Thursday, 30 July 2009

h1n1

Bismillah…
Sekolah aku(SMKAJB) da ditutup, seminggu..
(alhamdulillah, berjaya juga aku menaikkan nama sekolah sampai masuk tv)waa…gurau je..

Tadi,aku dapat panggilan telefon..


Wanita tersebut : assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan nur kamillya?(suaranya amat tidak asing bagiku)

Aku : ye saya ?

Wanita tersebut : awak kenal siapa yg bercakap ni?

Aku : mm, mudirah ye?

Wanita tersebut : ye saya ni..macam mana keadaan awak kamillya?

Aku : mm, da baik sikit kut ustazah..

Mudirah : kamillya, macam ni, saya baru dapat panggilan dari jabatan kesihatan, jadi saya
harap awak bersabarlah ye, pasal ujian H1N1 tu hari…

Aku : kenapa ustazah, saya betul-betul kena ke?

Mudirah : ye, awak betul sah dijangkiti, jadi saya kementerian kesihatan dah bagitau, dia suruh saya bagi awak cuti lagilah, lepas seminggiu ni, kalau awak rasa tak sihat lagi awak boleh terus cutilah, duk rumah baik-beik, baca buku kat umah ye,

Aku : hehe(tatau kenapa aku gelak) mm, saya sorang ke yang kena ustazah?

Mudirah : tak,tak, semua 5 orang yang diambil sample tu disahkan positive H1N1.

Aku : oh, yeke? Tapi sai kata dia macam dah baik sikit.?

Mudirah : tu lah, mereka kata kamu semua kena jangkitan, mak ayah kamu ada?

Aku : tak, saya seorang kat rumah ni, mak abah kat sekolah, diorang kan cikgu, adik2 semua sekolah.

Mudirah : oh, cmtuke..nanti kirim salam pada mak ayah ye, awak jaga diri baik-baik ye.,jangan keluar pergi mana-mana….bla bla..bla..bla..




Ish,betuL ke aku kne h1n1 ni? Yang penting, aku redha dan pasrah dengan ketentuan allah, ni kan ujian,ada hikmah disebaliknya, tapi, aku rasa lagi teruk masa aku kena chikugunya tahun lepas, sampai tak larat nak solat. Alhamdulillah ujian kali ni tak begitu dasyat. Waaaaaa…aku takut family aku berjangkit je. doakan aku sekeluarga tak apa-apa ye, key, sory salah silap aku.
Ish,,ish..

Ups..lagi satu nak cakap.. esok,hari jumaat adalah birthday aku yg ke 18…aku lahir 9syaaban1412.hehe..
Alangkah bahagia kalau dapat yg khusnul khatimah kan?

sebatan kasih atau sebatan kasihan?

Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi.pintu bilik ummu kalthum dikuak…
"Kreeeekkkk…"

Kelihatan satu lembaga manusia masuk, dan melangkah perlahan-lahan. Ditangannya ada satu objek yang tak asing lagi. Susuk tubuhnya kelihatan meninjau-ninjau kesegenap penjuru bilik.

Hah..itu kau masih lena dibuai mimpi indah ya?terimalah kau wahai budak
ZAASSS, ZAASSS

Maaaaak!sakit!
(aduh sakit kakiku, tercalar dek libatan tajam bulu ayam milik cikgu K.)

"Kakak Bangun! kejap lagi saya datang balik, kalau awak tidur lagi siap awak."

Okie..okie..cikgu…saye bangun da neyh….!

(hehe...inilah nikmatnye kalau turn cikgu K jd warden...guarantee subuh jemaah 1st kat surau!)
ana sayang cikguK ana..^^,

Sunday, 19 July 2009

cinta tu kan fitrah manusia?

Bismillah wa alhamdulillah..
Baru-baru ini, aku berasa terharu dan bangga kerana diberi kepercayaan oleh seorang temanku untuk dijadikan tempat meluahkan rasa dan meminta segelumit nasihat akan masalah yang dihadapinya. Tetapi tiada unsur riak waima takabbur ye(nauzubillah)

Sohibati(namanya biarlah rahsia):
kmy, ku nak tanya ko ni, tapi jangan tanya apa-apa keyh,(katanya penuh harapan)

Aku: mm, tengokla, (aku jawab dengan malas)hehe… apa dia?

