Saturday, 28 February 2009

perkahwinan~

Latar masa:tak ingat..yang penting awal bulan2
Latar tempat:sekolah..kelas 5 ibnu rusyd
Latar belakang;pembelajaran syariah islamiyyah berlangsung
Guru: puan rosilah,tajuk perkahwinan.

Proses pembelajaran bermula macam biasa, ustazah bagi 2 papers utk nota.lepas itu, beliau pon terangkan sedikit sebanyak mengenai perkahwinan. Meh aku terangkan sikit apa yang aku telah pelajari: makna nikah ialah himpun atau cantum, dari segi istilah pula ialah akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan wanita.
Hukum nikah pula ada 5..wajib, sunah, harus, makruh, dan haram.(utk penerangan lebih lanjut, buka sendiri buku syariah!pemalas lak dy…(hehe)
Blablabla..
Tiba-tiba ustazah tanya, siapa calon isteri dan suami idaman kamu?dan beliau tanya soalan ni pada setiap pelajar lelaki di kelas aku. Antara jawapan yang aku ingat ialah:yang sopan, baik, tak tinggal solat, yang pandai masak, yang menutup aurat, yang penyayang dan lain-lain. Tidak kurang juga dengan jawapan mengada-ngada seperti yang manja, yang comel, yang pandai urut,…blablabla…(nta pape nta mereka…)

Kemudian, ustazah tanya pula pada pelajar-pelajar perempuan. since girls ramai kat kelasku, beliau tanya beberapa orang saja.. aku turut terpilih untuk menjawab pertanyaan itu…(adoi) aku pun jawablah dengan malu dan segannya(tak moh la taip…ni bukan laman cari jodoh)hehe…ada juga jawapan lain dari rakan-rakan yang aku ingat seperti: yang taksuka makan kat rumah, yang suka tolong isteri., yang pandai dan suka masak…dll..(haha)

Komen daku…ha..kan ustazah dah pesan, dalam alquran, surah annur:26, perempuan yg keji utk lelaki keji…dan sebaliknya..
Tapi, kita semua mahukan pasangan yang baik, betul tak?kan..kan..? walau bagaimana jahat sekalipon kita, kita tetap sukakan kebaikan..kan..kan..?mm..itukan fitrah manusia..(rujuk buku teks syariah ting.4)hehe..
Tiba-tiba teringat ceramah dari internet- (cari dekat nama-nama allah…esq..pastu carilah dekat-dekat situ..insya allah ade)kita semua ni sebenarnya tunduk pada asmaul husna..kita tetap sukakan kasih sayang, sukakan keadilan, sukakan keselamatan,sukakan kesantunandll.. kita tetap tunduk pada sifat arrahman, sifat arrahiim, sifat al-adl, sifat allatiif..dan sebagainya. Kan..kan..?

mm..dahlah..hanya itu yang kumampu taip… moga-moga coretan kali ini mampu mengingatkan kita pada tuhan…oke..allahu akbar!

tiada orang nak kwn dengan awak?

Pernah rasa dibenci? tak disenangi?orang tak mo kawan?pernah rasa cam ramai orang tak ngam je ? rasa dipulaukan? Pernah tak?mm, kalau pernah sure sedih giler kan?kan..kan??

Bismillahirrahmaanirrahiim..alhamdulillah…dapat juga aku menaip pada pagi yang indah permai ini. Terasa bahagia jari-jemariku menjalankan hobinya, menari-nari di atas keyboard computer ni, oke, berbalik pada intro tadi, bila terasa diri tak disenangi,(hehe) andai anda pernah rasa begini, ketahuilah, aku juga pernah melaluinya. Andai ditanya perasaan, memanglah sedih sangat-sangat.seperti mahu menjerit pada dunia, ‘oi, nape korang ni?takmo kawan ngan aku ker, sampai hati korang…sob..sob’hu~

Tapi, bila difikir-fikirkan balik, setiap yang berlaku tu kan ada hikmahnya. Firman allah, tidak aku jadikan sesuatu dengan sia-sia..(alhamdulillah, ayat-ayat quranlah yang selalu memberiku motivasi untuk terus hidup di alam dunia,(eheh, tarsalin lirik lagu pula). Mm, bila difikir-fikirkan semula, kenapa jadi begini, apa puncanya, sebab-munasababnya, (apa salah aku?)hehe..
barulah aku sedar, rupa-rupanya, aku sedang menghadapi masalah, hubunganku dengan allah kian renggang. aku sedar pasal hal ini pabila pada petang itu, aku terdengar ceramah di tv, penceramahnya aku lupa siapa(adeyh, sudah nyanyuk da~)antara bait-bait kata yang meresap ke otakku ialah:

ketahuilah, bila hubungan kita dengan allah tak baik, hubungan kita dengan manusia akan banyak masalah.
Bila kita menjaga hubungan yang baik dengan allah, dekat dengan allah, menjadi orang yang allah cintai, allah akan menghantar para malaikat untuk meniupkan rasa kasih-sayang orang sekeliling pada kita
.

Dari situ aku sedar, aku makin jauh dari allah, makin banyak dosa-dosa yang aku buat, dah la banyk dosa, tak bertaubat pula. Aku bersyukur sanagt-sangat, sebab tindakan kawan-kawan yang menonjolkan rasa tidak senangnya padaku itu, mengetuk hatiku dan menyedarkan aku supaya lebih berhati-hati. (sob sob, kitorang gado masatu, hu~nasib baiklah ukhuwwah masih terjalin indah )So, sekaraang, aku sudah mind-set kan bahawa, kalau ada yang tidak senang berkawan denganku, adalah silapnya dimana-mana tu. Allah knows the best.
Alahai, tiba-tiba teringat akan seorang temanku yang seorang ni, baik beliau tu, dah lah tu, semua orang suka berkawan dengannya, dari yang baik, mahupun segonjeng-gonjeng manusia, semua boleh ngam berkawan dengannya. Jealous sey aku pada beliau.

Hehe, kepada yang terlibat, ukhuwwah fillah abadab abadaa oke, orang mu’min tu kan bersaudara..kan..kan?(surah al hujurat:10)