Monday, 31 August 2009

kenal diri kenal Dia

bismillah
assalamualaikum..
ilmu yg aku dapat dr tv baru-baru ini, oleh pak a'a dari indonesia...(insyaallah kalau tak salah)

kalau kita kenal diri sendiri, maka kita akan kenal allah,/kalau kita kenal allah,maka kita kenal diri sendiri...

seseorang yang kenal diri sendiri tak akan rasa terhina pabila dikritik/dikeji dan tak akan rasa riak/bangga tatkala dipuji.


cont..(dikritik)
wah..kamu ini banyak cakap btullah..

(orang yang kenal diri)
alhamdulillah, dia hanya tahu aku banyak cakap, dia tidak tahu aku banyak dosa, banyak hutang...dsb..

(orang yang tak kenal diri)
mana de.. biase je kan? (hehe ayat nak der)

cont2...(dipuji)
wah..kamu hebat ya di bidang penulisan..

(orang yang kenal diri)
oh, saya selalu terbuat salah.. ntah tulis apa-apa ntah, orang lain jauh lebih hebat

(org yg tak kenal diri)
well, biasa la..hahaha(riak..riak..)


eheh...okie..kmy..ko kenal diri x?

mm..nak cakap juga..minggu ni aku (dan rakan-rakan)akan menghadapi trial..(leh lupa plak)so, doakan kami tabah n do well yer dalam jihad ni..

okie...sori salah silap..wassalam..~

jangan sedih yey..

Mari kukongsikan bersama apa yang kudapat(ni dari majalah solusi, yang aku pinjam dari seorang teman)

Susah senang hendaklah dilihat dengan mata hati. Apabila kita merasa susah, kecewa, susah hati, takut, bimbang, dan sebagainya dgn ujian yg datAng dari allah, ini menunjukkan bahawa keyakinan kita pada allah adalah masih tipis. Pengharapan dan pergantungan kita kepada-Nya tidak tinggi. Kalau perasaan2 ini datang kepada kita apabila menghadapi kesusahan dalam bentuk apa sahaja ujian, menandakan hubungan kita kepada allah masih belum teguh.

Tuesday, 25 August 2009

ibnu sina atau s.u-.j.u.

marcapada ini, ramai antara kita(aku x, heheh)yang seringkali memandang tinggi artis-artis luar negara lantas menjadikan mereka idola dan suri teladan yang amat dibangga-banggakan.
Kononnya, mereka kacak, handsome, comel, baik, bergaya, dan macam-macam lagi. Contoh yang paling jelas, s;u;-;j;u, palakon dan penyanyi yang amat digilai ramai
(hati-hati..ramai dikalangan rakan-rakanku akan secara automatic menjadi baran tatkala kumpulan ni dikutuk~harap maklum)
Mengapakah perkara ini terjadi? Di manakah silapnya?
Mungkin, sudah tidak ada lagi ilmuan-ilmuan islam untuk dibanggakan?oh, mustahil begitu..kan?

Hah,ku tahu. Jarak waktu dan keadaan teknologi yang memisahkan kita.contohnya ibnu sina, kita sukar untuk mengenali beliau lantaran beliau tidak dikenali dengan kecomelan seperti kumpulan yang disebutkan tadi, kan?bahkan, ramai yang tidak pernah langsung melihat wajah beliau..(sapa yang berminat nak tengok ibnu sina boleh rujuk buku qs form5 muka 230)
Mungkin, justeru itu, dikesempatan ini, saya ingin mengajak anda semua untuk lebih mengenali ibnu sina.

Nama sebenar beliau Husain bin Abdullah bin hasan.
tp, orang barat gelar beliau avicenna.beliau lahir pada 370 h/980 m di Turkistan.
Selepas bapanya meninggal, beliau telah berpindah ke Hamadan dan rai. Tugasnya sebagai pegawai perubatan.
Dan beliau tlh meninggal pada thn 428h/1037M

Nak tahu pasal sifat dia?

