lihat macik tersebut menuju pula ke arah akak cantik menawan di sebelah sana, yang juga sedang berbaring, menanti dengan sabar akan masuknya waktu solat bagi menunaikan kewajipan sekaligus melestari cinta pada Dia yang maha Esa. Macik tersebut menegurnya dengan suara yang agak lantang namun taklah bergaya mana. 

'Jangan tidur di sini. Ini bukan tempat tidur, untuk solat sahaja.'

Pehh!. Ini kali pertama aku dihalau dari duduk di masjid. Orang islam sendiri yang halau tahu tak? Pehh la sey. (Er, kene halau warden masa stay di surau sebab tak nak pergi prep tu sila jangan diambil kira). Aku orang Islam tahu tak? Sesukahatinurani dia jer halau aku. Pehh! 

Okay. Kalau dia cakap elok2, jangan tidur di sini, aku boleh terima lagi. Aku cuba berbaiksangka. Aku tak Nampak pun mana-mana tanda atau signboard yang melarang tidur di masjid itu. Masyarakat juga tidak ramai. Hanya ada empat orang di dalam ruangan solat wanita di masjid besar yang berhawa dingin itu. Apalah kiranya kami di situ. Apalah gunanya tempat kalau tidak digunakan. 

Sedang aku masih duduk di situ(tak sampai pat minit aku rasa), macik tadi kelihatan tekad dengan keputusannya meminta aku keluar. Dia dengan pantas membuka tirai yang memisahkan kawasan solat wanita dan lelaki.

Oke ini sudah lebey. Aku berteriak.
‘sabarlah macikk!’
 pehh lagi sekali tahu tak!. Kalau ada di antara lelaki di sana nampak aurat aku, Nampak rambut aku, aku tak maafkan macik tadi. Amek kau dosa aku. Bihadap betul. Macam tak ada manners. Elok2 orang bertudung, tetiba je jadi ‘free hair’ dalam masjid. Hampeh, isn’t it?aku nyorok di belakang tirai.

Kemudian, macik tadi memanggil seorang lelaki diirngi perintah, 
‘cepat, vacuum kat sini!’.

 Dengan tidak semena-mena, lelaki tadi yang kehlihatan seperti pekerja bawahan si macik, masuk sambil membawa baldi serta sabun. Peh! Aku terkocoh-kocoh lari ke kawasan wuduk, sambil membawa tudung dan stoking. Di situ aku cepat-cepat memakai tudung aku, pehh. Terjaja-jaja aurat aku hampeh. 

Dari situ, aku mendengar si kakak cantik tadi memarahi si lelaki yang masuk. 

‘naper tak boleh stay sini? Kan dah nak zuhur ni.! Orang nak solatlah. Tunggu masuk waktu ni weh.abes ape citer ni beb macik tadi tak bagi stay sini. Ape semua ni beb?! Blablabla.

Si akak cantik mengomel pada pekerja bawahan yang sentiasa menjadi mangsa keadaan. (ayat dia sopan sikit sebenarnya, sebab akak tu cantik)

Ok. dia keluar balik, tutup semula langsir. Lantas, ke tempat wuduk wanita, membersihkan kawasan tersebut. Tak jadi memvaccum. E’ele. Tak yah vacuum, bersih dan suci je tahu tak? 

Aku bengang. Okay!. Dah buat macam ni tak reti2 nak mintak maaf memang hampeh lah kau macik, mau aku maki kuat-kuat tadi! (Nampak tak betapa aku ikut tarbiyyah, aku boleh kawal sikit kemarahan. Kalau dulu aku senang2 je nak cakap lecturer tu belagak, tapi masa berganti masa, aku bertambah sopan dan menawan. Wah!)err.

