Friday, 29 May 2009

penangan kd ku dan PeqNo

Bismillah, hari ni aku nak bercerita mengenai temanku,

Tentang kd ku, n**** namanya.
Dijadikan cerita, suatu malam yang hening, di dorm uk yang indah~kelihatan semua ahli-ahli dorm sebok dengan hal masing-masing, ada yang sedang tidur, ada yang sedang ber sms, ada yang sedang meng iron baju sekolah untuk esok, ada pula yang sebok menikmati suppernya. Tapi, majority sedang mengulangkaji, sama ada di atas katil mahupun di atas lantai. aku pula sebok melipat baju yang baru diambil dari bakul dobi.(kalau tak silap la)
N pula sebok menghafal chemistry-tentang atom-atom yang terdapat di table tu,
Tiba-tiba beliau bertanyakan aku sesuatu mengenai chemist,mungkin kerana melihat aku begitu relax kut, malangnya, aku tak dapat menjawab soalannya(entah apa-apa dia tanya aku ntah).aku meneruskan sisa-sisa kerja. N bertanya lagi-tentang chemis lagi.- mengenai komponen material apa ntah.Malangnya , aku tidak dapat lagi menjawab soalannya,(tetapi aku masih lagi relax membuat kerja lain-bukan mengulangkaji)

Lalu n berkata—material piuter di buat dari tine, koulin, dan antimony la..ape la..(ni aku reka ayat sahaja)dan n berkata lagi sesuatu(agak pedas ayatnya, yang menyuruh aku study la yang penting.)jam dah menunjukkan lewat pukul 2 pagi kalau tak silap.aku pula bercadang untuk tidur sahaja(pemalas aku ni). Tapi, dalam masa yang sama masih terkesima dengan kata-kata n. Aku terus kekatil, menepuk-nepuk bantal, berdoa dan terus tidur. (inertia ni-tendency to resist ape yang orang suruh buat, not the change in motion)hehe.Malangnya, semasa aku tidur, otakku masih lagi terfikir-fikir dengan kata-kata n, sehinggakan aku bermimpi akannya malam itu.dalam hati aku yang sedang geram~

Esoknya, sesudah bacaan al-mulk, aku segera menjoin mareka, mengulangkaji di atas lantai, di tengah-tengah dorm.(mungkin kerana tidak berpuas hati dengan n, huhu) y**** pula sudah terlena di sebelah,dengan buku-bukunya yang menimbun. Penat sangat agaknya.n mengejutkannya, y terbangun, lalu tidur kembali, refuse untuk sama-sama ber stay up.
yes, bagus, nampaknya markah bio aku akan lebih tinggi dari kau.kata n kepada y.ish beraninye n ni cakap macam tu, kata suara hatiku. N berkata lagi, y, kalau kau berdaya saing kau mesti akan bangun.

Sesudah tu, n berkata kepadaku, aku saje je cakap macam tu , nak suruh y bangun ulang kaji sama-sama.
Aku terfikir balik-oh, sebab kata-kata n semalam, aku bangun hari ini, untuk sama-sama berstudy.walaupun kata-katanya agak pedas, dan tak best didengar tapi, sebenarnya, beramar ma’ruf,(lili jangan terasa ye) kerana mengajakku kearah kebaikan. Bagus ada kawan macam NAJWA ni kan?

-------------------
Lagi satu cer, di bilik mesyuarat asrama pada waktu malam, sebelum ke prep. Yang ada, aku, tsoderq(syuhada), pka(syafiqa), cha(aishah yezet),pka baha,alya dan sebagainya, aku duduk di sebelah peqno, beliau sebok mengulangkaji,aku juga membuat revision bio tetapi tak seconcentrate beliau. Di belakang peqno, meja lagi satu, Tsooderq, dan pka baha sedang berbual-bual, deselangi gelak tawa. Aku yang tiada focus kadang-kadang tergelak juga mendengar lawak tsooderq(dia ni memang kelakarlah). Tiba –tiba,
kemy, cuba la study tu betul-betul sikit, dari awak asyik berangan je, tersengih-sengih,
Eish, mana ada berangan, orang gelak, dengar lawak diorang la.(aku mengkalis)
awak tu yang tak focus, cubalah focus sikit..
(huhu, ni pulak kata-kata peqno@pka md noor, aduhai~pedas seyh, sampai je waktu prep malam, pukul9, kat kelas, aku belajar dengan focus nye(lebih focus+focus),di atas meja, aku menampal sticky note(kemy, cubalah focus sikit, study tu)ayat pka la ni. Huhu.
Kadang-kadang aku rasa bertuah, dan bersyukur sangat-sangat ada kawan macam mereka ni taw!najwa +pka…ana uhibbukuma fillah!