Dia : camni, macam mana ko atasi perasaan cinta?(dia tanya penuh serius)

Aku :
Ish, kawan aku ni tengah in love ke?(kata hatiku)
Mm, jangan selalu ingat dia=zina hati
jangan selalu tengok dia=zina mata
dan, jangan bagi tau kat sesiapa yang ku suka dia…dot~

Dia :
Okey,if u say like that, habis macam mana kalau setiap hari ko terpaksa berdepan dengan dia?

Aku: ow, kalau gitu, memang susah kan? Serius,aku pon penah hadapinya(alah, cinta monyet,zaman muda-muda dulu)mm, tak tau la weh, cmnilah, caranya, banyak-banyak berdoa je le, biar allah bagi kekuatan.(tiba-tiba teringat akan: pray, there immeasurable power in it)(najah)^^,

Dia: betul, memang la doa, tapi ku da try buat da, tiap kali teingat, ku da berzikir juga da, tapi tak lut. Susah la, lagipun cinta u kan fitrah?takkan kita nak halang fitrah lak?

Aku; oh, mm, nak tau ark? Ku teringat satu sentence dalam movie kekasihku seru; cinta mendekatkan kita kepada allah, bukan melalaikan, yang melalaikan itu nafsu.
Ko sure ko suka dia?bukan nafsu samata-mata? Ko rasa dengan suka kat dia, makin buat ko ingat allah ke?

Dia: tu la masalahnya, bukan makin ingat allah, makin lalai ada lah~hush.(dia jawab dengan kecewa dan geram)

Aku: (sabar deyh kawan~aku paham perasaan kamoo) oh, kalau gitu, ko kenelah lawan, tu semua setan punya kerja tu!dia buat kite nampak seseorang lelaki tu baik giler, sampai tak nampak mana kurangnya.

(kawanku senyap membisu)
lagi satu kan, nak tau tak? ku ade terbaca satu entry kat internet ni, ada satu orang girl ni, dak sekolah juga, dia mengadu pasal masalah cinta dia, satgi, dia kena comment dengan orang lain(kena teguran penuh hikmah sebenarnya) orang tu tegur begini:
Cinta, ni masalah common la, dan mungkin semua remaja pon hadapinya. Small prob actually, banyak lagi masalah besar boleh difikirkan. Tentang ummat islam hari ini, tentang agama kita, blab la bla… tak perlulah nak diperbesar-besarkan masalah kecik ni.(ni ayt aku, ayat orang tu lagi berhemah sebenarnya)
Peh, ku baca tak macam kena perli lak kan? Nasib baik ku takde mengadu masalah kat net lagi, huhu~

Dia: (tersenyum je,)tapi, camne kalau lelaki tu baik, alim, warak je, selau pergi masjid, sopan, hormat orang tua…bla..bla..bla..

Aku: huh, ku pon baik what? Ko tak jatuh cinta kat ku ke?(heheh)
Camni, camner kalau dia yang ko cakap baik tu pon, suka kat ko juga, tapi, sejak dia tau yang ko suka dia, dan selalu curi tengok dia, dia makin tak suka kat ko? Camne?

dia : ish, ha’ah yek??sebenarnya kan, kalau orang tu betul-betul cintakan allah, dia akan cinta pada orang yang cintakan allah juga, dia tak kan mudah bagi cinta dia kat orang lain, melainkan kapada yang hak dan kerana allah semata-mata. Betul tak? cinta dia pada orang takkan melebihi cinta pada allahkan?
(kata kawanku setelah lama membisu)

Aku: (senyum je, tiba –tiba terdiam mendengar bait kata-katanya tadi.)

~ya tuhan aku kasihi sahabtku kerana-MU,pertemukanlah kami di syurga~