Lantas, aku menelefon member aku yang belum tiba. ‘er awak, kite solat kat sekolah je lah eh’
Aku pun turun. Meneruskan perjalanan ke sekolah bersama member yang baru tiba dengan pakaian biru tqois –baju tema pa1. Hee.
...
Di sekolah. uwah! Rindunya tempat ni. Tempat aku mula-mula masuk persekitaran osem. Kalangan dak2 bersongkok dan bertudung labuh. Kalangan budak2 yang belajar agama lebih sikit dari sekolah biasa.
Aku pun solatlah berjemaah dengan member aku di situ. Best. Masyuk. Tenangnya solat kat sini. Osem=)
...
Dalam solat aku nangis. Er. Penah dengar kata-kata ni? 

Himpunkan resah gelisahmu di dada solat.

Dalam solat, aku mengadu pada Allah. Dalam sujud terakhir, aku berdoa,  

Allah, aku di halau dari rumahMu. Untuk gerangan apakah ketentuanMu ini?
...  
Iman melahirkan ketenangan, keberanian dan optimis.
Hmm, aku berfikir, Ini baru rumah Allah di Malaysia, aku telah dihalau. Patutlah aku tak dapat pergi mekah lagi. Aku masih belum layak untuk itu. Allah yang gerakkan hati macik tadi untuk halau aku, semua ni dari Allah. Tak lain tak bukan allah nak tegur sesuatu. 

aku banyak dosa. Dan baru aku teringat dosa aku sebelum ni. Er. Er.. Allah, rupanya Engkau hendak menegurku. Terima kasih Allah. Aku redha dengan apa yang terjadi.  Halauan tersebut, buat aku sedar, Allah murkakan aku? 

Halauan tersebut jadi asbab untuk aku menangis dan mengangis. (aku harap air mata tu dapat bantu padamkan api neraka yang bakal membakar aku kelak. Aku tahu aku banyak dosa. Aku tahu aku hina. Alhamdulillah ya allah. Jadikan aku hamba yang bersyukur. Alhamdulillah. Allah masih memberi teguran di saat aku makin alpa dalam kelalaian)
Tapi, macik tadi. Aku tetap tak puas hati dengan dia beb. Uiks. Hampehkah aku?

Aku nak tanya. kalau kau ni seorang yang memang suka menggoda lelaki, satu hari kau kena rogol. Kau pun insaf. Memanglah kau tahu tu teguran dari Allah. Abis tu kau redha dan maafkan lelaki tu macam tu je tanpa minta ditegakkan keadilan? Tak kan? Macam tu lah aku. Tahu? Aurat aku terdedah sebab macik tadi. Aku mahukan keadilan. ! tahu? 

Moga-moga kau insaf dan tak buat kat orang lain. Kemonlah. Kita sama-sama Islam. 


Hmm, takpelah. Mungkin macik tadi stress sebab dia pun dapat arahan dari orang atasan. Tak tahu apa nasib sebenar macik tu, kan. 

Okay dah. Itulah pengajaran sangat besar. Dihalau dari masjid! Di Malaysia, ye. 
dan di malam hari, aku terjumpa ayat ini. ayat cinta dari Ilahi. sdikit sebanyak menghilangkan duka lara di dalam hati.

Dan barangsiapa mengerjakan kebajikan sedang dia(dalam keadaan) beriman, maka dia tidak khawatir akan perlakuan zalim(terhadapnya) dan tidak (pula khawatir) akan pengurangan haknya.(20:112)
Ada sesiapa dizalimi? Nah.no worries allah with u. =)


ok. sebelum menutup kisah ceritera ini. aku ade video best untuk dikongsi.

Monday, 11 June 2012

cakap pandai ler-.-


Bismillah

Ada dua ceritera.

Kisah 1

Kem di UTHeM(bukan nama sebenar) . Mase itu, entah macamane entah Aku join dengan kelab IQRA’ , jadi fasi untuk satu kem bersama adik-adik sekolah menengah di sana. 

Aku ditugaskan untuk menjaga satu checkpoint bagi menjayakan program tersebut secara tidak langsung menjadikan kem tersebut lebih menarik dengan adanya kehadiran aku sebagai kakak fasi. Muahaha

Tapi, aku tak berminat pun bercerita pasal apa game yang aku kene jaga kat checkpoint tu.tolong jangan sedih. Ala simple2 je, its just about how the student get the lesson from the task. But im more interested to share to you all about the lesson that I got. 
Ye lahh. Apa yang kita buat pun, kene cari pengajarannye tahu? 