Friday, 1 May 2009

aku sedang jatuh cinta.ah~

Selama beberapa minggu akhir-akhir ni, aku rasa lain la, sesuatu perasaan lain macam telah menyelinap dalam sanubari ini(hehe)…

Tindakan si dia yang selalu melihatku, dengan cara pandangannya yang semacam itu, membuatkan hatiku sedikit terjentik
(ni ayat cikgu maznita masa kelas physic haritu: jangan main-main, perempuan ni hatinya mudah terjentik~(ingin meluah rasa>>seronok aku belajar dengan beliau yang suka memberikan tazkirah tu, tq cigu…sayunk kam0o!!),
Aku cuba sedaya upaya melupakan si dia, tetapi semakin cuba kulupakan semakin teringat aku padanya(ish, usah contohi aku ya).
Hai, lumrah manusia, ingin mencintai dan dicintai.

Suatu hari, aku terfikir, kenapalah aku begitu mudah meletakkan cintaku pada si dia yang entah siapa-siapa ntah tu(jangan ditanya siapa,biarlah rahsia,ya?)hoho. Terasa seperti diriku ini pemurah cinta pula, atau lebih dikenali dengan hamba cinta murahan. waktu itu juga aku teringat akan emak dan abah yang susah payah menghantar aku belajar di sekolah agama yang nun di johor jaya, dengan segala harapan mereka mengharapkan anak mereka yang ini berjaya, dunia dan akhirat, beginikah caranya aku membalas jasa mereka?

Jika difikirkan balik, antara cinta si dia dengan cinta dan+kasih+sayang emak dan abah pada anaknya, lebih banyak yang dicurah oleh mereka berdua, sejak ku kecil hingga dewasa…kan..?walaupun aku tinggal di asrama dan kadang-kadang aku terasa seperti kekurangan kasih sayang mak abah(cis,gedik homesick segala)tapi, aku tahu, mereka berdua tidak pernah melupakanku dalam utusan doa mereka..

Bercakap pasal doa, tiba-tiba aku teringat akan cerita yang pernah aku baca, mengenai nabi Muhammad s.a.w, dalam perbualannya dengan malaikat(malaikat apa aku lupa pula)mengenai neraka, dan apabila baginda tahu ada dari kalangan ummatnya yanag masuk ke dalam neraka itu, baginda amat sedih hingga menangis,(ada yang menceritakan hingga baginda pengsan…wallahua’lam), di ceritakan lagi, semasa kewafatan beliau yang di saat terakhir hidupnya masih lagi berkata ummati…ummati…= ummatku..ummatku..
Ah, lihat betapa kasih dan sayangnya rasulullah pada kita semua sebagai ummatnya…hingga baginda mahu kita semua selamat dunia dan akhirat.(jgn lupa selawat ya)
Hadith :
Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Demi Allah yang jiwa ku di tangan-Nya tidak beriman seseorang kamu sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya dan anaknya.”

(al-Bukhari dan Muslim) ; Rujuk Mukhtasar Sahih al-Bukhari 14, Mukhtasar sahih Muslim 23)


Oh, bersyukurlah wahai hati, kerana begitu ramai yang mencintaimu. Tapi, ingatlah, siapa yang telah membuatkan mereka semua menyayangi mencintaimu?siapa?siapa lagi kalau bukan si-Dia yang maha penyayang. Tanpa, sifat ar-Rahman itu, kamu bukan siapa-siapa, alahai, mengapa diturut nafsumu, hingga kau inggkar pada Pemberi Cinta?

~~aku adalah aku dan aku hidup untuk yang menyayangiku~~

Ya allah, lindungi kami dari manjadi hamba cinta palsu~