Sunday, 22 March 2009

kepulangan

bismillah,
oh, sudah mahu pulang petang ini, emak dan abah yang hantarkan.
alahai, kenapa aku tak rasa macam dah nakbalik huh?cuti seminggu macam tak cukup je.mm, tapi tak pe lah. semoga kepulanganku pada cuti akan datang, adalah dengan membawa lebih bekalan. Bekalan ilmu, bekalan iman , bekalan amal.
belajar mestilah kerana allah kan...?
al'ilmu kannur, nurallah la yahdi ilal maasi
ilmu itu adalah cahaya, cahaya allah tidak akan masuk ke dalam hati ahli maasi(ahli maksiat)
oh, doakan semoga kuperoleh ilmuyang barakah, ya?
doakan juga aku tidak lemah dan mengalah dalam jihad ini ya/
chaiyok 11A1 SPM 09, mari kawan-kawan, kita tingkatkan taraf ummat islam..
' kamu adalah ummat terbaik jika kamu beriman'

Saturday, 21 March 2009

menatap wajahnya

Bismillah, bukanlah niat hendak mempalagiat cerpen ‘menatap wajahnya’ daripada kajian komsas tingkatan empat,(xde keje ape) tetapi aku memilih tajuk ini memandangkan ada sesuatu perasaan unik yang menyelinap ke segenap tubuhku tatkala aku memandang wajahnya. Wajah siapa, tidaklah aku bisa katakan, janganlah tertanya-tanya pula.

Baiklah, biarlah aku meneruskan bicara. ‘Menatap wajahnya’, entah kenapa, melihat saja wajahnya, aku menjadi tenang. Oh, wajahnya yang lembut itu… mukanya, tidaklah putih melepak, tidaklah cantik mempesona. biasa-biasa saja, seperti aku juga, tetapi, aku suka melihatnya.
Tiap kali aku memandang si dia, aku rasa malu, oh, wajahnyakan, seperti ada seri. Seri dangan apa?oh, biarlah aku ceritakan sedikit tentang si dia.

Baik orangnya, sopan tingkahnya, tuturkatanya terjaga. Lagi, rajin dia ni, rajin belajar, rajin berkemas, dan paling utama, rajin buat solat sunnat. Aku sendiri terkadang berasa malu melihat si dia. Sesuatu tentang dia, dia amat suka bertanyakan hal-hal agama padaku.(dia memang suka tanya pasal agama pada semua orang) mungkin, itu pendiriannya, tidak mahu masanya tersia dengan perbualan kosong semata-mata.

Oh, masih terngiang-ngiang bicaranya padaku tidak lama dulu..

Kak kemy, kita suka tau borak dengan akak, yang selalu ingatkan kita tentang agama ni semua.(huh, dah dia tanya, aku jawabkanlah saja)

Oh, bukanlah aku yang mengingatkan kamu sebenarnya, tapi kamulah yang banyak mengingatkan aku. Mana tidaknya, melihat muka kamu sahaja bisa membuatkan aku mengingati si-Dia.
Ya allah, indahnya wajahnya, seindah akhlaknya.

Thursday, 19 March 2009

Rindu mereka semua~~blush.

Tiba-tiba entah kenapa, terasa rindu pada kamu, rakan-rakan ex-dormku last year,(dorm habibah, the happening dorm) termasuk akak-akak yang antaranya sudahpun melayari bahtera kerjaya dan menyambung pelajaran di mana-mana..

cakap pasal akak, teringat juga kak mimi, satu-satunya kakak yang aku ada yanag akan pergi ke bandung dalam masa terdekat ni(oit, gi bandung jangan lupa aku tau kak??!!souvenir..souvenir!!hehe)

sambung balik, rindu juga pada kawan-kawan dormku tahun ini(dorm UK yang ayu)

(macam-macam terjadi tahun ni, kan korang?)

rindu juga pada kawan-kawan sekelas, 5 IR,SMKAJB, kawan satu sekolah,

(baru seminggu bercuti, gedikz tol)

ex-classmate dan bekas SMKTSian lebih-lebih lagi kawan-kawan masa form3, 3KAA,07, SMKTS…?//!!(masihkah ingat korang akan daku??(hati kecilku tertanya-tanya))

merindui juga aku akan kawan-kawan di SKSR masa kanak-kanak dulu(dah tua betul aku ni)

kawan-kawan di sekolah agama kluang, rengit, kawan-kawan semasa di SKSP,dan masa tadika di SKSL dan SKSP…

oh, rindunya kat korang. Bilakah agaknya, kita dapat bertemu lagi??