Ok. Blablabla. Lepas jalankan checkpoint tu, aku pun bagi lah sedikit kata-kata hikmah kat adik2 sekolah tu, memandangkan masa yang diperuntukkan untuk game masih belum habis lagi, maka perlulah aku berbicara seketika secara tidak langsung menjalinkan hubungan dan kasih sayang sesama adik2 tersebut agar adik2 tersebut merasai betapa murninya akak fasi diorang ni.wahh.

Aku berkata-kata tentang pentingnya menghormati guru, sebelum tiba-tiba kata-kata ini dicantas dengan sebuah persoalan cepu emas dari seorang adik yang berjantina lelaki. Aku syak dia saja-saja je nak tanya bukan berminat mana pun nak dengan ceramah huahua.
 
Soalannya berbentuk begini 

Abis kak. Kalau cikgu tu buat salah kat kita. Pandang slack je. Camaner kita nak respek dia akak?

Lantas ,aku memberi jawapan yang dirangka baik punya dengan harapan tiadalah kiranya aku mengecilkan hati mana-mana pihak dengan jawapan aku. 

Blablabla.kene respek cikgu jugak wey.blablabla. 
Haa. Camtu lah lebih kurang jawapan aku. Ye ye. (muka confident)
Tetiba. Pungpangpungpang (kehidupan berjalan seperti biasa di ipheto).
Suatu hari yang sepatutnya bahagia dengan jiwa yang sepatutnya sentiasa tenang dan sentosa, sebab masatu aku baru je lepas solat.
awak ni! blablabala(lecturer marah aku padahal bukan salah aku)
Err, tapi kan..
blablabla Dia membidas lagi tanpa cuba member segelumit peluang untuk aku membackup diri.
blablabla’ dia marah aku lagi namun kali ini disaksikan oleh seorang lecturer lain.

Aku hilang sabar. Aku amek barang-barang aku. Aku blah dari tempat tu dalam masa yang sama mengcontrol wajah agar tidak terlampau mempamerkan dendam. 
Di luar,aku menangis dengan manjanya. Mahu menenangkan diri lantas aku membuka alQuran dan membacanya. Baca.baca. malangnya tak terkesan di hati memandangkan perasaan hampa menguasai diri.
 Lepas tu. Nak tahu aku buat apa? Aku pergi keluar balik. Lantas mengeluarkan suatu teriakan yang ditujukan khas buat lecturer tersebut…
BERLAGAK  !!!
Aku masuk balik. Kali ini dengan senyuman. Puas. Aku syak dia mendengar. Aku ketawa gila. Senyum. Bangga. Bak kata seorang lecturer lain. Orang sombong harus dibalas dengan  kesombongan. Muaha. Err.
Dan bila malam, bila malam (ehh, ape salin lirik lagu ni). Aku muhasabah. Uhuk..(nangis dengan manjanya lagi)cengeng!. Napelahh benda ni jadi kat aku.
 Hey. Aku Cuba menjalani kehidupan di ipheto sebagai seorang student yang baik tahu? Kejadian hari ini telah mencalarkan prestasi baik aku selama ni tahu?
 Padahal kejadian tadi berlaku baru sekejap seusai  solat. Bukan solat cikai punya. Aku menangis n menghayati solat aku. Tetiba jadi macam ni memang terkilan sangat lah kan. Sepatutnya solat tu boleh ubah mood yang baik tahu, sekurang-kurangnya sampai the next solat.huu~
Hurm. Tak lain tak bukan, semua tu ujian allah untuk aku. Tetiba je kene marah kan. Terngiang-ngiang balik ape yang aku cakap kat adik2 di UTHeM.

Abis kak. Kalau cikgu tu buat salah kat kita. Pandang slack je. Camaner kita nak respek dia akak?. 

Blablabla.kene respek cikgu jugak wey.blablabla.

