Thursday, 31 May 2012

nah duhai yg diuji. kata cinta dari Ilahi =)


"Ketika Allah rindukan hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui
malaikat Jibril yang isinya adalah ujian."

Dalam hadith kudsi Allah berfirman,
 "Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"
(HR Thabarani dari Abu
Umamah)

Wednesday, 30 May 2012

ini memang kisah pelik, tolongla tolongla fahamkan aku,

berita kematian.
batinnya, dia sudah tiada. yang berfungsi, cuma bantuan pernafasannya. ye. saya telah ke sana. semasa saya mengubati yang lainnya.betul. yang lain pasti tidak percaya. sebenarnya dia sudah tiada.

adoi.
xpe lah. andai kematian menjemput. tiada yang bisa menghalangnya.
er.

tapi. bagaimana bisa, satu manusia boleh di dua tempat berbeza pada waktu yang sama? er.

iman sofya

something that blow my good mood away. its stupid. why that nonsense freely be there?
stupid. really. iman sofya!!!

grrr.

syhhh. syhhh. cool dear. cool. allah. allah. allah.
chill. u are strong babe=))omma. dont cry! silly.

Tuesday, 29 May 2012

aku yang dah baik sikit. err


Assalam.kalam bismillah pembuka bicara.

“aku dulu, pakaian, jeans, biase lah. Bukan jeans biase2”
“aku dulu, mana tempat aku tak pernah pergi? Karaoke? Wayang? Huh, jangan cakap la”
Dia berkata. Dengan nada yang cukup membuatkan kiteorang tergezut gamam.

   “pehh. Kite tak pernah pergi tempat macam tu tauuu” dasyat la anda  ni." komen seorang budak.
   “peh, biar benar anda adalah anda yang anda maksudkan? Bagai tak percaya daku ini” huuu~ komen lagi seorang budak, manambah perasaan pelik yang meminta agar katakan adakah ini benar ataupun dusta.
krik krik.(asyik2 krik2. Xde bunyi lain ke?) be different pehlis. (ok selingan)

”Manakan percaya.

 Tak apa. Yang penting, manakan sama, bertarbiyyah dengan tidak.” Walaupun anda dulu begini. Tapi, bila bertarbiyyah, kita kene tunjukkan kita berbeza. Kita ada perkara besar yang perlu dilakukan hingga kita tak buang masa dengan melakukan perkara yang orang biasa-biasa lakukan.
Lalu mari aku muhasabah diri puler. 

aku dulu..
wayang..ade la beberapa kali , xbest pun ah. Better tengok movie kat rumah
karaoke, ade la sekali. Xnak pegi lagi. Bukan pandai nyanyi pun. Orang cina tu siap hidang air kat cawan carlsberg  lagi. Ntah ape ape ntah.jeans?. er er

 Tapi, nape aku xrase pun bende tu jahat, er, maksud aku, jahiliyyah? well, memang la ade je yang betul2 jahat yg aku buat kan. tapi untuk yang ni, aku cam xbole terime ah!

Ape la. Jangan la paranoid sangat. Dosa ke pakai jeans? Asal tutup aurat bebeh. Gi wayang? Salah ke? Bukan tengok citer lucah pun. Gua orang solat punye beb. Solat cegah kita dari fahsya’dan munkar.
Lagi ape? Karaoke? Rilek la. Lu ni.. islam x melarang kita bergembira. Berhibur. Zaman nabi pun, ade jer nyanyi2 nak bergembira. ape la.. jangan la extremis sangat ==,
 Haha. Aku betul. Kalau masuk debat aku boleh menang dengan sungguh bergaya. Sila bagi tepukan gemuruh .

kata aku dalam hati. 

 Woi. Adoi la. Meh aku ulang balik ayat cik naqibah

Tak apa. Yang penting, manakan sama, bertarbiyyah dengan tidak.” Walaupun anda dulu begini. Tapi, bila bertarbiyyah, kita kene tunjukkan kita berbeza. Kita ada perkara besar yang perlu dilakukan hingga kita tak buang masa dengan melakukan perkara yang orang biasa-biasa lakukan.

