Saturday, 31 January 2009

Assalamualaikum..(eit ape la tak jawab salam)hehe
Malam Ahad yang dingin, aku duduk bersila di atas kerusi kayu berkilat indah,emak, wani dan luqman, diruang tengah, menonton tv, abah, tiada di rumah, menghadiri majlis yasin dan tahlil,syukurlah, kalau tidak pasti mahu berebut computer denganku(bukan berebut sebenarnya, sebaliknya beliau menggunakan kuasa veto, meng syyuuuhh aku dari kerusi yang indah ini)hu~.

Berbalik kepada tujuan utama aku menaip hari ini, mm, seperti biasa, disebabkan esok hari ku akan pulang kesekolah, pasti malam ini kugunakan computer sepuasnya,oh, andai bisa kubawa laptop peribadi, dengan adanya wireless network,alangkah bahagia…

Adohai, banyak melalut aku ni, ,mm, sebenarnya, kuingin kongsikan bersama pengalamanku sewindu yang lalu.ceritanya bermula begini…jeng..jeng..(ada unsur suspen tak?)

23 januari 2009(birthday sape ni yey?(ida, api belated!),di sekolah.
Program rantaian kasih telah diadakan..(hari terbuka la)
Para ibu bapa pelajar ting. 3 dan 5 hadir bagi membincangkan mengenai anak-anak mereka. Namun, itu bagi insan terpilih sahaja, aku tidak(aduhai)..bagi pelajar2 ting5 yang memperoleh sekurang2nya 3 gagal dalam exam tahun lepas, termasuk dalam carta peserta tazkirah. aku yang tidak ambil paper 3 subjek sains akibat demam campak(mulanya kufikir chicken pox, rupanya bukan (thanks yey asma sudah bagi tawu aku ilmu penyakit kulit)secara automatic, yang T menjadi G. >>>tidak hadir=gagal..dush~

Mulanya aku sedih amat, ditambah lagi dengan rasa kecewa dan tidak puas hati..(lol), tetapi aku redha, rupanya ada hikmah di sebalik semua ini.(tetiba teringat tazkirah qayyum mengenai __rupa-rupanya allah hendak menghadiahi pelangi nan indah___di surau, lepas maghrib hari tu)
pagi tu, kami(pelajar2 golongan tazkirah berkumpul di dewan dan dengar ceramah(thanks yey semua yang terlibat(^___^)

Antara input yang aku dapat ialah(ceceyh cam buat laporan la seyh)
…jangan la rasa rendah diri ya amat, sebab kita adalah umat terbaik jika kita beriman(ayat quran, ayat, surah apa ye??)…iman..iman…(teringat jiha)weh!!jiha, ingatkan aku lagi iman..iman…
jangan ada sindrom suka berlengah lagi(ish, malu jew)kejayaan ditentukan 90%oleh sikap!.
…buat apa-apa pun kenalah bersungguh-sungguh beb, doa pon sungguh2 la…ini doa pon main-main macamana allah nak makbulkan? paham tak?(emo pula daku)(weh, aku masuk syarahan agama untuk mtq, doakan aku yey kawan-kawan)
eik?dapat banyak a tapi agama tak a?memalukan!
…oi, jangan belajar last minute laa…tu masa untuk keluarkan ilmu, bukan sumbat lagi.
…amalkanlah solat taubat dan hajat setiap malam.kalau tak silap, solat taubat tiap malam ni sunnah nabi s.a.w kan…?(selawat laa)mm.. insya allah aku kan cuba istiqamah, ayuh kawan-kawan.
meminta hanya pada allah taala.tawu!
jangan bodoh sombong ea..taw..taw..(ape la 14 x5 =25)hahaha!
…hadith…alkaisu(ape ea?)=org yang bijak adalah orang yang tahan nafsunya…(apa lagi ntah)ish, tak sempat salin la haritu…siapa tahu? Ayuh berkongsi ilmu! plz...maw tau ni!

mm.. banyak lagi sebenarnya..(mada ar maw taip sumer)
anyway, a very thank you to all siapa yang sudah bersusah-payah dan berjesa memberi ku ilmu2 yang amat berguna, amat kuhargai,,,hehe, kearah memupuk budaya cintakan ilmu)

oke…(esok maw pulang, papehal msg weh, aku bawa sim,(ta brani bawa enset)bile free daku on..hehe~ mampus warden bace...(hehe mustahil kan?)

wslm(segala yang baik dari allah, juga yang tidak baek, tetapi atas kekhilafan aku juga, so sori ea kalau ada yang tersinggung)daa~

Sunday, 25 January 2009

aduh malunya.

First sekali, akak nak tanya, tiga tujuan utama kamu masuk sekolah ni?
Mm, nak belajar bersungguh-sungguh.

Okey, tu yang kedua, yang pertama sekali?
Mm, sebab ikut cakap mak..

Mm mm…yang pertama sekali akak nak dengar ..apa dia?
Yang pertama sekali ialah…lillahi…?
Lillahi taala..apa-apapun yang kita buat, tujuan utama mestilah kerana allah taala..nawaitu kena betul,

Itulah antara bait-bait perbualan antara seorang temanku dengan seorang junior form I yang baru melangkah masuk ke SMKA Johor Bahru yang masihku ingat hingga kini.

12 Januari -20 januari 2009, tempoh masa yang diberi oleh batch form 5 kepada form 1 baru untuk proses orientasi.(er orientasi?bahasa kasarnye…kene buli kot)dalam tempoh ni, mereka(adik-adik tu) kena dapatkan tandatangan 20 orang pelajar (angka ni nampak sikitkan?)tingkatan5(kita-kita la tu).