Ok. ceritera 2. 

 Wanita 1 :        eww, tak sukanye, tak suka tak suka. (err,dialog sebenar  xlah segedik ini)
Aku :                gapo gapo? (sambil tengok screen lappy dia yang ternyata menunjukkan laman social facebook)
Wanita 1 :         ni haa. Suka tanya yang ntah apa-apa. Ajak borak.  
Aku :   ehh. Lelaki ini. Fuyooh. Dia bukan ala-ala warak gitew ke? Pehh. Ingat tak layan pompuan . 
 (memperkatakan tentang seorang lelaki yang err, ikut userah).
Wanita 1:        don’t judge a book by its cover la kmy.

… ok aku diam jeh. Sambil fikir, camane nak tolong settle. Aku takut tindakan berterusan oleh lelaki tadi boleh menjadi fitnah dalam kerja dakwah dia. (err, bila dah jadi ngumpat, kene settlekan masalah tu, barulah ngumpat jadi halal. (ngumpat untuk mensettlekan masalah)
Di babak lain.

Aku : er blablabla
Wanita 2 (sekelas dengan lelaki tadi ) :  blablabla balik dan err blablabla
(sedang berborak, tanpa semena-mena terlompat ke tajuk ikhtilat, api aku tak bagitahu pun pasal lelaki tadi)
Aku :hmm, tapi, kalau ada jadi macam tu, mesti dia tak perasan kan.. so, kawan yang sedar kena la sedarkan dengan cara menegur kan. 
Wanita 2 : tegur macamana?
Aku :  bagi talk kat kelas ke, sharing kat fb ke. Yang penting kene tegur lah. Kan tak elok. Jahiliyyah akan jauhkan kita dari buat baik. 
Wanita 2 :  o00o0. (gaya sinchan. Eh. Ok tipu) betul jugak ehh. Camna nak buat kerja dakwah kalau bergelumang dengan dosa. Kalau tak jaga pergaulan. Kann. Cuba kalau kita buat salah tak de sesiapa nak tolong tegur. Biar je kita buat dosa. Biar je kita masuk neraka.  
Aku : hmm, ikut usrah sangat kene menjaga kan. Kene buktikan kita ikut tarbiyyah. Kan. Must be better that the others kan. Hmm. Cuba lah tegur kalau ada kawan sekelas camtu.
Pungpangpungpang (lagi sekali kehidupan berjalan seperti biasa di ipheto).
Tetiba dan tetiba
-assalam kmy ! (sorang kawan lelaki tegur di chat fb, tanya pasal agama, pastu melencong bab lain )
-miskol (seorang lelaki kelas lain,ntah kenapa misekol aku tetiba)
Di kuliah. Tetiba ada hal dengan lelaki pulak. Bincang ntah hape ntah. Selalu bincang ngan perempuan je. Tetiba ni berdua ngan lelaki. Er
tergugat pendirian aku, nak menghenti meminima pergaulan xpenting dengan lelaki. 
Well, women will be interested to men. And vise versa. Kalau tak, tak normal tu namanya tahu?
Dengan tidak semena-mena. Hihi. Aku tetiba rasa hot plop. -.-
Err.   (X.x)
Lagi berpendirian lagikan diuji.
Err.
Semua ada hikmah tahu? Allah tak jadikan sesuatu dengan sia-sia tahu?
Allah tak nak kita hanya pandai berkata-kata tahu?
Jadi orang pandai yang berkata-kata , bukan sekadar orang yang pandai berkata-kata tahu?
Nahh! Surah as saff ayat 2-3.  Boleh plak terjumpa ayat ni selepas semua ni berlaku. Amekko!!

Saturday, 9 June 2012

e'ele.

Aku tengok kecik beso kecik beso jeh ko ni tahu?


'xpayah la nak manja2, kalau nak manja2 tu tunggulah bila dah bersuami'


'E'ele kmy tu, cemburu lettew'


'ehh, aku pulak?'

-,-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 8 June 2012

Shall I write something about her??