Err, teringat pula di suatu malam yang hening di bilik adinda liqa’. Ahah!

‘akak ni, baiknye alahai!. Akak ni baek sangat la. Mesti akak xpenah buat mende2 jahat kan. Sepanjang hidup akak, ape je bende jahat akak penah buad’??
tanya seorang adik liqa dengan penuh tanda tanya kerana mungkin dirasakan aku sungguh baik hati dan innocent. hikhik. whattosay. muke baek. tapi memang baik la kan. 
     
well sebenanye serius aku xingat ape yang aku jawab. Tapi aku xbagitau pun. Bakper aku nak cer semua kejahatan aku? abeh la hilang thiqah diorang kat aku, kalau diorang tau aku ni sebenonya jao lagi teruk T.T

Anyway. Usrah. It’s not about I’m better than you, its about, lets me show you how to be better. Ahah!
Boleh kita berpimpin tangan ke syurga? May i? hikhik.

Thursday, 24 May 2012

w0o. gua sedih. tapi gua gembira sebab ini interaksi buat gua=')


Bismillah,
Nah, aku kongsikan kisah konsfrens riang ria. 

……….(okay tukar tajuk)…..

Beberapa hari yang duka, tercalit nanah lama. Alangkah kecewa. entah mana iman, ntah mana akal. Nafsu bermaharajalela. Dosa mencanak naik. Iman down sedownnye.
Hina.
Tiada lain mampu kukata,

Alangkah hina. Namun kukuatkan jiwa. Setan. Jangan kaufikir lantaran dosa ini justeru aku kan berputus asa dari rahmat Dia. Bahkan tidak. Aku akan jadikan ia satu loncatan untuk lebih berusaha.

Kukisahkan dalam liqa bersama adik2 tercinta. Ketahuilah adik2. Jangan kau fikir andai sukarnya khusuk dalam solatmu. Hilangnya tangisan dalam zikirmu, bermakna Dia telah pergi melepaskanmu. Membiarkanmu terkontang kanting mengatur urusan hidupmu. Percayalah kan kasih sayangnya. Bahkan DIA mahu kau lebih berusaha. Demi menggapai redha.

Mata masuk habuk.
Hinanya. Layakkah aku berkata sedemikian rupa. Sedarkah aku murkaNya menghukum leka?
Biar. Aku mengharap Dia terus memberikan sinar. Biarkan. Aku rela. Kerana aku mahu kasihnya. Tuhan. Kau tak akan sia2kan iman hambaMu. Aku yakin janjiMu. =/

Dan orang yang apabila mereka (tergelincir) melakukan kejahatan atau menganiaya diri sendiri, mereka (akan) ingat kepada Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dengan apa yang mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui. 
 Balasan bagi mereka ialah keampunan daripada Rab (Tuhan) mereka, dan jannah (taman/syurga) yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya; dan (ianya) adalah sebaik-baik nikmat bagi orang yang beramal.
(Ali Imran :135-136)

terus hidup duhai hati. Dia mengiringi.
 

Tuesday, 15 May 2012

terus melangkah wlo payoh.


Ya badratim… ya badratim…
Eh eh. Memulakan behlog dengan qasidah burdah bagai~?

Assalamualaikum.
Alhamdulillah summa Alhamdulillah. Wassolatu wassalam ala rasulillah.
Masya allahu taala. Masya allahu taala. *(memuji-muji Allah dengan tangan diangkat ke langit) Alhamdulillah masih diberi macam2 nikmat walaupun diri sering mengkufuri. 

Jam menunjukkan tepat pukul 7.30 pagi*(baca gaya DJ radio). 

Ok. Ni adelah jadual aku smlm n pagi tadih.