Untuk mendapatkan tandatangan yang sememangnya bukan percuma ini, mereka diminta melakukan pelbagai perkara, dan dikenakan pelbagai denda(lebih-lebih lagi dengan seorang budak dorm yang rakus dengan biskut dan air kotaknya tu)hahaha

Tidak kurang juga aku, yang cuba mengada-ngada dan bermanja-manja dengan junior,hehehe(gelak jahat)maafkan aku adik-adikku..

Sehinggalah pada suatu malam, tatkala ramai ‘tetamu’ datang ke dorm mencari sasaran masing-masing, aku mencuri dengar akan perbualan si ‘dia’ dengan ‘peminat’nya, dia pon nampak rela bait kata-katanya didengari umum, tersentak hatiku berbicara.

Oh< color="#000099">nak mantapkan dan tingkatkan iman yang selalu sangat goyah ni.

Kedua,baru aku nak belajar bersungguh-sungguh, khasnya, menyambung belajar bahasa arab, lughatul quran. tapi, nampaknya aku semakin lupa akan matlamat dan hadafku di situ, sehingga kini, hampir dua tahun, aku tidak merasakan perbezaan imanku, seperti tiada perbezaan, atau mungkin semakin malap dek selaput dosa dan noda.

Bila aku teringat akan di dia,*****, aku rasa malu sangat-sangat, aduhai, umurku lebih tua darinya, aku lahir bulan dua, sedang dia, 6bulan lebih muda, tapi mengapa dia lebih arif dan matang dan addin, dalam islam?aku malu, dia tahu, sedar dan paham akan tujan hidupnya, aku juga begitu, tapi mengapa aku sering lalai dan leka dari mengingatiNya?

oh, aku amat berterima kasih padanya, kerana mengingatkanku tatkala kuterlupa.


Sunday, 4 January 2009

mari dengar destinasi cinta~

Tuntas kumendaki…puncak cinta teragung..
Huhu~pernahkah kamu mendengar seni kata lagu ni?lagu destinasi cinta, mestica. Nak cakap., aku pernah, selalu. Best sangat-sangat lagu ni, kalau rasa iman cam tak sihat, akanku perdendangkan lagu ini melalui jaringan internet, takpun, kalau di asrama melalui mp3 yang seorang budak baik hadiahkan tu(bangga pule orang tu).tak kurang juga, bertambah sedap lagu ini kedengaran andai didendang terus oleh aku…(hu~)
First time aku dengar lagu ini, tibe-tibe air mata meleleh…ish~insaf seyh..(sebelum ni aku minat pula nasyid-nasyid ni huh??boley arh) dikesempatan ini, kuucapkan terima kasih kepada mil yang bagi mp3 yang penuh dengan ayat-ayat qurat, zikir dan lagu-lagu nasyid tu.)

Bercakap pasal lagu, sebenarnya, aku agak segan dan rasa amat ketinggalan zaman dengan kawan-kawan aku, yelah, diorang tahu macam-macam lagu, hafal lirik lagi beb, lagu jepun la, lagu English lagi macam-macam. Huh, malu je..(er nape mesti malu ye) ntah la~ may be rasa diriku tak sama seperti segolongan besar rakan-rakan kot.adeyh.
Tapi taka pa, aku baru tahu. Sebenarnya, aku tidak melayan lagu-lagu tu semua, sebab aku tak mengerti maknanya,(adoi, nampak sangatlah vocab englishku sangat teruk~ plus, aku tidaklah berminat untuk menghayati lagu-lagu yang tak dipahami tu.(dah takpaham lagi mau menghayati??)

Dikesempatan ini juga(err, dikesempatan?), aku ingin menyeru rakan-rakan sekalian, sokonglah nasyid lebih dari lagu jiwang~(err, kalau nasyid jiwang tu silalah kurangkan eh)hehe.. kearah membentuk hati yang jinak~

Okeylah, till here, and I wanna wish u’all, selamat bertemu kembali~nak balik ostel sudah~doakan aku agar tabahye~

Thursday, 1 January 2009

Tiba-tiba tanganku terasa macam ditarik-tarik untuk menaip di blog yang indah pada malam Jumaat yang indah permai ini…(ngee~)

Hari ini dah hari Khamis, esok Jumaat, lepas itu Sabtu, Ahad dan naik sekolah.ish~lama dah kita bercuti sekolah kan?esok my lil bro, Kamil akan pulang ke sekolah dia.(buat pengetahuan korang, Kamil ni adalah seorang pengawas yang berdedikasi dekat sekolah dia, jadi kena pulang awal, untuk uruskan kemasukan pelajar baharu)
Aku pula, balik hari Ahad la.macam kawan –kawan lain…hu~mm, ish,,kena bersedia ni nak kena duduk asrama balik dengan segala peraturannya.(help me)hehe

Cakap pasal asrama, aku teringat dekat seorang kawan dari SMKTS, yang dah masuk satu SBP tu, namanya *****, (hehe)sape ea?dengar cerita, dia nak balik semula ke smkts next year, ish..ish..aku tak tahu nak cakap apa, mungkin beliau lebih senang belajar di sekolah harian biasa. (memang susah nak sesuaikan diri dekat asrama ni)huhu~natau nape? antaranya, no internet, no game, no men moto, no lepak-lepak di pasar(manade lepak..jalan-jalan laa)~huhu bagi diriku yang xsuka dikongkong, adeyh..
Lagi satu, betul ke ye tahun depan semua sbp akan dinaiktaraf jadi sekolah cluster.. waktu sekolah sampai petang, ada break untuk solat dan makan je.(mak’eh)bagusnya buat macam ni. huhu~

papepon, next year aku akan menghadapi SPM, mak dan abah mengharap aku dapat straight A aku pon la..of course, tapi aku ni malas sikit la..adeyh
chaiyok kamillya! (oi..jangan lupa nawaitu eit!)WATCHAAA!