Tempat biasa pertemuan dengan kawan-kawan SMKTS=pasar jumaat depan sekolah..(hehe)

Mm, tak lupa juga pada guru-guru yang telah mengajar dan mendidik daku(hehe) jasamu kanku kenang hingga akhir hayatku..=)

Oh, ucapanku..biarlah jauh di mata, tapi dekat di hati, ya..

(usus///!!)

(oi, ini bukan teka-tekilah!)


oke..ukhuwwah fillah abadan abadaa//!!

Aku tak pandai menghormati org yg tak pandai menghormatiku…oke//!!

Assalamualaikum..

Ah, untuk kali ini, agak sedikit emosi, tajuknye juga nampak seperti ntah apa-apa ntah, tapi, suka hati aku lah kan? Blog aku, (belagak gile aku ni)

Baiklah, tanpa berlengah lagi, aku membuka cerita, straight to the point,

aku,sebenarnya tidak suka melihat orang yang berdating depan mata aku dengan tanpa rasa segan-silunya.

Huh.bukan cemburu atau apa, tapi entah kenapa, alhamdulillah, jiwaku dilengkapkan dengan rasa kebencian untuk perkara maksiat ini. (nasib baiklah, jika tidak, aku fikir peluang(peluang ke?) untuk bercouple masa aku form 2 dulu, tidak mungkin dapat kutepis dengan jayanya)

Oh, mungkin ada yang tidak mengetahui hakikat ketidak bolehannya (keharaman)perkara ini,jadi, sudi-sudikan membuka ni ye..

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=568

Okey, yang tidak tahu hukum(kononnya) itu lain cerita, tapi bagaimana pula yang sudah tahu, yang memang lama tahu, tetapi buat-buat tidak tahu, lebih teruk lagi jika memang selalu kene tarbiyyah, kena teguran mahupun nasihat. Tetapi terus hidup bagai tikus dengan labu-labunya.ah, kalau ada rasa malu pada manusia, aku masih boleh bersabar tau.

Selingan

Malu adalah sebahagian daripada iman, jenis malu ialah malu kepada allah, malu kepada manusia dan malu kepada diri sendiri, alangkah kiranya tiada rasa malu pun dalam diri?apakah ertinya itu??

Sambung balik,

Aku sungguh geram dan baran sebenarnya, melihat pasangan-pasangan couple yang tanpa segan silunya berdating di hadapanku dan rakan-rakanku itu, seperti tiada rasa malu langsung melakukan maksiat, tu satu cerita,(alahai, aku juga tidak lepas dari maksiat) lagi, seperti tidak langsung menghormati aku dan rakan-rakanku yang membenci perbuatan itu. Hello, kalau ye pun amat sangat rindu pada kekasih ‘sejati’ kamu tu, jangan dating depan aku boleh tak? Tak hormat langsung la//!hush..

(((Alahai, marahnya aku ni. Tentu mannusia-manusia di situ, waktu itu, turut amat marah padaku dan padanya, yang lengkap bertudung labuh dan bersongkok , waktu itu, kan?)))oh,aku menyesal sangat-sangat..

Oh, marah itu daripada syaitan, adakah aku marah kerana allah, atau marah kerana seseorang itu yang tidak menghormatiku? Semoga allah melindungiku…amiin.

Alahai, andai satu hari nanti, aku juga menjadi seperti mereka? Siapakah yang akan menegurku? Dan menarik aku dari lembah itu? Pada as-salam aku memohon keselamatan.


////aku bersyukur sangat-sangat kerana dikurnia teman sepertinya yang selalu cakap( guardline..guardline) padaku..///sorilah kalau terguris hatimu, ya///


Wednesday, 18 March 2009

cerita duka, kematian bapanya~

Cerita ini sebenarnya sudah berlalu beberapa hari yang lalu, berminggu sebenarnya.
Kisah kematian seorang bapa teman sekelasku. Hari apa, ku tidak pasti, selasa barangkali.
Pagi itu, munauwar tiada di kelas, waktu subjek bahasa arab barulah kuperasan beliau. Lepas itu, ustaz roslan bertanya padanya,

Kamu ke mana tadi?

Abah saya sakit cikgu..
(oh, aku tidak pasti cerita sebenarnya, maaflah kalau tersilap kata, ya)

Lepas itu ustaz bertanya lagi…kali ini dengan agak perlahan, dan aku tidak dapat menangkap butir bicara mereka lantaran tempat dudukku yang agak jauh dari tempat munauwar. Tapi, aku dapat merasakan sesuatu yang buruk. Proses pembelajaran diteruskan seperti biasa.

*****
Malam itu, di surau, selepas solat maghrib.

Baiklah, kita sedekahkan al-fatihah buat arwah bapa seorang rakan kita yang baru sahaja meninggal dunia, iaitu bapa munauwar,tingkatan 5 IR, alfatihah..