  • Malam tertido dengan manjanya setelah setengah jam balik kekenyangan dari kedai makan serleena (bukan name sebenar). 
  • Xdapat diungkapkan betapa bahayanya aku tertido seawal ini sedangkan buku banyak belum ditelaah bagi menghadapi exam yang macam $%*&
  •  Laptop terbuka di atas katil sekaligus membuatkan diri aku terdedah dengan segala macam impak teknologi yang boleh meng’efek’ diri sendiri tak kira dalam masa terdekat mahupun jangka masa panjang. 
  • Nasib baik jam 3:45 aku tersedar dari mimpi yang lena, lantas aku bangun untuk qiam dengan harapan lepas tu aku nak study dengan gigihnye. 

Ok. Itulah ape yang aku lakukan pada hari selasa, awal Mei. Sila sebar2kan bagi memastikan semua peminat aku dapat maklumat ni sebab aku xmampu nak sebarkan kat semua orang. Heh heh heh..
Cheh! Wadde*&% ????
 woi. berkatalah yang baik ataupun diam. Syyhhh! Hehe. 

Cop! Itu bukan mainpoint sebenarnya.
Okay berbalik pade cerita. Sebenanya da lame sangat aku susah nak bangun qiam. T.T so, langkah yang aku amek untuk beberapa hari lalu ialah dengan wat qiam before tid0. Tapi malam tadi aku tertido lantas aku bersyukur sangat dikejutkan untuk bangun. Aku rasa macam Allah masih bagi chance untuk aku berubah.. T.T
Malangnya..
Aku tak tahu tapi aku rasa sangat kehilangan hati. Sedih. Bangun qiam tanpa menangis sangat xfeel. Seolah-olah makan sambal belacan tapi xpedas. Dah berapa hari aku macam ni. Macam2 terjadi.
Dah la tido aku mimpi yang ntah ape2. Hari2 dilalui dengan lalai dan alpa. Mutabaah masih rongak2 juge. Study pun terlaksana tanpe semangat waje. *(cop. Ni bukan pantun, aku sedih. Sila membaca dengan feel)
Uwarghhh. Aku rindu aku yang dulu seyy!!

Lepas  tu. Aku tensen. Aku mengaji. Masih xmampu menghadirkan hati. Lantas aku solat lagi skali. Pun masih sama. Semalam kalau x silap 3 kali aku solat taubat. Semalam boleh nangis. Tapi naper waktu qiam xbole nangis sedangkan waktu ni la paling dekat hamba dengan Tuhannya. Kenapa??

Oh diri. Ya tuhan, kalau bunuh diri tu halal. Sumpah aku akan buat. Life is hard T.T
Ya tuhan. Kalau kerja dakwah yang aku buat membuatkan Kau murka. Sumpah aku akan berenti sekarang jugak.  T.T

Pehh. Impak iman down. =,=

Teringat kata2 seorang ukhti. Mase mude2 dulu.
Awak tau kenapa awak rasa macam tu? Sebabnya allah nak bagi peluang. Allah nak awak usaha sikit je lagi. Allah nak tengok usaha awak!. Allah sayang awak kmy!! Allah maha penyayang.

Ok. Aku xcukup berusaha lagi. 

Pagi tadi gi solat kat semejid. Still. Where am i? xfokus. Rasa macam layak dicampak kain buruk ke muka. Hina. Hati entah ke mana. Wo0wo0o0. T.T

Monday, 14 May 2012

awek sey.. waddefish?! shh!


Bismillah.
Lamee aku tak beceloteh di sini. Huhu. 1 Exam dah habis. Rase lega sikit walaupun menghadapi exam dengan tangisan. Tsobss.
Okay. Harini suke untuk ak ceritakan berkenaan. Sob sobs. Kaum lelaki yg aku kagumi.. dulu. Skang xlagi. Tumpas dan tumpas, seorang demi seorang. Naper? Huh.. memasing semakin terhalang dari bakti yang selalu dibuat. Hmm, malas nak khabaq panjang2..