Hmm, I just looking at our pictures through all of our activity together.

Ya, we have gone through a lot of programs, with all the joys.  Daurah to kl, rehlah and mukhayyam at the gunung belumut, going to ‘sv palestine’ and meeting k.  wardina together . and all those  Our sweet times make me say goodbye so hard.
if I were given a choice, I don’t want to say goodbye.

However. It is the fate. It is the reality that I can do nothing!. I miss her. I miss her!
Dear, can you please, come back and be together with us? =’( cry. Rinduu~
Why are you choosing of going out?

Sorry for not being a good ukhti. If the reason for u to stop working with us, in this gerabak dakwah, caused by me. Then, I will forgive me not. Im sorry. Please come back to us! =(
Awak! Balikla! Jom la kerja sama2 lagi!.
Saya sayang awak! Saya rindu awak tahu!.


Just let out your tears. She is not listening! And she even no care!. =( fine!. =( sad ~

Wednesday, 6 June 2012

i sensitip tahu?

assalamualaikum.  hye awak, awak, dan awak semua!!
yeay. hello world!!~
kabare semua?
sihat? sakit? sedih? happy?

yaa. jangan sedih2. be happy okay dear=) fillah.


hihiu. senyum dulu.~ ^,~
okay. today, i wanna share a video. (baca pelan2 ala2 tengah coral speaking) hihiu cute lettew~


yee. spesel edition punye.
tengok lha~~

video


 video ni aku tengok mase usrah tempoh hari. member aku dapat task kene share video, so dia tunjuk video ni dan kamiorang sama2 share ibrah(pengajaran) dari video ni

ape yang anda dapat dari video ni??
 (camni la soalan usrahmate aku tiap kali lepas present video) he he. 


...


aku cuma nak share.
sebenarnya. tadi ade sesuatu yang buat aku tersentak. hmm. camni ceritanya.

jeng jeng jeng...


aku sangat berpegang dengan ayat
hikmah pencarian mukmin.
so, apa2 yang terjadi, aku tau, allah ada meletakkan sesuatu untuk mentarbiyyah diri aku.lagipun, baru petang tadi aku bace cer yang bertajuk 'men are from Mars, women are from Venus', bace via pdf jeh.

its about learning the other, about how practical it is and the specific terms about how men and women are different, and so so lah.
 tapi,
 selain tu, aku faham sesuatu, iaitu, about how to understand people. kenapa sesetengah orang begitu, dan sesetengah lagi begini. semuanya terbentuk dari hmm, mungkin, fisiologi seseorang, ataupun pengalaman lampau.



dan baru tadi. aku cam tergaduh, er, bukan gaduh laa, sentap mak nak je kejap.
dia kata dia kecik hati ngan aku. aku plak..? err. ko sorang ade kecik hati?? hi hi.


camni cer nye,jap intro.


aku suka gurau, ape2 pun aku suka gurau. aku xsuka stress. xde gurauan cam xde life rasanya. boo. dan aku rasa gurauan aku xlah setahap hampas seperti gurauan cik tika(bukan nama sebenar) beserta kuncu2nya  yang berusaha memisahkan kami sekalian akhwat semata2 sebab nak buat surprise birthday party sab kan.
bukan jugak gurauan sambut birthday akhwat2 lain yang aku berani jamin, mesti diorang xboleh lupa peristiwa birthday tu disambut, psyco habis. memang xleh lupa. melainkan mereka sendiri dilanda masalah hilang ingatan.
betul. gurauan aku tahap normal. je. ye. bukan paranormal. tapi, tatahulah. hati masing2 kan. mana aku sangka dia kecik hati. haii~~sensitip mak nak~


...


ok. berbalik kepada video tadi. nak tahu apa pengajaran yang paling best sekali aku dapat?
xnak tahu?
aku nak bagi tahu jugak!
ha ha


pengajarannya, setiap orang mempunyai pelbagai pengalaman hidup sendiri, dan semua tu membentuk pemikiran dan pendirian seseorang.


