Thursday, 11 June 2009

janji taw~

tiba-tiba aku teringat janji aku dulu. janji dengan siapa, janji dengan Allah. masa itu, aku sangat sedih, aku menerima suatu dugaan dalam kehidupan. dugaan yang tidak membolehkan aku untuk berkongsi bersama sesiapa, well, perkara yang memalukan, takkan aku nak bagitahu pada orang lain , kan?. ingat lagi, masa tu , aku sedih sangat-sangat, hingga aku sendiri tak ingat berapa banyak air mataku yang tumpah. alahai, lemahnya, ujian kecil begini sudah begitu lemah, sedangkan, lebih hebat dugaan buat saudara lain di luar sana.


tapi, aku sedar, tatakala kesedihan ya amat menyelubungi diri, kepada allah jugaklah aku minta pertolongan. bila aku menangis, dan rasa seperti berputus asa, hanya allah yang ada memberi ketenangan, memberi kekuatan. bila aku rasa lemah sangat-sangat nak meneruskan kehidupan, ayat lahaulawalaquwwata illa billah yang aku ungkapkan. aku sedar, hanya kepadanya aku bisa peroleh kekuatan. aku ingat lagi, aku baca ayat ni sambil menangis. dari situ aku tahu, hanya kepada-Nya lah, tempat ku bergantung harap.bukan pada sesiapapun, tapi hanya Allah. aku mohon pada allah supaya berikan aku ketenangan dan hilangkan kesedihan ni jauh-jauh dari hidup aku, sebab, aku nak mulakan hidup yang lebih ceria. aku berpegang dangan ayat la yukallifullahu nafsan illa wus aha,iaitu, allah tidak akan membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya(surah al-baqarah)

tapi, aku tak tahu, kesedihan tu lah yang buatkan aku makin dekat dengan allah, sebab, allah tempat aku mengadu. bila allah dah makbulkan doa aku, aku dapat rasakan, hidup aku lebih ceria. aku dah tak sedih-sedih lagi. aku dah mulakan azam dan tekad baru, aku dah janji pada diri aku sendiri, aku taknak lupakan tuhan. sebab, tyme aku sedih, hanya allah yang menemaniku. tapi, nampaknya, bila aku dah senang sekarang ni, aku dah rasa selamat, aku dah rasa bahagia , aku macam makin lupakan tuhan. zikrullah pun dah semakin berkurang, alahai, kamillya, mudah lupa betul la~tak bersyukurkah kau?

oh, sebab itulah aku menaip entry ini, supaya aku tidak lupa janji-janjiku dulu!!kan blog ku ialah diaryku, eheh^^,

iman sofya oke!

Wednesday, 10 June 2009

assabiah?oh, janganlah!

. Ini ada satu masalah. Masalah perpacahan, iaitu assabiah. Masalah ini sangatlah tidak seronok apatah lagi membahagiakan. Oh, alangkah malang, kerana kebahagiaan dan kehidupan tidaklah bisa dipisahkan. Mungkin, kerana mendamba kebahagian yang sementara, dan memang jelas tidak mungkin akan kekal lama. Mungkin, kerana dorongan nafsu(maaf jika ku tersalah kata), ataupun kerana lingkungan yang semakin menyisihkan. (iyakah?atau sendiri yang yang menyisihkan diri?, atau diri sendiri yang terasa disisih?~oh, tidak elok berasa begitu~ Atau apa saja.)oh, aku tidaklah boleh berkata apa, only Allah knows. Tapi, tidak adil sebenarnya jika aku mendengar dari sebelah pihak sahaja. Kan?

sebenarnya, masalah ini, hanya satu je cara nak selesaikannya, iaitu dengan CINTA.(hehe, xde lah~main-main saje)sebenarnya, masalah ini, hanya satu cara utk atasinya, iaitu dengan kasih sayang. Mm, kasih sayang yang sudah tentunya didasari dengan niat, berkasih sayang kerana Allah, untuk mencari redhaNya jua.berawaslah ye, dengan cinta, kerana cinta itu buta, boleh membawa bahagia mahupun derita. Lagi, bukankah lebih baik cinta itu dilabuhkan untuk yang lebih layak? Jika cinta itu kerana allah, insya allah, kebahagiaan lah yang menemanimu, mm, bahagia itu sangat subjektif. Kadang-kadang, kita rasa seronok sangat-sangat, tapi, sebenarnya, jauh dalam diri, hati kita mendamba sesuatu yang terasa seperti kehilangannya, hinggalah kita berbalik semula pada landasan. Fikir-fikirkan ye~

maaflah, aku tidaklah berniat untuk memperli atau menujukan contenganku kali ini untuk individu tertentu sahaja, maaflah jika ada yang terasa, ya. Tapi, aku nak beri peringatan untuk diriku sendiri, sebenarnya, agar aku tidak mengulangi perkara serupa kelak. Buang yang keruh, ambillah yang jernih, ya. lagipun, aku juga memerlukan teguran untuk perbaiki diri. Aku sayang semua teman-temanku kerana allah. Ana uhibbu sodiqi wa sodiqati fillah!

Thursday, 4 June 2009

aku cinta sajak

Aku amat cintakan sajak(yang best saje) teringat masa di smkts dulu, ada seorang ni, sangat best sajak dia, selalu sangat mendeklamasikan sajak-sajaknya tatkala ada peristiwa di sekolah, siapa?siapa lagi ye, kalau bukan bro anuar..blablabla(tak suka puji orang sebenarnya)..merindui la nak dengar sajak lagi.

Kat smkajb pula, rakan dormku tahun lalu selalu menceritakan tentang seorang classmatenya yang suka bermadah pujangga, beliau ni rakan satu formku juga,taknak la taip nama, cuba korang teka. Aku teringin untuk mendengar sajaknya. Maklumlah, menurut fana(farhana mukri), sajak-sajaknya sukar diterjemah, mempunyai maksud yang amat mendalam, dan ayatnya terlampau berbunga. Hatiku berbicara, wah, hebat sekali?.

Hinggalah pada suatu hari, aku terjumpa buku teks sejarah tahun lepas miliknya, niat mahu memulangkan, tetapi tidak tahu pada siapa, ye lah, itu buku teks tingkatan empat. Aku membelek-belek buku itu, di halaman pertama, aku terbaca satu rangkap ni, betullah, sedap ayatnya, tetapi tak mampu kuterjemah akan apa yang cuba disampaikan. Aku sempat juga menyalin, tetapi entah dimana, maka tidak dapatlah dikongsi di dalam blog ni.

Eih, apalah yang aku coretkan ni? Melalut pula. Bukan apa, aku sangat merindui sajak-sajak yang best, yang terkesan di hati. Namun apakan daya, aku tiada bakat menulis ayat seindah itu.waaah, siapa nak buatkan sajak madah best untuk aku?(cis, gedik)