Aku dan rakan-rakan terkejut, ah, benarkah?? Salah dengar kali, (waktu itu mikrofon yang digunakan di surau agak seasons, jadi penyampaian agak terbatas)lepas itu,bacaan yasin pula.

*****
Di kelas, prep malam berlangsung, kali ini tidak seperti biasa, di tepi kelas, bahagian belakang, kelihatan beberapa pelajar membuat bulatan, sedang membincangkan sesuatu, firdaus seakan mengetuai perbincangan tersebut, aku yang baru tiba, tanpa lengah turut menjoin mereka. Di situ kudengar daus menceritakan segalanya…

Kulihat, di matanya, ada sedikit titisan jernih(oh, tidak apakan, kutulis perkara ini?kan daus//??)Kulihat pa’ah,(farhah) juga begitu, merah matanya, begitu juga teman-teman yang lain.aku juga sebenarnya, rasa hendak menangis…sungguh kematian amat menyedihkan…kan? aku tidak pernah mengenali ayah mun, tetapi aku turut bersedih, bersedih dengan kesedihan yang dilaluinya, dan bersedih memikirkan, andai aku yang berada di tempatnya.(oh, bersyukurlah abah dan emakku masih ada)

Malam itu, prep malam berlangsung dengan agak suram~senyap,
Memang, kematian tidak dapat dihalang. setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, kan?dalam diam, aku terfikir, jika umurku tidak panjang, jika nyawaku akan ditarik sebentar lagi, apakah amalan yang kubawa? Ke alam seterusnya nanti, bagaimana dengan dosa-dosa aku dengan semua? Dengan rakan-rakan…dikesempatan ini aku ingim meminta sori pada semua taw taw…,

kata ustazah sapina,
orang yang tak mahu maafkan orang lain jika telah diminta maaf turut berdosa tau, sebab tiada sifat-sifat mahmudah dalam diri, so, sama-samalah kita saling memaafkan, oke

Kepada munauwar, semua yang terjadi tu ada hikmahnya, allah, tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya,(surah al-baqarah) life must go on oke.?
oh, aku amat kagum pada ketabahan beliau, entah bagaimana jika aku ditempatnya?

Tuesday, 17 March 2009

cuba kau bayangkan~

assalamualaikum..
hari ini aku ingin membawa diri aku dan semua pengunjung setia blogku(sukati aku je) untuk berfikir sejenak. berfikir tentang apa? sabarlah, baru nak intro ni okeyh, baca di bawah...::

bayangkan, kau naik kapal layar yang besar, kononnya nak bercuti sama-sama dengan orang tersayang, tak kiralah, family ke, aweks ke, dsb..
kau dah rancang segala-galanya, baeeek punya, masa kat atas kapal tu, kau tengok langit membiru, burung-burung berkicau seakan turut sama bergembira, kau rasa happy giler..sampai tak ingat dunia.kau pun nyanyi la lagu yang liriknya...:

bila rasa gembira tepuk tangan..

tiba-tiba, tanpa kau sedar,langit yang tadinya biru, dengan awan putih berkepul-kepul, menjadi hitam pekat, guruh tiba-tiba berdentum kuat, apa kau rasa?dah tu pula, kilat sambar-menyambar dengan tak semena-mena. lepas tu,laut pula semakin bergelora, makin tinggi ombaknya, seakan mengamuk dengan semakin dahsyat. kapal yang kau naik terumbang-ambing, semakin tak dapat dikawal, apa kau buat masa ni??
dalam sekejap masa sahaja, tiba-tiba satu ombak yang sangat tinggi menuju ke arah kapal yang kau naiki...dan menghempas kapal dengan dahsyatnya. kapal yang kau naik terbelah, semua orang yang ada atas kapal tu habis terjatuh ke laut.dengan kau-kau sekali terjatuh ke laut, nasib baiklah kau dapat berpaut pada satu papan.
kau cuba jerit, cari kot-kot ada orang lain yang terselamat..

mak...mak...mak kat mana?

abah? abah dengar tak ni?

akak?akak kat mana?

adik...adik..?kat mana korang semua ni?


kau cuba jerit lagi, tapi xdengar sebarang jawapan, kau sendiri pon terkapai-kapai hampir lemas.
kau tengok sekeliling, tak ada sesiapa.
kau cuba lagi jerit, kali ini untuk meminta tolong, namun hampa.

kau rasa kalau betul-betul terjadi,apa kau akan buat masa ni??
(alahai, karangan aku sangat tak menarik, adakah pembaca mampu membayangkannya...??~)