kalau kat video tadi. seorang lelaki yang keadaan kakinya tempang meminta sedekah pada sekalian jejaka di jalan raya. namun begitu, si pemandu kerete tu tak bagi apa2 pun kapada si peminta sedekah, bahkan meggoyang2kan tangannya menuntukkan 'takde takde' tanpa rasa belas kasihan. hinggalah akhirnya dia di'sound' dengan penuh bergaya oleh lelaki yang dibelakang tu.

tapi. kenapa dia buat begitu?
sebab dia berpendirian,
keadaan aku lagi teruk, tapi aku boleh bekerja. mengapa engkau tidak? 

tapi, orang yang tidak merasa, hanya mampu berkata, 

' awk ni xderma pun? blablabla~'

see,? different person, with different style of life, think in the different way, right.
 okay.
tadi aku kata, aku gurau tahap cikai2 je. xde terluka mana la hati orang kan~boo
tapi. cuba fikirkan, kenapa ada orang boleh begitu sensitif, xboleh terima gurauan untuk perkara yang kita tak maksudkan punn.
contoh.,,


laa, xfaham ke? ko ni kene solat taubat ni. haha


>>bukan nak cakap ko banyak dosa sebab tu xfaham, so ko kne solat taubat. takk! kalau macam tu aku lagi banyak dosa sey., cumanya nak ingatkan, kita memang manusia,  so, sama2 kene lazimi solat sunat taubat, sebab manusia mmg selalu buat salah.



contoh lagi.

ko ni umur 20 dah macam 30, hihiu.


>> bukannye aku maksudkan, haha muka ko tu sumpah dah macam orang tua beb!. takk! kalau aku nak cakap macam tu baik aku cakap dah macam 50, ke 60 tahun je terus. haaa~ sebenanye aku maksudkan muka dia muka matang, muka dewasa. u get it right?? err, kecik hati keeee. ala awakk ni taww~



haissh. susah kan kalau sensitip sangat.. susah.
nak gurau sikit pun xboleh.hu hu


manade aku menipu dalam gurauan. xde!!aku tau tu dosa.
er,, tapi sakitkan hati saudara dengan kata2 pun dosa. err. ~


ok. let's see.
why are they get so sensitive?


sebab. kita xrasa apa yang mereka rasa.
kita mungkin hidup dengan penuh bahagia penuh gurau senda dan tawa ria bersama keluarga tercinta, sedang mereka tidak.

...
yee.
dan. baru aku ingat. ya. dia anak yatim.dia tidak punya dua orang tua seperti aku punya.
dia tidak miliki apa yang aku miliki.

aku mungkin xmampu fahami dia. sebab aku bukan ditempatnya.
...
...
dan. tadi. air mata aku banyak tumpah untuk dia.
 ...
...
...
Awak. awak. boleh awak maafkan saya? pelisss..

ya allah. aku sayang dia. fillah.

dengan namamu cinta

dengan namaMu yang meniupkan ketenangan di kala jiwa gusar dan kecewa
dengan namaMu yang memberikan keberanian di ketika diri takut menghadapi kehidupan
dengan namaMu yang memberikan semangat untuk terus bertahan di waktu diri ini putus asa hilang pengharapan
dengan namaMu yang memberikan kekuatan untuk bangkit di masa diri tak berdaya mengharungi kehidupan
dengan namaMu tuhan, yang ketika aku kesepian, tiada siapa-siapa kecuali Engkau,
dengan namaMu tuhan, yang tika aku sakit, Engkaulah yang menyembuhkan
dengan namaMu tuhan, yang menghilangkan segala kekecewaan.
Engkaulah Allah, yang hanya Engkau aku mengadu segala urusan.


Tuhan. bantu aku untuk terus bersyukur degan segala rahmat limpah kurniaMu.
Jangan biar aku alpa, leka dengan nikmat sementara hingga aku lupa segala yang pernah Kau tarbiyyahi aku,
tuhan, kuatkan aku.

Tuhan, aku nak syahid. aku nak mati di jalan yang paling Engkau redhai...