Friday, 26 December 2008

Sahabat, teman, kawan...dan...

Untuk pemerepekan kali ini..(er..ada ke imbuhan merepek dalam bm ye?)..mm, aku tertarik untuk memperkatakan (sebenarnya berceloteh) mengenai kawan. (tiba-tiba teringat kawan baikku..adeyh). sebenarnya kawan itu sangat pentingkan?sebelum ni kan, (maksudku sebelum aku mula tinggal di asrama)aku tak lah sedar+paham+tahu sangat betapa penting kawan ni. Bagi aku, ada kawan baik seorang dah cukup, yang lain tu, tak kawan sangat pon tak apa. (ish..ish..).
bila aku duduk di asrama( ye lah, kan tinggal bersama-sama rakan..)sebelum ini aku sekolah di Smk Tun Sardon, Rengit.(nak bagi tau juga)aku mula sedar betapa pentingnya bersahabat..emm, mungkin berukhuwwah, bukan kawan je kan. Kan ukhuwwah itu indah, hehe..

Dengan adanya rakan-rakan atau kenalan yang banyak, banyak yang kita boleh dapat. Kan?.kau orang fikirlah sendiri(bercakap gaya Nabil)~antaranya, hati menjadi seronok.Ah~..

jadi, sebagai konklusi, aku ingin tekankan di sini, siapa sahaja yang dah menjadi kawan aku tu, jangan nak ngada-ngada tak mau kawan dengan aku pula yey~even kita tak selalu bertemu,ataupun bercontact,tak bermakna aku dah lupakan kawan-kawan aku, betul tak? untuk semua, kenalan kat fs, ym, blog, dan apa-apapun, ukhuwwah fillah okeyh..~~sayang semua!

Tuesday, 23 December 2008

salam sayang

Assalamualaikum…

Owh…ini kali pertama aku menulis di blogku..

Katandusan idea sebenarnya. Aku juga tidak faham kenapa tanganku tiba-tiba gatal hendak menaip sambil ingin meluahkan rasa di medan tulisan. Pernah hati terfikir, untuk apa aku sibuk membuat blog, dengan hanya satu account friendster saja aku tidak mampu menepis godaan sang syaitan, asyik log in tak sudah. Ah, bukankah mebuang masa namanya itu?(nasib baiklah sekarang aku sudah tidak boleh melog-in lagi, adoihai,macam manalah boleh terlupa password sendiri ni?ish..ish..)

Sebenarnya aku sedikit-sebanyak sudah terpengaruh dangan ajakan Kakmimi untuk juga punya laman blog sepertinya. Katanya, seronok berblog ni tau.(sambil ditambah lagi dengan hujah-hujahnya yang telah berjaya menarik minatku).Akhirnya aku kalah. Last-last lahirlah blog yang ‘indah’ ini. Aku tidak tahu untuk menaip apa lagi, cuma harapan dan pintaku, janganlah blog ini sampai membuatkan aku dan kita semua dari lalai dan leka dalam mainan penulisan, sehingga makin jauh dari si-Dia…okey… kepada kakmimi, tahniah,anda telah berjaya menjadikan blog yang tiada menjadi ada. Kepada yang tak terlibat,(pengunjung yang tak mengenali pemilik blog ini, yang sekadar passing-by tu) selamat datang dan..er..semoga anda berbahagia diucapkan.

Nampaknya, sampai sini sahajalah untuk postku yang pertama. Apa macam, okey tak bahasa aku?agak-agak boleh skor A1 tak ye?(kearah memartabatkan bahasa ibunda)adey, aku masih tak mampu berbahasa jawa dengan baik.