Dengar dengarkan laguku ini…(nyanyi la sendiri ape daa)
Begitu Indah  dunia, siapapun kan tergoda.
 Harta pangkat dan WANITA,  melemahkan kita,
 tanpa iman dalam hati, kitakan dikuasai,
syaitan nafsu dalam diri, musuh yang tersembunyi..
Pulanglah kepada tuhan, cahaya kehidupan,
keimanan ketaqwaan, kepadaya… senjata utama…

*derr, lantas, seorang lelaki membidas. jangan tengok salah orang je laa. Kaum lu tu tak pandai jage maruah, asyik nak goda godaa jaa, suare manje2. Mane tak longlai  lutut gua beb. 

Hape2 lah. =.= rijal pemimpin nisa’. Kan. Aku sampaikan jah. 

krik krikk.. cengkerik berzikir. ...

dah. tuka cer. nak share sikit sharing roomate. 'orang yg keras hatinya ialah yang banyak bercakap, tapih, tapi tapi.. segalenye boleh diubah dengan menjadikan percakapan tu ibadah. kan. *rumate yang suwet nampak begitu teruja bersemangat lepas dengar ceramah ust d0n.

acamne acamne? 

o0o macam ni.. (senang pun tatau! haihh~=,=  hihi)
tazkirah=ibadah
kata2 yang baik=ibadah
gembirakan hati org=ibadah
share ilmu=ibadah
kann..?

tengok ni pulak..
wat lawak sampai berkata dusta serta buat orang lalai ingat allah=dosa
tipu menipu=dosa
fitnah di samping mengumpat=dosa *(sedap makan bangkai saudara sendiri?)
mencarut mengkeji seperti bab*, si*l, ban*sat dan sebagainya=dosa(panggil gelaran yang buruk telah dilarang oleh Allah dalam surah hujurat ye=)

dan lain lain lagi... 

k lah. tu je. haha. tulisan tak matang langsung. =,= lepas ni akan menulis sesuatu yang berat. insya allah, one fine day. pray for me. =) azam aku menulis sesuatu yang berbeza. *semua orang boleh menulis, tapi berapa ramai penulis boleh wat orang xsolat kepada solat. dan ada hadith tentang ganjaran lebih baik dari dunia dan seisinya bagi yang menjadi asbab orang lain untuk mendapat hidayahNya..

toing.toing. next pkk's paper. o Allah. aku kene wat betui2. resultnye kelak sangat akan mengeffect dakwah. dui.
da~ 

 





Monday, 7 May 2012

poket pokai tawakal je ler.


Bismillah. Kisah mude2. Pengajaran bersame. wee

Ya, hidup adalah tarbiyyah. Lebih manis melihat segala apa yag berlaku adalah semuanya dari allah, tanpa ada sesuatupun darinya yang sia-sia,
Kehidupan dalam pelajar yang baru naik degree, walaupun hanya lebih kurag tiga minggu di iptho, agak mendebarkan. Hal ini adalah disebabkan faktor elaun yang belum kunjung tiba, ditambah lagi dengan faktor duit di dalam bank tinggal tak sampai lima ringgit Malaysia.
Tengok dompet memang membuatkan diri sedih dan hendak mengangis semaumaunya.sobb.
betulla, orang kata, pelik kalau buat keje dakwah bole hidup senang lenang.  jalan ni x menjanjikan kapet merah beb.huu~

Namun, hidup harus dilalui dengan tabah.
Memetik kata-kata seorang ukhti…
Seseorang yang di hatinya tidak ada dunia, tidak akan bersedih atas apa-apa pun yang dia kehilangan di dunia ini.
Baiklah, igin pula aku memetik kata-kata seorang ukhti lain. Kali ini berkenaan kosep tawakul.. bukan.. maksud aku, tawakaal. Ya. Ingatlah segala sesuatu itu dari allah. Malah allah ada berfirman, berkenaan rezeki yang telah ditetapkan utuk setiap hamba-hamba. 

Ini pula srangkap bait kata-kata…
Latihlah dirimu utuk bertawakal..
Ringkas. Hakikatnya, praktikal tak semudah berkata-kata.

