Saturday, 26 September 2009

hati dah penuh?tidak!

bismillah,mudah-mudahan post kali ini, tidak sekadar membuang masa.

tujuan aku taip untuk yang ini, supaya aku tidak lupa sesuatu lantas ianya tetap menjadi pedoman buat aku sendiri dan pembaca di blog ini.

kata dia pada suatu pagi di remadhan yang lalu..

kmy,hang jangan macam tu, cuba hang bayangkan, kalau hang cipta satu anak patung, tup tup, doll tu hidup, tapi, doll tu suka kat orang lain, daripada hang, yang dah cipta dia, apa perasaan hang? mesti la hang marah kan?
macam allah juga, dah cipta kmy, sempurna, elok semua, tapi,hang lebih banyak ingat orang lain, lebih banyak sayang orang lain pula, patutke?x kan?

kmy, hati kita ni macam satu dinding. kalau kita letak nama orang lain yang tak sepatutnya,ibarat kita letak satu kotak hitam depan dinding tu, bila kita suluh dengan cahaya, dinding tu takkan terang kmy, sebab dinding tu di tutup, kotak tu halang cahaya dari menyinari dinding tu. mungkin sebab tu la kenapa hang solat pon tak khusyuk.

kmy, sebenarnya, kita sama je, setaraf, cek sendiri pon solat bukan selalu khusyuk, tapi, kita manusia, kadang-kadang kita lupa, hang kena ingat, allah sayang hang, allah sayang hang sangat-sangat,Dia maha penyayang, sebab tu dia ingatkan hang, cek ni perantara je, Dia yang hantar cek, sebab Dia sayang hang, kmy.

itulah antara bait kata-katanya yang penuh berhikmah.
aku bersyukur sangat sebab ada sahabat yang selalu mengingatkan, alhamdulillah.lantas, setelah mendapat motivasi darinya, solatku kembali tenang, betul, aku dapat rasakan seperti ada hijab yang menutup hatiku dari mengingatiNya. ini semua gara-gara hati ini sering mengingat dan merindui orang yang tak sepatutnya, huh, sebelum ini konon lantang berkata,cinta mendekatkan diri kepada allah, bukan melalaikan, yang melalaikan itu nafsu, tapi, kata hanya kata-kata kosong, aku tumpas juga pada pujukan hawa, mesti syaitan tiada di bulan yang mulia.
haih,
ayuh hayati lagu ATAS NAMA CINTA-unic
Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna


Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

tq aimie(bukan nama sebenar)sebab bagi ak tazkirah dhuha..hehe

bahasa arab tinggiku amat sedih akanku.

bismillah,
ah~hampa.

di smk tun sardon, pmr 2007 adalah perintis bahasa arab. kami adalah batch pertama yang ambil 9 subjek termasuk lughah arabiyyah.(ngee bangga serta riak)-yeleh biase je kan?

masuk 2008, aku dan beberapa orang rakan ditawarkan sambung bahasa arab untuk spm(ni kena mohon le)termasuk saridah yang di Skola sultan alam shah-yang boleh pilih nak ambil arab atau tidak.

akhirnya, semua yang dapat masuk smka, tak jadi pergi-termasuk suhailah yang mendapat smkas lantaran kelas sains da penuh.tinggallah aku di smkajb, dengan bahasa arab yang diminati.

aku dan saridah.
aku sayang kawan aku yang sorang ni,kami sama-sama meneruskan usaha belajar bahasa arab, setelah habis pmr di smkts.(kat smkts tak de ba utk spm..sedih tul)walaupun dia di sbp, sedang aku smka, tak mengapa, tanggungjawab dipikul bersama.

laa, aduhai.. rupanya, beliau tidak jadi ambil subjek bat,(tapi kenapa???) tinggallah aku seorang.hee(senyum kambing je yang mampu)

aku di smkajb.
bahasa arabku-boleh tahan adoinya.
paling tak leh handle mase trial haritu.(macam tak penah belaja)maafkan daku ustaz roslan, ustazah najiba dan ustazah masulang.
itu baru paper 1,paper 2, naik cuti ni, adoi la.. aku tanak kecewakan sesiapa, aku sendiri tidak mahu kecewa.

buat adik-adik ku di smk tun sardon, yang dalam dilema nak ambil bat ke tak utk spm,
ucapanku untuk kalian..
1)bahasa arab tinggi?tak susah pun sebenarnya, yang penting kena minat!
2)kalau dah minat sure la kena wat banyak latihan kan?
3)kalau wat latihan sure bole punya, yang penting doa .
4)jangan putus asa.mula-mula memang la macam susah sikit.biasa je sebenarnya..

okie..korang semua doakan aku(dan rakan-rakan) yey..demi agama bangsa dan negara.

Friday, 25 September 2009

maaf zahir batin

Bismillah
Alhamdulillah, setelah sekian agak lama menyepi sesepi hatiku yang gersang dipenuhi debu-debu dosa,hari ini ku ingin ucapkan..

Salam lebaran, dan
maaf zahir dan batin
ye,
Salah kata(taip) ke, sama ada ku sedari mahupun tak,
(Walaupun hari ni dah hari ke berapa..)
Jangan disimpan dalam hati, mudah-mudahan kita semua sentiasa dalam redha-Nya.
Doakanku berjaya dunia akhirat.

kepada sai, hepi birthday diucapkan.hang da tua alreadi!
Wassalam~