-kuasai macam-macam ilmu(feqah, tasauf, ilmu hisab, prinsip geometri, falsafah, ilmu sains dan astronomi.)
-ade bakat kepimpinan(jd pm beb)

Pendidikan pula,

mula-mula belajar di Bukhara,
Masa umur 5 thn bljr quran, 10 thn da hafaz semua.
Masa 16 thn da jadi doctor.(hebat kan? Aku nak jadi doctor..insya allah)

Kenapa pilih bidang perubatan?

-sebab dia minat
- sebab dapat galakan sultan nuh b Mansur,lantik dia jadi doc istana)
Penemuan baru..
-Beliau telah menemukan penyakit cacar, alahan, sakit kulit, pernafasan,lumpuh,dll
-hasilkan 760 jenis ubat
-cipta ubat bius dan benang untuk jahit luka bedah

Sumbangan

-hasilkan 99 buku
-kitab perubatan(qanun fi tibb)(adawiyyatul qalbiyah)
-kitab falsafah(al isyarah)

Gelaran untuk beliau

-putera ahli fizik
-syeikh rais
-medical bible

itulah dia ibnu sina..(ibnu rusyd apa kurangnya?)
hehe..semangat 5 ir

wargh..dilema trial..qs

Harini, hari selasa..hari ke empat ramadhan..alhamdulillah…

Hari juga, hari ke4 aku bercuti sekolah…mm, ape je ye subjek yg aku buat revision?qs, qs, qs..wargh..naik cuti ni trial.. start with alquran wassunnah.. adoi..subjek agama ni kalau tak score memang memalukan!Tapi, hari ni aku masih bisa lagi berilex-rilex di laman blog..tidak, aku bukan hendak melepak atau memandang remeh trial, tapi apakan daya, setelah otak ini bertubi-tubi(bertubi-tubi la sangat~)disuapkan dengan input-input yang didatangkan khas dari buku teks qs tu(aku da la malas buat nota) aku rasa ini tidak adil bagiku. Ya, tidak adil! so, di kesempatan ini, aku nak semua kawanku di alam maya turut menikmati imu yang aku perolehi.. nah..nah.. amekla~

Dimulakan denagan bab7 tingkatan 5,

NUR DAN HIDAYAH.(aku berminat nak mulakan dengan tajuk ini sebab masa tu aku h1n1, so kena bace sendiri…ta best begitu!wu~)

Kenapa kita perlukan hidayah?

..Supaya kita bahagia dunia akhirat

..Supaya kita tidak jahil

..Supaya ditunjukkan jalan yang betul

Hidayah ni pula ada 5 bahagian. Naktahu apa?(GHA DT)

1hidayah gharizah(naluri): yang semulajadi,contohnya bayi, yang akan menangis apabila saja dilahirkan.

2hidayah hawwas(pancaindera):dapat bezakan sesuatu, contohnya, anak dapat bezakan suara ibunya

3hidayah aqal:dapat berfikir rasional,xsama macam haiwan

4hidayah din(agama):dapat bezakan antara yang benar dan salah, memebawa kebahagiaan

5hidayah taufiq:hidayah plg tinggi,(akn beriman dan bertaqwa)mampu menenangkan jiwa

Tahu cara-cara nak dapatkan hidayah?(DIT)

.Doa

.Ilmu ditambah

.Taubatdari dosa

Cara nak kekalkan hidayah pula ialah dengan(DED)

.Dekati ulama’(sbb tu aku makin nak rapatkan diri dengan cikgu2…bukan nak bodek..tapi nak hidayah..hehe..yourt jgn perasan)

.Elak maksiat

.Doa

Orang yang dapat hidayah ni, banyak kelebihannya tau...A.C.E.S2.O3

A-akhlak baik

C-cenderung beriman

E-elak kejahilan

S-senang dapat ilmu

S-senang dinasihat

O-olwez tenang

O-olwez benar

O-olwez redha

okie..sekadar berkongsi..mudah-mudahan membawa iktibar bersama.