Melalui hari-hari dengan keadaan dompet yang amat menyedihkan, sambil detik-detik dan sekelian keadaan menuntutku untuk mengeluarkan wang utuk bayaran itu dan ini.
Namun, berbekalkan kecekalan dan perasaan keyakinan yang jitu pada allah. Aku menyerahkan padaNya mengatur segala urusan. Ya, manusia hanya merancang. Hehe ayat an. 

Indah, cantik, dann.. ntah la apa lagi perkataan yang sesuai. Mungkin ! masya allah.. ini sungguh osemmm !

Sekejap dompet semakin kering, waktu itu pula seorang teman memulangkan duit yang dulu dipinjamnya..nah rm3. Terima kasih meminjamkan. 

Lagi dompet kembali kering.. seorang ukhti membayar rm10 untuk minyak kereta,nah, jzzk kerana sudi menghantar ana untuk usrah di kktm. Barakillah.

Masya allah wal hamdulillah.
Lagi sekejap kemudian. Dompet kembali kering. Hendak makan, kena berfikir beberapa kali.
Tiba-tiba. Terjumpa rm 2 di case hardisk. Masya allah.

 Lagi, dompet kembali surut. Waktu itu pula perlu bergerak menghantar barangan ke rq. Minyak kereta? Ohh. Berkedip kedip tandenye minta diisi.. mujur seorang ukhti meminjamkan dahulu rm10.
Namun, belum tentu  bertahan minyak kereta rm 10 sampai rumah kann. Hehe. Tak apa. Aku menyerahkan pada ketentuan taqdir. 

Tiba-tiba. Eh, ada rm100. Dalam kocek beg. Lupa dulu mak bagi. Aku selit di situ dengan harapan tidak boros. Alhamdulillah. Alhamdlillah. Serahkan pada allah. Allah kan menjagamu =) 

Huuu. Hakikatnya. Ia sangat real beb!. Serius. Betapa allah menyusun, rezeki Nya tetap ada.. latihlah dirimu bertawakal!!! Time betul2 sengkek baru kau rase. Huahua. da da. lebey la.

kadang2 kita sibuk mengatur harta kita hingga kita lupa, Allahlah sebaik2 yg mengatur.. biarkan Dia tunjukkan kekuasanNya=)

Sunday, 6 May 2012

jum berjemaah


Bismillah. 

Huahuaaa. Indahnya ukhuwwah. Bestnye wat aktiviti dakwah. Seghonoknye berehlah. Dah. Tanpa meluahkan perasaan secara berlebih-lebihan. Ayuh aku kongsikan ape yang aku dapat yang mungkin orang lain tak dapat. 

Ni lah ye antare pengisian berguna yang dapat dikongsi, antara yang aku focus n tak tido la=,= (ehem, memang der talk agama memang syaitan wat keje lebey lah sapu celak kat mate kann)
First skali na sharelah hadith riwayat abu daud ni, yang bermaksud, yadullaha ma’al jamaah, inama ya’kuluzzi’bu al ghonamu al qosiah.

Allah bersama yang berjamaah, sesungguhya serigala akan memakan kambing yang bersendirian.
Hoho

Dapatlah dimaksudkan disini bahawasanye, manusia tu ibarat kambing tu dan serigala ibarat syaitan tu.paham ? (belajar tinggi2 bende simple ni pon ta paham susah laa gini=,=)heheh
kesimpulannye, jomlah kita berjemaah!

 Berjemaah tu ape? Aishh? Tak tahu? Masya allahu taala !(tepuk dahi) heheh jemaah tu memacam. Solat berjemaah,makan berjemaah, majlis ilmu pun better yang berjemaah, (yang reramai la bukan setakat bace tazkirah sendiri2 je) contoh : usrah ke ape2 ke lahh. Walhal, dalam apa2 pun target kite tu biarlah berjemaah. Kann. =)) ok lah. Aku dilema ni. Ak pilih jemaah mane, aku rase macam nak buat jemaah baru je lah. Huahua. Gurau je=,=