Saturday, 14 March 2009

aku ingin dihormati, katanya

Bismillahi walhamdulillah,
Ini satu cerita tentang seorang teman. Biarlah aku ceritakan dari awalnya ya.
Beberapa minggu yang lalu, di sekolah, sebagai salah satu program tingkatan 5, 1 kem Aku dan rakan-rakan menghadiri kem itu dengan baik sekali . banyak input baru kami terima terutama sekali pendekatan tentang agama.syukurlah~

Di dalam kem tu, fasiy kami ialah kakak2 dan abang2 darai UTM dan UTP, seronok betul, macam2 kami dapat. Antaranya, ketukan minda dan kesedaran mengeni adab2 dan batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan. Bayangkan, di kem tu, pelajar2 lelaki dan perempuan diasingkan untuk sebahagian besar aktiviti, tapi adalah juga yang digabungkan. Amat tersentuh, bila nak bergabung je,(dak2 lelaki di surau, perempuan di dewan) bila pelajar lelaki disuruh masuk dewan je, akak2 fasiy tu akan cakap macam ni

Baiklah adik2 kejap lagi para muslimin akan masuk ke dewan.So, akak nak ingatkan, jaga mata, jaga suara, jaga adab, okey?(lebih kurang macam tula)
selama ni kitorang tak cam harowk plak?

Okey, berbalik pada kisah kawan aku yang sorang ni,(biar aku ceritakan watak dan perwatakan dia dulu ea) dia ni baik, sopan, pemalu, tak pandai sangat marah orang dan sangat jarang cakap dengan kawan lelaki, melainkan kalau ada hal2 penting saje…dia ni memegang satu jawatan yang agak tinggi dalam satu persatuan di sekolah, jadi, itu memerlukan beliau untuk berbincang dan berkomunikasi face to face dengan beberapa student lelaki , yang juga memegang jawatan dalam persatuan tu.

Berlainan pula dengan aku, aku agak tak jarang cakap dengan yang bukan mahram~tapi aku akan cuba ubah kearah lebih baik, insya allah~(janagn main-main dangan nama allah)so, aku agak xsegan la kiranya berbanding dengan kawan aku yang pemalu ni tadi. So, diceritakan di sini, setiap kali nak bincang pape je, dia mesti suruh aku temankan. Aku sabagai kawan, temankanlah dia, Tapi, aku tak cakap apa-apa, sakadar menayang muka, agak malu juga sebenarnya,

Katanya, mahu cakap sekejap saja, pasal apantah, aku pun akurlah, sudah set dalam mind, sekejap sahaja tetapi lain pula jadinya, selalunya pasti akan menyeleweh ke mana-mana .
Aku agak geram, (bosan menunggu sebenarnya) aku melihat sahaja gelagat rakanku ini, sangat pemalu dia, bercakap agak menunduk, hanya focus pada kertas kerja, jika tidakpun, matanya pasti melilau ke mana-mana. Takkan lah mahu merenung mata si lelaki itu kan? Sudahlah tiada hijab, aduhai. Baru kena tarbiyyah…

Malangnya, amat siot sebenarnya budak2 lelaki itu, kurang menghormati rakanku(bukan aku yang kata, kawanku ini yang mengadu padaku) sudahlah bardiri agak rapat, (kurang satu meter rapat la kan…hehe)pandangan pula tidak ditundukkan, lepastu sibuk cakap ntah apa-apa, kawanku ini sudah tentulah sangat ralat. Maklumlah, selepas kem hari itu, dia telah memberitahu azamnya padaku, mahu lebih menjaga maruah dan peribadi, begitu juga aku, berazam kurangkan hal dengan lelaki (bukan mahram) melainkan hanya yang perlu, kami telah sama-sama berjanji setia(ceceyh ayat..)

Selapas settle perbincangan dan mencapai persepakatan, kawanku berkata padaku,

Eish, macam mana huh? Kalau kita tak suka sesuatu tu, boleh ke kita cakap je tak suka huh?geram la kat diorang tu... cubala hormat sikit…(lebih kurang begini la ayatnya)

Aku terfikir,
Ha’ah yek, kadang-kadang bila kita nak berubah kepda lebih baik, banyak betul dugaannya kan? Kadang-kadang persekitaran yang tidak mengerti, dan tidak tahu mahu menjelaskan bagaimana,(serabut tul ayat aku ni)mm, tapi, ketahuilah, sebagai wanita, kita perlu tegas, agar kita lebih dihormati, biarlah mereka mahu berkata apa, kita sombong ke, angkuh ke, asalkan kita tahu kita berada di jalan yang betul, kearah mencari redha allah, bukan redha manusia, kan?(hehe, tiru ayat kak hayy)mm, moga-moga allah tunjukkan jalan..amiin.,

Okeyh la, panjang pula post kali ini, harap tiada menyinggung siapa-siapa. Ukhuwwah fillah abadan-abadaa, oke…
Wassalam..